MALAYSIA kini sedang berdepan dengan gelombang cuaca panas ekstrem dan kurang hujan yang dijangka berterusan sehingga akhir Mac atau awal April 2026. Fenomena ini ianya dikaitkan dengan kesan El Nino yang menyebabkan suhu meningkat lebih tinggi daripada biasa di kebanyakan negeri terutama di utara Semenanjung Malaysia. Ketika artikel ini di tulis di Melaka sudah lebih dua bulan tidak ada hujan lebat sejak bulan Febuari lalu di rumah penulis blog di Bandar Melaka. Dilaporkan dimana status cuaca terkini (pada bulan April 2026) dimana suhu maksimum yang direkodkan di beberapa kawasan di utara Semenanjung seperti Padang Terap, Kedah dilaporkan ia telah mencatatkan suhu antara 37°C hingga 40°C iaitu sangat panas kepada kebanyakan penduduk Malaysia untuk bertahan. Ada juga ramalan yang menyatakan suhu boleh mencecah sehingga 42°C di kawasan tertentu seperti di Perlis dalam keadaan ekstrem terutama di beberapa lokasi tertentu. Di laporkan juga dimana kerajaan melalui METMalaysia telah mengeluarkan Tahap Amaran dimana ia telah menyatakan amaran ancaman Gelombang Haba (Tahap 2) bagi kawasan yang mencatatkan suhu sekitar melebihi 37°C selama tiga hari berturut-turut. Pihak berwajib juga laporkan punca utama keadaan ini adalah dari berlakunya gabungan fasa akhir Monsun Timur Laut, fenomena El Nino, dan kurangnya litupan awan yang menyebabkan pancaran matahari terus ke muka bumi. METMalaysia juga keluarkan kenyataan dimana kawasan paling terkesan adalah di kawasan di bahagian utara Semenanjung Malaysia dimana masa ini ia biasanya mengalami impak paling ketara iaitu berlaku di Perlis (Kangar), Kedah (Padang Terap, Langkawi, Kota Setar), Pulau Pinang dan juga Perak (Hulu Perak). Dilaporkan dimana orang ramai perlu waspada untuk berada di luar rumah atau di kawasan kebun-kebun pertanian atau di kawasan riadah. Dalam pada itu pihak berkuasa seperti METMalaysia dan Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk patuh arahan agar mengrangkan aktiviti luar terutamanya antara jam 11 pagi hingga 4 petang dan juga mengekalkan tahap kekal hidrat dengan meminum air kosong dengan kerap walaupun tidak berasa dahaga. Selain itu orang ramai dan petani dan pesawah di syorkan agar memakai jenis pakaian lebih sesuai seperti jenis pakai pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang. Kalangan pelajar sekolah juga dibenarkan memakai pakaian sukan mengikut pekeliling semasa. Di beritahu juga agr orang ramai berwaspada dengan simptom atau tanda gejala suhu [anas sperti ada tanda-tanda kelesuan haba atau strok haba seperti pening kepala, nadi laju, dan kulit kering yang panas. Perlu mendapatkan rawatan segera jika simptom ini berlaku agar ia tidak menjejaskan aspek kesihatan lebih teruk. Artikel pada pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dengan menulis mengeai ancaman dan isu suhu panas dan kemarau yag berlaku di Malaysia pada tahun 2026 kali ini untuk bahan bacaan dan rujukkan semua.
Menyentuh is semasa iaitu insiden cuaca panas dan kemarau di Malaysia (2026) adalah fenomena suhu tinggi (lebih40 Celcius) dan kurang hujan dimana ini didorong oleh fenomena El Niño, sebab pemanasan global dan berlaku keadaan peralihan monsun. Keadaan ini sering diklasifikasikan sebagai gelombang haba jika melebihi dari kadar normal dimana ia seris sebab ia juga berlarutan agak lama pada tahun 2026 ini serta memberi risiko kesihatan serta menjejaskan bekalan air untuk domestik dan juga kekurangan ait untuk pertanian terutama di kawasan tanaman di jelapang padi di Malaysia. Banyak kawasan tanaman padi di Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang yang kering di sebabkan tidak dapat aatau tidak mencukupi air untuk proses pertumbuhan padi. Beberapa empangan utama di sana sanpai tahap kritikal untuk kegunaan air domestik dan pertanian dan empangan di Pulau Pinang diantara yang terjejas teruk. Apa pun di laporkan fakta utama insiden berlakunya suhu panas dan isu kemarau di Malaysia kali ini ia berpunca daripada gabungan fenomena El Niño (lautan pasifik panas), pemanasan global dan musim Monsun Barat Daya yang membawa udara kering. Dilaporkn di beberala lokasi dimana tahap suhu harian boleh mencecah 35 Celcius ecara konsisten lebih dari suhu dan mencecah lebih 40 Celcius pada waktu puncan sianghari. Insiden dan potensi berlaku Gelombang Haba yang mana ia berlaku apabil ia ditakrifkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) apabila suhu maksimum harian melebihi 37 Celcius untuk selama 3 hari berturut-turut (tahap 1 atau ia berada pada jenis amaran berjaga-jaga). MET Malaysia sudah laporkan kawasan yang paling serius terjejas adalah di bahagian utara Semenanjung (Perlis, Kedah, Perak) dan kawasan pedalaman negeri sama yang sering mencatatkan suhu tertinggi. Jika terdedah maka ancman berlaku adalah kesan atau risiko strok haba atau berlaku insiden kekejangan otot, peningkatan risiko kebakaran hutan dan penyusutan paras air kolam atau dalam empangan. Empangan ialah struktur binaan yang direka untuk menyekat, menakung dan mengawal aliran air sungai atau alur air bagi membentuk takungan besar. Ia berfungsi utama sebagai sumber bekalan air bersih, penjanaan tenaga hidroelektrik, kawalan banjir, serta pengairan pertanian.
Kejadian suhu panas melampau yang berlaku terutamanya semasa fenomena El Niño (seperti semasa artikel ini di tulis pada April 2026) boleh memberi kesan signifikan kepada pertanian terutamanya di Malaysia. Ia boleh menjejaskan hasil tanaman seperti padi (hingga 30%) dan mengurangkan kualiti hasil tanaman yang terjajas sebab kurang air dan serangan perosak tanaman. Walau bagaimanapun di laporkan dimana cuaca panas juga berpotensi meningkatkan kualiti buah-buahan tertentu seperti tanaman Mangga (Mangifera indica) dan Buah Manggis (Garcinia mangostana) di sesetangah kawasan dengan syarat ia cukup air dan baja dan diuruskan dengan baik. Paling teruk adalah ancaman kepada tanaman padi dimana kesan dari suhu panas menyebabkan hasil padi akan terjejas sebab suhu ekstrem panas akan menyebabkan padi menjadi ringan atau menjadi padi hampa (isi kosong) dimana ini akan pastinya ia menjejaskan pengeluaran hasil dan pendapatan kepada para pesawah. Kajian mendapati insiden cuaca panas melampau yang kini ada melanda di Daerah Pokok Sena, di Kedah dipercayai antara sebab pesawah mengalami kemerosotan hasil padi antara 20 - 30% berbanding musim penanaman yang lepas. Pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) laporkan dijangka hasil padi pada tahun 2026 ini dijangkakan berkurangan pada kadar 62% jika cuaca panas yang telah berlarutan sejak tiga tahun lalu dan beberapa bulan kebelakangan ini akan ia menyebabkan pengeluaran hasil padi tidak memberangsangkan. Kerajaan bagaimana pun akan terus berusaha memastikan pengeluaran padi di setiap kawasan tanaman seluruh negara dapat mencapai tahap 10 tan per hektar seperti yang dicapai di lokasi sawah di Sekinchan, Selangor dan Kampong Lat 1,000, di Perlis. Kalangan pesawah di Kedah memang memerlukan cuaca panas musim ini bagi menstabilkan tanah untuk rawatan tanah jerlus tapi bukanlah kes cuaca yang terlampau panas sehingga menjejaskan hasil pesawah dimana pada tahun 2026 ini kejadian ini di luar jangkaan mereka. Suhu panas juga ancam industri ternakan dimana kalangan penternak perlu waspada kerana suhu panas (37°C - 40°C) akan menjejaskan kesihatan haiwan ternakan. Ancaman kekurangan air, kemarau dan suhu panas ekstrem yang berpanjangan pasti ia akan menjejaskan bekalan air bagi tanaman, penternakan ikan di kolam dan juga industri ternakan ruminan dan poultri. Apa pun keungkinan pihak penyelidik di Malaysia boleh membuat dan keluarkan varieti atau baka padi yang lebih rintang kepada suhu tinggi dan kemaru di masa kaan datang. Cuaca panas melampau mengancam kestabilan bekalan makanan negara.
Menarik bincang fakta mengenai hubungan diantara suhu panas dan pertanian mempunyai dua kesan utama iaitu ia boleh bersifat negatif iaitu dengan menjejaskan hasil tanaman melalui kemarau atau dalam sesetengah kes ia boleh membantu meningkatkan kualiti buah-buahan tertentu. yang bersifat positif. Pertama adalah Kesan Negatif (Cabaran atau Ancaman) dimana suhu ekstrem yang berpanjangan sering dikaitkan dengan fenomena seperti El Nino ia memang boleh menyebabkan isu seperti berlaku Kes Penurunan Hasil Padi apabila cuaca panas melampau boleh menjejaskan hasil padi sehingga 30 peratus. Kesan dimana hasil tuaian padi menjadi 'padi hampa' atau padi yang tidak ada isi (kosong) atau tidak berisi penoh kerana suhu yang terlalu tinggi menyebabkan ia jejaskan semasa proses tumbesaran. Berlku juga keadaan isu Tekanan Air berkurangan semasa kemarau bersaa isu suhu tinggi dimana ini akan mempercepatkan insiden sejatan air yang akan menyebabkan tanah menjadi kering dan tanaman akan layu dan pertumbuhan akan terencat. Kes ini juga berlaku dalam industri ternakan haiwan dimana para penternak perlu lebih waspada kerana jika berlaku insiden suhu berada diantara 37 - 40 darjah Celsius maka boleh menyebabkan 'stres haba' kepada haiwan ternakan terutama ternakan ruminan, ayam telor dan ayam pedaging. Penternak perlu sentiasa memeriksa suhu panas ekstrem ini dengan memasang beberapa keperluan tambahan agar haiwan ternakan terselamat dari ancaman. Dalam industri akuakultur keadaan suhu tinggi ekstrim ini lebih teruk apabila ia akan memanaskan iar kolam dan menyebabkan ikan mati dan lebih serius lagi apabila bekalan air kolam sudah susut atau tidak mencukupi utnuk di bekalkan kekolam ternakan. Bagaiman apun ada Kesan Positif (Peluang) jika berlaku fenomena suhu panas sebab disesetengah tanaman jenis tropika ada laporan cuaca panas yang stabil sebenarnya memberikan kelebihan seperti kejadian Kualiti Buah Lebih Baik seperti boleh berlaku kepada jenis tanaman seperti Mangga Harumanis mendapat manfaat daripada cuaca panas kerana ia membantu buah menjadi lebih manis dan berkualiti tinggi. Kajian mendapati dimana kemungkinan hasil tanaman jenis tertentu akan meningkat seperti jenis tanaman yang tahan panas mungkin menghasilkan buah yang lebih banyak dan berkualiti dalam keadaan cuaca tertentu. Artikel ini di tulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang di syorkan di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna sebagai bahan rujukkan pembaca blog anim agro semuanya. Wasallam!!!.. ISU SUHU PANAS...KEMARAU PUN ADA... KESAN EL-NINO...KINI SERIUS MELANDA...
ORANG RAMAI...PELU LEBIH WASPADA...
ANCAM PERTANIAN...DIJELASKAN FAKTA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Syawal 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.