Support My Blog

Wednesday, November 4, 2015

TIP TANAMAN KOPI (Part 4)


TANAMAN KOPI (Coffea spp.) di negara ini banyak terdapat di kawasan pantai Barat Semenanjung Malaysia dan juga Malaysia Timur. Tanaman ini merupakan tanaman yang penting di kalangan pekebun kecil. Ianya diusahakan secara tanaman tunggal atau secara selingan di kawasan kelapa atau buah-buahan yang sedia ada. Pada masa ini kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bill ex Hiem) sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia. Negeri pengeluar utama jenis kopi di negara ini ialah Johor dan Sabah. Terdapat seluas 3,714 hektar tanaman kopi di Malaysia dimana 1,112 hektar adalah di Negeri Johor dan seluas 2,216 hektar di Sabah (Sumber: Bahagian PTIF, Jabatan Pertanian Malaysia). Penelitian penulis mendapati kopi jenis Robusta pernah ditanam sedikit di Utara Semenanjung Malaysia tetapi agak luas ditanam di Sabah dan ada sedikit di Sarawak. Malaysia mampu mengeluarkan biji kopi mentah sekitar kurang dari 3% untuk keperluan tempatan manakala sebanyak 97% biji kopi mentah adalah diimport dari luar. Sebanyak 97,500 mt - 100,000 mt biji kopi mentah diimport setiap tahun untuk kegunaan kilang kopi tempatan dan seterusnya produk kopi tersebut untuk kegunaan tempatan dan juga dieksport. Seramai 96 buah pengilang kopi diberi kelulusan oleh Kementerian Pertanian untuk mengimport biji kopi mentah semasa artikel diitulis (Sumber: Laporan Tahunan Agromakanan MOA). Pengimport mempunyai kilang kopi untuk memproses biji kopi mentah kepada produk akhir berasaskan kopi terutama Kopi-dalam-satu (3-in-one) dan instant coffee. Malaysia juga merupakan pengeksport produk berasaskan kopi dengan jumlah nilai eksport melebihi RM1.2 billion pada tahun 2014. Kekurangan bekalan dan juga trend fasa kebergantungan import kopi menunjukkan industri untuk penanaman semula kopi di negara kita perlu digalakkan semula. Aktiviti penanaman dan pengeluaran kopi mentah di Malaysia menurun dengan amat signifikan daripada 16,000 hektar pada tahun 1990'an kepada hanya 3,714 hektar pada tahun 2015 (25 tahun). Banyak pendekatan perlu dilakukan untuk menarik minat petani dan usahawan menanam semula kopi. Antaranya seperti penanaman kopi secara intergrasi dengan kelapa atau buah-buahan dan memperkenalkan varieti baru yang produktif. Apa pun kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa tips dan informasi mengenai penanaman kopi.


Tanaman kopi seperti tanaman lain mempunyai musuh dan penyakit. Antara jenis penyakut Kopi adalah Penyakit Karat Daun
(Sila lihat foto disebelah). Penyakit daun ini disebabkan oleh kulat iaitu Hemileia vastrix dan singkatannya Penyakit HV pada kopi. Ia juga boleh menyebabkan lerosakan pada tanaman kopi. Penyakit karat daun akan menyerang tanaman kopi terutama dari jenis Kopi Arabika yang ditanam pada ketinggian di bawah 1,000 meter dari paras laut. Serangan ini menyebabkan daun-daun kopi akan berguguran sehingga tanaman menjadi gundul, pucuk-pucuk pada cabang mati dan akhirnya tanaman mati secara keseluruhan. Kerugian yang disebabkan oleh penyakit karat daunmenyebabkan hasil kopi merudum. Kawalan boleh dilakukan dengan menyembur dengan racun kulat seperti racun jenis triadimefon (0.05- 0.1%). Cara lain adalah dengan memusnahkan semua daun yang berpenyakit. Seterusnya adalah serangan Penyakit Hawardimana penyakit ini disebabkan oleh kulat iaitu Marasmeillus scandens yang merosakan tanaman kopi. Kawalan dengan memangkas bahagian yang diserang dan musnahkan. Sembur dengan racun kulat yang mengadungi kuprum. Seterusnya ke 3 adalah Penyakit Cendawan Angin disebabkan oleh kulat Corticum salmonicolorPada peringkat awal jangkitan, miselium kulat ini keluar seperti bebenang putih mungkin dapat dilihat pada bahagian kulit ranting atau dahan kecil yang dijangkiti. Ia akan bertukar ke warna merah jambu (pink)yang sesuai. Ia seperti lentisel atau tisu yang luka. Apabila kulit kayu telah mati, miselium pada kulit ranting ini akan membentuk kerak kasar berwarna merah jambu pada permukaan bahagian bawah ranting yang dijangkiti. Jangkitan pada pokok muda boleh menyebabkan kematian, manakala serangan pada pokok sihat tidak memberi kesan yang serius kepada pertumbuhannya. Kawalan dengan memangkas bahagian yang diserang dan musnahkan. Sembur racun atau cat pada bahagian yang baru diserang dengan racun kulat jenis kuprum. Ke 4 adalah Penyakit Antraknos Buah dimana penyakit ini disebabkan juga oleh kulat iaitu Collectrichum sp. Ia akan menyebabkan buah kopi menjadi busuk dan hitam. Ia akan gugur. Kawalan dengan menyembur dengan racun kulat seperti mancozeb atau kuprum oksiklorida.


Tanaman kopi juga ada perosak yang perlu dikawal. Antaranya adalah Kumbang Pengorek Buah (Hypothemes hampel) korek buah kopi. Kawalan dengan pungut buah masak dengan segera dan giliran pungutan mesti cepat. Jika serangan teruk, kutip dan musnahkan semua buah kopi yang telah diserang dan yang elok sama ada di atas pokok atau di atas tanah selama 2-3 bulan di kawasan yang terlibat. Jika perlu sembur dengan racun serangga chlorpyrifos atau malathion. Serangga ke 2 yang menyerang adalah jenis Rama-rama Kepak Jernih (Cephanodes hyles) akan bertelur pada daun dan larvanya akan merosakan tanaman kopi. Cara kawalan dengan memungut dan musnahkan ulat yang terdapat pada daun di peringkat awal serangan. Bersihkan ladang dari sampah sarap dan rumput rumpai. Jika perlu sembur dengan racun chlorpyrifos atau malathion. Ke 3 adalah serangga dinamakan sebagai Kumbang Kaboi (Apogonia sp.) yang biasanya menyerang pokok kopi dengan memakan pucuk muda pada malam hari. Kesannya pokok terbantut pertumbuhan. Kawalan biasanya dengan kaedah menyembur dengan racun serangga seperti methrin. Perosak ke 4 adalah Teritip (Lecanium sp.) atau (Coccos viridis) iaitu perosak yang menyebabkan kerosakkan pada buah kopi. menghisap sap pada pokok muda, daun muda, tangkai tulang daun, tangkai bunga dan juga buah kopi. Akibat serangan ini maka pokok akan terencat dan bahagian yang kena serang akan layu dan mati. Serangga ini akan mengeluarkan manisan dan ini menarik pertumbuhan fungus. Kawalan dengan menyembur white oil atau malathion untuk mengawal semut yang berasingan dengan teritip tadi. Ke 5 adalah Cacing Nematod (Pratylenchus coffeae) dimana ia akan merosakkan bahagian akar kopi dengan menyekat pengambilan makanan. Pokok akan menjadi layu dan boleh mati. Kawal nematod dengan racun nematod seperti jenis fenamiphos. Guna pokok penanti dari jenis coffea robusta yang lebih tahan pada serangga nematod. Perosak popular adalah serangan oleh Musang dimana haiwan ini akan makan buah kopi jambu yang telah masak. Bagaimana pun kini kopi tahi musang (KOPI LUWAK) menjadi satu produk bernilai tinggi. Akhir sekali adalah perosak iaitu haiwan musang yang makan buah masak dikebun. Musang boleh dikawal dengan membersihkan kebun dan kawasan sekeliling kebun. Bagaimana pun "Kopi Tahi Musang" atau 'Kopi Luwak' mempunyai nilai jualan amat tinggi dipasaran.

Musim pokok kopi berbuah bergantung kepada umur pokok, musim dan juga kesuburan tanaman. Bunga kopi biasanya mengambil masa di antara 8-13 bulan bagi jenis Liberica, 7-9 bulan bagi jenis Arabica dan 9-10 bulan bagi jenis Robusta dari tarikh mula mengeluarkan bunga hingga buah masak. Kopi Catimor yang luas ditanam di Ranau, Sabah berbunga sama dengan kopi robusta kerana ia ditanam dikawasan tanah tinggi yang dingin (Sila lihat foto disebelah). Kematangan Buah Kopi berbeza mengikut varieti dan iklim. Buah kopi jambu biasanya berwarna hijau tua semasa di peringkat buah muda. Warna ini bertukar menjadi kuning dan merah apabila cukup masak dan sangat sesuai untuk dipetik bergantung kepada varieti juga. Menuai atau pungutan hasil  kopi selalunya dilakukan dengan memetik buah masak atau cukup matang. Selalunya bagi memastikan mutu biji kopi yang diproses adalah berkualiti tinggi, pengutipan hasil hendaklah dibuat dengan hanya memetik buah-buah kopi jambu yang berwarna merah dan cukup masak sahaja. Elakkan daripada memetik buah-buah yang masih hijau, separuh kuning atau memungut buah-buah kopi yang berwana hitam. Buah kopi jambu perlu menjalani proses lain sehingga ia menjadi serbuk kopi untuk diminum dengan enak. Sila anda baca Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk mendapatkan semua tip-tip penanaman kopi. Wasallam!.
TANAM KOPI... PERLU DIGALAKAN...
MINUMAN KOPI...NO 2 KEDUDUKAN...
SEMAKIN KURANG...PETANI INGINKAN...
TULIS ARTIKEL...MENJADI RUJUKKAN..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(17 Muharam 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...