CAFFEIN adalah sejenis bahan alkoloid berbentuk kristal yang memberikan rasa pahit dan berfungsi sebagai bahan perangsang phycoactive dan juga diuretik ringan lazimnya didapati dalam biji kopi (Coffea spp) serta dari buah cola, mate dan Guarana. Dari segi sejarah bahan caffien ini telah dijumpai oleh saintis Jerman iaitu Friedrich F. R. pada tahun 1819. Perkataan caffien ini berasal daripada biji kopi dimana ia merupakan bahan aktif dalam kopi yang diminum oleh manusia semenjak beribu tahun dahulu. Dalam ilmu pertanian bahan seperti ini yang memang wujud secara semulajadi dalam tunbuhan seperti biji kopi, daun teh, buah kola, guarana dan maté pernah digunakan sebagai bahan aktif untuk mengawal serangga perosak atau digunakan sebagai pesticide repellent. Ini kerana ia akan melumpuhkan dan membunuh beberapa jenis serangga tertentu yang memakan tanaman tersebut. Caffien ini merupakan bahan atau juga dikatakan sebagai ubat perangsang sistem pusat saraf pada manusia dan biasanya dapat menghilangkan rasa mengantuk secara sementara. Minuman yang mengandungi bahan seperti kafeina sama ada kopi, teh dan minuman ringan lain adalah sangat digemari oleh ramai penduduk dunia. Minuman berasaskan kopi merupakan jenis minuman yang kedua terpenting diambil manusia selepas air kosong atau air mineral. Bayangkan air kopi diminum setiap masa sama ada waktu sarapan pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam malahan saban waktu tanpa mengira bangsa, umur dan jantina. Kalau kita tinggal atau makan dihotel pastinya masa makan akan ditanya oleh pelayan 'Nak minum Kopi ke Teh?" dan sebahagian besar akan menjawab 'Kopi'. Di USA dilaporkan orang dewasa mereka sebanyak 90% mengambil minuman kopi yang mengandungi caffien setiap hari. Banyak rangkaian outlet minuman kopi di USA dan mereka adalah pengimport kopi terbesar didunia dengan kebanyakannya dari jenis Kopi Arabica daripada Brazil. Artikel subuh ini saya menulis artikrl ke 3,601 dalam "Anim Agro Technology" mengenai bahan caffien yang ujud dalam biji kopi untuk dijadikan bahan bacaan semua.
Kajian para saintis mendapati bahan caffien dijumpai dalam banyak jenis tumbuhan terutamanya daripada Kopi. Terdapat 3 jenis kopi yang ditanam didunia iaitu Kopi Arabika (Coffea arabica), Kopi Robusta (Coffea robusta) dan Kopi Liberica (Coffea liberica). Ketiga-tiga jenis ini ditanam untuk pasaran yang berlainan mengikut kehendak pengguna. Sebanyak 70% daripada kopi yang ditanam dan dipasarkan adalah jenis kopi arabica, 28% dari kopi robusta dan hanya 2% dari kopi Liberica. Pengeluaran kopi Brazil hampir menguasai 40% pengeluaran kopi dunia dengan jenis Kopi Jenis Arabica dan Jenis Robusta yang memang diminati pengguna dan ia berkualiti. Pengambilan minuman kopi yang mengandungi 'caffien' telah menjadi kegemaran penduduk diseluruh dunia sebagai minuman berjenama dengan cara promosi tersendiri oleh syarikat berasaskan biji kopi. Tanaman Kopi telah diperkenalkan di Malaysia semenjak kurun ke 17 oleh penjajah sebagai tanaman baru yang berpotensi dijalankan secara estet mahu pun oleh pekebun kecil. Keluasan tanaman kopi di Malaysia telah menurun daripada 9,740 hektar (1996) kepada 8,557 hektar (2005) dan seluas hanya 3,160 hektar pada tahun 2010. Sebanyak 20,952 metrik tan biji kopi jambu dihasilkan pada 2010 dengan jumlah nilai pengeluaran sebanyak RM 12.355 juta. Kawasan tanaman kopi utama di Malaysia adalah di Sabah (60%) diikuti dengan Johor (30%) dan ada beberapa negeri lain seperti Selangor, Perak dan Sarawak yang menanam kopi tetapi keluasan sangat kecil. Kebanyakan kawasn penanaman kopi di Johor adalah merupakan kopi dari jenis Liberica. Penanaman kopi di Sabah 75% adalah kopi jenis Robusta terutama di kawasan Tenom. Kopi Jenis Catimor ada ditanam di tanah tinggi Ranau dan Kundasang. Pada masa ini penanam kopi di Malaysia 95% adalah pekebun kecil dan tidak ada ladang kopi ditanam secara estet. Antara beberapa varieti kopi yang ditanam sekarang bagi menggantikan kopi lama adalah jenis Liberika seperti MKL2, MKL3, MKL4, MKL 5, MKL6 dan MKL7 serta yang terbaru adalah MKL8. Sementara bagi jenis Robusta adalah MKR2, MKR3, MKR4 dan MKR5.
Caffien banyak dijumpai dalam biji kopi dan juga bahawa kadar cafein adalah tinggi dijumpai pada semaian yang baru tumbuh. Kadar cafein yang tinggi juga ditemukan pada tanah disekitar semai biji kopi. Keadaan ini membolehkan peranan caffien untuk bahan ini membantu proses percamahan biji kopi dipersekitarannya. Dalam banyak testimoni dan kajian menunjukkan ada kesan dan efek berbeza yang dijumpai daripada berbagai sumber cafein semulajadi. Bahan cafien lazimnya mengandungi campuran alkaloid xantina yang akan merangsang degupan jantung. Diulangi sekali lagi kenyataan iaitu sumber utama bahan cafein dunia adalah dari biji kopi. Kandungan kafeina pada kopi berbagai kelas dimana ia adalah bergantung pada jenis biji kopi dan kaedah memproses biji kopi yang dilakukan. Kajian menunjukkan bahawa sebiji kopi mengandungi sekitar 40 mg hanan cafein sehingga sebanyak 100 mg cafeina untuk satu cawan (120ml). Lazimnya jenis kopi dark-roast mempunyai kadar cafein yang lebih rendah disebabkan cara proses semasa pemanggangan akan mengurangkan kandungan cafein pada biji tersebut. Kopi jenis Arabica umumnya mengandungi kadar cafein yang lebih sedikit daripada kopi dari jenis Robusta dan Liberica.
Jangan terkejut kalau dinyatakan daun teh mengandungi kadar cafein yang lebih tinggi daripada kopi (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun biasanya minuman teh disajikan dalam kadar sajian yang jauh lebih rendah kandungan caffiennya. Kandungan cafein juga berbagai varieti teh dimana ada jenis-jenis daun teh yang tinggi atau rendah kandungan caffiennya. Teh mengandung sejumlah kecil bahan Teobromina dan kadar Teofilina yang sedikit tetapi ia lebih tinggi daripada kopi. Warna air teh bukanlah indikator yang baik untuk menentukan kandungan kafeina kerana ia juga bergantung kepada jenis teh dan cara pemprosesannya. Sebagai contoh bagi teh seperti teh hijau organik adalah berwarna lebih pucat didakwa terkandung jauh lebih banyak kafeina daripada teh gelap yang berwarna lebih hitam. Saya katakan manusia telah mengambil cafein sejak zaman batu. Mereka pada zaman dahulu makan tanaman mengandungi caffien dengan mengambil dan mengunyah biji, ranting dan daun tumbuh-tumbuhan tertent. Kesannya seperti mampu untuk meringankan rasa lelah, merangsang kesedaran dan memperbaiki organ hati. Bagaimana pun kemudian manusa dapati kesan sebenar caffien apabila mereka merendam kopi atau menyeduh kopi dengan air panas. Air panas mampu memberikan tindakbalas sebanar kopi kepada peminumnnya.
Cafein sebenarnya memiliki molekul yang mudah dikenali iaitu Metabolit jenis 1-3-7-Aaid Trimetilurat, Paraksantine, Teofillina dan Teobromina (Sila lihat rajah sebelah). Bahan Cafein juga boleh mengikat receptor adenosine di otak. Adenosine ini adalah jenis Nucleotide yang mengurangkan aktiviti pada sel saraf otak semas ia masih terikat pada sel tersebut. Seperti juga bahan Aadenosina lazimnya beberapa molekul cafein juga akan terikat pada receiptor yang sama walau pun dari segi kesannya amat berbeza. Cafein tidak akan melambatkan aktiviti saraf atau otak tetapi sebaliknya akan menghalang adenosina untuk berfungsi. Akhirnya aktiviti otak meningkat dan mengakibatkan hormon epinefrin terlepas dan ini menghilangkan rasa mengantuk. Hormon tersebut akan menaikkan kadar denyutan jantung serta akan meninggikan tekanan darah. Ini membolehkan ia menambah penyaluran darah ke otot-otot, mengurangi penyaluran darah ke kulit dan organ dalaman sehingga mampu untuk mengeluarkan unsur tenaga iaitu glukosa dari hati. Cafein juga mampu menaikkan permukaan neuro-transmiter dopamin di otak. Cafein dapat dikeluarkan dari otak dengan cepat dimana ia tidak seperti alkohol atau perangsang sistem saraf pusat yang lain sehingga tidak mengganggu fungsi mental tinggi dan tumpuan otak. Pengambilan cafein secara berlebihan akan menyebabkan tubuh menjadi toleran terhadap kehadiran bahan cafein. Maka jika pengeluaran dalaman cafeina diberhentikan (dinamakan "pelepasan ketergantungan"), maka akhiran tubuh menjadi terlalu sensitif terhadap adenosina dan menyebabkan tekanan darah turun secara mendadak yang seterusnya mengakibatkan sakit kepala dan simptom lainnya. Kajian terbaru menyebutkan cafein dapat mengurangi risiko penyakit Parkinson walau pun perkara ini masih memerlukan kajian mendalam. Terlalu banyak ambil cafein akan menyebabkan kesan keracunan (intoksikasi) kafeina. Tandanya seperti keresahan, kerisauan, insomnia, keriangan, muka merah, kerap kencing (diuresis) dan masalah gastrointestial. Gejala-gejala ini boleh berlaku walaupun hanya mengambil sebanyak 250 mg cafein. Jika lebih dari 1g kafeina diambil dalam satu hari, maka gejala seperti kejang otot (muscle twitching), kekusutan fikiran dan perkataan, aritmia kardium (gangguan pada denyutan jantung) dan aktiviti psikomotor (psychomotor agitation). Diharap artikel mengenai caffien ini membantu anda mendapat ilmu berguna. Wasallam!..
NAMA CAFFIEN... BAHAN UTAMA...
DALAM KOI.. TEH PUN ADA JUGA...
KESAN OPTIMA.... PANAS DIMINUMNYA...
BACA ARTIKEL... HATI GEMBIRA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Istana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka
(27 Muharam 1436H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.