Pembajaan Kopi sama seperti tanaman lain memerlukan pambajaan yang seimbang dan cukup untuk tumbuh dengan subur dan memberikan hasil tanaman yang maksimum. Pembajaan adalah diperlukan bagi menggantikan nutrien tanah yang hilang melalui proses larut resap, hakisan dan tuaian hasil tanaman. Berikut adalah jadual pembajaan bagi tanaman kopi. Jadual diatas menunjukkan kadar pembajaan tanaman kopi secara umum. Pada tahun pertama sebanyak 150 gram sepokok setahun NPK 15:15:15 diberikan dengan 6 kali aplikasi. Baja kapor GML pula diberikan dengan kadar 100 gram sepokok dengan 2 kali aplikasi. Pada tahun ke 2 juga cara pembajaan pokok kopi adalah sama dengan tahun pertama cuma kadarnya dinaikan kepada 300 gram sepokok setahun untuk NPK dan 200 gram sepokok setahun untuk GML. . bagaimana pun baja NPK 12:12:17:2 (Baja Buah) perlu diberikan dengan kadar 450 gram sepokok setahun juga dalam 6 kali aplikasi dan baja Kapor GML sebanyak 300 gram sepokok setahun dalam 2 kali aplikasi. Kaedah pembajaan pada tahun ke 4 dan seterusnya adalah sama dengan tahun ketiga. Tanaman kopi sangat perlukan aktiviti pembajaan untuk pertumbuhan pokok yang optima dan hasil berkualiti. Pokok kopi yang tidak berbaja rendah hasilnya dan mudah diserang penyakit dan perosak.
Kawasan tanaman kopi diperingkat awal sering diganggu dengan rumpai. Rumpai bersaing dengan tanaman kopi dari segi penggunaan air, nutrien dan cahaya matahari serta menjadi perumah kepada penyakit dan perosak serangga. Rumput dikawasan pokok kopi perlu dikawal dari peringkat awal penanaman. Lazimnya selepas anakbenih kopi ditanam kawal rumpai secara manual dengan mencabut atau menggunakan cangkul. Bagi kawasan tanaman kopi dewasa racun rumpai seperti glufosinate-ammonium (seperti Basta), Glyphosate (seperti Round up) dan paraquat dichloride (seperti gramoxone) boleh digunakan di sekeliling pokok, di antara baris bagi pokok muda atau pun dewasa (Sila lihat foto disebelah). aktiviti cabtasan atau pemangkasan adalah diperlukan bagi membentuk pokok kopi kepada satu bentuk yang boleh menggalakkan pengeluaran hasil yang tinggi. Biasanya pemangkasan batang tunggal dilakukan untuk pokok kopi jenis Liberica di mana hanya satu batang utama dibiarkan tumbuh manakala batang atau dahan sekunder akan keluar daripada batang utama ini. Semua sulur air yang keluar daripada batang utama atau batang sekunder akan dibuang. Bagi menjalankan pemangkasan Batang Berganda ianya dijalankan dimana cara pemangkasan batang berganda biasanya dilakukan bagi kopi jenis Robusta. Sebanyak 2,3 atau 4 batang utama digalakkan untuk tumbuh dan membesar. Pemangkasan Batang Berganda di Tapak Semaian dimana semaian pokok kopi dibiarkan tumbuh sehingga 20sm dari paras tanah sebelum dipangkas. Sebanyak 2- 4 tunas air dibiarkan tumbuh untuk menjadi batang utama.
Jadual diatas menunjukkan teknik Pemangkasan Batang Berganda di jalankan diperingkat ladang. Di peringkat ladang pula pokok kopi dipangkas pada ketinggian 180 cm iaitu selepas 4 - 6 bulan pokok kopi tersebut ditanam di ladang. Cantasan pembentukkan amat penting dijalankan mengikut umur pokok. Sila rujuk rajah diatas untuk membuat sistem cantasan tanaman kopi yang seimbang dan betul. Pokok kopi mesti dijalankan cantasan mengikut jadual untuk memudahkan penjagaan tanaman, mengutip buah kopi dan lain-lain kerja amalan agronomi dikebun. Sila anda baca artikel sebelum ini Part 1 dan Part 2 serta Part 4. Semuga mendapat tip berguna dalam penanaman kopi. Wasallam!.
TANAM KOPI... PERLU DIGALAKAN...
MINUMAN KOPI...NO 2 KEDUDUKAN...
SEMAKIN KURANG...PETANI INGINKAN...
TULIS ARTIKEL...MENJADI RUJUKKAN..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(17 Muharam 1437H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.