Support My Blog

Friday, November 13, 2015

KOPI - USAHAWAN WADIRA

KOPI WADIRA adalah sejenis jenama produk kopi yang istimewa dihaslkan dari Baling, Kedah. Produknya daripada jenis kopi 'O' kepada kopi paket pelbagai rasa termasuk kopi 'kuat', kopi 'tenaga' sehinggalah kepada kopi penguat tenaga batin memenuhi pasaran kopi tempatan. Penulis yang telah sempat melawat kilang ini dengan jenama Wadira Kopi Tumbuk mempunyai pusat memproses beralamat di No. 53, Kampung Teluk Sungai Durian, 09100, Baling, Kedah, Malaysia mendapati pengusaha kopi ini mampu untuk menghasilkan kopi yang sesuai untuk pasaran tempatan. Aktiviti pengeluaran kopi ini juga telah disiarkan oleh Akhbar Utusan Malaysia pada 9 Januari 2009 sebagai satu dari testimoni. Akhbar tersebut melaporkan ia berpunca daripada limpahan pelbagai jenis kopi dan banyak permintaannya dimana ini telah memikat sekumpulan wanita kampung mengambil peluang mengusahakan produk kopi tumbuk asli tanpa menggunakan mesin moden bagi menghasilkan serbuk halus kopi. Wanita Dinamis Felcra (Wadira) Kampung Teluk Sungai Durian, Bongor, Baling, Kedah, telah mengumpul kopi mentah daripada ahli bagi mewujudkan pusat pemprosesan kopi tumbuk secara komersial. Kaedahnya juga mudahdimana mereka sepakat dalam usaha bekerjasama dalam semua proses iaitu daripada aktiviti mengumpul, mencambah, menggoreng dan menumbuk sehinggalah serbuk kopi dihasilkan. Pengerusi Wadira, Nafisah Abdul Kadir,48 seramai 20 orang ahli kumpulannya mengumpul sendiri modal, bahan dan juga melaksanakan sendiri kesemua proses pengeluaran kopi. Mereka telah mengumpul sendiri modal dan bahan termasuk buah kopi mentah dengan melaksanakan sendiri sehinggalah kepada proses pengeluaran kopi. Sebenarnya perusahaan membuat kopi tumbuk ini diusahakan sejak tiga tahun lalu. Asalnya di sebuah rumah ahli dan akhirnya kini mempunyai bengkel sendiri. Pada masa ini pihaknya mendapatkan buah kopi mentah daripada ahli dan penduduk kampung sekitar. Mereka adalah sebahagian kumpulan yang terus membuat aktiviti memproses kopi untuk dijadikan produk kopi tempatan yang kini ada beratus-ratus jenama diseluruh negara. Minuman kopi adalah kedua terpenting diambil oleh manusia diplanet ini selepas minuman air mineral atau air masak. Artikel subuh Sabtu ini sambil melihat kesunyian lalulintas di Jalan Mergong, Alor Setar, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sekumpulan wanita di Kedah yang bersatu menghasilkan produk serbuk kopi sebagai satu punca pendapatan.

Pada masa tinjuan dilakukan, mereka ada nyatakan buah kopi mentah (Istilahnya Kopi Jambu) dibeli daripada penduduk tempatan dengan harga RM2.50 sekilogram manakala kopi yang telah siap dicambah atau yang telah dibuang kulit (Istilahnya Biji Kopi Mentah) dengan harga RM8.00 sekilogram. Setakat ini bekalan kopi mentah masih mencukupi untuk memenuhi keperluan memproses dan permintaan kopi tumbuk yang dijalankan dikilang mereka. Memproses biji kopi  mentah kepada serbuk kopi mempunyai pelbagai teknik, bahan campuran dan kaedah memasaknya selain daripada cara mengisar. Penulis yang telah melawat berpuluh-puluh kilang kopi diseluruh negara daripada kilang kecil dikawasan kampong sehingga kepada kilang bertaraf antarabangsa yang besar mendapati cara asas membuat serbuk kopi hampir sama. Peralatan yang digunakan sama ada jenis moden dan tradisional akan menentukan kualiti serbuk kopi yang dihasilkan selain daripada teknik pembungkusan dan promosi. Bagi kilang ini, penulis dapati agak berbeza cara penyediaannya dimana mereka memproses membuat 'Produk Kopi Tumbuk'. Mereka akan menjalankan kerja-kerja memproses bahan setiap hari melalui kerjasama semua ahlinya secara tradisional dan agak unik. Kelebihan produk keluaran mereka adalah dimana pembuatan kopi tumbuk keluaran kumpulan wanita ini tidak menggunakan bahan awet sekali gus hasil kopinya memenuhi cita rasa penggemar kopi sebenar. Memang boleh dikatakan kopi produk mereka ada kelas tersendiri.


Mereka mahu penggemar kopi tempatan akan dapat merasai kopi tumbuk sebenar. Mereka juga percaya dan yakin pasaran kopi tumbuk akan berkembang. Prosesnya bermula dari membeli buah kopi jambu, mencambah, menggoreng sehinggalah ke menumbuk kopi dilakukan secara manual dan mengikut konsep GMP. Biji kopi yang sedia untuk ditumbuk akan dimasukkan kedalam lesung dan seterusnya ditumbuk oleh dua orang petugas sehingga ia menjadi serbuk kopi (Sila lihat foto disebelah). Kemudian serbuk kopi ini akan ditapis halus dan ianya kemudian diitumbuk semula sehingga proses selesai sebagai serbuk kopi tumbuk yang sedia untuk pembungkusan. Serbuk kopi yang segar ini akan dikumpulkan dan dibungkus dalam pek bungkusan kedap udara bagi menjamin ketahanannya. Lazimnya proses menumbuk biji kopi di lakukan sendiri secara manual tanpa sedikit pun menggunakan mesin pengisar bagi menjamin kualiti dan kaedah penyediaannya. Selama ini ujud kerjasama erat antara ahli membolehkan proses pengeluaran kopi tumbuk berjalan lancar dan mengikut jadual bagi memenuhi permintaan bekalan. Sikap kerjasama yang baik dikalangan mereka akan menentukan pengeluaran kopi tumbuh berterusan dan berkualiti.


Kopi tumbuk asli berjenama Wadira ini biarpun masih baru di pasaran namun permintaannya bukan sahaja untuk pasaran sekitar daerah malah telah menjangkau sehingga ke Kuala Lumpur. Pada masa ini pihaknya mempunyai rangkaian pemasaran sendiri biar pun perusahaan membuat kopi tumbuk ini tidak berskala besar. Bagi Nafisah mutu kopi tumbuk boleh dilihat melalui penghasilan serbuknya yang lebih halus manakala aromanya tetap tidak berubah, sekali gus memukau selera penggemar si hitam manis ini. Sementara itu, Pegawai Pemasaran produk Wadira, Saarah Harun menjelaskan, selain pasaran tempatan termasuk kedai runcit dan restoran pihaknya telah mengambil langkah untuk usaha memperluaskan lagi pemasaran kopi tumbuk ke seluruh negara. Sehingga kini kopi tumbuk Wadira telah dijual sehingga ke Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor selain di kawasan utara. Buat masa ini antara 50 hingga 100 kilogram kopi tumbuk mampu dikeluarkan untuk memenuhi bekalan permintaan. Kopi tumbuk keluaran Wadira masih lagi bertatih dengan cara pembungkusan dan pelabelan. Pihaknya masih berada pada tahap tingkatkan promosi bagi meyakinkan pelanggan dan peminat kopi tumbuk. Pihaknya turut mengambil kesempatan menyertai ekspo dan pameran dalam mempergiatkan lagi kempen meminum kopi tumbuk. Mereka yakin produk Wadira ini bakal mencetuskan satu era baru kepada golongan muda meminati kopi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.
KOPI TEMPATAN... KOPI WADIRA...
KUMPULAN WANITA...DIFELCRA...
PRODUK DIJAMIN... ENAKNYA...
BACA ARTIKEL...MACAM NAK CUBA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 111, Hotel Leverage,
Jalan Mergong,
Alor Setar, Kedah,
Malaysia.
(21 Muharam 1437H) 
Posting pada 13 November 2015

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...