Support My Blog

Thursday, May 10, 2018

KULIT KERANG - RM40,0000 MAHALNYA!

KULIT KERANG BERHARGA RM40,000!!.. Amboi harga itu mahalnya?. Kulit Kerang yang mana didapati daripada lautan merupakan produk kraftangan (handicraft) yang boleh jadi barang bernilai ribuan ringgit kalau ianya antik dan cantik. Kita sering melihat pelbagai produk kraflaut dari cengkerang ini dipamerkan dibanyak lokasi daripada yang kecil yang murah kepada saiz sederhana yang mampu dibeli dan paling unik dengan puluhan ribu ringgit harganya. Foto diatas merupakan En Hazras dan isterinya Rahsa menunjukkan pelbagai jenis kulit kerang yang sudah dibersihkan untuk dijual sebagai produk kraf tangan marin (Sila anda lihat foto diatas). Ini merupakan satu bidangusaha yang boleh mendatangkan pendapatan jika ada kerajinan. Beliau yang tinggal di Semporna, Sabah menyatakan ia bermula dengan hanya makan gaji RM70 sebulan dari sebuah syarikat untuk mengeksport kulit kerang di Semporna. Bagaimana pun beliau kemudian menceburi bidang ini dimana dia kini adalah pengeksport kulit kerang ke China. Ibarat peribahasa tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu maka begitulah tuah Herzas berusia 60 tahun apabila ditawarkan menjadi pembekal kulit kerang oleh seorang peniaga dari Tanah Besar China selepas 25 tahun bekerja makan gaji dengan gaji terakhir RM1,500 sebulan. Beliau pernah bekerja dengan majikan selama 25 tahun dan apabila bosnya telah meninggal dunia dimana perniagaannya mengeksport kulit kerang pun terhenti lebih lima tahun. Artikel pada malam iini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai produk kulit kerang sebagai satu bidangusaha yang memberikan pendapatan lumayan.


Daripada permulaan lagi beliau memang tidak menyangka pembeli kulit kerang dari China yang pernah dulu  berurusan dengan majikan lama mencari saya dan meminta untuk mendapatkan bekalan kulit kerang. Beliau telah pun mengambil keputusan untuk mencuba tawaran daripada peniaga China dengan cara mengeluarkan modal sendiri RM10,000 termasuk RM9,000 daripada pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) oleh isteri, Rahsa Salahuddin, 44, yang juga seorang Sahabat AIM bagi memulakan perniagaan membekalkan kulit kerang. Kini perniagaan eksportnya ke Qingdao, China sudah lama juga berlangsung empat tahun sejak 2014 dan antara kulit kerang yang dieksport jenis Tiger Cowrie, Pasularia, Squid Backbone dan Black Lip (Sila lihat foto disebelah)Kini beliau mampu menerima bayaran mencecah sehingga RM40,000 untuk 16 -  25 tan kulit kerang bagi setiap kali dieksport. Kini dia mendapatkan bekalan kulit kerang itu sama ada daripada penjual di Semporna atau Filipina yang menjual kulit kerang itu mengikut kilogram atau biji dengan harga 50 sen sehingga RM7.00 mengikut jenis. Kulit kerang yang dibeli ini kotor tetapi pekerja akan keringkan dan memilih kulit yang bagus saja untuk dieksport. Dia yang tidak mahu mengambil untung dengan cara menipu rakan niaga sebaliknya mengutamakan sikap jujur dan amanah dalam berniaga.


Perniagaan kulit kerang memerlukan tahap kemahiran dan kepakaran didalam mengenali spesis kerang yang berkualiti. Jumlah kulit kerang yang didapati daripada pembekal dan nelayan tempatan ini perlu diproses untuk kelihatan bernilai. Kini laziknya seberat 16 tan bagi pelbagai jenis itu turut dieksport ke Taiwan atas permintaan. Beliau menjangkakan kulit kerang ini mereka proses jadikan butang baju dan pelbagai lagi termasuk kraf tangan. Selain mengekport kulit kerang ke luar negara kini perusahaannya juga turut mengasingkan sedikit untuk dijadikan produk kraf tangan dan dijual kepada pelancong di Semporna. Dia menghantar kepada pekerja untuk mereka bersihkan kulit kerang itu dan bentuk jadi kraf tangan seperti perhiasan lampu daripada kulit kerang Murex (Sila lihat foto disebelah). Antara produk yang mendapat permintaan baik oleh pelanggan adalah Lampu Tidur Kulit Kerang. Lampu perhiasan itu dijual dengan harga RM68 di kedainya dimana ada banyak pilihan. Kini Syarikat Hock Tai yang terletak di pekan Semporna mempamerkan pelbagai produk kraf berasaskan kulit kerang sebagai daya tarikan pelancong. Kini syarikat ini telah membawa kulit kerang yang bersih dan sudah diproses menjadi kraftangan turut dieksport ke Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Selain perusahaan kulit kerang kini beliau juga memiliki 25 rumah yang sesuai disewakan kepada penjawat awam di Semporna dengan kadar sewa antara RM600 hingga RM700. Beliau yang berpandangan jauh turut mahu membuka sebuah inap desa (homestay) dengan bantuan pinjaman daripada AIM Semporna. AIM pemudah cara kepada peniaga kecil Semporna untuk terus mengembangkan perniagaan,” katanya yang turut mengemukakan permohonan kepada pengurus cawangan AIM Semporna. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology sebagai bahan rujukkan. Wasallam!!..

KULIT KERANG ...LAUT ASAL-USULNYA...
DIBERSIHKAN... KRAFTANGAN JADINYA...
PELBAGAI PRODUK... KREATIVITINYA...
YANG CANTIK PULA...  MAHAL HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(12 Syaaban 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...