Support My Blog

Thursday, February 28, 2019

RODA HARUMANIS - INOVASI TERBAIK

RODA HARUMANIS merupakan salah satu inovasi terbaik daripada Jabatan Pertanian yang membantu petani yang mempunyai kebun buah Mangga Harumanis (MA168) menjalankan amalan agronomi dengan tepat. Rencana asal yang telah disediakan oleh Pegawai Pertanian Sharifah Azzuwani dan Pn. Marzia dari Jabatan Pertanian Perlis dijadikan bahan utama rujukan penulisan ini. Harumanis merupakan Ikon Negeri Perlis dan menjadi penyumbang utama kepada ekonomi rakyat negeri tersebut. Kejayaan pengeksportan buah ini ke negara Jepun telah menyebabkan peningkatan harga dan permintaan di pasaran secara mendadak. Justeru itu kini penanam perlulah menghasilkan buah Harumanis yang berkualiti untuk disajikan kepada meminatnya yang datang dari serata tempat ke Perlis untuk menikmati keenakan rasa buah ini. Luas penanaman kawasan Harumanis di Perlis sehingga November 2017 telah mencapai 1097.91 hektar dengan luas berhasil sebanyak 745.1 hektar dimana jumlah pendapatan dalam industri ini mencecah RM 41.9 Juta. Dalam pada itu penggemar buah Mangga Harumanis pada masa kini sanggup membayar dengan harga yang tinggi asalkan kualiti buah yang mereka dapat adalah yang terbaik. Berikutan dengan kes itu maka Jabatan Pertanian Negeri Perlis melalui Bahagian Hortikultur telah memperkenalkan roda Harumanis untuk memudahkan penanam menjalankan aktiviti ini. Ilham penghasilan roda Harumanis ini tercetus apabila melihat Roda Kehamilan (Ovulation and Pregnancy Calender Wheel) yang digunakan di klinik ibu dan anak. Penggunaan kalender penanaman Harumanis secara carta biasa agak membosankan dan susah untuk difahami. Justeru itu dari kalender tersebut ia ditukarkan kepada roda Harumanis yang lebih mudah untuk difahami, digunakan dan menarik. Terdapat aktiviti utama dan tarikh yang perlu diikuti oleh penanam bagi menjamin kualiti buah yang terbaik pada kalender ini. Roda ini juga menyediakan panduan kepada penanam untuk melakukan aktiviti menbaja, membalut buah dan memungut buah pada waktu yang betul dan tepat bagi menghasilkan buah yang berkualiti. Artikel malam ini dalam blog popular ''Anim Agro Technology" saya paparkan satu kejayaan inovasi Amalan Pertanian Baik tanaman mangga dengan penggunaan ''Roda Harumanis'' hasil inovasi Jabatan Pertanian Negeri Perlis untuk rujukkan penanam mangga ini diseluruh negara khususnya di Perlis.


Dari segi perlaksanaan penggunaan Roda Harumanis ini telah diedarkan kepada ramai penanaman mangga Harumanis di Perlis terutamanya kepada peserta FFS (Farmer Field School) untuk digunakan sebagai panduan. Penghasilan roda Harumanis ini sebagai penduan kepada penanam agar mereka dapat menjadualkan kerja amalan agronomi dikebun mereka dengan mengikut jadual yang TEPAT dan CEKAP. Kaedah ini didakwa berjaya mengatasi siu dan kes-kes penjualan buah mangga Harumanis yang kurang matang. Jika diikuti maka petani akan mengatasi sekaligus dengan dapat menghasilkan buah yang berkualiti premium dan mendapat harga baik di pasaran. Teknologi penanaman mangga harimanis di malaysia telah banyak menerima kemajuan hasil inovasi dan plot pemerhatian yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian. Pegawai Teknikal ini menjalankan kerja-kerja teknikal yang berkaitan dengan tanaman mangga Harumanis yang mana sangat sinonim dengan negeri Perlis. Akhirnya mereka berjaya hasilkan inovasi Roda Harumanis yang bertujuan untuk memudahkan petani dalam mereka pengurusan tanaman Harumanis mengikut kalender tanaman dari pakej Teknologi Jabatan Pertanian. Penggunaan Roda Harumanis ini dapat membantu petani membuat jangkaan awal setiap peringkat dan gerak kerja yang perlu untuk dilaksanakan terhadap pengurusan tanaman mereka.


Dalam pada itu memang industri Harumanis merupakan industri utama negeri Perlis. Penanaman Harumanis kini telah mencapai 1,300 hektar dengan 3,000 bilangan petani yang terlibat memerlukan bantuan daripada pakar dari Jabatan Pertanian. Justeru pihak jabatan perlulah mengambil berat tentang teknologi yang terbaik dalam memajukan industri ini. Asalnya idea atau certusan ilham Roda Harumanis ini tercetus apabila timbul pelbagai masalah di lapangan berkaitan tarikh sesuai untuk aruhan, tarikh yang sesuai untuk membalut dan yang paling utama adalah tarikh yang tepat untuk menuai buah matang dimana ini sangat mempengaruhi kualiti buah tersebut. Pemerhatian berkaitan fasa-fasa dalam kitaran tanaman Harumanis telah lama dilaksanakan sejak tahun 2007 bagi memastikan ketepatan jangka masa bagi sesuatu peringkat pada tanaman Harumanis. Contoh yang mudah ialah pada peringkat pembungaan dimana pokok mengambil masa 60-75 hari selepas aruhan untuk mengeluarkan tunas bunga. Pemerhatian ini dilaksanakan berulang-ulang kali bagi memastikan ralat bilangan hari pengeluran tunas bunga dapat dikecilkan. Begitu juga dengan peringkat-peringkat yang seterusnya seperti bunga kembang, buah putik dan seterusnya matang. Peringkat ini terlah diterjemahkan kepada jadual pada manual tanaman Mangga Harumanis.  Walaubagaimanapun, manual ini agak rumit untuk difahami dan diaplikasi oleh mereka dilapangan. Justeru asas idea Roda Harumanis ini tercetus setelah kami berulang alik ke klinik untuk pemeriksaan kehamilan. Betapa mudah jika sekiranya kitaran tanaman Harumanis ini dapat untuk ianya diterjemahkan seperti roda kehamilan yang digunakan oleh seluruh pengamal perubatan di dunia.


Hasil dari pelaksanaan inovasi Roda Harumanis ini merupakan satu idea kreatif dimana ia diterjemahkan dengan mengekstrak manual tanaman mangga Harumanis kepada Roda Harumanis dengan mengira purata hari setiap peringkat utama pada tanaman tersebut. Kitaran atau pusingannya adalah sebanyak 365 hari untuk semusim dan gerak kerja bagi tanaman ini adalah berdasarkan kepada manual yang digunakan sebelum ini. Dari manual setebal 53 muka surat ianya dipermudahkan menjadi sekeping roda yang boleh dipusingkan mengikut kesesuaian tarikh (Sila lihat foto disebelah)Penggunaan Roda Harumanis adalah tepat pada pengiraan hari untuk menuai buah. Buah yang telah dibalut pada umur 5 minggu selepas bunga kembang akan dituai selepas 8 minggu ia dibalut. Penggunaan roda ini memberi tarikh sebenar penuaian tersebut dan masalah buah tidak matang dan masam dapat diatasi sepenuhnya.  Selain itu, pengusaha juga boleh merancang tarikh untuk pengeluaran buah mereka dengan mangambil kira tarikh aruhan. Roda ini memudahkan pengusaha dalam usaha menguruskan tanaman mereka dan meraka akan sentiasa peka dengan situasi tanaman tersebut. Ia adalah alat yang cekap (Efisien) kerana dengan adanya inovasi Roda Harumanis ini maka petani akan dapat meningkatkan pendapatan dan kualiti buah yang dikeluarkan. Peningkatan kualiti mangga Harumanis dapat meningkatkan harganya sekaligus memberi pulangan yang lumayan kepada pengusaha.  Kos bagi penghasilan 1 unit Roda Harumanis hanyalah RM13.00 sahaja jika dibandingkan dengan kos percetakan manual Tanaman Harumanis senaskah yang menelan kos sekitar RM15.00 - RM 18.00 satu dan tidak mudah digunakan seperti inovasi ini. 


Potensi pelaksanaan inovasi Roda Harumanis ini telah selesai diperingkat percubaan dan mencapai matlamat dan objektif kajian. Ia juga telah diperkenalkan kepada golongan sasar iaitu pelanggan dan petani atau usahawan untuk diuji cuba dilapangan. Konsep bagi inovasi Roda Harumanis berpotensi tinggi untuk disebarluaskan dan dipraktikkan dengan roda bagi tanaman lain. Teknologi ini amat berpotensi untuk dikembangkan dimana pegawai pengembangan di Jabatan Pertanian perlu memainkan peranan kerana penerangan penggunaan inovasi ini perlu dilengkapkan dengan maklumat teknikal (Sila lihat foto disebelah). Kefahaman serta penguasaan maklumat yang berkaitan perlu terlebih dahulu dapat dikuasai oleh setiap pegawai pengembangan agar penerangan. Inovasi Roda Harumanis ini sangan mudah digunakan dan boleh dibawa ke mana- mana tidak seperti buku manual pengeluaran yang tebal, berat dan sukar untuk difahami. Roda ini memudahkan pengguna paham dan sentiasa bersedia dengan tindakan seterusnya dalam gerak kerja pengurusan pokok mereka. Sehingga jini sebanyak 565 unit bersaiz 4 kaki telah didiagihkan untuk kegunaan pegawai dan petani serta ditempatkan di Pusat Kecemerlangan Harumanis untuk pembelajaran dan kunjungan pelawat. Tahniah kepada Jabatan Pertanian yang berjaya menyediakan Roda Harumanis yang penulis blog fikir amat mudah digunakan dan kiraan amalan agronomi yang tepat. Inovasi Roda Harumanis ini telah dilancarkan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia sempena Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Negeri Perlis di Kangar Perlis pada 21 Febuari 2019 (Sila lihat foto dibawah). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini.
RODA HARUMANIS... MUDAHKAN KERJA...
INOVASI JABATAN.... SANGAT BERGUNA...
ATURKAN AKTIVITI...TANAMAN MANGGA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Bukit Bintang,
Sg Batu Pahat, Kangar,
Perlis, Malaysia.
(23 JamadilAkhir 1440H).

Wednesday, February 27, 2019

SIPUT GONDANG DAN TEKNIK KAWALAN

SIPUT GONDANG EMAS (SGE) merupakan sejenis perosak tanaman padi yang utama di Malaysia. SGE ini dilaporkan memang berasal daripada kawasan paya dan sungai di Argentina dan Brazil di Amerika Selatan. Ia juga dikatakan sebagai perosak utama kepada kawasan padi di Negara Taiwan, Jepun, Filipina, Thailand dan Indonesia. Di Malaysia seperti di Jelapang Padi di kawasan MADA ada terdapat dua (2) jenis Siput SGE yang dikesan iaitu SGE Berwarna Keemasan (Pomacea canaliculata) dan juga Siput SGE Berwarna kehitaman (Pomacea incerlarus). SGE sejenis haiwan sipput jenis herbivor dimana pokok padi diserang kesan kepada kerosakannya pada tanaman padi adalah secara menyerang pangkal anak pokok padi sebelum memusnahkan pada bahagian lain (Sila lihat foto diatas). Ianya menyerang dan merosakan anak-anak padi yang berumur sehingga 30 hari selepas menabur dan ianya boleh menyebabkan kehilangan 93% hasil padi. Tanda- tanda kehadirannya menyebabkan tompok-tompok dalam sawah seperti anak benih tidak tumbuh dan kehadiran telur pada batas sawah dan rumpai. Dengan ini tinjauan bendang secara berterusan perlu dilakukan jika terdapat SGE. Penulis blog yang pernah terlibat dengan pembasmian perosak ini dibeberapa skim sawah padi mendapati ada beberapa kaedah kawalan siput gondang emas terbahagi kepada 4 kaedah. Kaedah tersebut adalah dengan cara Kawalan Kultura dan Fizikal. Kawalan ini melibatkan kerja-kerja seperti mengutip dan memusnahkan telur dan siput. Pancang-pancang kayu diletakkan di tempat yang terdapat siput untuk menjadi tempat bertelur. Rumpai di sawah perlu dibersihkan pada peringkat padi membesar. Cara kedua adalah dengan kawalan dengan kaedah Mekanikal. Pasang jaring di gelung air keluar dan masuk bagi menghalang siput ini masuk ke dalam sawah. Cara ke 3 adalh dengan menjalankan kawalan dengan cara Kaedah Biologi. Ini dilakukan dengan cara menternak itik seperti spesis Khaki Campbell dan Muscovy didakwa boleh digunakan sebagai agen kawalan. Itik akan memakan telur dan siput di dalam bendang. Ke 4 adalah dengan kaedah Kawalan dengan Racun Kimia. Terdapat beberapa jenis racun yang disyorkan untuk kawalan SGE. Antara racun yang boleh digunakan ialah niclosamide, saponin dan lain-lain. Artikel malam ini dalam "Anim agro Technology'' mengenai Siput Gondang Emas, kaedah kawalan dan beberapa laporan media tempatan untuk rujukkan.

Terdapat 2 jenis Siput Gondang Pomacea (Pomacea spp.) yang biasa ditemui di kawasan tanaman padi di Negeri Selangor iaitu Pomacea caniculata dan Pomacea insularus. Ancaman Siput Gondang dari jenis Poamacea insularus telah mula di kesan di sekitar Sawah Sempadan pada Musim 01/2009. Langkah awal telah dijalankan oleh pihak pegawai kawasan Sawah Sempadan dan Unit Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan Sg. Burong serta bersama petani melalui semburan bersepadu pada 25 Mei 2009 di kawasan Tali Air sekitar Blok C, Sawah Sempadan menggunakan racun Mostox (Metaldehyde - Kelas IV). Walau bagaimana pun didapati pembiakan siput masih tidak dapat dikawal kerana pembiakan siput amat cepat. Siput yang berumur dua hingga 3 bulan (75 - 90 hari) telah mula matang dan boleh mula membiak. Pembiakan siput boleh berlaku sebanyak 2 hingga 4 kali sebulan. Kemampuan Siput Gondang untuk bertelur banyak sehingga 200 - 500 biji sepasang dan hidup sehingga 3 kaki kedalaman dari permukaan sawah dapat meningkatkan lagi status populasi siput di dalam sawah.Siput gondang biasanya menyerang pada peringkat anak benih padi sehingga berumur 30 hari selepas tabur. Berdasarkan pemerhatian siput gondang juga boleh menyerang anak padi transplanter yang biasanya berumur 14 -  20 hari.Tahap keterukan serangan sehingga mencapai 10-50% pada benih padi boleh mendatangkan kerugian kepada petani bagi menanggung kos untuk menabur dan menyulam semula anak benih padi. Didapati pada musim 01/2009 serangan siput di kawasan Sawah Sempadan adalah sekitar 1.25 hektar. Walaubagaimanapun terdapat peningkatan serangan bagi musim 02/2009 iaitu sebanyak 4.64 hektar. Ancaman serangan Siput gondang dijangka meningkat sekiranya tiada kawalan secara berterusan oleh petani sama ada secara kawalan biologi mahupun kimia.


Siput gondang Emas (SGE) merupakan pemusnah senyap atau pembunuh senyap tanaman padi. Ini kerana dengan hanya lapan ekor ‘pembunuh senyap’ ini sudah cukup untuk memusnahkan kawasan padi seluas satu meter persegi hanya dalam tempoh 24 jam sahaja dan bayangkan jika ia jumlahnya membabitkan ratusan atau ribuan ekor SGE. Masa dahulu pernah dilaporkan dimana makhluk perosak SGE ini menduduki carta kedua selepas perosak utama tanaman padi iaitu Tikus (Rattus argentiventer). Pernah ia dulu dikesan kehadirannya di Jelawat Rusa, Bachok iaitu di Kelantan pada 2010 sehingga memusnahkan tanaman padi seluas lapan hektar sekali gus dikawasan tersebut dan kemudidan musuh ini terus mengungguli carta sebagai ancaman tanaman padi sehingga kini. SGE menyebabkan  kebimbangan penanam padi terutama dikawasan jelapang padi khususnya di kawasan pertanian seliaan Kawasan MADA, KADA dan semua IADA apabila pesawah perlu menanggung kos kerugian agak tinggi akibat serangan haiwan itu. Siput gondang emas (SGE) atau nama saintifiknya Pomacea spp dimana ia kini antara ancaman utama penanam padi di Malaysia. SGE sebenarnya dipercayai berasal dari kawasan paya dan sungai di Argentina dan Brazil di Amerika Selatan. Haiwan SGE yang juga sejenis herbivor dikatakan dibawa masuk ke Malaysia untuk tujuan hiasan dalam akuarium. Tetapi disebabkan kecuaian dan kelalaian manusia, ia dilepaskan ke longkang atau paya menyebabkan SGE cepat membiak, seterusnya merebak ke seluruh lokasi menerusi bawaan air seperti banjir hingga ke kawasan pertanian.


Lazimnya kerosakan tanaman padi bermula apabila SGE menyerang pangkal anak benih padi berusia kurang 21 hari selepas kerja menabur. Namun, serangan lebih teruk jika paras air di sawah melebihi satu sentimeter yang boleh mengakibatkan petani kehilangan 93 peratus hasil padi. Antara tanda serangan yang agak mudah dikesan apabila kelihatan tompok dalam sawah seperti anak benih tidak tumbuh, kehadiran telur di batas sawah dan rumpai, kehilangan rumpun padi serta daun padi terapung di permukaan air. SGE juga memiliki keistimewaan tersendiri kerana ia boleh masuk ke dalam tanah sedalam tiga meter, mampu hidup selama tiga tahun tanpa air serta boleh bertelur sehingga 8,000 biji sepanjang hayat dengan setiap kantung telur mengandungi 200 hingga 300 biji telur (Sila lihat foto disebelah). Di IADA Kemasin Semerak  dilaporkan dimana sejak SGE dikesan pada 2010 pesawah-pesawah dikawasan ini telah melaksanakan program pembasmian menerusi gerak kerja gotong-royong bersama petani dengan aktif setiap musim. Sehingga kini seramai 2,166 pesawah di bawah IADA Kemasin Semerak terlibat mengawal SGE.  


Kawalan SGE terbahagi kepada empat kaedah iaitu kawalan kultura dan fizikal yang membabitkan kerja mengutip serta memusnahkan telur dan siput apabila pancang kayu diletakkan di kawasan perhatian siput sebagai umpan tempat bertelur. Kaedah mekanikal dengan memasang jaring di gelung air keluar dan masuk bagi menghalang siput masuk ke sawah, Kaedah biologi ternakan itik khaki campbell dan muscovy sebagai agen kawalan yang akan memakan telur serta siput. Manakala kaedah kimia dilakukan menerusi penggunaan beberapa jenis racun disyorkan untuk kawalan SGE seperti niclosamide dan saponin. Kerajaan ada pelbagai aktiviti seperti melaksanakan aktiviti gotong-royong membasmi SGE dengan tawaran RM1 bagi satu kilogram (kg) setiap kutipan siput dan RM3 per kg (telur siput) oleh jabatan berkenaan (Sila lihat foto paling bawah). Seorang pesawah bernama En Zakaria dari Kampung Pulau Lima mendakwa daripada lima hektar tanaman padi diusahakannya apabila separuh hektar musnah selepas dimakan SGE menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM5,000. Walau pun ada  pelbagai kaedah dilakukan termasuk menabur garam kasar berdasarkan petua orang tua bagi mematikan haiwan perosak itu namun kurang berhasil malah semakin teruk. Apabila mengikuti program kawalan SGE anjuran IADA dan Jabatan Pertanian makan berlaku perubahan ketara apabila pembiakan siput semakin kurang. Siput SGE langsung tidak bernilai sekali pun dikatakan berkhasiat untuk merawat kencing manis. Kalau dahulu ancaman tikus didakwa musuh utamatetapi kini adalah ancaman siput gondang. Bila SGE muncul dan rakus memakan hasil tanaman padi kini ia telah menyebabkan kami kerugian ribuan ringgit. Serangan SGE ini dakwa pesawah agak sukar dibendung. Kini kira-kira 60 peratus daripada 15 hektar padi yang saya usahakan musnah dalam tempoh tidak sampai sebulan akibat dimakan siput berkenaan.


Salah satu pilihan pesawah adalah menternak Itik Jawa kerana kajian mendapati ia mampu mengatasi serangan siput gondang emas (Sila lihat foto disebelah). Kini dengan teknologi menggunakan itik sebagai kaedah bagi tujuan mengawal populasi haiwan perosak siput gondang emas (SGE) akan diperluaskan di seluruh negara dalam usaha mengurangkan beban kos operasi petani yang meningkat. Daripada percubaan dengan menggunakan 300 ekor itik jawa di kawasan Projek Sawah Gemilang, Kampung Charuk Kering, Pendang, Kedah dilaporkan dimana ia berjaya mengawal hingga 100 peratus populasi siput itu jika dipraktikkan secara berterusan (Sila lihat foto disebelah). Siput SGE akan memakan biji benih yang ditabur di petak sawah diman ia juga menjadi satu lagi ancamannya sungguh besar kerana petani perlu menabur semula benih padi atau mengeluarkan ribuan ringgit untuk membajak semula sawah mereka. Apabila ada itik jawa dikawasan ia berjaya mengawal secara keseluruhan semua kawasan sawah maka pesawah tidak lagi terbeban dengan penggunaan racun kimia yang mahal dan berbahaya kepada alam sekitar, seterusnya dapat meningkatkan hasil pengeluaran hingga tujuh tan per hektar. Projek Sawah Gemilang di sini adalah projek bimbingan daripada Pejabat Pertanian daerahPendang dengan kerjasama Bahagian Biosekuriti Tumbuhan jabatan dan ia melibatkan keluasan 30.83 hektar sawah dengan pembabitan 34 peserta sejak dimulakan pada penghujung 2016. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca Blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PEROSAK.. SIPUT GONDANG NAMANYA...
ADA DUA JENIS... HITAM DAN EMASNYA...
ROSAKKAN PADI... IA AMAT MERBAHAYA...
PERLU DIKAWAL... ADA 4 KAEDAHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 411, Starcity Hotel,
Jalan Pintu Sepuluh,
Alor Setar, Kedah, 
Malaysia.
(22 JamadilAkhir 1440H).

Tuesday, February 26, 2019

JERUK MADU PAK ALI - IKON PULAU PINANG

JERUK MADU PAK ALI merupakan satu jenama jeruk yang terkenal di Malaysia yang dihasilkan daripada Usahawan Bumiputra dari Pulau Pinang. Apakah itu Jeruk Madu Pak Ali?. Jeruk Madu Pak Ali (JMPA) merupakan jeruk buah-buahan yang terulung di Malaysia dan terkenal dengan rasa dan aromanya yang istimewa dibawah jenama “Pak Ali”. Jeruk-jeruk ini dihasilkan dari buah-buahan segar berkualiti yang terpilih dari ladang tepilih. Rasanya yang enak dan bernutrasi tinggi ini dihasilkan melalui gabungan resipi tradisional dan teknologi terkini daripada pihak MARDI (Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia). Penghasilan jeruk kini diusahakan di Kawasan Perindustrian IKS Perda Tasek, Pulau Pinang dimana turut ditempatkan seramai 95 orang pekerja yang kebanyakannya terdiri dari masyarakat setempat iaitu khususnya kaum wanita. Dikilang ini juga para pelancong dapat melihat sendiri bagaimana industri pembuatan jeruk secara lebih dekat disamping dapat membeli belah barangan keluaran Pak Ali Food Indsutries Sdn Bhd dan produk-produk usahawan lain di Negeri Pulau Pinang. Pada masa ini terdapat berpuluh kedai yang menjual jeruk madu Pak Ali ini di Seluruh Semenanjung Malaysia terutama di Lembah Kelang. Penulis blog salah seorang peminat membeli jeruk madu Pak Ali terutama Jeruk Mangga, Jeruk Buah Pala, Jeruk Buah-buahan Campuran dan beberapa lagi. Cara makan pun kadang-kadang sahaja apabila kempunan sebeb ada menyimpan didalam peti sejuk. Kalau makan banyak banagiama pun kadang-kala batuk akibat asid didalamnya dan perlu minum banyak air panas selepas itu. Dahulu makan banyak mana un yidak ada masaalah batuk seperti sekarang. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis ikon dari Pulau Pinang iaitu Jeruk Madu Pak Ali selepas berbelanja di Pulau Pinang produk jeruk ini. Laporan ini berdasarkan beberapa laporan media mengenai industri jeruk ini yang dikupas semula untuk bahan bacaan dan rujukkan.

Industri jeruk madu ini adalah daripada perusahaan belakang rumah ke persada dunia yang berjaya menukar persepsi terhadap makanan jeruk di negara kita. Pengurus Alias Ali bangga menunjukkan sebahagian produk keluaran Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd (Sia lihat foto disebelah). Ia bermula dengan mana memproses jeruk kelubi di belakang rumah yang diusahakan Allahyarham Ali Omar dimana kini nama Jeruk Pak Ali semakin mendapat tempat di merata lokasi di dalam dan luar negara. Kini legasi hampir 30 tahun itu diteruskan di bawah label Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. oleh anak sulungnya iaitu Alias Ali sehingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa apabila turut dijual di Ireland. Malah sejak diusahakan secara komersial bermula 2009 kilangnya kini memproses jeruk di Simpang Ampat itu menggaji pekerja yang rata-rata terdiri daripada penduduk kampung yang tinggal berhampiran. Apa yang menariknya biarpun tahap mengeluarkan jeruk dengan skala besar namun kilang itu masih menggunakan tenaga manusia sepenuhnya untuk kerja-kerja memotong buah. Ini kerana menurut Alias yang bertindak sebagai Pengarah Urusan mengekalkan akan permintaan arwah ayahnya yang mahu menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Proses menghasilkan jeruk daripada mencuci buah, pemeraman, penggaraman, pemotongan dan pembungkusan dijalankan secara manual dengan tenaga manusia kerana arwah Pak Ali mahu melihat penduduk setempat mendapat manfaat daripada kilang ini. Kilang ini berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada 105 orang dan berjaya meningkatkan sumber pendapatan mereka ke arah yang lebih baik. Syarikatnya mula dikenali dengan nama Pak Ali Enterprise tetapi bermula awal tahun 2013, namanya bertukar kepada Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. kerana kini ia turut menghasilkan produk hiliran yang juga mendapat sambutan baik.

Kini sebahagian dariada 25 jenis jeruk yang dihasilkan di kilang itu adalah mangga, kedondong, betik, sengkuang, salak, rebung madu, kelubi dan jambu batuSelain itu mereka turut menghasilkan produk baharu seperti jus buah pala, sabun buah pala, kuah rojak, jeruk kering selain kuih-kuih tradisional termasuk dodol durian. Kelainan jeruk Pak Ali berbanding jeruk-jeruk lain di pasaran dimana proses pembuatan jeruk di kilang itu menggunakan sepenuhnya gula pasir selain dicampur cuka epal dan madu yang terbukti baik untuk kesihatan. Kilang ini telah berjaya untuk mengatasi masalah lambakan buah-buahan seperti mempelam dan jambu yang pernah berlaku suatu masa dahulu. Kilang itu juga mengubah persepsi masyarakat yang sangsi dengan proses pembuatan jeruk kerana ia terbuka untuk kunjungan pelawat dan orang ramai boleh melihat sendiri proses pembuatannya melalui dinding cermin. Bagi tujua memperkenalkan produk ini kepada orang ramai, kami akan berada di setiap ekspo dan majlis keramaian termasuk majlis perkahwinan dan memberi peluang orang ramai makan jeruk secara percuma. Kini dengan moto kami ''Belum Kena Sudah Terasa'' telah mampu menarik orang ramai termasuk pelancong asing untuk menikmati jeruk. Ketika di mengimbas kembali bagaimana beliau memulakan perusahaan itu, Alias menjelaskan dimana dia dilatih untuk berniaga sejak kecil dan melakukan pelbagai aktiviti perniagaan termasuk pasar malam.

Be;iau memulakan perniagaan dengan modal kecil yang diberikan oleh bapanya dan itulah kali pertama dan terakhir dia terima duit daripada dia. Apabila dia telah suarakan hendak buka perniagaan jeruk secara lebih serius, bapanya membantu bawa jumpa pegawai Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang banyak mempromosikan perusahaan ini. Kemudian selepas dari PERDA mereka teruskan ke agensi lain seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Mara. Kos untuk membuka kilang jeruk dengan skala lebih besar dia terus bermodal RM30,000 bagi kilang ini didirikan. Memang impiannya adalah menjadikan jeruk setaraf dengan produk makanan lain yang meniti di bibir penggemarnya. Dakwanya kalau disebut ayam, orang terbayangkan KFC jadi memang impian saya nak supaya apabila disebut jeruk, maka orang ternampak Jeruk Pak Ali. Kini beliau berjaya menukar persepsi orang ramai yang jeruk mampu menjadi pilihan makanan sehingga di peringkat dunia. Satu lagi impiannya yang tercapai adalah merealisasikan kewujudan Muzium Jeruk Pak Ali bagi memberi peluang pelancong melihat proses pembuatan jeruk dari dulu hingga kini. Pada masa sama beliau juga menerima permintaan daripada syarikat di Acheh, Indonesia untuk membawa teknologi pembuatan jeruk ke negeri itu.
 Perniagaan Jeruk Madu Pak Ali sebenarnya telah mencapai satu tahap perniagaan yang berjaya dimana kini lebih ramai orang yang membeli dan memakannya tanpa ragu-ragu. Kalau dahulu harganya murah sahaja tetapi kini ia telah mahal dan masih mendapat permintaan yang baik dikalangan pengguna, Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
JERUK MADU... PAK ALI NAMANYA...
ASAL PULAU PINANG... TERNAMA...
PELBAGAI PILIHAN... UNTUK SEMUA...
MEMANG ENAK... BAYARLAH SAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Puyrajaya,
WP, Malaysia.
(23 JamadilAkhir 1440H).


Monday, February 25, 2019

HARUMANIS - PIAWAIAN DAN PASARAN

MANGGA HARUMANIS (MA128) merupakan sejenis mangga premium kebangaan Negeri Perlis. Apabila musim buah mangga harimanis sampai sekutar bulan Mei - Julai maka akab bermulalah media massa melaporkan akan beberapa perkara mengenai buah mangga premium ini. Dasripada soal garha sehingga kepada pasaran dan kualiti buah dan eksport ianya akan dibincangkan saban tahun. Pada petani mereka terus berusaha menjada tanaman mangga ini semaksima mungkin dengan kos agak tiggi berbanding dengan tanaman buah-buahan yang lain. Mereka akan meronda dengan keenderaan khas untuk memeriksa da menjalankan amalan agronomi setiap masa (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya para peminat mempelam harumanis pastinya akan menarik nafas lega apabila pijak Jabatan Pertanian bersama pihak FAMA yelah memperkenalkan satu bentuk piawaian khas bagi memastikan buah yang dijual di pasaran benar-benar tulen dan berkualiti tinggi. Piawaian dikenali sebagai Harumanis Standard itu kini dipromosikan kepada pekebun di negeri ini pada musim pengeluaran sebagai garis panduan dan rujukan pelbagai pihak. Kini dilaporkan piawaian itu diterima dan dipersetujui semua pihak terlibat dalam rantaian pemasaran melibatkan petani, pemborong, peruncit dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Menerusi pengenalan Harumanis Standard yang dilakukan secara terperinci dijangka sudah pasti ia akan dapat memberi kepercayaan kepada pengguna, peruncit dan pemborong harumanis. Ada juga sesekali media melaporkan dimana ujud dakwaan dimana pembeli harumanis dari dalam dan luar negeri ini pada musim lalu terhadap ketulenan buah itu khususnya mereka yang membuat pembelian melalui pos. Perkara itu sedikit sebanyak diakui telah menjejaskan nama baik harumanis dan kerajaan negeri. Itu tidak termasuk peniaga yang sewenang-wenangnya menggunakan nama harumanis seperti ‘harumanis tipu’ dan ‘harumanis Thailand’ atau ‘mempelam Perlis’ semata-mata untuk melariskan jualan mereka. Kini bagi memberi keyakinan kepada pengguna dan pada masa sama kerajaan akan mengga­lakkan pengusaha, peruncit dan pemborong menggunakan pelekat harumanis (HM) Perlis pada buah, sebagai satu jenama. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya mempaparkan rencana mengenai piawaian dan strategi pasaran harumanis.

Dalam pada itu kesemua pencapaian terhadap kualiti harumanis itu dianggap penting dan bakal menjadi perkara asas bagi memastikan buah dikeluarkan nanti dimana mencapai piawaian sebelum ia boleh menembusi pasaran luar negara yang sudah pasti kualitinya jauh lebih tinggi. Kini melalui FHarumanis Standard, buah harumanis akan digredkan kepada Gred Premium 1, 2 dan Subgred berdasarkan kesegaran, kebersihan, saiz dan kematangan seragam buah tersebut. Harga buah harumanis pula walau bagaimanapun masih bergantung kepada pasaran terbuka, sebagai contoh, apabila musim berbuah jatuh pada Ramadan yang turut mempengaruhi pembelian selain pengeluaran berkurangan akibat musim hujan. Lokasi juga menjadi penentu harga buah yang disebabkan faktor kos pengangkutan dan penyim­panan. Persoalannya kini terletak kepada keseriusan pekebun untuk mencapai tahap standard yang ditetapkan FAMA itu bagi memastikan harumanis terus kekal mempunyai peminatnya pada setiap musim. Peserta projek ini yakin 75 peratus dari kawasan penanaman harumanis seluas 745 hektar di negeri ini mampu mencapai piawaian ditetapkan agensi terbabit. Ini kerana kesemua pengusaha tanaman terlibat merupakan pekebun yang serius dalam penghasilan mempelam ini dan sudah lama menanam harumanis. Walau bagaimanapun Jabatan Pertanian dan FAA akan ‘turun dan bercakap’ kepada pekebun untuk mempromosikan Harumanis Standard agar mempelam yang kita hasilkan nanti bermutu tinggi.

Penggemar harumanis sanggup membayar dengan harga tinggi asalkan kualiti buah mereka peroleh adalah yang terbaik dan segar. Jabatan Pertanian Negeri Perlis melalui Bahagian Hortikultur memperkenalkan roda harumanis untuk memudahkan penanam menjalankan aktiviti berkenaan sekali gus memantau perkembangan buah premium itu. Kini ada inovasi dan idea penghasilan roda harumanis ini tercetus apabila melihat roda kehamilan (Ovulation and Pregnancy Calender Wheel) yang digunakan di klinik ibu dan anak. Kini telah ramai petani faham akan pentingya penggunaan kalendar penanaman harumanis secara carta biasa agak membosankan dan susah difahami peladang. Daripada kalendar berkenaan ia ditukarkan kepada roda harumanis yang lebih mudah untuk difahami dimana serig digunakan dan menarik. Terdapat aktiviti utama dan tarikh perlu diikuti penanam bagi menjamin kualiti buah yang terbaik pada kalendar ini. Roda ini juga menyediakan panduan kepada penanam untuk melakukan aktiviti membaja, membalut buah dan memungut buah pada waktu yang betul serta tepat bagi menghasilkan buah berkualiti. Roda Harumanis ini akan diedarkan kepada penanam harumanis di Perlis terutama kepada peserta FFS (Farmer Field School) untuk digunakan sebagai panduan. memang diharap dengan penghasilan roda harumanis ini sebagai panduan kepada penanam, kes penjualan buah kurang matang dapat diatasi sekali gus menghasilkan buah yang berkualiti premium di pasaran. Kini Iabatan Pertanian juga sudah mengwar-warkan ciri-ciri dan kaedah mengenal pasti mangga harumanis yang sebenar. Mereka sudah pin memperkenalkan kod maklum balas pantas (QR kod) pada buah harumanis bagi mengelak pengguna ditipu pihak yang tidak bertanggungjawab. Kini pada peringkat permulaan seramai 30 daripada 90 petani akan menerima QR kod tahun ini untuk ditampal pada setiap biji buah harumanis daripada Jabatan Pertanian. Menurutnya, cara untuk menentukan gred harumanis adalah berdasarkan berat buah berkenaan, peratus kekotoran pada kulit dan bentuk harumanis. "Secara umumnya, harumanis mempunyai berat antara 350 hingga 600 gram, peratus kekotoran pada kulit kurang daripada 15 peratus dan tiada cacat bentuk ia dikategorikan sebagai buah gred A. Apa yang membezakan penentuan gred harumanis ialah fizikalnya saja. Rasa harumanis masih kekal sama walaupun grednya berbeza. Terkini pada 2 Ogos 2011 dilaporkan dimana Jabatan Pertanian Negeri Perlis sudah mendaftarkan mempelam harumanis Perlis sebagai harta intelek.

Dalam majlis berlainan dlaporkan dengan tajuk ''Harumanis dicadang menu wajib majlis kerajaan''. sesuai dikupas beritanya. YB Menteri Pertanian Dato Salahuddin Ayub melancarkan Roda Harumanis (inovasi) Industri pada majlis perasmian Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani peringkat Negeri Perlis di Kompleks Pertanian Bukit Temiang, Beseri, Kangar. Beliau berkata beliau akan mencadangkan kepada Kabinet agar mempelam harumanis dijadikan menu wajib majlis-majlis anjuran kementerian dan agensi kerajaan. Cadangan itu adalah untuk membantu perkembangan industri harumanis negara, terutama di Perlis. FAMA telah menubuhkan satu unit khas bagi memasarkan produk ikon Perlis itu ke pasaran antarabangsa. Kementerian Pertanian akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk mempromosikan musim buah-buahan Malaysia sebagai antara produk pelancongan negara. Beliau berkata demikian pada sesi dialog sempena Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani peringkat negeri Perlis di Kompleks Pertanian Bukit Temiang. Semasa berucap merasmikan majlis itu YB Menteri juga berkata usaha perlu dipergiat untuk mencari tanaman alternatif yang boleh dikomersialkan untuk tempoh jangka panjang bagi menggantikan getah dan kelapa sawit. Ini juga akibat ketidakstabilan harga kedua-dua komoditi itu telah menjejaskan kehidupan para pengusaha serta memaksa kerajaan memberi subsidi agar kedua-dua industri terus hidup dan memberi pulangan setimpal. Kini negara sedang cabaran dan persaingan negara pengeluar kacang soya yang berusaha merosakkan industri kelapa sawit dengan memburukkan minyak sawit dan penerokaan hutan. Justeru kin untuk jangka panjang adalah bahaya jika kita berterusan bergantung kepada hasil kelapa sawit dan getah. kini tanaman baharu yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi hendaklah ditanam dengan lebih meluas, namun, kajian mendalam perlulah dilaksanakan terlebih dahulu. Kini beliau turut mencadangkan agar petani yang memiliki tanah yang kecil-kecil supaya bergabung di bawah satu pengurusan untuk mengusahakan tanaman secara besar-besaran bagi memaksimumkan hasil dan pendapatan. Pada majlis itu YB Menteri turut menyampaikan replika cek RM1 juta kepada Pengurusan Kluster Harumanis Perlis manakala RM57,000 sebagai insentif kepada Agropreneur Muda MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda). Semuga tilisan atrikrl ini mmberi info bergun kepada pembaca blog anim agro technology kali ii. Wasallam!!!...
MENANAM MANGGA... HARUMANIS JENISNYA...
NEGERI PERI... PALING LUAS TANAMANNYA...
RODA HARUMANIS... TENTUKAN CRANYA...
BUAH BERKUALITI.. RM35/KG HARGANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(22 JamadilAkhir 1440H).

Sunday, February 24, 2019

PADI UKMRC-2 DAN UKMRC-8 DI LANCAR

PADI BARU VARIETI UKMRC-2 dan UKMRC-8 telah pun dilancarkan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada 21 Febuari 2019 iaitu di PPK MADA Guar Cempedak, Kedah dimana penulis blog turut hadir dalam majlis tersebut. Majlis ini dilancarkan di lokasi dimana varieti ini telah pun berjaya ditanam sejak beberapa musim lepas dikawasan ini. Seramai lebih daripada 1,000 orang terdiri pemimpin, pegawai kerajaan dan kebanyakannya pesawah turut hadir didalam pelancaran padi varieti baru ini. Padi yang dihasilkan dengan kerjasama dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan MARDI, MADA, MADA Corp dan NOVATECH ini menelan perbelanjaan sebanyak RM3 juta yang dimulakan semenjak hampir 17 tahun dahulu. Apa yang menarik menurut penjelasan UKM adalah dimana ia juga ada melibatkan kacukan diantara padi tempatan iaitu Padi Varieti MR219 dengan Padi Liar (Oryza rufipogon) dimana terbukti ianya merupakan diantara varieti padi yang akan mampu untuk menggantikan dan menjadi alternatif kepada varieti padi sedia ada. Daripada pakar biakbaka di UKPM mereka menyatakan padi baru ini mempunyai beberapa ciri-ciri keistimewaan seperti ia mempunyai kerintangan yang baik kepada Penyakit Karah, Kemandirian yang tinggi didalam keadaan banjir, Pokok yang Tegap serta mempunyai citarasa nasi yang baik. Proses pembiakbakaan varieti padi ini telah dimulakan pada tahun 2002 dengan difailkan bagi ststus varieti padi baru pada 2009 bagaimana pun pengiktirafan padi ini dilakukan pada tahun 2014 dengan nombeor pendaftaran PBR0028 sebekum kajian diteruskan. Artikel malam ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai padi baru Varieti UKMRC-2 dan UKMRC-8 yang disempurnakan oleh YB MEnteri Pertanian.


Prof. Vickneawary sekalu ketua pasukan penyelidik padi ini menyatakan wujud masaalah serangan penyakit dan banjir merupakan antara ancaman kepada pesawah. Diwaktu sama terdapat masaalah padi liar yang tumbuh dengan semulajadi dimana ia mempunyai ciri ketahanan penyakit dan tahan dengan masaalah banjir. Daripada kajian awal didakwa jika boleh dikacukan padi tempatan sedia ada dengan padi liar ini ia mampu meningkatkan hasil padi sehingga 20% yang menjadi asas kepada pembiakbakaan ini. Bermula dengan musim utama 2002 dilakukan kacukan induk penderma pembawa gen (IRG105491) dengan induk penerima iaiatu varieti MR19. Proses seterusnya dilakukan pembiakbakaan selama beberapa tahun berturut-turut sehingga terakhir pada Luar Musim 2017 dimana dilakukan LVT peringkat akhir sebelum diistiharpan pada 21 Febuari 2019. Padi UKMRC-2 didakwa mempunyai kadar amilosa yang sederhana (20.5%) dan menghasilkan tekstur nasi yang sederhana lembut. Ia mempunyai saiz nasi yang lebih panjang, tirus dan tidak melekit. Perolehan beras daripada varieti UKMRC-2 adalah lebih tinggi iaitu sekitar 88.6% berbanding dengan padi tempatan MR291 hanya sekitar 60.2%. Biasanya secara keseluruhannya padi UKMRC-2 ini mencatitkan peningkatan hasil sebanyak 11.0% daripada varieti biasa. Apabila ia ditanam dengan meluas maka mampu meningkatkan hasil beras negara. Percubaan terakhir yang dilakukan dalam LVT pada musim 1/2017 direkodkan pengghasilan sebanyak 7.8 MT/hektar iaitu amat memberangsangkan. Ia adalah lebih tinggi daripada purata penghasilan padi negara sekitar 4.2 - 4.5 MT sehektar. Varieti padi ini didakwa mempunyai penyesuaian yang baik didalam pelbagai jenis persekitaran.


Padi UKMRC-8 pula merupakan varieti padi baru hasil biakbaka UKM dengan proses pendebungaan terkawal diantara Padi Liar (Oryza rufipogon) dengan Padi Tempatan Mega MR219. Antara ciri istimewa padi ini adalah ia MEMPUNYAI TEMPOH KEMATANGAN YANG SINGKAT. Ia juga mempunyai kemandirian yang baik serta tahan dalam keadaan banjir dengan ada pokok yang tegap. Dilaporkan mempunyai kualiti nasi yang baik dimana ia amat sesuai ditanam dibanyak kawasan jelapang padi. Bermula proses kacukan juga pada tahun 2002, ianya dilakukan sehingga Luar Musim 2017 dengan beberapakali proses kacukan. Ketinggian padi ini adalah seperti padi MR219 iaitu sekitar 79 - 89 cm dengan tangkai sekitar 21-26 cm. Dilaporkan varieti ini juga mempunyai berat 1,000 biji yang memberangsangkan iaitu sekitar 25-28 gram. Semasa fasa vevetatif dan ditengelami air banjir selama 14 hari pokoknya masih bertahan.  Varieti ini mempunyai kandungan amilosa yang sederhana dan ini meberikan tekstur yang sederhana lembut. Perolehan beras kepala yang tinggi iaitu 78.4% berbanding dengan varieti padi MR219iaitu 60.2%. Dalam pada itu oenulis blog yang sempat bertemu dengan pasukan penyelidik dari UKM ini diberitahu varieti UKMRC-8 ini mempu menjamin peningkatan hasil diantara 15 - 20% daripada varieti padi biasa. Hasil dicapai di Plot Jabatan Pertanian Teluk Chengai pada Luar Musim 2017 adalah sebanyak 7.2 MT Sehektar. Padi ini didakwa sesuai ditanam di beberapa jelapang padi dinegara ini.


YB Menteri didalam ucapan pelancaran itu ada menyatakan terimakasih kepada pasukan saintis dan semua pihak yang terlibat didalam pembangunan dua varieti padi baru ini. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mampu menghasilkan varieti padi yang baik setanding dengan nagara penanam padi lain seperti Jepun, Korea, Thailand dan beberapa lagi. Beliau ucapkan terimakasih juga kepada pesawah-pesawah yang ada di Kedah didalam mereka mencari-cari alternatif varieti padi yang menguntungkan. Dakwanya golongan pesawah, nelayan dan penanam kelapa dahulu merupakan kumpulan ditakrifkan 'miskin' dan iau ini berterusan apabila harga komoditi getah dan kelapa sawit dunia merudum yang menjejaskan sektor pertanian negara. YB Menteri juga akan membuat proses 'pemutihan pesawah' dan 'pemutihan nelayan' untuk mengemaskini senarai sedia ada. Nelayan sebagai contohnya mesti turun le laut menangkap ini sebanyak 120 kali setahun minima untuk melayakan mereka digelar nelayan. Benih Padi Varieti UKMRC-2 dan UKMRC-8 ini kini boleh dibekalkan oleh MADA Corp dimana sebanyak 6,000 hektar boleh diianam pada musim akan datang. Pesawah yang berminat untuk menanam padi varieti baru ini boleh menghubungi pejabat Pertanian Daerah , PPK dan sebagainya bagi mendapatkan keterangan lanjut. Bagaimana pun sebaiknya terus kepada MADA Corp untuk mendapatkan dan bertanyakan bekalan benih. Dijngka dengan adnya varieti baru padi yang dilancarkan ini akan meningkatkan lagi pengeluaran beras tempatan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PADI VARIETI BARU...IA DILANCARKAN...
UKMRC-2 DAN UKMRC-8... DINAMAKAN....
HASIL TINGGI... MAMPU MENCAPAI 8 TAN...
PETANI GEMBIRA... BENIH DISEDIAKAN...

By,
A Anem,
Senior Agronomist,
Room 411, Starcity Hotel,
88, Jalan Pintu Sepuluh,
Alor Setar, Kedah,
Malaysia.
(19 JamadilAkhir 1440H).

Saturday, February 23, 2019

RUMPUT DAN LALANG

TUMBUHAN RUMPUT (grass) atau mudahnya disebut 'rumpai' merupakan sejenis tumbuhan renek atau herba yang boleh hidup di darat, sungai atau laut. Rumpai dikelaskan mengikut cara hidup dan fisiologinya dimana pada keadaan biasa rumpai dikelaskan kepada tiga kategori utama iaitu Rumpai Daun Tirus, Rumpai Daun Lebar dan Rusiga. Rumpai daun tirus biasanya di dalam keluarga Poaceae (dahulu dikenali sebagai Graminaea) contohnya Rumput Sambau (Echinochloa crus-galli) Rumpai jenis ini biasanya mempunyai batang yang bulat dan berdaun tirus. Rumpai daun lebar pula mudah dicam dengan sifat daunnya yang lebar dan besar. Terdapat banyak keluarga lain di dalam kumpulan ini, seperti Asteraceae, Amaranthaceae dan Rubiaceae. Contoh rumpai di dalam kumpulan ini ialah Rumput Tahi Ayam (Ageratum conyzoides) dan bayam duri (Amaranthus spinosus). Manakala jenis rusiga pula mudah dikenali dengan bentuk batangnya yang bentuknya segi tiga. Kebanyakan rumpai kumpulan ini adalah di dalam keluarga Cyperaceae. Contoh mudah spesies yang tergolong di dalam keluarga ini ialah rumput halia hitam (Cyperus rotundus) dan juga Menerong. Di dalam bidang pertanian rumput ini akan dikaitkan sebagai "tumbuhan perosak" dimana ia selalunya di hapuskan atau dimusnahkan dengan beberapa kaedah kawalan rumpai samada kaedah mekanikal, kimia, kultur dan biologi. Rumput atau rumpai ini akan bersaing dengan taanaman yang diusahakan dri segi persainan untuk nutrien makanan. cahaya matahari, ruang pertumbuhn dan yg paling ditakuti petani adlah pembawa atau memjdi perumh kepada perosak tanaman. Dalam bidang penternakan pua berbeza dimana tumbuhan rumpai ini pula boleh dijadikan makanan haiwan ternakan ruminan terutama seperti lembu, kambing dan biri-biri. Ia juga mempunyai banyak kegunaan didalam bidang perubatan moden atau perubatan tradisional. Ada sesetengah rumpai boleh dijadikan makanan atau ulam serta sumber ubatan penting. Pucuk paku dan pucuk pegaga misalnya boleh dijadikan sayur atau ulam. Misai kucing pula terkenal sebagai ubatan dalam mencegah kencing manis dan darah tinggi. Artikel pada malam ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology'' mengenai perbezaan antara rumput dan lalang sekadar untuk dijadikan bahan rujukkan. 


LALANG (Imperata cylindrica) adalah sejenis tumbuhan kategori rumpai (weeds) dari keluarga Poaceae (Dulu Graminae) yang terdapat diseluruh dunia. Semua orang mungkin kenal akan tumbuhan lalang yang tumbuh liar di kawasan padang, keliling rumah, di tepi sungai, kawasan pantai, tepi jalan raya dan dimana-mana juga. Tumbuhan lalang merupakan di kategorikan sebagai antara 10 jenis rumpai merbahaya didunia dan ada setengah negara menjadikan lalang sebagai rumpai yang perlu di kuarantin. Ini adalah disebabkan kemusnahan yang mampu dilakukan olehnya dan kawalan untuk memusnahkannya memerlukan kos yang amat tingi selain daripada kesukaran untuk dikawal. Membasmi lalang agak sukar yang menyebabkan ianya membiak dengan cepat dan menjadikan masaalah kepada orang lain. Lalang mempunyai daun pedang (Blade leaf) yang panjang keluar dari pangkal rumpun dengan ukuran panjang 1- 4 kaki dan 2-3 inci lebar. Daun berwarna hijau akan bertukar kepada hijau merah dan akhirnya mati dan kering berwarna coklat. Lalang sangat toleran dengan suhu dan cuaca kering mahu pun di kawasan yang ada teduhan. Lalang akan tumbuh dengan mudah asalkan ada kawasan tanah, cahaya matahari, air dan mampu 'survive' dalam suhu kepanasan akibat terbakar. Rizom Lalang yang ada dalam tanah tidak akan musnah walau pun di bahagian atas tanah semua bahagian daun dan batang telah di bakar atau hangus. Ini kerana rizom lalang mempunyai simpanan makanan dan akar serabut berada di sekelilingnya. Rizom lalang mampu keluar untuk tumbuh dan membiak diatas tanah selepas terbakar dan lazimnya akan lebih subur dari sebelumnya. Lalang mampu tumbuh dengan cepat (fast growth weed) dan ianya amat sukar untuk dimusnahkan. Haiwan ternakan tidak suka untuk makan lalang kerana struktur daun lalang yang keras, tidak enak dan tajam selain mengandungi bahan toksik yang akan menyebabkan haiwan ruminan sakit perut. Kalau haiwan ternakan suka akan lalang, maka tidak menjadi masaalahlah untuk kita menanam lalang bagi tujuan makanan ternakan. Malangnya kejadian alam tidak begitu.


Setakat ini belum ada laporan mengenai penggunaan lalang selain daripada ianya sebagai rumpai merbahaya yang menjadi masaalah kepada petani. Hanya beberapa negara seperti di Papua New Guinea, Afrika dan beberapa kawasan Pendalaman di Asia Tenggara yang menggunakan daun lalang untuk dijadikan atap dan dinding rumah. Kawasan penempatan orang asli kita juga yang masih menggunakan daun lalang sebagai atap dan dinding rumah mereka. Memang sejuk, berangin dan selesa jika kita ada pondok atau rumah yang mempunyai daun lalang waktu tengahari. Bagaimana pun ianya agak merbahaya kerana mudah terbakar. Kawasan tebing sungai dan kawasan lereng bukit yang ditumbuhi lalang mampu membantu mengawal hakisan tanah walau pun lalang tidak menpunyai akar panjang seperti 'vertiver grass'. Rizom Lalang ini mempunyai pucuk yang tajam yang memanjang dalam tanah dan ada yang terus naik di permukaan tanah. Saya masih ingat ketika berjalan di kawasan kebun getah yang ada lalang dengan kaki ayam atau pakai selipar jepun, aduh sakitnya terkena cucuk rizom lalang yang tajam. Rizom ini akan memanjang dalam tanah dan amat sukar untuk dimusnahkan. Hanya racun lalang jenis sistemik (Seperti Round-up) yang mampu membunuh rizom lalang jika aplikasi dibuat dengan betul mengikut kadar. Tanah yang ada lalang jika dibajak dan diterbalikkan permukaan tanah dengan cepat rizom yang ada akar ini akan tumbuh. Saya pernah ambil rizom ini (yang berwarna putih krim) kemudian digigit mempunyai rasa agak manis. Kepada mereka yang belum pernah rasa jus rizom lalang boleh mencubanya.


Apakah dia perbezaan antara rumput dengan lalang?. Mungkin ada dikalangan pembaca blog yang terpesona dengan tumbuhan tumbuhan disekeliling anda. Ada tempat memang sekali tiada rumput iaitu di padang pasir atau di gurun Sahara. Jika tiada rumput maka tempat itu memang panas sepanjang masa. Jika menanam rumput komersial dan rumput khas untuk satu-satu padang seumpama padang golf atau padang bola sepak ianya akan menelan kos-kos yang mana kekadang terlalu mahal sampai mencecah puluhan ratus ribu ribu ringgit mahupun dollar. Ini adalah kerana pihak tertentu mahukan standard rumput yang sama dan warna kehijauan yang sama. Sendayan pula merupakan sejenis rumpai yang menjadi masaalah kepada petani (Sila lihat foto disebelah)Rumput dan Lalang adalah berbeza. Sebelum ini kedua dua panggilan ini adalah sama bagi sesetengah orang tetapi sebenarnya apabila di teliti memng agak jauh perbezaan tumbuhan ini. Rumput dikenali sebagai tumbuhan monokotiledon (mempunyai satu sahaja kotiledon) yang bertumbuh tegak, berumpun atau bercabang, merayap, menjalar dan tumbuh melata. Rumput yang paling menarik bagi saya adalah rumput Jepun atau rumput Peking. Rumput ini dikomersialkan untuk padang golf. kerana ia adalah jenis rumput yang tumbuhnya tidak menegak tetapi menjalar dan menebal seumpama karpet diatas tanah. Jika bermain golf pun senang bola bergolek dan tatkala memberi pandangan kawasan hijau yang sangat cantik meluas mata memandang. Apabila memijak pada rumput ini tanpa pakai berkasut pula tidak berasa geli malahan memberi sensasi yang cukup mengagumkan.


Lalang pula adalah tumbuhan liar senang tumbuh di cuaca Malaysia tanpa ada penjagaan yang rapi. Rujukkan dari Wikipedia menyatakan lalang juga dikategorikan sebagai pokok dan menamakannya Pokok Lalang. Lalang juga dianggap sebagai rumpai air. Nama lain untuk Pokok Lalang juga dipanggil Pokok Keladan atau nama botaninya Imperata cylindrica. Jangan beranggapan lalang sebagai tumbuhan yang tiada peranan di dalam kitaran kehidupan tumbuhan. Peranan lalang amat besar terutamanya menghalang tanah terus dari ia terhakis terutama sekali pada waktu hujan yang lama. Lalang juga mampu menghalang tanah dari dihanyut terus ke sungai. Salah satu kaedah untuk mengelakkan tanah runtuh terjadi dengan berleluasa dan kesuburan tanah juga terjamin. Apa yang kita kata masaalah kepada petani sebenarnya ada nilai ekonomi tidak langsung kepada persekitaran. Pendek kata tumbuhan tumbuhan yang asal pada mata kasar manusia tiada guna pada awalnya kini menjadi satu bantuan dari segi ekonomi dan pengurusan tanah terhakis. Kesimpulannya rumput mahupun lalang harus dipelihara sebaik mungkin dan diguna sebijak bijaknya agar ekosistem berada pada tahap seimbang dan sejagat.


Dalam akhbar tepatan bertajuk "Lalang cetus risiko kemalangan, kebakaran" menarik perhatian penulis blog. Berita dipetik dari Teluk Panglima Garang ini menyatakan dimana rumput dan lalang terbiar sehingga mencecah ketinggian orang dewasa di sepanjang jalan mengundang kejadian tidak diingini (Sila lihat foto disebelah). Masalah tersebut perlu diatasi segera memandangkan fenomena El-Nino yang melibatkan cuaca panas melampau bermula dari awal Januari lalu hingga Mac depan berisiko menyebabkan kebakaran. Penduduk tempatan sentiasa memantau masalah lalang setinggi hampir dua meter di sini  yang masih belum dibersihkan. Mereka bimbang kebakaran boleh berlaku kerana daerah yang berada dalam mukim Tanjung Dua Belas ini terkenal dengan kawasan muka bumi tanah gambut. Pihak berkuasa seperti Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mahupun Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu memainkan peranan memantau kawasan-kawasan yang tidak diselenggara dengan baik terutama di rizab jalan milik mereka. Bagi kawasan Jalan Kebun Bharu contohnya adalah laluan pelbagai jenis kenderaan setiap hari yang memerlukan masalah rumput ini diselesaikan supaya kenderaan keluar masuk simpang dapat dilihat jelas. Kenderaan yang selalu menggunakan jalan ini bukan setakat kereta dan motosikal malahan kenderaan berat seperti treler dan lori pengangkut tanah. Pernah terjadi kemalangan di kawasan ini akibat masalah penglihatan yang terhalang.


Akhbar My Metro dengan tajuknya "Lebih 2 jam padam lalang terbakar"  telah meaporkan dimana kebakaran  lalang di Kampung Dalam, Tumpat, Kelantan menganggu penduduk. Pihak Bomba telah mengambil masa lebih dua jam untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran lalang di Jalan Kampung Kelong. Kebakaran pada 1.20 tengah hari itu membabitkan keluasan 0.4 hektar dimana rumput dan lalang yang tebal menyebabkan ia cepat marak dibantu oleh cuaca kering dan tiupan angin kencang.  Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.24 tengah hari. Seramai enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan di lokasi kejadian (Sila lihat foto disebelah). Kini sebaik tiba di lokasi maka pasukan bomba memulakan operasi mengawal dan memadamkan kebakaran daripada terus merebak. Cuaca panas dan berangin menyebabkan kebakaran lalang cepat merebak, namun berjaya dikawal. Apa pun api berjaya dipadamkan sepenuhnya 4.10 petang dan membakar satu kawasan yang agak luas. Musim panas sering menyebabkan kebakaran dikawasan rumut kering dan lalang dan ia peru sentiasa dipantau. Semuga artikel ini membei info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
RUMPUT TEBAL.... DIPINGGIR JALAN DIA...
LALANG MENEBAL... PUTIH BUNGANYA...
TUMBUH MELIAR... MEMANG BERBEZA...
MEMBACA ARTIKEL... JADI GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
  • (14 JamadilAwal 1440H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...