KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, May 14, 2018

KOPI PERISA DURIAN


SERBUK KOPI PERISA DURIAN kini merupakan satu kejayaan oleh syarikat pembuat kopi di Malaysia yang telah menembusi pasaran domestik dan antara bangsa. Penelitian saya mendapati terdapat lebih daripada 5 jenama kopi yang digabungkan dengan rasa dan aroma durian dipasaran daripada beberapa kilang kopi di Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Selangor. Kebanyakan produk ini menghasilkan kopi jenis campuran 3-in-one dan 4-in-one yang siap untuk terus diguna dengan adanya campuran serbuk kopi, susu tepung, perasa durian dan juga gula. Antara produk yang popular dipasaran seperti 'Durian White My Cafe", "Musang King Autung Musang King White Coffee", "Hicomi Musang King White Coffee", "A Tan white coffee durian" dan juga beberapa lagi produk serbuk kopi campuran yang saya fikir merupakan produk berasaskan biji kopi yang kini boleh dibanggakan. Produk ini memang hebat dan amat mudah disediakan oleh pengusaha dengan mereka mencampurkan serbuk (powder) daripada kopi terpilih (kebanyakannya jenis robusta), susu tepong, gula dan serbuk durian (ramai juga yang mendakwa durian digunakan adalah  musang king). Campuran kopi 4-in-one ini dibungkus dangan kadar dimana kesemua campuran tersebut dirumus mengikut kadar yang berbeza diantara jenama. Penulis percaya memang ramai yang suka akan buah durian (Durio zibethinus) terutama varieti D197 iaitu varieti Raja Kunyit yang kini dijenamakan semula dengan nama Varieti Musang King (Ia adalah varieti yang sama). Penyediaan serbuk durian yang digunakan sama dengan penyediaan kopi instant dimana semua sekali bahan campuran iaitu serbuk kopi, susu, gula dan serbuk durian akan terlarut semuaya apabica dicampur dalam air panas. Ini memerlukan teknologi pembuatan serbuk instant yang menggunakan 'freese drying and spray drying'. Kepada peminat kopi kini mereka mempunyai pilihan terbaik untuk menikmati kopi yang mengandungi perisa dan aroma durian untuk dinikmati pada bila-bila masa. Penulis pada kali pertama minum kopi durian Musang King keluaran Syarikat Autung dari Perak mendapati ia mampu memberikan satu kepuasan sewajarnya dan saya fikir ia sudah boleh untuk diketengahkan kepasaran global. Artikel malam Jumaat ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis artikel ke 3,625 mengenai produk baru iaitu kopi perasa durian yang sesuai dijadikan pilihan kepada penggenar muniman kopi dan penggemar rasa dan aroma durian keluaran syarikat tempatan.


Produk pertama yang saya cuba keluaran Syarikat Aun Tong Sdn Bhd beralamat di Assam Kumbang, Taiping, Perak yang menjual produk Autung Durian White Coffee. Setiap bungkusan mengandungi sebanyak 12 sticks bungkusan kopi 4-in-one ini dengan berat isipadu setiap sticks adalah 40 gram (Sila lihat foto paling bawah). Jumlah ini saya bancuh sesuai untuk satu cawan kopi berperisa durian. Bungkusan produk ini menertkan seorang wanita minum kopi dengan ada tulisan durian musang king dengan warna hijau (Sila lihat foto disebelah). Ditulis pada label dibelakang bungkusan dinyatakan kandungan nutrisi setiap 40 gram sticks iaitu Total fat (3.5 g), Saturated fat (3.5 g), Cholesterol (0 g), Sodium (10 mg), Total Carbohydrate (33 g), Dietary Fiber ( 2g), Sugar (18 g) dan Protin (1 g). Bahan ramuan yang digunakan tertulis pada bungkusan adalah Krimer bukan tenusu (Sirap glukosa, minyak sayuran, Cassienate Natirum), Susu Protin, Serbuk durian, Gula halus dan kopi segera (Instant coffee). Setiap bungkusan sticks ini mengandungi 40 gram dan dicampur dengan 180 mililiter air panas pada suhu kepanasan sekitar 90 darjah celsius. kacau sehingga sebati dan kopii perisa durian ini boleh terus untuk dinikmati dengan lazat. Penulis dapat merasai aroma, rasa dan keenakan kopi durian musang king ini dan ianya sesuai dengan citarasa dan kebanyakan peminat kopi atau durian di Malaysia. Produk ini ditulis pada label mempunyai Sijil HACCP, ISO2000, Sijil Halal, Buatan Malaysia dan Malaysia's Best. Setiap bungkusan dan stidk juga dicetak tarikh luput sebagai kawalan kualiti. 


Produk  kedua yang penulis beli sekadar untuk menikmati White Coffee berperisa durian adalah Produk MyCafe 4-in-One (Sila lihat foto disebelah). Produk ini dikilangkan di Jalan Beringin, Pusat Perindustrian Beringin, Pulau Pinang mempunyai banyak produk berasaskan kopi. Promosi produk ini telah banyak dijalankan oleh syarikat mengikut laporan dalam facebook mereka termasuk promosi di Singapura. Produk white coffee MyCafe perasa durian mempunyai mengandungi 40 gram dengan sebanyak 15 sachet dalam bungkusan. Warna dan gambar pada bungkusan amat menarik dengan gambar durian dan kopi panas berasap dan biji kopi mentah sebagai latar belakang. Ia mempunyai sijil halal dengan kaedah dan cara pembungkusan yang cantik dan meyakinkan. Apabila minum kopi durian My Cafe ini penulis dapati tidak banyak bezanyam dengan rasa, bau dan aroma produk Autung yang diatas. Cumanya 'rasa kopi' agak lebih kuat daripada produk diatas. Kopi ini boleh didapati hanya dibeberapa outlet sahaja dan pesanan melalui courier juga dilayan seperti yang saya rujuk dalam laman facebook mereka. Produk kopi ini merupakan satu daripada produk kopi dihasilkan usahawan tempatan untuk diminum. Di Malaydia terdapat seramai 97 syarikat yang mengimport biji kopi mentah dari luar negara teritamanya dari Indonesia dan Vietnam untuk diproses menjadi produk kopi bagi pasaran domestik dan import. Kajian penulis mendapati nilai produk kopi dari Malaysia yang dihasilkan mencecah 1.24 billion pada tahun 2015 dimana 97.3% daripada biji kopi adalah diimport.


Pembangunan industri kopi di Malaysia perlu diperkukuhkan semula untuk menguranglan kebergantungan terhadap import biji kopi. Di Malaysia pada masa ini cuma mempunyai kawasan tanaman kopi yang produktif sekitar 3,714 hektar sahaja yang hanya menghasilkan sekitar 2.8% daripada keperluan penggunaan kopi dalam negara (Sumber: Laporan Industri Kopi di Malaysia, M Anim, Jabatan Pertanian Malaysia 2015), Industri tanaman kopi telah tidak menjadi tumpuan petani semenjak 1980'an lagi dimana keluasan terus menurun daripada keluasan asal 15,000 hekta dan tinggal 3,700 hektar sahaja. Ini mungkin berpunca daripada banyak sebab termasuk kejatuhan harga kopi dunia, masaalah serangan penyakit dan perosak, harga kopi jambu yang rendah, kekurangan aktiviti pemprosesan biji kopi beras dan tiada galakan insentif selama 15 tahun. Penulis difahamkan mulai RMK ke 11 peruntukkan untuk membangunkan industri kopi diluluskan oleh kerajaan bagi program penanaman semula dan pemulihan tanaman kopi di Malaysia. Aktiviti ini perlu dilakukan untuk penanaman kopi bagi mengurangkan kebergantungan import biji kopi menta daripada luar negara yang amat meruncing. Walau pun ia akan mengambill masa lama untuk meningkatkan hasil pengeluaran kopi dalam negara, usaha keras perlu dijalankan oleh Jabatan Pertanian dan agensi dibawah MOA uuntuk digembeling bagi memajukan industri tanaman kopi. Semuga artikel mengenai Kopi Durian ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.


KOPI DURIAN... PRODUK BAHARU...
RASA KOPI... DURIANNYA BERBAU...
WHITE COFFEE.. 4-IN-ONE-LAH ITU...
SIAPA SUDAH MINUM...BARU TAHU... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(10 Safar 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...