Support My Blog

Wednesday, April 8, 2026

EL-NINO DAN LA-NINA - APA DIA?


El Niño dan La Niña
ialah fenomena iklim semula jadi di Lautan Pasifik yang menjejaskan cuaca global. Pertama adalaj kejadian El Niño atau di kaitkan dengan 'Fasa panas' dimana ia dicirikan oleh situasi suhu laut lebih panas daripada biasa yang berlaku di Pasifik Timur dimana ia menyebabkan cuaca Kering (dry) dan Kemarau (Drought) di Asia Tenggara yang menyebabkan ancaman kepada manusia dan tanaman. Dalam pada itu La Niña pula berlawanan dengan El Nino sebab ia berkait dengan situasi 'Fasa Sejuk' dimana keadaan ini akan membawa suhu laut lebih sejuk dan kejadian Hujan (Heavy Rain) dan kejadian Banjir (Flood) di Asia Tenggara. 
Penulis blog yang faham berkaitan isu ini ada menulis beberapa artikel dalam blog ini dimana pernah terlibat semasa bertugas dulu untuk merancang strategi bagaimana mengatasi kedua iau ini di Malaysia dalam sektor pertanian di Kementerian Pertanian Malaysia. Paling selalu di lakukan adalah dengan cadangan menyediakan beberapa keperluan sistem pengairan seperti penyediaan pam air, membuat kolam, membina telaga dalam tanah (tube well) dan sebagainya. Kejadian EL-Nino ini menyebabkan sawah padi kekurangan air, kawasan tanaman sayuran kolam jadi kering dan pengeluaran hasil tanaman berkurangan di laporkan setiap 7-10 tahun sekali. Teorinya dimana perbezaan utama antara kejadian El Niño dan La Niña dimana El Niño (di maknakan sebagai 'Anak Lelaki' adalah apabila suhu dilaut menjadi lebih panas daripada purata di Lautan Pasifik Tenga atau Lautan Pasifik Timur. Kesannya dimana angin pasat melemah, menyebabkan hujan berkurang dan suhu lebih panas di Malaysia dan negara jiran seperti di Indonesia. Ia memberi impak seperti berlaku isu kekeringan, risiko kebakaran hutan dan penurunan dalam hasil pertanian. Kejadian La Niña atau sebagai 'Anak Perempuan' berlaku berpunca dari suhu laut menjadi lebih sejuk daripada purata di Lautan Pasifik Tengahatau di Lautan Pasifik Timur. Kesannya dimana angin timuran bertiup lebih kuat dengan ia membawa lebih banyak lembapan ke barat Pasifik. Impak dari keadaan ini adalah hujan menjadi lebih lebat daripada biasa dan ujud risiko banjir dan tanah runtuh. Perlu di fahami jika kedua-dua fenomena ini merupakan sebahagian daripada kitaran El Niño-Southern Oscillation (ENSO) yang berulang setiap 2 hingga 7 tahun dan akan ada kejadi yang agak teruk setiap 25 tahun dan 50 tahun sekali. Kini isu 'Pemanasan Global' menambah serius isu ini dimana pemanasan global ialah peningkatan suhu purata atmosfera, laut, dan daratan Bumi secara berterusan, terutamanya disebabkan oleh kesan rumah kaca daripada aktiviti manusia. Pelepasan gas seperti karbon dioksida (Co2) dan metana memerangkap haba matahari dimana ini juga yang menyebabkan pencairan ais kutub, kenaikan paras laut dan kejadian cuaca ekstrem. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kupas bagaimana kejadian El Niño dan La Niña berlaku untuk bahan rujukan pembaca blog ini semua. 


Kejadian Fenomena El Niño 
(Fasa Panas) yang mana ia bermaksud cuaca Panas dan Kemarau dimana nama ini berasal daripada bahasa Sepanyol yang mana ia bermaksud 'anak lelaki' iaitu apa yang berlaku apabila suhu permukaan laut di tengah dan timur Lautan Pasifik menjadi lebih panas daripada biasa. Ia memberi kesan di Malaysia beberapa negara di Asia Tenggara termasuk di Malaysia yang mana ini menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan kering dimana ia sering membawa kepada kemarau panjang dan risiko kebakaran hutan. Disebabkan El Nino iaitu  fenomena peningkatan suhu laut di Lautan Pasifik yang menyebabkan cuaca lebih panas dan kering daripada biasa di Malaysia. Kesan utamanya termasuk peningkatan risiko strok haba, jerebu teruk akibat kebakaran hutan, krisis bekalan air, serta menjejaskan hasil pertanian dan perikanan negara. Semasa artikel ini di tulis dimana kejadian  El Nino di Malaysia dimana masih berlaku keadaan cuaca panas melampau dan suhu tinggi sehingga mencecah antara 37 - 40 Celcius di beberapa negeri di utara Semenanjung Malaysia telah di laporkan ia meningkatkan risiko penyakit seperti strok haba, keletihan dan kelesuan. Ada juga di laporkan insiden risiko penyakit pernafasan (seperti asma dan batuk) juga meningkat dalam kalangan kanak-kanak dan golongan berisiko. Sudah beberapa tahun berlaku insiden seperti jerebu Rentas Sempadan dai negara jiran ke Malaysia dan Singapura sebab cuaca kering memudahkan kebakaran tanah gambut dan hutan terutama di Sumatra yang kesannya ia memburukkan kualiti udara dan menyebabkan jerebu. Kesan jerebu ini menganggu kesihatan, penghasilan tanaman, kesihatan manusia dan menjejaskan sistem penerbangan di beberapa lapangan terbang. Paling serius dan menganggu adalah berlaku kejadian 'Krisis Air' sebab taburan hujan yang berkurangan menyebabkan paras air di empangan menurun. Isu ini ia berpotensi mencetuskan catuan air dan krisis bekalan air di beberapa negeri seperti yang selalu di laporkan media tempatan di Malaysia. Kejadian ini juga menjejaskan ekonomi terutama dalam sektor pertanian dimana dalam industri tanaman padi ia meneringkan sawah dan hasilnya mnenurun atau gagal di tuai (Sila lihat foto disebelah). Dalam sektor tanaman dawit pula ia akan terjejas teruk akibat kekurangan air yang menjadikan hasil sawit jatuh merudum dimana ia akan menjejaskan pendapatan pekebun kecil, syarikat perladangan besar dan eksport sawit negara. Dalam sektor tanaman sayuran dan buah-buahan pastinya ia boleh mengurangkan pengeluaran. Dalam laut pula berlaku gangguan dalam ekosistem marin apabila peningkatan suhu laut memusnahkan plankton yang kesannya ia  menjejaskan industri perikanan. Lazimnya fenomena ini biasanya berlaku setiap 2-7 tahun dan keamatannya dipantau oleh MET Malaysia dan di laporkan oleh media untuk pengetahuan semua.


Kejadian Fenomena 
La Niña (Fasa Sejuk) pula ia bermaksud dalam bahasa Sepanyol sebagai 'Anak perempuan' dimana apa yang berlaku adalah suhu permukaan laut di Lautan Pasifik menjadi lebih sejuk daripada biasa. Selalunya apa yang berlaku dan kesan di Malaysia dan beberapa negara di Asia Tenggara ia akan menyebabkan taburan hujan yang lebih lebat daripada biasa dimana ia sering mengakibatkan banjir besar dan cuaca yang lebih lembap (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana fenomena La Nina di Malaysia membawa cuaca lebih lembap dan hujan lebat yang berpanjangan terutama semasa musim Monsun Timur Laut. Kesan utamanya ialah peningkatan risiko banjir kilat, insiden tanah runtuh dan suhu sedikit lebih rendah dimana ia sudah berlaku pada akhir 2025 hingga awal 2026. Biasanya kesan kejadian La Nina di Malaysia menyebabkan kejadian hujan Lebat Berpanjangan dan jug berlaku kes peningkatan taburan hujan terutamanya di beberpa negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, di Sabah dan Sarawak. Isu ini memang ia berisiko berlaku ' Bencana Alam' iaitu kejadian banjir kilat, banjir besar di kawasan rendah dan tanah runtuh lebih kerap berlaku. Lazimnya pada masa ini suhu akan menjadi 'Lebih Sejuk' atau suhu udara boleh menjadi sedikit lebih rendah daripada biasanya. Paling membimbangkan adalah di mana ia memberi kesan serius kepada beberapa sektor terutaman dimana ia mengancam sektor pertanian dan perikanan dengan merosakan tanaman yang menyebabkan hasil pertanian  akan musnah. Kejadian hujan dan banjir ini juga akan ianya menjejaskan aktiviti luar rumah dan lain-lain aktiviti ekonomi. DIlaporkan dimana Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihatkan orang ramai untuk peka dengan amaran cuaca sepanjang masa terutama ketika musim banjir sebab akan ada kes-kes kematian di sebabkan insiden ini. KAjian saintis laporkan dimana insiden dan fenomena La Nina lemah dijangka membawa peningkatan taburan hujan sehingga 40 peratus khususnya di Negeri Sabah semasa artikel ini di tulis. Fenomena La Niña adalah keadaan cuaca di mana suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik menjadi lebih sejuk daripada biasa. Bagi Malaysia dilaporkan fenomena ini biasanya akan membawa kesan yang bertentangan dengan El Niño (cuaca panas dan kering). Lazimnya  di Malaysia apabila berlaku insiden peningkatan Taburan Hujan dimana negara Malaysia cenderung menerima hujan yang lebih kerap dan lebat dengan tumpuan utama di kawasan tertrntu yang menyebabkan banjir. Selain risiko banjir besar selalunya ada kejadian Tanah Runtuh berpunca dari keadaan kelembapan tanah yang melampau akibat hujan lebat boleh mencetuskan kejadian tanah runtuh di kawasan berbukit. Berlaku juga cuaca Ribut Petir dan Angin Kencang dimana fenomena ini juga boleh menyebabkan pembentukan 'garis badai' yang membawa angin kencang dan ribut petir yang kuat. Pihak METMalaysia menjangkakan yang fenomena La Niña yang singkat dan lemah melanda negara bermula hujung tahun 2025 sehingga awal tahun 2026. Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan amaran cuaca melalui laporan berita sentiasa  berhubung dengan perkara ini.


Penulis blog kongsikan maklumat penting mengenai beberapa l
angkah mengatasi fenomena El Nino (panas dan kering) dan fenimena La Nina (keadaan hujan lebat danbanjir) melibatkan persediaan fizikal dan adaptasi perlu dalam sektor pertanian. Apa pun bagi fenomena El Nino adalah penting semua orang dimana ini memerlukan penyimpanan air, pengurangan aktiviti luar rumah dan penggunaan benih tanaman yang lebih tahan kemarau. Sementara itu umumnya dalam fenimena La Nina pula orang ramai dan pohak berwajib sebaiknya dapat lakukan pembersihan saliran, sentiasa membuat pemantauan paras air dan bersedia dengan penyediaan makanan serta ubat-ubatan untuk kecemasan. Dalam situasi pertama bagaimana terbaik mengatasi fenomena El Niño apabila berlaku cuaca panas dan cuaca kering paling kritikal adalah aspek Pengurusan Sumber Air oleh pihak berwajib dan orang amai dengan menyimpan air minuman dan menggunakan air secara berhemah. Bagaimana pun petani dalam sektor pertanian lebih awal lagi merancang bagaimana hadapi keadaan ini dengan beberapa cara antaranya petani sebaiknya menggunakan teknik Alternate Wetting and Drying (AWD) untuk sawah dan menanam varieti padi tahan kemarau. Bagi penanam sayur boleh buat telaga tiub dalam (deep tube well) di kawasan kebun untuk ambil air bawah tanah sebab masa ini kebanyaka kolam air akan kering dan sayuran tidak boleh di siram dengan sempurna terutama ladang sayuran yang ada kontrak bekalan besar seperti ke Singapura. Dalam aspek kesihatan sebaiknya orang ramai perlu mengurangkan aktiviti luar, memakai topeng muka (N95), dan minum air secukupnya untuk mengelakkan daripada ancaman 'strok haba'. Kejadian strok haba ialah kecemasan perubatan serius apabila suhu badan meningkat mendadak melebihi 40 Celcius akibat haba melampau dimana ini akan menyebabkan badan gagal menyejukkan diri. Ia ditandakan dengan kulit kering atau menjadi panas, pening, nadi laju dan boleh jadi pengsan, serta boleh membawa maut atau berlaku kerosakan organ jika tidak dirawat segera. Kerajaan perlu menjalankan operasi apa yang di panggil sebagai 'Operasi Pembenihan Awan' di kawasan tadahan empangan. Di MAlaysia dimana Operasi Pembenihan Awan (OPA) ialah kaedah meningkatkan hujan secara tiruan dengan menyembur bahan higroskopik (seperti larutan garam atau NaCl) ke dalam awan menggunakan pesawat (Sila lihat foto disebelah). Ia juga dilakukan untuk kemudian ia hujan turun dan ini meningkatkan paras air empangan, mengurangkan jerebu, dan mengatasi cuaca panas atau cuaca kering. OPA di Malaysia dilaksanakan oleh kerajaan melalui kerjasama antara pihak MET Malaysia, NADMA, dan TUDM.


Berlawanan dengan cara persediaan menghadapi fenomena El Nino dimana beberapa l
angkah mengatasi fenomena La Niña semasa berlaku insiden Hujan Lebat dan insiden Banjir yang banyak air di Malaysia perlu di rancang persediaannya. Malaysia memang sudah ada pelan strategik dan persiapan dalam SOP untuk persediaan banjir. Pihak berwajib seperti Jabataan Pegairan dan Saliran (JPS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah sentiasa merancang dan menyelenggara dengan membersihkan longkang dan sistem saliran untuk mengelakkan air bertakung. Pembersihan aliran banjir ialah usaha fizikal membersihkan sungai, parit, dan longkang daripada sampah, sisa kayu, atau enapan tanah yang menghalang aliran air (Sila lihat foto disebelah). Langkah ini bertujuan melancarkan saliran, mengurangkan risiko banjir kilat, dan membuang sisa pasca-banjir bagi memastikan air mengalir lancar dan mengelakkan banjir berulang. Apa pun dimana komponen penting dalam pembersihan Aliran Air Banjir melalui kerja pembersihan sungai dan saliran iaitu dengan mengeluarkan sampah, sisa pepejal dan kerja-kerja mendalamkan dasar sungai agar aliran air lebih pantas dan lancar. Kemudian ada kerja pembersihan sisa banjir di kawasan perumahan dan persekitaran selepas air surut. Saliran air dijaga akan mengelakkan air sungai meluap akibat halangan sampah atau pasir dimana ini akan mengurangkan risiko banjir berulang yang mengancam harta benda dan nyawa. Dalam sektor pertanian dimana pesawah di nasihatkan agar hanya menanam varieti padi yang tahan banjir dan lasak atau dikenali sebagai jenis 'Padi Aerob' dan memastikan sistem saliran sawah berfungsi. Kedua-dua fenomena memerlukan pemantauan berterusan terhadap data cuaca daripada pihak berkuasa untuk perancangan awal. Semuga tulisan artikel ini memberi ilmu berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
EL NINO LA NINA... SATU FENOMENA....
CUACA KERING,....SUHU PANAS PULA...
SUDAH HUJAN...BANJIR BERLAKU JUGA...
LANGKAH ELAKKAN... PELBAGAI CARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Baai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka, 
Malaysia.
(16 Syawal 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...