mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, May 31, 2018

CANNON BALL - BUAH UNIK

POKOK PELURU MERIAM atau ia lebih dikenali dengan nama CANNONBALL TREE (Coroupita guaneensis) merupakan sejenis buah beracun yang jarang dikenali di Malaysia. Pokok ini (Cannonball Tree) ialah sejenis pokok yang berasal dari rantau Amerika Selatan. Pokok ini boleh tumbuh setinggi 25 meter. Pada musim kering hampir kesemua daunnya akan luruh. Penulis blog melawat Taman Pertanian Tenom di Sabah baru-baru ini untuk melihat sendiri banyak pokok ini ditanam di sana dan banyak buah (Sila lihat foto diatas) yang diberikan penerangan oleh En Andrian seorang Pegawai Penyelidik di pusat tersebut. Pokok ini juga dikatakan bersifat kauliflori kerana mengeluarkan bunga dan buah pada batang. Bunganya mempunyai warna campuran merah jambu dan merah terang atau jingga dan mempunyai struktur yang tebal dan berlilin. Bunga pokok peluru meriam mengeluarkan haruman yang akan menarik serangga untuk mendebungakannya. Dari penerangan oleh En Andrian beliau nyatakan di negara Amerika Selatan, kadang-kadang kelawar yang terbang malam biasanya akan membantu proses pendebungaannya. Buahnya bersaiz besar dengan diameter antara 10 - 25 sentimeter dan berwarna coklat iaitu seperti warna karat dan bulat sama seperti seperti peluru meriam. Buahnya mengambil masa lebih kurang setahun untuk masak dan apabila masak ia akan mengeluarkan bau yang agak tidak menyenangkan. Memang sekali pandang melihat buah peluru meriam ini bergayutan dikiri dan kanan jalan masuk ke Pejabat Stesyen amat menarik sekali dan kalau boleh dimakan barangkali sebiji buah mencukupi untuk 5-6 orang memakannya. Apa pun penulis sendiri memetik beberapa biji buah ini dan memecahkannya untuk melihat akan isinya. Apabila kulit kerasnya dipecahkan banyak biji benih kecil di dalamnya.  Kegunaan Tradisional Berdasarkan rekod, digunakan oleh orang asli tempatan di Amerika Selatan untuk merawat selesema dan sakit perut. Jus di ambil daripada perahan Buah yang tumbuh daripada batang pokok. Juga untuk merawat penyakit kulit manakala daun muda pernah digunakan untuk melegakan sakit gigi. Shaman (pawang dan dukun) di Amerika Selatan juga menggunakan bahagian pokok peluru meriam untuk merawat pesakit yang menghidap demam malaria. Bahagian lapisan dalam buahnya pula digunakan untuk merawat dan menyembuhkan luka. Buahnya boleh dimakan apabila masak tetapi bau bahagian isi dalamnya yang agak tidak menyenangkan menyebabkan buah ini tidak dipilih sebagai makanan harian. Artikel pagi ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai pokok dan buah peluru meriam serta kegunnnya berdasarkan tinjauan, rujukkan dan komunikasi dengan mereka yang arif mengenai buah ini.


Bunga apa yang saya lihat untuk pokok peluru meriam adalah cantik dimana ia akan mengeluarkan haruman yang akan menarik serangga serta kelawar untuk mendebungakannya (Sila lihat foto disebelah). Bila penulis jumpa pokok ini dengan penampilan unik di dapati ia mempunyai batang pokok rendang dengan berdaun rimbun dimana sepanjang batangnya ada bergantungan buah bulat berdiameter sekitar 20 cm iaitu menyerupai bola peluru meriam atau untuk sukan lontar peluru. Penampilan bunganyapun cantik dengan warna oren yang cerah yang berukuran besar dan menghasilkan bau harum. Tangkai bunga keluar dari batang pokok yang jumlah banyak. Biasanya jika buahnya sudah matang ia akan jatuh dari pokok dan retak terbuka ketika menyentuh tanah dimana ada banyak kelongsong kosong bertaburan dibawah pokok tanpa dihiraukan sesiapa kecuali pekerja taman. Apa pun menariknya bila buah tersebut jatuh ia menghasilkan bunyi kuat. Sama seperti buah kelapa yang jatuh darip pokok tinggi, buah cannonball biasanya jatuh dengan tiba-tiba dan dapat menyebabkan cedera serius bagi setiap mangsa dibawahnya jika ada. Dari segi sejarag pokok Cannonball dipercayai natif atau berasal dari hutan Amerika Selatan walau pun ada dakwaan ia mungkin juga berasal dari negara India. 


Tanaman ini berkaitan juga dengan adap dan juga kepercayaan di beberapa Negara di Asia. Di India tanaman ini disebut Shiv Kamal atau “Kailaspati” yang banyak dijumpai ditanam pada  Kuil Shiva sehingga disebut sebagai bunga Shivalinga. Di Negara juga penganut kepercayaan Budha seperti Thailand tanaman ini juga dijumpai pada halaman diskeliling bangunan ibadah mereka. Menurut keyakinan umat Budha dimana pokok ini menjadi penaung saat Sidharta lahir dan di bawah pohon ini pula Sang Budha beristirahat untuk kali yang terakhir (Sila lihat foto saya ambil disebelah). Walau pun buahnya besar dan menarik tetapi ia memang tidak boleh dimakan sebaliknya tanaman ‘peluru meriam’ ini juga didakwa mempunyai fungsi ubatan seperti antibiotik, antiseptic, anti kulat dan analgesik. Di Amerika Selatan ada dilaporkan dimana buah dari pokok ubu ada digunakan untuk mengubati demam, sakit perut, sakit gigi dan juga penyakit kulit dan sedang dikaji sama ada ia sesuai untuk merawat malaria. Walau pun penulis lalu dibawah pokok tersebut tetapi memang perlu berhati-hati apabila berteduh dibawah pokok tersebut. Buah yang matang tua akan jatuh dan dengan ukurannya yang cukup besar dan berat pastinya akan menyebabkan kesakitan bila menimpa kita. Apa lagi kalau buah tersebut sudah busuk menyengat yang keluar dari buah matang apabila ianya pecah.

Pokok yang tinggi merimbun ini mempunyai daun merimbun yang berwarna hijau (Sila lihat foto disebelah). Daun berbentuk panjang dengan kedudukan melempai memudahkan pokok ini menghasilkan buah yang besar. Terdapat dakwaan dimana dari ekstrak daun pokok peluru meriam boleh digunakan untuk mengawal kitar hidup larva kepada serangga perosak seperti kupu-kupu spesies Helicoverpa armigera. Serangga perosak ini ketika peringkat larvanya boleh menjadi sejenis makhluk perosak kepada tanaman komersil seperti tanaman kapas, tomato, jagung, kekacang, alfalfa dan tembakau dimana ia ada diamalkan dinegara lndia. Dalam bidang kawalan biologi serangga ada kajian dijalankan terhadap larva serangga untuk melihat kesan pengawalan biologi secara semula jadi dengan menggunakan ekstrak pokok peluru meriam. Terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa ekstrak bunga dan buah pokok peluru meriam dapat membunuh larva nyamuk yang menjadi pembawa parasit kepada penyakit tropika fllariasis. Peru mungkin lebih banyak kajian terhadap tumbuha ini dimasa akan datang untuk mengetahui akan kegunaannya.

Penulis bersama rakan-rakan memetik buah yang ada dan menghempaskannya keatas jalan tar. Apabila pecah dilihat isinya berwarna kuning kelabu (Sila lihat foto disebelah) dan lepas itu kami terus membuangnya. Ada dakwaan dimana pulpa buah peluru meriam dipercayai boleh menyejukkan badan dan selalu dijadikan minuman oleh kaum orang asli iaitu di kawasan Amazon. Di negara lndia pula nama tempatan buah ini adalah Nagalingam. Pokok ini digunakan secara meluas dalam bidang perubatan tradisional Ayurveda.  Diantara kegunaannya  termasuklah merawat selesema, sakit kepala, masalah hati dan reumatisme (iaitu penyakit yang dicirikan oleh radang dan rasa sakit terutamanya pada bahagian otot ) dan kulit batangnya pernah digunakan untuk merawat gigitan ular berbisa. Di Trinidad pula terdapat bahagian pulpa dimana buahnya boleh digunakan untuk mengubati penyakit kulit pada haiwan peliharaan seperti anjing. Kajian Saintifik yang telah dijalankan terhadap pokok peluru meriam juga termasuklah pembuktian kegunaan tradisional pokok tersebut dalam penyembuhan luka dan merawat bengkak.  Dalam satu kajian lain dalam makmal dikaji dimana ekstrak etanol dari daun pokok peluru meriam diberikan secara oral kepada haiwan ujikaji. Kemudiannya haiwan didedahkan kepada rangsangan suhu tinggi pada bahagian ekor dan anggota badannya. Keputusan menunjukkan haiwan yang dirawat dengan ekstrak tumbuhan ini mengambil masa yang lebih lama untuk merasa kepanasan pada bahagian yang diuji dan dapat menahan kesakitan berbanding dengan kumpulan yang tidak menerima rawatan. Satu kajian telah dijalankan untuk melihat kesan ekstrak akar pokok peluru meriam terhadap situasi kemurungan atau depresi. Para penyelidik mendapati haiwan yang dirawat dengan ekstrak metanol daripada bahagian akar telah pulih daripada keadaan murung dan menjadi aktif semula. Kesan ini setara dengan ubat lmipramina yang digunakan untuk kesan antikemurungan.

Tempurung buan ini juga mungkin boleh dijadikan bahan api dan produk kraftangan (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu kajian mendapati ujud penemuan awal yang mana ia dapat membantu proses pencarian sebatian kimia untuk mensintesis ubat baru dalam usaha menangani masalah depresi yang kian menjadi-jadi dalam masyarakat sekarang. Satu kajian lain menunjukkan bahawa ekstrak bahagian daun, kulit batang, bunga dan buah pokok peluru meriam mempunyai sifat antioksidan (antioxidant) yang tinggi dan mampu mempercepat proses penyembuhan luka pada haiwan kajian. Proses untuk penyembuhan luka disebabkan pengurangan penghasilan bahan radikel bebas pada kawasan luka. Selain membantu penyembuhan luka, ekstrak tersebut juga dapat merencatkan pertumbuhan organisma mikro seperti Staphylococcus aureus, Escherichia coli, Pseudomonas aerugi nosa dan Kebsiella pneumonia.  Sebenarnya sifat antimikrob pada ekstrak ini dapat mengelak daripada berlakunya jangkitan pada kawasan luka di samping mempercepatkan proses penyembuhannya. Penemuan ini menyokong rekod lama yang menyatakan kegunaan pokok peluru meriam untuk merawat penyakit kulit, jerawat dan menyembuhkan luka.  Ada juga kajian tentang kandungan bahan kimia semula jadi menunjukkan kehadiran sebatian fenol dan terpenoid yang mempunyai sifat antioksida yang tinggi. lsatin ialah sejenis sebatian kimia yang boleh didapati daripada pokok peluru meriam. Sebatian kimia lain yang berjaya diterbitkan melalui sintesis kimia daripada bahan asal ini didapati sesuai digunakan untuk membunuh cacing parasit terutamanya yang hidup di dalam saluran pencernaan manusia. Hasil kajian ini boleh membantu para saintis menghasilkan ubat baru yang berasaskan herba semula jadi untuk menangani masalah penyakit akibat jangkitan cacing. Terdapat laporan terkini yang menyatakan bahawa ekstrak metanol daripada pokok ini telah merencatkan pertumbuhan HIV (virus imunodefisiensi manusia) sebanyak 24 peratus. 

Dalam pada itu perlu ada kajian lanjut kerana pada masa ini ia masih berada pada tahap permulaan dan belum dapat disahkan keputusannya. Walau bagaimanapun penemuan ini awalan mencerahkan harapan bagi kajian lanjutan dalam langkah mencari ubat anti-HlV yang kurang mendatangkan kemudaratan kepada manusia tetapi berkesan membunuh virus tersebut.  Pokok peluru meriam telah banyak ditanam sebagai tanaman hiasan terutamanya di taman botani terkemuka dan kawasan rekreasi di seluruh dunia kerana keunikannya termasuk di Taman Botani Pulau Pinang, Taman Botani Tenom dan banyak lagi.  Memang rahsia nilai perubatannya masih perlu diterokai. Penulis blog juga percya berbekalkan penemuan dan kajian saintifik terkini, nescaya suatu hari nanti tumbuhan ini dapat memberikan manfaat dalam bidang perubatan dan penemuan hasilan semula jadi yang penting dan berharga kepada kita semua. Kepada mereka yang ingin menanam pokok ini boleh mendapatkan khidmat kepakaran teknikal kepada pegawai di taman-taman bitani yang ada menanam dan menjaga pokok peluru meriam ini dengan baik. Semuga tulisan ini memberi info terbaik kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
CANNON BALL TREE...BESAR BUAHNYA
BERBUNGA LEBAT... BUAH DIBATANGNYA...
TIDAK BOLEH MAKAN...BERACUN KATANYA...
BANYAK PERLU DIKAJI...APA GUNANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Pertanian Tenom,
Tenom, Sabah, 
Malaysia.
(25 Syaaban 1439H). 

Wednesday, May 30, 2018

NASI ARAB - SANGAT POPULAR

NASI ARAB merupakan satu makanan yang semakin popular di Malaysia pada masa kini dan dimakan oleh ramai rakyat negara ini. Terdapat banyakk restoran, gerai dan juga premis yang menjual nasi arab diseluruh negara terutama dikawasan Lembah Kelang dan bandar-bandar besar diseluruh negara. Terdapat banyak resepi dan nama nasi arab yang dijual bergantung kepada citarasa penjual dan peminatnya. Ada Nasi Arab Mandy Lahm, Nasi Arab Hijrah, Nasi Arab Wadi Dawan, Nasi Arab Taif, Nasi Arab Masyhor dan banyak lagi mengikut resepi masing-masing. Hidangan yang berasal dari Timur Tengah ini menghidangkan makanan dengan beraroma herba arab dengan laukpauk sama ada ayam atau kambing. Tidak kira dimana lazimnya premis nasi arab ini dipenohi dengan pelanggan terutama pada waktu makan tengahari. Bagaimana pun ia ada dijual diwaktu lain seperti pada waktu petang dan makan malam. Pada penulis blog yang sering berkunjung ke restoren nasi arab di Cyberjaya mendapati makanan ini menyamai dengan masakan Melayu atau India serta amat mengenyangkan dan rasa yang enak. Terdapat juga faktur sentimen dimana ia adalah makanan yang berasal dari negara arab yang dikait dengan negara-negara Islam dimana mereka tidak riasu akan status halal dan haramnya makanan ini. Malahan diiklankan dengan tulisan jawi dimana ini mengukuhkan lagi bahawa makanan nasi arab ini begitu Islamik. Walau pun harga satu set hidangan nasi arab ini tidaklah semurah nasi lemak dan lain nasik berlauk tetapi ia menandingi dengan harga nasi beriyani. Penulis dapati harga nasi arab ini rata-rata sekitar RM10 - RM200 satu set bergantung kepada lauk dihidangkan, lokasi restoren dan juga jenis pembungkusan serta resepi tambahan lain. Apa yang unik lagi mengenai nasi arab ini adalah dimana peniaga yang menjualnya rata-rata adalah bangsa arab sama ada di restoren, pasar malam atau pun di bazaar Ramadan. Berkemungkinan orang tempatan akan lebih mempercayai untuk membeli nasi arab dari 'orang arab' berbanding dengan penjual nasi arab dari penual berwajah orang tempatan. Artikel petang sempena cuti hari Wesak petang ini saya mempaparkan makanan nasi arab dalam blog "Anim Agro Technology" pelbagai kisah sepertimana yang dilaporkan dalam media tempatan.

(1) Tajuk : Nasi arab selera tempatan
       MyMetro

RESTORAN Nasi Arab Abu Aish mengambil pendekatan meletakkan hidangan dalam dulang besar bagi mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan ahli keluarga (Sila lihat foto disebelah)Sajian nasi arab mandy yang mana ia dinikmati bersama kombinasi ayam panggang apollo dimasak menggunakan dapur berbentuk apollo dan kambing kabsah pasti membuka selera sesiapa saja walaupun baru pertama kali ‘bersua’ hidangan dari Timur Tengah itu. Ternyata menu yang diubah suai dengan cita rasa dan selera tempatan menjadi penyebab sepinggan nasi yang dimakan bersama potongan cili muda, bawang, salad dan salsa tomato dengan sup kosong berjaya dihadamkan sepenuhnya. Menurut pengusaha Restoran Nasi Arab Abu Aish, Pn Mardiah Shaharum, nasi mandy yang juga sajian tunggal restoran berkenaan enak dimakan bersama ayam panggang apollo, ayam panggang pedas, ayam panggang BBQ, kambing kabsah atau kambing panggang. Katanya, untuk hidangan individu dijual pada harga antara RM8 dan RM18 setiap set.  Bagi hidangan keluarga dan berkumpulan pula, nasi arab mandy dengan ayam panggang biasa, ayam panggang BBQ atau ayam pedas ditawarkan antara RM47 dan RM90 setiap set sementara nasi arab mandy sama ada kambing kabsah, kambing panggang atau campuran ayam dan kambing antara RM65 serta RM140 setiap set. Pelanggan juga boleh menikmati hidangan sampingan tortilla atau roti ‘ish dengan pilihan ayam panggang atau kambing kabsah pada RM5 dan RM9 setiap set.

Pelbagai jenis pilihan minuman panas dan sejuk termasuk air buah-buahan seperti buah delima, mangga, karot, oren, tembikai serta paling digemari adalah air tamar koko dengan hiasan aiskrim vanila dijual pada antara RM1 dan RM4 segelas. Sementara minuman berkumpulan pula antara RM6 dan RM16 untuk setiap jag. Antara 90 hingga 100 ekor ayam diperuntukkan bagi memenuhi permintaan pelanggan setiap minggu dan bertambah ketika musim cuti persekolahan. Kini sebanyak 30 ekor ayam diperap pada satu-satu masa menggunakan campuran bahan seperti halia, serai, lengkuas, bawang putih, bawang merah dan rempah ratus yang disediakan sendiri. Ayam dipanggang dalam dapur berbentuk apollo seakan-akan kapal angkasa apollo dalam tempoh dua jam untuk memastikan dagingnya lembut dan masak sekata,” katanya ketika ditemui direstorannya di Tanah Putih, Kuantan, Pahang, baru-baru ini. Menurut Mardiah, semua rempah masakan disediakan bapa mentua, Dolahsajat Kamari yang berpengalaman luas dalam bidang itu. Bapa mentua akan menyediakan rempah masakan dan kami hanya perlu mengambil sukatan tepat menggunakan senduk tertentu sebagai ukuran. Beliau memperuntukkan enam hingga lapan kilogram beras basmathi setiap hari yang dimasak menggunakan kuah kambing kabsah untuk menimbulkan aroma yang pastinya membangkitkan selera.  Beliau juga menggunakan arang yang siap dibakar dan diletakkan dalam mangkuk di permukaan periuk selepas nasi masak sepenuhnya bagi menimbulkan aroma yang ‘lain macam’ dan bagi menambahkan lagi keenakannya,” katanya yang sudah dua tahun menjalankan perniagaan itu. Mardhiah yang dibantu suami, Mohd Saifulbahriy, 28, berkata idea membuka restoran nasi arab itu bermula selepas tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah, Ekonomi dan Perbankan Islam, di Universiti Yarmouk, Jordan manakala suaminya lulusan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Restoran yang dibuka setiap hari bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam itu turut menerima tempahan untuk majlis perkahwinan, pertunangan, akikah, jamuan tahunan dan mesyuarat selain menyediakan perkhidmatan katering dengan pelbagai jenis menu seperti nasi minyak, nasi tomato, nasi beriani dan nasi tomato.


(2) Nasi Arab ala Madinah
      My Harian Metro

Restoran nasi Arab kini mudah didapati di Malaysia, namun penggemar juadah itu boleh merasai kelainan apabila kita dapat mengunjungi Syawins Jiddan Cafe di Kompleks Sunway Perdana, Seberang Jaya, Pulau Pinang yang menjanjikan rasa dan kepuasan sebenar nasi Arab. Kini pemiliknya Syahida Farwin berkata, walaupun baru diperkenalkan Mac lalu, keenakan nasi Arab dan menu makanan barat di kafe itu menjadi tarikan ramai pelanggan tetap sekitar Georgetown dan Seberang Perai sejak dia mula berniaga dua tahun lalu (Sila lihat foto disebelah)“Sebelum membuka kafe ini, saya menyediakan dua menu makanan barat iaitu ‘Meatball Spaghetti’ dan ‘Swedish Meatball’ di rumah di Bukit Gambir, Georgetown, dua tahun lalu dan melakukan penghantaran dari rumah ke rumah. “Ia bermula pada Ramadan dan berbekalkan modal permulaan RM200, hasil jualan bagi kedua-dua menu itu mendapat sambutan menggalakkan hingga mencecah RM4,000 sepanjang bulan puasa berkenaan,” katanya yang pernah bertugas sembilan tahun sebagai kerani di Universiti Sains Malaysia (USM). Syahida berkata, dia bertuah apabila dipertemukan seorang pelanggan yang meminati menu makanan baratnya, sekali gus menyatakan hasrat untuk berkongsi resipi itu dengannya melalui sistem ‘barter’ pada awal tahun lalu. Katanya, pelanggan yang menjadi ‘guru’ masakan nasi Arab itu pernah bermastautin di Kuwait selama 10 tahun selain juga seorang pengusaha restoran nasi Arab di Sungai Petani. Menurutnya, dia mempelajari resipi nasi Arab itu selama seminggu dan pernah menjual nasi mendy di Astaka Taman Tun Sardon, Georgetown, selama lima bulan sebelum membuka Syawins Jiddan Cafe apabila permintaan pelanggan makin meningkat.

Menu utama di kafe ini dibahagikan kepada dua set pilihan iaitu Nasi Arab Mendy dan Nasi Arab Khabsa yang dihidangkan sama ada dengan ayam dan kambing atau kedua-duanya sekali. “Perbezaan rasa itu ialah Nasi Arab Mendy boleh disamakan dengan nasi ayam di Malaysia, manakala Nasi Arab Khabsa seperti nasi beriani yang didapati pada harga bermula RM14.50 hingga RM21.50 setiap hidangan. “Set Thalatha yang sesuai untuk tiga orang dihidangkan dalam satu pinggan besar bersama sup, sambal, salad dan separuh ayam atau kambing sama ada memilih Nasi Arab Mendy atau Nasi Arab Khabsa pada harga bermula RM32.50 hingga RM63.50,” katanya.  Katanya, aroma wangi, isi ayam yang lembut dan mudah dinikmati selepas dimasak dalam tempoh sejam serta menggunakan beras berkualiti tinggi dan terpilih membuatkan ia bagaikan nasi Arab sebenar yang dijual di Makkah dan Madinah,” katanya. Syahida berkata, selain nasi Arab, makanan barat paling diminati dan menjadi pilihan pelanggan ialah Wins Swedish Meatball dan Wins Meatball Spaghetti. Beliau berkata, Wins Swedish Meatball masih mendapat tempat di hati pelanggan yang pernah merasainya kerana kuahnya menggunakan resipi tersendiri. “Selepas menikmati nasi Arab, tidak lengkap tidak menikmati teh Arab yang dicampur buah pelaga, bunga cengkih dan daun pudina yang baik untuk penghadaman. “Syawins Jiddan Cafe beroperasi setiap hari bermula 12 tengah hari hingga 11 malam berkonsepkan ‘Arabic dan Barat’ yang turut menawarkan meja makan bersila dan dapat memuatkan seramai 60 pelanggan dalam satu masa,” katanya yang dibantu ibunya Laily Abdullah, 55, menguruskan kafe berkenaan.


(3) Nasi Arab ala Melayu
     My Harian Metro

Hidangan nasi Arab memang tidak asing lagi di negara ini, malah kelembutan rasa daging kambing dan ayam yang dimasak bersama beras berkualiti tinggi juga telah menjadikan ia satu hidangan cukup menyelerakan (Sila lihat foto disebelah)Cili istimewa yang tidak pedas dan sedikit masam yang disajikan bersama nasi Arab menjadi pelengkap menu. Namun, pernahkan anda menikmati hidangan nasi arab bersama sambal pedas serta kuah sup yang lazat?. Jika belum dan mahu menikmati hidangan nasi Arab ala Melayu, kunjungi Restoran Al-Mikraj di Putra Nilai, Nilai, Negeri Sembilan. Pengurus Operasinya, Mohd Saad berkata, restoran yang menyediakan menu arab memang banyak, tetapi tidak menghidangkan sambal yang pedas dan kuah sup sebagai pelengkap sajian. “Justeru, bagi memberikan kelainan dan memahami keinginan pelanggan, nasi arab yang disajikan di restoran ini tidak seratus peratus bercita rasakan rasa asli masakan Arab tetapi lebih kepada bercita rasa Melayu. “Selain memasak nasi dan daging ayam serta daging secara berasingan, penyediaannya bersama sambal yang dibuat menggunakan resipi sendiri menjadikan hidangan nasi arab di restoran ini lain daripada yang lainnya,” katanya. Nasi Arab bersama kuah sup yang lazat itu menggunakan resipi tersendiri menjadikan hidangan nasi Arab di restoran berkenaan unik dan ada cita rasa tersendiri,” katanya. Sudah beroperasi sejak lebih lima tahun lalu, selain sambal dan kuah sup, kepelbagaian menu yang disediakan juga memikat selera pelanggan.

Restoren ini menyediakan lebih 10 menu masakan Arab yang dihidangkan secara ala carte dan antara yang menjadi pilihan ramai ialah Arabic Kabsah kambing atau ayam. “Ramai suka kerana daging kambingnya lembut dek dimasak lama, kira-kira empat jam,” katanya. Nasi juga tidak berbau hanyir seperti dalam menyediakan nasi arab ini. Penggunaan resipi dan bahan masakan yang istimewa menambahkan kelainan restoran itu. Selain itu, anda juga perlu mencuba menu Aukdah Kambing atau Ayam (Sila lihat foto disebelah)Ia dihidangkan bersama roti Arab istimewa kerana tidak keras walaupun sejuk dan campuran daging yang dihiris halus bersama herba istimewa serta salad membuatkan hidangan yang ringkas itu cukup menyelerakan. Sejujurnya, walaupun sudah acap kali menjamu selera di restoran arab, penulis tidak pernah disajikan hidangan Aukdah yang cukup lazat itu.  Melengkapkan hidangan, minuman seperti air Barbican pelbagai perasa dan teh arab turut disediakan. Dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 9 malam setiap hari kecuali Ahad, beliau yang mahir memasak makanan Arab mengakui harga makanan di restoran itu berbaloi dan berpatutan. “Selain hidangan ala carte, hidangan set turut disediakan serta katering, jamuan makan atau tahlil serta aqiqah,” katanya.  


(4) Penangan sepinggan nasi Arab
     My Harian Metro

Sepinggan nasi Arab bagaikan tidak cukup dek enaknya gabungan kambing, salatah, sahawa (sambal) dan sup berempah.  Penulis blog agak kurang gemar dengan masakan Arab 'Malaysia' kerana terlalu berempah dan berminyak, tetapi terkejut apabila mampu menghabiskan sepinggan Nasi Arab Al-Qassam bersama kebab. Ternyata nasi arab di Restoran Munif Hijjaz D'Greenwood memberi penangan hebat kepada peng-gemar makanan Arab, khususnya mereka mendambakan sentuhan asli dari Syria. Beroperasi sejak September lalu, restoran milik ikon nasyid, Munif Ahmad itu bukan saja popular kerana mengetengahkan konsep unik, tapi menjadi sebutan ramai berikutan keenakan sajian Arab. Beliau berkata, sajian utama ialah nasi Arab mandy kambing dan ayam yang dimasak Chef Muhammad Giad Taja dari Damsyik, Syria. "Chef Muhammad berpengalaman luas dalam bidang masakan dan datuknya tukang masak popular di Syria. Beliau sangat teliti kaedah penyediaan dan bijak menggunakan rempah mengikut kaedah tradisional Arab. 

Chef Muhammad sendiri mengakui cerewet dalam penyediaan bahan dan hanya memilih rempah asli untuk memasak. Saya menggunakan kaedah memasak seperti di Syria kerana mahukan rasa lebih asli dan enak. Selebihnya, saya akan pastikan sos dan mayonis dibuat sendiri dan bukan dibeli dari pasar raya," katanya. Dibuka setiap hari dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam, restoran itu menawarkan hiburan berbentuk ketuhanan setiap hujung minggu. Restoran itu juga kini telah menjadi tempat berkumpul artis nasyid baru dan lama. Disini mereka ada pentas Night Live Show pada hujung minggu yang memberi ruang kepada artis nasyid baru membuat persembahan percuma. Restoran itu turut menyediakan menu Thai serta masakan ala barat untuk pilihan pengunjung.
Semuga artikel yang panjang lebar ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini mengenai kehebatan nasi arab yang popular di Malaysia. Wasallam!!!...
NASI ARAB... SUNGGUH ENAKNYA...
HERBA ARAB... KANDUNGAN UTAMA...
AYAM DAN KAMBING... ITU LAUKNYA...
SANGAT POPULAR... DI MALAYSIA...
ADA DIJUAL...SELURUH NEGARA JUA...
MAKAN KENYANG... BAYAR SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(13 Ramadan 1439H).

Tuesday, May 29, 2018

TANAM KURMA DAN TUAK KURMA

BUAH KURMA (Phoenix dactylifera) merupakan buah yang sangat popular selalunya di bulan Ramadan untuk diambil semasa berbuka dan bersahur kerana memberikan tenaga yang banyak. Kurma juga merupakan buah yang biasanya terdapat ditanam di Timur Tengah dan kebanyakan tanaman yang ditanam di sana atau di utara Afrika boleh berbuah dengan baik. Pokok kurma lazimnya sesuai ditanam dan hidup di kawasan iklim panas kering. Pokok kurma bukanlah pokok mudah untuk ditanam dan boleh menjadi satu cabaran yang menyeronokkan jika anda mencuba pokok buahan baru di negara yang banyak hujan seperti di Asia Tenggara. Apa pun ia boleh hidup dan perlu bekerja lebih sedikit daripada biasa untuk berjaya pokok kurma ini berbuah (Sila lihat foto diatas). Buah kurma amat berkhasiat dan telah menjadi satu sumber makanan yang penting selama berabad-abad. Buah kurma adalah tinggi dalam serat dan beberapa vitamin B tetapi rendah kalori. Pokok kurma adalah sama bentuknya kanopinya sama ada ia 'pokok jantan' atau 'pokok betina' dimana sebenarnya ia memerlukan kedua dua jenis pokok dalam usaha untuk mendapatkan buah. Jika menanam kurma hanya beberapa pokok pastikan ada sepokok pokok kurma jantan untuk bekalkan debunga dan banyak pokok betina. Semasa merancang dikebun atau keliling rumah pastikan mempunyai ruang untuk sekurang-kurangnya 2 pokok jantan. Sebaiknya elakkan menanam pokok dari biji kerana memang tidak akan tahu JANTINA selama bertahun-tahun. Disyorkan agar membeli benih dari sesulor pokok (offshoot) yang sedia ada dimana perlu dilabel mengikut jantina mereka. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kaedah dan teknologi menanam kurma dan satu laporan akhbar bagaimana seroang penanam kurma membuat tuak di Kelantan untuk dijadikan bahan rujukkan. 

Benih kurma terbaik adalah dari sesulur atau off-shoot untuk menpastikan yang jantinanya dan bukan dari biji kurma yang disemai sendiri. Pokok jantan akan mengeluarkan 'off-shoot jantan' dan sebaliknya pokok betina keluarkan off-shoot betina (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya kawasan tanaman adalah lokasi yang cerah dimana tanahnya yang sesuai dan subur seperti kawasan untuk lain jenis pokok. Gali lubang yang cukup besar untuk memegang akar atau jika menanam dan jika menanam dalam pasu besar boleh gunakan media tanam iaitu tanah gembur (1 bahagian), pasir (2 bahagian), 3) Kompos (1 bahagian) dan juga bahan sekam bakar (2 bahagian). Kemudian dimasukkan media tersebut dalam lubang penanaman atau bekas pasu besar. Setiap pokok kurma dikebun akan membesar kepada lebih daripada 30 - 50 kaki tinggi mengikut umur. Sementara penanaman kurma dalam pasu untuk ornamental sekitar 5 - 10 kaki dan perlu dikawal.  Pastikan ada 2 pokok jantan dikebun bertujuan membuat pendebungaan dengan tangan walau pun sebenarnya tidak semestinya perlu untuk menanam pokok bersebelahan antara satu sama lain jika ruang anda tidak membenarkan.  Walaubagaimana pun perkembangaan teknologi pertanian membolehkan untuk membeli debunga pokok jantan sahaja. Sebaiknya semasa proses penjagaan pokok kurma perlu ada ilmu dan kesabaran. Ini kerana pokok kurma adalah pokok yang tumbuh sangat perlahan. Air yang berlebihan akan membunuhnya dan hujan yang tetap biasanya mencukupi kecuali jika ia telah kering untuk tempoh masa yang panjang perlu diberikan air.

Sebenarnya pokok kurma TIDAK didebungakan oleh serangga atau burung tetapi oleh angin disebabkan mungkin kerana ia tiada bau dan nektar. Dengan hanya beberapa pokok jantan maka kita mengambil risiko bahawa tiada pendebungaan dan oleh itu tidak akan menghasilkan sebarang buah. Ini juga bermakna perlu dijalankan aktiviti proses pendebungaan tangan untuk pokok kurma secara manual. Pokok jantan akan menghasilkan sarung debunga dan perlu dibuka untuk mengumpulnya (ia hanya satu serbuk halus) dan kemudian debunga ini di tabur pada bunga betina sewaktu ia dalam keadaan mekar (Sila lihat foto disebelah)Pembajaan pokok kurma disyorkan menggunakan 100% baja organik dan cuba juga elakkan penggunaan baja kimia. Baja kimia didakwa mendatangkan kesan sampingan samada reaksi jangka panjang atau respon jangka pendek tanaman kurma. Anak benih pokok kurma yang telah mencapai pembesaran kira-kira satu tahun dan sihat bolehlah di pindahkan ke tanah atau kebun. Proses pemindahan anak pokok dari pasu atau polibag ke tanah agak kritikal dan hendaklah berhati-hati supaya akar-akar tidak cedera dimana sekiranya tidak cermat pokok akan terbantut atau mati. Masa penanaman yang paling sesuai adalah semasa musim hujan kerana kelembapan tanah dan cuaca yang kurang panas. Pembajaan peringkat permulaan hanya di gunakan selepas 4 - 5 minggu selepas tanam. Jadual pembajaan berikutnya di lakukan 3 bulan sekali. Sebaiknya baja hendaklah di tabur 1.5 - 2 kaki dari pangkal pokok atau hujung kanopi daun. Sekiranya ditabur hampir dengan batang boleh mencederakan akar dan menyebabkan pokok bermasaalah dan mungkin membawa kematian pokok kurma. Kecederaan akar disebabkan baja berlebihan dan ditabur hampir ke bahagian pangkal. Racun kulat dan racun serangga boleh di gunakan kerana pokok yang lemah mudah mendapat penyakit.

Jika ingin menanam pokok kurma dalam bekas tanaman pastikan untuk memilih varieti kurma jenis kerdil yang memang ada. Ini kerana ia sesuai tumbuh di dalam pasu besar walaau pun ia bukan satu pilihan yang praktikal (Sila lihat foto disebelah). Sama konsepnya dimana memang pastikan mempunyai 2 pokok jantan didalam kawasan penanaman tersebut. Tanam seokok sahaja setiap bekas kerana mungkin tidak sesuai jika anda membesarkan dua pokok dalam ruang yang kecil. Tanaman kurma memang ada serangan perosak dan penyakit. Antaranya seperti serangan burung, tikus dan tupai erutama  bila buah mula masak. Petani biasanya meletakkan pelindung buah sepert 'beg mesh' sekitar gugusan buah kurma supaya mereka boleh masak tanpa dicuri. Dalam keadaan biasa penanaman kurma perlukan masa 4 - 7 tahun untuk berbunga dan berbuah. Terkini dengan cara  menanam pokok kurma dengan menggunakan benih Kultur Tisu (TC) didakwa dalam 2-3 tahun ia sudah berbuah. Tandan kurma tidak semua masak pada sekali gus walaupun dalam kelompok tandan buah yang sama dimana ianya mempunyai masa menuai beberapa kali sepanjang musim . Setiap pokok kurma boleh menghasilkan 70 - 90 kilogram buah setiap tahun, apabila ia telah matang dalam kapasiti penuh. Buah kurma masak apabila berwarna coklat dan lembut walaupun boleh dituai ketika masih keras dan ia dibiarkan masak. Jika anda mempunyai masalah dengan burung memakan buah boleh lakukan penuaian awal sebagai pilihan yang lebih baik. Kurma segar boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 2 - 3 minggu, atau dibekukan sehingga 4 bulan. Untuk lebih manis dan lebih tahan lama biasanya kurma dikeringka. Kurma mengambil masa yang lama untuk kering sama ada dikeringkan dengan 'Dehydrator' atau ketuhar. Matahari adalah kaedah yang tidak baik untuk buah yang tebal itu kerana ia boleh mengambil masa lebih daripada 20 jam untuk kering dan kurma akan menjadi keras apabila kering. Setelah kering ia boleh menyimpan pada suhu bilik di dalam bekas kedap udara selama 6 bulan. Jika ia disimpan dalam bekas dalam peti sejuk maka ia tahan dan baik selama setahun.

Dalam laporan akhbar bertajuk "Tuak kurma mula digemari orang ramai" menarik penulis blog untuk terus mengulasnya. Seorang petani iaitu En  Mohd. Zin Mohamad pernah 'dikatakan gila' oleh orang ramai serta kenalannya kerana cuba menanam pokok kurma di Kampung Teras, Binjai, Kelantan kira-kira 15 tahun lalu. Bagaimanapun kini perkara itu tidak melemahkan semangat Mohd. Zin berumur 58 tahun apabila dia terus nekad menanam kira-kira 60 batang pokok kurma di atas ladangnya yang seluas 0.2 hektar (Sila lihat foto disebelah)Kini pokok kurmanya bukan sahaja tumbuh subur malah tahun 2018 ia sudah berbuah lebat selain mula menghasilkan 'tuak' atau air nira dan ini sekali gus berjaya menghentikan cakap-cakap negatif orang ramai. Pada mulanya dia tidak tahu pokok kurma juga mempunyai air tuaknya sendiri. Sebenarnya dia mendapat idea selepas kenalan dari Bangladesh dan Pakistan memberitahu pokok tersebut boleh mengeluarkan nira namun kaedah pengambilannya berbeza dengan nira kelapa. Di negara Arab mereka tidak buat tuak kurma dan kebiasaannya mereka jual buahnya sahaja. Namun di Bangladesh dan Pakistan air tuak kurma amat popular dan mendapat permintaan tinggi. Beliau seterusnya mempelajari kaedah untuk mendapatkan tuak kurma. Berbeza dengan tuak kelapa yang diambil di mayangnya tetapi tuak kurma diambil dengan mengikis di bahagian atas batang pokoknya.  Didakwa air tuak kurma mempunyai rasa lebih berlemak berbanding tuak kelapa. Sebatang pokok kurma dewasa boleh mengeluarkan nira sehingga seliter sete­ngah (1.5 liter) dalam masa 24 jam. Cuma saya tidak menetapkan harga dan penduduk boleh beli dengan harga seikhlas hati. Selain rasanya yang enak kini difahamkan kandungan tuak kurma ini tiada kolesterol. Kini sebaik sahaja berita mengenai tuak kurma itu tersebar maka beliau me­ngakui dia mendapat tempahan yang banyak daripada penduduk sekitar. Pokok kurma atau nama botani Phoenix dactylifera ialah sejenis pokok palma dan buahnya merupakan sajian utama ketika berbuka dan bersahur. Semuga artikel subuh ini memberi info berguna kepada anda pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAMAN UNIK... MENANAM KURMA...
MENCARI BENIH... OFF-SHOOT SAJA...
KURMA BERBUAH... PERLU DIBAJA...
DIBUAT TUAK... LEBIH ENAK KATANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(12 Ramadan 1439H).

Monday, May 28, 2018

TANDUK RUSA - APA GUNANYA? (Part 2)

TANDUK RUSA (Keluarga Cervidae) merupakan satu produk yang dihasilkan oleh penternak rusa selain daripada untuk penghasilan daging, najis, kulit dan sebagainya. Dalam beberapa usaha menternak rusa, dinegara kita belum ada yang bertahap komersil dimana hanya ada beberapa usahawan rusa yang kurang dipromosikan. Rusa Sambar merupakan spesis rusa yang paling sering diternak dinegara kita selain daripada Rusa Import lain. Rusa, sambar, atau menjangan (deer) adalah haiwan mamalia pemamah biak (ruminan) yang termasuk keluarga Cervidae. Salah satu ciri khas rusa adalah adanya antler (tanduk rusa) dimana selalunya tanduk keluar hasil dari proses lama iaitu berlaku pertumbuhan tulang yang berkembang setiap tahun atau aktif biasanya pada musim panas. Tanduk rusa terhasil pada terutama pada rusa jantan (walaupun ada beberapa sebab pengecualian). Sebenarnya terdapat sekitar 34 spesies rusa di seluruh dunia yang terbahagi menjadi dua kelompok besar iaitu Kelompok Lama iaitu Muntiacinae dan Cervinae serta kelompok rusa dunia baru iaitu Hydropotinae dan juga Odocoilinae. Dari beberapa rujukkan didapati ada beberapa jenis rusa yang perlu kita kenali iaitu Rusa Sika (Cervus nippon), Rusa Sambar (Cervus unicolor), Rusa Merah (Cervus elapus), Rusa Wapiti atau Elk, Rusa Fallow (Dama-Dama), Rusa Cital (Axs-Axis) dan juga Rusa Timor atau exotic (Cervus timorensis). Daging rusa yang juga dipanggil sebagai venision merupakan sejsni daging premium yang harganya memang mahal di Malaysia sekitar RM40 - RM50 sekilogram bergantung kepada jenis daging. Itu pun agak susah untuk mendapatkan daging rusa segar dipasaran biasa dan hanya ada beberapa outlet sahaja menjualnya. Tanduk rusa pula memang salah satu produk yang kini dijual dalam banyak kategori untuk dimenafaatkan terutama dari segi kesihatan. Bagaimana pun lebih banyak tanduk rusa yang digantung didinding rumah orang kaya dan pemburu sebagai hiasan. Artikel malam Sabtu ini say amenulis dala blog ''Anim Agro Technology'' mengenai tanduk rusa dan khasiatnya selepas melawat ladang rusa Datuk Yap di Keningau, Sabah dan mendapat buahtangan satu tanduk rusa kecil darinya untuk kenangan.


Sebuah satu kajian dijalankan pada tahun 2004 dan telah diterbitkan di Canadian Veterinary Journal menunjukkan bahwa semasa seekor anjing yang menderita dengan osteoartritis dimana ia telah pun mengalami peningkatan kemampuan untuk berjalan setelah diberikan sebuk tanduk rusa. Saintis disana kemudian menyimpulkan bahwa tanduk rusa sangat efektif dalam mengatasi masalah artritis pada anjing. Secara tradisional penggunaan tanduk rusa memang jarang diketahui dapat mengatasi masaalah sakit lutut. Ada juga dakwaan dimana kesan mengambil serbuk tanduk rusa mampu meningkatkan fungsi seksual atau kekuatan tubuh secara keseluruhan, kemampuan aerobik walaupun secara klinikal belum terbukti lagi. Tanduk rusa biasanya diambil dari rusa yang diternak iaitu sebelum tanduk ini menjadi keras. Para pakar nutrisi menyatakan dimana semasa ini tanduk rusa berada dalam keadaan terbaik untuk diambil. Rusa tidak akan merasakan sakit dan tanduknya akan tumbuh lagi. Tanduk rusa tumbuh sekitar satu setengah inchi setiap hari dan ini lebih cepat dibanding organ-organ lain. Pada masa ini negara seperti New Zealand, Australia dan Kanada merupakan negara yang banyak menghasilkan tanduk rusa dalam bentuk cairan, serbuk atau pil. Dos pengambilan umum bagi manusia diantara 3 - 9 gram setiap hari. Bila mana ada dikalangan mereka hendak membeli serbuk tanduk rusa sebaiknya ia boleh dicampur dengan air mendidih atau di rendam air panas sebagai minuman teh. Jangan tambahkan bahan-bahan lain sampai air mendidih.


Pengaruhnya terhadap saluran darah jantung kini didakwa antara kehebatannya. Zat yang dikeluarkan oleh tanduk muda rusa dari Siberia dalam dos yang tinggi dipercayai boleh menurunkan tekanan darah, radius gelombang jantung dan kepekatan darah nadi (pulse) serta melebarkan saluran darah sekitar jnatung. Jika diambil dalam dos yang sedrhana ia akan menimbulkan keuatan gerakan, menambah radius pengecilan, kecepatan denyut dan meningkat jumlah pengeluaran darah. Dalam pada itu jika ada masalah pada jantung yang lemah mak daya kekuatannya amat nyata. Tanduk rusa ini didakwa mampu memulihkan jantung yang iramanya tidak rata. Tanduk rusa mampu memperkuat dan mempercepat penyusutan jantung. Pada pesakit dengan gangguan edaran darah kronik yang diikuti tekanan darah rendah, dapat berfungsi menjadikan nadi terpenuhi darah, tensi naik, suara jantung jelas. Khasiat tanduk rusa sebagai penguat tubuh manusia dengan bahan iaitu Pantrocinum merupakan zat tonik yang dapat mempertinggi daya kerja organism  yang akan mengurangkan paling minima. Ia elakkan dari kes-kes seperti berlakunya kelemahan otot, memperbaiki nafsu makan dan memudahkan tidur. Tanduk rusa yang baru tumbuh (disebut tanduk muda) dipercayai apabila ia diberikan kepada tikus putih didapati hasil kajian akan dapat mempercepat penambahan berat badan. Beberapa produk tanduk rusa dalam serbuk dan kapsul ada djual dipasaran (Sila lihat foto disebelah). Ia ada dijual dibeberapa outlet tertentu. Dalam pada itu makanan yang dicampur tanduk muda 0.4 - 0.5 sampai 2 gram/kg selama 14 - 15 hari dilaporkan akan meningkatkan berat badan secara signifikan terhadap tumbesaran arnab yang kurang sihat. Tanduk muda dalam bentuk serbuk (powder) ini yang telah diberikan kepada arnab dalam jumlah dan jangka waktu tertentu menjadikan haemoglobin meningkat dan hasilnya arnab tersebut terus sihat.

Kesan tanduk rusa jika diambil secara betuk mampu menambahkan kekuatan tenaga batin. Ini kerana ramai juga  mempercayai bahwa tanduk rusa mengandung zat perangsang seks. Bagaimana pun saintis di Jepun hanya menyesyorkan tanduk rusa yang masih muda dan lembut yang mempunyai kesan signifikan mengenai perkara ini. Selain itu tanduk rusa muda didakwa dapat mempercepat proses penyembuhan kudis lama atau pun jenis kudis baru. Ini kerana bahan ini mempengaruhi metabolisme unsur N dan karbohidrat. Tanduk rusa muda juga merangsang usus dan rahim serta memperkuatkan kemampuan ginjal dalam melancarkan sistem perkumuhan terutama untuk kencing.  Bagi mengatasi masaalah cirit birit pula boleh diamalkan ramuan mencampur tanduk rusa muda yang sudah ditumbuk halus sebanyak 37.5 gram dengan buah kurma cina yang sudah direbus dan rumput kerbau. Semua bahan boleh dibeli di kedai ubat tradisional Cina. Jadikan biji butiran sebesar kacang hijau dan kemudian diminum 50 biji dengan arak hangat sebelum makan. Bagi merawat sakit pinggang boleh diamalkan mencampurkan serbuk tanduk rusa yang sudah tua sebanyak 2 gram, digoreng hingga kuning kemerahan dan kemudian dicampur dengan satu sudu makan cuka atau arak dan diminum 5-6 kali sehari. Apa pun pada penulis semua resepi diatas kurang sesuai untuk umat Islam. Carilah perubatan yang lebih sesuai mengenai tanduk rusa ini. Lebih baik tanduk rusa tersebut dipakkan didinding rumah untukh dijadikan tempat sangkut pakaian yang berfaedah dan unik. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BANYAK CABANG... ITU TANDUK RUSA...
PELBAGAI SPESIS... IANYA ADA HARGA...
TANDUK SEGAR... BOLEH DIUJI RASA...
BANYAK KHASIAT... ARTIKEL DIBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Bandar Baru UDA, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(12 Ramadan 1439H).

TANDUK RUSA - APA GUNANYA? (Part 1)

TANDUK RUSA (Keluarga Cervidae) merupakan satu produk yang dihasilkan oleh penternak rusa selain daripada untuk penghasilan daging, najis, kulit dan sebagainya. Dlm beberapa usaha menternak rusa, dinegara kita belum ada yang bertahap komersil dimana hanya ada beberapa usahawan rusa yang kurang dipromosikan. Rusa Sambar merupakan spesis rusa yang paling sering diternak dinegara kita selain daripada Rusa Import lain. Rusasambar, atau  menjangan (deer) adalah haiwan mamalia pemamah biak  (ruminan) yang termasuk keluarga Cervidae. Salah satu ciri khas rusa adalah adanya antler (tanduk rusa) dimana selalunya tanduk keluar hasil dari proses lama iaitu berlaku pertumbuhan tulang yang berkembang setiap tahun atau aktif biasanya pada musim panas. Tanduk rusa terhasil pada terutama pada rusa jantan (walaupun ada beberapa sebab pengecualian). Sebenarnya terdapat sekitar 34 spesies rusa di seluruh dunia yang terbahagi menjadi dua kelompok besar iaitu Kelompok Lama iaitu Muntiacinae dan Cervinae serta kelompok rusa dunia baru iaitu Hydropotinae dan juga Odocoilinae. Dari beberapa rujukkan didapati ada beberapa jenis rusa yang perlu kita kenali iaitu Rusa Sika (Cervus nippon)Rusa Sambar (Cervus unicolor)Rusa Merah (Cervus elapus)Rusa Wapiti atau ElkRusa Fallow (Dama-Dama)Rusa Cital (Axs-Axis) dan juga Rusa Timor atau exotic (Cervus timorensis). Daging rusa yang juga dipanggil sebagai venision merupakan sejsni daging premium yang harganya memang mahal di Malaysia sekitar RM40 - RM50 sekilogram bergantung kepada jenis daging. Itu pun agak susah untuk mendapatkan daging rusa segar dipasaran biasa dan hanya ada beberapa outlet sahaja menjualnya. Tanduk rusa pula memang salah satu produk yang kini dijual dalam banyak kategori untuk dimenafaatkan terutama dari segi kesihatan. Bagaimana pun lebih banyak tanduk rusa yang digantung didinding rumah orang kaya dan pemburu sebagai hiasan. Artikel malam Sabtu ini say amenulis dala blog ''Anim Agro Technology'' mengenai tanduk rusa dan khasiatnya selepas melawat ladang rusa Datuk Yap di Keningau, Sabah dan mendapat buahtangan satu tanduk rusa kecil darinya untuk kenangan.


Lawatan keladang ternakan lembu tenusu, ladang nanas dan penternakan ikan tilapia dalam kolam konkrit di kebun Datuk Yap tidak lengkap kalau tidak melihat sekali ternakan rusa. Rusa yang diternak ada berpuloh ekor diberi makan rumput napier dan pelbagai makanan tambahan lain. Rusa ini diternak untuk penghasilan daging dan tanduknya. Tanduk rusa ini dipotong setiap 6 bulan atau satu tahun mengikut umur dan juga panjang tanduk. Ia akan dipotong menggunakan mesin pemotong khas dan semua tanduk-tanduk ini akan dikumpulkan untuk dijadikan hadiah kepada rakan dan taulan yang berkunjung keladang beliau. Penulis blog dapati tanduk rusa ini amat keras dan sesuai untuk dibawa pulang (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun dakwanya tanduk rusa segar yang dihasilkan ini amat berkhasiat dan ada penduduk tempatan yang datang untuk membelinya bagi kegunaan kesihatan. Tanduk rusa ini sebenarnya berharga sama ada untuk kegunaan kraftangan atau pun sebagai makanan kesihatan. Menurut pemilik rusa ini jika ada tanduk rusa yang patah dan jatuh diatas tanah pun nanti rusa lain akan memakannya. Ini menunjukkan tanduk rusa pada pemerhatiannya memang mempunyai kehebatannya yang tersendiri. 


Rusa memang telah terkenal akan bahagian tanduknya berbanding dengan tanduk daripada haiwan lain. Sebenarnya mungkin pernahkah kalian menyentuh binatang bertanduk?. Jika pembaca pernah melakukannya sudah pasti ia perkara sangat kagum sebab lazimnya bahagaian tanduk haiwan hanya muncul dari binatang berbulu serta berkulit lembut tetapi tanduknya ternyata keras seperti batu. Kita juga boleh membandingkan tanduk dengan kuku. Kuku keras yang keluar dari kulit jari kaki dan tangan biasanya untuk pelbagai kegunaan haiwan tersebut. Sebenarnya pertumbuhan tanduk binatang mirip dengan pertumbuhan kuku cuma ia lebih tebal, lebih keras, dan lebih besar. Ketika proses pertumbuhan lazimnya tanduk tertutup oleh lapisan kulit. Semasa tanduk tumbuh sempurna maka uratnya terputus sehingga tidak dapat lagi memberi rasa pada lapisan kulit tersebut. Pada masa ini juga lazimnya rusa menggaru-garu kulitnya dengan menggosokkan hujung tanduknya pada benda keras sehingga struktur tulang mucul. Setelah berumur enam tahun biasanya tanduk boleh tumbuh sempurna. Setelah itu akhirnya bahagian tanduk rusa akan perlahan-lahan rosak jika tidak dipotong. Panjang, bentuk dan jumlah cabang tanduk rusa berbeda-beda antara satu dengan yang lain (Sila lihat foto disebelah)Timbul persoalan kenapa haiwan rusa memiliki tanduk disebabkan ia adalah sejenis senjata untuk dari serangan musuh. Kadang-kadang hanya melihat tanduknya sahaja maka seekor pemangsa akan meninggalkan rusa seorang diri. Bila ada tanduk dibahagian kepala maka mereka dapat melindungi diri dan kawan-kawannya. Selain bermanfaat bagi rusa itu sendiri, ternyata ada manfaat lain yang dapat kita ambil yaitu sebagai obat alternatif. tanduk rusa dikenal berfungsi untuk tujusn menghangatkan dan memperkuat tubuh, menambah darah, dan daya pikir, memperkuat otot dan tulang, serta didakwa menghilangkan keletihan. Tanduk rusa boleh rawat pening kepala, gangguan pendengaran, mata rabun, tulang sakit, masaalah ejakulasi awal, mengatasi kencing batu dan kudis serta memperkuat kandungan bayi.


Dalam pengubatan tradisional penulis blog ada merujuk beberapa perkara mengenai kegunaan tanduk rusa. Ada juga dilaporkan dimana selain daging rusa, bahagian lain yang ada dimenafaatkan seperti ekor, darah, janin, dan alat kelamin rusa jantan juga sering dimanfaatkan. Dalam perubatan China pula tanduk rusa ini dipanggil sebagai 'Lu Yung' yang menjadi bahan perubatan tradisional.  Ini kerana dalam ilmu perubatan tradisional China (Traditional Chinese Medicine) didakwa kandungan yang terdapat dalam tanduk rusa dapat menjadi tonik bertenaga yang menghangatkan dan membuat jantung serta sistem pembuluh darah menjadi sihat. Para pakar TCM seringkali menggunakan tanduk rusa untuk meningkatkan jumlah darah dan khususnya dalam menangani kes-kes anemia yang timbul selepas kemoterapi. Disebabkan oleh pertumbuhan tanduk rusa yang cepat maka bahan ia juga dipercayai dapat meningkatkan pertumbuhan sel darah merah Monoacetyldiglycerides yang merupakan komponen yang terdapat dalam tanduk. Peranan ini amat ditakini oleh saintis berkait dengan merangsang pada sumsum tulang dan sel-sel darah merah. Dalam kajian lanjut dilaporkan bahawa suplemen tanduk rusa membuktikan kemampuannya dalam meningkatkan kekuatan otot jantung, menstabilkan rythm jantug dan mengatur tekanan darah. Tanduk rusa ternyata juga dapat digunakan untuk menjadi salah satu alternatif dalam mengatasi Osteoporosis (pereputan tulang). Mungkin ini akibat kandungan glucosamine, chondroitin, dan kolagen yang begitu tinggi. Sila baca artikel mengenai kegunaan tanduk rusa dalam anim agro technoloy Part 1 da Part 2. Wasallam!!!...
BANYAK CABANG... ITU TANDUK RUSA...
PELBAGAI SPESIS... IANYA ADA HARGA...
TANDUK SEGAR... BOLEH DIUJI RASA...
BANYAK KHASIAT... ARTIKEL DIBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Bandar Baru UDA, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(12 Ramadan 1439H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...