KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, April 22, 2015

BUAH APPLE - CARA TANAM

POKOK EPAL (Malus domestica) atau 'Apple' dalam bahasa Inggeris merupakan sejenis tanaman saka berbuah daripada keluarga Rosaceae yang dipasarkan diseluruh dunia. Pokok epal direkodkan sebagai tanaman yang paling banyak dicucuk tanam di dunia. Pengeluaran buah epal dunia sekitar 65 juta metrik tan setahun (Sumber: Laporan FAO Statistic) dengan negara China sebagai pengeluar utama dunia iaitu sebanyak 20.5 juta metrik tan setahun untuk pasaran domestik dan esport. USA merupakan negara yang telah merekodkan kedua terbanyak menghasilkan buah epal dunia dengan jumlah pengeluaran sebanyak 4.32 juta mt setahun, diikuti dengan Iran (2.6 juta mt) , Turki (2.26 juta mt) dan Rusia (2.21 juta mt). Lain-lain pengeluar epal dunia seperti Itali, India, Perancis, Chile dan Argentina. Selain daripada dimakan segar, buah epal diproses menjadi jus, jem, pati dan pelbagai produk lain. Pokok epal berasal dari Asia Barat di mana ia bagaimana pun telah dibiakbaka dan ditanam dinegara pengeluar utama epal yang tersohor. Kini terdapat lebih daripada 7,500 kultivar (baka) epal yang dikenali di dunia yang mendatangkan pelbagai ciri-ciri yang diingini. Kultivar epal berbeza dari segi hasil tanaman dan saiz mutlak pokok itu, walaupun bercambah dari penanti yang sama. Kita di Malaysia tidak menanam pokok epal secara komersil tetapi negara jiran seperti Indonesia dan Thailand aktif menanam epal terutama dikawasan tanah tinggi yang penulis pernah melawat. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengeni beberapa cara menanam pokok epal hasil pemerhatian semasa buat lawatan teknikal di Malang, Jawa Tengah, Indonesia beberapa tahun dulu dan rujukkan dari beberapa lamanweb.

Pokok epal dari segi botani merupakan pokok epal kecil dan berdaun luruh, mencapai ketinggian 3 - 12 meter (10 - 40 kaki) yang bercabang dan kanopi yang lebar. Pemerhatian penulis semasa membuat lawatan teknikal keladang epal di Beijing, Seoul dan Amsterdam mendapati pokok epal mempunyai banyak dahan dan ranting. Ia mempunyai daun tersusun berselang-seli dan berbentuk bujur ringkas sepanjang 5 - 12 cm dan Lebar daun sekitar 3-6 cm. Daunnya mempunyai bahagian hujung yang tajam dan dibawahnya sedikit berbulu. Bunga epal mekar pada musim bunga dimana selalunya ia keluar serentak dengan waktu pertumbuhan daun baru. Bunganya berwarna putih dengan bahagian kelopak berwarna merah jambu yang beransur pudar. Lazimnya ia mempunyai lima kelopak dan mencapai diameter 2.5 - 3.5 cm. Buah epal mempunyai banyak bentuk, saiz dan warna mengikut varieti. Buah yang masak pada musim luruh dinegara temperate biasanya berdiameter 5 - 9 cm dengan isi berwarna putih gebu dan rasa manis apabila dipetik masak ranum. Bagaimana pun terdapat varieti epal yang dipetik hijau untuk kehendak pasaran. Teras buah epal mengandungi lima karpel yang tersusun seperti bintang lima mata dimana setiap satunya mengandungi satu hingga tiga biji benih. Biji benih ini kecil yang lazimnya berwarna kehitaman.


Buah epal banyak mengandungi vitamin seperti vitamin B dan juga vitamin C dimana ia baik untuk kesihatan. Selain dimakan dalam bentuk buah segar pada masa ini buah epal sudah diproses menjadi produk lain seperti kerepik epal, sirap epal, dodol epal, jus epal, jem epal, inti manisan epal dan lain-lain. Tanaman epal boleh dijadikan satu bidangusaha yang sesuai jika mempunyai kawasan penanaman yang sesuai dan amalan agronomi dikawasan tropika. Penulis pernah melawat Tagal's Farm di Long Semado, Sarawak yang menanam beberapa varieti epal sekitar tahun 1997 dahulu. Pada masa ini kurang pasti sama ada tanaman epal tersebut masih ujud atau tidak kerana ia menghadapi banyak masaalah penjagaan kebun epal. Di Indonesia penanaman epal telah dimanfaatkan sebagai suatu usaha yang sangat menguntungkan. Kawasan Malang (Sekitar Batu dan Poncokusumo) dan Kabupaten Pasuruan (Nongkojajar) di wilayah Jawa Timur (penulis lawat 3 kali disini) penanaman epal dikomersilkan. Penanaman epal dikawasan tanah tinggi ini telah diusahakan sejak tahun 1950 dan terus berkembang pesat pada tahun1960 hingga sekarang.  


Penyediaan benih epal merupakan perkara asas penting yang perlu diteliti dalam cara penanaman epal. Penyediaan benih ini dilakukan tidak dengan cara semaian bibi benih sebaliknya dengan cara vegetatif iaitu mengettu, keratan batang dan sebagainya. Pilih pokok induk dari tanaman epal yang memiliki pokok kukuh pada sistem perakaran luas dan tahan serangan penyakit. Mata tunas diambil dari batang tanaman yang sihat dan memiliki sifat-sifat unggul untuk penanaman komersil. Anak benih yang sesuai ditanam adalah dari induk tunas dari tanaman epal yang tergolong produktif dan telah mencapai ketinggian sekitar 30 cm. Pokok tersebut dicabut beserta akarnya kemudian dipotong dahannya dan ditanam dangan jarak barisan selebar 60 cm dan dalam 40 cm. Sebaiknya batang tanaman epal yang memanjang dilenturkan dan dilekatkan pada tanah. Setelah itu batang epal ditimbus dengan tanah hingga keluar tunas baru. Setelah kira-kira berumur 4 bulan maka lenturan sesuai dipotong untuk benih. Teknik menyediakan benih cara keratan mudah dengan dengan memotong salah satu dahan pokok epal dewasa sepanjang 20 cm dan mencelupkan bahagian bawahnya ke dalam bahan penggalak akar seperti larutan Roton F atau Seradix B. Cara ini membolehkan pertubumbuhan akar akan lebih cepat.


Penyediaan kawasan kebun dilakukan untuk memenuhi keperluan bagi tanaman epal. Sebaiknya tanah dibajak atau dibersihkan dahuku sebelum menanam. Lubang penanaman dicampur tanah dengan baja organik agar tanaman epal akan mendapat sumber makanan yang baik. Sebaiknya pstikan kemasaman tanah sekitar pH 6 dan boleh lakukan pengapuran jika tanah masam. Jarak tanaman epal yang sesuai sekitar 3m x 3 m bergantung kepada keadaan tanah dan varieti. Sesetengah varieti boleh ditanam dengan jarak 2m x 2 m. Benih dimasukkan ke dalam lubang-lubang penanaman dan kemudian perlu dipadatkan agar tidak goyang dan boleh tumbuh dengan baik. Tanaman baru perlukan penjagaan seperti penyiraman air, pembajaan dan juga kawalan rumpai disekelilingnya. Penggunaan sistem pengairan titis (drip tape) sesuai bagi tanaman epal. Pastikan kawasan dari serangan penyakit dan perosak dilakukan dengan baik dengan kaedah kawalan IPM atau semburan racun kimia yang sesuai. Pokok epal yang dijaga dengan baik akan berbunga dan berbuah selepas 2 - 3 tahun ditanam bergantung kepada varieti dan kesuburan tanah dan amalan agronomi. Wasallam!.


TANAM EPAL...JARANG DIMALAYSIA...
LUAS JUGA DITANAM... DI INDONESIA..
KAWASAN MALANG... POKOK DEWASA...
LAWAT 3 KALI... BUAH DAPAT RASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 303, Lanjut Golden Beach and Golf Resort,
Kg Lanjut, Rompin, 
Pahang, Malaysia.
(1 Rejab 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...