Support My Blog

Thursday, February 21, 2019

PENYAKIT HAWAR BULIR BAKTERIA - DIMALAYSIA


PENYAKIT HAWAR BULIR BAKTERIA (Bacterial Panicle Blight) atau ringkasnya BPB merupakan penyakit bawaan benih disebabkan oleh bakteria. Bakteria ini dikenali dengan nama Burkholderia glumae (Bawaan Benih) atau bakteria jenis Bukholderia gladioli (bawaan benih dan bawaan tanah) yang mana ia hidup dalam tanah selama 4 bulan dan dalam setor simpanan benih padi selama 3 tahun pada suhu bilik. Bakteria ini boleh terdapat pada sisa tanaman, tanah dan air disepanjang musim penanaman. Suhu optima jangkitan bakteria adalah diantara 35 - 40 Celcius dengan kelembapan (RH) melebihi 95%. Jangkitan penyakit bermula daripada peringkat berbunga apa yang berlaku di Malaysia. Pokok dilaporkan lebih peka pada jangkitan BPB ini iaitu 4 - 5 hari selepas terbit (60 - 70 hari selepas tabur benih). Penyakit ini adalah adalah yang paling teruk menyerang tanaman padi didunia dengan potensi kehilangan hasil padi sehingga 80% jika tidak dikawal. Penyakit BPB ini telah merebak keseluruh Semenanjung Malaysia bermula sekitar tahun 2017 dan 2018 dan tiada negeri yang terkecuali dari penyakit ini. Bagaimana pun bagi negeri Sarawak dan Sabah masih belum dilaporkan akan insiden ini. Jabatan Pertanian telah membuat usaha mengenalpasti, memantau, menyediakan SOP dan mengawal penyakit ini bersama beberapa agensi seperti MADA, KADA , IADA dan FELCRA. Kini Prosedur Operasi Standard bagi pembendungan, penghapusan dan kawalan penyakit ini telah ada disediakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel malam ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai status semasa, teknologi kawalan dan perkara berkaitan dengan penyakit BPB untuk bahan rujukkan semua pihak


Dilaporkan pada Febuari 2019 seluas 12,080 hektar kawasan tanaman padi di Semenanjung Malaysia telah berlaku serangan BPB (Sumber:  Laporan Status Serangan BPB Padi, Jabatan Pertanian 2019). Jabatan Pertanian melaporkan Negeri Selangor merupakan kawasan paling luas diserang dengan keluasan 5,945 ha diikuti dengan Kedah (4,415 ha), Pulau Pinang (620 ha), Terengganu (440 ha), Negeri Sembilan (291 ha), Perak (174 ha), Pahang (46 ha), Perlis (141 ha), Johor (5 ha), Kelantan (1 ha) dan Melaka (kuarng dari 1 ha). Di Selangor kawasan jelapang padi di Sg Panjang, Sg Leman, Pasir Panjang, Sg Nipah, Panchang Bendena dan Sg Terap dilaporkan berlaku insiden paling luas. Sementara itu di Kedah pula kawasan serangan dilaporkan berlaku di Langkawi, Jitra, Alor Setar, Pendang, padang Terap, Kota Sarang Semut, Yan dan pokok Sena. Di Pulau Pinang pula dilaporan serangan BPB berlaku di Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Barat Daya dan bebeapa stesyen penanaman padi. Di Terenganu pula kawasan seangan berlaku di Besut, KETARA, Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus. Dalam pada itu kawasan serangan di Perak berlaku di Kerian, Hilir Perak dan Perak Tengah. Aktiviti pementauan dan pemeriksaan terus dilakukan bagi mengetahui status serangan PBP ini oleh Jabatan Pertanian (Sila lihat foto disebelah). Penyakit ini dipercayai berpunca daripada penggunaan benih padi tidah sah, benih padi luar negara yang dibawa masuk sendiri oleh pesawah secara illegal dan faktur cuaca.


Pada masa ini kaedah kawalan yang disyorkan adalah digariskan didalam SOP yang dibangunkan. Langkah pertama adalah dengan kuarantinkan kawasan serangan untuk menghadkan pergerakan keluar masuk disawah yang membawa bakteria. Kedua dengan cara memusnahkan sumber penyakit iaitu padi batat, tunggul padi, jerami dan rumpai didalam kawasan serangan selepas penuaian hasil. Racun rmpai yang disyorkan peru disembur dan batang padi harus dipotong rapat kemudian ia mesti dibakar dengan sempurna dan terkawal (perlu dapatkan kebenaran Jabatan Alam Sekitar) untuk proses pembakaran terkawal ini. Bakteria akan mati apabia ia dibakar. Ke 3 adalah dengan menjalankan pembersihan jentera dan peralatan ladang dengan bahan basmi kuman (bakteria) yang sesuai. Paling penting adalah melaksanakan penyekatan bahan tanaman (benih padi terjangkit) daripada kawasan serangan dan ia TIDAK BOLEH dijadikan bahan tanaman (benih). Padi yang dituai dari kawasan serangan (walaupun dari ladang benih padi) hanya boleh diproses untuk menjadi beras sahaja. Bagaimana pun pemeriksaan dan pengesahan status serngan mesih disahkan. 


Sebagai langkah pencegahan 9 langkah perlu diambil untuk membendung akan perebakan penyakit BPB ini. Langkah pertama adalah dengan melaksanakan Amalan Pertanian baik (APB) dan mengikuti RICE CHECK seperti yang telah ditetaapkan. RICE CHECK ada paparkan semua perkara mengenai aktiviti amalan penanaman padi untuk menndapatkan hasil optima. Ke 2 dengan melakukan pembakaran jerami disawah untuk tujuan membunuh patogen penyakit. Ke 3 langkah-langkah pencegahan adalah dengan melakukan penbajakkan sebanyak 3 peringkat dan pembersihan kawasan sekitar daripada inokolum bakteria. Ke 4 dengan cara kawasan serangan perlu disembur dengan racun pra-cambah untuk memusnahkan benih-benih padi tertinggal mengikut kadar disyorkan. Ke 5 dengan menggunakan Benih Padi Sah, berkualiti dan mesti bebas daripada penyakit BPB. Ke 6 dengan cara mengelakkan penanaman yang terlalu padat dan disyorkan guna benih yang optima iaitu 120 kg/ha. ke 7 perlu ditambahkan baja berunsur Siloka (silicon fertilizer) semasa pembajakkan dengan kadar 50 - 70 kg/ha. Ke 8 untuk pencegahan boleh mengurangkan penggunaan baja Nitrojen daripada berlebihan dan ke 9 dengan kaedah membersihkan peralatan ladang sebelum dan selepas digunakan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca. Wasallam!!!... 
PENYAKIT PADI ... BPB RINGKASNYA...
ADA DI MALAYSIA...SEBAB BAKTERIA...
PERLU DIKAWAL... DENGAN SEGERA...
BACA ARTIKEL... DAPAT INFOMASINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 411, Starcity Hotel, 
Jalan Pintu Sepuluh,
Alor Setar, Kedah,
Malaysia.
(16 JamadilAkhir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...