OKRA atau Bendi (Abelmoschus esculentus) di Malaysia adalah sejenis sayuran hijau berbentuk panjang meruncing (seperti jari) yang berlendir dan sangat berkhasiat. Apa pun bagi penulis blog tumbuhan daripada keluarga Malvaceae adalah popular di tanam di Malaysia dimana pada tahun 2025 seluas 4,001 hektar di tanam dengan ia menghasilkan sebanyak 76,191 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2025). Penuis blog mendapati Negeri Johor paling luas menanam bendi iaitu seluas 1,460 hektar menghasilkan 27,442 metrik tan diikuti dengan Perak (553 ha) dan Kelantan (443 ha). Tinjauan penulis blog dibeberapa negeri mendapati dimana penanaman bendi ini selaunya ia dikombinasikan dengan sayuran buah yang lain seperti terung, timun, peria dan juga sayuran daun. Selain itu penanaman benii juga dilakukan dikawasan sekeliling rumah didalam pasu atau polibeg sebagai salah satu tanaman dibawah program bumi hijau yang popular. Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan biji kopi. Apa pun antara fakta penting mengenai Okra atau 'Bendi' atau 'Lady's finger' atau 'Kacang mior' ia memiliki lendir khas yang muncul terutamanya apabila dihiris dan dimasak dimana lendir ini mengandungi serat larut yang sihat. Terdapat dua jenis atau varieti utama iaitu Jenis Okra Hijau dan Jenis Okra Merah. Apa pun selalunya jenis okra merah akan berubah menjadi hijau apabila dimasak. Khasiat okra yang penting adalah ia dilaporkan mengandungi tinggi serat yang baik untuk proses pencernaan, vitamin C untuk imuniti, serta membantu dalam mengawal paras kolesterol dan gula dalam darah. Paling seronok beli okra dimana cara masak ia boleh direbus, ditumis, dibakar atau dijadikan kari dan sup. Okra memang ia kaya dengan serat, vitamin C, vitamin K dan antioksidan. Apa pun okra adalah makanan rendah kalori dan menjadikannya pilihan tepat untuk diet. Artikel pada petang Ahad ini saya terus menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai okra dan beberapa fakta penting bagi dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.
Antara fakta penting okra dimana sayuran ini mengeluarlan bahan lendirnya atau sejenis serat larut yang membantu melancarkan sistem penghadaman. Ia juga dilaporkan memang selalu dimakan untuk membantu mengawal paras gula dalam darah terutamanya bagi penderita diabetes. Apa pun ada laporan dimana bahan serat dalam okra membantu mengikat kolesterol dan mengeluarkannya dari badan. Ia selalunya akan di masak dengan pelbagai cara seperti ditumis, dimasukkan ke dalam kari (seperti kari kepala ikan), digoreng celup tepung, atau dijadikan ulam. Lendirnya juga bertindak sebagai agen pemekat semulajadi dalam masakan seperti sup atau stew. Dalam beberapa tinjauan dimana harga okra atau bendi di Malaysia berbeza mengikut tempat jualan sama ada di jual dipasar basah, pasar raya, pasar malam, pasar tani atau kedai runcit dimana harga runcit sekitar RM 10 - RM20 sekilogram di kawasan bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Kajian harga ladang di Melaka dan Johor dilaporkan ia di jual pada harga sekitar RM 2.75 - RM3.50 sekilogram. Okra atau bendi boleh dibahagikan kepada dua kategori utama berdasarkan warna iaitu Jenis Okra Hijau dan Jenis Okra Merah. Jenis Okra Hijau (Green Ocra) adalah jenis yang paling biasa ditanam petani di Malaysia dan ada dijual di pasaran. Rupanya ia berbentuk seperti torpedo kecil (7.5-15 cm) berbulu dengan lekukan memanjang serta selalunya iaberwarna hijau muda hingga hijau pekat. Bijinya kecil dan putih yang memang diselaputi lendir dengan mempunyai rasa yang ringan dan sedikit berumput dan ia mirip terung atau kacang buncis sekali pandang. Antara varieti popular di tanam di Malaysia adalah seperti 'Clemson Spineless' yang mana ia Sangat popular kerana buahnya tidak mempunyai bulu halus yang tajam (tanpa duri), jenis 'Emerald Green Velvet' yang mana ia mempunyai buah yang berwarna hijau gelap dan tekstur yang lembut, jenis 'Annie Oakley' iaitu varieti hibrid yang berbuah lebat. Terdapat Jenis Okra Merah dimana jenis ini ia mempunyai kulit berwarna merah atau ungu tua yang cantik, namun akan bertukar menjadi hijau apabila dimasak (Sila lihat foto disebelah). Ia juga di kenali dengan nama 'Burgundy' sebab memang ada warna merah wain (burgundy) yang pekat dan bunganya yang berwarna kuning. Antara verieti yang di tanam di Malaysia adalah varieti 'Red Velvet' yang mana ia mempunyai warna merah cerah yang menarik. Pengkelasan okra juga dibuat mengikut Saiz dan Bentuknya dimana Ada Jenis Okra Kerdil (Dwarf) dimana ia adalah jenis renek atau rendah dan ia selalu sesuai ditanam di dalam pasu kerana pokoknya tidak terlalu tinggi. Ketinggian pokoknya hanya mencapai ketinggian sekitar 2.5 hingga 3 kaki (75cm - 90cm) iaitu ia jauh lebih rendah daripada bendi biasa yang boleh tumbuh setinggi 6-8 kaki. ANtara varieti yang ada di tanam termasuk 'Perkins Long Pod' dimana ia mempunyai pod atau buah yang lebih panjang daripada biasa atau sekitar 4 hingga 6 inci apabila di petik. Ada juga varieti 'Star of David' yang dilaporkan ia berasal dari Israel yang mempunyai bentuk pod yang lebar dan beralur tajam, menyerupai bintang jika dipotong melintang. Ada varieti 'Clemson Spineless' yang lebih disukai oleh petani dan tukang masak kerana dilaorkan ia tidak menyebabkan kegatalan pada tangan semasa memetik atau memotongnya. Bagi varieti 'Heirloom' pula ia ada sejenis okra tradisional yang benihnya boleh disimpan untuk ditanam semula tanpa kehilangan ciri asalnya.
Aktiviti menanam okra atau bendi adalah salah satu aktiviti pertanian sama ada menanam sekeliling rumah, kebun komuniti atau menjadikan ia sebagai aktiviti pertanian komersil di Malaysia. Bagi penulis bllog dimana menanam okra ia adalah sangat mudah, cepat hasil dan sesuai untuk mereka yang baru mula berkebun. Okra ini ia boleh ditanam terus di atas tanah atau di dalam polibeg, pasu atau atas batas buatan sendiri di kepong dengan kayu. Paling utama adalah mendapatkan ilmu menanam okra sama menontonnya dari youtude, membaca blog anim agro technology atau membuat tinjauan dan boleh bertanya kepada jiran yang sudah ada menanam okra. Apa pun antara keperluan asas pertama adalah mendapatkan bijib benih okra yang boleh ia di beli di kedai pertanian atau kini ia ada meluas di jual di Kedai DIY serta beberap kedai runcit dan pasaraya besar dis eluruh negara. Pilih varieti yang sudah pun disenaraikan dapam bab diatas dan di syoran kalau ingin tanam dalam polibeg atau pasu dapatkan benih varieti renek yang berbuah lebat. Bagi media tanaman boleh gunakan tanah yang kaya dengan bahan organik termasuk jenis tanah campuran 3-dalam-1 atau 6-dalam-1 adalah yang terbaik bagi tanaman okra. Gunakan saiz pasu atau polibeg besar yang berukuran 25cm (diameter) x 20cm (tinggi) atau polibeg bersaiz 16x16 inci untuk diisikan media tanaman ikra. Cara menanam dengan menyemai benih dalam tray semaian terlebih dahulu menggunakan peat moss atau tanah semaian. Kemudian boleh anakbeih ini di pindahkan (transplant) iaitu apabila anak benih okra ini sudah keluarkan sebanyak 2-3 helai daun (lebih kurang 1-2 minggu) untuk ia dipindahkan ke dalam pasu atau tanah di kebun sebenar. Jika tanam di atas tanah perllu pastikan jarak antara pokok sekurang-kurangnya 1-2 kaki untuk mengelakkan perebutan nutrien. Bagi menanam dalam polibeg atau pasi bubuh sepokok satu unit pasu atau polibeg tersebut. Penjagaan tanaman okra perlu ia disiram dengan kekerapan 2 kali sehari (pagi dan petang) kerana pokok okra ini ia perlukan air yang cukup untuk membesar. Lokasi menanam okra ia sebaiknya mendapat cukup cahaya matahari (elakkan dari terlindung) sepanjang pertumbuhannya. Pemberian baja dilakukan dengan unakan baja sebatia NPK seperti formulasi NPK15:15:15 di peringkat tubesaran dan juga Baj NPK 12:12:17:2 untuk peringkat berbunga dan berbuah yang di berian setiap 2 minggu sekali untuk hasil buah yang lebat. Aktiviti mencantas (pruning) di lakukan dengan cara membuang daun-daun di bahagian bawah pokok (daun yang dah tua) bertujuan untuk mengurangkan serangan perosak dan mempercepatkan pengeluaran buah. Dengan pokok okra ini dijaga baik maka ia mula berbuah untuk di petik sekitar 45 - 60 hari selepas disemai. Pastikan okara ini di petik buah ketika masih muda (sekitar 3-4 inci panjang) agar teksturnya lembut untuk sesuai di makan atau untuk di jual. Penulis blog dapati dimana jika buah kra ini di biarkan terlalu lama dipokok maka akibatnya ia akan menjadi okra yang keras dan berserabut. Bagi penulis blog selelunya menuai memetik dengan julat kekerapan iaitu setiap hari atau 2 hari sekali untuk ianya dapat merangsang pengeluaran buah baru. Sebenarnya menanam okra atau bendi adalah pilihan tepat kerana ia tahan lasak, kurang penyakit dan menjanjikan hasil yang banyak dalam jangka masa pendek. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.