KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, May 8, 2017

STATUS PENYAKIT LAYU BAKTERIA PISANG DI MALAYSIA (Part 1)

PISANG atau Banana merupakan sejenis buah tropika yang popular ditanam dan dimakan oleh penduduk dunia dan juga haiwan lain. Pisang (Musa spp) adalah tumbuhan daripada keluarga Musaceae yang lazimnya dimakan segar atau diproses untuk dijadikan produk lain. Pokok pisang juga ada spesis yang sesuai dijadikan tanaman hiasan atau tanaman landskap. Kebanyakan pisang yang kita makan hari ini merupakan keturunan daripada Musa acuminata dan Musa balbisiana. Daripada buku rujukkkan menyatakan Genom yang disumbangkan jenis Musa acuminata diberi simbol 'A', manakala genom sumbangan jenis Musa balbisiana diberi simbol 'B'. Proses kacukan bersilang semulajadi diantara kedua jenis spesies ini menyebabkan pada masa ini terdapat pelbagai jenis subspesies pisang yang ujud diseluruh dunia. Penulis membuat rujukkan dengan Jabatan Pertanian dimana pada tahun 2016 terdapat seluas 30,301 hektar tanaman pisang di Malaysia dengan anggaran jumlah pengeluaran sebanyak 321,810 metrik tan. Penanaman pisang di Malaysia terus meningkat daripada hanya seluas 28,911 pada tahun 2014 dan seluas 30,711 pada tahun 2015 apabila masaalah serangan penyakit MOKO semakin berkurangan (Rujukan: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2016 mukasurat 19). Pisang yang dihasilkan di negara kita adalah untuk pasaran domestik dimana ada sebahagian dieksport kenegara jiran seperti Singapura dan Brunei. Pokok dan Buah Pisang merupakan antara perkara yang sering dilaporkan didalam akhbar tempatan kerana ia memang sangat rapat dengan kita. Penulis subuh ini dapat petik dan kupas beberapa laporan akhbar tempatan yang membuat laporan tentang pisang. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" mempaparkan status penyakit layu bakteria pisang di Malaysia seperti yang dibentangkan dalam Simposium Biosekuriti Tumbuhan 2017 iaitu di Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kompleks DITC, Kemaman, Terengganu.

Kertas yang dibentangkan oleh pakar kajipenyakit berpengkalan di Kuala Lumpur ini menjelaskan apakan dia Penyakir Layu Bakteria dan Layu Fusarium serta kaedah kawalan yang sesuai dan disyorkan oleh Jabatan Pertanian. Pada penulis yang juga merupakan pakar agronomist tanaman memang amat teruja dengan tajuk yang dibentangkan ini. Sebagai permulaan pembentang nyatakan untuk Penyakut Layu Vaskular Pisang terdapat dua jenis penyakit yang perlu diketahui semua iaitu Penyakit Panama atau Layu Fusarium Pisang yang mana ia disebabkan oleh patogen Fusarium oxyporum f. sp. cubense atau terdiri daripada tropical race TR1, TR2 dan TR4. Sementara itu penyakit kedua iaitu Penyakit Layu Bakteria Pisang berlaku disebabkan oleh patogen bakteria iaitu Ralstonia solanacerum species complexs. Dirujuk kepada pakar di Jabatan Pertanian punca sebenar adalah bakteria kumpulan Blood Disease Phytotype IV, MOKO Phytotype II dan juga Bugtok Phytotype III. Penyakit Panama ini untuk Race I dikenalpasti pada tahun 1903 dimana ia memusnahkan industri pisang untuk eksport di Negara Latin Amerika dan negara Carribean (LAC country). Serangan penyakit ini juga telah memusnahkan spesies Gros Michel dalam tempoh 50 tahun (nilai kerugian USD USD2.3 billion atau bersamaan dengan USD18.2 billion nilai masa kini. Kultivar pisang yang ditanam kini telah beralih kepada pisang Cavendish. Bagaimana pun direkodkan dimana 99% varieti pisang yang ditanam masakini adalah daripada jenis kultivar Cavendish dimana ia didapati lebih tahan terhadap Foc race 1. Dalam pada itu dilaporkan dimana patogen Tropical Race 4 (TR4) adalah species yang amat berbahaya sehingga digelar sebagai 'a pure killing machine’. Ia juga menyerang bukan sahaja terhadap pisang Cavendish tetapi juga species lain yang rintang pada jenis Race 1. Dilaporkan TR 4 boleh membunuh anggaran 80% - 85% dari 145 million tonnes (160 juta tan) pisang dan ‘plantains’ yg dihasilkan setiap tahun. Patogen TR4 telah memusnahkan tanaman pisang di Filipina bernilai USD400 juta.

Penyakit Layu Bakteria Pisang pula menyerang tanaman pisang mempunyai 3 keadaan. Penyakit 'Banana Blood Disease' atau singkatannya 'BDB' disebabkan oleh blood disease bacterium (Sila lihat simptom serangan seperti foto disebelah). Ia serangan oleh Ralstonia solanacerum phytotype IV yang berlaku dengan rekod bermula di Indonesia dan kini dilaporkan telah pun ada di Malaysia. Penyakit MOKO pula disebabkan oleh patogen jenis R.s. phytotype II yang telah menyerang Amerika Latin dan Filipina tetapi kini telah juga berada ditempat kita Malaysia. Seterusnya penyakit Layu Bugtok yang juga disebabkan oleh patogen R.s. phytotype II dimana ia telah menyebabkan isi buah 'discoloration' tetapi uniknya serangan oleh penyakit inii tidak menyebabkan keseluruhan pokok pisang menjadi layu. Bagaimana pun kes Bugtok ini hanya direkodkan pada 'cooking banana' berlaku di Filipina. Kita yang berhampiran dengan negara ini perlu waspada akan penyakit bugtok ini dimana pemantauan berterusan perlu dilakukan oleh semua pihak yang berkaitan.

Penulis juga difahamkan sehingga artikel ini ditulis belum ada laporan mengenai masaalah kes serangan Penyakit Bugtok di Malaysia. Penulis ada menulis artikel mengenai penyakit bugtok sebelum didalam blog anim agro technology ini (Sila anda klik disini). Antara simptom penyakit bugtok serupa dengan ‘insect transmitted Moko’ di mana jantung pada pisang dan bunga betina dijangkiti tetapi discolouration tisu vaskular tidak menyerang melebihi tandan kecuali dalam keadaan serangan yang teruk (Sila lihat foto disebelah). Tanda serangan 'discolouration of the fruit pulp' lazimnya bersama dengan adanya 'gelatinous' atau 'dry tissue' dilokasi serangan. Seterusnya berlaku dimana 'bacterial ooze' memang boleh dilihat jika tandan dipotong. Lazimnya pokok yang diserang tidak layu dan ia memberikan simptom yang amat brbeza dengan Penyakit Moko dan Penyakit BDB. Dalam beberapa kajian dilaporkan dimana bahagian anak dan sulur pisang biasanya tidak dijangkiti dengan penyakit ini. Penyakit ini perlu dipantau secara berterusan di Malaysia agar ianya tidak mengancam negera kita yang boleh juga menyebabkan industri tanaman pisang terjejas. Rencana ini bersambung pada Part 2 dalam anim agro technology. Semua anda mendapat info berguna. Wasallam!!!...

TANAM PISANG... ADA PENYAKITNYA...
PENYAKIT LAYU... ADA 2 JENISNYA...
JENIS PERTAMA...PENYAKIT PANAMA...
PENYAKIT 'BLB'... IANYA MERBAHAYA...
KETAHUI JENIS...TAHU SIMPTOMNYA...
PERLU DIKAWAL...DIPANTAU SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kompleks DITC, Telok Kalong,
Kemaman, Terengganu,
Malaysia.
(Ditulis pada 8 Syaaban 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...