Support My Blog

Wednesday, May 23, 2018

BUAH BELINJAU - ENAK DIMAKAN?

POKOK BUAH BELINJAU atau POKOK BIJI MELINJO (Gnetum gnenum) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga GENCEAE yang berasal dari kawasan Asia Tenggara terutama di Indonesia, Malaysia dan Filipina dimana digunakan untuk makanan ringan dan perubatan. Kini terdapat hanya sedikit tanaman ini di negara kita dimana ia semakin kurang diminati oleh petani. Nama-nama lain tumbuhan ini seperti Melinjo, Belinjo , Peesse, Muling (Malaysia, Indonesia) Phak miang (Thailand), beb'; Rau bep ; Rau danh ; gam (Vietnam) dan Padi oat ; paddy Oat (English). Penulis blog mendapati kini memang tidak ada laporan keluasan dan penanaman pokok melinjo di laporkan yang ditanam di Malaysia kerana tanaman ini hanya diusahakan di keliling rumah dan tidak ada laporan menyatakan ianya di tanam secara monokrop. Biasanya pokok Melinjo adalah jenis pokok saka bersaiz sederhana yang tumbuh menegak dengan mencapai ketinggian 15 - 20 meter. Pokok ini mempunyai dahan yang seimbang dengan daun berwarna hijau gelap bersusunan bersilang dan berukuran 8-20 cm panjang dengan 3-10 cm lebar. Daun muda berwarna agak keperangan seperti preak sebelum bertukar kepada warna hijau. Bunga melinjo (Sila lihat foto di atas dan bawah sekali) dimana ia keluar dari batang dan dahan berwarna hijau keputihan bersusun pada tangkai panjang dalam satu jambak yang agak panjang. Bunga ini akan menghasilkan buah muda berbentuk bulat lonjong berwarna hijau gelap berukuran 2-4 cm panjang dengan 1.0 -1.5 cm garispusat. Kulit buah melinjo akan bertukar menjadi kuning atau merah ungu apabila buah telah matang atau masak (Sila lihat foto diatas).  Berat purata sebiji buah melinjo lingkungan 5.5 gram dimana 3.8 gram adalah berat biji. Biji belinjau atau melinjo adalah komponen penting dalam penanaman melinjo untuk di proses dijadikan makanan. Biji melinjo mempunyai kulit selaput nipis yang mengandungi isi berwarna putih dan rasa yang pahit. Bagaimana pun kini diantara makan ringan popular dikalangan Masyarakat kita adalah Keropok Beinjau yang diimport dari negara jiran. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman Belinjau atau Melinjo yang didapati polular di negara jiran dan juga enak jika diproses untuk dimakan serta berkhasiat untuk bacaan dan rujukkan anda berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan membuat rujukkan dari beberapa sumber teknikal.

Buah Belinjau dari pokok yang matang mempunyai kulit berwarna ungu kemerahan dan memang di gemari di makan oleh burung, serangga dan juga manusia (Sila lihat foto disebelah). Apa yang penulis teliti dimana kulitnya mengandungi gula yang agak manis dan boleh dimakan. Biji melinjo yang matang di proses untuk dijadikan kerepek melinjo yang sangat sedap di goreng dan di makan dengan nasi goreng. Di Indonesia pula buah muda di masak seperti 'Asam Pedas' atau di panggil 'masak assem'. Isi biji melinjo dikeringkan dan di proses untuk di buat tepong melinjo yang bernilai tinggi. Di Aceh pula pokok melinjo di tanam dimana daun dan buah digunakan dalam masakan untuk kenduri. Daun yang di potong boleh juga dijadikan makanan ternakan. Pokok kayu ini juga boleh di gunakan untuk bahan api terutama dikawasan kampong tradisional di Indonesia dan Malaysia. Penanaman pokok melinjo agak mudah menggunakan biji benih, cantuman, tut, cantuman udara (Layering) dan juga daripada keratan batang. Pokok melinjo sesuai di tanam diatas tanah yang subur dengan tanah lom berpasir dan mempunyai saliran yang baik. Di Kampong saya pokok melinjo hidup subur di belakang rumah diatas tanah gambut cetek. Pokok mudah tumbuh tanpa banyak masaalah. Pembiakan dengan biji benih dijalankan dengan memilih buah cukup matang dan buang kulit. Semai dalam nurseri berpasir dan lazimnya biji bercambah 45-360 hari selepas di semai. Benih yang telah berumur lebih 6 bulan boleh di alih kekebun. Kadar pertumbuhan pokok adalah sederhana iaitu lingkungan 0.75 - 1.5 meter setahun (2.5 - 5 kaki setahun). Penjagaan yang sempurna akan melihat pertumbuhan peringkat awal cepat sehingga ianya perlahan semula apabila dewasa. Kawasan yang mempunyai cahaya matahari mencukupi pokok cepat membesar. Kajian menunjukkan penggunaan inokulais Mycorhiza mengalakan pertumbuhan di kawasan tanah asidik. Pokok akan mula berbunga selepas 5-8 tahun di tanam bergantung kepada pengurusan tanaman. Lazimnya bunga akan keluar sebanyak 3 kali setahun iaitu selepas musim hujan. Buah melinjo juga banyak keluar selepas musim hujan. Pokok yang di tanam di belakang rumah berbunga sepanjang tahun tetapi memuncak pada April, Ogos dan November.. Kesan asap dapur dan membakar sampah di sekitar pokok melinjo mungkin menyebabkan 'nafthalene' dari asap menyebabkan pokok berbuah sepanjang tahun.

Penanaman belinjau secara komersil boleh dijalankan sepertimana di Indonesia dengan jarak penanaman 5 - 12 meter antara barisan dan pokok. Pastikan anakbenih di tanam dalam lubang penanamn yang telah diberikan baja organan dan pembajaan NPK 15:15:15 boleh digunakan peringkat vegetatif. Benih belinjau mudah disediakan dari menyemai bijinya yang matang (Sila anda lihat foto disebelah). Baja NPK 12:12:17:2 diberikan di peringkat pokok matang dan baja organan sebanyak 2 kg sepokok diberikan 3 kali setahun. Perlu buat cantasan pembentukan untuk mendapatkan pokok seimbang dan kawal ketinggian pokok bagi memudahkan kerja mengutip hasil. Jalankan cantasan pucuk jika pokok terlalu tinggi. Kajian oleh beberapa saintis mendapati pokok melinjo mampu hidup sehingga lebih 100 tahun. Pokok belinjau yang matang telah pun berumur lebih 10 tahun yang penulis blog lawati iaitu di kawasan Sumatra di laporkan mampu memberikan hasil 20,000 - 25,000 biji melinjo dalam setahun. Hasil maksima di perolehi sekitar 80 - 100 kg sepokok setahun. Aktiviti penanaman melinjo biasanya berselang dengan tanaman buah-buahan yang lain seperti pokok durian, rambutan dan pisang serta buah-buahan lain dalam kebun. Tidak banyak perosak dan penyakit yang menyerang tanaman melinjo di kwbun kerana sifat semulajadi pokok tersebut kecuali di makan tikus dan tupas untuk buah masak. Kerja memetik buah melinjo memang perlukan tenagakerja banyak bagi memilih buah matang dan memetiknya. Buah yang di petik akan di kumpulkan dan diproses seterusnya untuk di jadikan emping, keropok, tepong dan sebagainya.

Memproses melinjo untuk dibuat emping dan kerepek memerlukan teknik khusus secara tradisional. Buah yang telah dibersihkan perlu dijemur sehingga ia agak kering dan dibuang kulitnya. Bijinya akan dijemur sehingga agak kering dileperkan menggunakan mesin. Biji yang leper dijemur dibawah matahari atau dengan mesin pengering. Bagi tujuan komersil ia digredkan mengikut saiz kepingan dimana yang besar sebagai gred A. Apabila cukup kering di masukkan dalam bekas kedap udara untuk dijual atau di goreng. Saya ada membeli kerepek melinjo buatan Indonesia dengan harga RM 15.00 - RM 20.00 setiap 5 kg yang dibungkus dalam kotak. Gred dan kualiti kerepek melinjo mentah berbeza2 mengikut saiz, warna, kadar pecah dan ketebalan aerta kesegarannya. Kerepek melinjo sedap dimakan apabila di goreng dan dimakan panas-panas lagi. Kerepek belinjau goreng memberikan rasa lemak, pahit dan rangup. Kini industri tanaman melinjo di Malaysia masih kurang di menafaatkan oleh petani-petani kerana kurang pengetahuan dan kos memetik hasil yang perlukan kesabaran kerana memilih buah yang matang sahaja untukndipetik. Melinjo adalah salah satu tanaman yang boleh di usahakan oleh pemilik dusun buah-buahan tradisional di kawasan kampong diseluruh negara. Pada masa ini belum ada program khas dari kerajaan untuk penanaman pokok belinjau ini.  Program seperti kursus memberikan ilmu pengetahuan kepada petani perlu dijalankan. Walau pun Malaysia boleh mengimpot produk melinjo dengan murah dari Indonesia, galakan penanaman melinjo perlu di jalankan untuk mempastikan pokok ini tidak akan pupus pada masa akan datang.

Dalam akhbar Berita Harian tempatan ditulis tajuk ''Buah Belinjau Enak dijadikan Keropok dan Emping'' dan dikupas semula isinya. Penulis tulis semula artikel ini dimana pokok belinjau adalah tumbuhan yang boleh didapati di Asia Tenggara dan banyak ditanam atau tumbuh secara meliar. Di Malaysia, pokok belinjau banyak tumbuh secara meliar terutama di Terengganu. Ia sejenis pokok yang tidak bermusim dan kadang-kadang pada masa dan pokok yang sama terdapat bunga, buah muda dan buah yang masak. Pokok ini boleh dibiakkan menggunakan biji benih, namun jarang-jarang ditanam dalam jumlah yang banyak. Dari segi botani, bahagian yang dipanggil buah itu ialah bijinya. Buah belinjau berbentuk bujur dan mempunyai tiga lapisan kulit. Bahagian kulit luar buah berwarna hijau ketika muda dan menjadi merah setelah masak. Lapisan kedua kulit agak keras dan berwarna kuning pada peringkat muda dan bertukar menjadi coklat gelap setelah masak. Lapisan ketiga kulit buah belinjau berwarna putih, nipis dan dalam bahagian ini terdapat biji belinjau yang boleh dimakan. Pokok belinjau ditanam daripada pelbagai varieti yang berbeza dari segi saiz buahnya. Ada yang mengeluarkan buah berukuran antara 2.5 hingga 3.5 sentimeter (sm) panjang dan 2.5 sm lebar manakala bagi buah berukuran kecil 1.5 hingga 2.5 sm panjang dan 1 hingga 1.5 sm lebar. Buah belinjau diproses untuk dijadikan keropok atau emping. Daun dan buah belinjau dijadikan penyedap rasa dalam masakan. Pucuk mudanya dibuat sayur masak lemak atau masak air dengan rasanya agak manis. Buah belinjau yang muda sedap dimasak bersama daging cincang atau dibuat kari. Buah yang sudah masak direbus dan dimakan seperti kacang tanah rebus. Selain direbus, buah belinjau boleh dibakar dengan sabut. Ia kemudian dibuang kulit dan ditumbuk sehingga leper dan boleh terus dimakan seperti kerepek. Kayunya digunakan sebagai bahan membuat papan.  Bahagian yang digunakan dalam perubatan tradisional ialah buah dan daunnya. Semuga tulisan kali ini menjadi bahan rujukkaan kepada anda dari anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
POKOK BELINJAU....SENANG DI TANAM....
HASILNYA KELUAR..SELEPAS 6 BULAN...
DIBUAT EMPING...KEROPOK DAN LAIN...
BACA ARTIKEL INI ...ILMU DISAMPAIKAN...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.(4 Ramadan 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...