Support My Blog

Monday, February 18, 2019

IKAN BANDENG POPULAR DI INDONESIA

IKAN BANDENG (Chanos chanos) atau dalam bahasa Inggeris disebut 'Milk Fish' dan di Malaysia ia digelar 'Ikan Susu' merupakan spesis ikan yang popular diternak terutama di negara jiran Indonesia. Dari kapalterbang sudah kelihatan banyak kolam-kolam di Juanda Surabaya dan beberapa lokasi lain yang sayup luasnya menternak ikan air tawar terutaman Ikan Bandeng ini. Ikan ini adalah spesis ikan sangat popular di Asia Tenggara dimana ia merupakan satu-satunya spesies yang masih ada dalam suku Chanidae. Bagi penduduk Sabah dan Bugis mereka menyebut spesis ikan ini sebagai Ikan Boulu atau Bolu. Spesis ikan ini biasanya hidup di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik dan ia juga cenderung berkumpulan di sekitar pesisir dan pulau-pulau dengan terumbu koral. Ikan ini ketika masih muda dan baru menetas hidup di laut selama 2-3 minggu dimana ia kemudian akan berpindah kekawasan paya akau berair payau dan kadangkala di tasek berair masin. Kemuidan ikan bandeng akan kembali ke laut kalau sudah dewasa dan boleh dianya membiak. Bagaimana pun biasanya anak ikan ini akan dikumpulkan orang dari sungai-sungai dan ianya kemudian akan dibesarkan di kolam kecil. Di sana mereka akan memberikan makanan yang sesuai agar kadar pertumbuhannya berlaku dengan cepat. Setelah anak ikan ini sudah cukup besar dengan ukuran biasanya sekitar 25 -30 cm maka anak ikan bandeng dijual dalam keadaan segar atau sudah dibekukan kepada peraih sebagai makanan. Ikan bandueng ini akan dimasak dengan cara digoreng, dibakar, dikukus, dipindang atau di salai dengan asap. Apa yang biasa dikalangan masyarakat tempatan ikan bandeng disukai sebagai makanan sebab rasanya lemak, rasa daging neutral (tidak masin seperti ikan laut) dan tidak mudah hancur jika dimasak. Dari segi harganya dilaporkan ikan bandeng ini selalunya termasuk sebagai ikan kelas menengah ke atas. Dalam perayaan Tahun Baru Cina hidangan ikan bandeng menjadi sering sebahagian tradisi wajib bagi orang Cina. Artikel malam ini sempena Cuti Tahun Baru Cina (Gong Xi Fa Chai) 2010 saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ikan bandeng atau Ikan susu untuk dijadikn bahan bacaan dan rujukkan anda.

Bagaimana pun perlu dijelaskan dimana ada dua perkara yang kurang disukai orang untuk ikan bandeng iaitu sebab keadaanya isi dagingnya 'berduri' dan kadang-kadang ada juga ia berbau 'lumpur' atau bau 'tanah'. Duri yang terdapat pada ikan bandeng  sebenarnya adalah tulang. Duri ini biasanya akan mengganggu kenikmatan dalam orang yang memakan dagingnya. Gangguan ini dapat diatasi dengan penggorengan gunakan kuali atau periok bertekanan tinggi (presto atau autoclave) dalam waktu tertentu sehingga duri ini menjadi lunak dan dapat dihancurkan jika dikunyah (Sila lihat foto disebelah).  sementara itu kejadian bau lumpur yang terdapat pada ikan ini banyak dijumpai pada ikan bandeng yang diambil dari kolam tanah. Biasanya ikan bandeng yang dipelihara di air yang sentiasa mengalir jarang yang berbau lumpur. Penyebab berlakunya bau lumpur pada ikan bandeng adalah disebabkan sejenis bakteria yang dikenali dengan nama Cyanobacteria, terutama dari genus Oscillatoria, Symloca dan Lyngbia yang akan menghasilkan geosmin. Apabila ikan tinggal di tempat yang kaya geosmin atau memakan plankton ini maka dagingnya akan memiliki cita rasa tanah. Bau lumpur dapat diatasi paling tidak dengan dua cara iaitu pertama dengan memelihara ikan bandeng ini selama 7-14 hari dalam air mengalir bebas bakteria sebelum dijual. Cara kedua pula adalah dengan rawatan ikan bandeng ini dengan menggunakan beberaka jenis asid cair tertentu.


Penulis blog fikir kita perlu kenal akan ikan Bandeng ini dimana ia adalah dari keluarga Chanidae, Genus Chanos dan spesisnya adalah Chanos chanos Forsk. Ikan Bandeng mempunyai ciri-ciri seperti badan memanjang, padat, kepala tanpa sisik, mulut kecil terletak di depan mata. Matanya akan diselaputi oleh selaput terang (subcutaneus). Sirip punggung terletak jauh di belakang tutup insangnya. Ikan Bandeng dapat membesar seingga mencapai 1.8 meter dan anak ikan ini biasa berukuran 1-3 cm utuk ditangkap jadi benih. Ikan ini mudah diternak di negara tropika yang dikelilingi air dimana ia antara spesis ikna yang nilai ekonominya tinggi dengan tahap potensi tinggi. Bagi nelayan pantai mereka biasa dengan ikan bandeng berbanding dengan mereka yang tinggal dipendalaman. Ini kerana ikan bandeng mempunyai bentuk seperti peluru berpandu (torpedo) dengan sirip ekor yang bercabang dengan bermata bulat warna hitam dan bahagian tengahnya berwarna putih jernih. Biasanya ia dilihat mempunyai sisik yang berwarna putih perak. Isi dagingnya yang berwarna putih susu sehingga juga dikenal dengan sebutan ''milkfish''. nama lain ikan ini bergantung kepada lokasiti seperti di Sumatera ia dikenal dengan sebutan ''Banding, mulch atau agam'' semantara orang Bugis dipanggil ''Bolu'' sementara di Filipina disebut ''Bangos'' dan akhirnya di Taiwan disebut ''Sabahi''. 


Ekosistem ikan bandeng ini merupakan satu-satunya spesies yang masih ada dalam famili Chanidia dan termasuk ke dalam jenis ikan pelagik yang mencari makan di permukaan dan sering dijumpai di kawasan dekat pantai. Secara geografinya ikan bandeng ini hidup di iklim tropika walau pun ada ditemui dikawasan sun-tropika. Populasinya juga areal perairan Indo Pasifik, mulai dari pantai timur Afrika, Malagasi, Laut Merah, Teluk Aden, pantai barat dan timur India, Sri Langka, Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina, bagian selatan Jepang, pantai utara Australia, Hawaii, sampai ke pantai barat Kalifornia dan Meksiko. Di Indonesia, ikan bandeng sudah lama dikenal sebagai ikan yang banyak dipelihara di tambak. Pemeliharaannya tersebar hampir di seluruh pulau besar di tanah air, seperti Jawa, Sumatera, Kalimantan, atau Sulawesi. Selain di Indonesia, ikan bandeng juga banyak dipelihara di Filipina dan Taiwan. Sebenarnya, ikan bandeng memang merupakan jenis ikan air payau. Namun, saat ini ikan bandeng sudah mulai banyak dibudidayakan di kolam air tawar atau karamba apung air tawar. Ikan bandeng termasuk ikan pelagik yang mencari makan di permukaan. Harganya juga terjangkau oleh semua lapisan masyarakat. Penternakan ikan bandeng merupakan satu alternatif terbaik membekalkan protin dan naikkan taraf hidup masyarakat.


Dalam sebuah laporan akhbar bertajuk ''Usahawan ikan baulu (Ikan Bandeng) di Tawau,Sabah dimana ikan baulu, ikan susu atau ikan bandeng ia sudah menjadi ikon  bagi Tawau, Sabah. Ikan bandeng (Chanos chanos) atau dalam kalangan masyarat Bugis dikenali sebagai boulu sangat popular di Sabah khususnya Tawau. Populariti ikan tersebut memberi sinar baharu kepada pengusaha ikan dan nelayan di daerah berkenaan yang menjadikannya sebagai perusahaan makanan yang berpotensi mendatangkan pulangan lumayan. Anak jati Tawau, Baharuddin Basrie, 33, antara yang merebut peluang menjadikan perusahaan ikan baulu sebagai sumber rezeki dengan membuang tulang dan kepalanya untuk dipasarkan (Sila lihat foto disebelah)Harga ikan berkenaan antara RM7 - RM8.50 sekilogram melonjak kepada antara RM13 - RM15 sekilogram selepas diproses atau tanpa tulang. Selepas mula beroperasi secara serius tahun lalu di kawasan perdagangan Takada Batu 1 1/2 Jalan Apas Tawau dimana dengan permintaan mencecah lima tan sebulan ia menjadi pendorong kepada anak kelahiran Wallace Bay itu menceburi perniagaan memproses ikan tersebut, meskipun keupayaan pengeluaran hanya antara 500 kg hingga satu setengah tan sebulan. Dia sebenarnya bukanlah baru dalam bidang perniagaan khususnya berkaitan industri perikanan. Sebaik sahaja menamatkan pengajian dalam Tingkatan 5 dan selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia sudah mencongak masa depannya dalam dunia perniagaan. Malah sejak di bangku sekolah atau tepatnya ketika berada pada Tingkatan 4, dia kerap mengikut bapanya ke laut menangkap ikan. Dia  memang minat dalam perikanan dan ketika di bangku sekolah saya sudah ke laut untuk menimba pengalaman dan menambah ilmu menjadi nelayan. Dia sebelum itu membuka kedai telekomunikasi tetapi disebabkan persaingan dan masalah rakan kongsi, perniagaan tersebut ditutup selepas tiga tahun beroperasi. Namun bakat perniagaannya tidak mati di situ sahaja memandangkan kos sara hidup yang kian meningkat mendorong insan sepertinya sentiasa berfikir memikirkan masalah sosioekonomi demi kelangsungan hidup. Bot perikanan milik keluarga dimanfaatkan untuk ke laut mencari rezeki dan di situ dia mula memahami sleok belok perniagaan ikan . Dia akur menjadi nelayan sepanjang masa tidak akan mampu meningkatkan taraf hidup, lantas keputusan segera dibuat untuk membuka kilang secara kecil kecilan. Kini selepas tujuh tahun terlibat secara serius menjual ikan saya mengambil keputusan berani membuat pinjaman dengan AgroBank berjumlah RM300,000 untuk membaik pulih bot perikanan, sekali gus memberi isyarat dia semakin yakin dengan bidang yang diceburi. Bagi tujuan untuk menambah kemahiran, dia menyertai pelbagai kursus meningkatkan kemahiran dalam perniagaan antaranya yang dianjurkan oleh Mara yang menawarkan bidang pengurusan kewangan dan Insken bagi pengurusan perniagaan. Beliau telah nampak potensi ikan baulu ini sangat besar dan membuka minda serta memberanikan diri untuk meneroka peluang ini. Semuga artikel ini memberi info terbaik kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
IKAN BANDENG.... IKAN SUSU SAMA...
BANYAK DITERNAK.. DI INDONESIA....
SUMBER PROTIN... ENAK RASANYA...
BACA ARTIKEL.. DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(12 JamadilAkhir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...