KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, May 13, 2017

POKOK PISANG - BERBUAH PELIK?

TANAMAN PISANG (Musa spp) merupakan satu komoditi penting dikebanyakan negara tropika sebagai tanaman bernilai ekonomi. Pisang adalah nama biasa yang diberikan pada tumbuhan berdaun besar memanjang dari keluarga Musaceae. Pokok pisang umumnya mempunyai beberapa jenisnya untuk ditanam seperti Musa acuminata, Musa balbisiana dan Musa paradisiaca dimana ia menghasilkan buah yang boleh dimakan segar atau diproses. Buah Pisang unik kerana ia tersusun dalam tandan dengan susunan yang ada jejjari atau selalunya disebut sisir pisang. Hampir semua buah pisang memiliki kulit berwarna kuning ketika ianya telah matang walau pun ada jenis pisang yang masak akan berwarna jingga, merah, hijau, ungu atau malahan ada juga yang berwarna hampir hitam. Buah pisang sebagai bahan makanan penting merupakan sumber tenaga terutama zat karbohidrat dan mineral terutama zat kalium (K). Tumbuhan ini sesuai tumbuh dikawasan beriklim tropika yang panas dan lembap terutama di dataran tanah rendah. Kawasan dimana ia menerima hujan merata sepanjang tahun biasa ia sesuai dengan tanaman pisang yang mampu menghasilkan buah pisang sepanjang tahun. Negara Asia Tenggara, Kepulauan Pasifik, negara-negara Amerika Tengah dan Brasil dikenal sebagai negara utama pengeluar buah pisang sehingga pasaran eksport. Umumnya masyarakat di negara-negara Afrika dan Amerika Latin dikenalpasti sebagai sangat tinggi makan buah pisang setiap tahun selain daripada negara Eropah dan USA. Dari segi pengeluaran daripada FAO Report menunjukkan negara Indis adalah pengeluar nombor 1 pisang dunia dengan 11 juta mt setahun diikuti dengan Brazil sebanyak 6.34 juta mt setahun, Equador (5 juta mt setahun) dan China (8.81 juta mt setahun). Bagaimana pun Malaysia hanya menanam pada tahun 2016 hanya seluas 30,301 hektar tanaman pisang di Malaysia dengan anggaran jumlah pengeluaran sebanyak 321,810 metrik tan sahaja. Artikel petang ini saya menulis lagi di dalam "Anim Agro Technology" beberapa perkara pelik mengenai buah pisang unik dan pelik seperti dilaporkan oleh akhbar tempatan sekadar dijadikan bahan renungan dan bacaan semua.

KES PERTAMA
SARATOK, SARAWAK - Sebatang pokok pisang di sini menjadi perhatian di Brayang, Roban di saratok setelah mengeluarkan tiga tandan dengan empat jantung sekali. Dalam pada itu pemiliknya, Runggai Andin, 44, berkata, dia terkejut apabila melihat pokok pisangnya itu kerana biasanya pokok pisang hanya menghasilkan setandan buah dan sebuah jantung (Sila lihat foto disebelah). Menurut laporan akhbar tersebut, inilah kali pertama kali pemilik kebun pisang melihat kejadian aneh sebatang pisang mengeluarkan tiga tandan dan empat jantung dikampongnya. Dilihat secara teliti didapati pada setiap tandan mempunyai 12 hingga 14 biji buah pisang dengan dua biji jantungnya tumbuh di atas dan di tengah. Selain itu tambahnya ramai juga penduduk setempat juga tidak putus-putus mengunjungi kebunnya untuk menyaksikan sendiri keanehan pokok pisang itu secara dekat. Pemilik kebun hanya menyedari keadaan aneh pokok pisang itu ketika sedang membersihkan kawasan kebun pada minggu lalu. Beliau juga tidak ingin bercadang untuk menebang pokok pisang ini sebaliknya membiarkannya untuk melihat apa yang berlaku selepas ini. Kejadian ini dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia yang dibaca ramai orang dan mereka ingin melihatnya sendiri.

KES KEDUA
KUALA ROMPIN, PAHANG - Seorang penduduk Taman Rompin Permai di Daerah Rompin, Pahang pula terkejut selepas menyedari sebatang pokok pisang di kebun yang diusahakannya sendiri telah mengeluarkan tandan dan jantung di bahagian batangnya (Sila lihat foto disebelah). Encik Amiruddin Mohamad Nor berumur 44 tahun juga berkata kebun pisang tersebut telah lama juga diusahakannya kira-kira lima tahun lalu atas dasar minat bercucuk tanam dan tidak mahu tanah berhampiran dengan rumahnya kosong dan terbiar. Menurutnya selain menanam pisang dia juga turut menanam beberapa tumbuhan lain seperti betik, lada, ubi kayu serta mangga dan kejadian aneh itu merupakan kali pertama dialaminya sepanjang mengusahakan kebun itu. Beliau mula sedari kejadian itu semalam (kelmarin) ketika ke kebun untuk lihat pokok dan buat apa-apa kerja yang patut. Tengah duduk-duduk, ternampak sebatang pisang yang mengeluarkan tandan dan jantung pada batang. Agak terkejut kali pertama melihatnya kemudian diberitahu kepada penduduk kampong. Pada pemilik kebun ini berasa ia memang pelik sebab biasanya tandan keluar ikut celah pelepah daun di hujung pokok pisang, tetapi pokok piang yang ini berbeza. Sebelum ini tak pernah saya lihat kejadian macam ini. Jadi saya biarkan dan nak tengok akan akan jadi selepas ini katanya kepada Sinar Harian semalam. Menurut testimoninya lagi asal baka pokok pisang itu diambil dari rumah bapanya di Kampung Simpang Sepayang Daerah Rompin iaitu daripada pokok-pokok yang sebelum ini biasa mengeluarkan buah pisang kembar. Dakwanya buah pisang kembar dua mungkin biasa ditemui tetapi paling banyak pernah ditemuinya adalah buah pisang kembar empat yang bukan hanya melekat pada kulit tetapi isinya turut melekat. Katanya setakat ini dia cuma bercerita kepada orang tertentu dan belum rujuk kepada mana-mana pihak berkaitan. Dia yakin ia akan keluarkan buah. Jadi biar ia masak agar boleh dirasai isinya dan selepas itu bolehlah diberikan kepada sesiapa yang mahu.

KES KETIGA
KUALA NERUS , KEDAH - Seorang penduduk bukan sahaja terkejut melihat pokok pisang berhadapan tingkap bilik tidurnya berbuah pada batang (Sila lihat foto disebelah) dan sebaliknya ia juga merupakan satu keajaiban dan pertama kali dilihatnya. Encik Rafi Shaffie berumur 27 tahun juga berkata dimana dia sama sekali tidak menduga ada antara pokok pisang yang ditanam ibu bapanya di kawasan sekeliling rumah di sini, berbuah di batang. Beliau mula perasaan dengan pisang yang tumbuh di batang kira-kira seminggu yang lalu dan sejak itu, kawasan rumah saya menjadi tumpuan orang kampung untuk melihat sendiri keajaiban alam ini. Meskipun kejadian pokok pisang pelik sering ditemui oleh En Rafi ada menunjukkan buah pisang yang berbuah di batang di tempat lain namun penemuan sebegini adalah yang pertama kali di kampung beliau katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, pokok pisang yang berbuah pada batang itu juga tumbuh rendah jika dibandingkan dengan pohon yang ditanam dalam masa yang sama. Dia tidak bercadang untuk berbuat apa-apa dan ingin menunggu sehingga pisang itu masak dan melihat sama ada isinya sama atau tidak dengan pisang lain yang ditanam ibu bapa saya. Katanya lagi, sewaktu awal penemuan pokok pisang pelik itu, rumahnya kerap kali dikunjungi jiran untuk melihat pokok pisang yang menjadi bualan ramai itu. Belum ada kaedah saintifik yang dapat dijelaskan kepada ke tiga-tiga pemilik pokok pisang yang ditulis dalam akhbar tempatan ini. Bagaimana pun ada pula kepercayaan dan mitos tersendiri mengenai buah pisang pelik dan dikatakan aneh seperti ini. Adakah ianya berlaku secara semulajadi atau ada kaedah bagaimana untuk menghasilkan buah pisang pada batangnya. Sila baca artikel lain untuk mengetahuinya. Wasallam!!...
TANAM PISANG... MEMANG MUDAHNYA....
BENIH DICARI... MENGIKUT TEKNOLOGINYA...
BERBUAH DIBATANG... AKHBAR LAPORNYA...
MENJADI BUALAN... APAKAH SEBABNYA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1092, Hotel Sri Manja,
Indera Mahkota, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(16 Syaaban 1438H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...