mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, May 19, 2018

IKAN EMPURAU - APA DIA? (Part 1)

IKAN EMPURAU (Keluarga - Cyrpinidae) atau IKAN KELAH merupakan sejenis ikan air tawar yang sangat eksotik dan merupakan antara jenis ikan air tawar termahal semasa ini. Pada saya di Semenanjung Malaysia ikan ini lebih popular dengan penggilan Ikan Kelah (bahasa Inggeris adalah Mahseer) merupakn sejenis ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar dan merupakan ikan untuk aktiviti sukan (sport fishing) yang digilai dan banyak terdapat di India, Indonesia, Malaysia dan secara amnya di Asia Selatan. Ikan jenis Golden Mahseer pernah dilaporkan seenis ikan kelah yang besar hingga mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54 kilogram (118 paun) beratnya walaupun spesimen sebesar ini jarang dijumpai pada hari ini. Pada keadaan biasa dilaporkan Ikan Empurau atau IkanKelah ini mendiami di sungai serta tasik dan naik sehingga ke anak sungai yang ada arus deras serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Pada umumnya ia serupa dengan jenis ikan kap yang lain iaitu mereka juga ikan merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas. Kalau di Malaysia ikan Empurau lebih sinonim di Negeri Sarawak sebagai Ikan Ingegebious. Ia merupakan spesis ikan air tawar yang mahal sehingga terkenal diseluruh dunia. Pernah dilaporkan seorang Tycoon Jutawan daripada Hong Kong datang ke Kuching dengan jet peribadinya semata-mata ingin menikmati hidangan ikan empurau yang harganya mencecah ribuan ringgit. Ikan empurau merupakan ikan eksotik yang sukar didapati dalam keadaan liar semulajadi dan kadar pembiakan dan tumbesaran lambat menyebabkan ia menjadi mahal. Walau pun di negara Barat ikan seperti ini sebagai delikasi jenis ikan kap, ikan empurau didakwa mempunyai daging isi yang lebih enak dengan tekstur yang lebih kenyal. Dalam keadaan semulajadi ikan empurau ini makan buah-buahan daripada tumbuhan tebingan sungai sepanjan sungai. Ini menyebabkan rasa ikan empurau adalah berkrim, savor, manis sedikit dengan ada bau seperti buah-buahan. Artikel petang Khamis ini sempena cuti Awal Puasa (1 Ramadan) bagi Negeri Johor saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai Ikan Empurau sekadar dijadikan bahan rujukkan. Penulis berkongsi sama membeli dan makan seekor ikan empurau bersama rakan-rakan baru-baru ini di Sarawak dengan kos yang mahal. 


Pada penulis blog mendapati ujirasa ikan empurau masak steam ini unik bergantung kepada kaedah dan cara memasanya. Bila dihidanagkan memang perut kena kosong untuk merasa ikan yang mahal ini (Sila lihat foto disebelah). Memang enak makan ikan ini dengan nasi putih beras baru. Memang bagi penduduk tempatan ditebing sungai di Borneo dan Sarawak bertuah bila dapat menangkap ikan ini. Apa pun jika ada peluang mereka akan lebih rela tidak makan tetai menjualnya kerana harga yang mahal dipasaran. Bila ada kalangan mereka berjaya menangkap ikan epurau seberat 5 kg maka seakan mereka mendapat loteri dan rezeki kerana seekor ikan empurau direstoren dijual dengan harga RM1,000 - RM 1,500 ( US $300 – $500). Kenapa begitu mahal?. Ini kerana ikan empurau adalah ikan dari keluarga Tambroides yang didapati di Asia Tenggara dan juga di anggil Ikan Kelah atau Ikan Belian dikalangan orang Melayu. Ikan ini juga dijupai dia Vhao Phraya, Thailand dan Sungai Mekong. Ikan empurau merupkan ikan air tawar yang makan buaha-buahan yang jatuh dalam air jernih yang bersih. Buah-buahan dari tumbuh-tumbuhan ini yang jatuh dijadikan makanan ikan empurau dikelaskan sebagai 'Fruittarian Fish' dimana ini adalah keunikannya.Dikalangan masyarakat China dia digelar 'The Unforgettable Fish'atau 'Wang Bu Liao' juga digelar sebagai 'King of the River'. Ad juga peminat ikan ini yang menjadikannya sebagai ikan hiasan sama seperti spesis ikan kap lain sebagai satu simbul Kemewahan dan 'Good Furtune'. Penulis blog sempat bertanya dimana ikan empurau segar seberat 1 kg dijual sekitar RM1,000 - RM1,500 baru-baru ini di Sarawak dan harga ini juga bergantung kepada umur dan berat. Orang kaya dari Singapura dan China merupakan sasaran makan ikan ini. Kajian harga menunjukkan di Ipoh, Perak ikan ini djual dengan harga RM1,900 (USD500) dan di Kuala Lumpur ia dijual dengan harga RM2,100 (USD 560) untuk satu hidanga. memang mahal ikan empurau ini.

Dalam sebuah akhbar tempatan KOSMO ada dilaporkan mengenai kehebatan ikan Empurau ini untuk dikongsi bersama pembaca blog ini. Dakwanya sebut sahaja nama ikan empurau mmang pasti ramai kaki pancing di negeri Sarawak mula terbayang-bayang rezeki lumayan yang bakal dituai. Apa tidaknya kerana bakal habuan yang diperoleh daripada apa yang didakwa sebagai Raja ikan sungai itu pasti memberi pulangan lumayan kepada mana-mana kaki pancing yang bertuah mendaratkan ikan bernilai tinggi tersebut dipasaran. Memang tidak cukup dengan itu juga ada kaki pancing yang telah menyifatkan kejayaan menangkap ikan empurau yang membiak dalam habitat tersendiri iaitu di lokasi terpencil di hulu-hulu sungai diibaratkan sebagai baru sahaja lulus lesen sebagai pemancing tegar (Sila lihat foto disebelah). Justeru memang tidak dapat disangkal lagi empurau atau nama saintifiknya iaitu Tor tambroides merupakan ikan eksotik yang sememangnya cukup terkenal dalam kalangan kaki pancing disebabkan nilainya yang tinggi. Situasi ini menyebabkan ikan empurau kini menjadi buruan ramai dan malah ada yang berani mencuba nasib untuk membiaknya secara komersial kerana ia mampu menjana pendapatan lumayan. Empurau juga merupakan ikan daripada spesies kelah, namun apa yang membezakannya dengan kelah di Semenanjung adalah terdapat lebihan cuping panjang di bawah mulutnya. Memang bukan omongan kosong dimana ikan empurau mempunyai nilai komersial yang tinggi dengan harga antara RM500 hingga RM1,000 sekilogram di pasaran tempatan pada masa kini. Merujuk kepada seorang saintis Alam Sekitar, iaitu Dr. Elli Luhat berkata, Ikan Empurau bukan calang-calang ikan kerana ia bukan sahaja dianggap sebagai raja ikan sungai, malah dilabel sebagai ikan untuk orang kaya sahaja yang mampu memakannya.

Dalam pada itu habitat asal ikan empurau bagi kaki pancing yang bernasib baik menangkap empurau sanggup menjual ikan itu daripada memakannya kerana mereka pasti menuai durian runtuh hasil daripada jualan ikan tersebut. Habibat utama ikan empurau di Sarawak ialah di Kapit, Belaga, Limbang dan Lawas. Ikan ini lazimnya membiak di dalam air tawar yang bersih tanpa keladak dengan dasar sungai yang berbatu. Ikan ini juga memerlukan habitat yang sunyi untuk membiak disebabkan ia begitu sensitif terhadap pencemaran. Pembiakannya juga akan terjejas sekiranya terdapat unsur-unsur pencemaran sungai, katanya ketika Dr Eli ditemui kru Jurnal di kediamannya di Taman Satria Jaya, Kuching baru-baru ini. Elli yang sudah 15 tahun berkecimpung dalam dunia penternakan ikan empurau memberitahu, hidupan spesies air tawar itu boleh hidup dan membiak sekiranya memenuhi tiga syarat ketat. Pertama katanya, suhu air mesti antara 19 dan 33 darjah Celsius. Kedua, kadar larut oksigen dalam air ialah antara 3.5 dan 9 miligram seliter serta air yang bersih. Walaupun mesti memenuhi syarat-syarat tersebut, saya yakin pembiakan ikan empurau di dalam persekitaran tiruan (tangki konkrit) tetap boleh dilakukan. Sebagai testimoni, saya sendiri memulakan proses penghasilan anak-anak ikan empurau menggunakan empat induk yang ditangkap di Kapit dan Limbang di sebuah tangki konkrit. Selepas menjalankan proses pembiakan ke atas dua pasangan ikan itu, beliau mendapati seekor daripadanya bersedia untuk membiak. Kinia hasilnya kira-kira 2,000 anak empurau berjaya dihasilkan dalam uji kaji pertama tersebut (Sila lihat foto disebelah). Menceritakan pengalamannya, Dr Elli berkata dimana beliau telah memperkenalkan satu teknologi yang dinamakan Doktor Luhat Teknologi (DLT) dalam usaha memacu proses pembiakan empurau di Sarawak. Katanya, proses inovasi menerusi DLT itu penting bagi memastikan kemapanan dan kualiti ikan empurau yang dihasilkan sekali gus memenuhi permintaan pembeli dari dalam mahupun luar negara. DLT merupakan salah satu jenis inovasi yang kita mahu lihat, satu inovasi yang dapat memastikan ikan empurau dibiak secara sistematik dan bersepadu. Tanpa prosedur operasi standard pembiakan yang betul, kelangsungan spesies ikan ini pasti tidak lagi terjamin pada masa hadapan, katanya sambil memberitahu, menerusi DLT, seekor induk ikan empurau didakwa boleh menghasilkan 10,000 hingga 20,000 anak ikan, tetapi ia tidak termasuk bilangan yang mati. Artikel ini bersambung pada tulisan dalam Part 2 (Sila klik disini). Semuga semua pembaca blog anim agro technology akan mendapat info berguna membaca artikel ini . Wasalam!!..
IKAN EMPURAU .. APAKAH DIANYA...
SANGAT TERKENAL..DIMANA-MANA...
SPESIS IKAN KELAH... LAIN CIRINYA....
HARGA MAHAL.. UNTUK ORANG KAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1226, Hotel Hilton,
Kuching, Sarwak,
Malaysia.
(2 Ramadan 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...