KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, April 3, 2015

UNTA - DAGING UNTA

DAGING UNTA (Camelus spp) merupakan satu daripada hasil yang diperolehi daripada haiwan unta. Terdapat dua jenis unta yang ada masa kini iaitu Unta Satu Bonggol (Camelus dromedarius) yang banyak dikawasan negara Arab serta Afrika dan juga Unta Dua Bonggol (Camelus bactrianus) yang terdapat dikawasan Asia Tengah. Fakta menunjukkan kedua-dua jenis unta ini berasal dari gurun dan kawasan kering Asia dan Afrika Utara. Jangka hayat purata seekor unta antara 30 hingga 50 tahun. Istilah unta juga digunakan secara umum untuk merujuk kepada mana-mana satu daripada enam haiwan yang seakan-akan unta dalam famili Camelidae iaitu dua jenis unta benar, dan empat jenis kamelid Amerika Selatan seperti haiwan Llama, Alpaka, Guanako dan Vikuna.  Unta Camelus bactrianus mempunyai dua lapis bulu dimana selapis bulu halus yang hangat di dalam serta selapis bulu yang panjang dan kasar di luar. Haiwan ini menggugurkan kedua-dua lapis bulunya dalam gumpalan yang biasanya dikumpul. Bulu halus yang panjangnya biasa antara satu hingga tiga inci (2-8sentimeter) dipintal menjadi yan untuk kaitan. Unta menghasilkan 5 paun (2 kilogram) bulu setahun. Sejarah menunjukkan manusia menternak unta semenjak lebih kurang 5,000 tahun dahulu. Kedua-dua jenis unta ini diternak untuk susunya yang lebih berkhasiat berbanding susu lembu dan juga untuk hasil dagingnya serta untuk tujuan pengangkutan barang. DAGING UNTA merupakan salah satu produk dari unta yang semakin popular dimakan diseluruh dunia. Kini di Malaysia telah ujud aktiviti menyembelih unta semasa Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban setiap tahun. Daging unta akan diagih-agihkan kepada mereka dikawasan dimana korban dilakukan. Semas menunaikan ibadah haji pun ramai membuat korban dengan unta dan ini membolehkan unta ini dihadiahkan kepada fakir miskin seluruh dunia. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengeai daging unta untuk dijadikan bahan bacaan.


Seekor unta dewasa mempunyai bahagian daging yang banyak iaitu sekitar 300 - 400 kg seekor (unta jantan) dan sebanyak 250 - 350 kg seekor bagi jenis unta betina (Kurang dari unta jantan). Seekor unta jantan jenis Bactrias mampu menghasilkan sebanyak  650 kg daging unta yang boleh dimakan atau untuk dijual. Unta merupakan haiwan unik dimana ia mempunyai leher yang panjang dan kaki yang tinggi dengan kemampuan berjalan dipadang pasir yang jauh. Daripada rujukan menyatakan bahagian daging yang paling disukai adalah 'brisket, ribs dan juga loin serta 'hump' yang ada harganya tersendiri. Bahagian hump dikatakan mempunyai lemak keputihan dengan rasa enak. Bahagian ini sering diambil untuk dimasak dengan nama 'Khli' atau sejenis daging unta yang tahan disimpan lama seperti disalai (preserved meat) sama seperti daging kambing. Walau pun daging unta rasanya hampir sama denga daging lembu, hakikatnya jika unta sudah tua ianya adalah lebih liat dan keras. Dalam beberapa kedai rantaian jualan burger lazimnya daging unta akan dicampur dengan daging kambing untu menambah keenakannya (Sila lihat foto dibawah). Burger daging unta menjadi satu kegemaian rakyat sekitar Asia Barat.


Sejarah menunjukkan daging unta telah dimakan manusia sejak beribu tahun dahulu. Ianya dimakan semenjak zaman Greek lagi dimana ia terus menjadi sumber protin utama dari daging unta terutama di negara Arab Saudi, Somalia, Djibouti, Mesir, Libya, Sudan, Kazakstan dan banyak kawasan padang pasir diseluruh dunia. Selain bahagian daging kini bulu unta dan susu unta nenjadi bahan makanan yang berkhasiat untuk dijadikan sebagai oroduk dari unta. Ada juga dilaporkan bahawa masyarakat Kenya meminum darah unta sebagai satu acara kebudayaan mereka bersama dengan susu. Ia merupakan sumber penting dalam pelbagai nutrien seperti zat besi, Vitamin D, Garam dan minerals. Di Australia daging unta juga mudah didapati dalam banyak menu makanan mereka sebagai satu kebanggaan. Hati unta juga menjadi satu bahan makanan yng berkhasiat terutama untuk dijadikan 'ubat' kepada pesakit tertentu. Pada tahun 2005 dilaporkan masaalah kesihatan dikenali sebagai 'bubonic plague' akibat memakan hati unta mentah.


Daging unta adalah Halal untuk umat Islam walau pun banyak pendapat lain mengenai daging unta ini. Urin unta juga memiliki sifat sebagai ubat. Sebenarnya daging unta adalah bebas lemak yang juga dikenal sebagai daging berkualiti tinggi untuk mengawal kolesterol. Susu unta di dunia Arab pada digunakan untuk mengubati berbagai jenis penyakit. Ada dakwaan yang susu unta juga dipercayai boleh mengubati penyakit autisme. Autisme adalah penyakit berkaitan dengan kecacatan perkembangan tegal (pervasive development disorder) bagi kanak-kanak. Walaupun belum ada bukti secara ilmiah bahwa susu unta mampu mengubati autisme tetapi di Jerman terdapat peternakan Unta yang memang digunakan fisioterapi untuk mengubati autisme dengan menggunakan susu unta. Ada kajian mendapati bahawa ada partikel nano dalam air kencing (urin) unta iaitu bahan yang dapat melawan sel kanser dengan sangat baik. Kencing unta juga mengandungi zat semulajadi yang mampu membasmi sel yang berbahaya penyebab kanser. Ada beberapa penyakit yang boleh disembuhkan dengan meminum susu serta urin unta iaitu seperti kanser paru-paru, kanser darah, kanser perut, kanser usus besar, tumor otak serta kanser payudara. Rasulullah bersabda - “Sesungguhnya dalam air kencing unta dan susunya bisa untuk mengobati sakit perut mereka (rusak pencernaannya)“. (Hadis Riwayat. Ahmad, Thabrani dan Thohawi). Kepada mereka yang minat makan daging unta maka mereka boleh membelinya dipremis tertenti di Malaysia. Wasallam!.


TAJUK ARTIKEL...DAGING UNTA...
UNTA DISEMBELIH...ADA CARA...
MASAK RENDANG...SATE JUGA...
BACA ARTIKEL... HATI SUKA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1419, Hotel Concorde,
Jalan Zabedah, Shah Alam,
Selabgor , Malaysia.
(8 JamadilAwal 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...