Support My Blog

Sunday, November 8, 2015

KOPI - PENYAKIT KARAT DAUN

TANAMAN KOPI (Coffea spp) merupakan salah satu tanaman yang mudah diserang Penyakit Karat Daun yang disebabkan oleh patogen Hemileia vastratix yang pastinya boleh mengurangkan hasil kopi. Tanaman kopi paling luas berada di Brazil dan diikuti dengan Vietnam dan Indonesia dengan tujuan untuk eksport dan juga kegunaan domestik. Keluasan tanaman kopi dunia adlah 10.36 juta hektar dengan 70% adalah dari jenia Kopi Arabica, 28% jenis kopii Robusta dan Kopi Liberica (2%). Nagara pengimpot dan pengguna utama kopi adalah USA dengan nilai penggunaan kopi sebanyak RM36 billion setahun. Sebanyak 46% rakyat Amerika adalah minum kopi terutama dari jenis kopi Arabika. Komoditi ini merupakan bahan eksport yang signifikan di negara jiran Indonesia. Malaysia pula banyak mengimport biji kopi mentah untuk kegunaan pengilang kopi tempatan dengan nilai lebih dari RM90 juta setahun. Tanaman kopi di Indonesia mempunyai kawasan kebun yang luas mencapai 1.26 juta hektar berbanding dengan keluasan di Malaysia hanya seluas 3,650 hektar sahaja. Negara tersebut juga menjadikan kopi sebagai jenis tanaman perkebunan yang berkembang dengan baik pada banyak lokasi dengan berbagai ketinggian tempat. Kawasan tanah rendah sampai menengah dapat ditanam dengan jenis kopi robusta sedangkan pada dikawasan dataran tinggi ditanam jenis kopi arabika. Tanaman kopi memerlukan tanaman pelindung untuk mengurangkan intensiti sinaran matahari yang sampai di kanopi daun. Ini disebabkan tanaman ini tidak dapat tumbuh dengan baik apabila ditanam pada lokasi kebun yang terbuka. Tanaman kopi juga dapat digunakan sebagai tanaman selingan dengan kelapa, kayumanis, getah, gliricidia, belimbing dan lain-lainnya dengan mengatur jarak dan sistem tanaman sesuai digunakan untuk tanaman kopi. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai penyakit karat daun kopi yang menjejaskan industri kopi. 


Dalam amalan agronomi tanaman kopi perlu dilaksanakan kawalan serangga perosak dan penyakit untuk mempastikan produktiviti dan hasil kopi berkualiti. Walau pun faktur alam sekitar, cuaca, kesuburan tanah dan cara pengurusan kebun kopi dilakukan dengan baik, ramai saintis mendapati kehadiran penyakit yang menyerang tanaman kopi banyak berkait dengan keadaan semulajadi alam dan iklim. Jika keadaan persekitaran alam bersahabat dan populasi serangga dan penyakit rendah maka penghasilan hasil kopi petani  menjadi lebih berkualiti. Sebaliknya ketika iklim tidak menenentu yang boleh menyebabkan berlaku serangan serangga dan penyakit kopi meningkat maka kualitai buah dan biji kopi sangat rendah. Serangga perosak dan penyakit dalam yang menyerang tanaman kopi dapat menurunkan penghasilan sampai 40% jika tidak dikawal dengan sistematik sejak peringkat awal penanaman. Antara beberapa contoh serangga dan penyakit penting tersebut diantaranya adalah seperti Penyakit karat daun (Hemileia vastatrix), Penyakit mati Hjung (Rhizoctonia sp), Penyakit bintik coklat pada daun (Cercospora cafeicola), Kutu Buah Kopi (Stephanoderes hampei), Kutu Putih (Pseudococcus citri) dan Kutu hijau (Cocus viridis). Musuh pula terdiri daripada musang, tupai tikus dan sebagainya. Penyakit karat daun menyerang tanaman kopi terutama dari jenis Arabika yang ditanam pada ketinggian di bawah 1,000 meter dari paras laut. Serangan ini menyebabkan daun-daun akan berguguran sehingga tanaman menjadi gundul, pucuk-pucuk pada cabang mati dan akhirnya tanaman mati secara keseluruhan. Kerugian yang akibat penyakit karat daun menjadikan ada keperluan bagi petani mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup dan pengendalian yang tepat terhadap penyakit ini agar tidak merugikan hasil produksi tanaman kopi secara betul.


Penyakit Tumbuhan merupakan kerosakan pada tumbuhan yang disebabkan oleh organisma seperti jenis Parast, Kulat, Bakteria, Mikoplasma dan Virus. Kerosakan ini sering berlaku semasa tanaman diperingkat vegetatif atau pu reproduktif (matang). Penyakit tumbuhan dapat dikaji dari dua sudut yaitu sudut biologi dan sudut ekonomi sama juga dengan masaalah serangan oleh penyakit. Selalunya kerosakan yang ditimbulkan oleh kerana penyakit tumbuhan dapat menyebabkan kerugian yang sangat besar kepada petani serta ia mudah berkembang dengan cepat dan menjadi epidemik yang berat. Lazimnya penyakit tumbuhan dapat membiak dengan cepat dan menjadi epidemik yang sangat teruk kerana disebabkan oleh ujudnya beberapa ras atau strain patogen baru yang merbahaya. Perkara ini juga disebabkan bahan tanaman yang digunakan adalah dari jenis yang mudah (rentan) dari serangan perosak. Kesan Epidemik dapat disebabkan oleh beberapa faktor antaranya kurangnya populasi tumbuhan yang rentan, terjadinya populasi tumbuhan yang tahan dan kurang kaedah kawalan yang dilakukan.


Faktor patogen yang disebabkan oleh Kulat dimana kulat ini mempunyai spora sangat ringan dan mudah diterbangkan oleh angin pada jarak yang cukup jauh. Umumnya secara terhad epidemik dapat disebabkan oleh patogen yang disebarkan oleh serangga yang aktif berpindah. Spora karat daun ini memang mudah disebarkan melalui angin dan sentuhan fizikal untuk berpindah kebahagian lain tanaman kopi. Kesanya serangan cepat berlaku terutama jika cuaca dan iklim amat sesuai. Faktor cuaca juga ada kaitan dengan serangan karat daun kopi. Jika berlaku kenaikan tahap kelembapan dipersekitaran di kebun kopi akan memberi kesan dalam meningkatkan intensiti penyakit tumbuhan seperti karat daun kopi.  Penyakit karat daun kopi yang disebabkan oleh patogen Hemileia vastatrix merupakan penyakit utama pada tanaman kopi Arabika. Penyakit karat daun pada kopi pertama kali di temui di Brazil pada tahun 1970 dimana pada tahun1882 ia dijumpai menyerang di kawasan Sri Lanka, Asia Selatan, Asia Tenggara dan di Afrika. Penyakit ini pernah dilaporkan menghancurkan industri tanaman kopi di Asia Selatan pada pada tahun 1880 sehingga 1890. Penyebab utama proses penyebaran penyakit adalah kerana sistem tanaman masa itu masih monokrop atau monokultur. Penyakit Karat Kopi menghancurkan semua pokok kopi di Sri Lanka dimana ada juga dilaporkan semua pokok seragam yang berasal dari kopi Arabica adalah dari jenis yang Rentan (Succeptible). Pada tahun 1876 penyakit ini mulai menyerang tanaman kopi di Indonesia khususnya di Jawa dan Sumatra. Pada tahun 1885 industri penanaman kopi di Indonesia terhenti akibat penyakit ini. Antara tahun 1986 -1990 pengeluaran kopi Indonesia telah merosot menjadi 25% dari jumlah sebelumnya.


Dari segi punca dan faktor penyebaran mengenai Penyakit karat daun kopi dipengaruhi oleh patogen Hemileia vastatrix yang berada dikawasan keliling kebunkopi. Faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan penyakit karta daun adalah seperti suhu, kelembapan udara, curahan hujan dan sinar matahari. Suhu di atas paras15 Celcius yang berlaku di kebun tanaman kopi mennyebabkan kejadian perkembangan penyakit ini. Hujan banyak juga akan berperanan dalam meningkatkan kelembapan sehingga sesuai untuk pembiakan sopra kulat. Bagaimana pun dilaporkan sinaran cahaya matahari terus permukaan daun kopi membantu menghalang pembiakan spora ini dengan agak berkesan.  Penyebaran spora dari pokok ke pokok dapat berlaku diebabkan oleh sentuhan dan bantuan percikan air yang menyebabkan spora sampai pada sisi bawah permukaan daun. Berlaku infeksi cendawan terjadi pada stomata yang terdapat pada sisi permukaan bawah daun. Dalam proses infeksinya maka spora akan mula membentuk tunas cambah kemudian membentuk apresorium di depan mulut stomata daun. Selanjutnya kulat ini akan memasukki kedalam sel daun. Beberapa patogen  lain juga berpotensi membantu menyebarkan uredospora Hemileia vastratrix adalah angin, vektor spesies trips tertentu, burung dan manusia. Semuga artikel ini membantu dalam semua sekali mengenai apakah dia penyakit karat daun pada kopi. Wasallam!...

TANAM KOPI... KARAT DAUNNYA...

CARA PEMBIAKAN...ADA SPORA...
HASIL KURANG... SEMUA KECEWA...
PERLU DIKAWAL... ADA PERIKSA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Tampokk Laut, Benut,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(25 RabiulAkhir 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...