Support My Blog

Wednesday, February 20, 2019

BIAK POKOK TIN - TEKNOLOGI KERATAN BENIH

POKOK TIN (Ficus carica) merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Moracece yang dipercayai berasal daripada Asia khususnya di Asia Barat yang mempunyai iklim Mediterranean.  Penanaman buah tin diseluruh dunia mampu menghasilkan sebanyak 1.026 juta metrik tan pada tahun 2011 dengan jumlah nilai pengeluaran sebanyak USD 612.8 juta. Negara pengeluar utama buah tin didunia adalah negara Turki dengan jumlah pengeluaran 260.5 ribu mt diikuti dengan Mesir (165.4 ribu mt) dan Algeria (150 ribu mt). Negara lain yang ada mengeluarkan buah tin mengikut susunan pengeluaran adalah Iran, Morocco, Syria, USA, Sepanyol, Brazil, Tunisia, Albania, Afghanistan, India, Portugal, Jepun, Itali, China, Libya, Lebanon dan Greece. Negara jiran kita di Indonesia dan Thailand juga dilaporkan ada menanam buah tin untuk keperluan domestik. Produk buah tin yang telah dikeringkan (Dried figs) merupakan antara produk dari buah tin yang paling banyak djual dipasaran. Walau pun kesesuaian iklim adalah kawasan temperate kini buah tin boleh juga ditanam dikawasan sub-tropika dan tropika. Penanaman pokok tin di Malaysia belum berapa lama di jalankan dimana usahawan tanaman tin ini membawa masuk bahan tanaman dari luar negara daripada banyak varieti. Bagaimana pun ia tidak melalui pintu masuk yang sah disebabkan kebanyakannya dibawa secara sendiri dan kemudian dibiakkan. Teknik pembiakan tanaman buah tin diangggap paling mudah dilakukan asalkan mempunyai pokok induk dan kemahiran khusus uuntuk membuat teknik pembiakan. Terkini teknoogi keratan benih didapati paling mudah dilakukan. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' megenai teknologi keratan benih pokok tin (figs) untk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semuanya.


Tanaman pokok tin dalah pokok yang tidak berapa besar dengan ketinggian diantara 1 - 3 meter atau lebih tingi didalam keadaan ianya tumbuh semulajadi. Bagaimana pun dalam amalan pertanian moden di Malaysia pokok in ini akan sentiasa dicantas untuk menghasilkan buahnya (Sila lihat foto disebelah). Pokok ini tumbuh menegak dengan banyak cabang dan merimbun dengan saiz dahan antara 15-20 cm ukuran garispusat mengeluarkan getah jika ia terluka. Sistem akar pokok tin dikategorikan sebagai cetek dan tersebar sehingga 1 - 5 meter dalam tanah bergantung kepada ianya ditanam atau tumbuh meliar. Daunnya berbentuk 'Palmate' iaitu mempunyai 3-7 lekukan dimana lekuk agak cetek pada tangkai daun. Daun berwarna hijau dengan permukaan disebelah atas agak kasar dan permukaan bawah daun agak berbulu sedikit. Saiz daun sekitar 20-25 cm panjang dengan susunan bersilang pada dahan. Buah tin merupakan buah yang lazimnya jenis 'Synconium' iaitu kosong dibahagian tengah (hollow) dengan isinya yang melekat pada kulit buah. Bagaimana pun buah tin yang ditanam di Kg Janda Baik di Bentong , Pahang penulis blog dapati isinya padat dan sangat manis (Sila Klik disini) untuk membaca artikel berkaitan. Buahnya mungkin berbentuk Obovoid atau Bentuk Buah Pear atau Bentuk Turbinate dengan ada lubang dihujung buah tersebut. Ukuran saiz buah sekitar 3-10 cm garispusat dengan berwarna hijau ketika muda. Warna kulit luarnya apabila masak berbeza mengikut varieti sama ada ianya hijau kekuningan, warna perak, tembaga atau ungu gelap. Bentuk bunga sama dengan buah yang akan terbentuk dimana ia berada didalam buah dan melakukan pendebungaan sendiri atau berbantu bergantung kepada varieti buah tin. Penanaman pokok tin di Malaysia didalam Struktur Kalis Serangga dan Struktur Pelindung Hujan dilaporkan berjaya menghasilkan buah bekualiti.


Menghasilkan benih pokok tin merupakan satu bidangusaha yang amat memberikan keuntungan baik kerana pada masa ini permintaan benih tin amat tinggi. Percaya atau tidak anakbenih pokok tin dijual sehingga ribuan ringgit iaitu jika pokok induk tersebut adalah dari varietii hebat dan elit. Lazimnya ia juga bergantung kepada varieti dan saiz pokok. Bagaimana pun pada kbiasaanya varieti popular ia dijual diantara RM50 - RM100 sahaja pada pasaran terbuka (Sila lihat foto disebelah). Anakbenih pokok tin memang perlu dipilih daripada varieti yang sesuai ditanam di negara kita dengan jaminan ia akan berbah dengan baik. Malaysia telah dibuktikan memang mempunyai kelebihan kerana beriklim tropika dengan panas sepanjang tahun sesuai untuk pokok tin ini cekap proses tumbesarannya. Teknologi Keratan Benih pokok tin ini merupakan satu teknologi dimana pokok  tin dibiakkan secara vegetatif atau kaedah tampang bagi menjamin ketulinan varietinya (true to type). Dahan pokok yang dipilih akan di potong mengikut saiz dan panjang yng bersesuaian untuk ditanam didalam medium bagi pengeluaran akar. Proses seterusnya pembiakan pokok tin boleh dilakukan ramai orang asalkan mereka telah ada pengalaman atau pernah hadir kurusus tanaman pokok tin.



Keratan yang dipilih dipotong sepanjang 15 cm dengan potongan rata dilakukan diatas node bahagian atas manakala potongan serong dibawah node dibahagian bawah keratan tersebut (Sila lihat foto disebelah). Terdapat 3 jenis bahan keratan kayu yang boleh digunakan iaitu bahagian kayu lembut, bahagian Kayu Sederhana Keras dan Bahagian Kayu Keras. Paling baik adalah perlu mengambil bahagian kayu sederhana keras untuk pokok tin ini. Terdapat 2 jenis dahan yang sesuai digunakan iaitu dahan pucuk dan dahan tengah. Daripada kajian pihak MARDI dilaporkan dengan kejayaan berakar dari kayu sederhana keras mencapai 50% berjaya berbanding dengan kayu pucuk hanya sebanyak 37.5% sahaja. Bagaimana pun ada dikalangan usahawan swasta yang berjaya mencapai lebih 90% kejayaan bergantung kepada varieti, kemahiran dan aspek penjagaan. Penting dimana keratan tersebut perlu direndam dengan racun kulat selama 30 minit sebelum ditanam didalam pasu atau bekas yang sesuai. Media campuran dalam pasu ini perlu disiram sehingga basah dan buatkan lubang kecil ditepi dan bawahnya agar air tidak bertakung. Pasu-pasu ini kemudian disusun dengan tujuan memudahkan pengurusan. Kemudian diletakkan plastik hitam (Black netting) diatas susunan semaian bagi menjaga kelembapan dan sebaiknya semaian dikawasan yang teduh. Siraman perlu dilakukan 2 kali sehari dimana selepas sebulan biasanya akar pokok akan keluar dan sesuai digunakan.



Media campuran didalam pasu dari cocopeat atau tanah campuran tetapi penggunaan produk media Ezgrow didakwa paling mudah dan disyorkan. Ezgrow adalah merupakan bahan medium yang dipadatkan dan dibentuk seperti kiub yang mempunyai sifat dwifungsi iaitu sebagai media semaian dan bekas semaian. Produk Ezgrow didakwa mampu jadi sebagai satu transformasi medium dalam pengeluaran bahan tanaman secara konvensional kepada teknik baru melalui aktiviti kajian oleh MARDI. Ia merupakan produk yang mesra alam kerana didakwa memang tiada menggunakan bahan plastik. Penggunan Ezgrow didakwa oleh saintis sanngat sesuai dan signifikan didalam proses  pembiakan secara keratan pokok tin dengan cekap. Paling baik dimana ia praktikan dan effisien didalam proses memindahkan kepada pasu atau polibeg bagi posees tumbesaran anakbenih dan proses pengerasan (harderning process) sebelum ditanam di ladang sebenar. Perlu dimaklumkan dimana proses pemindahan anakbenih ke ladang merupakan peringat sangat kritikal kerana kecederaan anarnya boleh menyebabkan kematian kepada anakbenih tersebut. Bagaimana pun dakwa mereka menggunakan bahan Ezgrow merupakan aplikasi yang sangat berkesan dan cekap mengatasi masaalah ini. Benih pokok tin yang sesuai boleh dijual kepada pembeli terdiri daripada petani sepenoh masa, petani hobi sahaja atau individu berminat mendapatkannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
POKOK TIN... RAMAI YANG SUKA...
MUDAH DIBIAKKAN... ADA CARA...
TEKNIK KERATAN... MUDAH SAHAJA...
TANAMAN DIJAGA... HASILNYA ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(22 JamadilAwal 1440H).
Baru melawat projek tanaman fig di Bentong.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...