KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, November 28, 2015

BAKARLAH AIR AMBIL ABUNYA


Peribahasa BAKARLAH AIR AMBIL ABUNYA amat pelik saya dengar apabila merujuk kepada satu peribahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Peribahasa ini pelik dan amat jarang didengar bagi saya kerana perbuatan membakar air dan cuba mengambil abunya. Peribahasa yang memebri maksud tersendiri iaitu  "Mengerjakan sesuatu yang mustahil" ini digunakan pada masa-masa tertentu sahaja. Ini kerana semua orang tahu air mempunyai 3 bentuk iaitu Cecair (Liquid), Gas (Gases) dan Pejal (Solid). Air apabila dipanaskan atau dibakar akan bertukar daripada bentuk cecair kepada bentuk gas iaitu wap yang akan hilang diudara. Jika air disejukan pula dibawah 0 Celcius pula ia akan membeku menjadi ais yang keras. Pada saya memang ada bijak pandai bahasa atau merka juga seorang saintis memikirkan untuk peribahasa ini kerana sampai bila-bila pun kita tidak akan jumpa abu daripada air yang akan dibakar. Memang tepat peribahasa ini dengan maksud diberi iaitu mengerjakan sesuatu yang mustahil (Impossible). Dalam kehidupan harian ada perkara seperti ini yang mungkin berlaku dimana ianya adalah ampir mustahil berlaku kecuali dengan Izin Allah Taala jua. Kita jangan terpengaruh dengan siri filem "Mission Impossible" yang sentiasa mempaparkan kejayaan kepada perkara yang agak mustahil setiap kali kisah mereka dibuat. Apa pun artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" iaitu artikel ke 3,640 mengenai air dan kepentingannya dalam kehidupan dan sektor pertanian.


AIR (water) merupakan salah satu daripada keperluan asas untuk hidupan seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan selain daripada sumber Tanah, Nutrien , Oksijan dan lain-lain komponen penting (Sila lihat foto disebelah). Keperluan air oleh tumbuh-tumbuhan banyak menentukan sistem pengurusan tanaman serta ekosistem sesuatu kawasan. Sumber air diperolehi terutamanya daripada Hujan dan kemudian disalirkan melalui parit, sungai dan disimpan didalam empangan, kolam, paya dan tasek. Air merupakan satu keperluan asasi untuk manusia dan tumbuhan hidup bagi kegunaan domestik iaitu sebagai minuman, keperluan domestik dirumah dan juga keperluan tanaman untuk terus hidup. Tanah yang tidak mendapat air seperti kawasan gurun memang tidak produktif dan ini menunjukkan bahawa peranan air merupakan sangat penting di pelajari dan di ketahui oleh orang ramai. Pernahkah kita berfikir berapa banyak air yang diperlukan oleh manusia untuk kegunaan domestik harian berbanding dengan keperluan air oleh tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanaman?. Berapa banyakkah air yang ada di tempat kita untuk menampong keperluan kedua-dua segmen ini? Bagaimana situasi atau trend taburan kesediaan air dalam suatu tahun atau dalam lokasi yang berbeza-beza?. Kali ini saya akan menulis artikel mengenai hasil satu kajian mudah yang telah saya jalankan bersama Bahagian Kejuruteraan Jabatan Pertanian Malaysia mengenai keperluan air untuk tanaman-tanaman berdasarkan kepada informasi dan data yang dikutip dan dianalisa. Kertas ini telah dibentangkan pada International Water Conference di Bukit Merah Lake Resort, Perak pada bulan Mei 2012.


Keperluan air oleh tanaman berbeza mengikut jenis tanaman. Terdapat tanaman yang memerlukan air yang sangat banyak seperti tanaman padi dan ada yang perlukan air dengan kadar sederhana banyak seperti sayur-sayuran daun serta banyak tanaman yang perlukan air yang sedikit seperti pokok buah-buahan dan pokok getah. Air yang kini tersedia kepada tanaman banyak dipengaruhi oleh faktur seperti Jenis Tanah, Suhu, Kanopi Tumbuhan, Kadar Evapotranspirasi dan sebagainya. Tanah berpasir didapati tidak mampu menyimpan air dengan lama kerana partikel yang kasar dan poros berbanding dengan tanah jenis liat yang mampu menyimpan air. Akar tumbuhan lazimnya akan menyerap air yang terdapat pada tanah kemudian dihantar keseluruhan bahagian pokok terutamanya dibahagian daun untuk proses Fotosintesis. Proses Fotosintesis ini akan menukarkan air, nutrien dan karbon dioksida bagi tujuan menghasilkan tenaga, gula dan oksijan dibahagian daun dengan bantuan cahaya matahari. 


Kajian menunjukkan sebanyak 25,302 juta meter padu air diperlukan untuk tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran di Malaysia dalam tahun 2010 (Jangkamasa selama satu tahun). Berapa banyakkah air dalam angka tersebut?.. Angka ini belum ramai pihak yang asasnya mengeluarkannya secara rasmi kerana maklumat tersebut hanya boleh kita dikira daripada pelbagai sumber dengan kaedah pengiraan yang agak komplikated. Daripada jumlah tersebut sebanyak 2,708 juta meter padu air adalah untuk keperluan buah-buahan dan sebanyak 22,593 juta meter padu air adalah untuk kegunaan sayur-sayuran. Malaysia mempunyai kawasan penanaman buah-buahan seluas 264,099 hektar dan kawasan sayur-sayuran seluas 192,297 hektar pada tahun 2010. Anggaran pengeluaran hasil bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula sebanyak 1.8 juta metrik tan pada tahun tersebut. Peranan air sangat signifikan dalam pengeluaran hasil tanaman khususnya tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran dan tanaman kontan. Nilai tersebut diatas tidak mengambil kita tanaman penting lain seperti tanaman padi, tanaman kelapa sawit dan lain-lain lagi.


Jumlah air yang diperlukan untuk tanaman makanan khususnya buah-buahan dan sayur-sayuran sebenarnya sedikit sahaja berbanding dengan jumlah taburan hujan tahunan. Kajian saya menunjukkan jumlah air sebanyak 25,302 juta tersebut sebenarnya kurang dari 10% daripada jumlah taburan hujan di Malaysia. Pengurusan air yang baik untuk tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan membolehkan program pengeluaran buah dan sayur dalam negara dijalankan sepanjang tahun. Penggunaan teknologi sistem pengairan moden seperti penggunaan Sistem Pengairan Sprinkler, Sistem Pengairan Titis, Sistem Pengairan Micro-jet dan Sistem Penanaman Fertigasi membantu dalam aktiviti pengurusan air dengan cekap dan berkesan. Pada masa ini sistem pertanian secara fertigasi didapati paling ekonomik dan produktif terutama untuk jenis tanaman bernilai tinggi yang ditanam dibawah Struktur Pelindung Hujan (SPH). Pihak kementerian pertanian dan agensi pelaksana perlu menyediakan dasar-dasar pertanian yang sesuai untuk mempastikan bekalan air untuk keperluan sayur-sayuran dan buah-buahan dijamin mencukupi dan berkualiti. Wasallam!.
MENJERANG AIR... PANAS JADINYA...
MENCARI ABUNYA... PASTI TIADA...
PERKARA MUSTAHIL... JAUHKANNYA...
ADA PERIBAHASA... TEPAT MAKNANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(12 Safar 1437H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...