Support My Blog

Sunday, April 26, 2026

KERDAS - APA FAKTA PENTING


BUAH KERDAS (Archidendron bubalinum) merupakan sejenis ulam-ulaman tradisional daripada keluarga Fabaceae (jenis keluarga (Kekacang) yang dulu ia popular dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia terutamanya di kawasan masyarakat kampung. Buah kerdas ini di hasilkan dari pokok kerdas yang sudah dewasa dimana ia juga dikenali dengan nama lain seperti Buah Kabau, Genuak atau Geduak adalah buah yang di ketagorikan sebagai 'Sejenis Ulam' serta selalu dimakan bersama nasi putih malah mengeluarkan bau yang agak kuat sama seperti Buah Petai (Parkia speciosa) dan Buah Jering (Archidendron jiringga). Ia keluar daripada pokok yang tingginya mencapai ketinggian sehingga 20 meter dengan panjang dahan sehingga 25 cm serta mempunyai banyak ranting-ranting kecilnya berwarna merah keperangan terang dengan permukaan kelihatan bersisik sedikit. Bahagian daun pokok kerdas penulis bllog lihat ia berbentuk bujur mencekung dengan panjang 5.5 - 22 cm dan ukuran 2.5-10.5 cm lebar berpermukaan kesat seperti kertas pada tangkai daun 0.5-6 cm dan daun mudanya pula berwarna ungu. Bunganya mempunyai lima kelopak sekuntum berwarna putih dengan stamen sepanjang 9 mm dengan berbuah lenggai yang mana ia dihasilkan berkulit nipis seperti jering tetapi agak keras liat mengandungi biji yang berulas-ulas antara 10mm-15 mm. Warna isi kerdas ia bergantung kepada umur buah ini apabila dilaporkan jenis biji yang sudah tua atau disimpan lama akan menjadi kehitaman berbanding dengan warna isinya yang masih muda atau baru dipetik bewarna kuning pucat dan sedikit keputih-putihan. Buah kerdas ini ia menyerupai petai atau jering dan sering ditemui dalam bentuk lenggai (buah berangkai). Ia mempunyai bau yang amat kuat dan busuk serta bau lebih tajam daripada jering, dan baunya boleh melekat pada nafas selepas dimakan. Buah Kerdas mempunyai rasa lemak dan sedikit kelat diana ia sangat enak dimakan bersama sambal belacan atau dicicah dengan kelapa parut. Buah kerdas berbentuk lenggai panjang (seperti buah kacang) berwarna hijau ketika muda dan menjadi keperangan apabila matang (Sila lihat foto paling atas sekali). Biji di dalam lenggai mempunyai bau yang agak kuat (bau yang kuat ini boleh melekat pada nafas) tetapi rasanya sedap, berlemak dan ada sedikit manis. Penggunaan kerdas ia biasanya sesuai dimakan sebagai ulam dengan sambal belacan atau dicicah dengan budu. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta penting pasal kerdas untuk bahan rujukkan semua.


Habitat bagi pokok kerdas ialah pokok hutan yang besar dengan bentuk yang rendang dan malar hijau yang boleh mencapai ketinggian sehingga 25 meter didalam hutan tropika. Ia berbuah ikut musim yang menyebabkan buah ini tidak mudah di jumpai atau di jual disepanjang tahun di Malaysia. Dalam perubatan tradisional buah kerdas ini ia ia dipercayai membantu membersihkan buah pinggang, serta dapat melawaskan kencing, mengawal darah tinggi dan membantu proses pencernaan. Apa pun ketika musim tiba dimana buah kerdas ini sering dicari oleh penduduk kampung pada musimnya kerana rasanya yang unik dan dipercayai masih ada nilai perubatannya. Selain sebagai pembuka selera penulis blog dapati bhahawa buah kerdas ini ia dipercayai mempunyai khasiat kesihatan seperti membersihkan buah pinggang, melawaskan kencing dan membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Dikalangan peminatnya dimana buah kerdas dijadikan sebagai ulam bagi menambah selera makan dimana baunya agak kuat hingga melekat pada bau nafas selepas memakan ulam ini. Kerdas ini boleh bertahan lama jika disimpan bersama kulitnya. Bagi penduduk luar bandar mereka sering mencari pokok kerdas yang tumbuh meliar di dalam hutan. Kepada pembaca blog ini yang mana mereka mengemari ulam-ulaman tentunya nama kerdas akan membayangkan keenakan mengunyahnya ketika menikmati hidangan makan tengahari bersama keluarga terutama bagi masyarakat kampong, tetapi mungkin tidak digemari oleh masyarakat bandar lebih-lebih lagi bagi generasi muda. Buah kerdas dihasilkan dari pokok kerdas. Pokok kerdas berdaun lembut dan nipis berwarna hijau apabila matang tetapi pucuknya berwarna ungu. Bunga kerdas berwarna kuning susu, keluar dalam bentuk jambak yang banyak berukuran 1 – 2 cm panjang. Bunganya beraroma agak wangi yang berupaya menarik serangga untuk proses pendebungaan. Manakala bunganya yang ringan menyebabkan ianya mudah dibawa angin untuk tujuan agen penyebaran pembiakan. Buah kerdas berbentuk pod memanjang dengan kulit agak keras dan liat serta mempunyai isi yang berulas berukuran antara 10 – 15 mm dan dibaluti lapisan kulit ari yang nipis. Warna isinya kuning pucat atau keputihan ketika muda dan bertukar kehitaman apabila cukup matang. Buah kerdas yang matang menghasilkan bau yang kuat apabila dimakan sama seperti jering atau petai. Pokok kerdas mengeluarkan buah sepanjang tahun namun begitu sekitar bulan Jun hingga Ogos adalah kemuncak penghasilan yang boleh mencecah sehingga 300 – 400 kilogram biji kerdas bagi sepokok yang cukup dewasa. Apa pun buah kerdas sering dijadikan sebagai ulam bagi menambah selera makan namun baunya agak kuat hingga melekat pada bau nafas selepas memakan ulam ini menyebabkan sesetengah orang tidak mengemarinya. Kerdas boleh bertahan lama jika disimpan bersama kulitnya.


Paling bagus mengarahui akan fakta khasiat dan nutrisi buah kerdas sebab disebalik baunya yang busuk dlaporkan buah kerdas yang mengandungi banyak khasiat dalam membantu menjaga kesihatan. Buah kerdas mengandungi vitamin A,B dan C serta kandungan protin (3.5%), kabohidrat (1.7%), lemak (0.3%) dan pelbagai zat galian seperti Fe, P dan Ca. Buah kerdas dikatakan mampu membersihkan buah pinggang, melawaskan kencing serta menghindar dari penyakit kencing manis. Selain dari itu buah kerdas juga dikatakan dapat membantu meneutralkan kandungan gula dalam darah serta mampu membantu dalam mengawal darah tinggi dan juga dikatakan awet muda. Buah kerdas berbentuk pod (lenggai) memanjang, seperti kacang, yang berwarna hijau ketika muda dan berubah menjadi keperangan atau kehitaman apabila matang. Apa pun didalam lenggai terdapat biji bulat berulas yang berukuran antara 10 -15 mm dengan ia dibaluti lapisan kulit ari yang nipis dengan isinya berwarna putih kekuningan ketika muda dan bertukar kehitaman apabila cukup matang. Buah kerdas (atau genuak) adalah ulam tradisional yang popular namun sesiapa yang ada pengambilan secara berlebihan atau tidak kena cara boleh mendatangkan beberapa ancaman atau kesan sampingan terhadap kesihatan antaranya seperti menyebabkan masalah Buah Pinggang sama seperti berlebihan makan jering dimana buah kerdas mengandungi asid djenkolic dimana pengambilan terlalu banyak boleh menyebabkan kristal asid ini terkumpul dan merosakkan buah pinggang, menyebabkan kes iaitu sakit pinggang, kencing berdarah, atau kesukaran membuang air kecil. Makan kerdas berlebihan juga didakwa menyababkan insiden Kembung Perut dan Angin sebaba ia dikenali buah ulaman yang menghasilkan gas yang banyak dalam perut serta akan menyebabkan kes perut kembung, angin dan ketidakselesaan dalaman perut. Ancaman paling ramai tidak suka kerdas adalah menyebabkan ancaman Bau Mulut dan Air Kencing yang Kuat ketika bercakap dan ketika kencing. Bau kerdas yang menyengat akan kekal lama dalam sistem badan dimana ini akan ia menyebabkan bau mulut dan air kencing yang sangat kuat. Ada dakwaan ancaman makan kerdas menyebabkan isu sskit Sendi atau gout sebab bagi individu yang mempunyai asid urik tinggi apabila dia makan kerdas secara berlebihan boleh mencetuskan sakit sendi atau gout. Sebagai petua untuk mengurangkan risiko dan ancaman sila pastikan minum air masak yang banyak dan makan secara sederhana.


Sebenarnya khasiat buah kerdas jauh lebih hebat daripada isu risiko dan ancamannya. Kerdas atau Genuak adalah salah satu jenis ulam tradisional yang kaya khasiat dimana ia terkenal untuk membersihkan buah pinggang, melawaskan kencing dan mengawal kencing manis atau paras gulam dalam darah. Ia juga membantu mengawal darah tinggi, bertindak sebagai ejen awet muda, serta membekalkan vitamin A, B, C, protein, dan zat galian (Fe, P, Ca). Pertama kerdas dikaitkan dengan Kesihatan Buah Pinggang sebab ia didakwa dapat membantu mencuci dan membersihkan buah pinggang jika diamblil denga kadar betul dan kekerapan sesuai. Buah kerdas juga di laporkan berkhasiat sebab ia membantu isu Melawaskan Kencing dimana ini membantu melancarkan sistem perkumuhan tetapi selalunya air kencing akan berbau kuat menyebabkan ketidak selesaan pengguna tandas lain. Paling bagus makan kerdas bagi pesakit kencing manis sebab ia membantu Mengawal Gula untuk Pesakit Kencing Manis bila ia mampu meneutralkan dan mengawal kandungan gula dalam darah dimana ini adalah penting di kawal. Seterusnya buah kerdas dilaporkan membantu dalam Kesihatan Darah aerta membantu Mengawal Tekanan Darah jika di ambil dengan cara betul dan kadar berpatutan. Sesiapa yang suka makana kerdas di laporkan dia menikmati 'Awet Muda' sebab banyak jenis kandungan nutrsi dalam kerdas yang dipercayai membantu kesihatan kulit. Buah kerdas yang di laporkan ia mengandungi tinggii zat vitamin (A, B, C), protein, karbohidrat, dan zat galian seperti zat besi (Fe), fosforus (P), dan kalsium (Ca) sesuai di makan apa lagi kalau ia berstatus buah jenis organik. Pemakan buah kerdas perlu diingatkan dimana buah ini mempunyai bau yang sangat kuat (lebih kuat daripada petai dan jering) dan boleh mengganggu orang lain ketika erbual namun ia tetap digemari sebagai ulam, dimakan mentah dengan sambal, atau dimasak lemak atau apa juga cara memakannya.


Dalam beberapa tinjauan dimana harga buah kerdas (genuak) berbeza-beza mengikut musim dan keadaan sama ada ia jenis berkulit atau jenis isi sahaja (sudah di buang kulitnya) dimana ia biasanya berharga sekitar RM10 - RM25 sekilogram. Harga di pasaran dalam talian dengan harga yang  lebih tinggi contohnya 500g berkisar antara RM10 - RM25 sekilogram. Harga jualan peraih kepada pemborong pula sekitar RM4.50 sekilogram. Buah kerdas adalah ulam paling popular dimakan mentah bersama sambal dan dimakan dengan nasi putih. Bagainana pun Buah Kerdas sesuai di jadikan makanan menarik seperti Resepi Sambal Tumis Kerdas Ikan Bilis dimana sesuai di jadikan makanan eksotik yang semakin jarang dapat jumpanya (Sila lihat foto disebelah). Tekstur sambal kerdas ini yang lemak dan ujud aromanya yang unik memberikan rasa khas yang sangat menyelerakan, terutamanya jika dimakan bersama nasi panas. Ia merupakan menu utama bagi ramai penggemar kerdas kerana rasa pedas sambal dapat dalam mengimbangi bau kuat buah kerdas amat unik. Sambal tumis pedas ikan bilis ialah hidangan sambal berasaskan cili kering kisar, bawang dan belacan yang ditumis sehingga pecah minyak dimana ia kemudian dicampur ikan bilis goreng rangup, air asam jawa perasa gula dan garam. Ia terkenal dengan rasa pedas, manis dan masin, sesuai dimakan bersama nasi lemak, lempeng atau ubi rebus. Sediakan bahan kisar iaitu cili kering (rebus dahulu), bawang merah, bawang putih dan sedikit belacan serta bahan tumis iaitu terdiri dari minyak masak, bahan kisar, ikan bilis (digoreng garing), air asam jawa, gula melaka atau gula pasir dan juga garam. Memaskny dnegan menumis cili hingga betul-betul pecah minyak (warna gelap) untuk sambal tahan lama dan sedap. Masukkan ikan bilis goreng di akhir masakan agar tetap rangup. Resepi kedua adalah Resepi Sambal Belacan Kerdas dimana menus ini sesuai untuk mereka yang sukakan rasa asli ulam-ulaman. Cara membuatnya mudah iaitu dengan menumbuk cili padi, belacan bakar, garam dan sedikit gula dan kemudian di masukkan buah kerdas yang telah dikupas dan tumbuk kasar (pecah-pecah sedikit) supaya aromanya sebati dengan sambal. Seterusnya diperah sedikit limau kasturi untuk rasa yang lebih segar dan sedia di hidangkan untuk di nikmati dengan nasi putih. D sesetengah tempat ada resepi dimana buah kerdas juga dicampurkan ke dalam masak lemak cili api bersama ikan atau udang untuk menambah aroma makanan tersebut. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH KERDAS... JARANG DAPAT JUMPA...
KELUAR BERMUSIM... MAHAL JUGA HARGA...
IA ULAM... DI MASAK SAMBAL ENAKNYA...
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 Zulkaedah 1447H).
Posted from
Room 403, Sunway Box Hotel,
Iskandar Putri, Johor Bahru.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...