Support My Blog

Wednesday, May 31, 2017

PAU CENDAWAN PUTRAJAYA - VIRAL!

PAU CENDAWAN kini menjadi viral dalam alam maya atas sebab keunikannya, keenakannya dan kehebatannya rupa yang tersendiri (Sila lihat foto diatas). Selain daripada rupa bentuknya yang sama dengan bentuk cendawan busut, pau cendawan juga dikatakan mampu menarik minat ramai orang kerana rasanya dan harganya. Kali pertama penulis melihat dan membeli kemudian merasa pau cendawan ini sudah tertarik dan terus membelinya di Putrajaya. Pencipta asal pau ini dan pembuat pau cendawan ini memang kreatif dan hebat kerana mampu menghasilkan produk yang merupakan sejenis makanan kesihatan yang kini telah dikomersilkan. Kuih pau diketegorikan sebagai makanan sihat kerana ia tidak digoreng menggunakan minyak sebaliknya dikukus sahaja semasa menyediakannya. Penulis yang melihat pau cendawan ini kemudian mendapati teknologi membuat pau cendawan adalah mudah dan hanya memerlukan sedikit kemahiran asas untuk membuat kuih yang hebat ini. Apa pun jika da masa kemudian kalau anda google di lamanweb maka memang ada banyak maklumat yang boleh didapati mengenai pau cendawan ini terutama pau jenis ini yang dijual di Putrajaya. Dilaporkan dimana ada peminat yang datang kelokasi tersebut semata-mata untuk mendapatikan pau tersebut dan beli untuk menikmatinya. Pada penulis blog produk seperti ini perlu diketengahkan sehingga kepada pau cendawan segar atau fresh dan juga dalam bentuk sejuk beku. Semua golongan peminat pau cendawan daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan orang tua dirasakan menggemari makanan ini kerana ia lembut, enak dan apa yang penting adalah ia mengenyangkan. Artikel pada subuh Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pau cendawan yang menjadi viral baru-baru ini di negara kita dan dilaporkan dalam akhba tempatan.

Dalam satu laporan akhbar yang ditulis oleh wartawan Mohd Husni Mohd Noor ianya ditulis dengan ayat pertama yang menarik iaitu "Kakak datang esok boleh, pau dah habis.” Itu dialog biasa diucapkan oleh pengusaha pau cendawan dikenali dengan nama Rohani Saleem kepada beberapa orang pelanggannya iaitu di tapak Bazar Ramadan Putrajaya yang terletak bersebelahan Istana Kehakiman di Presint 3 yang popular di sini (Sila lihat foto disebelah). Tinjauan penulis blog mendapati apa yang agak mengecewakan adalah dimana ia berlaku apabila dialog pau sudah habis itu diucapkan seawal jam 5 petang setiap hari sejak awal bulan Ramadan. Sebenarnya kuih ini iaitu pau cendawan yang dijual Rohani dan suaminya, Hassan Ahmad sendiri terkejut apabila ia secara tiba-tiba menjadi fenomena penduduk di sekitar Putrajaya dan kawasan sekitar apabila kisah kelazatan dan keunikan pau seakan cendawan butang itu viral di laman sosial awal Ramadan lalu. Penulis beberapa kali kelokasi tersebut dimana telah sempat berkunjung di bazar Ramadan itu bagi melihat sendiri kesahihan viral itu dan terbukti ia benar apabila lebih 50 pelanggan dilihat sudah beratur bagi mendapatkan pau cendawan unik itu. Bayangkan apabila lebih 1,000 pau cendawan disediakan setiap hari terjual dalam tempoh tidak sampai sejam, malah setiap pelanggan dihadkan membeli hanya enam biji pau sahaja.

Dalam penerangan diberikan Pn Rohani berkata dia dan suami tidak menjangka pau unik mendapat sambutan luar biasa terutama selepas kisah pau itu diviralkan di laman sosial dan diviralkan. Katanya sejak beberapa minggu dia telah menghadkan jualan pau unik iaitu pau cendawan kepada enam biji sahaja bagi setiap pelanggan bertujuan bagi membolehkan lebih ramai pelanggan merasai pau hebat itu. Usahawan ini telah dapat menghasilkan sekitar 1,000 pau sehari kerana kaedah menghasilkan pau itu memang lebih rumit daripada pau biasa. Pau ini dihasilkan seratus peratus menggunakan tangan secara manual walau pun ada usaha lain untuk menggunakan teknologi mesin dimasa akan datang. Dalam pada semasa ditanya lanjut penulis beliau ada menyatakan iaitu sebelum ini dia dan suami telah pun mengusahakan perniagaan pau sejak lima tahun lalu sebelum timbul idea menghasilkan pau unik itu menerusi sebuah dokumentari yang ditonton dari negara China. Pau cendawan itu memang dicipta dengan ianya mengandungi campuran atau ramuan diadun khusus terdiri daripada cendawan butang, tomato dan isi ayam yang dibentuk seperti cendawan menarik. Pada masa ini pau cendawan ini dijual pada harga RM3.50 sebiji dan RM10.00 bagi tiga biji. Beberapa pembeli yang berbaris yang ditemui penulis blog menyatakan mereka mengetahui keunikan pau itu selepas dimaklumkan rakan satu pejabat dan melalui suratkhabar sebelum dia datang sendiri untuk beratur mendapatkan pau cendawan itu. Semuga pau cendawan ini akan menjadi ikon makanan berasaskan cendawan yang sihat dimasa akan datang dan lebih mudah dibeli diseluruh negara. Wasallam!!!.
CANTIK DIPANDANG... PAU CENDAWAN...
DIPUTRAJAYA... BERBARIS DI JUALAN..
ENAK DIMAKAN...HARGA BERPATUTAN...
PENULIS BELI... BERULANG KEMUDIAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan P11/D26, Precint 11,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(12 Rejab 1438H)

Tuesday, May 30, 2017

TANAMAN DURIAN BAWAH SPH?

DURIAN (Durio zibethinus) merupakan sejenis tanaman buah-buahan yang kini semakin popular diusahakan petani diseluruh negara. Pada masa ini dilaporkan terdapat seluas lebih daripada 104,000 hektar CHE tanaman durian dilaporkan oleh Jabatan Pertanian. Kebanyakan tanaman durian ini adalah ditanam sebagai durian bercampor dikawasan keliling kampong dan dusun bercampur. Bagaimana pun kini trend menanam durian monokrop dengan varieti Musang King atau Varieti Raja Kunyit (D197) semakin popular kerana permintaan tinggi terhadap durian varieti jenis ini dipasaran domestik dan antarabangsa. Beberapa varieti durian lain yang mendapat tempat dikalangan pekebun dan pengguna seperti Durian Ochee, Durian Hajah Asmah, Durian D24, Durian Tekka dan beberapa lagi. Bagaimana pun asalkan menyebut Durian Musang King semuanya akan berlumba-lumba mendapatkannya. Durian Musang King semasa lawatan penulis ke Raub adalah sekitar RM35.00 - RM45.00 sekilogram iaitu pada bulan April 2017. Sebelum itu sekitar bulan Disember 2016 - Febuari 2017 harga durian Musang King di Raub mencecah RM60.00 sekilogram. Ini disebabkan amat sukar untuk mendapatkan durian diluar musim biasa. Walau pun harga tanggi tetapi masih ramai kini yang mampu membelinya asalkan ia durian Musang King. Ini bermakna jika ada teknologi atau petani yang mampu mengeluarkan durian musang king diluar musim memang mampu meraih 'untung besar' setiap tahun. Bagaimana kaedah yang membolehkan petani mampu menghasilkan durian diluar musim iini?. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya paparkan satu idea hasil perbincangan dengan Encik Lim iaitu seorang pakar buah-buahan khususnya durian dan teknologi penggunaan baja khusus untuk memberikan aruhan terhadap pembungaan pokok durian. Beliau sedang berusaha untuk menanam durian dibawah struktur pelindung hujan sebagai satu kaedah untuk menghasilkan durian diluar musim bagi mendapatkan harga terbaik.


Kebanyakan pokok durian yang ditanam di negara kita adalah sangat dipengaruhi oleh faktur cuaca iaitu suhu, kemarau dan kehadiran hujan. Lazimnya cuaca kemarau dan panas yang agak panjang pada bulan Januari hingga March akan membolehkan tanaman durian dapat menghasilkan bunganya. Bergantung kepada pengurusan tanaman durian yang dilakukan, selalunya pekebun ia akan menghasilkan buah durian pada bulan seawal Mei sehingga September dimana lazimnya memuncak pada Julai- Ogos setiap tahun. Jika hasil tuaian amat baik dari seluruh lokasi penanaman durian maka apa yang pernah berlaku adalah 'LAMBAKKAN DURIAN' yang menyebabkan harganya sangat rendah sehingga merudum RM0.50 sekilogram terutama bagi jenis durian kampong. Walau pun penduduk kampong akan tetap mengutip buah durian kampong yang kurang berkualiti untuk dijadikan pes atau tempoyak tetapi keadaan ini perlu dan sudah diubah. Kini Jabatan Pertanian sedang giat melakukan kempen menukarkan pokok durian kampong atau dari klon tidak popular kepada varieti popular seperti D197 melalui program cantuman dewasa, menanam baru dan sebagainya. Dibawah pembangunan Kluster Durian telah diluluskan bajet untuk tanaman durian  di daerah Raub, Kuala Krau dan beberapa lagi. Program ini dipercayai mamu menghasilkan durian dari varieti terbaik untuk pasaran domestik dan eksport. Bagaiman pun tidak ada cadangan untuk menanam durian dibawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) dalam program yang dilaksanakan ini.


Dalam penulis membuat perbicangan dengan En Lim ini beliau percaya jika pokok durian ditanam dibawah SPH  ianya mampu menghasilkan buah durian luar musim yang boleh dijual dengan harga tinggi. Ini kerana pokok durian perlukan cuaca kering dan pengairan terkawal selain daripada sistem pembajaan betul untuk menghasilkan bunga dan buah. Berdasarkan kepada sistem tanaman jambu bati dan pokok Jujubi yang dilakukan dikebunnya beliau percaya teknologi ini berupaya menghasilkan buah durian diluar musim. Walau pun kos untuk mendirikan SPH agak tinggi namun jika buah durian boleh dijual dengan harga sehingga RMl3bih RM50.00 sekilogram (niche market) memang cadangan ini berdaya maju. Ketinggian pokok dibawah SPH boleh dikawal dengan menjalankan program cantasan pembentukkan dari peringkat awal. Ketinggian SPH ini dicadangkan sekitar 20-25 kaki tingginya dengan elakkan dari hujan dari masuk kelokasi tanaman. Pemberian air menggunakan sistem pengairan yang boleh dikawal dan  begitu juga sistem pembajaan yang boleh memberikan kesan kepada pembungaan. Beberapa hormon berasaskan fish meal, High K, High K dan sebagainya sesuai diaplikasi untuk memberikan aruhan kepada pokok durian. Idea ini sesuai dilakukan untuk penanaman baru atau pokok sedia ada yang boleh dilakukan 'pollarding' atau dengan kaedah 'cantuman dewasa'. Walau pun idea ini mungkin menjadi 'bahan ketawa' ramai orang tetapi apa salahnya kalau ia dilakukan secara trial bersama beberapa pihak agensi penyelidikan dan pihak swasta. Apa yang penting adalah inovasi ini mampu menghasilkan buah durian pada luar musim atau mampu menghasilkan surian sepanjang tahun. Wallahhualam!. Wasallam!!!.  
POKOK DURIAN... TINGGI TUMBUHNYA...
BUAH BERMUSIM... MENGIKUT CUACA...
DIBAWAH SPH... PERLUKAH IA DICUBA...
BERPOTENSI BERBUAH...SETIAP MASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 101, Hotel Jelai Raub,
Raub, Pahang, 
Malaysia.
(28 Rejab 1438H).

Monday, May 29, 2017

PERTANIAN ORGANIK - FAKTA ASAS

PERTANIAN ORGANIK (Organic Farming) adalah sistem mengusahakan bidang pertanianyang mengunakan bahan-bahan semulajadi dan tanpa menggunakan bahan kimia sintetis. Pertanian cara ini juga didefinisikan sebagai sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik yang mana ia menggalakkan dan meningkatkan kesihatan ekosistem. Pada penulis blog anim agro technology yang banyak melawat ladang pertanian organik mendapati ianya adalah satu dari amalan agronomi yang boleh dinilai dan dipersijilkan melalui Skim MyOrganik. Melalui kaedah holistik yang diamalkan secara semula jadi, pertanian organik akan menyatukan kepelbagaian bio-semulajadi, kepelbagaian bio-pertanian dan juga aspek pemuliharaan tanah. Ia merupakan teknologi pertanian untuk membuka satu langkah ke hadapan yang dirancang untuk menghapuskan prnggunaan baja kimia, racun makhluk perosak dan organisma ubahsuai genetik (GMO). Ini kerana perkara ini bukan hanya memperbaiki kesihatan manusia tetapi juga flora dan fauna dan alam sekitarnya dan termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah. Antara beberapa kebaikan pertanian organik kepada masyarakat ialah dapat meningkatkan dan mengekalkan kesuburan tanah untuk jangkamasa lama. Ini disebabkan dimana pertanian organik menggunakan sistem pertanian yang sistematik dan mengaplikasikan pelbagai kaedah pertanian. Sebagai contoh dimana amalan tanaman giliran yang dilakukaniaitu satu proses penanaman lebih dari satu jenis tanaman pada kawasan yang sama tetapi masa yang berlainan. Amalan ini dilakukan kerana pada penanaman pertama ia boleh mempengaruhi kesuburan tanaman kedua. Amalan ini juga akan menjaga kesuburan tanah agar dapat dikekalkan bahkan akan lebih subur daripada sebelumnya. Artikel subuh ini dalam kedinginan pagi saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta asas mengenai pertanian organik untuk dijadikan bahan perbincangan dan rujukkan.

Pertanian organik juga dirangka agar dapat mengeluarkan produk pertanian berbentuk makanan yang sihat dan selamat dimakan kepada orang ramai dan masyarakat. Konsep pertanian organik adalah untuk menghasilkan bahan makanan yang bebas daripada bahan-bahan kimia serta selamat dimakan.Ini disebabkan tanaman bukan organik atau ditanam secara konvesnional sering menggunakan berjenis bahan kimia seperti baja dan racun kimia bagi mempastikan tiada berlaku serangan perosak dan penyakit serta unsur permakanan yang mencukupi untuk pokok tumbuh subur. Teknologi Pertanian Organik tidak menggunakan racun kimia perosak tetapi menggunakan kaedah kawalan biologi untuk mengawal haiwan perosak. Sebagai contohnya kaedah kawalah haiwan perosak adalah dengan pemeliharaan jenis burung hantu dimana ia mengawal haiwan perosak seperti tikus sepanjang masa secara semulajadi (Sila lihat foto disebelah). Ini kerana tikus merupakan manan untuk burung hantu (Tyto alba) yang akan dapat dikawal. Jadi tanaman yang sering dimusnahkan oleh tikus akan dapat dikawal serangannya atau akan selamat daripada gangguan haiwan perosak tersebut. Daripada keterangan ini maka makanan daripada ladang pertanian organik adalah selamat untuk dimakan. Di samping itu teknologi tanaman organik juga akan membantu mengitar semula sisa pertanian, sisa dapur, sisa laman dan najis haiwan ternakan secara biologikal. Proses pengitaran ini melibatkan prosesdimana organisma mikrob yang bertindak tidak memberikan impak negatif kepada tanaman mahupun masyarakat. Lazimnya bahan organik seperti najis lembu ternakan boleh dijadikan baja kompos kepada tanaman. Najis lembu tadi tidaklah dibuang begitu sahaja tetapi ia dijadikan baja kompos dimana baja ini tidak mengandungi sebarang unsur-unsur kimia yang boleh memudaratkan kesihatan penguna. Proses untuk pengitaran semula ini akan menjadikan tanaman organik berkualiti dan dapat mengelak berlakunya pembaziran. 


Pertanian organik juga mampu mengawal rumpai dan serangga perosak melalui kaedah biologi, fizikal mahupun cara amalan kultura. Melalui kaedah ini rumpai dan serangga perosak dapat dikawal dengan berkesan tanpa memberi kesan negatif kepada petani dan penggunanya berbanding dengan penggunaan racun serangga (Sila lihat foto disebelah). Jika melihat kepada beberapa kes, terdapat juga pokok penangkis perosak seperti pokok serai (Cymbopgon citratus) yang didakwa mampu menghalau serangga perosak serta tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Oleh itu beberapa jenis tanaman organik dapat membantu mengawal rumpai dan serangga perosak melalui kaedah biologi, fizikal, mahupun kultura. Secara umum penulis blog kuat berpendapat dimana pertanian organik memberi banyak manfaat kepada kita. Selain daripada kaedah ini mampu untuk meningkatkan kesuburan tanah, teknologi tanaman organik juga bebas daripada bahan kimia dan selamat untuk dimakan walaupun tanpa cucian. Pertanian organik juga membantu kita untuk membuang sisa-sisa daripada ke arah yang lebih berfaedah. Justeru itu, pertanian organik haruslah disokong dari segenap penjuru masyarakat terutama untuk penghasilan produk organik yang mendapat pengesahan dan persijilan MyOrganik daripada Jabatan Pertanian Malaysia. Skim persijioan MyOrganik dan MyGap dilaksanakan selaran dengan hasrat negara untuk menjadikan bekalan makanan sentiasa dalam keadaan terjamin dan selamat dimakan.


Mengulas lanjut mengenai pertanian secara Organik dimana ia adalah usaha untuk kita menghasilkan sumber makanan yang berkualiti tinggi tanpa menggunakan bahan kimia sebagai baja mahupun mengawal perosak dan penyakit. Pertanian organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dengan tidak memberi sebarang kesan yang mencemarkan alam sekitar. Maka penulis berpendapat memang tidak salah jika kita melabelkan pertanian organik adalah suatu amalan pertanian yang mesra alam. Antara beberapa kebaikan dalam mengusahakan pertanian organik ada 4 perkara asas. Pertama dimana ia mampu didalam meningkatkan dan mengekalkan kesuburan tanah. Ini kerana kesuburan tanah bukan sahaja akan kekal melalui pertanian organik malahan ia akan meningkatkan lagi akan kesuburan tanah. Perkara ini adalah kerana cara pertanian organik yang dilakukan melalui pelbagai cara contohnya tanaman giliran adalah asas dalam pertanian. Cara ini dilakukan dengan menanam lebih daripada satu tanaman di kawasan yang sama tetapi pada masa yang berlainan.  Kebaikan kedua adalah dimana ia mampu menghasilkan produk bahan makanan yang selamat untuk dimakan. Kebaikan tanaman organik juga untuk mengeluarkan makanan yang sihat. Tanaman organik semestinya akan menghasilkan makanan organik yang bebas daripada racun perosak dan baja kimia. Hal ini kerana tanaman organik diuruskan contohnya melalui kawalan biologi iaitu menggunakan haiwan untuk mengawal serangga perosak daripada menyerang tanaman. Justeru tanaman organik menghasilkan makanan yang selamat.


Kebaikan pertanian organik ke 3 yang penulis blog dapat fikir adalah dimana teknologi ini mampu untuk kita mengitar semula sisa pertanian, sisa dapur, sisa tumbuhan dari kawasan kebun dan najis haiwan ternakan yang boleh diproses secara biologikal untuk kitar semula menjadi baja kompos dan sebagainya. Teknologi tanaman organik akan membantu mengitar semula pertanian, sisa dapur, sisa laman, dan najis haiwan ternakan secara biological yang melibatkan proses organisma. Contohnya dengan cara kita menggunakan barang sisa dapur untuk mengawal serangga perosak akan menjadikan sisa tersebut tidak dibuang begitu sahaja. Pengitaran semula ini akan menjadikan tanaman organik berkualiti dan kita tidak perlu membazirnya dengan kaedah membuang begitu sahaja. Kebaikan pertanian organik ke 4 adalah dimana ia mampu mengawal rumpai dan perosak tanaman. Teknologi ini didakwa mampu mengawal perosak dan melalui kaedah biologi, fizikal, kultura dan kegunaan pokok penangkis perosak juga akan memberikan kesan baik kepada alam sekitar terutamanya dengan wujudnya cara pertanian organik. Pokok penangkis perosak seperti serai wang tidak akan memberi kesan yang tidak baik kepada alam sekitar malahan memberi manfaat iaitu boleh juga digunakan untuk memasak. Hakikatnya teknologi tanaman organik membantu mengawal rumpai dan perosak melalui kaedah biologi. Artikel mengenai pertanian organik ada saya tulis dalam beberapa rencana sebelum ini untuk dijadikan pautan dan bacaan (Sila klik disini), (Sila Klik Disini) dan banyak lagi. Semuga pembaca blog anim agro technology kali ini berpuashati dengan rencana ini. Wasallam!!!.
PERTANIAN ORGANIK... ADA BAIKNYA...
PERSIJILAN MYORGANIK.. ITU BUKTINYA...
HASIL KUALITI... MEYAKINKAN PENGGUNA...
PERLU DIGALAKKAN... KEPADA SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Organik Highland and Sprout,
Janda Baik, Bentong,
Pahang, Malaysia.
(8 Jamadilakhir 1438H)

Sunday, May 28, 2017

SIMPOSIUM BIOSEKURITI TUMBUHAN 2017

SIMPOSIUM BIOSEKURITI TUMBUHAN 2017 telah pun diadakan dari 17-18 April 2017 di Darul Iman Training Center (DITC), Telok Kalong, Kemaman, Terengganu. Simposium tahunan yang dihadiri lebih daripada 150 orang peserta terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Pertanian, Pakar-pakar Biosekuriti, Para Saintis, Pegawai pengembangan dan Usahawan Pertanian ini dibuat untuk menampilkan beberapa perkara berkaitan dengan biosekuriti tumbuhan negara. Objektif simposium ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pegawai dan pengusaha-pengusaha tani akan kepentingan Pengurusan Pewrosak Bersepadu (PPB) dalam menjamin keselamatan dan kedaulatan makanan. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan mengenai perosak tanaman penting dimasa kin dan cara pengurusannya. Objektif ketiga adalah untuk dijadikan sebagai forum bagi berkongsi pengalaman dan maklumat berkaitan status dan pengurusan perosak tanaman. Simposium ini telah dirasmikan oleh YB Dato Hj Muhammad Pehimi bin Yussof, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Komoditi Negeri Terengganu. Turut hadir dalam Majlis Perasmian tersebut adalah Puan Faridah Aiini Muhammad mewakili Ketua Pengarah Pertanian, Tn Hj Nasir Warris (Pengarah Pertanian Terengganu), Dato' Hj Mohd Anim Hj Hosnan (Pengarah Pertanian Pahang), Tn Hj Ahmad (Pegawai Daerah Kemaman) dan beberapa Pengarah dibwah MoA Inc negeri. Dalam ucapan aluan oleh KPP dinyatakan simposium ini diadakan di Terengganu sempana serangan Kumbang Jalur Merah (RPW) yang melanda negeri ini dan beberapa kaedah kawalan telah dilaksanakan dengan baik. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai simposium Biosekuriti Tumbuhan 2017 untuk dijadikan bahan bacaan anda semua.


DITC, Telok Kalong, Kemaman
Sebanyak 12 kertas kerja dibentangkan dalam simposium ini tidak termasuk dua kertas Ucaptama oleh Ketua Pengarah Pertanian bertajukk "Biosekuriti Tumbuhan Negara - Cabaran Masa Kini dan Masa Hadapan". Kertas ucaptama kedua juga diberikan oleh Pengarah Bahagian Biosekuriti Jabatan Pertanian bertajuk "Pengurusan Perosak Bersepadu di Malaysia". Kertas ucaptama membentangkan akan kepentingan Biosekuriti Tumbuhan dan industri pertanian dan bekalan makanan negara. Biosekuriti adalah penting didalam menggabungkan pelbagai amalan bagi menghalang atau mengurangkan penyebaran dan kemusnahan akibat serangga perosak dan penyakit. Antara cabaran biosekuriti masa kini adalah seperti kekurangan pakar-pakar dalam bidang biosekuriti, fenomena perubahan iklim, peningkatan pergerakan keluar masuk dari luar negara termasuk juga tumbuhan dan manusia dimana ini akan menjejaskan keselamatan biosekuriti secara langsung. Kerajaan perlu proaktif didalam menangani masaalah biosekuriti negara demi menjamin keselamatan tanaman dan tumbuhan agar masih mampu mengeluarkan makanan yang mencukupi, selamat dimakan dan terkawal. Kerjasama diantara petani, pegawai pengembangan dan pakar dalam bidang biosekuriti perlu sentiasa ada dan pemantauan mesti dijalankan secara sistematik untuk mempastikan jika ada berlaku serangan maka aspek kawalan dapat segera dilakukan.


Dalam kertas ucaptama kedua telah pun dimaklumkan dimana Aspek Pengurusan Perosak Bersepadu (Intergrated Pests Management) didefinasikan sebagai satu kaedah kawalan yang menggabungkan pelbagai kaedah dengan mengambilkira amalan agronomi yang sesuai, faktor-faktor ekologi dan biologi perosak dan tanaman bagi mengurangkan populasi perosak keparas rendah dan tidak mendatangkan kerosakkan ekonomik. Aktiviti IPM telah dimulakan di Malaysia semasnjak 1960'an lagi dengan beberapa jenis tanaman utama seperti getah, kelapa sawit dan kelapa. Bagaimana pun kini aktiviti IPM untuk tanaman makanan seperti tanaman padi, sayur-sayura, tanaman singkat masa dan buah-buahan lebih kerap dijalankan. Kini Jabatan Pertanian mempunyai kaedah kawalan IPM yang terbaik untuk sayur-sayuran seperti tanaman cili (Sila lihat foto disebelah).  Pennggunaan IPM sangat berkait rapat dengan keberkesanan aktiviti 'surveilance' atau Pengawasan dan Ramalan yang memang perlu dijalankan. Penggunaan menyembur racun serangga seraca berjadual bukanyah satu kaedah yang baik tetapi semburan hanya perlu dilakukan apabila kadar serangan perosak mencapaii apa yang dikatakan sebagai ETL atau 'Economic Trheshold Level'. 


Pada penulis blog yang hadir dalam simposium ini amat gembira dapat mendengar bagaimana beberapa kertaskerja dapat dibentangkan dengan baik. Kertas 1 bertajuk "Pemerhatian Keberkesanan Penggunaan Perangkap Feromon bagi pengesanan dan kaedah pengawalan ulat pengorek batang tanaman padi" di tulis oleh pakar dari BBT Perak. Kertas 2 pula membantangkan akan kertas bertajuk "Pemerhatian Keberkesanan Perangkap Lampu dalam mengawal kehadiran Benah Perang (BPH) di Selangor". Kertas ke 3 berjudul "Perlaksanaan IPM dalam Jelapang Padi di Pahang" menjelaskan akan program tersebut yang melibatkan Ketua Pasukan Sawah di IADA Pekan dan IADA Rompin. Kertas ke 4 adalah bertajuk "Kaedah kawalan IPM untuk tanaman kelapa di Selangor" yang dibentangkan dengan beberapa kaedah kawalan IPM. Seteursnya adalah kertas khas dibentangkan oleh Pengarah Biosekuriti Tanaman Jabatan Pertanian bertajuk "Program Pengurusan dan Cabaran dalam Kawalan Kumbang Palma Merah atau RPW di rantau Asia dan Asia Pasifik". Kertas ini membentangkan banyak perkara tentang serangan kumbang RPW yang mengancam tanaman kelapa di malaysia khhususnya di Kelantan dan Terengganu. Kertas ke 6 bertajuk "Penggunaan agen biology Asecodes hispinarum bagi mengawal kumbang bronstispa dikawasan kelapa".


Kertas ke 7 adalah kertas menarik bertajuk "Pemerhatian keberkesanan agen Tiger Fly dalam mengawal perosak Pelombang Daun di lakukan di Cameroon Highlands". Kertas ke 8 bertajuk "Kulat Pharma herbarum sebagai agen kawalan biologi bagi Rumput Sambau" dimana ia dilakukan kajian oleh pakar khas daripada MPOB iaitu Dr Mohd Hefni. Kertas ke 9 adalah kertas bertajuk "Pengesanan penyekit Layu Bakteria Pisang di Semenanjung Malaysia" yang disampaikan oleh Dati Jalil iaitu Timbalan Pengarah BBT Kuala Lumpur yang dengan jelas menjelaskan akan senario serangan semasa. Kertas ke 10 merupakan kertas yang berkait rapat dengan penulis sendiri iaitu kertas bertajuk "Serangan Penyakit karat Nangka di Malaysia" kerana negari Pahang menrupakan antara kawasan yang menerima kesan serangan karat nangka untuk kawasan beberapa projek di TKPM. Kertas ke 11 bertajuk "Status serangan Penyakit Reput Teras Nenas di Projek RIPP di Rompin Pahang" oleh pegawai pakar daripada BBT Pahang.  Kertas ke 12 adalah kertas yang bertajuk "Serangan Balck Soldier Fly terhadap koloni kelulut" yang dibentangkan oleh BBT Terengganu. Penulis blog yang menjadi pengerusi panel mendapati banyak soaljawab diantara peserta,  usahawan tani dan pembentang kertas setiap sessi yang dijalankan, Tahniah kepada Bahagian BBT Jabatan Pertanian yang menjayakan simposium kali ini. Wasallam!!!...
SIMPOSIUM BIOSEKURITI...BAGUSNYA...
DI DITC KEMAMAN...TERENGGANU KITA.. 
DIBENTANGKAN... ADA12 KERTAS KERJA...
AMAT BERFAEDAH ... UNTUK SEMUANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 302, DITC Telok Kalong,
Kemaman, Terengganu,
Malaysia.
(12 Syaaban 1438H)

Saturday, May 27, 2017

KUMBANG BRONSTISPA - KAEDAH KAWALAN

KUMBANG BRONTISPA (Brontispa longissima) merupakan sejenis serangga perosak tanaman kelapa (Cocos nucifera) yang baru ditemui di Malaysia. Serangga daripada order ini Coleoptera adalah daripada keluarga Chrysomelidae atau juga Cassidinae yang mana dikenali dengan nama biasa sebagai 'Hispine beetle' atau dalam bahasa kita sebagai Kumbang Brontispa. Kumbang ini mempunyai bentuk yang unik dan lazimnya menjadikan tumbuhan Perumah seperti tanaman Pokok Pinang (Areca catechu), Pokok Nipah (Nypa fruticans), Pokok Palma (Cargota smitis) dan beberapa pokok Palma Hiasan lain seperti jenis Typha angustifolia. Serangga ini memang boleh menjadi wabak serius jika tidak dikawal dimana ia mampu merosakan bahagian daun pokok kelapa dewasa dan lebih teruk pada anak pokok kelapa yang baru ditanam. Serangga yang berasal dari Indonesia dan Papua New Guinea ini telah direkodkan sebagai perosak yang Endemik di Indonesia dan Papua New Guinea dimana kini ia telah merebak ke seluruh Asia Tenggara termasuk negara kita. Serangga ini merupakan sejenis perosak eksotik di Malaysia dimana ia telah dijumpai hadir dibeberapa negeri oleh Jabatan Pertanian iaitu di Negeri Terengganu, Melaka, Pahang dan Perak. Sementara itu kini di Negeri Johor dan juga negeri Selangor dilaporkan telah berlaku agak serius serangannya dari laporan pemantauan yang dilakukan. Artikel malam khamis ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis serangga iaitu Kumbang Brontispa yang mampu mengancam industri kelapa dan berkemungkinan akan menyerang tanaman kelapa sawit. Penulis sebenarnya merujuk kepada kertas teknikal yang dibentangkan dalam Simposium Biosekuriti Tumbuhan Peringkat Kebangsaan 2017 yang diadakan di DITC, Telok Kalong, Kemaman, Terengganu yang dihadiri baru-baru ini.

Daripada maklumat yang dipetik daripada Jabatan Pertanian, keujudan kumbang Brontispa ini telah menyerang tanaman kelapa di Maldives dan Vietnam sebagai endemik pada tahun 1999. Ini diikuti dengan berlaku serangan serius pada tahun 2000 di Thailand dan tahun 2001 di Laos PDR dan juga Kemboja (Sila lihat rajah diatas). Seterusnya pada tahun 2002 telah juga dilaporkan kumbang brontispa didapati telah menyerang Hainan Island diikuti dengan tahun 2004 di Myanmar dan pada tahun 2005 dilaporkan menyerang negara Filipina. Di Malaysia pula ia mula direkodkan pada tahun 2005 oleh beberapa pegawai dari Jabatan Pertanian iaitu di Bahagian Biosekuriti Tumbuhan. Penulis percaya ia mungkin telah wujud lebih awal daripada 2005 tanpa disedari oleh petani dan Jabatan Pertanian berdasarkan kajian rapi yang dijalankan. Apa yang dilaporkan sebelum ini, sehingga tahun 2004 hanya terdapat sejenis perosak kumbang iaitu spesis Plesispa reichi sahaja yang ada dikawasan kelapa terutamanya di kawasan pesisir pantai dimana banyak tanaman kelapa. Laporan ini adalah berdasarkan kepada rekod terawal dimana kumbang jenisPleisspa reichei menyerang kelapa di Johor pada tahun 1912 (Corbett, G.H., 1923). Jika ini dijadikan panduan, bermakna kemasukkan perosak ini mungkin dibawa masuk kedalam negara melalui Thailand atau juga Indonesia (jauh sedikit). Kemasukan pengimpotan tanaman pamla hiasan daripada negara jiran Thailand ke Malaysia melalui pintu darat masuk utara Semenanjung Malaysia mungkin telah membawa masuk sama kumbang ini kenegara kita. Ia kemudian terus merebak sehingga terdapat banyak kawasan lain di Malaysia dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini. 

Lazimnya serangan dan kerosakan yang dilakukan oleh Kumbang Brontispa ini adalah berbeza di antara jenis palma. Pemerhatian juga mendapati jenis tanaman kelapa varieti Hibrid MATAG adalah lebih serius teruknya berbanding dengan kelapa jenis MYD, pokok Manila palm dan juga pokok dari jenis Veitchia merrili. Walau pun sehingga artikel ini ditulis belum menemui tanda ia menyerang kelapa sawit, namun pemantauan rapi perlu dijalankan sekerap mungkin diseluruh negara. Kajian yang dibuat pakar menunjukkan bahawa hanya pada peringkat larva yang akan memakan tisu pucuk kelapa dan pucuk pokok-pokok palma (Sila lihat larva rajah kumbang Brontispa). Apa yang terjadi kemudian keluar simptom yang menyebabkan daun seperti terbakar (“leaf burn”) dimana ianya boleh dilihat dengan mata kasar. Selau juga berlaku serangan teruk yang beoleh menyebabkan pengurangan hasil buah kelapa. Apa yang menyedihkan adalah jika ia melakukan serangan ke atas pokok muda menyebabkan pertumbuhan terbantut dan akhirnya anakbenih kelapa boleh mati jika tidak dikawal dengan baik. Serangan kumbang brontispa ini hanya akan diketahui apabila daun baru keluar dan tanda kerosakan dapat dilihat (Sila lihat foto dibawah) dimana terdapat warna kehitaman pada bahagian daun yang diserang. 

Dalam kita hendak kenal akan kumbang brontispa lazimnya perlu membuat rujukan. Jika kita hendak buat diagnosis berikut adalah pencirian bagi kumbang dewasa mempunyai saiz panjang sekitar 8.5-9.5 mm dan lebarnya adalah sekitar 2.0-2.5 mm. Kumbang ini berbadan leper dan meruncing dimana Kumbang Jantan kebiasaannya lebih kecil dari betina (Sila lihat foto paling atas). Kumbang brontispa mempunyai warna coklat kemerahan dan kehitaman, elektra coklat atau hitam dan ada bertanda seperti bentuk terpintal pada elektra. Ciri paling unik bagi kumbang ini adalah pada bahagian Toraks berbentuk segi empat dan dapat dilihat dengan jelas. Dari segi biologi dan ekologi, lazimnya pada semua peringkat hidup kumbang brontispa berada dalam bahagian pucuk kelapa yang belum terbuka. Ini bermakna untuk mencari kumbang ini perlu memeriksa pucuk pokok kelapa dimana jika pokok kelapa sudah tinggi memang agak sukar untuk melakukannya. Kaedah yang sesuai untuk mengetahui keujudan kumbang ini melalui pemasangan perangkap khas. Bagaimana pun pada anak pokok kelapa yang baru ditanam kita boleh memeriksanya. Kumbang betina akan bertelur seawal umur 15 hari dimana lokasinya adalah pada bahagian pucuk kelapa. Saiz telur sekitar 1.8-2.0 mm dengan kapasiti bertelur sehingga 100 biji atau lebih. Kumbang ini apa yang saya lihat mempunyai sebanyak 4 peringkat instar larva dimana pada larva instar ke 4 bersaiz 7.0 mm - 8.0 mm. kajian menunjukkan bahawa jangka masa daripada peringkat telur hingga kepada peringkat dewasa adalah sekitar 35 - 42 hari. Keseluruhan jangka hayat kumbang brontista adalah sehingga 6 bulan. Kepada mereka yang ingin maklumat lanjut mengenai kumbang ini boleh menghubungi pegawai Teknikal Bahagian Biosekuriti, Jabatan Pertanian Malaysia. Wasallam!.
KUMBANG PEROSAK...IA BRONTISPA...
SUKA MENYERANG...PUCUK KELAPA...
TAHUN 2005... MULA ADA DIMALAYSIA...
PERLU DIKAWAL... KERANA BAHAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Stesyen Pertanian Lekir (Unit Kelapa),
Lekir, Manjung,
Perak, Malaysia.

(2 Zulhijjah 435H)

Friday, May 26, 2017

PENYAKIT TANAMAN NANGKA

TANAMAN NANGKA (Artocarpus heterophyllus) merupakan sejenis buah tropika yang semakin popular di negara kita dengan beberapa varieti yang berpotensi untuk pasaran domestik dan eksport. Penulis blog yang juga banyak menulis rencana mengenai tanaman nangka dan memberi khidmat kepakaran teknikal kepada ramai pegawai petani mendapati tanaman ini berupaya memberikan pendapatan baik jika harga ladang dan pasaran berjalan dengan baik. Penelitian penulis mengenai keluasan tanaman nangka mendapati telah meningkat daripada seluas 4,334.2 hektar pada tahun 2013 kepada seluas 6,245 hektar pada tahun 2015. Daripada buku ststistik perangkaan tanaman oleh Jabatan Pertanian menunjukkan jumlah pengeluaran hasil nangka sebanyak 29,578 mt pada tahun 2015 dan ianya terus meningkat saban tahun. Negeri pengeluar utama bagi nangka adalah Pahang diikuti dengan Negeri Sembilan dan Johor. Beberapa TKPM (Taman Kekal Pengeluaran Makanan) di Negeri Pahang hanya mengusahakan tanaman nangka varieti Tekam Yellow (J33) seperti di TKPM Lanchang, TKPM Jelai, TKPM Serengkam, TKPM Lebu dan banyak lagi. Selain itu beberapa GLC seperti PASFA, LKPP dan syarikat swasta juga telah menanam nangka di Pahang. Dalam pada itu jumlah eksport buah nangka telah terus meningkat kepada sebanyak RM12,23 juta dalam tahun 2015 dengan sasaran seperti ke Hong Kong dan United Kingdom. Di Malaysia sebanyak 15 varieti nangka telah didaftarkan di Jabatan Pertanian dalam National Variety Listing iaitu J2, J27, J28, J29, J30, J31, J32, J33, J34, J35, J36, J37, J38, J39 dan juga J40 (Untuk penjelasan lanjut - Sila klik Disini). Bagaimana pun hanya beberapa varieti nangka sahaja yang disyorkan (recommended) untuk penanaman komersil iaitu varieti J29, J31, J32, J33 (Tekam Yellow), J34 (Golden Jackfruit-Hong), J35 (Crystal Jackfruit 1), J36 (Crustal Jackfruit 6) dan juga J37 (USM 2000-Mastura). Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa penyakit tanaman nangka yang perlu anda ketahui dan fahami.

(1) Penyakit Reput Buah Nangka.

Penyakit reput buah nangka adalah sejenis penyakit yang menyerang buah nangka dan ia menyebabkan hasil tanaman anda berkurangan. Penyakit ini disebakan oleh kulat yang dikenali dengan nama Lasiodiplodia theobromea dan juga Rhizopus spp. Daripada buku rujukkan dan pemerhatian penulis dibeberapa lokasi yang ada tanda serangan mendapati antara simptom-simptom penyakit ini adalah seperti (1) Bahagian empulur kelihatan kehitaman bermula daripada bahagian tangkai buah nangka sehingga keseluruhannya (Sila lihat foto disebelah). Simptom ke 2 adalah dimana terdapat bintik perang karat pada isi dan jerami buah dan simptom ke 3 dimana bunga nangka akan menjadi reput dan diseliputi miselium hitam. Seterusnya yang ke 4 adalah dimana serangan pada tangkai dan buah nangka akan bermula dengan bintik kecil dan membesar menjadi coklat kehitaman serta reput lembut. Bagaimana pun petani perlu tahu bagaimana pengurusan penyakit ini perlu dilakukan. Pertama sekali perlu mengamalkan amalan pertanian yang baik, buang dan musnahkan bunga dan buah yang berpenyakit sama ada atas pokok atau yang gugur serta sentiasa menjaga kebersihan ladang. Sebaiknya perlu menanam benih nangka daripada verietu yang rentang atau tahan kepada penyakit reput buah. Ke 4 adalah dimana petani kena pastikan amalan pembajaan dan pengapuran adalah sempurna. Sebenarnya apabila berlaku serangan penyakit teruk maka lakukan semburan racun kulat jenis kuprum pada bunga, buah dan tangkainya. Penyakit ini perlu dipantau selalu didalam kawasan kebun.


(2) Penyakit Mati Rosot Nangka

Penyakit Mati Rosot Nangka atau dikenali dengan nama lain sebagai Branch Dieback atau Bacterial Blight disebebkan oleh patogen kulat iaitu Ervinia caratovora. Penyakit ini cepat merebak dan kemudian akan menyerang dahan dan batang. Daun pokok nangka akan menjadi kuning pada cabang pokok yang dijangkiti. Apa yang perlu diperhatikan adalah jika berjangkit pada batang utama maka keseluruhan pokok menjadi kuning, daun gugur dan diikuti dengan mati rosot (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya akan terdapat damar berwarna putih kekuningan pada kulit pokok dan tangkai buah. Akhirnya kulit menjadi lembut dengan keadaan reput yang basah dan memberikan bau yang busuk. Penyakkit ini jika dikenalpasti dalam kebun perlu dibuat kawalan dengan segera agar tidak membahayakan pokok nangka lain. Kawalan yang sesuai dilakukan dengan membersihkan kawasan ladang untuk mengurangkan perumah atau sumber penyakit. Buang dan bakar pokok-pokok yang diserang dengan teruk sehingga tiada patogen yang tertinggal dalam kebun. Sebaiknya dipotong dan bakar bahagian pokok yang baru diserang dilokasi lain (elakkan membakarnya dalam kebun). Selau beringat agar membersihkan alat memangkas dengan bahan disinfektan seperti bahn alkohol 90% sodium hydroxide 10% terlebih dahulu untuk elakkan ia berjangkit kepada pokok lain.


(3) Penyakit Reput Pangkal Batang Nangka
Penyakit Reput Pangkal Batang Pokok Nangka (Phythopthora root rot atau Stem Rot in Jackfruit) merupakan penyakit yang disebebkan oleh patogen kulat Phythopthora palmivoraReput akar (Foot rot) akan berlaku dikawasan yang sering berair atau lembab. Lazimnya simptom awal dimana pokok menjadi kuning dan terbantut. Daun dan dahan kecil mudah gugur sehingga pokok kelihatan tidak berdaun. Pokok akhirnya boleh mati jika tidak dikawal dengan baik. kaedah kawalan adalah dengan menbaiki sistem saliran dalam kebun dan juga boleh menggunakan bahan kimia seperti Captafol atau Etridiazole. Semburkan bahan kimia tersebut disekeliling bahagian pangkal pokok nangka dan juga di bahagian bawah pokok pada musim hujan sekiranya patogen Phytophthora telah dapat dikesan. Tentukan saliran yang baik di ladang nangka dan sentia mencantas dahan-dahan nangka mulai dari pangkal pokok hingga 1 meter atas tanah. Jangan guna baja nitrogen berlebihan kerana in boleh menyebabkan berlakunya kes serangan penyakit ini. Sebaiknya buang semua pokok-pokok yang berpenyakit dan musnahkan dengan membakarnya. Satu lagi dengan membuat cantasan 'open-center' agar boleh mendedahkan tempat-tempat yang diserang supaya kena cahaya matahari. Jika membuat pemantauan diladang nangka dan melihat simptom daun menjadi layu, kuning dan gugur maka ia perlukan penelitian jika ia penyakit jenis ini. Jika tidak dikawal ia boleh mengakibatkan kematian pokok setinggi 70-90%.

(4) Penyakit Bronzing Nangka
Penyakit Bronzing ini merupakan sejenis penyakit yang menyerang tanaman nangka dan dikelaskan sebagai penyakit baru yang mula dijumpaii di Filipina. Ia agak unik kerana antara simptom penyakit ini adalah berlakunya simptom perubahan warna oren kekuningan dalam buah nangka. Ia juga akan kelihatan warna seperti 'merah' pada bahagian jerami dan bahagian isi (Sila lihat foto disebelah). Kajian saintis mendapati penyakit ini adalah disebabkan oleh patogen iaitu Pantoea stewartii (Smith) Mergaert et al. Daripada pemantauan dan pengawasan yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian mendapati belum ada kawasan di Pahang yang mempunyai simptom penyakit seperti ini dilaporkan. Bagaimana pun pemantauan rapi perlu dibuat dibeberapa negeri seperti di Negeri Sabah jika ada kemungkinan penyakit ini berlaku. 
Semuga artikel diatas dapat memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.. 

SEMAKIN POPULAR...MENANAM NANGKA...
VARIETI TEKAM YELLOW... ITU VARIETINYA...
4 PENYAKIT ... PERLU SEMUA KENALINYA...
ARTIKEL DITULIS...JADI RUJUKKAN SEMUA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
TKPM Serengkam, Maran,
Pahang, Malaysia.
(28 Rejab 1438H).

Thursday, May 25, 2017

KAEDAH BETUL KITAR SEMULA JERAMI PADI

JERAMI PADI merupakan hasil sampingan bahan pertanian yang berbentuk batang, daun dan tangkai tanaman padi setelah biji-bijian dipisahkan selepas menuai padi (Oryza sativa). Dari segi sejarah sebelum zaman perindustrian lagi dahulu jerami kering padi digunakan secara meluas oleh petani untuk dijadikan bahan api, alas lantai atau katil tidur, penyapu, makanan ternakan, kompos dan bahan binaan ringan seperti bumbung rumah. Di banyak negara pertanian dimana tanaman padi adalah menjadi tanaman utama petani tempatan jerami padi menjadi subjek penting dalam dunia kehidupan mereka. Sebagai contoh daripada kajian yang dijalankan di Indonesia, berat jerami adalah lebih kurang 1.4 kali daripada hasil tuaian biji padi. Ini bermakna daripada 5 tan per hektar hasil tuaian maka sebanyak 7.5 tan jerami dihasilkan. Kajian makmal menunjukkan dimana kandungan unsur yang terdapat dalam jerami adalah 0.5 - 0.8% Nitrogen (N), 0.07-0.12% Fosforus (P), 1.2-1.7% kalium (K), 0.05-0.10% Sulfur (S) dan 4-7% adalah silika (Si). Ini bermaksud dalam 7.5 tan jerami mengandungi 37.5-60 kilogram (kg) N, 5.25-9kg P, 90-127.5kg K, 3.75-7.5kg S dan 300-525kg Si. Bagaimana pun di Malaysia penulis blog dapati di antara kaedah pengurusan jerami padi adalah melalui pembakaran terbuka bagi menghapuskan jerami dengan cepat dan murah (Sila lihat foto dibawah). Pada masa yang sama kaedah ini didapati berupaya membunuh patogen tanah dan akan dapat merencatkan percambahan benih rumpai serta padi angin. Bagaimana pun kaedah ini melalui pembakaran terbuka menyebabkan pencemaran alam sekitar kerana hasil pembakaran mengandungi unsur K yang tinggi iaitu sebanyak 8.2 peratus dan kaedah ini akan seterusnya menjejaskan kadar percambahan benih padi. Artikel subuh ini saya menulis lagi di dalam "Anim Agro Technology" mengenai kaedah pengurusan jerami padi untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca. 


Kaedah lain adalah secara mengumpul dan mengeluarkan jerami untuk dijadikan makanan ternakan atau kompos. Kini kaedah ini dapat menghapuskan jerami dengan cepat tetapi akan menyebabkan kehilangan unsur-unsur penting seperti N, P, K, S, Si, Ca dan Mg. Jerami juga ada yang dibiarkan mereput di dalam sawah yang boleh menimbulkan masalah pereputan jerami dalam tanah dan membebaskan gas berasid atau beracun yang akan merosakkan tanah serta akar pokok padi. Selain itu akan berlaku proses penguraian yang tidak lengkap akan meninggalkan sisa dan ini boleh menyebabkan struktur tanah menjadi lemah serta lama-kelamaan tidak dapat menyokong berat mesin dan jentera. Nisbah karbon (C) ke atas nitrogen (N) jerami padi ialah 48 manakala sekam padi sebanyak 171. Nisbah C/N yang sesuai untuk tanaman adalah antara 25–30. Diantara kebaikan atau manfaat diperolehi adalah dimana bagi tanaman padi selalunya nisbah C/N yang lebih rendah iaitu lapan hingga 10 diperlukan kerana sawah terendam pada tempoh yang agak lama. Maka jerami padi tidak sepatutnya dibakar, dibawa keluar atau dibiar mereput di dalam sawah tetapi perlu diurus dengan baik melalui proses kitar semula dan seterusnya diguna balik untuk manfaat tanaman padi. 


Diantara kaedah yang diamalkan di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian, Perak adalah kaedah kitar semula jerami padi dengan bahan-bahan mentah iaitu jerami, dedak, mikrob penguraian (nisbah 1,000:40:0.2) yang digaul rata sambil ianya disembur dengan lautan mikrob aktif. Campuran bahan-bahan kemudian dilonggokkan pada ketinggian sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua meter. Longgokan dialih dua kali dengan selang tujuh hari sekali. Proses alihan diperlukan untuk membekal oksigen kepada mikrob di samping menggaul rata bahan-bahan mentah untuk memudahkan penguraian. Proses penguraian jerami padi dikawal pada kelembapan 55 hingga 65 peratus dengan suhu di antara 65 hingga 75 darjah Celsius dalam tempoh 21 hari. Bahan-bahan mentah ini boleh diubah suai mengikut kedapatan sisa organik tempatan bagi mengurangkan kos. Hasil penguraian jerami padi akan menghasilkan kompos dan diguna pada kadar dua tan per hektar untuk mengembalikan sebahagian nutrien yang penting pada tanaman padi seperti N,P K, Ca, Mg, S dan Si. Hasil penggunaan kompos itu dapat mengatasi masalah padi angin iaitu kandungan mikrob dalam hasil penguraian mampu merangsang percambahan biji benih rumpai dan padi angin yang terdapat dalam tanah. Oleh itu, rumpai dan padi angin yang bercambah seterusnya dibuang melalui pembajakan atau meracun sebelum proses penanaman dimulakan. Melalui pemerhatian Jabatan Pertanian, kaedah ini dapat mengurangkan rumpai dan padi angin sehingga 80 peratus sekiranya digunakan berterusan dalam tiga hingga empat musim di samping ia dapat membekal nutrien penting kepada pokok padi. Kitar semula jerami padi kini telah menjadi tumpuan kajian negara pengeluar padi utama dunia. Ini kerana ia dapat membekalkan nutrien pada tanaman padi dalam konteks penjimatan kos baja dan menyelesaikan masalah yang disebabkan pereputan jerami dalam kawasan padi. Aktiviti ini adalah sangat penting dalam pengurusan kelestarian tanaman padi.


Bagaimana pun di MADA, dilakukan proses kitaran semula sisa buangan tanaman padi khususnya jerami padi dimana aktiviti ini mampu menangani masalah pencemaran dan gangguan ekologi. Usaha tersebut lebih bermakna jika jerami padi dikumpulkan dengan menggunakan mekanisme moden untuk penghasilan makanan ternakan, produk kraf tangan, bahan utama dalam penghasilan baja kompos dan sumber pelet bahan bakar. Kini ada penghasilan produk hiliran dan industri bahan bakar daripada jerami padi adalah alternatif baharu untuk pesawah mengurangkan masalah pembakaran terbuka. Memang subjek mengenai potensi sisa buangan dari jerami padi adalah penting dibincangkan. Pemprosesan sisa buangan pertanian daripada industri padi seperti jerami berpotensi untuk berkembang memandangkan pengeluaran sisa buangan daripada industri padi di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dianggarkan mencecah sehingga 300,000 tan. Pembangunan aktiviti hiliran kerajaan dan swasta dalam perkara ini dapat membantu menambah pendapatan petani dan penduduk sekitarnya. Di Malaysia aktiviti pemprosesan kelapa sawit menghasilkan lebih 100 juta tan metrik sisa buangan setiap tahun tetapi ianya akan terus berkembang. Dalam pada itu berlaku pembuangan gula daripada tebu pula menghasilkan lebih daripada sejuta tan metrik hampas setahun. Ini bermakna kitar semula bahan buangan mampu mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar yang semakin meruncingkan. Kini menerusi projek-projek baru dan kajian daripada pelbagai pihak, bahan buangan pertanian boleh dijadikan sebagai bahan asas bagi menghasilkan suatu komposisi yang setanding dari segi ciri-ciri mekanikalnya dengan bahan yang sedia ada di pasaran. Dianggarkan bahawa Malaysia menjana sehingga 80 juta tan sisa buangan setiap tahun daripada ladang kelapa sawit yang sebahagian besarnya adalah tandan kosong kelapa sawit, pelepah, tempurung dan dedak isirung sawit. Aktiviti memproses dengan betul jerami padi akan menghasilkan faedah yang menguntungkan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
JERAMI PADI... BANYAK GUNANYA....
SELALU DIBAKAR...ASAP BANYAKNYA...
DIBUAT KOMPOS... DIGUNA SEMULA...
PENGURUSAN BETUL..UNTUNG SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 601, The Pure Hotel,
Sungai Petani,
Kedah, Malaysia.
(29 Syaaban 1438H)

Wednesday, May 24, 2017

POTENSI DURIAN PREMIUM - PASARAN DUNIA

MALAYSIA adalah salah satu negara di Asia Tenggara yang mempunyai tanaman durian (Durio zibethinus) yang agak luas untuk pasaran domestik dan eksport. Tanaman buah durian juga merupakan jenis buah bermusim paling luas diusahakan iaitu 100,615 hektar (Sumber: Laporan statistik tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2015). Kawasan utama didalam pengeluaran buah durian di Malaysia adalah di Pahang (Daerah Raub dan Bentong), Perak (Batu Kurau) dan Johor (Muar dan Tangkak) serta beberapa negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak. Pasaran eksport buah durian daripada Semenanjung Malaysia secara tradisi adalah ke negara jiran Singapura. Selain itu beberapa negara yang kini disasarkan untuk pasaran eksport baru termasuk negara China, Jepun dan sebagainya. Terdapat banyak varieti durian yang ditanam di Malaysia daripada varieti durian kampong yang mutunya pelbagai kepada varieti durian cantum yang mempunyai kualiti untuk eksport. Antara varieti durian yang dikatakan sebagai 'Durian premium' dimana ia mendapat sambutan pada masa ini ialah Musang King (D197), Bukit Merah (D24), IOI (D168), Udang Merah atau Ang Aae (D175) dan Ochi atau Duri Hitam (D200). Pada penulis blog yang menulis banyak artikel mengenai durian dalam blog anim agro mendapati petani telah mula menukar pokok durian kampong atau dari varieti yang kurang berkualiti kepada varieti yang disenaraikan diatas. Pada masa artikel ini ditulis didapati durian premium Malaysia seperti Musang King bukan sahaja digemari oleh peminat tempatan bahkan pelancong asing terutamanya dari China. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi durian premium untuk pasaran eksport antarabangsa dan mampu menjana pendapatan kepada petani dan negara.

Durian Musang King ini mempunyai potensi eksport yang sangat luas keluar negara terutamanya selepas pihak Jabatan Pertanian mendapat laluan pasaran pada tahun 2011 untuk pengeksportan durian dalam bentuk ulas sejuk beku (frozen pulp) ke China. Pada masa ini selain ke negara China, durian sejuk beku juga berjaya menembusi pasaran Australia, New Zealand dan Taiwan. Pada penulis yang juga suka akan keenakkan durian varieti Musang King mendapati ia mempunyai kualiti premium yang memenuhi keperluan pasaran antarabangsa (Sila lihat foto Musang King disebelah). Kini bagi pengeksportan durian segar diberitakan dimana Malaysia juga mendapat laluan pasaran ke Jepun dan Korea. Jumlah eksport ke China dijangka meningkat kerana penggunaan durian bukan setakat dimakan segar tetapi telah dipelbagaikan bagi tujuan untuk memenuhi kehendak pasaran mereka. Selain durian sejuk beku kini pasaran untuk pes durian juga telah boleh dihantar kenegara tersebut. Bagaimana pun bagi durian sejuk beku, kebiasaannya ia dimakan segar dan dijadikan pes durian untuk pelbagai produk seperti piza, kuih bulan, aiskrim, tart kastard dan pencuci mulut. Salah sebuah syarikat pengimport, pemborong dan peruncit di Shanghai iaitu Royal Durian melaporkan, mereka mengimport durian sejuk beku dari Malaysia kali pertama pada tahun 2010. Selepas tahun 2013, ia menyaksikan pertumbuhan jualan yang konsisten sebanyak 30 peratus setiap tahun.

Sebenarnya fenomena durian Musang King yang mana semakin mendapat tempat di hati pengguna menyebabkan permintaannya tinggi dan memberi kesan kepada harga ladang durian sejak akhir-akhir ini. Harga mencecah antara RM50 sehingga RM100 sekilogram berbanding hanya sekitar RM40 sekilogram tahun lalu. Akhbar KOSMO baru-baru ini juga menyatakan harga durian musang king yang mencecah lebih RM100 sekilogram ini dikatakan sebagai 'Mencekik Darah' yang penulis blog tulis (Sila klik disini). Potensi hasil durian Musang King ialah 90 hingga 130 biji sepokok atau 150 kilogram (kg) hingga 170kg sepokok dan bagi ladang seluas 1 hektar boleh memperoleh sehingga 110 pokok bagi jarak tanaman 9 meter (m) x 9m. Harga sebiji durian Musang King di Hong Kong boleh mencecah sehingga RM800 kini membolehkan ia mendapat pasaran yang baik. Sebelum ini pun ada dilaporkan dimana durian dari Malaysia dihantar ke China melalui Thailand, Laos dan beberapa negara lain. Pada penulis blog jika dahulu ramai petani sering mengeluh kerana harga buah durian yang tidak setimpal dengan usaha tetapi kini tanaman durian khususnya durian premium seperti Musang King boleh menjana sumber pendapatan yang tinggi kepada para pengusaha dan negara. Ramai pemilik kebun daurian varieti lain kini telah menukar kepada tanaman durian varieti musang king. Ada juga pekebun kelapa sawit yang menebang tanaman mereka dan menggantikannya dengan durian varieti musang king di daerah Raub, Jerantut dan Bentong di Pahang.

Kenaikan harga durian Musang King kini benar-benar mempengaruhi harga durian tersebut dipasaran domestik dan juga pasaran antarabangsa. Kini orang ramai atau petani perlu merebut peluang ini iaitu bagi yang mempunyai kawasan tanah yang masih tidak diusahakan atau mempunyai kawasan lapang bolehlah menanam durian premium seperti Musang King. Kepada pengusaha durian yang telah menanam pokok durian tetapi bukan daripada jenis premium disyorkan agar mereka boleh memilih teknik cantuman dewasa (Mature budding). Saya ada menulis mengani teknologi ini dalam beberapa rencana sebelum ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Teknik ini biasanya akan menggunakan pokok penanti daripada pokok durian sedia ada di ladang tetapi yang dewasa, matang dan berbuah. Kemudian bahagian sion atau mata tunas durian klon boleh dicantumkan pada pokok durian yang telah dewasa itu. Teknik ini membolehkan tempoh berbuah disingkatkan antara empat hingga lima tahun berbanding kaedah cantuman anak pokok (kahwin) yang mana perlu menunggu lebih daripada jangka masa tersebut. Justeru penulis mengesyorkan agar penanam durian boleh menukar tanaman mereka yang tidak ekonomik kepada durian varieti Musang King. Potensi durian premium untuk pasaran eksport dan antarabangsa memang cerah dimasa hadapan dengan ujudnya persetujuan diantara Malaysia dan China mengenai protokol pengeksportan durian dan nenas yang dicapai semasa lawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pserdna Menteri Malaysia di Beijing pada 13 Mei 2017. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
DURIAN PREMIUM... DIBERIKAN NAMA...
MUSANG KING... VARIETI TERNAMA...
PASARAN DOMESTIK... MAHAL DIJANGKA...
DIESKPORT PULA... MENJAMIN HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Lembah Benom, Kg Sg Chalit,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(13 Syaaban 1438H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...