Industri burung walit ialah sejenis burung layang-layang kecil berwarna gelap yang terkenal kerana membina sarang yang menggunakan air liur pekat di gua gelap atau rumah burung. Ia hidup di kawasan tropika sehingga ke kawasan subtropika (terutamanya Asia Tenggara) dimana sarangnya bernilai tinggi untuk khasiat kesihatan serta masakan eksklusif. Burung walit adalah ia bersaiz kecil hingga saiz sederhana dengan sayapnya adalah ia berbentuk sabit yang sempit dan runcing serta paruh yang kecil. Ia akan menggunakan teknik 'gema atau 'echolocation' untuk dapat untuk bergerak dalam gelap didalam rumahnya iaitu sama seperti kelawar. Ia dulu mempunyai habitat asalnya di gua akan tetapi dengan teknologi terkini ia sudah banyak diternak di dalam bangunan khas 'Rumah Walet' lengkap dengan semua sistem dengan ciri kelembapannya, gelap, ada kayu tebal di pasang untuk membuat sarang, bersuhu stabil dan mempunyai pintu khusus keluar masuk serta di sediakan rakaman suara burung walit dengan pembesar suara. Paling utama dalam industri burung walit adalah 'Sarang' yang mana ia diperbuat sepenuhnya daripada air liur yang mengeras dan kemudian pengusaha akan kutip untuk dijadikan pelbagai produk berasaskan sarang seperti sup sarang burung walit, kapsul, minuman kesihatan sehingga kepada produk komestik.Khasiat Sarang burung waliy dilaporkan ia sangat kaya dengan nutrien yang dikatakan baik untuk kesihatan paru-paru, anti-penuaan, meningkatkan imuniti, dan menjaga kesihatan kulit. Penulis blog ada banyak pengalaman membuat tinjauan industri dan perkembangan Industi Sarang Burung Di Malaysia dimana kini ia sudah mencapai Taraf Perusahaan Secara Komersial berbanding zaman dulu burung walit ini hanya hidup secara semulajadi di habitat asalnya di gua-gua batu kapur di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dan di kutip secara konvensianal. Perlu di kongsikan fakta dimana ada terdapat 7 jenis Burung walit yang ada ujud di Malaysia iaitu JenisCollocalia esculenta cyanoptila, Collocalia Linci Dodgie, Aerodramus Fuciphagus Vestitus,
Aerodramus Fuciphagus amechanus, Aerodramus fuciphagus Aerodramus maximus lowi dan Aerodramus maximus tichelmani. Burung ini berlainan dengan Burung Layang- layang yang popular dan di kenali umum sebagai 'Swalow' dalam bahasa Inggerisi. Burung Walit merupakan spesis burung yang bernilai dan yang terbaik jika di usahakan secara komersil dimana sarangnya boleh dimakan, mempunyai permintaan yang tinggi di seluruh dunia dan harga yang amat tinggi antara RM 4,500 - RM 5,500 tiap satu kilo (yang belum di bersihkan) dan mencapai jauh lebih tinggi setelah di bersihkan.
Pengusaha yang baru hendak menceburi industri burung walit perlu menyediakan bajet tinggi, lokasi sesuai, teknologi mencukupi dengan menghasiri kursus pengurusan menternak burung walit anjuran kerajaan dan swasta. Banyak teknologi terbaru penternakan burung walit yang disesuaikan dengan keadaan dan kesesuaian di persekitaran untuk membuat rumah burung walit yang kos asas membuatnya sekitar RM200,000 satu unit. Ada ramai juga pengusaha yang melaburkan ratusan ribu ringgit akan tetapi gagal sebab burung walit tidak mahu tinggal didalam rumah yang sudah disediakan. Ada juga mereka yang gagal berpunca dari banyak gangguan luar seperti ancaman burung hantu, ancaman asap, ancaman persekitaran udara sudah tidak sesuai untuk walit terbang, bunyi bising, ancaman penyakit dan perosak dan sebagainya. Apa pun pernah di peringkat awal burung walit ini di komersilkan berlaku kes-kes kecurian dan pecah-masuk mencuri sarang burung walit yang berada di lokasi terpencil dan kurang ciri keselamatan. Tetapi kini dengan teknologi sistem kamera automatik, pintu besi berlapis dan juga rondaan ia sudah selesai. Menarik untuk mengetahui akan kitaranan hidup burung walit dimana ia akan bertelur yang biasanya tidak lebih dari 2 biji dalm satu sarang yang di perbuat dari air liurnya. Cara membina sarang unik iaitu dengan lendir (air) dari lelangit dari dalam mulutnya sehingga ia mengeras. Kemudian apabila telur menetas maka anak burung jenis berbulu pahat bukan macam anak ayam atau anak burung puyuh dimana anak burung walet tidak boleh berdikari dan di jaga induknya. Anak burung itu akan dewasa dan matang dan mengulangi pusingan pembiakan didalam sarang yang sa,a sehingga ia akan mencari pasangan dan mengawan dan masuk dalam rumah burung walit yang juga masih sama. Perlu di ketahui jika burung walit ada sikap psikologi iaitu ia sangat sensitif bada bunyi kuat seperti jenis bunyi horn kereta, mercun, muzik kuat dan juga jika ada gangguan lain termasuk burung elang dan burung hantu. Apa pun kajian menunjukkan ia akan tertarik dengan bunyi bCD atau Kaset burung walit yang di pasang dengan pembesar suara untuk tertarik memasukki walau punia tiruan. Burung walit juga sangat sensitif dengan bau koloni, kelembapan dan suhu dimana ia akan lari jika tidak suka tinggal didalamnya.
Industri sarang burung walit di Malaysia ialah sektor pertanian berimpak tinggi dan eksport utama, menjana pendapatan kira-kira RM1.2 bilion hingga RM1.5 bilion setahun. Sebagai pengeluar ketiga terbesar dunia, Malaysia mengeksport 80% hasil ke China, dengan lebih 16,700 premis burung walit berdaftar dan pengeluaran gua. China merupakan pasaran eksport terbesar untuk sarang burung walet (SBW) dari Malaysia. Dilaporkan dimana industri ini menghasilkan ribuan tan metrik (MT) setahun (5,654 MT direkodkan pada 2020) dan terus meningkat iaitu dengan harga sarang burung mentah boleh mencecah RM4,000 - RM8,000 sekilogram. Selain daripada lebih 16,700 rumah burung walit dimana ada terdapat lokasi gua pengeluar utama seperti di Gua Gomantong dan Madai (Sabah), serta Gua Niah (Sarawak). Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) mengawal selia dengan pensijilan seperti VHM dan GVHP untuk loji pemprosesan bagi memenuhi piawaian import China. Industri ini berpotensi tinggi untuk terus berkembang dengan pelaburan berterusan dalam teknologi pemprosesan dan penternakan dimana industri sarang burung walet Malaysia dianggarkan bernilai sekitar RM1.5 bilion hari ini terus menunjukkan potensi besar dan perkembangan yang sangat menggalakkan. Pihak Kementerian Pertanian nyatakan industri bernilai tinggi itu turut mencatat perkembangan apabila eksport ke China meningkat daripada 201 tan pada 2023 kepada 484 tan tahun lepas, memperlihatkan keyakinan pasaran antarabangsa terhadap kualiti produk Malaysia. Malaysia baru sahaja memeterai protokol baharu dengan pihak berkuasa China bagi melancarkan semula eksport sarang burung ke pasaran terbesar dunia itu. Pembukaan semula pasaran ini memberi ruang baharu kepada pengusaha tempatan untuk kembali meningkatkan eksport. Akan dipastikan pengusaha kecil mahupun besar menerima manfaat secara langsung. Kementerian akan terus bekerjasama rapat dengan semua pemain industri bagi memastikan kemudahan dan standard pemprosesan berada pada tahap terbaik. Protokol baharu bagi eksport Sarang Burung Boleh Dimakan (EBN) antara Malaysia dan China dimeterai bulan lepas, mengukuhkan lagi hubungan perdagangan pertanian antara kedua-dua negara serta meningkatkan semula kepercayaan China terhadap sistem kawal selia dan keselamatan makanan Malaysia. Perjanjian itu dijangka memberi manfaat langsung kepada lebih 15,000 pengusaha rumah burung walet dan 61 loji pemprosesan yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa China, sekali gus meningkatkan daya saing eksport agromakanan negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepaada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
MALAYSIA EKSPORT...RM1.5 B NILAINYA...
BANYAK KHASIAT... MELUAS PRODUKNYA...
BACA ARTIKEL... SUKA DAPAT ILMUNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Ramadan 11447H).





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.