Support My Blog

Thursday, November 5, 2015

KOPI - ULAT DAUN KOPI (PART 1)

ULAT DAUN KOPI (Cephonodes hylas L) merupakan sejenis kupu-kupu yang mana menjadi serangga perosak penting kepada tanaman kopi (Coffea spp). Ulat yang keluar dari kupu-kupu ini akan merosakkan tanaman kopi dengan memakan daun yang muda atau pun yang tua (Sumber rujukkan: Risalah Teknik Pertanian Bil. 12, 1980, Jabatan Pertanian Malaysia karya Samsudin Saud dan Mohamad Omar). Biasanya daun kopi yang muda akan dimakan dulu. Penulis juga merujuk daripada beberapa buku lain dalam usaha untuk menyediakan artikel ini. Dalam keadaan serangan yang teruk mengakibatkan semua daun dimakan habis botak sehingga pokok tidak berdaun. Kerosakkan akibat serangan serangga ini amat cepat berlaku abalia keadaan cuaca dan suhu dipersekitaran sesuai. Kalau begitu serangannya maka pokok akan tiada daun akibatnya pokok kopi tidak berhasil untuk sekurang-kurangnya selama satu (1) tahun. Ini disebabkan apabila pokok tidak berdaun maka tidak akan ada penyaluran makanan untuk pertumbuhan daun-daun baru seterus tumbesaran pokok, pengeluaran bunga dan juga buah kopi. Keperluan baja tanaman bertambah untuk pulihkan tanaman. Bagaimana pun penulis juga maklum bahawa serangan serangga ini tidak menyebabkan pokok mati walau pun ianya boleh berlaku jika tidak dikawal dengan baik. Walau pun tanaman kopi di Malaysia hanya tinggal 3,217 hektar sahaja pada 2014 (Sumber: Laporan ststistik, Jabatan Pertanian Malaysia 2104) namun kalau berlaku serangan oleh ulat daun kopi akan menjejaskan lagi pengeluaran hasilnya. Artikel pagi Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai serangga perosak tanaman kopi iaitu Ulat Daun Kopi untuk dijadikan bahan rujukkan teknikal kepada semua.


Dari segi sejarah, serangga ini asalnya ditemui di Afrika, Australia, Asia India sehingga ke Jepun dan di Kepulauan Melayu. Di Semenanjung Malaysia ia adalah serangga yang dianggap sebagai musuh penting kepada tanaman kopi semenjak tahun 1891 (Sudah hampir 215 tahun dahulu)  seperti yang dilaporkan oleh pegawai British H.N. Ridley (Popular nama beliau dengan tanaman getah). Serangan yang besar sekali pernah dilaporkan pada tahun 1898 di Selangor (Dulu Selangor adalah sebuah negeri yang luas menanam kopi tetapi kini Kilang Nestle yang terletak di Shah Alam juga merupakan pemproses kopi yang terunggul di Malaysia). Dalam tahun 1928 seluas 607 hektar (1,500 ekar) tanaman kopi di Paloh, Johor musah teruk diserang ulat ini sehingga keperingkat anakbenih kopi tidak boleh dikeluarkan. Pada masa itu cara kawalan yang dijalankan dengan memungut ulat2 tersebut sehingga berjaya mengutip 300,000 ulat dalam sehari untuk dimusnahkan (Negara belum merdeka lagi!). Juga dilaporkan serangkan berlaku daripada bulan November - April (musim hujan dan panas) dengan teruknya (Sumber: Corbett and Yusope, 1932). Bagaimana pun trend serangan dilaporkan berubah sekitar tahun 1970'an iaitu dalam bulan Febuari - Jun (Musim panas kering). Selain daripada pokok kopi, ulat ini juga menyerang dan membiak pada pokok Gardenia. Telur ulat ini selalunya berada dibahagian bawah permukaan daun (Sila lihat foto disebelah). Ia diletakkan berbiji-biji diantara urat-urat daun berbentuk bulat ukuran 1 mm diameter. Telue baru lazimnya berwarna hijau dan bertukar kepada warna kuning sehingga menetas. Bila menetas ia tinggalkan kulitnya berwarna biru kehitaman. Tempoh penetasan adalah sekitar 3-5 hari.


Ulat Daun yang menetas daripada setiap biji telur berukuran 2.5 mm - 3.0 mm panjang berwarna kuniing dengan tanduk ekor yang berwarna hitam sepanjang 1 mm (Sila lihat foto sebelah). Ulat ini akan merayap dibawah permukaan daun dan memakan tisu-tisu epidermis bawah daun. Apa yang saya pernah lihat peringkat ulat ini ia akan bersalin kulit sebanyak 4 kali (moulting) dalam masa selama 13-29 hari. Kemudian ia akan menjadi kepompong yang jatuh diatas tanah.  Kerosakan tanaman kopi dilakukan diperingkat ulat sahaja. Penukaran kulit pertama berlaku diantara 2 - 5 hari dari penetasan telur. Warna badan ulat bertukar dari hijau dengan ada satu garisan hitam ditengah bahagian atas badan dari thorax sehingga ke ekor. Kepala dan ekor berwarna kuning. Tanduknya masih berwarna hitam dengan ukuran 2.5 mm panjang. Instar ke 2 berlaku diantara 2- 6 hari bilamana pertukaran kulit kedua berlaku. Peringkat Instar ke 3 berlaku semasa ulat berukuran 7-8 mm panjang dimana badan menjadi warna hijau tua dengan jalur putih kiri dan kanan dan ada 18 bintik hitam ditemui.  Tiga pasang kaki dibahagian thorax berwarna kemerahan dan empat  pasang dibahagian abdomen berwarna hitam berukuran 2.5 -3.0 mm. Ia mengambil 2-4 hari. Peringkat instar ke 4 berlaku selama 2-4 hari dimana ukuran ulat sekitar 13 - 15 mm dengan warna badan hijau bertompok kuning dibahagian thorax.  Ulat pada instar ke 5 adalah berukuran 18 - 22 mm dengan warna badan kehitaman dari kepala sehingga keekor. Ulat ini boleh mencapai panjang sehingga 60 - 70 mm.


Peringkat Kepompong ulat ini dimana bahagian kepala dan thorax menjadi warna hitam (Sila lihat foto disebelah).
Daripada penelitian saya mendapati bahagian atas abdomen berwarna perang sedangkan dibahagian bawah bercampur warna dengan kuning kehijauan. Keseluruhan badan kempmpong ini akan bertukar menjadi perang kehitaman sehingga kemudian muncul menjadi kupu-kupu dewasa. Ukuran panjang kepompong adalah 24-30 mm dengan lebar 6-7 mm dimana ia berlaku pada tanah iaitu memakan masa selama 12 - 19 hari.  Bagaimana pun purata peringkat kepompong selama 13 hari sahaja. Perinkat kepomong adalah tidak aktif dimana tidak ada kerosakkan yang dilakukan ulat ketika peringkat ini. Anda boleh membaca peringkat dewasa, simptom kerosakkan dan kaedah kawalan perosak ulat daun kopi ini pada tulisan artikel saya Part 2 berikutnya. Wasallam!.


ULAT DAUN KOPI... IA MERBAHAYA...
MAKAN DAUN KOPI... TUA DAN MUDA...
DAUN BOTAK... BUAH KOPI TIADA...
PERLU DIKAWAL ...DENGAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Kopi Catimor,
Kg Bundu Tuhan, Ranau,
Sabah, Malaysia.
(18 Muharam 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...