Support My Blog

Thursday, April 30, 2015

GEL PERTANIAN - AMALI DILADANG

GEL TANAMAN  atau polimer yang mampu menyerap air merupakan satu jenis bahan penyerap air yang sangat baik digunakan dalam bidang pertanian. Teknologi ini telah lebih 35 tahun lalu dibangunkan terutamanya untuk tanaman yang berada dikawasan kurang air, kawasan terdedah kemarau dan juga dikawasan tanah bermasaalah. Bahan dalambentuk polimer gel ini lazimnya mampu menyerap air berpuloh kali ganda daripada saiz asalnya dan mampu menyimpan air serta melepaskannya semula. Saintin menganggap bahan ini sebagai "Empangan Mini" yang sesuai menyimpan air untuk akar tanaman terutama dimusim kemarau dan kawasan tanah poros yang mudah berlaku resapan. Ia mampu menyerap air dan akan melepaskannya secara perlahan-lahan dalam tanah atau media tanaman. Selain itu gel akan menjadikan tanah menjadi subur dengan kandungan air, udara dan nutrien untuk kegunaan tanaman. Penulis telah menulis mengenaii gel dalam pertanian dalam beberapa artikel sebelum ini untuk dirujuk bertajuk Plant Gel - Menyimpan Air (Sila Klik disini), (Part 2 - Sila klik disini), Polimer Crystal Gel - Tanam Bunga (Sila klik disini), Gel untuk tanaman (Sila klik disini) dan beberapa lagi.  Penulis dapati penggunaan dan kebaikan gel dalam bidang tanaman masih amat kurang diminati sama ada mereka kuran maklumat atau kos pelaburan yang menjejaskan operasi. Bagaimana pun kini usaha sedang dijalankan untuk memberi kefahaman kepada usahawan pertanian agar menggunakan gel dikawasan tanaman mereka yang sesuai dengan teknologi ini. Beberapa penerangan telah penulis buat kepada beberapa pegawai teknikal jabatan dimana perkara ini adalah satu teknologi yang sesuai dijalankan di Malaysia walau pun dikatakan kita menerima hujan yang banyak. Kesan kemarau panjang semenjak 2013 - 2015 memang amat ketara dimana kadar kekurangan hasil pertanian akibat kemarau adalah mencecah 10 - 15%. Penggunaan gel tanaman ini perlu dijadikan satu amalan terutama dikawasan tanah yang mudah larutresap, kurang bahan liat dan jika berlaku kemarau berpanjangan. Tahun 2014 antara kesan kemarau yang agak lama terutama dibebeapa projek di Utara semenanjung dan juga di Selatan Tanah Air. Kesan El-Nino ini akan berulang saban tahun dengan kesan yang mampu menjejaskan pengeluarab hasil tanaman. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti pemindahan teknologi kepada usahawan penanaman kelapa di Desaru  Kota Tinggi, Johor (Sykt Tekad Serumpun) dan Ladang Kelapa di Rompin (Sykt Ambang Peritis) seperti ini dalam sektor pertanian. Tulisan ini memberikan ifo untuk dijadikan bahan rujukkan berdasarkan kepada perkhidmatan kepakaran pertanian oleh penulis kepada mereka yang perlukan teknologi seperti ini.


Bahan Gel Tanaman lazimnya dijual dikedai pertanian atau bertanya kepada agen pengedar bahan input pertanian. Terdapat banyak jenama, kualiti, sai gel dan juga perbandingan harga ketara dikalangan produk gel dipasaran. Terdapat jenis gel berbentuk hablur halus di bungkus dalam baldi, tin dan yang besar 25 kg dibungkus dalam beg (sepertii beg baja). Lazimnya gel ini berwarna putih dengan harga yang berbeza kerana kualiti atau negara yang membuatnya. Lazimnya gel daripada Eropah dan Australia agak mahal tetapi ia lazimnya tahan lama dan mempunyai kadar serapan air yang cepat. Terdapat juga gel yang berherga sederhana dan ada juga gel yang murah dipasaran. Kepada anda yang mempunyai anak kecil (Baby) lazimnya akan membeli Lampin-Pakai-Buang. Sebenarnya lampin ini diisikan dengan gel penyerap air tetapi dari jenis yang sesuai untuk tujuan tersebut. Selepas basah digunakan maka lampin ini akan dibuang dan akan mudah untuk mereput (Biodegradible). Gel untuk tanaman sebaiknya adalah dari jenis yang cepat menyerap dan mampu melepaskan air, tahan lama dalam tanah dan harga berpatutan dengan kualiti. Pengalaman penulis mendapati produk jenama BASF seberat 25 kg dijual runcit RM1,200 - RM 1,250 dengan bungkusan kemas. Ada juga produk yang dijual dalam baldi dengan harga seitar RM 50 - RM 100.00 bergantung kepada kualiti dan kuantiti dibeli.  


Gel untuk tanaman yang halus lebih cepat menyerap air dalam masa 5-7 minit sahaja berbanding dengan saiz hablur lebih besar yang saya bawa mengembil masa 25 - 40 minit. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing bergantung kepada tujuan penggunaan dan juga jenis tanaman serta jenis tanah. Lazimnya keperluan gel pertanian adalah diantara 10 - 20 kg seekar atau dalam bahasa lain sekitar 25 - 50 kh sehektar bergantung kepada banyak faktor. Ini bermakna untuk satu ekar tanaman saka seperti kelapa satu bag gel BASF seberat 25 kg sudah cukup (pengalaman saya ia berlebih) untuk keluasan satu hektar dengan kos sebanyak RM1,250 dan jika ada 170 pokok kelapa Matag maka sepokok jatuh kepada hanya RM6.25 sahaja. Kalau untuk tanaman kelapa pandan ia mempunyai kepadatan 272 pokok sehektar bermakna kos setiap pokok cuma RM4.55 sahaja. Pertumbuhan benih kelapa pada tahun pertama penanaman amat perlukan keadaan sesuai seperti air dan baja selain daripada kawalan musuh tanaman.


Tanaman Pokok Kelapa (Cocos nucifera) merupakan tanaman industri yang keempat terpenting di Malaysia dengan keluasan sekitar 96,500 hektar direkodkan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2014. Satu projek tanaman kelapa oleh Syarikat Tekad Serumpun di Kg Tg Balau, Desaru Kota Tinggi seluas 50 hektar ditanam dengan kelapa Matag dan Kelapa Pandan. Benih yang diperolehi daripada Jabatan Pertanian dan pembekal lain ditanam sejak pertengahan tahun 2014. Pemeriksaan mendapati keadaan pokok kurang subur akibat tanah kering (dari jenis tanah liat dan tanah bris berpasir). Pengurus Projek En Rumaizi menyatakan hampir 10 - 25% pokok kelapa telah kering dan mungkin akan mati jika tidak dipulihkan segera. Demonstrasi penggunaan gel tanaman dicadangkan untuk dilaksanakan di projek ini untuk meningkatkan kesuburan disamping beberapa amalan agronomi lain. Selain itu serangan babi hutan yang mengorek pangkal pokok kelapa dikawal dengan memasang kawat BRC. Babi akan mengorek pangak pokok yang selalunya ada cacing untuk dimakan babi terutama pada malam hari.  


Segengam gel halus (2 - 3 sudu makan) dimasukkan kedalam baldi dan dicampur dengan air sehingga kembang. Kemudian dibuat 2-3 lubang penanaman keliling pokok muda dan masukkan gel tanaman yang telah kembang kedalam lubang tersebut (berhampiran dengan akar kelapa muda). Tutup semula dengan tanah agar gel tersebut tidak terdedah kepada cahaya matahari. Selain daripada air bersih, baja NPK atau Baja Foliar boleh digunakan untuk menambah sember baja. Bagi tanaman kelapa dewasa sebaiknya lubang untuk diletakkan gel adalah disekeliling pokok yang ada akar kelapa (sekitar kanopi sesuai). Tanaman baru pokok kelapa sebaiknya dibuat lubang penanaman dan kemudian dimasukkan gel tanaman yang telah dikembangkan dengan air, EM, Nutrien dan sebagainya. Masukkan anakbenih diatasnya dan kambus dengan tanah. Pemerhatian penulis terhadap penggunaan gel tanaman untuk projek kelapa tacunan di Masai, Johor mendapati pertumbuhan anak benih amat baik dan memuaskan seolah-olah tiada masaalah dengan kemarau panjang yang telah berlaku lebih 1.5 bulan lepas. Adalah diharapkan lebih ramai agen pengembangan dan petani serta usahawan menggunakan gel tanaman untuk lokasi dan jenis tanah sesuai. Kehadiran pegawai dari cawangan teknikal, pejabat pertanian daerah dan syarikat semasa demonstrasi penggunaan bahan gel tanaman ini perlu diteruskan. Semuga tulisan ini dijadikan bahan rujukkan mengenai teknologi penggunaan gel dimasa akan datang.
Wasallam!


GEL TANAMAN ... AIR DISERAPNYA...
BERWARNA PUTIH... BOLEH DIGUNA..
KUANTITI BETUL.. DISESUAIKANNYA...
BUAT DEMO ...KITA LIHAT KESANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 303, Hotel MAYRES,
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia.
(4 Rejab 1436H)

Wednesday, April 29, 2015

GULA MERAH - APA DIA?

GULA MERAH atau  MOLASES merupakan produk hasil sampingan daripada proses membuat gula tebu yang memang sering digunakan dalam penyediaan makanan, serta sektor pertanian lain seperti penternakan dan banyak lagi. Ramai orang mingkin kelisu antara Gula Merah, Molases, Gula Melaka, Gula Melaka Tiruan, Gula Kabong dan beberapa produk lagi. Gula merah merupakan bahan yang banyak tenaga (energy) yang diperlukan kaya dengan tenaga. Gula merah dari gula tebu mengandungi 25-40% sukros yang boleh dijadikan sumber tenaga tetapi rendah kandungan protein iaitu sekitar 3% sahaja. Kajian makmal menunjukkan kandungan abu adalah sebanyak 8-10% yang terdiri daripada Kalium (K), Kalsium (Ca), Klorin dan juga garam Sulfat. Walau pun ia nampak lembap tetapi lazimnya kandungan air dalam gula merah sekitar 25% sahaja. Nama gula mesti dikaitkan dengan kemanisan yang boleh diukur dengan unit Brix (diunit dalam % kemanisan). Bergantung kepada kualiti kadar kemanisan gula melaka sekitar 7 - 16 %Brixs dan sering digunakan sebagai penyedap makanan seperti kuih muih atau makanan untuk ternakan haiwan (ruminan). Bagaimana pun kadar kemanisan dan kualiti gula merah sangat berbeza mengikut sumber asas semasa pembuatan gula merah. Kita di Malaysia sering kenal dengan gula merah daripada kilang tebu dan agak jarang jumpa molases dari jagung, soya, beet, citrus dan bijirin lain. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai gula merah dan kegunaannya dalam kehidupan harian dan sektor pertanian.


Gula Merah lazimnya terbahagi kepada dua jenis iaitu ikut warna seperti Warna Light atau pun 'Dark brown'. Biasanya gula merah yang ada warna yang lebih gelap mempunyai rasa gula perang yang lebih kuat. Gula perang ini selalunya mempunyai tekstur yang kasar dan selalunya perlu dikisar supaya ia lebih halus untuk dijadikan bahan ramuan membuat kuih atau makanan lain. Apabila teksturnya halus maka gula merah akan mudah dipukul bersama mentega untuk membuat kuih, biskut atau kek. Gula perang pula selalunya akan digunakan untuk membuat biskut seperti cip coklat, biskut halia, kek buah-buahan dan lain-lain yang memerlukan rasa gula yang lebih kuat. Antara kuih yang paling popular menggunakan gula sebagai asas penting adalah seperti Kuih Kasui, Apam, Kuih Lompang, Kuih Lepat, Kek Kukus dan banyak lagi. Kegunaan gula merah dalam membuat makanan merupakan satu kegunaan yang memberikan kelebihan citarasa makaan.


Gula Merah atau Molases yang dihasilkan daripada tebu mengandungi antara 25 0 40% kandunga gula sukrosa dan kandungan protin hanya 3% tetapi mempunyai kandungan bakteria sekitar 8 - 10%. Lazimnya kandungan air pula sekitar 25% sahaja. Ia merupakan sumber bahan mineral yang baik seperti kandungan Ca, K, Cl dan Garam Sulfat tetapi kandungan vitamin yang rendah sahaja. Tahap kemanisan molases ini berbeza-beza mengikut sumber bahan tetapi untuk molases dari tebu adalah sekitar 15% Brix (Unit digunakan untuk mengukur tahap kemanisan). Bagi molases daripada bahan lain seperti jagung dsb julat perbezaan adalah sekitar 1.5 - 1.9% sahaja. Molases ini merupakan sumber terbaik didalam penyediaan makanan ternakan dimana ia memberikan rasa manis kepada Silaj (silage) yang disediakan dan haiwan ternakan terutamanya jenis ruminan amat menyukainya. Ia diberikan kepada ternakan seperti lembu, kambing , arnab, ayam dan sebagainya. Ia juga digunakan sebagai makanan haiwan dalam bentuk pelet sekitar 15% kandungan dalam formulasi tersebut. Kilang memproses makanan haiwan memang menjadikan molases sebagai salah satu bahan penting dalam penyediaan makanan haiwan.


Gula Merah atau Molases juga amat signifikan dalam penyediaan kompos dan penyediaan Effective Microbes (EM) dimana ia mampu meningkatkan aktiviti mikrob. Ia digunakan sebagai salah satu komponen penting dalam penyediaan larutan EM dan Bokasi. Sebagai contoh bagi menyediakan bokasi bahan diperlukan seperti Bahan Organik (Najis Ayam/ Kambing/ Lembu) sebanyak 800 kg,
Dedak Padi (50 kg), Sekam Padi (150 kg), Gula Merah 1/4 atau Molases (1/2 liter), EM-4 1 liter dan bahan air pada jumlah secukupnya (kadar air 30 - 40 %). Cara membuatnya dengan melarutkan EM-4 dan gula merah ke dalam air. Kemudian baja organik sekam dan dedak dicampur secara merata. Siramkan larutan EM-4 secara perlahan-lahan ke dalam adunan secara merata, sampai kandungan air adunan mencapai 30%. Bila adunan dikepal dengan tangan dan air tidak keluar dari adunan dan apabila kepalan dilepas maka adunan akan segar atau tidak pecah. Adunan tersebut akan diggaulkan membusut di atas lantai simen yang kering dengan ketinggian 15-20 cm. Kemudian ia perlu ditutup dengan karung guni selama 3-5 hari. Pertahankan suhu longgokkan adunan 40-50 C kemudian baru dibuka karung guni. Suhu yang tinggi akan mengakibatkan bokashi menjadi rosak kerana terjadi proses kerosakan (Busuk baunya). Pemeriksaan suhu dilakukan setiap 5 jam. Setelah 4 hari selalunya produk BOKASHI telah selesai proses pereputan telah siap digunakan sebagai baja organik. Penggunaan gula merah dalam penyediaan bokashi adalah signifikan untuk mempercepatkan aktiviti ini. Wasallam!.



GULA MERAH... MANIS SEKALI....
PRODUK MOLASES...IA SAMA...
WARNA COKLAT...KAYA TENAGA...
PERTANIAN....SERING DIGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 325, Grand Court Hotel,
Jalan Maharajalela,
Teluk Intan, Perak,
Malaysia.
(4 Safar 1436H)

Tuesday, April 28, 2015

POKOK AKASIA - POTENSINYA

POKOK AKASIA (Acacia mangium) merupakan sejenis tumbuhan liar yang banyak tumbuh dikawasan belukar, hutan dan tanah terbiar di negara kita yang mempunyai iklim tropika. Apa yang unik mengenai tumbuhan ini adalah ada kemampuannya menghasilkan nektar (cecair manisan) dari celah daun bagi makanan serangga termasuk lebah madu (Sila lihat foto diatas). Foto diatas yang saya ambil dari ladang di Projek Lebah Apis mellifera Hutan Sedili, Kota Tinggi, Johor sama seperti foto yang ada di internet yang menunjukkan bagaimana lebah madu menyedut manisan nektar pada pangkal daun (leaf petiol) sebagai sumber makanan yang banyak dikeluarkan oleh pokok akasia. Sebenarnya terdapat lebih daripada 1,300 spesis pokok akasia diseluruh dunia tetapi 899 daripadanya berada di benua kecil Australia. Itulah sababnya kenapa negara Australia merupakan negara pengeluar madu dari pokok akasia yang terbesar didunia dengan luasnya pokok ini hidup secara semulajadi atau ditanam untuk tujuan hutan dan pengeluaran madu. Pokok akasia daripada keluarga Fabaceae merupakan pilihan paling sering untuk penanaman semula hutan di Malaysia terutama di Sarawak, Sabah, Johor, Pahang dan di Selangor. Program penanaman pokok akasia merupakan satu kaedah menghutankan semula keadaan hutan yang kayunya telah dibalak. Pokok ini cepat membesar dan mempunyai kualiti kayu yang tinggi mutunya untuk kegunnaan industri perkayuan. Tinggi pokok boleh mencapai 30 meter dengan diameter hingga 1 meter. Rata - rata diameter yang bisa digunakan untuk membuat perabot minimum 25cm untuk mendapatkan sampel yang baik. Acacia mangium memerlukan 5 - 7 tahun untuk mencapai diameter 30cm. Berbanding dengan tanaman pokok hutan lain, pelaburan menanam pokok akasia dilakukan secara besar-besaran di Sabah untuk dihantar kekilang membuat kertas. Bagaimana pun artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan pokok akasia dan potensinya yang dulu tumbuh meliar dibelukar dan rizeb parit taliair JPS sebagai sumber makanan penting untuk industri lebah madu dan kayu balak serta untuk industri pembuatan kertas.


Pokok Akasia merupakan pokok saka berbatang keras dengan batang yang tumbuh menegak. Bahagian bunganya adalah berbentuk jambak yang panjang dengan warna putih kekuningan dan ia bergantung kepada spesis dan juga persekitarannya. Lebah dan serangga lain amat suka mencari makan dikawasan hutan gelam kerana ia mampu memberikan banyak nektar dan debunga daripada bahagian daun (nektar) dan juga bahagian bunga (Debunga). Kunjungan lebah madu pada bunga untuk mencari makanan membolehkan perusahaan menternak lebah madu amat sesuai dijalankan (Sila lihat foto disebelah)Pokok Akasia merupakan pokok yang dipercayai memang berasal dari Australia ini dibawa masuk ke Malaysia untuk tujuan penghasilan kayu dan pulpa yang akan digunakan untuk penghasilan kertas. Pokok Akasia juga menjadi kesukaan kepada lebah madu dimana ia mampu menghasilkan nektar untuk diproses  menjadi madu yang diperolehi dari pokok ini dikenali sebagai 'Madu Akasia'.


Dalam lawatan saya ke Pahang, Perak, Johor dan Terengganu baru-baru ini, saya dapati ada di kalangan kita yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pokok ini. Ramai yang terkejut apabila diberitahu pokok akasia mampu menghasilkan kayu balak dan juga manisan nektar untuk dijadikan madu lebah. Nama botani pokok ini adalah Acacia mangium dimana pada awalnya pokok Akasia ini ditanam tujuannya adalah penghasilan kayu bagi pembuatan kertas di kilang. Dalam keadaan semulajadi hutan akasia mudah dijumpai dilokasi tertentu terutama dikawasn pantai tanah bris disepanjang pantai timur. Kajian penulis juga mendapati kini terdapat banyak hutan ladang telah didirikan khusus untuk pembuatan kertas sehingga pokok akasia yang baru berumur 3 - 5 tahun pun (diameter 15 - 20cm) sudah boleh ditebang untuk dihantar kekilang. Daripada rujukan dan laporan Jabatan Hutan mendapati bahawa pada 10 tahun terakhir ini populariti kayu Akasia sebagai bahan asas bagi perabot semakin meningkat . Pada masa ini keperluan pokok Akasia dengan umur di atas 5 tahun juga kini semakin tinggi dimana bekalan tidak mencukupi. Ini kerana ia adalah jenis tumbuhan yang menghasilkan sumber kayu yang cepat dengan jenis kayu berkualiti selepas pokok getah dan pokok hutan lain. Beberapa negeri seperti Johor, Selangor, Sabah, Terengganu dan Pahang ada menanam pokok akasia dalam kawasan hutan simpan sebagai menghutankan semula kawasan pembalakan hutan.


Dalam bidang pembalakan, warna akasia adalah sama seperti kayu teras iaitu berwarna dari coklat muda hingga coklat tua kehijauan bergantung kepada spesis. Kayu Gubal (sapwood) berwarna krim keputihan, sangat jelas dan mudah dibezakan dengan kayu terasnya. Ketumpatan kayu adalah pada level MC 12% ketumpatan sekitar 450 - 600 kg/m3. Bahagian dan jenis tertentu boleh mencapai hingga 800 kg/m3. Kini kebanyakan tanaman pokok akasia yang digunakan untuk pembangunan hutan ladang di Malaysia adalah jenis Acacia mangium. Selain itu terdapat juga spesies yang digunakan dalam projek pembangunan hutan ladang dari famili yang sama seperti Acacia hybrid. Spesies ini dipilih kerana memiliki ciri - ciri iaitu kadar pertumbuhan yang cepat besar dan boleh beradaptasi pada tanah-tanah dengan tingkat kesuburan rendah dan keasidan relatif tinggi. ia akan menghasilkan kayu untuk bahan utama untuk pulpa dan bukan pulpa. Kualiti pulpa Acacia mangium setara dengan kualiti pulpa Eucalyptus yang telah pun banyak digunakan dalam industri pulpa di seantero dunia kini. Kayu ini juga baik untuk bahan kayu pertukangan. Bagaimana pun penanaman A. mangium mudah, mulai dari pengendalian benih, mudah disemai dan menguntungkan jika ada rantaian nilai lengkap. Banyak penulisan mengenai pokok akasia didalam bahasa Inggeris yang boleh anda rujuk untuk menambah maklumat. Wasallam!



TUMBUH LIAR ...POKOK AKASIA...
MANJADI BALAK...CEPAT JUGA...
ADA NEKTAR... SERANGGA SUKA...
DALAM HUTAN...BOLEH DIGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Hulu Paka,
Dungun, Terengganu,
Malaysia.
(12 Zulkaedah 1435H)

Monday, April 27, 2015

MESIN PETIK KELAPA - INOVASI

MEMETIK BUAH KELAPA (Cocos nucifera) merupakan satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dan lazimnya tidak menggunakan peralatan khusus. Pokok kelapa yang telah berumur dari jenis kelapa tinggi akan sukar untuk petani memetiknya kecuali petani hanya menunggu buah yang gugur dari pokok apabila cukup tua tetapi ia tidak sesuai untuk penanaman kelapa secara komersil. Negara kita mempunyai keluasan kelapa sebanyak 96,700 hektar pada tahun 2014 dengan anggaran jumlah penghasilan buah kelapa sebanyak 580 juta biji (Laporan statistik Jabatan Pertanian Malaysia 2014). Tanaman kelapa luas di negeri Johor (Batu Pahat, Pontian dan Muar), Selangor (Kuala Selangor dan Sabak Bernam), Perak (Bagan Datoh dan Hutan Melintang), Sabah (Kawasan Daerah Kudat) dan Sarawak (Kawasan Asajaya). Pada masa ini teknik menuai kelapa paling popular adalah dengan menggunakan Galah Panjang (Galah buloh atau Aluminium) atau pun dengan cara menggunakan Beruk Petik Kelapa. Kini upah untuk memetik buah kelapa semakin tinggi kerana jumlah pokok kelapa Malayan Tall dan varieti tinggi lain dengan taburan pokok tersebut sebanyak 70% daripada semua jenis pokok kelapa dewasa telah mencecah purata ketinggian melebihi 60 - 100 kaki. Penggunaan galah memerlukan galah yang panjang dan kepakaran khas pekerja untuk mengait tandan kelapa matang yang tinggi. Penggunaan haiwan beruk pula amat terhad keupayaannya jika untuk kawasan kebun yang luas. Penulis sering melihat bagaimana dalam lamanweb youtube terutama dari India dan Sri Lanka mempaparkan beberapa peralatan memanjat dan memetik buah kelapa (sebagai prototype) atau telah dikomersilkan. Artikel malam ini saya terus menulis dengan dua jari sahaja dalam "Anim Agro Technology" artikel ke 3,135 mengenai inovasi alat memetik buah kelapa sekadar dijadikan bahan bacaan dan memang ada dijual dipasaran.  

Kerja memetik buah kelapa memerlukan tenaga kerja dan peralatan khas jika kawasan kebun adalah luas. Cara memetik buah kelapa dengan kaedah panjat pokok pernah dilakukan oleh pekerja estet dan pemilik kebun kelapa terutama untuk memetik kelapa muda. Berapa pokok seorang pekerja mampu panjat pokok kelapa dalam sehari? (Sila lihat foto disebelah). Jika pokok kelapa mencecah lebih 50 kaki memang pekerja tidak boleh cari makan kalau upah satu biji kelapa dijatuhkan cuma 25 sen sebiji. Teknik memanjat kelapa untuk memetik buah kelapa telah lama ditinggalkan. Mereka panjat kelapa untuk menyadap mayang bagi tujuan mendapatkan nira untuk pelbagai tujuan seperti jadi nira dan gula melaka. Sebaiknya pokok kelapa yang tua, tinggi dan tidak produktif perlu ditebang dan ditanam dengan kelapa varieti baru jenis hibrid yang potensi hasilnya tinggi seperti kelapa MATAG, Kelapa MAWA atau varieti lain. Permintaan kelapa di Malaysia dan seluruh dunia akan meningkat sedangkan pengeluaran berkurangan kerana banyak tanaman kelapa telah ditebang dan digantikan dengan kelapa sawit dan tanaman lain. Pada masa ini penggunaan perkapita kelapa di Malaysia adalah sebanyak 18 biji seorang setahun.

Alat diguna di India
Telah banyak inovasi ditampilkan untuk memetik buah kelapa. Terdapat alat yang agak ringkas namun impaknya cukup besar kepada industri kelapa. Jika dulu khidmat beruk diperlukan untuk memanjat pokok kelapa tetapi kini ia dapat dilakukan manusia. Dikenali alat sebagai alat pemanjat pokok, kini ada satu produk inovasi itu ciptaan (adaptasi) kakitangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat yang telah diketengahkan. Apa yang menarik ialah kerana ia hanya mengambil masa 30 saat untuk sampai kepada tahap ketinggian enam meter. Malah, pengguna akan mampu duduk dalam tempoh lama sebelum beliau dapat meneruskan aktiviti memetik kelapa. Alat itu pertama kali dipertontonkan kepada orang ramai sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2014 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) yang mana saya sempat melihatnya tetapi tiada demo dibuat. Pengurus Hal Ehwal Korporat PPK Kuala Langat, Zulkamal Zaiki berkata, inovasi dari Jepun itu hanya ada ditayangkan menerusi laman web YouTube. Menurutnya, pada masa ini isu kekurangan tenaga pengajar beruk yang terlatih menyumbang kepada usaha memodifikasi alat berkenaan. Dengan alat ini orang yang sudah lama menceburi bidang berkenaan (memanjat pokok kelapa) boleh menjana pendapatan berganda. Seramai empat pegawai terbabit dalam inovasi itu untuk tempoh sebulan dan siap sepenuhnya pada Ogos lalu.

Semasa penulis melawat inovasi tersebut, diberitahu bahawa pada keadaan biasanya hanya tiga pokok dapat dipanjat setiap hari, tapi alat ini membantu memanjat 20 pokok sehari. Alat itu membabitkan dua bahagian utama iaitu bahagian A (tempat duduk) dan bahagian B (pedal). Pertamanya, wayar dipasang mengikut saiz pokok untuk kedua-dua bahagian tempat duduk dan pedal. Gelang getah kemudian disangkutkan pada bahagian pin. Bahagian depan kaki di bawah penahan disangkutkan dan naik di atas pedal. Seterusnya, pemanjat perlu berdiri di atas pedal dan naikkan tempat duduk, selain menyesuaikan panjang tali yang menyambungkan kedua-dua bahagian mengikut kaki ketika berdiri. Sangkutkan tali keselamatan yang terikat di tempat duduk dan gelungkan 'lifeline' dipinggang dan diikat. Gelungkan hujung tali 'lifeline' keliling pokok di atas wayar tempat duduk dengan cara menyangkutkan hujung besi 'lifeline' pada bahagian tali. Mereka yang berminat mendapatkan alat berkenaan boleh berhubung terus PPK Kuala Langat. Semuga artikel ringkas ini memberi info tambahan kepada pembaca semua. Wasallam!.


ALAT INOVASI ... DARI INDIA...
ALAT BARU...MUDAH DIGUNA...
ADA DIJUAL... BERAPA HARGA...
ADAKAH PRAKTIKAL...BAGI ANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Kelapa Matag,
Bagan Datoh, Perak,
Malaysia.
(21 RabiulAkhir 1436H)
Tulisan asal dari Harian METRO

Sunday, April 26, 2015

MANGGIS -CARA MENANAM (Part 2)

MENANAM MANGGIS (Garcinia mangostana L.) adalah satu aktiviti yang semakin kurang dilakukan oleh petani masa kini. Ini kerana manggis adalah sejenis buah-buah bermusim tergolong dalam keluarga Guttiferae. Walau pun ia sesuai di negara-negara beriklim tropika diantara 20 C dan 30C tetapi sebenarnya ia memerlukan keadaan lembab dengan jumlah taburan hujan sebanyak 2,500 mm. setahun. Tanaman manggis dan mesta sesuai dengan pelbagai jenis tanah yang bersaliran baik. Jenis tanah yang sesuai ialah tanah lanar laut seperti Siri Telok, tanah lanar sungai dan kawasan dataran banjir. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 7,414 hektar (2006) kawasan tanaman manggis di Malaysia dengan pengeluaran 28,900 metrik telah menurun kepada seluas 7,390 hektar pada tahun 2012 dengan pengeluaran sebanyak 28,350 metrik tan. Negeri Perak, Selangor dan Johor merupakan negeri yang banyak menenam pokok manggis selain daripada Pahang. Daerah Batang Padang di Perak menanam paling luas tanaman manggis (340 ha) diikuti Daerah Hulu langat Selangor (300 ha) dan Daerah Segamat , Johor (288 ha). Pada masa ini belum ada klon yang dikenalpasti untuk disyorkan kerana biji manggis adalah jenis apomiksis, iaitu pokok yang dibiak daripada biji tetap tidak berubah dari bakanya. Anda boleh baca tulisan saya mengenai manggis iaitu Manggis (Sila klik disini), Manggis - Isu Gamosis (Sila klik disini), Varieti Manggis di Malaysia (Sila klik disini), Manggis - Apa kekuatan kita (Sila klik disini), Manggis Kawalan Perosak (Sila klik disini), Ciri Benih Manggis vs Mesta (Sila klik disini), Khasiat Buah Manggis (Sila klik disini) dan banyak lagi. Artikel kali ini sata menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai penduan menanam manggis untuk bacaan dan rujukan anda.


Kawalan Rumpai diperingkat awal penanaman manggis perlu dijalankan sejak awal pertumbuhan lagi terutama di pangkal pokok bagi mengelakkan persaingan untuk mendapatkan nutrien dan air. Kawalan dilakukan dengan menggunakan sungkupan di pangkal pokok yang terdiri daripada lalang atau rumput kering. Sekiranya perlu, rumpai di keliling pokok manggis boleh dikawal secara manual dengan menggunakan cangkul sementara rumpai yang terdapat di antara barisan boleh dikawal dengan cara menggunakan mesin pemotong rumput. Tanaman penutup bumi seperti jenis kekacang juga boleh digunakan untuk mengawal rumpai yang dengan sendiri boleh mengawal hakisan tanah serta meningkatkan kesuburan tanah. Bagi pokok manggis yang matang rumpai dikawal dengan menyembur racun rumpai seperti paraquat (1.0 kg/ha) atau glufosinate-ammonium (0.5 kg/ha). Sebaiknya kawasan tanaman manggis mempunyai kebersihan kebun seperti dinyatakan dalam amalan MyGAP. Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil. Ini berpandukan kepada TDMH yang telah ditetapkan bagi racun-racun perosak. Panduan TDMH bagi racun perosak yang digunakan pada tanaman manggis boleh dirujuk kepada pegawai pengembangan pertanian.


Indeks kematangan dan penuaian Buah Manggis perlu difahami oleh petani terutama untuk mendapatkan tahap tepat memetik buah. Tanaman ini dapat mengeluarkan hasil yang memuaskan apabila pokok lebih daripada lapan tahun. Pada permulaan hasil adalah rendah tetapi hasil seterusnya meningkat mengikut umur pokok. Manggis biasanya berbuah setahun sekali. Lazimnya buah manggis akan mengambil lebih kurang 13-14 minggu untuk matang. Tanda kematangan ialah apabila ada perubahan pada warna kulit buah. Buah yang belum matang berwarna hijau kekuningan dan akan bertukar menjadi hijau dengan tompok-tompok ungu atau kemerahan pada peringkat matang. Keseluruhan buah akan bertukar kepada warna coklat kemerahan dan seterusnya kehitaman apabila buah cukup masak. Terdapat berbagai-bagai peringkat kematangan dalam satu pokok pada masa yang sama dan untuk memudahkan pengutipan hasil indeks warna yang berikut digunakan sebagai indeks kematangan. Perubahan warna daripada satu indeks warna ke satu indeks warna seterusnya mengambil masa satu hari pada suhu 25 C - 30 C.

Kemahir memetik dan mengenali indeks kematangan buah manggis adalah perlu. Foto diatas menunjuukkan 7 indeks kematangan buah manggis. Indeks 1  adalah tahap dimana buah manggis masih berwarna hijau kekuningan dengan sedikit kesan merah. Indeks 2 pula buah  manggis akan menjadi hijau kekuningan dengan sedikit kesan kemerahan. Kulit buah apabila dipotong masih lagi mengandungi lateks kuning dan isinya masih melekat kuat pada kulit. Mutu buah yang dipetik pada peringkat ini tidak dapat diterima. Kemudian Indeks 3 dilihat apabila warna merah kekuningan dengan tompok-tompok kemerahan sekeliling buah. Kandungan lateks dalam kulit berkurangan sedikit dan bahagian ini masih tidak mudah dipisahkan daripada kulit. Buah yang dipetik pada peringkat ini sedia untuk dihidangkan selepas 3-4 hari diperam pada keadaan ambien. Indeks warna ini adalah peringkat yang paling awal sesuai bagi memetik buah. Indeks 4 pula apabila pada keseluruhan kulit buah berwarna kemerahan dengan tompok-tompok merah yang jelas. Lateks masih terdapat dalam kulit manakala isi boleh diasingkan daripada kulit. Buah yang dipetik pada peringkat ini sesuai untuk pasaran eksport. Indeks 5 pula apabila buah menjadi coklat kemerahan pada seluruh permukaan kulit. Buah yang dipetik pada peringkat ini sudah boleh dihidangkan tetapi kulitnya yang tebal masih mengandungi lateks. Untuk eksport, buah mestilah dipetik tidak melampaui peringkat ini. akhir sekali adalah Indeks 6 dimana buah menjadi warna kemerahan pada seluruh permukaan buah. Buah yang dipetik pada peringkat ini sudah sedia untuk hidangan kerana mutu dan citarasanya adalah memuaskan. Isi dan kulit mudah diasingkan manakala kulit sudah tidak mengandungi lateks lagi. Indeks 7 apabila buah manggis menjadi ungu gelap atau kehitaman pada seluruh permukaan kulit. Buah pada peringkat ini adalah terlalu masak.


Pemerhatian penulis mendapati cara pengutipan buah manggis lazimnya tidak dapat dibuat serentak kerana pembungaan berlaku berperingkat-peringkat. Kebiasannya buah dipetik setiap dua atau tiga hari dengan memilih buah yang sudah sedia dipetik sahaja. Buah perlu dipetik dengan cermat dan elakkan dari jatuh terhempas ke tanah bagi mengatasi gamosis. Buah boleh dipetik dengan tangan, penggunaan tangga digalakkan bagi pokok yang tinggi. Galah yang mempunyai cangkuk dan perangkap jaring dihujung juga sesuai untuk digunakan. bagi pengendalian di ladang selalunya buah-buah yang dipetik akan dikumpul di dalam bakul atau bekas yang sesuai serta dialas dengan span atau kain bagi mengelak dari kecederaan secara mekanikal seperti hentakan, himpitan dan gegaran. Bakul-bakul yang berisi buah perlu dihantar dengan cepat ke rumah pembungkusan untuk mengelakkan kerosakan dan penurunan mutu. Sementara itu di Pusat Pembungkusan lazimnya buah dipilih dimana buah yang buruk, terlalu muda, terlalu kecil dan sampah sarap dibuang sebelum proses seterusnya. Bagi penyediaan buah untuk tujuan eksport ke negara tertentu, pengasingan mengikut indeks warna yang dikehendaki boleh dilakukan di peringkat ini. Buah dimasukkan ke dalam tangki air bersih bagi membuangkan sampah sarap dan kotoran yang terlekat pada buah tanpa mencederakannya. Span atau kain boleh digunakan semasa membasuh. Air perlu diganti dengan yang bersih dari semasa ke semasa. Buah kemudiannya di susun di atas rak-rak atau meja bertingkat bagi mengeringkan air pada permukaan kulit. Kipas boleh juga digunakan bagi mempercepatkan proses pengeringan.


Penggredan buah manggis akan digred mengikut saiz. Penggredan dengan tangan boleh dilakukan dengan berasaskan penentuan gred. Lazimnya jika berat sebiji buah 100 gm atau lebih, iaitu lebih kurang 8.10 biji/kg dan dilihat pada kulit buah bersih, tidak cedera, bebas dari kesan penyakit atau kerosakan oleh serangga. Kualiti juga digred mengikut keadaan kulit dimana ada kulit sederhana tebal, pejal tetapi tidak keras serta tiada kesan getah kuning (resin) pada kulit dan tangkai. Sebaiknya ulas isi putih bersih dana tidak jernih disebabkan oleh kecederaan. Cara yang lazim untuk pembungkusan dilakukan dengan menyusun dengan teratur dan padat di dalam kotak. Lapisan pengalas digunakan bagi mengurangkan geseran, himpitan diantara buah dengan permukaan kotak. Reka bentuk kotak berbeza mengikut jenis pasaran, sistem pengendalian, kehendak pengguna dan muatannya selain mengambil kira kekuatan mekanikal, kemudahan untuk dikendalikan, lubang perudaraan yang mencukupi dan kemudian mengaturnya didalam kontena dan diletak atas kenderaan dan di bilik penyimpanan. Proses penyimpanan buah manggis bagi pasaran segar selalunya penggunaan bilik sejuk pada suhu 5C dan kelembapan relatif 85% adalah kaedah yang sesuai untuk penyimpanan manggis. Dalam keadaan ini, buah manggis boleh disimpan sehingga 4 minggu. Buah manggis perlu dijual segera untuk jaminan kualitinya. Oleh itu jenis pengangkutan yang boleh digunakan untuk mengangkut buah manggis ke destinasi pasaran adalah tertakluk kepada jarak perjalanan, jangka masa penyimpanan buah dan kos yang terlibat. Wasallam!.
MENANAM MANGGIS.. JENIS APA...
LAMBAT BERBUAH.. PERLU DIJAGA....
POKOK BERBUAH... LAMA JUGA...
HASIL BERKUALITI...MAHAL HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pejabat Pertanian Bera,
Bera, Pahang,
Malaysia.
(26 JamadilAkhir 1436H)
-Terlibat dengan pemulihan banjir

Saturday, April 25, 2015

MANGGIS -CARA MENANAM (Part 1)

MENANAM MANGGIS (Garcinia mangostana L.) adalah satu aktiviti yang semakin kurang dilakukan oleh petani masa kini. Ini kerana manggis adalah sejenis buah-buah bermusim tergolong dalam keluarga Guttiferae. Walau pun ia sesuai di negara-negara beriklim tropika diantara 20 C dan 30C tetapi sebenarnya ia memerlukan keadaan lembab dengan jumlah taburan hujan sebanyak 2,500 mm. setahun. Tanaman manggis dan mesta sesuai dengan pelbagai jenis tanah yang bersaliran baik. Jenis tanah yang sesuai ialah tanah lanar laut seperti Siri Telok, tanah lanar sungai dan kawasan dataran banjir. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 7,414 hektar (2006) kawasan tanaman manggis di Malaysia dengan pengeluaran 28,900 metrik telah menurun kepada seluas 7,390 hektar pada tahun 2012 dengan pengeluaran sebanyak 28,350 metrik tan. Negeri Perak, Selangor dan Johor merupakan negeri yang banyak menenam pokok manggis selain daripada Pahang. Daerah Batang Padang di Perak menanam paling luas tanaman manggis (340 ha) diikuti Daerah Hulu langat Selangor (300 ha) dan Daerah Segamat , Johor (288 ha). Pada masa ini belum ada klon yang dikenalpasti untuk disyorkan kerana biji manggis adalah jenis apomiksis, iaitu pokok yang dibiak daripada biji tetap tidak berubah dari bakanya. Anda boleh baca tulisan saya mengenai manggis iaitu Manggis (Sila klik disini), Manggis - Isu Gamosis (Sila klik disini), Varieti Manggis di Malaysia (Sila klik disini), Manggis - Apa kekuatan kita (Sila klik disini), Manggis - Kawalan Perosak (Sila klik disini), Ciri Benih Manggis vs Mesta (Sila klik disini), Khasiat manggis (Sila klik disini) dan banyak lagi. artikel kali ini sata menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai penduan menanam manggis untuk bacaan dan rujukan anda.


Anakbenih Manggis untuk ditanam sebaiknya perlu diperolehi daripada pembekal yang mempunyai Sijil Pengesahan Benih Tanaman (SPBT) daripada Jabatan Pertanian. Penyediaan benih manggis berbeza sama ada ia daripada biji yang disemai atau anakbenih cantuman yang dijual dengan harga lebih tinggi. Benih ditanam dalam lubang yang digali dan diisikan dengan baja organi dengan jarak tanaman 7.5 meter x 7.5 meter dengan kepadatan 175 pokok sehektar. Buat lubang penanaman 60 cm x 60 cm x 80 cm dalam dan berhati-hati ketika memasukkan anak benih manggis. Akar pokok manggis sangat sensitif dan mudah rosak. Pastikan dibubuh sungkupan dan penanda pada lokasi penanaman. Buat sulaman pada pokok yang mati. Kawasan yang sesuai untuk pokok manggis berhasil tinggi adalah kawasan seperti tepi sungai, tepi kolam dimana akar pokok manggis kekal lembab sepanjang tahun. Kawasan seperti sekitar Sungai Muar, Sg Pahang dan Sungai Perak merupakan kawasan sesuai untuk tanaman manggis. Pengurusan Air tanaman manggis selepas menanam sangat perlu bagi tanaman manggis pada peringkat awal di ladang. Kekurangan air pada peringkat ini akan menyebabkan pokok yang bru diubah, lambat pulih daripada kejutan pemindahan dan seterusnya lambat membesar. Bagi mengatasi masalah ini, seelok-eloknya pokok diubah ke ladang pad awal musim hujan. Sungkupan di keliling pokok digalakkan terutamanya sepanjang musim kemarau. Air yang mencukupi perlu pada peringkat pembuangan dan pembesaran buah. Kekurangan air akan menyebabkan pembesaran buah terbantut. Air yang berlebihan juga tidak baik kerana pokok akan lebih mudah atau cenderung untuk berpucuk. Pokok yang berpucuk pada masa pengeluaran buah akan mewujudkan saingan dalam mendapatkan bahan makanan. Akibatnya keguguran buah boleh berlaku atau buah lambat membesar. Lazimnya bagi tanaman manggis di ladang komersil, pengairan mikro boleh digunakan. Sistem pengairan mikro mempunyai kecekapan yang tinggi melebihi 90% pemberian air. Pengendaliannya tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak. Kadar alir air bagi kepala penyebar mikro adalah diantara 2-60 liter sejam pada tekanan 2-60 psi. Bagaimana pun ramai petani yang memilikki dusun manggis tidak mempunyai sistem pengeiran sempurna. 


Tanaman manggis walau pun dikatakan lasak tetapi tetap mempunyai masaalah serangan serangga dan penyakit. Diantara serangga perosak adalah Ulat Pelombong Daun (Phyllocnictis citrella) dimana larvanya akan memakan inti daun melalui saluran atau liang-liang yang dibuat (Sila lihat foto sebelah). Daun yang diserang menjadi berkilat seolah-olah melecur dan bahagian tepi daun kelihatan pudar dan bergulung. Larva membesar di dalam daun dan menjadi kepompong dalam lipatan daun. Jika tahap kerosakan tinggi, kawalan boleh dibuat dengan menyembur daun-daun yang terlibat dengan racun jenis serap seperti dimethoate dengan kadar 0.1% bahan aktif. Perosak kedua adalah Pengorek Buah (Curculio sp.) yang mana lazimnya kumbang dewasa bertelur di kulit buah pada peringkat pembesaran buah dan larva membesar di dalam buah. Larva yang hampir jadi kepompong memakan isi buah hingga ke biji dengan membuat lubang hampir dengan tangkal buah. Apabila buah jatuh, larva akan masuk ke dalam dan menjadi kepompong di dalam tanah. (boleh hidup 2-6 minggu sebelum muncul sebagai kumbang dewasa). Belum ada syor kawalan tertentu kecuali dengan membuang buah yang jatuh ke tanah dengan segera.


Bagi kes masaalah penyakit pula, terdapat serangan Cerana Zignoela (Zignoela garcianneae) yang menyerang dahan dan batang. Tempat diserang akan bengkak dan bercerana. Daun akan layu dan luruh. Pokok akan mati. Selalunya akibat serangan maka akan musnah pokok yang diserang dengan menebang dan membakar kesemua bahagian pokok untuk mengawal penyakit dari merebak. Serangan oleh Penyakit Cendawan Angin (Corticum salmonicolor) sering ia menyerang batang dan dahan pokok. Bahagian yang diserang akan menjadi merah samar dan diselaputi oleh bebenang. Daun-daun dan pucuk di dahan yang diserang akan kecut dan layu dan terus mati. Ia boleh dikawal dengan memperbaiki sistem pengudaraan di keliling pokok. Cantas dahan yang terlalu rapat. Jika perlu sembur bahagian pokok yang diserang dengan racun kulat berasaskan kuprum. manggis sering mempunyai masaalah dinamakan Gamosis (Sila klik disini). Penulis dapati selain penyakit, pokok manggis mengeluarkan sejenis gam berwarna kuning yang boleh merosakkan dahan dan buah. Buah yang rosak akan mengeluarkan gam dan ini akan menyebabkan buah menjadi keras dan berasa pahit. Kerosakan ini berlaku apabila dahan atau buah tercedera akibat tersentuh secara mekanikal. Masalah ini lebih ketara apabila getah kuning terdapat di dalam buah yang telah matang. Gam ini kadang-kadang tidak kelihatan pada kulit buah. Kawalan atau cara mengatasinya adalah dengan menjaga buah atau dahan supaya tidak rosak. Buah yang telah matang perlu dipetik secara manual dan tidak dibiarkan jatuh ke tanah. Kawalan gamosis secara terperinci masih belum diperolehi. 
Artikel ini bersambung pada Part 2 (Sila klik disini).


MENANAM MANGGIS.. JENIS APA...
LAMBAT BERBUAH.. PERLU DIJAGA....
POKOK BERBUAH... LAMA JUGA...
HASIL BERKUALITI...MAHAL HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pejabat Pertanian Bera,
Bera, Pahang,
Malaysia.
(26 JamadilAkhir 1436H)
-Terlibat dengan pemulihan banjir

Friday, April 24, 2015

SELASIH - TANAMAN BERKHASIAT

POKOK SELASIH (Ocimum basilicum) merupakan sejenis tumbuhan renek daripada keluarga Lamiaceae yang terdapat di kawasan beriklim tropika. Pokok Selasih di percayai natif atau berasal dari India dan sekitarnya. Nama Selasih ada berbagai seperti Kemangi, Holy basil, Sweet basil dan juga dipanggil sebagai Thulasi. Pokok selasih dan kemangi ini memang banya berbeza. Kajian menunjukkan daun kemangi banyak digunakan dalam masakan di Malaysia dan juga di Indonesia. Penulis dapati diantara ciri uniknya ialah baunya seperti bau serai yang meningkat selera hendak makan. Pokok selasih ada banyak jenis diantaranya sebagai nama 'English' atau 'Sweet Basil' yang termasuk dalam resepi masakan ala-barat (western cooking). Pemerhatian juga menunjukkan bahawa terdapat Jenis Selasih Hijau (ruku hijau, thulasi,  holy basil) yang selalu ditanam oleh kaum India. Sementara itu juga terdapat Jenis Selasih Hitam dimana daunnya adalah kerinting dengan warna batang hitam merahan. Jenis Selasih Hijau adalah yang sering digunakan untuk menguatkan jantung. Sementara itu ada selasih ungu yang selalu dijual sebagai ulam. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" dan juga menerangkan selasih secara umum sebagai tumbuhan yang dikategorikan berkhasiat.

Kemangi dari jenis Ocimum basilicum juga terdiri dari dua jenis iaitu satu berdaun agak kerinting. Jenis ini amat popular dalam masakan Padang di Sumatera dan ia sering dimasak bersama ikan. Jenis kedua pula lazimnya mempunyai daun yang agak kecil dan sering dimakan sebagai ulam. Di India dan Afrika daun selasih atau pun kemangi digunakan sebagai produk teh yang boleh diminum menggantikan teh biasa. Disamping aromanya yang menyelerakan lazimnya ia akan disajikan ketika pertukaran musim untuk mengelakkan penyakit seperti batuk, selesema dan demam. Di Eropah pula minyak pati kemangi lazimnya diekstrak dan digunakan sebagai bahan campuran untuk ubat atau pun bahan rawatan tubuh badan seperti sabun, perfume, losyen dan minyak aromaterapi. Aroma minyak pati kemangi akan hilang selepas 24 jam selepas disapu pada tubuh dan ia dikelaskan sebagai minyak pati bernilai tinggi. Minyak patinya daun selasih dikatakan dapat membantu meringankan dan dapat menyegarkan tubuh badan. Kemangi didapati kaya provitamin A dan dimana setiap 100g kemangi mengandungi 5000 Sl vitamin A. Ia juga mengandungi banyak kalsium dan Posforus yang baik untuk kesihatan .Kemangi digunakan dalam masyarakat melayu untuk mengatasi masalah kembung perut bagi bayi dan kanak-kanak.Ramasan kemangi bersama bawang merah dan minyak kelapa boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kemangi segar yang dimakan sebagai ulam dapat menambahkan air susu, menghilangkan bau mulut dan bau badan. Ia juga dapat menyembuhkan masaalah seperti kes cirit birit, batu karang dan masalah albumin yang berlebihan dalam air kencing. Aromanya juga dikatakan dapat menghalau nyamuk.

Beberapa laporan menyatakan daun selasih mempunyai nilai perubatan yang begitu tinggi. Sebagai contoh bagi kaedah cara perubatan ayurveda yang berasal dari India, ia akan dikenali sebagai herba penyembuhan bagi pengamal kaedah perubatan ini. Daun selasih juga enak dijadikan ulam selain daripada ia mempunya nilai perubatan yang tinggi. Cara pembiakannya adalah melalui keratan batang dan biji benih. Dalam laporan kajian menunjukkan antara kegunaan pokok ini adalah dari segi perubatan. Antara jenis kegunaan selasih yang didakwa sebagai perubatan seperti mampu untuk Merawat demam. Dipercayai juga ia boleh meningkatkan daya ketahanan badan terhadap penyakit. Khasiatnya juga sebagai kemampuannya untuk meredakan muntah-muntah dan loya serta menngubati masaalah kecacingan. Ia juga boleh digunakan sebagai antiseptic dan ia juga digunakan juga sebagai analgesic (ubat tahan sakit). Sebenarnya daun selasih akan menolong untuk memperkuatkan fungsi hati. Khasiat daun dan pokok selsih amat diketahui ramai seperti dapat mengurangkan ketegangan (stress) dan tekanan. Ia juga boleh dijadikan sebagai ubat batuk dan sebagai herba pencuci darah.  Tumbuhan ini ia boleh digunakan untuk melegakan penyakit kurap (ringworm) dan boleh di tampal pada luka (setelah dihancurkan) untuk melegakan luka-luka. Semuga artikel  ini memberikan info berguna kepada pembaca blog "Anim Agro Technology" dan semua. Wasallam!...
POKOK SELASIH... KEMANGI SAMA...
SELASIH HIJAU... HITAM ADA JUGA...
RAWAT DEMAM... TERBIT AROMA...
BERKHASIAT.... ARTIKEL DIBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Pertanian Inderapura,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(21 JamadilAkhir 1436H)

Thursday, April 23, 2015

CILI 'BUTCH T' -TERPEDAS DIDUNIA

TANAMAN CILI (Capsicum spp) merupakan tumbuhan yang menghasilkan buah cili yang pedas. Kepedasan cili adalah disebabkan oleh kandungan bahan yang dipanggil ebagai Capsaicin yang bertindakbalas dengan bahan cecair untuk tindakbalas berlaku. Kepedasan capsaicin ini boleh diukur dengan unit SHU (Scoville Heat Unit) yang mengukur tahap kepedasan (pugency) dan kepekatan capsaicin dari varieti cili yang berbeza. Kita di Malaysia mempunyai beberapa jenis cili seperti Cili Besar, Cili Padi, Cili Benggala (Bell), Cili Kering, Cili Api, Cili Siam, Cili Hijau, Cili Hiasan dan pelbagai gelaran lagi. Bagi kebanyakan kita pengambilan cilii merah (merujuk kepada cili besar yang telah ranum) dan cili hijau (merujuk kepada cili besar yang belum matang) adalah paling biasa digunakan. Saya ada menulis mengenai tahap kepedasan cili dan yang berkaitan dengannya (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Penggunaan cili adalah sama ada dalam bentuk segar, dikeringkan, dikisar menjadi pes, serbuk dan cecair mengikut kesesuaian. Bagaimana pun 'rasa pedas' sesuatu cili mungkin berbeza antara individu bergantung kepada sensitiviti seseorang. Jangan hairan kalau ada orang yang boleh gigit dan telah beberapa biji cili api begitu sahaja sedangkan orang lain tidak mampu melakukannya. Terdapat banyak cili yang sangat pedas diseluruh dunia terutama daripada negara-negara Amerika Selatan sehingga ada sebuah negara yang menggunajan nama tanaman ini iaitu 'Chile' yang memang membawa maksud cili.  Kepedasan cili ini yang merangsang saraf manusia juga telah dicuba dijadikan senjata dalam peperangan dan mengawal demonstrasi jalannan orang ramai. Jika sisembur pada mata menyebabkan ia berair dan tidqk selesa dan jila di jadikan gas ianya memebri kesan serius lagi. Artikel malam in saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis cili jenis kecil iaitu Cili SCORPION 'BUTCH T' yang dikatakan amat pedas bagi abda untuk dijadikan bahan rujukan. CILI Butch T didakwa 15 kali lebih pedas berbanding cili api dan saya rujuk satu lamporan akhbar menyatakan cili Scorpion 'Butch T' terpedas di dunia.


Bagi sesetengah orang, adalah amat tidak puas rasanya menjamah hidangan jika tidak ada rasa pedas sehingga mendorong amalan meratah cili padi mentah sebagai ulam. Apa yang saya perhatikan, kepedasan itu merupakan satu nikmat dalam permakanan. Walaupun pedas, cili merupakan penambah selera dalam kalangan masyarakat tempatan lebih-lebih lagi jika dimakan bersama sambal tempoyak, cencaluk, budu atau air asam. Kajian yang dilakukan oleh Institut Chili Pepper di Universiti Negeri New Mexico, Paul Bosland mendapati cili padi yang juga dikenali dengan nama 'Cili Thai' itu dikategorikan sebagai antara cili terpedas di dunia. Cili ini telah dikatakan mempunyai skala kepedasan sehingga 100,000 mata mengikut skala Scoville yang digunakan untuk mengukur tahap kepedasan cili. Ada laporan oleh pihak Guinness World Records bahawa rekod cili terpedas dipegang oleh varieti dinamakan Cili Trinidad Scorpion ‘Butch T’ dengan skala kepedasan 1.464 juta mata (Wow Tingginya!). Walau pun kita agak kurang untuk melihat atau merasanya, cili ini masih didakwa sebagai cili terpedas didunia. Apakah yang boleh dimanafaatkan dari cili jenis ini?. Perlukan pakar dan saintis tempatan membuat kajian ini dimasa akan datang.


Dalam kes lain , sejenis cili kacukan yang ditanam di Morisett, kira-kira 89 kilometer di utara Sydney, Australia itu kira-kira 15 kali ganda lebih pedas berbanding cili api dan 30 kali lebih pedas daripada Tabasco. Bosland menerusi portal berita The Wall Street Journal dipetik berkata, petani di kawasan itu telah dikehendaki memakai sarung tangan ketika memetik cili bagi tujuan mengelakkan rasa pijar pada tangan. Mereka yang terlibat dalam kerja-kerja memproses dan memasak cili untuk dijadikan sos juga diminta memakai topeng dan pakaian khas bagi melindungi diri daripada aroma pedasnya. Sekiranya anda tidak memakai sarung tangan, tangan akan berasa pijar sekurang-kurangnya selama dua hari. Pemilik bersama The Chilli Factory, Marcel De Wit berkata, cili yang memiliki kepedasan melebihi skala SHU 800,000 mata itu sangat pedas sehingga boleh mendatangkan beberapa kemudaratan. Ada yang terpaksa dimasukkan ke hospital gara-gara tidak tahan dengan kepedasan cili Scorpion Butch T. Mereka sendiri mengalami masaalah seperti 'halusinasi' selepas memakannya secara mentah. Ada yang kesannya menyebabkan pasien  tidak boleh berjalan dan terpaksa berbaring selama kira-kira 20 minit sebelum keadaan kembali normal. Sehingga tahun 1990, hanya dua jenis cili yang mencatat skala kepedasan melebihi SHU 350,000 mata iaitu Habanero dan cili Scotch Bonnet.

Bagi menambah ilmu kita, daripada rekod cili terpedas telah pun dilaporkan pada tahun 1994 iaitu cili dari sejenis cili kacukan Red Savina Habanero diiktiraf Guinness sebagai cili paling pedas dengan skala kepedasan SHU570,000 mata. Rekod itu tidak bertahan lama selepas cili Bhut Jolokia atau ‘lada hantu’ yang ditanam di daerah Changpool di negeri Assam, India merampas kedudukan tersebut dengan skala kepedasan 1.075 juta mata pada tahun 2007. Selepas itu, sejenis cili kacukan daripada tiga jenis cili berlainan termasuk Naga Morich, Bhut Jolokia dan Trinidad Scorpion memecah rekod Guiness pada 2011 dengan skala kepedasan 1.38 juta mata. Walaupun cili Trinidad Scorpion Butch T adalah cili terpedas pada masa ini, sejenis cili kacukan Trinidad Moruga Scorpion dipercayai akan menyaingi cili terpedas itu untuk rekod baharu Guiness. Kepedasan cili itu telah terbukti dalam ujian makmal di Institut Chili Pepper dan dikatakan mempunyai skala kepedasan melebihi 2 juta mata. Menurut Bosland, dia masih belum menghantar kertas laporan makmal kepada Guinness untuk pengiktirafan rasmi. Bagi yang telah merasainya (Moruga Scorpion), ia ternyata jauh lebih pedas. Bagi memegang atau memproses cili Butch T ini petugas perlu memakai sarung tangan khas (Sila lihat foto disebelah). Kita di Malayia perlu mengukur kepedasan cili tempatan kita sama ada jenis liar atau jenis yang ada ditanam. Wasallam!.



CILI BUTCH T.... PEDAS SEKALI...
SKALA SHU ... NAMA UNIT DIBERI...
ANGAT PEDAS...KESAN HALUSINASI...
BACA ARTIKEL ... ADA IMAGINASI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
PsaraTani Mega Putrajaya,
Precint 4, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(24 RabiulAkhir 1436H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...