KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, April 15, 2015

MESIN PEMPROSESAN MAKANAN (Part 1)


MESIN PEMPROSES MAKANAN yang direkacipta oleh penyelidik dan fabrikator tempatan kini telah diperkenalkan kepada usahawan Industri Asas Tani. Beberapa ciptaan dan fabrikasi membolehkan mesin ini mempercepatkan proses membuat produk dengan lebih cekap dan berkualiti. Industri Asas Tani di Malaysia melibatkan seramai lebih 1,500 ushawan yang berdaftar dengan MOA dimana usahawan ini kebanyakannya dibawah Industri Kekil dan Sederhana (IKS). Pada masa ini ppengeluaran produk IAT menghasilkan nilai beratus juta ringgit setiap tahun. Kebanyakan produk proses dahulu dilakukan secara manual atau tradisional. Teknologi automasi dan mekanisasi pemprosesan makanan telah dimulakan secara berperingkat menggunakan ciptaan baru atau modifikasi mesin lain yang diimport dari luar negara. Antara beberapa mesin dan peralatan yang telah ada dijual dipasaran seperti Alat Pengasing Biji Durian, Alat Pencetak Kuih Deram, Alat Pengelim Kuih Karipap, Alat Pembentuk Roti Jala, Alat Pengelim Kuih Karipap, Mesin Memanggang Sate, Mesin Penyucuk Sate, Mesin Mini Murtabak, Mesin Pencetak  Kuih Ros dan Mesin Pembuat Rempeyek. Seterusnya adalah mesin seperti Mesin Pemproses Minima Buah Nenas, Mesin Pengekatrak Jus Buah-buahan, Mesin Mengasing Biji Rambutan, Alat Pembuka Buah Durian Mudahalih dan  Alat Pembuka Buah Manggis.Termasuk dalam senarai adalah Mesin Pembentuk Kelapa Muda. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa mesin dan peralatan untuk pemprosesan agro makanan bagi rujukan ini.  



(1) MESIN PENGASING BIJI DURIAN

Musim lambakkan durian setiap tahun yang berlaku menyebabkan kejatuhan harga terutama jenis durian kampong atau durian tempatan. Selain daripada buah durian 'whole fruit' ini disimpan dengan teknologi 'Quick freeze', kini telah dicipta mesin yang mengasingkan isi dan biji durian. Mesin ini mampu memproses sbanyaki 30 kg pes durian sejam sekali pproses. Ia akan memproses sebanyak 60 kg ulas durian Sejam dan akan menghasilkan pes durian. Pes yang dihasilkan adalah lebih bersih dengan tekstur yang lebih konsisten. Mesin ini simpel dan mudah untuk pengoperasiannya.


(2) MESIN PENCETAK KUIH DERAM

Mesin pendetak kuih penderam merupakan ciptaan yang akan menghasilkan kuih ini dengan kadar pengeluaran yang tinggi (Sila lihat foto disebelah). Kuih ini selalunya dicetak dengan cara manual menggunakan pencetak khas dan tangan. Mesin ini adalah sangat mudah digunakan dengan proses yang lebih bersih. Ia mempunyai kapasiti sebanyak 2,600 biji peneram sejam. Ia mampu untuk beroperasi dengan sebanyak 5 kuih peneram dalam 1 masa. Hasil kuih dihasilkan berasaiz produk sekitar 40mm (diameter luar) dan juga 10mm (diameter dalam).


(3) MESIN PENGELIM KUIH KARIPAP

Membuat kuih karipap memerlukan aktivit mengelim dibahagian tepong yang telah diisikan inti. Tidak ramai yang mampu mengelim tepi kuih karipap dengan baik dan seragam. Bagaimana pun kini telah ada mesin pengelim yang mampu untuk meningkatkan tahap pengeluaran. Mesin ini mempunyai kapasiti yang bergantung kepada kemahiran operator. Produk karipap yang dihasilkan adalah menjadi kualiti yang konsisten dan bersih. Walau pun mesin ini dianggap menyusahkan bagi mereka yang pandai mengelimkuih karipap tetapi bagi pengusaha komersil ia amat membantu.

(4) MESIN PEMBENTUK ROTI JALA

Mesin pembentuk roti jala dicipta intik mendapatkan bentuk roti jala berkualiti yang konsisten. Mesin ini membantu pengusaha untuk memproses yang lebih bersih. Ia mempunyai kapasiti sehingga sebanyak 140 roti jala dalam satu jam. Ia mempunyai sistem takungan bancuhan yang unik dengan sistem pemanas elektrik dengan pengawal suhu automatik yang cekap. Roti jala yang dijual secara komersil memerlukan kecepatan dan saiz yng uniform untuk emmpastikan ia berkualiti. Ia akan dimakan dengan kuah kari ikan atau kari daging. Paling penulis suka adalah gerai roti jala di Jalan Jonid Muar, Johor dan di Gerai sekitar Stadium Alor Setar, Kedah.


(5) MESIN PENCETAK KUIH CINCIN

Mesin atau Alat ini mampu mencetak kuih cincin yang popular di Sabah dan Sarawak sehingga 50-75 keping kuih cincin dalam tempoh seminit. Kapasiti mesin ini didapati adalah sekitar 3-4 kali lebih cepat berbanding dengan cara menggunakan alat pencetak asal yang diperbuat daripada kepingan tembaga. Kuih cincin yang dibuat dengan bahan asas tepong dan gula kelapa (Gula apong) ini merupakan snek yang enak dimakan.
Artikel ini bersambung dalam Part 2. Wasallam!.
PERLU ADA....MESIN DICIPTA...
MAMBANTU...USAHAWAN KITA...
MAHU BELI ...DIJUAL DIMANA...
TEKNOLOGI INI...KITA BANGGA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1016, Riverside Majestic Hotel,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(19 JmadilAkhir 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...