Support My Blog

Monday, November 30, 2015

BAGAI IKAN PULANG KELUBUK

BAGAI IKAN PULANG KELUBUK adalah satu peribahasa lama yang semakin kurang digunakan oleh generasi masa sekarang. Peribahasa mudah ini membawa maksud sebagai "Orang yang pulang ke tempat asal atau pun Kehidupan yang senang". Peribahasa ini amat signifikan dalam pemilihan perkataan iaitu ikan yang sememangnya hidup dalam air dan lubuk yang merupakan tempat tinggal ikan yang banyak makanan, selamat dan boleh mereka membiak. Ikan merupakan hidupan dalam air sama air tawar, air payau dan air masin dimana mereka makan lumat atau jenis ikan carnivor yang makan haiwan lain dalam air. Ikan adalah sejenis haiwan yang mana kebanyakannya boleh dimakan sebagai sumber protin penting bagi manusia walau pun banyak juga jenis ikan yang tidak boleh dimakan kerana beracun dan sebagainya. Terdapat juga jenis ikan yang dipilih untuk dijadikan ikan hiasan didalam akuarium bagi memberi keseronokan kepada mereka yang hobinya melihat ikan bergerak dirumahnya. Harga ikan akuarium ini daripada yang murah kepada yang mahal seperti ikan Arowana yang berharga ribuan ringgit seekor. Lubuk Ikan ditakrifkan sebagai lokasi dimana ikan suka berkumpul sama ada ia berada di Sungai, Air Terjun, Tasek, Kolam, Laut dan sebagainya. Bagi jenis lubuk dalam aliran sungai biasanya ia ada banyak ikan kerana cukup makanan, selamat dan boleh mereka membiak. Dalal laut lubuk ikan adalah disekitar batu karang atau pada tukun tiruan yang dibuat manusia. Disinilah ikan akan berkumpul sekitar tukun kerana banyak makanan dan mereka terselindung daripada ikan besar pemangsa. Dalam tukun ikan-ikan laut ini membiak dan membolehkan populasi ikan terus stabil dalam ekosistemnya. Artikel pagi Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai infimasi berkaitan ikan dan lubuk ikan secara teknikal untuk bahan bacaan dan rujukan semua.


SEKTOR PERIKANAN di Malaysia merupakan salah satu cabang sektor pertanian yang terus berkembang setiap tahun. Negara Malaysia yang mempunyai laut di sekelilingnya dan taburan hujan yang banyak mempunyai kelebihan berbanding dengan negara-negara lain yng tidak mempunyai sumber alam tersebut. Jumlah pendaratan atau pengeluaran ikan di Malaysia adalah sebanyak 1,854,000 metrik tan pada tahun 2010 yang bernilai RM 8,613.33 juta. Jumlah ini tidak banyak berubah jika dibandingkan dengan pendaratan atau pengeluaran pada tahun 2005 iaitu sebanyak 1,416,702 metrik tan bernilai RM 5,213.53 juta. Jumlah mereka yang terlibat dengan sektor ini pada 2010 adalah seramai 149,518 orang. Sektor Perikanan di Malaysia dibahagikan kepada dua kategori iaitu Sektor Perikanan Laut (Marine) dan Sektor Perikanan Penternak Akuakultur. Sektor Perikanan Laut adalah aktiviti yang melibatkan penangkapan ikan di kawasan Laut Pantai (Zon Ekonomik ZEE) dan kawasan Laut Dalam. Aktiviti menangkap ikan di laut ini menggunakan pelbagai teknik dan cara penangkapan daripada kaedah yang tradisional sehinggalah kepada kaedah moden menggunakan GPS, Ultra Sonic dan sebagainya. Kajian saya mendapati terdapat seramai 125,632 nelayan yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2010. Hanya terdapat seramai 90,702 nelayan yang ujud pada tahun 2005 di Malaysia. Bilangan perkakas menangkap ikan yang dilesenkan pada 2010 adalah sebanyak 47,732 unit melibatkan sebanyak 48,745 buah vessel atau bot menangkap ikan. Daripada sebanyak 48,745 bot nelaayan sebanyak 2,998 adalah bot tidak berjentera, 27,857 bot yang berjentera sangkut (Injin Bot Sangkut) dan 17,890 buah adalah bot nerinjin laut dalam.


IKAN PUYU (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak dari keluarga Anabantidae yang mudah didapati dinegara kita. Adakah ikan puyu ini ujud dan berpotensi untuk dijadikan satu bidang usaha yang boleh menguntungkan dan memberikan pulangan yang baik?. Ini merupakan satu peluang kepada bakal usahawan jika mereka ingin menjadikan penternakan dan penjualan ikan puyu sebagai punca pendapatan. Pada penulis, ikan puyu dikenali sebagai ‘Climbing Perch’ kerana sifat semula jadinya yang tahan lasak dan mampu bertahan dan berpindah kekawasan lain perlu dikenali dahulu oleh bakal usahawan (Sila baca artikel saya sebelum ini - Sila klik disini). Spesies ikan puyu biasanya hidup secara berkumpulan didalam Lubuk atau kolam yang mempunyai air bersih secara semula jadi. Ikan ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti aktiviti menjaring, pukat, jala, tuba dan aktiviti memancing yang keterlaluan (tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap dan lepas' bagi yang bersaiz kecil). Pada masa kini telah ada teknologi untuk menternak ikan puyu secara komersial dijalankan iaitu dengan cara menggunakan kolam simen atau kanvas dan paling sesuai adalah menternak dalam dalam kolam tanah. Teknologi penternakan ikan puyu boleh dipelajari melalui kursus penternakan ikan air tawar dianjurkan oleh Jabatan Perikanan atau melalui lawatan persendirian ke projek-projek ternakan ikan puyu di dalam negara atau luar negara yang berjaya secara komersil. Negara Thailand juga dilaporkan telah menjalankan penternakan ikan puyu dengan agresif dikawasan sawah padi semenjak dahulu lagi sebagai sumber pendapatan tambahan terutama kepada petani dan pesawah. Ini kerana di Thailand terdapat banyak air disekeliling sawah mereka dan ianya dijadikan asas untuk aktiviti penternakan ikan puyu secara komersil. Penulis ada beberapa kali melawat projek ternak ikan puyu disekitar Bangkok dahulu. Negara Indonesia juga aktif didalam aktiviti penternakan ikan puyu yang dijalankan secara kecil-kecilan dan taraf komersil. Penternakan ikan puyu secara moden menggunakan bahan makanan daripada pelet makanan ikan komersil yang boleh dibeli seperti memelihara ayam. Makanan ikan ini mampu memberikan peratus tumbesaran yang sesuai untuk mempercepatkan penuaian hasil. Peribahasa bagai ikan pulang kelubuk memang sesuai digunakan pada masa-mas tertentu sahaja. DIharap artikel ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!.
LUBUK IKAN ...BERADA DIMANA...
IKAN BERKUMPUL...IA BAHAGIA...
KETEMPAT ASAL.. SEMUA SUKA...
HIDUP SENANG... HARAPAN SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(8 Safar 1437H)
Posted from Hotel Serena,
Faisalabad, Pakistan
Just arrived at 3.30 am

Sunday, November 29, 2015

TAMBAH AIR TAMBAH SAGU

Ramai kita yang jarang mendengar peribahasa TAMBAH AIR, TAMBAH SAGU  yang membawa maksud iaitu "Bertambah kerja, bertambah pula upahnya". Peribahasa ini merupakan satu daripada peribahas ayng berasaskan kepada pertanian iaitu perkataan Air dan Sagu. Pada masa ini tidak ramai dikalangan masyarakat moden dibandar yang kenal dan suka makan makanan berasaskan biji sagu. Ini kerana mereka lebih kenal tepong gandum atau tepung beras dalam menyediakan makanan berasaskan tepong (Flour) kerana citarasa orang masa kini mungkin berubah. Peribahasa ini sesuai dengan sifat semulajadi biji sagu yang kering dan menyerap air untuk tujuan melembutkannya. Kalau mulanya kita menggunakan 10 gram biji sagu untuk sukatan 10 ml air, jika ditambah 10 gram lagi mestinya air juga ditambah 10 ml untuk mendapatkan kadar kelembutan sagu yang dikehendakki. Perkara ini sinonim dengan didalam alam pekerjaan harian yang dilakukan dimana jika diarahkan untuk membuat kerja tambahan maka sepatutnya upah yang akan diterima akan bertambah. Ini amat ketara dimana-mana sektot pekerjaan di negara kita dan diseluruh dunia dimana perkataan 'overtime' sering diguakan. Pekerja Kilang Elektronik sebagai contoh akan mengadakan kerja 'overtime' untuk meningkatkan pengeluaran pada masa tertentu untuk capai sasaran pengeluaran. Pekerja yang kerja lebih masa ini akan dibayar upah lebi daripada gaji standard yang mereka dapat setiap buan. malahan ada pekerja yang mendapat upah kerja lebih masa menyamai atau melebihi gaji bulanan. Jaga Keselamatan sering menerima upah yang menyami gaji jika sentiasa kerja lebih masa. Bagaimana pun ada undang-undang buruh dimana jumlah masa kerja perlu dipatuhi. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" bagaimana pun hanya menyentuh pokok sagu secara ilmiah untuk dikaitkan dengan peribahasa ini sebagai rujukkan.


Pokok Rumbia (Metroxylon sagu) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Arecaceae atau keluarga Palmae yang kebanyakannya tumbuh dikawasan tanah lembap. Taburan tumbuhan ini didapati banyak di Indonesia, Malaysia dan juga Papua New Guinea. Pokok ini juga di panggil sebagai pokok Rembia atau juga digelar Pokok Sagu (Melayu), Sago Palm (English), Limbia (Tagalog), Sa Khu (Thai), Thagu bin(Myanmar) dan sebagainya. Rumbia adalah dari keluarga Arecaceae yang banyak didapati di kawasan rendah persisir sungai atau laut Asia Tenggara. Dianggarkan seluas antara 1,500 - 2,500 hektar kawasan rumbia yang ujud di Malaysia dengan Sarawak sebagai kawasan paling banyak tumbuhan atau tanaman rumbia. Pokok Rumbia adalah tumbuhan yang hidup di merata hutan pedalaman. Pokok Rumbia juga boleh dijadikan atap nipah. Batangnya pula boleh diproses bagi menghasilkan sagu dan produk berasaskan sagu rumbia. Ia boleh ditanam untuk tujuan penghasilan sagu secara besar-besaran. Tempoh ia matang bergantung kepada kesuburan tanah. Secara purata, pokok rumbia boleh dituai apabila menjangkau umur 12-13 tahun di tanah mineral dan 15-18 tahun di tanah gambut. Pokok rumbia yang telah ditebang perlu diproses secepat mungkin bagi mengelakkan kemerosotan kandungan kanji, biasanya tidak melebihi 2 hari selepas ditebang. Tepung sagu rumbia boleh digunakan untuk memproses serbuk perasa (MSG), sirap glukosa, alkohol, makanan bayi, gum gula-gula, tekstil, kertas, pelekat, gam, bahan pembeku, plastik dan lain-lain. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai sagu (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila Klik Disini) untuk rujukan lanjutan anda. 


Pokok Rumbia mempunyai batang yang besar, tegap, mencapai ketinggian antara 10 - 12 meter, mempunyai isi yang lembut dan mengandungi kandungan kanji yang tinggi (Sila lihat foto sebelah untuk batang rembia). Pokok Rumbia juga merupakan sumber makanan asasi bagi kaum peribumi di Sabah dan Sarawak, antaranya suku kaum Bisaya, dan Melanau. Pokok Rumbia mempunyai banyak pelepah berbentuk pinnate 6-8 meter panjang yang mula-mula tegak kemudian perlahan-lahan melengkung ke bawah. Pokok Rumbia mengeluarkan jambak bunga yang menghasilkan banyak bunga jenis dwiseks (Bisexual) dan kemudian akan mengeluarkan biji-biji sagu. Bunga adalah jenis ‘protandrous’ di mana bunga jantan akan menjadi matang dahulu daripada bunga betina. Ini bagi memastikan pendebungaan kacuk (cross pollination) akan berlaku. Musim berbunga akan mengambil masa dua tahun di mana selepas ini pokok Rumbia akan mati. Bahagian batang mengandungi sagu yang merupakan sumber kabohiderat penting untuk makanan utama dahulu. Industri tanaman rumbia di Malaysia adalah untuk pengeluaran tepung saguyang diproses untuk dijadikan bahan membuat kuih, industri kimia, kosmetik dan sebagainya. Antara kueh asas tepung sagu kueh onde-onde, kueh ku, kueh buah melaka, keropok, keropok lekor (Foto sebelah) , cili sos, Tebaloi dan sebagainya. Kanji rumbia sama seperti kanji dalam jagung, ubi kentang, gandum dan sebagainya juga diproses untuk dibuat serbuk perasa (Monosodium Glutamate - MSG , Ajinomoto), Alkohol, sirap glukosa, makanan bayi, gula2 gam, tekstil, kertas, pelekat bahan pembeku dan plastik. Bahagian daun boleh dianyam unuk dijadikan atap dan umbutnya boleh juga dibuat sayur walau rasanya agak kelat.


Bahan tanaman rumbia adalah diambil darisulur pokok rumbia yang telah matang. Benih ini dikutip dan ditanam dengan jarak 10 meter x 10 meter (Kepadatan 100 pokok sehektar). Oleh kerana pokok ini ditanam dikawasan yang agak lembab maka penyiraman tak perlu. Periksa sulur yang ditanam dan ganti atau sulam jika mati atau rosak. Pembajaan tanaman rembia dijalankan 3 kali setahun. Pada tahun pertama hingga ketiha gunakan 50 kg/ha Dolomite, 50 kg/ha Urea, 50 kg/ha Rock Phosphate dan 50 kg/ha MOP. Kadar ini ditambah kepada sebanyak 200:100:50:50 pada tahun ke 4 hingga tahun ke 6. Pokok rumbia berumur lebih 7 tahun pembajaan sama pada kadar 200:100:0:100. Pokok rumbia tumbuh bergantung kepada kesuburan tanah dimana ianya ditanam. Penjagaan adalah minima kerana tidak perlukan pemeriksaan harian seperti tanaman lain. Senang kata tanaman rumbia sebagai tanaman "TANAM-TINGGAL-TUAI". Pokok rumbia di kawasan tanah mineral boleh dituai setelah 12-13 tahun ditanam. Pokok ditanah gambut pula agak lama matang iaitu lingkungan 15-18 tahun. Penuaian dibuat dengan menebang gunakan kapak atau mesin gergaji letrik. Batang rumbia dipotong-potong sepanjang 2.5 hingga 3.5 meter panjang untuk memudahkan diangkut keluar dari ladang dan terus dihantar kekilang memproses rumbia. Batang ini mesti dihantar untuk diproses tidak melebihi 2 hari untuk menjamin mutu sagu. Jika lewat kualiti sagu akan rosak sebab telah busuk dan berlaku penapaian. Penanaman rumbia di Malaysia khususnya di Sarawak perlu diteruskan untuk menjamin industri ini berterusan bagi menjamin bekalan kanji rumbia dalam Malaysia. Semuga artikel ini memberikan ilmu tambahan kepada anda semua berkatan dengan peribahasa Tambah Air Tambah Sagu. Wasallam!.
TAMBAH AIR... TAMBAH SAGU...
PERIBAHASA LAMA... TAK TAHU...
POKOK SAGU... DI SARAWAK ITU..
KUIH DARI SAGU... ENAK SELALU...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, MAlaysia.
(12 Safar 1437H)

Saturday, November 28, 2015

BAKARLAH AIR AMBIL ABUNYA


Peribahasa BAKARLAH AIR AMBIL ABUNYA amat pelik saya dengar apabila merujuk kepada satu peribahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Peribahasa ini pelik dan amat jarang didengar bagi saya kerana perbuatan membakar air dan cuba mengambil abunya. Peribahasa yang memebri maksud tersendiri iaitu  "Mengerjakan sesuatu yang mustahil" ini digunakan pada masa-masa tertentu sahaja. Ini kerana semua orang tahu air mempunyai 3 bentuk iaitu Cecair (Liquid), Gas (Gases) dan Pejal (Solid). Air apabila dipanaskan atau dibakar akan bertukar daripada bentuk cecair kepada bentuk gas iaitu wap yang akan hilang diudara. Jika air disejukan pula dibawah 0 Celcius pula ia akan membeku menjadi ais yang keras. Pada saya memang ada bijak pandai bahasa atau merka juga seorang saintis memikirkan untuk peribahasa ini kerana sampai bila-bila pun kita tidak akan jumpa abu daripada air yang akan dibakar. Memang tepat peribahasa ini dengan maksud diberi iaitu mengerjakan sesuatu yang mustahil (Impossible). Dalam kehidupan harian ada perkara seperti ini yang mungkin berlaku dimana ianya adalah ampir mustahil berlaku kecuali dengan Izin Allah Taala jua. Kita jangan terpengaruh dengan siri filem "Mission Impossible" yang sentiasa mempaparkan kejayaan kepada perkara yang agak mustahil setiap kali kisah mereka dibuat. Apa pun artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" iaitu artikel ke 3,640 mengenai air dan kepentingannya dalam kehidupan dan sektor pertanian.


AIR (water) merupakan salah satu daripada keperluan asas untuk hidupan seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan selain daripada sumber Tanah, Nutrien , Oksijan dan lain-lain komponen penting (Sila lihat foto disebelah). Keperluan air oleh tumbuh-tumbuhan banyak menentukan sistem pengurusan tanaman serta ekosistem sesuatu kawasan. Sumber air diperolehi terutamanya daripada Hujan dan kemudian disalirkan melalui parit, sungai dan disimpan didalam empangan, kolam, paya dan tasek. Air merupakan satu keperluan asasi untuk manusia dan tumbuhan hidup bagi kegunaan domestik iaitu sebagai minuman, keperluan domestik dirumah dan juga keperluan tanaman untuk terus hidup. Tanah yang tidak mendapat air seperti kawasan gurun memang tidak produktif dan ini menunjukkan bahawa peranan air merupakan sangat penting di pelajari dan di ketahui oleh orang ramai. Pernahkah kita berfikir berapa banyak air yang diperlukan oleh manusia untuk kegunaan domestik harian berbanding dengan keperluan air oleh tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanaman?. Berapa banyakkah air yang ada di tempat kita untuk menampong keperluan kedua-dua segmen ini? Bagaimana situasi atau trend taburan kesediaan air dalam suatu tahun atau dalam lokasi yang berbeza-beza?. Kali ini saya akan menulis artikel mengenai hasil satu kajian mudah yang telah saya jalankan bersama Bahagian Kejuruteraan Jabatan Pertanian Malaysia mengenai keperluan air untuk tanaman-tanaman berdasarkan kepada informasi dan data yang dikutip dan dianalisa. Kertas ini telah dibentangkan pada International Water Conference di Bukit Merah Lake Resort, Perak pada bulan Mei 2012.


Keperluan air oleh tanaman berbeza mengikut jenis tanaman. Terdapat tanaman yang memerlukan air yang sangat banyak seperti tanaman padi dan ada yang perlukan air dengan kadar sederhana banyak seperti sayur-sayuran daun serta banyak tanaman yang perlukan air yang sedikit seperti pokok buah-buahan dan pokok getah. Air yang kini tersedia kepada tanaman banyak dipengaruhi oleh faktur seperti Jenis Tanah, Suhu, Kanopi Tumbuhan, Kadar Evapotranspirasi dan sebagainya. Tanah berpasir didapati tidak mampu menyimpan air dengan lama kerana partikel yang kasar dan poros berbanding dengan tanah jenis liat yang mampu menyimpan air. Akar tumbuhan lazimnya akan menyerap air yang terdapat pada tanah kemudian dihantar keseluruhan bahagian pokok terutamanya dibahagian daun untuk proses Fotosintesis. Proses Fotosintesis ini akan menukarkan air, nutrien dan karbon dioksida bagi tujuan menghasilkan tenaga, gula dan oksijan dibahagian daun dengan bantuan cahaya matahari. 


Kajian menunjukkan sebanyak 25,302 juta meter padu air diperlukan untuk tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran di Malaysia dalam tahun 2010 (Jangkamasa selama satu tahun). Berapa banyakkah air dalam angka tersebut?.. Angka ini belum ramai pihak yang asasnya mengeluarkannya secara rasmi kerana maklumat tersebut hanya boleh kita dikira daripada pelbagai sumber dengan kaedah pengiraan yang agak komplikated. Daripada jumlah tersebut sebanyak 2,708 juta meter padu air adalah untuk keperluan buah-buahan dan sebanyak 22,593 juta meter padu air adalah untuk kegunaan sayur-sayuran. Malaysia mempunyai kawasan penanaman buah-buahan seluas 264,099 hektar dan kawasan sayur-sayuran seluas 192,297 hektar pada tahun 2010. Anggaran pengeluaran hasil bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula sebanyak 1.8 juta metrik tan pada tahun tersebut. Peranan air sangat signifikan dalam pengeluaran hasil tanaman khususnya tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran dan tanaman kontan. Nilai tersebut diatas tidak mengambil kita tanaman penting lain seperti tanaman padi, tanaman kelapa sawit dan lain-lain lagi.


Jumlah air yang diperlukan untuk tanaman makanan khususnya buah-buahan dan sayur-sayuran sebenarnya sedikit sahaja berbanding dengan jumlah taburan hujan tahunan. Kajian saya menunjukkan jumlah air sebanyak 25,302 juta tersebut sebenarnya kurang dari 10% daripada jumlah taburan hujan di Malaysia. Pengurusan air yang baik untuk tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan membolehkan program pengeluaran buah dan sayur dalam negara dijalankan sepanjang tahun. Penggunaan teknologi sistem pengairan moden seperti penggunaan Sistem Pengairan Sprinkler, Sistem Pengairan Titis, Sistem Pengairan Micro-jet dan Sistem Penanaman Fertigasi membantu dalam aktiviti pengurusan air dengan cekap dan berkesan. Pada masa ini sistem pertanian secara fertigasi didapati paling ekonomik dan produktif terutama untuk jenis tanaman bernilai tinggi yang ditanam dibawah Struktur Pelindung Hujan (SPH). Pihak kementerian pertanian dan agensi pelaksana perlu menyediakan dasar-dasar pertanian yang sesuai untuk mempastikan bekalan air untuk keperluan sayur-sayuran dan buah-buahan dijamin mencukupi dan berkualiti. Wasallam!.
MENJERANG AIR... PANAS JADINYA...
MENCARI ABUNYA... PASTI TIADA...
PERKARA MUSTAHIL... JAUHKANNYA...
ADA PERIBAHASA... TEPAT MAKNANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(12 Safar 1437H) 

Friday, November 27, 2015

KATAK BAWAH TEMPURUNG


SEPERTI KATAK BAWAH TEMPURUNG merupakan satu peribahasa lama yang masih digunakan dan relevan sehingga masa ini. Peribahasa ini rnembawa maksud "Orang yang tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya". Peribahasa ini amat berguna dan bermakna kerana ia juga membawa maksud orang seperti ini tidak mengetahui kejadian yang berlaku di sekelilingnya. Maka jadilah seperti seekor katak yang berada di bawah tempurung yang tidak tahu apa yang berlaku di luar tempurung tersebut. Ia seolah-olah terkurung dan tidak dapat rnembezakan keadaan di dalam dan di luar. Katak merupakan haiwan dua alam yang makan serangga dengan lidahnya yang melekit dan panjang. Ia mendiami kawasan lembab dan gelap dimana terdapat serangga untuk dijadikan makanan. Katak juga mempunyai tabiat untuk duduk dalam bekas seperti baldi atau tempurung kelapa sebagai tempat kediaman. Tetapi tempurung kelapa didalamnya gelap gelita dimana katak tidak mampu melihat apa yang berlaku diluar. Tahu-tahu banjir atau berlaku kes kebakaran menyebabkan katak tersebut tidak sempat untuk menyelamatkan dirinya. Ini amat malang bagi katak tersebut yang tidak mengambil tahu perkara-perkara yang berlaku disekelilingnya. Peribahasa ini memang sesuai didalam masyarakat kita seharian dimana dialam kawasan taman perumahan perlu diadakan 'wasap group' agar semua penduduk dalam taman akan dapat berita dalam beberapa saat sahaja melalui wasap (WhatApps). Perkara seperti kecurian, kehilangan kucing, pencerobohan, majlis kenduri, rakan balik kampong dan sebagainya akan diketahui oleh semua penduduk taman.  Kalau ini berlaku maka kita semua akan terlepas dari peribahasa 'katak bawah tempurung'. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai katak dan industri menternak katak untuk bacaan dan rujukkan anda.

KATAK (Frogs) merupakan sejenis haiwan amfibia yang mudah kita jumpai dikawasan lembab di dalam hutan, belukar, keliling rumah dan tepi parit. Katak merupakan haiwan unik kerana ia mempunyai pergerakan 'Melompat' yang dahulunya digelar Salientia. Katak dewasa apa yang saya lihat mempunyai kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata terjojol keluar dan tidak berekor. Kebanyakan katak mempunyai kitaran hidup berperingkat daripada peringkat telur, berudu, anak katak sehingga peringkat dewasa dalam masa tertentu bergantung kepada spesis katak. Katak juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat atau pandai berenang didalam air. Katak dewasa juga merupakan haiwan pemangsa maging yang gemar memakan haiwan artropod iaitu terutamanya serangga, annelid dan gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam terutamanya ketika musim mengawan. Katak boleh didapati dari kawasan tropika hingga ke kawasan sejuk subartik walau pun kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak merupakan antara kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian melibatkan lebih 5,000 spesis yang dikenali. Walau pun mendengar namanya ramai akan rasa 'Geli Geleman', kini terdapat beberapa spesis katak yang diternak dan dimakan oleh sesetengah manusia sebagai makanan eksotik.

Sistem atau teknologi pembiakan katak untuk mendapatkan baka bagi tujuan ternakan adalah proses semulajadi. Induk katak jantan dan katak betina yang sudah dipisahkan sepanjang 1-2 hari dikumpulkan di kolam mengawan (Lihat foto sebelah). Pastikan tidak ada ikan liar dalam kolam ini kerana ia akan mengganggu hasil pembiakan katak. Perlu juga diperhatikan agar telur-telur katak yang berada didalam air juga tidak keluar melalui saluran air keluar dari kolam. Lazimnya waktu mengawan paling sesuai bagi katak saya lihat pada waktu petang atau pagi dimana suhu pada ketika itu adalah rendah. Sebaiknya bagi tujuan untuk membantu katak untuk mengawan, kita buat hujan tiruan dengan sistem renjisan air menggunakan alatan khas mudah. Mengalakan katak untuk mengawan dapat dijalankan dengan sistem 'hypofisasion' dimana ekstrak kelenjar 'hipofisa' untuk merangsang katak supaya mengawan pada waktu yang kita kehendaki. Cara ini kita dapat membanyakkan pembenihan, mengurangkan kadar kematian, merawat telur-telur katak yang sudah senyawa didalam kawasan khas. Penyuntikan pada katak betina lazimnya pada bahagian punggung, rongga perut atau bahagian kepala. Cara menyuntik pada rongga perut banyak dipilih keran cara ini paling mudah dilakukan.

Katak boleh dituai untuk dipasarkan apabila mencapai piawaian. Penternak katak mensasarkan daging katak (Lihat foto sebelah) sebagai pendapatan utama untuk dijual atau boleh makan sendiri. Bagaimana pun kini terdapat maklumat bahawa air kumbahan katak bleh digunakan untuk dijadikan 'Silaj'. Caranya dengan penambahan bahan Propionat dan Asid formiat dengan bahan buangan seperti jerami atau batang jagung yang disusn dalam bekas membuat silaj yang dicampur air tersebut. Ia disimpan selama 2 bulan sehingga silaj tersebut sesuai untuk diberikan kepada ternakan seperti lembu, kambing dan sebagainya. Proses pembuatan silaj ini akan dapat membantu meningkatkan pendapatan pengusaha katak. Katak yang tidak dapat dijual perlu disimpan untuk boleh diambil hiphofisanya untuk proses pembiakan katak selanjutnya. katak yang hendak dijual dikumpulkan dalam kolam khas yang selamat dan ia sebaiknya dilapah dan dibuang kulitnya sehingga dipek dalam bungkusan daging katak yang menarik (Sila lihat foto diatas). Saya kurang pasti harga kualan daging katak di pasaran Malaysia kerana ia hanya dijual oleh orang tertentu sahaja.

Makan katak sebagai menu harian mampu menjadikan kulit mereka lebih cantik dan licin. Disebabkan kadar permintaannya yang tinggi, telah mendorong Tong Lek a/k Eko, 49, masyarakat keturunan Siam di Tumpat menjalankan penternakan katak.Penternakan katak yang dijalankan sejak 15 tahun di sekitar rumahnya itu semata-mata memenuhi permintaan masyarakat Cina. "Sehingga kini saya mempunyai 29,000 ekor katak daripada spesies kacukan Siam dan Kelantan. "Tetap masih tidak cukup untuk memenuhi kesemua permintaan pelanggan kerana terlalu tinggi," katanya. Menurutnya, permintaan ini meningkat menjelang musim perayaan. Beliau berkata, sesetengah masyarakat Cina tidak melupakan katak sebagai satu daripada menu ketika malam makan besar menjelang sambutan Tahun Baru Cina setiap tahun. Tong Lek berkata, penternakan katak itu sememangnya mampu memberi rezeki lebih untuk beliau menyara kehidupan kerana pulangannya dikatakan amat lumayan. Beliau yang memulakan penternakannya bermodalkan wang sejumlah RM15,000 seketika dahulu itu kini mampu tersenyum puas. "Mungkin kerana tidak ramai yang ternak katak dan permintaannya tinggi, sebab itulah dalam sehari saya mampu memperoleh pendapatan mencecah hingga RM300," katanya. Setiap hari beliau mampu menjual sebanyak 30 hingga 40 kilogram sehari. Secara purata, Tong Lek mampu memperoleh pendapatan mencecah RM9,000 sebulan hasil jualan katak-kataknya. Menurut Tong Lek, selain memberi pendapatan lumayan, katak yang tidak rumit diternak mendorong beliau meneruskan penternakan katak. Setakat ini beliau mempunyai 11 buah kolam menternak katak di sekitar rumahnya. Katak-katak ternakannnya hanya diberi makanan berupa dedak ikan keli. Dedak ikan keli itu diberi tiga kali sehari selama 100 hari. "Cukup 100 hari atau tiga bulan, katak-katak itu sudah boleh dijual," katanya. Tong Lek, yang menjual katak pada harga RM17 sekilogram berkata, kebanyakan pelanggannya terdiri daripada individu dan pengusaha restoran di sekitar Kota Baharu. Kebanyakan pelanggan menggemari katak kerana isinya yang lemak manis. Malah, kaum Cina mempelbagaikan resipi masakan katak dengan cara tersendiri. Ada yang gemar menjadikan katak sebagai sup, menggoreng dengan pelbagai cara masakan lain. Seorang jurujual di Kuantan, Mok, 40, berkata, katak paling sedap dinikmati apabila dimasak bubur. "Bubur katak paling sedap, masak bersama nasi, sangat enak," katanya. Diharap artikel ini memberikan info mengenai katak dan industri menternak katak selaras dengan peribahasa katak dibawah tempurung tetapi rupanya boleh dikomersilkan. Wasallam!.
KATAK... DIBAWAH TEMPURUNG...
TIDAK NAMPAK... TERKURUNG...
TERNAK KATAK... ADA UNTUNG...
TULIS ARTIKEL...IDEA GANTUNG..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(13 Safar 1437H)

Thursday, November 26, 2015

TIADA ROTAN AKAR PUN BERGUNA


Peribahasa lama TIADA ROTAN, AKAR PUN BERGUNA merupakan satu peribahasa yang sinonim dengan kehidupan masyarakat kita sejak dahulu. Peribahasa ini memberi makna atau maksud "Bila tidak ada barang yang baik, yang buruk pun berguna pula". Pembayang ini amat sesuai diambil oleh bijak pandai bahasa kita kerana mereka amat teliti dengan bagaimana hendak mengusahakan sesuatu itu agar maksud dicapai. Orang yang sering masuk hutan atau belukar untuk mencari kayu atau hasil hutan sering gunakan rotan untuk mengikat hasil seperti kayu ubatan, pucuk herba, buah-buahan hutan dan sebagainya. Bagaimana pun agak sukar kadang-kadang untuk menemui tumbuhan rotan yang sesuai untuk mengikat kayu kerana rotan hanya tumbuh dikawasan tertentu sahaja. Lazimnya batang rotan kecil amat sesuai dijadikan pengikat kerana ia mudah dilentur dan amat kuat dijadikan bahan pengikat. Jika tidak menjumpai rotan, lazimnya mereka akan mencari beberapa jenis akar kayu yang sesuai untuk dipotong dan dijadikan tali pengikat walau pun kualitinya tidak sama. Walau pun kebanyakan akar kayu tidak berapa kuat dan pendek ukurannya tetapi ia masih berfungsi juga untuk tujuan mengikat. Antara jenis akar atau batang yang boleh digunakan seperti tuba, akar kayu ara dan sebagainya. Apa pun artikel dalam "Anim Agro Technology" kali ini membincangkan tanaman dan tumbuhan rotan yang dikiaskan dalam peribahasa ini secara ilmiah. 

ROTAN (Calamus spp) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Palma dari suku Calameae yang mempunyai 17 genus dan sekitar 611 spesies. Tumbuhan ini ada dalam hutan malar hijau kawasan tropika termasuk di Malaysia dan digunakan dalam industri perabut, hiasan serta lain-lain kegunaan. Rotan di Malaysia juga sering dikaitkan dengan kegunaannya untuk ‘SEBATAN’ atau ‘Canning’ bagi banduan-banduan yang menjalani hukuman sebatan. Genus rotan yang didapati adalah seperti Calamus; Calospatha; Ceratolobus; Daemonorops; Eremospatha; Eugeissonia; Korthalsia; Laccosperma; Metroxylon; Myrialepis; Oncocalamus; Pigafetta; Plectocomia; Plectomiopsis; Raphia; Zalacca; Zalacella. Rotan jenis Metroxylon pula sebenarnya masih satu genus dengan rotan tetapi ia adalah pokok sagu. Sementara rotan jenis Zalacca masih satu genus dengan salak. Daripada 611 spesies rotan yang ada didunia dilaporkan paling banyak terdapat di Indonesia iaitu sebanyak 246 spesies dimana di Malaysia (205), di Filipina (84), di Brunei (81), di Thailand (69), di India (60), di China (57), Papua New Guinea (42), Laos (29), Myanmar (27), Vietnam (21), Singapura (18), Cameroon (17), Equator Guinea (12), Bangladesh dan Nigeria 11, Sri Lanka 10, Australia 9, Angola 8, Bhutan, Ghana dan Zaire 7, beberapa negara di Afrika, Asia dan Asia Pasifik 5. Dari 205 spesies rotan yang ada di Malaysia didapati beberapa diantaranya merupakan rotan komersial yang kualitinya sangat baik. Antaranya saya sering dengar Rotan Manau (Calamus manan), Rotan Lilin (Calamus javensis), Rotan Irit (Calamus trachycoleus), Rotan Jernang Besar (Daemonorops draco) dan juga Rotan Manis (Daemonorops melanochaeta). Rotan Manis mungkin mendapat nama kerana spesis ini mempunyai umbut (rebung) yang manis dan enak dimasak sebagai sayur. Spesis batang rotan massif pula didapati berongga sama seperti buluh dan ianya banyak menyimpan air. Dalam hutan rimba kita boleh juga memenafaatkan rotan manis ini dengan pucuknya dipotong dan bahagian pangkalnya juga dipotong maka dari akar akan keluar air yang segar untuk diminum. Semasa saya masuk hutan Endau di Mersing pada 1999, saya telah diberitahu oleh Tok Batin Sangka a/k Cuka dan mendapati selain rasanya yang segar, air rotan ini juga mengandungi banyak kandungan zat yang menyihatkan dan menghilangkan kehausan. Batang rotan merupakan komoditi penting yang bernilai dipasaran tempatan dan antarabangsa.

Penanaman Rotan Manau (Calamus manan) dan beberapa spesis rotan lain boleh menggunakan bahan tanaman Anak Sulur (tunas pangkal batang) tetapi cara penanaman rotan menggunakan benih dari BIJI BENIH adalah lebih mudah. Buah rotan adalah hampir serupa dengan Buah Salak cuma bentuknya agak bulat. Kulit buah rotan juga mempunyai sisik. Seperti halnya tumbuhan dari keluarga palmae, didapati buah rotan berada dalam tandan dan seludang dimana saiz buah bergantung dari saiz ukurlilit batang batang rotan. Daripada pemerhatian saya mendapati ada yang sebesar bola ping-pong dan yang kecil bersaiz kurang dari 1 cm ukurlilit. Buah rotan biasanya mempunyai biji tunggal dengan daging buah yang tipis dan rasanya sangat kelat. Walau pun begitu didapati binatang hutan banyak yang makan buah rotan yang makan dengan menelan bersama bijinya dan proses ini membantu menyebarluasan spesies rotan secara lebih efektif. Buah rotan yang akan digunakan sebagai benih perlu dipilih dari yang benar-benar sudah cukup tua. Buah ini perlu dipisahkan dari kulit serta daging buahnya yang sangat tipis itu dengan cara mengupas (pulping). Caranya ialah dengan buah rotan diletak dalam keranjang yang kuat kemudian ditumbuk dengan alu kayu atau penumbuk yang berat. Kerja ini perlu dibuat dengan teliti dan pelahan2 agar kulit dan daging buah terkelupas tetapi bijinya tidak pecah. Buah yang telah dikupas kulit ini perlu ditapaikan dulu dengan cara dibiarkan dalam satu longgokan selama 24 jam. Setelah itu biji dicuci bersih dengan air yang mengalir. Pada waktu mencuci ini biji rotan boleh di pijak dengan kaki yang pakai kasut getah atau kasut but yang bersih.

Pokok Rotan mempunyai masaalah serangan beberapa serangga perosak diantaranya seperti Ulat Makan Daun (Lepidoptera spp), Kumbang Makan Batang (Cerambycidae spp), Serangan Antraknos oleh Kulat (Collectotricum spp; Fusarium spp, Culvularia spp., Cercospora spp) dan sebagainya pada bahagian daun muda dan pucuk. Terdapat laporan berlaku serangan patah tengkuk oleh Kulat Perosak Pokok (Rhizoctonia solani) pada pokok rotan yang perlu dikawal dengan racuk kulat dan sebagainya. Cara menuai pokok rotan juga perlu cekap kerana duri rotan merbahaya jika tercucuk pada tubuh kita. Kajian dari beberapa buku menunjukkan pokok rotan yang telah berumur 15 tahun keatas mempunyai kualiti rotan yang baik untuk dituai. Bagaimana pun pokok rotan yang bermur 7-10 tahun akan dituai awal kerana ianya sudah dikira matang. Tanda-tanda batang rotan sudah matang adalah jika didapati batang rotan (Cane) sudah tidak ditutupi pelepah (Licin) sepanjang 12-15 meter panjang. Warna batang rotan lazimnya hijau kekuningan atau telah menjadi warna kuning terang dan keras serta padu. Cara menuai rotan dengan memotong pangkal perdu rotan dan kemudian ditarik serta dibersihkan dari duri, pelepah dan seludang. Bagi rotan saiz kecil ianya di gulong-gulong atau dilipat beberapa kali untuk dibawa keluar. Rotan yang bersaiz atau diameter besar dan kasar di potong sepanjang 3-4 meter dan diikat untuk dibawa keluar. Anda boleh baca tulisan saya mengenai ritan (Sila klik disini) dan (Sila Klik disini). Semuga artikel ini memberi indo berguna kepada anda. Wasallam!
TIADA ROTAN... AKAR BERGUNA...
MENANAM ROTAN... SATU USAHA...
HARGA ROTAN... MAHAL MENGGILA...
BACA ARTIKEL...ASAL PERIBAHASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Putrajaya.
(12 Safar 1437H)

Wednesday, November 25, 2015

BAGAI KAMBING DIHALAU KE AIR


BAGAI KAMBING DIHALAU KE AIR  adalah satu daripada peribahasa nakal dan memberi makna "Seseorang yang segan untuk melakukan suatu pekerjaan". Peribahasa ini memang agak kelakar kerana semua orang tahu kambing adalah haiwan yang dikatakan takut air atau tidak mandi. Ada juga kaitan atau gelaran orang badannya berbau busuk apabila berpeluh sebagai 'Bau Kambing'. Kambing (Goat) merupakan haiwan yang hidup berkumpulan diternak untuk mendapatkan dagingnya. Terdapat banyak jenis kambing di Malaysia yang diternak sama ada kambing tempatan, kambing Import (Boer, Katjang, Japnapari) dan juga Kambing Bebiri (Sheeps). Peribahasa ini menyatakan ada individu apabila disuruh atau diberikan tugasan ia merasa segan atau tidak mahu melakukannya. Sebagai contoh dalam satu majlis dia diarahkan untuk membaca doa atau menjadi MC tetapi oleh kerana kurang confident dia takut atau segan silu untuk melakukannya. Ini akan menyukarkan perjalanakn sesuatu tugasan atau majlis apabila memang kekurangan sumber manusia dilokasi. Bukan mudah untuk seseorang yang tiada pengalaman dan takut-takut disuruh melakukan sesuatu pekerjaan. Bagaimana dipujuk dengan imbuhan pun mereka tetap tidak mahu buat. Akhirnya kena cari orang lain atau buat sendiri sahaja (tidak payah suruh orang lain untuk membuatnya). Bagaimana pun didalam aspek pengurusan sumber manusia latihan dan pendedahan berterusan perlu diberikan kepada orang seperti ini. Dengan latihan dan pendedahan ini mereka kan berubah untuk lebih pandai menjalankan tugasnya. Artikel dalam "Anim Agro Technology" ini bagiamana pun akan membentangkan ternakan kambing dan beberapa perkara ilmiah mengenai kambing selaras dengan contoh peribahasa yang dibincangkan. 


KAMBING (Capra hicus) merupakan sejenis haiwan ruminan kecil yang terletak dalam keluarga Bovidae atau Sub-Famili Caprinae. Penulis blog telah mengenali akan haiwan kambing sebagaimana anda pernah lihat atau kenal akan haiwan ini yang di ternak oleh penternak kambing secara kecil-kecilan atau berskala besar secara komersil. Pemasaran daging kambing di Malaysia banyak bergantung kepada musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Korban dan juga semasa perayaan Deepavali. Permintaan pada waktu puncak ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengimpot daging kambing dari luar negara untuk menampong kekurangan. Penternakan kambing yang terancang dan sistematik mampu menjana pendapatan lumayan dimana kebanyakan bahagian kambing boleh di jadikan duit selain daripada daging kambing seperti tahi kambing, kulit kambing, tanduk kambing, susu kambing dan sebagainya. Daging kambing merupakan daging yang mengandungi kolesterol paling rendah iaitu cuma 63.8 g setiap 1 kg (Rujuk data diatas) berbanding dengan kandungan kolesterol dalam daging ayam (76 g), Lembu (73.1 g), Bebiri (78.2 g) dan Khinzir (73.1 g). Kandungan bahan lemak, Lemak Tepu dan Protin sila rujuk pada rajah jadual di atas. Kandungan tenaga juga paling rendah dalam daging kambing iaitu cuma 122 kcal berbanding dengan sebanyak 180 kcal dalam daging khinzir. Kadar perkapita pengambilan daging kambing di Malaysia masih agak rendah iaitu cuma 0.8 - 0.9 kg/ orang /tahun sahaja berbanding dengan perkapita daging ayam sebanyak 110.2 kg/orang/tahun. Harga daging kambing tempatan juga agak tinggi diantara RM 20 - RM 30 sekilogram dipasar kerana bekalan yang agak berkurangan.


Terdapa 3 jenis baka kambing yang popular untuk diternak iaitu BAKA KAMBING PEDAGING, BAKA KAMBING SUSU dan BAKA KAMBING DWI-FUNGSI. Baka kambing pedaging adalah baka yang digunakan untuk mendapatkan daging seperti Baka Boer, Kacang, Black Bengal, Savana, Kalahari Red dan Jermasia. Baka Susu pula untuk diambil susu kambing yang berkhasiat seperti Baka Saanen, Alpine dan Toggenbung. Baka kambing dwi-fungsi diternak untuk mendapatkan daging dan susu seperti baka Japnapari dan Anglo-Nubian. Bagaimana pun kos untuk mendapatkan baka-baka ini agak mahal kerana permintaan yang amat tinggi terutama untuk baka Boer dan Japnapari.  Pada penulis SUP KAMBING pula merupakan sejenis makanan sup dengan ramuan utama adalah daging kambing yang popular di Malaysia dan negara jiran. Walau pun ramai dikalang orang Malaysia masih takut untuk makan daging kambing sama ada dimasak kari, masak kicap, dijadikan steak, sate kambing dan suo kambing tetapi pemikiran dan kepercayaan ini telah sedikit sebanyak berkurangan. Ramai mendakwa selepas makan daging kambing akan mendapat pening kepala dan ambil panadol kemudian. Ada pula dikalangan mereka tidak suka makan sup kambing atau daging kambing kerana dakwanya ianya 'berbau' terutama jika menggunakan kambing kampong jantan(Kambing bobok). Pemilihan daging kambing yang segar dan kaedah penyembelihan dan pemotongan yang betul membolehkan mereka yang masak sup kambing akan dapat nilai terbaik terhadap sup kambing yang disediakannya. Penjual sup kambing selalunya akan membuat jualan pada premis khusus atau kenderaan bergerak tetapi pelanggannya akan datang untuk dapat menikmatinya. Penulis memang amat minat dengan sup kambing yang suam panas dan dimakan bersama dengan roti atau nasi putih.


Sistem Ternakan Kambing yang dijalankan di negara kita mempunyai 3 cara pengurusan iaitu SISTEM TERNAKAN INTENSIF, SISTEM TERNAKAN SEMI-INTENSIF dan juga SISTEM TERNAKAN EKSTENSIF. Kambing (Copra hircus)merupakan haiwan ruminan kecil yang suka memamah dan memakan daun-daun dan batang tumbuhan yang menyebabkan ia mampu didapati di kawasan padang, gurun , bukit bukau dan apa lagi kawasan banyak rumput seperti di Malaysia. Kemampuannya makan rumput tanpa memilih menyababkan kambing adalah agen biologi kawalan rumpai yang sangat berkesan. Bagaimanapun kehadirannya menyebabkan kambing juga menjadi musuh utama kepada pekebun-pekebun kerana ianya makan tanaman yang ditanam dikkawasan rumah dan kawasan kebun. Kambing suka meneroka kawasan baru untuk meragut dan ini menyebabkan ianya menumbukan masaalah pengurusan dimana tuan tanah akan marah. Sebaiknya memelihara kambing di kawasan yang berpagar untuk kurangkan risiko bergaduh sebab kambing.


Tahi Kambing ada sumber baja yang baik dalam pertanian. Kaedah untuk memproses tahi kambing dijalankan dengan cara menyediakan beberapa kemudahan seperti bangunan bangsal (15 kaki x 28 kaki atau lebih besar) dan alatan seperti mesin pembancuh tinja, cangkul, jaring penapis, alat penimbang dan bekas plastik. Peralatan ini akan digunakan bagi memproses tahi kambing yang akan menghasilkan baja organik. Kiraan mudah mendapati, kos semua peralatan dianggarkan kira-kira RM10,000. Kita memang tahu yang baja organik tidak mengandungi sebarang bahan kimia, antibiotik atau hormon. Lebih baik lagi kerana tahi kambing tidak mencemarkan alam sekitar atau kualiti air. Penggunaan baja organik tahi kambing dilaporkan dapat mengurangkan serangan oleh beberapa patogen perosak seperti hama dan penyakit. Kajian menunjukkan bahawa baja ini sesuai digunakan bagi semua jenis tanaman jangka panjang terutamanya tanaman buah-buahan seperti durian, duku dan manggis serta tanaman jangka pendek sayuran berdaun atau sayuran buah seperti sawi, cili dan tomato. Memang baja organik memberikan faedah kepada tanaman seperti menyuburkan lapisan bawah permukaan tanah, meningkatkan populasi mikro organisma tanah dan juga meningkatkan daya serap akar ; daya serap air. Baja tahi kambing juga mampu meningkatkan ketersediaan unsur terutamanya unsur Nitrojan, Posforan serta Kaliam (NPK) dalam jangkamasa panjang untuk membentuk unsur yang sangat diperlukan tanaman. Umum memang tahu yang baja ini memang mampu mengurangkan kos pertanian dan ianya MESRA ALAM. Semuga artikel ilmiah mengenai kambing ini dapat menambah ilmu anda semua. Ingat peribahasa diatas sebagai kupasan. Wasallam!.
NAMA KAMBING ... TAKUT AIR PASTI...
KALAU DIHALAU... SUSAHNYA DIIKUTI...
PERIBAHASA INI... MAKNA TERSENDIRI...
RASA SEGAN... MEMANG IA TERJADI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11,
Putrajaya, WP, MAlaysia.
(12 Safar 1437H)

Tuesday, November 24, 2015

ADA UDANG DIBALIK BATU

ADA UDANG SEBALIK BATU merupakan satu peribahasa lama yang kini ramai telah mengubah sendiri kepada "Ada Udang disebalik Mee" sesuai dengan keadaan semasa. Peribahasa ini membawa maksud sebagai "Memberikan pertolongan atau bantuan tetapi ianya punyai maksud tersembunyi yang tertentu sebagai balasan". Peribahasa ini memang amat relevan sepanjang masa dimana memang akan sentiasa udang bersembunyi dibalik batu agar tidak kelihatan oleh mangsanya atau musuhnya. Bagaimana pun jika ada anak ikan atau makanan yang lalu didepannya maka udang itu akan menyambarnya sebagai makanan. Perangai udang bersembunyi dibalik batu membolehkan ia tidak dilihat oleh musuhnya secara jelas dan amat sukar mengenalinya. Dalam masyarakat moden orang bersifat seperti ini memang ujud dimana mereka akan memberikan apa juga bantuan diperlukan mangsa tetapi akhirnya dia tanpa segan silu akan meminta balasan dari apa yang telah diberikan sebelum ini. Ini menyebabkan mangsa akan menjadi seba salah untuk membantunya walau pun ia bertentangan dengan norma biasa. Ia merupakan satu strategi atau perangkap dipasang untuk mengenakan mangsa dan memang semua orang perlu sentiasa awas dengan orang seperti ini. Begitu juga dengan bidalan 'ada udang sebalik mee' yang digunakan oleh rai orang yang suka makan 'mee udang' dimana dia akan koren mee dan mengira berapa ekor udang yang ada dibalik mee. Apa pun artikel dalam "Anim Agro Technology" kali ini saya menuis bidalan berkaitan udang dan mengupas mengenai udang dan perkara beriakitan dengannya secara ilmiah.

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata. Bentuk udang ini kelihatan sama sahaja sama ada ianya dari jenis udang halus, udang besar dan diantaranya. Lazimnya udang mempunyai struktur insang bercabang yang memberikan makna kepada pengkelasan udang iaitu 'dendro' (pokok) dan perkataan 'branchia' (insang). Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini biasanya udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang harimau dan udang galah merupakan dua spesis diternak terutama dinegeri Pahang dan Sabah. Kajian menunjukkan hasilan Kerang adalah sebanyak 64,940 mt pada tahun 2010 yang bernilai RM 68.60 juta. Kawasan pengeluaran kerang utama adalah pantai barat Semenanjung Malaysia seperti di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor. Sebanyak 10,640 mt Siput Sudu dihasilkan dengan nilai RM 6.23 juta pada tahun sama. Tiram juga dihasilkan sebanyak 2,300 metrik tan bernilai RM 5.82 juta terutama dari Sungai Muar, Johor Bahru dan beberapa lokasi lain. Udang dikeluarkan sebanyak 69,280 mt yang benilai RM 935.68 juta dan merupakan industri akuakultur yang menjadi penting di Malaysia. Satu industri baru yang semakin popular adalah rumpai laut dengan pengeluaran pada 2010 sebanyak 138,860 mt bernilai RM 27.7 juta.

UDANG KARA AIR TAWAR atau dipanggil Blue (Cherax quadricarinatus) atau dikenali sebagai Blue lobster dan Red Claw merupakan makanan eksklusif di hotel dan restoran ternama. Selalunya sajian udang kara pasti memikat selera sesiapa saja yang berani mencuba dan mereka yang berduit serta mempunyai minat makan makanan eksotik ini. Saya hanya beberapa kali sahaja makan udang kara kerana sangat kurang berpeluang mendapatkannya. Udang Kara mempunyai kandungan kolesterol yang sangat rendah dan tinggi protein. Malah lazimnya faktur harganya lebih baik atau lebih mahal daripada jenis udang galah dimana ia adalah lebih berat timbangannya. Walau pun jarang untuk kita membeli udang kara dipasar, kalau ada dijual, harga bagi yang bersaiz enam inci ialah RM60 sekilogram atau lebih lagi bergantung kepada bekalan dan kesegarannya. Ini menjadikan udang kara mampu dinikmati harganya yang berpatutan. Mungkin ramai kurang tahu yang udang kara air tawar boleh diternak di negara kita secara komersil. Dalam saya membuat rujukkan, didapati udang kara air tawar yang berasal dari Australia ini paling sesuai hidup di air tawar dalam keadaankualiti air pada kadar hingga pH7. Saiz matang udang ini ialah dalam lingkungan 8 inci hingga 14 inci. Bagaimanapun, oleh kerana warnanya menarik iaitu kebiru-biruan dan berbintik putih, pengguna seluruh dunia cenderung menjadikan spesies air tawar ini sebagai hiasan akuarium(Sila lihat foto udang kara dalam akuarium disebelah yang menarik). Saiz akuarium yang sesuai bagi udang kara dewasa sekurang-kurangnya berukuran 38 liter yang boleh menempatkan sepasang udang kara. Pemilik akuarium udang kara yang cantik berwarna kebiruan ini sanggup berbelanja lebih bagi menyediakan akuarium, hiasan dalaman dan makanan serta ubatan untik dijadikan keseronokkan melihatnya. 

UDANG KERING adalah satu produk hasilan laut iaitu uadng bersaiz kecil-kecil yang di keringkan untuk kegunaan perasa masakkan terutamanya dikalangan masyarakat Melayu. Udang Kering di Indonesia di panggil sebagai EBI, Ebi (Jepun - udang), Kung Haeng ; Som Tham (Thailand), Hibi (Filipina), Tom Kho (Vietnam) dan Dried shrimp (English). Pengeluaran udang kering banyak di usahakan di kawasan perairan seperti di Indonesia, Malaysia, hailand dan Filipina dengan mengumpulkan udang yang bersaiz kecil (1.2 cm garispusat) dan direbus dahulu sebelum dijemur dibawah sinaran matahari atau pun menggunakan mesin pengering (Mechanised dryer). Tidak ada laporan rasmi mengenai pengeluaran udang kering diseluruh dunia tetapi pengeluaran di Malaysia sekitar 240-300 metrik tan setahun (Laporan Jabatan Perikanan Malaaysia). Pengeluar utama udang kering di Malaysia adalah Negeri Sabah yang menghasilkan hampir 35% jumlah pengeluaran udang kering negara. Artikel kali ini saya menulis mengenai udang kering untuk makluman pembaca semua. Proses penyediaan udang kering dimulakan dengan mengumpulkan udang (Lazimya udang dari laut) yang bersail kecil (Kurang dari 2 cm garispusat) mengikut spesis dan kualiti. Udang yang bersaiz besar tidak sesuai untuk dijadikan udang kering kerana lebih mahal dijual segar dan kurang mendapat pasaran selain daripada lambat kering jika dijemur dibawah sinarqan matahari dan akan jadi busuk. Lawatan saya ke kilang memproses udang kering di Langkawi, Pulau Pinang dan Tawau mendapati udang kering perlu direbus dibuang bahagian kepala dan direbus atau dicelur air panas. Selalunya kepala udang akan tanggal dan perlu diasingkan daripada bahagian badan dan ekor. Perlu di tambah garam dalam air rebusan untuk berfungsi sebagai bahan pengawet. Udang yang direbus di toskan sehingga agak kering sebelum di letakkan diatas tikar, bekas takung, zink, papan lapis atau jenis lapik khas sebelum dijemur. Letakkan bekas jemuran diatas para yang dibuat khas untuk menjemur dibawah sinaran matahari untuk beberapa lama sehingga cukup kering. Udang yang berwarna kelabu ini akan bertukar warna kepada warna merah terang, merah gelap dan merah kekuningan bergantung kepada spesis dan kaedah pemprosesan. Terdapat dakwaan beberapa pengguna yang ada pengusaha membuat udang kering yang sengaja memberikan perwarna merah kepada udang kering supaya kelihatan menarik dan 'fresh'. Setelah dijemur beberapa kali dan telah cukup kering udang tersebut dimasukkan dalam bekas plastik yang kedap udara untuk menjamin kualitinya.
Semuga aitikrl ini memberi info berguna untuk anda. Wasallam!.
ADA UDANG ... SEBALIK BATU...
IA SEMBUNYI... TUJUAN JITU...
BERI BANTUAN...JANGAN KELIRU..
BERJAGA-JAGA... AWAS SELALU...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1924, Hotel New York,
Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(14 Safar 1437H)

ALAH SAMBUNG, MENANG SORAK


ALAH SABUNG, MENANG SORAK merupakan satu peribahasa lama yang kini agak kurang digunakan dalam percakapan harian atau dalam media cetak. Peribahasa yang dicipta oleh bijak pandai Melayu ini memberi maksud sebagai "Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati". Dalam penulis mencari contoh ayat daripada buku teks, terjumpa satu contoh ayat yang digunakan seperti berikut "Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang sorak kerana wangnya banyak habis tetapi cita-citanya untuk menjadi pemimpin di kampung itu tidak berjaya". Ayat ini memberi erti bagaimana Pak Leman yang bercita-cita tinggi untuk menjadi ketua dikampongnya sanggup mengeluarkan wang, tenaga dan masa tetapi akhirnya orang lain  yang mungkin lebih berwibawa dipilih oleh masyarakat kampong. Perkara seperti ini memang lazim berlaku  dalam masyarakat terutama dikalangan ahli-ahli politik yang berebut-rebut bertanding untuk menjadi pemimpin. Dalam peribahasa ini objek yang digunakan adalah 'AYAM SABUNG' atau ayam jantan atau dalam bahasa Inggeris sebagai 'Fighting Cock' dan bukannya haiwan lain seperti itek, kucing, kambing atau lembu. Mungkin mereka meneliti perilaku ayam sabung yang kadang-kadang akan berlaga sesama komuniti mereka dengan mengeluarkan bunyi yang bising. Memang benar kalau melihat ayam bersabung ia menghasilkan bunyi amat kuat disamakan dengan 'bersorak' dalam peribahasa ini. Ayam jantan tersebut mungkin bertarung untuk mendapatkan sesuaitu dan menunjukkan kejantanan mereka. Bagaimana pun akhirnya ayam jantan tersebut akan ditangkap oleh pemiliknya dan disembelih untuk dijadikan lauk ayam kampong yang enak dan lazat. Kalau difikir memang tidak perlu ayam tersebut bersabung selalu kerana tiada faedah yang akan diperolehi dalam kelompok ayam. Apa pun artikel ini menumpukan secara teknikal mengenai ayam sebagai satu info yang boleh digunakan bagi mengukuhkan bagi peribahasa ini. Artikel subuh pagi Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu kupasan mengenai peribahasa Alah sabung, menang sorak secara teknikal untuk bahan rujukkan dan bacaan semua.


Ayam merupakan satu jenis haiwan yang amat dekat dengan manusia. Ternakan ayam meliputi pelbagai kategori iaitu untuk AYAM PEDAGING, AYAM PENELUR, AYAM KAMPONG, AYAM PEMBIAK BAKA, ITEK dan juga termasuk ternakan BURONG PUYOH. Industri Ternakan Ayam merupakan industri yang besar dijalankan di Malaysia dengan sebanyak 225,789,620 ekor di ternak pada tahun 2010 (Sumber: Laporan Agro Makanan, MOA). Sebagai perbandingan jumlah ternakan ayam ini cuma sebanyak 174.7 juta pada tahun 2005 telah meningkat kepada 179.2 juta ekor (2006), 188.83 juta ekor (2007), 192.69 juta ekor (2008) dan sebanyak 208.33 juta ekor pada tahun 2009. Ternakan itek pula mencatitkan populasi sebanyak 7,927,860 ekor pada tahun 2010. Kajian saya mendapati tahap jumlah pengeluaran daging ayam tempatan adalah sebanyak 1,295 ,000 metrik tan yang bernilai sebanyak RM 5.776 billion. Penggunaan daging ayam tempatan adalah sebanyak 1,103,000 metrik tan setahun. Daging ayam merupakan jenis daging putih yang banyak diambil oleh rakyat Malaysia seharian. Kita adan jumpa daging ayam di restoran semaa sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam sehingga makan lewat malam (supper). Ia dimasak menjadi sate ayam, kari ayam, ayam percik, ayam golek, ayam goreng, ayam ungkep, ayam kicap, ayam Uncle John dan banyak resepi lagi ianya dihidangkan.Negeri Johor merupakan peneraju utama ternakan ayam di Malaysia dengan bilangan ayam sebanyak 60.097 juta ekor diternak pada tahun 2010 diikuti dengan Sarawak (312.604 juta ekor), Perak (31.988 juta ekor), Melaka (18.899 juta ekor), Kelantan (17.140 juta ekor), Pulau Pinang (14.218 juta ekor), Negeri Sembilan (13.116 juta ekor) dan Selangor (12.634 juta ekor). Negeri lain memelihara kurang dari 10 juta ekor pada tahun 2010 iaitu Pahang (9.042 juta ekor), Sabah (5.586 juta ekor), Terengganu (4.621 juta ekor), Kedah (2.968 juta ekor) dan Perlis (2.881 juta ekor). Tidak ada laporan mengenai ternakan ayam di Wilayah Persekutuan. Ayam yang diternak di Johor adalah untuk kegunaan domestik dan sebahagian ekspot ke Singapura. Ladang-ladang Ayam di Johor juga menyumbangkan keujudan banyak lalat dikawasan kampong saya di Gersik yang semenjak adanya ladang ayam telah menjadi ancaman ketika hendak makan. Keadaan selalu akan bertambah teruk jika mengadakan majlis kenduri kendara maka lalat dulu lha yang menjamah makanan!.


AYAM KAMPONG? Mana nak beli atau nak pelihara kalau tinggal di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jawabnya kena cari pasar borong yang berhampiran. Harganya...memang mahal sekitar RM 15.00/kg dan seekor mencapai lebih RM 20.00 atau RM 25.00. Itu pun kalau ada stok digerai jualan ayam kampong, akan tetapi kenapa ayam kampong mahal?...Dulu memang saya duduk kampong dan puas makan ayam kampong sejak kecil lagi kerana terdapat banyak ekor ayam kampong berkeliaran dikawasan rumah begitu juga dengan ternakan kambing kampong yang masuk reban setiap petang. Rasanya ayam kampong menjadi hidangan istimewa zaman dulu ketika duduk kampong kerana tidak selalu kita dapat makan daging ayam tidak macam hari ini mudah sahaja untuk membeli ayam daging atau orang kampong panggil 'ayam karen'.Apakah istimewanya AYAM KAMPONG berbanding dengan AYAM DAGING MODEN?... Memang banyak bezanya dari kaedah penternakan, cara memberi makan, jenis ayam dan juga harganya. Ayam kampong ada banyak jenis yang boleh diternak dari jenis tempatan sehingga jenis moden (Diimpot - seperti Perancis, Siam, Vietnam dan banyak gelaran lagi). Boleh dikatakan ayam kampong adalah jenis ayam organik kerana makan apa sahaja serta bebas dan bergerak liar dikawasan rumah dan kebun. Mereka memakan apa sahaja yang ada diatas tanah seperti serangga, daun, tanah, sisa makanan, buah-buahan yang gugur dan juga benda tu...lepas kita melepas (dulu dikawasan kebun je). Ayam kampong pandai mengkais-kais tanah untuk 'exercise' dan cari makan. Ayam kampong tidak memerlukan penjagaan yang rumit kerana kita hanya menyediakan reban ayam yang mudah sahaja daripada kayu dan bumbung dan lantai serta tangga untuk ayam naik sendiri. Pastikan reban mempunyai ruangan yang cukup dimana seekor ayam perlukan 1 kaki persegi dan kalau ada 10 ekor sediakan 10 kaki persegi. Dulu saya tidak buat macam itu memadai dengan buat beberapa tingkat kayu dalam reban kecil dan tinggi dimana ayam akan bertenggek diatas palang-palang kayu yang disediakan.


AYAM LAGA (Fighting Cocks) pula adalah ayam yang merupakan sejenis ayam yang dipelihara khusus untuk berlaga atau bertarung bagi tujuan perlawanan ayam. Saya dapati ayam laga juga digelar sebagai Ayam sabung, Ayam laga, Ayam Bangkok, Ayam Siam atau Ayam baik (bahasa Inggeris: gamecock) adalah sejenis baka ayam. Ia digemari oleh para peminat ayam di seluruh dunia kerana mempunyai ciri-ciri untuk bersabung atau berlawan. Ayam Laga/sabung ialah ayam yang sanggup bertarung sampai mati ketika perlawanan. Di Thailand, Indonesia, Filipina dan Semenanjung Malaysia, ayam laga ini seakan-akan sama dari jenis ciri baka dan cara ia berlawan. Beberapa pemilik ayam laga di Malaysia yang pernah saya tanya telah mengatakan sesetengah baka ayam ini diimport dari Bangkok (Thailand) dan tidak mustahil ayam sabung ini seakan-akan sama. bagaimana pun bagi kawasan seperti di Sabah, Sarawak dan sesetengah tempat di Indonesia ayam sabung ini berbeza daripada ayam sabung dari Bangkok kerana saiz ayam sabung ini lebih kecil dan seakan-akan ayam katik dan ayam hutan. Terdapat juga dakwaan ayam ini juga dipercayai berasal dari Myanmar. Didalam banyak rujukkan didapati ayam ini juga dikenali sebagi 'ayam pisau' kerana apa yang sering berlaku adalah dibahagian tajinya akan dipasang dengan pisau bersaiz lebih kurang 5 inci untuk bertarung dimana ia perlu masa 4 minit sahaja untuk mengalahkan lawannya. Beberapa Ciri-Ciri penting Ayam Laga yang pelu diketahui oleh peminat ayam laga berbeza-beza mengikut keinginan pemilik(Lihat foto sebelah). Bagaimana pun saya akan senaraikan beberapa ciri penting yang perlu ada pada ayam laga. Bentuk kepala dan tulang alisnya tebal dan sebaiknya bulu ayam laga berkilat dan kaku, terutama pada bulu sayap dan ekor. Ayam laga perlu ada kaki bersisik kasar, dengan bentuk dari segi empat sampai bulat. Kepalanya berbentuk buah pinang dan diperhatikan ketika berdiri ia mempunyai bentuk badannya menegak(erected shape). Dibahagian matanya masuk ke dalam, sepet, dan jernih dengan mempunyai kulit muka yang kasar, tebal dan juga sebaiknya berwarna merah. Ia mempunyai paruh besar, kuat melengkung, beralur mulai dari lubang hidung ke arah muka dengan ada lubang hidung agak ke depan. Ia juga ada muka kelihatan bengis dan garang. Dibahagian jari kakinya panjang, kecil, kuat dan susunan jarinya mekar. Ia juga perlu pandai memukul bahagian kelemahan lawan dengan pukulan keras dan tepat. Paling utama adalah ia ada semangat tarung tinggi dan malu akalau ia tidak mahu bertarung. Lazimnya ia mempunyai tulang yang kasar dan rapat. Ciri-ciri khas yang dimiliki oleh ayam laga inilah yang membuatkan ia sangat terkenal kehebatannya di arena tarung di seluruh dunia. Tulisan ini diharap mengukuhkan info dan kaitannya dengan peribahasa Alah Sabung, Menang Sorak yang pernah kita belajar disekolah dahulu. Wasallam!.

AYAM SABUNG... MENANG SORAK...
TABUR HARTA.. TERUS BERGERAK...
HARAPKAN HASIL...TETAPI TIDAK...
JADIKAN PANDUAN... PERLU ELAK...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(11 Safar 1437H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...