Support My Blog

Wednesday, November 25, 2015

BAGAI KAMBING DIHALAU KE AIR


BAGAI KAMBING DIHALAU KE AIR  adalah satu daripada peribahasa nakal dan memberi makna "Seseorang yang segan untuk melakukan suatu pekerjaan". Peribahasa ini memang agak kelakar kerana semua orang tahu kambing adalah haiwan yang dikatakan takut air atau tidak mandi. Ada juga kaitan atau gelaran orang badannya berbau busuk apabila berpeluh sebagai 'Bau Kambing'. Kambing (Goat) merupakan haiwan yang hidup berkumpulan diternak untuk mendapatkan dagingnya. Terdapat banyak jenis kambing di Malaysia yang diternak sama ada kambing tempatan, kambing Import (Boer, Katjang, Japnapari) dan juga Kambing Bebiri (Sheeps). Peribahasa ini menyatakan ada individu apabila disuruh atau diberikan tugasan ia merasa segan atau tidak mahu melakukannya. Sebagai contoh dalam satu majlis dia diarahkan untuk membaca doa atau menjadi MC tetapi oleh kerana kurang confident dia takut atau segan silu untuk melakukannya. Ini akan menyukarkan perjalanakn sesuatu tugasan atau majlis apabila memang kekurangan sumber manusia dilokasi. Bukan mudah untuk seseorang yang tiada pengalaman dan takut-takut disuruh melakukan sesuatu pekerjaan. Bagaimana dipujuk dengan imbuhan pun mereka tetap tidak mahu buat. Akhirnya kena cari orang lain atau buat sendiri sahaja (tidak payah suruh orang lain untuk membuatnya). Bagaimana pun didalam aspek pengurusan sumber manusia latihan dan pendedahan berterusan perlu diberikan kepada orang seperti ini. Dengan latihan dan pendedahan ini mereka kan berubah untuk lebih pandai menjalankan tugasnya. Artikel dalam "Anim Agro Technology" ini bagiamana pun akan membentangkan ternakan kambing dan beberapa perkara ilmiah mengenai kambing selaras dengan contoh peribahasa yang dibincangkan. 


KAMBING (Capra hicus) merupakan sejenis haiwan ruminan kecil yang terletak dalam keluarga Bovidae atau Sub-Famili Caprinae. Penulis blog telah mengenali akan haiwan kambing sebagaimana anda pernah lihat atau kenal akan haiwan ini yang di ternak oleh penternak kambing secara kecil-kecilan atau berskala besar secara komersil. Pemasaran daging kambing di Malaysia banyak bergantung kepada musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Korban dan juga semasa perayaan Deepavali. Permintaan pada waktu puncak ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengimpot daging kambing dari luar negara untuk menampong kekurangan. Penternakan kambing yang terancang dan sistematik mampu menjana pendapatan lumayan dimana kebanyakan bahagian kambing boleh di jadikan duit selain daripada daging kambing seperti tahi kambing, kulit kambing, tanduk kambing, susu kambing dan sebagainya. Daging kambing merupakan daging yang mengandungi kolesterol paling rendah iaitu cuma 63.8 g setiap 1 kg (Rujuk data diatas) berbanding dengan kandungan kolesterol dalam daging ayam (76 g), Lembu (73.1 g), Bebiri (78.2 g) dan Khinzir (73.1 g). Kandungan bahan lemak, Lemak Tepu dan Protin sila rujuk pada rajah jadual di atas. Kandungan tenaga juga paling rendah dalam daging kambing iaitu cuma 122 kcal berbanding dengan sebanyak 180 kcal dalam daging khinzir. Kadar perkapita pengambilan daging kambing di Malaysia masih agak rendah iaitu cuma 0.8 - 0.9 kg/ orang /tahun sahaja berbanding dengan perkapita daging ayam sebanyak 110.2 kg/orang/tahun. Harga daging kambing tempatan juga agak tinggi diantara RM 20 - RM 30 sekilogram dipasar kerana bekalan yang agak berkurangan.


Terdapa 3 jenis baka kambing yang popular untuk diternak iaitu BAKA KAMBING PEDAGING, BAKA KAMBING SUSU dan BAKA KAMBING DWI-FUNGSI. Baka kambing pedaging adalah baka yang digunakan untuk mendapatkan daging seperti Baka Boer, Kacang, Black Bengal, Savana, Kalahari Red dan Jermasia. Baka Susu pula untuk diambil susu kambing yang berkhasiat seperti Baka Saanen, Alpine dan Toggenbung. Baka kambing dwi-fungsi diternak untuk mendapatkan daging dan susu seperti baka Japnapari dan Anglo-Nubian. Bagaimana pun kos untuk mendapatkan baka-baka ini agak mahal kerana permintaan yang amat tinggi terutama untuk baka Boer dan Japnapari.  Pada penulis SUP KAMBING pula merupakan sejenis makanan sup dengan ramuan utama adalah daging kambing yang popular di Malaysia dan negara jiran. Walau pun ramai dikalang orang Malaysia masih takut untuk makan daging kambing sama ada dimasak kari, masak kicap, dijadikan steak, sate kambing dan suo kambing tetapi pemikiran dan kepercayaan ini telah sedikit sebanyak berkurangan. Ramai mendakwa selepas makan daging kambing akan mendapat pening kepala dan ambil panadol kemudian. Ada pula dikalangan mereka tidak suka makan sup kambing atau daging kambing kerana dakwanya ianya 'berbau' terutama jika menggunakan kambing kampong jantan(Kambing bobok). Pemilihan daging kambing yang segar dan kaedah penyembelihan dan pemotongan yang betul membolehkan mereka yang masak sup kambing akan dapat nilai terbaik terhadap sup kambing yang disediakannya. Penjual sup kambing selalunya akan membuat jualan pada premis khusus atau kenderaan bergerak tetapi pelanggannya akan datang untuk dapat menikmatinya. Penulis memang amat minat dengan sup kambing yang suam panas dan dimakan bersama dengan roti atau nasi putih.


Sistem Ternakan Kambing yang dijalankan di negara kita mempunyai 3 cara pengurusan iaitu SISTEM TERNAKAN INTENSIF, SISTEM TERNAKAN SEMI-INTENSIF dan juga SISTEM TERNAKAN EKSTENSIF. Kambing (Copra hircus)merupakan haiwan ruminan kecil yang suka memamah dan memakan daun-daun dan batang tumbuhan yang menyebabkan ia mampu didapati di kawasan padang, gurun , bukit bukau dan apa lagi kawasan banyak rumput seperti di Malaysia. Kemampuannya makan rumput tanpa memilih menyababkan kambing adalah agen biologi kawalan rumpai yang sangat berkesan. Bagaimanapun kehadirannya menyebabkan kambing juga menjadi musuh utama kepada pekebun-pekebun kerana ianya makan tanaman yang ditanam dikkawasan rumah dan kawasan kebun. Kambing suka meneroka kawasan baru untuk meragut dan ini menyebabkan ianya menumbukan masaalah pengurusan dimana tuan tanah akan marah. Sebaiknya memelihara kambing di kawasan yang berpagar untuk kurangkan risiko bergaduh sebab kambing.


Tahi Kambing ada sumber baja yang baik dalam pertanian. Kaedah untuk memproses tahi kambing dijalankan dengan cara menyediakan beberapa kemudahan seperti bangunan bangsal (15 kaki x 28 kaki atau lebih besar) dan alatan seperti mesin pembancuh tinja, cangkul, jaring penapis, alat penimbang dan bekas plastik. Peralatan ini akan digunakan bagi memproses tahi kambing yang akan menghasilkan baja organik. Kiraan mudah mendapati, kos semua peralatan dianggarkan kira-kira RM10,000. Kita memang tahu yang baja organik tidak mengandungi sebarang bahan kimia, antibiotik atau hormon. Lebih baik lagi kerana tahi kambing tidak mencemarkan alam sekitar atau kualiti air. Penggunaan baja organik tahi kambing dilaporkan dapat mengurangkan serangan oleh beberapa patogen perosak seperti hama dan penyakit. Kajian menunjukkan bahawa baja ini sesuai digunakan bagi semua jenis tanaman jangka panjang terutamanya tanaman buah-buahan seperti durian, duku dan manggis serta tanaman jangka pendek sayuran berdaun atau sayuran buah seperti sawi, cili dan tomato. Memang baja organik memberikan faedah kepada tanaman seperti menyuburkan lapisan bawah permukaan tanah, meningkatkan populasi mikro organisma tanah dan juga meningkatkan daya serap akar ; daya serap air. Baja tahi kambing juga mampu meningkatkan ketersediaan unsur terutamanya unsur Nitrojan, Posforan serta Kaliam (NPK) dalam jangkamasa panjang untuk membentuk unsur yang sangat diperlukan tanaman. Umum memang tahu yang baja ini memang mampu mengurangkan kos pertanian dan ianya MESRA ALAM. Semuga artikel ilmiah mengenai kambing ini dapat menambah ilmu anda semua. Ingat peribahasa diatas sebagai kupasan. Wasallam!.
NAMA KAMBING ... TAKUT AIR PASTI...
KALAU DIHALAU... SUSAHNYA DIIKUTI...
PERIBAHASA INI... MAKNA TERSENDIRI...
RASA SEGAN... MEMANG IA TERJADI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11,
Putrajaya, WP, MAlaysia.
(12 Safar 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...