KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, May 15, 2018

REBUNG 'MANIS' DI SABAH

'REBUNG MANIS' merupakan satu produk rebung buluh (Bambusa spp) yang unik dan hebat di Keningau, Sabah yang penulis blog melawat dan membuat penelitian. Yinjauan ini diikuti bersama dengan Dr. James Jupikeley Silip iaitu Timbalan Dekan (Ladang) dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sandakan juga pemilik kebun Datuk Yap. Pokok buloh ini menghasilkan banyak rebung dipangkal tanaman tersebut yang baru berumur 18 bulan sahaja. Menurut Dr James mendapati dia sendiri belum tahu apakah nama jenis buluh tersebut tetapi memang menghasilkan banyak rebung akibat dari penggunaan baja kompos dari ladang tenusu yang dibubuh disekelilingnya. Dr James terkejut mengenali saya dan tidak percaya bahawa dia berjumpa dengan penulis blog sendiri kerana amat ramai pelajar di universiti beliau sering merujuk blog Anim Agro Technology sebagai sumber bahan  rujukkan. Dr James sendiri banyak kali melayari tulisan saya yang kini mencecah 4,768 artikel termasuk tulisan ini. Kami berjumpa di kebun Evergreen Sdn Bhd di Kg Babosan, Keningau dimana beliau ada berurusan dengan pemilik ladang tenusu ini untuk urusan penggunaan jentera pembajak tanah. Dari ladang tenusu kami dibawa ke Sook untuk melihat kawasan tanaman nanas Golden Diamond dan plat penanaman buluh rebung manis. Mulanya penulis fikir memang ia dari jenis buluh rebung manis tetapi rupanya 'rasa' rebung mentah yang diujirasa dikebun memang manis dan lembut. Daripada tinjauan terdapat lebih daripada 20 rumpun buloh dimana sebahagian daripadanya telah berhasil dengan rebungnya dikutip setiap minggu bergantung kepada cuaca. Pada musim hujan lazimnya banyak rebung keluar untuk dituai. Saya ada menulis banyak artikel mengenai rebung dan buloh untuk dilayari (Sila klik disini). Artikel malam Isnin ini saya teruskan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai rebung manis untuk bahan bacaan anda semua.


Rumpun pokok buloh ini berada disebelah rumah pekerja ditanam dikawasan tanah bercerun. Setiap rumpun mempunyai diantara 8 - 15 batang buluh dewasa dan jarak penanaman 5 meter diantara rumpun (Sila lihat foto disebelah). Pada mulanya Datuk Yap hanya ingin menanam untuk dijadikan tanaman hiasan tetapi dengan pembajaan dan amalan agronomi yang baik ia mampu untuk menghasilkan banyak rebung yang berkualiti. Rahsianya adalah disekeliling perdu rumpun buloh dibubuh 3-5 guni baja kompos tinja lembu susu daripada ladangnya tenusunya. Baja kompos organi ini yang menyebabkan banyak rebung keluar dengan rasa yang manis. Pada saya rebung adalah tunas muda yang tumbuh dari bahagian akar buloh yang keluar dari pangkal pokok buloh. Penduduk Asia secara umumnya menggunakan rebung sebagai bahan makanan yang dikategorikan sebagai sayuran. Selain daripada dimakan segar, rebung digunakan dalam bentuk 'rebung jeruk' yang tahan disimpan dengan lebih lama. Pada masa ini ada jenis rebung sudah dapat diproses untuk berbagai macam produk bahan makanan berasaskan rebung seperti tepung rebung yang memiliki kandungan intipati tinggi, cuka rebung, kerepek rebung, rebung sejukbeku dan jeruk rebung. Masyarakat di Malaysia lebih kenal rebung sebagai sejenis sayuran yang enak terutama masak lemak pedas untuk hidangan masakan di rumah. Rebung memiliki rasa yang lazat dan diketahui boleh membuat selera makan nasi bertambah.


Melihat kepada ciri marfologi rebung manis di kebun ini saya dapati ia menyerupai bentuk rebung biasa. Kulit di luarnya berwarna coklat dan dibahagian isinya pula adalah putih krim (Sila lihat foto disebelah). Setiap biji rebung yang dituai dalam saiz diantara 25 - 30 cm panjang dengan saiz garispusat diantara 12 - 25 cm bergantung kepada umur pokok. Setakat ini hasil dari kebun rebung ini dipetik setiap 2-4 minggu sekali dan dijual di Keningau sehingga kadangkali dihantar ke Kota Kinabalu. Harga ladang rebung manis ini sekitar RM5.00 sebiji mengikut saiz. Walau pun kaedah memakan rebung manis ini lazimnya boleh dimakan terus atau dimasak sayur. Cara menyediakan sayur rebong berbagai cara dan resepi tetapi paling popular adalah rebung masak lemak cili api dengan daging lembu atau daging ayam atau udang. Dalam pasaran kita mudah mendapatkan rebung yang ditinkan terutama produk yang diimpot daripada negara China. Terdapat juga produk daripada Thailand dan Taiwan yang dijual dipasaraya dan dijual dengan harga yang munasabah. Bagaimana pun pada saya hanya berminat terhadap rebung segar yang dipetik sendiri atau dibeli dari pasar atau pasar tani dan kurang minat dengan rebung jeruk. Sayur rebung ini hanya kadang-kadang sahaja ada dijual direstoren.


Merujuk kepada dakwaan pemilik kebun, beliau memetik 5 biji rebung dengan menggunakan parang tajam dan terjah. Kemudian kulitnya dibuang dan diberikan kepada kami untuk ujirasa (Sila lihat foto disebelah). Memang tekstur isinya amat lembut, tiada fiber kasar dan tahap rasa kemanisan yang luarbiasa. Sebenarnya manafaat rebung sebagai bahan masakan sudah dilakukan sejak zaman dahulu dimana rebung boleh dituai sepanjang tahun atau tanpa mengenal musim. Rebung yang terbit pada pangkal rumpun buloh berbentuk kon yang tajam dibahagian atasnya dan saiz ukurlilit batang bergantung krpada spesis rebung. Ia perlu dipotong dengan parang tajam atau terjah yang mampu memotong bahagian akar. Ia akan terus menghasilkan lebih banyak rebung kalau selalu dilakukan aktiviti penuaian. Apabila dibuang kulitnya, kebanyakan isi rebung adalah berwarna putih krim yang menarik dengan aroma yang segar (Sila lihat foto sebelah). Penulis blog juga mendapati di Malaysia penghasilan rebung buloh adalah sepanjang tahun tetapi penuaian rebung agak tinggi (memuncak) antara bulan Disember hingga Februari atau pada musim hujan. Rebung boleh dikutip ketika sudah mencapai ketinggian sekitar 20 cm dengan diameter sekitar 7 cm. Penting diperhatikan adalah agar buloh rebung tidak boleh terlambat untuk dituai kerana jika terlambat selama sekitar 2 bulan maka rebung akan berubah menjadi anak pokok buloh yang keras sehingga tidak memungkinkan untuk dijadikan sebagai bahan masakan.


Rebung Buloh dikebun ini memang lembut dan sesuai dimakan (Sila anda lihat foto disebelah). Rebung dalam beberapa laporan saintifik dimana rebung telah pun diketahui mengandungi berbagai khasiat yang terdiri daripada Air (dengan kadar kandungan tertinggi sebesar 91%), protein, thiamin, karbohidrat, lemak, kalium, vitamin A, vitamin C, besi, fosfor, dan lainnya. Kandungan seperti karbohidrat, protein dan lemak sebenarnya hampir sama jika dibandingkan dengan berbagai jenis sayur-sayuran yang lain. Begitu pula dengan kandungan kalium pada rebung yang cukup tinggi iaitu 533 mg per 10 gramnya. Makanan yang kaya dengan kalium sekitar 400 mg didakwa sangat bermanfaat untuk mengurangkan risiko serangan stroke. Penderita stroke biasanya mengalami kekurangan mineral ini. Orang yang menderita kekurangan kalium, biasanya akan mengalami kekejangan otot. Mereka boleh mengambil sayur rebung untuk mencukupi keperluan unsur kalium harian dalam badan. Kajian juga mendapati selain kalium, Rebung juga sangat kaya dengan serat (Fiber) iaitu sebanyak 2.56%. Kandungan serat pada rebung ternyata lebih tinggi jika dibandingkan dengan jenis sayuran tropika yang lain seperti Sawi (1.01%), Timun (0.61%), Kacang Soya (1.27%) dan sebagainya. Pada masa ini masih ujud pada dasarnya manusia yang mengalami kes-kes kekurangan serat pada tubuhnya tidak akan mengalami gejala yang spesifik iaitu tidak seperti kekurangan zat-zat lainnya. Bagaimana pun ketercukupan serat harus terpenuhi dengan baik untuk meningkatkan aktiviti metabolisma tubuh.


Kekurangan serat dalam makanan yang dihidangkan selalunya ternyata boleh juga menyebabkan berbagai jenis penyakit. Kekurangan serat boleh menyebabkan terjadinya aterosklerosis atau pembuluh darah tersumbat, diabetes melitus, hyper kolesterolemia, sakit jantung, kanser usus besar (kolon) dan sebagainya. Serat merupakan zat yang berbentuk karbohidrat kompleks dan biasanya banyak terdapat pada dinding sel tanaman sayuran termasuk Rebung Buluh. Lazimnya bahan serat memang tidak boleh dicerna dan diserap oleh saluran pencernaan. Bagaimana pun memang telah diketahui ia memiliki fungsi yang sangat penting iaitu untuk memelihara tahap kesihatan manusia seperti dapat mencegah ancaman serangan berbagai jenis penyakit dan merupakan komponen penting dalam terapi zat permakanan. Pengambilan bahan serat daripada rebung buloh ini adalah satu pemilihan yang baik. Bagaimanakah kadar pengambilan rebung buluh penduduk kita?. Beberapa sumber rujukan manyatakan ianya hanya purata sekitar 10.5 gram seorang seharian. Ini amat jelas bahawa ia ditahap masih kurang kerana keperluan ideal yang mesti dicukupi ialah sebanyak 30 gram serat setiap orang sehari. Oleh itu pengambilan buloh rebung boleh menjadikan anda memyelesaikan beberapa masala kesihatan yang dinyatakan diatas. Apa pun pastikan mengamnil buloh rebong segar yang diproses dengan betul atau membeli rebung buloh dalam tin yang dijamin kualtitinya (belum expired lagi pada label). Selamat menjamu selera sayur rebung buluh masak cili api dengan daging yang dihidangkan (Sila lihat foto disebelah).  Semuga anda semua mendapat info terbaik dari blog anim agro technology kali ini untuk rujukkan.  Wasallam!.


Dr James selfie bersama penulis blog di ladang nanas Keningau.
REBUNG BULUH ...  MANIS RASANYA...
GUNAKAN BAHA KOMPOS... ASASNYA...
POKOK SUBUR... BERKUALITI ISINYA...
PERLU DILUASKAN.... BAIK HARGANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1028, Hotel Promenade,
Kota Kinabalu, Sabah,
Malaysia.

  • (21 Syaaban 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...