KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, May 2, 2017

BENOM HEIGHT - FERTIGASI TOMATO

Penanaman buah TOMATO (Lycopersicum esculentum) di Malaysia serupakan satu bidang usaha yang lazimnya popular dikawasan tanah tinggi sahaja. Penanaman tomato tanah rendah agak kurang dilakukan kerana risiko serangan perosak dan penyakit terutama oleh serangga lalat putih (white fly) yang juga menyebabkan serangan penyakit layu tanaman tomato. Di Malaysia kawasan utama tanaman tomato adalah di kawasan tanah tinggi Cameroon Highland di Pahang, Lojing di Kelantan dan Kundasang di Sabah. Selain itu ada dilaporkan tanama tomato tanah tinggi dilakukan di Borneo Highland, Sarawak. Bagaimana pun penulis baru-baru ini dapat melawat kawasan tanaman tomato pada tanah sederhana tinggi di Raub, Pahang bersama pegawai pertanian daerah dan pegawai teknikal lainnya. Syarikat Benom Height Hydroponic Sdn Bhd yang beralamat di Sg Buloh, Selangor telah menjalankan projek tanaman tomato secara fertigasi ini semenjak 20 tahun dulu dengan hanya menanam tomato sahaja. Lokasi yang jauh terpencil dipendalaman ini bagaimana pun mampu untuk menanam tomato jenis hibrid Qudmag yang benihnya diimport dari Netherlands. Varieti tomato ini berbentuk bulat keper apabula matang seakan bentuk buah labu manis (Sila lihat foto paling bawah). menurut pemilik syarikat En Yew, jenis tomato ini sangat sesuai untuk pasaran domestik kerana rasanya yang enak dan ianya adalah lebih tahan lama disimpan bernamdimg dengan jenis lain. Teknologi penanaman yang dilakukan dengan kaedah fertigasi dimana air bajaSet A dan Set B diolah dalam sistem berpusat dengan teknologi milik DOSTUM yang berjalan secara automatik. Pada penulis teknologi fertigasi untuk tanaman tomato diladang ini perlu dicontohi kerana ia mampu bertahan lama dalam mengeluarkan tomato tanpa henti sepanjang tahun. Artikel subuh ini say amenulis dalam "Anim Agro Technology" satu analisa mengenai tanaman tomato secara fertigasi oleh syarikat ini untuk dikongsi bersama. 


Kawasan kebun hydroponik ini berada kira-kira 7 kilometer dibanjaran Gunung Benom yang dikelilingi dengan banyak dusun buah-buahan dan juga tanaman kelapa sawit. Jalan kecil yang curam dan rosak terutama semasa musim hujan semasa penulis pergi kelokasi mengambil masa hampir 1.5 jam kerana sukarnya laluan gtersebut selain daripada banyak simpang. Hanya kenderaan 4WD seperti Toyota Hilux dan Mitsubihi Pajero sahaja yang mampu melepas kelokasi ini. Pemandu juga perlukan penunjuk arah daripada syarikat untuk menuju kelokasi kerana berbelas simpang yang kelihatan sama pada sepanjang jalan laluan. Jalan yang ada batu dan ada yang disimen dengan selekoh tajam amat menyukarkan laluan walau pun pada lori yang membawa hasil tomato turun setiap hari mampu melaluinya. Lori 1-2 tan yang diubahsuai dengan 4WD dan tinggi digunakan untuk membawa hasil turun kebawah. Syarikat menggunakan pekerja asing yang ada permit untuk melaksanakan aktiviti penanaman tomato diladang ini seramai 30 orang. Kebanyakan pekerja daripada Nepal dan Myanmar diketuai oleh mandur iaitu pekerja dari Nepal. Mereka dibahagikan kerja mengikut tugasan khusus daripada menyemai, menanam, pembajaan fertigasi, kawalan musuh dan penyakit, memetik hasil, menghantar hasil sayuran turun ke bawah dan pengurusan air dan generator eletrik. Bagaimana pun jadual kerja disusun pengurus dimana pengeluaran tomato akan dilakukan setiap hari untuk dipasarkan di Selayang.


Terdapat beberapa Struktur Pelindung Hujan untuk tanaman tomato secara fertigasi secara intensif untuk kawasan SPH sekitar 17 ekar daripada seluas 27 ekar kawasan keseluruhan yang telah dibangunkan (Sila lihat foto disebelah). Tanah bercerun ini diratakan untuk menaikan struktur SPH dengan luas setiap satu SPH diantara 3 - 4 ekar. SPH ini disambung-sambung dibina dengan kukuh dan tiangnya adalah lebih tinggi daripada rekabentuk biasa. Ini kerana kawasan ini agak panas berbanding dengan kawasan di tanah tinggi Cameroon Highlands. Syarikat menggunakan jaring (netting) untuk bahagian dinding agak halus iaiitu 50 mesh berbanding dengan SPH biasa disyorkan Jabatan Pertanian sekitar 32 mesh sahaja. Ini kerana syarikat hendak pastikan tiada kemasukkan white flu dan aphid mampu mengugat tanaman tomatonya. Setiap satu unit SPH mempunyai lubang angin dibahagian atas dengan ukuran 1 meter untuk udara panas keluar. Pemasangan kipas dalam SPH membolehkan kitaran udara dalam SPH lebih seragam dan sesuai untuk pertumbuhan seragam tanaman tomato fertigasi. Setiap SPH juga dipasang dengan sistem sprinkler micro jet diatasnya bagi tujuan penyemburan air dan bahan kimia sesuai untuk amalan agronomi. Apa yang unik adalah banyak pelekat kuning (yellow sticker) diletakkan didalam SPH dan diluar SPH bertujuan untuk memerangkap jennis serangga white fly yang mengancam tanaman tomato. Bumbung SPH dipadang plastik yang sentiasa dibersihkan dengan teknologi khas yang dicipta syarikat bagi elakkan kulat dan memberikan cahaya terbaik kepada tanaman untuk fotosintesis. 


Daripada temubual penulis dengan En Yew, jangkahayat tanaman tomato dalam SPH yang menggunakan teknologi fertigasi diantara 7 - 8 bulan lamanya. Penanaman dijalankan secara berperingkat dan berjadual untuk mempastikan pengeluaran adalah sepanjang masa. Bagaimana pun peringkat penanaman setiap SPH adalah serentak dan tidak pernah dibuat secara berfasa dalam SPH. Ini kerana pokok tomato yang telah tua dan habis dituai lazimnya akan menjadi perumah kepada lalat putih. Kutipan buah tomato yang matang dengan bekas khas seperti baldi tong cat dan ia dikumpulkan di pusat grading dibangunan utama. Buah tomato akan dimasukkan dalam mesin grading yang mengagihkan mengikut saiz (Sila lihat foto disebelah). Buah tomato yang digredkan ini dimasukkan kedalam kotak kertas dan dilabelkan sebelum dibawa turun kebawah. Daripada temubual mendapati kesemua hasil tomato dipasarkan di Selayang, Kuala Lumpur sebelum diedarkan kepada penjual. Harga diterima bagi tomato dari ladang ini turun naik bergantung kepada permintaan dan bekalan tetapi dikira sebagai purata RM2.20 sekilogram. Sepanjang pengalaman syarikat ia mampu menghasilkan sekitar 4.0 juta kilogram buah tomato segar setahun. Bagaimana pun pada tahun 2016 hasilnya menurun hanya 2.6 juta kg sahaja kerana kesan El-Nini selama 4.5 bulan dikawasan ini. Serangan serangga dan suhu terlalu panas serta kualiti air yang diambil menjejaskan pengeluaran  tomato. Penulis sebenarnya tabek kepada syarikat ini yang berusaha keras dalam pengeluaran buah tomato dari kawasan yang 'remote' ini dan kini dalam proses mengembangkan syarikat untuk projek akuakultur menternak ikan tilapia merah di Negeri Sembilan. Semuga coretan ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Memetik kata-kata pemilik ladang ini akhir kata dia nyatakan "Bukan Senang Hendak Senang... kena kerja kuat dan juga sentiasa modified Teknologi". Wasallam!!...

BENOM HEIGHT... NAMA SYARIKATNYA...
JAUH LOKASI... SPH FERTIGASI DIGUNA..
TANAM TOMATO... MEMANG SUDAH LAMA...
PENGURUSAN BAIK...SYARIKAT BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 101, Hitel Jelai Raub,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(3 Syaaban 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...