KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, September 23, 2018

TEKNOLOGI ALAT TUAIAN SAWIT

KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) merupakan sejenis tanaman terpenting di Malaysia. Industri makanan yang berasaskan minyak sawit di Malaysia telah mengalami perkembangan pesat sejak tiga dekad yang lalu. Kawasan tanaman sawit meningkat daripada anggaran satu juta hektar dalam tahun 1980 kepada dua juta hektar dalam tahun 1990, dan hari ini ia berada pada keluasan 3.8 juta hektar, bersamaan dengan lebih 500 juta pokok sawit. Dari segi penghasilan minyak sawit mentah (CPO), pengeluaran dicatat pada 13.35 juta tan dalam tahun 2003 daripada sejumlah 370 kilang buah sawit di seluruh negara. Industri ini juga turut terbabit secara meluas dalam aktiviti hiliran, daripada penapisan sehingga kepada penghasilan minyak masak dan oleokimia. Malaysia mempunyai jumlah penduduk yang agak kecil seramai 24 juta orang dan dengan itu, penggunaan minyak sawit secara tempatan adalah agak terhad. Oleh kerana itu, lebih 90 peratus pengeluaran minyak makan tahunan telah dieksport, menjadikan hasil sawit punca pendapatan tukaran wang asing yang penting untuk negara ini, serta tonggak ekonomi negara. Nilai eksport minyak sawit pada tahun 2003 berjumlah RM 26.15 bilion ketika harga purata minyak sawit mentah berada pada paras RM 1,544 satu tan. Hari ini, Malaysia menyumbang anggaran 50 peratus daripada pengeluaran minyak sawit dunia dan anggaran 60 peratus daripada jumlah dagangannya. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa sejumlah besar keluasan kawasan tanaman minyak sawit yang telah dikatakan ditanam di dalam kawasan hutan tropika, sebenarnya ditanam di kawasan hutan pembalakan, atau ditanam semula di dalam kawasan yang sebelum itu ditanam dengan tanaman lain. Contohnya, daripada tahun 1990 hingga 2000, ketika kawasan tanaman kelapa sawit di Malaysia meningkat sebanyak 1.4 juta hektar, kegiatan menanam getah, koko dan kelapa masing-masing menurun sebanyak 0.4, 0.3 dan 0.2 juta hektar. Sejumlah besar keluasan kawasan tanaman ini ditanam semula dengan kelapa sawit kerana ia tanaman yang lebih menguntungkan. Nilai pelaburan terkini dalam industri minyak sawit Malaysia dianggarkan sekitar RM62 bilion dengan sejumlah besar pembiayaan ini diperoleh dalam negeri. Peningkatan secara meluas penanaman sawit ini membawa pembangunan yang amat diperlukan di kawasan luar bandar, dan telah menjadi tulang belakang ekonomi luar bandar. Seramai 290,000 pekebun kecil di skim tanah kerajaan serta pekebun kecil persendirian, bergantung sepenuhnya kepada tanaman ini untuk kehidupan harian mereka. Hasil pendapatan daripada sawit membawa kesan penting dalam mengekalkan kestabilan sosioekonomi golongan ini. Tambahan pula, seramai 180,000 lagi pekerja di ladang sawit dengan jumlah pendapatan dan kebajikan mereka yang lain, adalah penyumbang besar kepada kestabilan politik dan sosio-ekonomi terutamanya ketika krisis kewangan Asia sekitar tahun 1997-1998. Teknomogi penuaian tandan kelapa sawit masih menggunakan teknologi konvensional dan belum banyak inovasi baru yang berkesan dan menjimatkan tenaga pekerja. Bagaimana pun artikel kali ini paparkan beberapa testimoni media mengenai alatan menuai kelapa sawiy dibincang dalal blog "Anim Agro Technology" untuk bacaan dan rujukkan anda semua.

Dalam Akhbat KOSMO dengan tajuk "Tuai 500 tandan sawit dalam dua jam" dicetak pada 11 April 2018 amat menarik untuk dibincangkan. Teknologi memetik tandan sawit  bagi pokok kelapa sawit yang rendah boleh menggunakan batang galah titanium yang pendek (Sila lihat foto disebelah). Terbaru dilaporkan ada alat tuaian kelapa sawit dinamakan dengan nama "Zip Zap" didakwa dapat memudahkan proses menuai selain mengurangkan penggunaan buruh di ladang. Permandangan biasa dimana aktiviti menuai kelapa sawit dilakukan oleh orang lelaki kerana ia memerlukan kekuatan tenaga, kemahiran serta peralatan sesuai. Diladang Kelapa Sawit Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor kelihatan seorang lelaki berbadan gempal sedang tekun menuai buah kelapa sawit.  Dari satu pokok ke pokok yang lain, dia kelihatan cekap mencantas pelepah dan mengait buah. Sesekali dia mengelap peluh yang membasahi muka. Setelah diamati, lelaki tersebut, Yanto Hamdi, 40, menggunakan satu peralatan moden bagi memudahkan pekerjaan tersebut yang dikenali sebagai Zip Zap. Biasanya menggunakan galah atau pemotong biasa, kerja-kerja memetik buah kelapa akan memerlukan lebih banyak tenaga dan ianya agak lambat disiapkan.  “Sebelum ini untuk memetik buah kelapa sawit kita menggunakan galah batang aluminium dengan penyabit biasa. “Bagi ladang keluasan 32 hektar ini, kebiasaannya memerlukan seramai 20 orang pekerja yang akan mencantas pelepah dan memotong hampir 500 tandan buah sawit.  “Namun dengan alat ini, kerja-kerja tersebut boleh dilakukan oleh seorang pekerja dan memakan masa selama dua jam sahaja,” katanya ketika ditemui di ladang tersebut baru-baru ini.

Zip Zap merupakan alat tuaian kelapa sawit pelbagai guna yang dibangunkan oleh Syarikat Zip Zap Sdn. Bhd. menerusi geran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebanyak RM1.8 juta. Alatan ini  mengandungi komponen terdiri daripada batang galah titanium boleh laras, sabit, pahat, bateri dan digerakkan oleh komponen motor elektrik keluaran Bosch dari Jerman (Sila lihat foto disebelah).  Menurut pengarah syarikat berkenaan, Dr. Johari Endan, Zip Zap mengandungi komponen berbentuk sabit di hujung galah yang mempunyai spesifikasi khas digerakkan oleh pemegang elektronik yang berperanan sebagai pemacu kepada proses mencantas dan memotong pelepah dan tangkal buah kelapa sawit. “Batang galah tersebut diperbuat daripada logam titanium, manakala sabit ditempa daripada besi. “Logam titanium dipilih kerana ia lebih ringan berbanding besi yang menyukarkan pekerja untuk mengangkut secara manual ke ladang kelapa sawit yang jauh dari jalan raya,” katanya. Bercerita lanjut, Johari yang merupakan bekas pensyarah di Fakulti Kejuruteraan, UPM menjelaskan, idea mencipta alat tuaian itu timbul ketika memikirkan dilema pemilik ladang kelapa sawit yang sering menghadapi masalah mendapatkan pekerja akibat permintaan tenaga buruh yang tidak menentu. “Apabila idea tersebut dibentangkan di hadapan panel MOSTI untuk tujuan untuk mendapat geran, cabaran yang diterima agak klasik kerana bekas pensyarah saya sendiri iaitu Prof. Ismail Hamzah merupakan salah seorang panel ingin melihat sendiri saya mencipta alat tersebut secara praktikal dan bukan di atas kertas cadangan sahaja,” katanya.


Johari berkata, setelah berusaha selama dua tahun bermula pada tahun 2016, akhirnya alat itu berjaya dihasilkan. Diantara masalah yang dihadapi ialah bagaimana alat tersebut mampu untuk memotong pelepah yang keras tanpa gegaran batang titanium yang kuat. Ini disebabkan jika aplikasinya tidak lancar sabit akan tersepit pada pelepah dan kerja menuai atau mencantas pelepah menjadi lambat. Bagi mengatasi masalah tersebut beliau membuat kajian dan mendapati pokok kelapa sawit ditanam di pesisir pantai dan ditanam jauh di daratan mempunyai kekerasan pelepah dan pangkal buah kelapa sawit yang berbeza. Maka alat tuaian tersebut telah ditambah baik dari aspek alat pemotong iaitu mata sabit digunakan pada pokok yang lebih tinggi dan pahat untuk memotong buah di pohon yang rendah. Hasil promosi secara lisan selepas demonstrasi di beberapa pertubuhan peladang kawasan dan kesan tular di media sosial, alat tuaian tersebut mendapat pesanan lebih 30 unit. Katanya, alat tuaian yang diciptanya itu merupakan produk mesra alam atau teknologi hijau dan ia mampu dieksport keluar negara kerana teknologi yang diiktiraf badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mengulas lanjut beliau berkata, pada masa depan banyak negara akan mengiktiraf penggunaan mesin tanpa bahan bakar seperti petrol dan diesel maka alat tuaian pelbagai guna tersebut menepati kehendak pasaran masa hadapan. Apa yang lebih menarik mesin yang dinamakan Zip Zap tersebut boleh digunakan terus-menerus tanpa kuasa bateri. Seandainya bateri habis penyabit boleh digunakan secara manual namun impaknya berkurang berbanding penggunaan secara elektronik. Sementara itu seorang Ahli PPK Kuala Langat iaitu Samingan Samin yang telah pun menggunakan Zip Zap mengakui alat tersebut memudahkan pekerjaannya kerana ia senang dikendalikan, ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. “Jika menggunakan kaedah biasa, dan tidak mengetahui teknik yang betul untuk menyabit, mata sabit mudah tersangkut. Ia juga sukar ditarik. “Terima kasih saya ucapkan kepada pencipta alat ini dan juga pihak PPK Kuala Langat yang memperkenalkan produk inovasi ini. Samingan yang mempunyai empat hektar tanaman kelapa sawit di Kanchong Darat menyatakan kesemua pemilik ladang mengimpikan produk sedemikian dicipta oleh mana-mana pihak. Ini disebabkan selama ini, beliau terpaksa menghadapi kerenah pekerja yang pelbagai hingga menyebabkan kos menuai kelapa sawit dan menyenggara ladang seperti pembersihan pelepah rosak terus meningkat.

Dalam laporan akhbar lain bertajuk "Sabit elektrik E-Cutter boleh tuai kelapa sawit setinggi 30 kaki" dinyatakan dimana aktiviti penuaian kelapa sawit akan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat, melalui inovasi sabit elektrik yang dibangunkan hasil penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Inovasi yang diberi nama E-Cutter itu adalah suatu teknologi sabit elektrik yang mempunyai generator khas yang ringan, jimat tenaga dan mampu memetik buah kelapa sawit serta mencantas pelepah kelapa sawit sehingga ketinggian kira-kira 30 kaki.  Penggunaannya mudah, ringkas dan lebih efisyen yang dapat mempercepatkan proses penuaian kelapa sawit sekali gus meningkatkan hasil tuaian,” kata penyelidik UPM dari Fakulti Kejuruteraan, Prof. Madya Ir. Dr. Norhisam Misron. Beliau dan Pegawai Penyelidik MPOB, Abdul Razak Jelani mengambil masa lima tahun melakukan penyelidikan penghasilannya (Sila lihat foto disebelah)E-Cutter adalah pelengkap kepada alatan menuai kelapa sawit sedia ada yang menggunakan kaedah manual seperti galah atau sabit menuai. Inovasi ini juga merupakan penambahbaikan kepada teknologi ‘cantas’ dengan menggantikan konsep mekanikal kepada elektrik yang lebih eknomik dan mesra alam. Sabit akan bergetar untuk memotong pelepah atau buah kelapa sawit.

Alatan E-Cutter menggunakan konsep elektrik untuk menggerakkannya, berbanding kebiasaannya peladang menggunakan alat mekanikal atau manual untuk menuai buah kelapa sawit atau mencantas pelepahnya. Ia dibangunkan melalui sistem yang menggabungkan generator elektrik dan motor. Double Standard Generator yang mempunyai ketumpatan kuasa tinggi digunakan sebagai generator. Alat ini ringan dan kecil tetapi berkuasa tinggi dan merupakan alat yang mudah alih untuk digunakan peladang. Alat E-Cutter yang beratnya kurang daripada 9kg dan digerakkan menggunakan tenaga petrol, dibangunkan melalui geran penyelidikan RM300,000 dari Kementerian Pendidikan Tinggi dan RM180,000 daripada MPOB. Promosi dan demonstrasi penggunaannya ditunjukkan pada majlis Show Case Produk Inovasi UPM-MPOB dan Malaysia Innovation Hub (MIH) di Taman Pertanian Universiti, UPM. Pada majlis itu, MIH selaku rakan industri UPM turut memperkenalkan jentera Oil Palm Harvester with Anti-brusihing Collection System yang memudahkan peladang memetik buah kelapa sawit pada pokok yang tinggi. Jentera itu untuk menuai buah pada pokok sawit yang tinggi dan boleh dikendalikan oleh hanya seorang operator (Sila lihat foto sebelah). Ia juga mempunyai sistem pungutan untuk meminimumkan kecederaan pada buah yang boleh menjejaskan kualiti minyak yang diproses dan kedua-dua inovasi itu akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing di sektor perladangan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MENUAI SAWIT ... PERKARA UTAMA...
TANDAN DIPOTONG...DIKUMPUL PULA...
ALATAN BIASA... SUKAR JUGA GUNA...
INOVASI BARU... MEMBANTU SEMUA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Room 547, Hotel Marriot,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(9 Muharram 1440H).

Saturday, September 22, 2018

RUMPUT JARUM MAS -HERBA VS VIAGRA

RUMPUT JARUM MAS (Striga asiatica) daripada kumpulan rumput Scrophulariaceae biasanya tu,nuh meliar dikawasan tanah lapang dan padang. Rumput ini juga adalah dikenali dengan nama 'Rempah Padang' dikalangan penduduk kampong di Malaysia. Rumput Jarum Mas juga dikenali sebagai rempah padang kerana khasiat perubatannya yang didakwa memberikan tenaga luarbiasa kepada pengguna. Ia biasa dijumpai dikawasan padang yang terbuka dan tumbuh dicelah-celah rumput. Ia muadah dikenali melalui bunganya yang berwarna kuning terang yang akan muncul dicelah-celah rumput.Ini menyebabkan ia dipanggil jarum mas. Apa yang penulis blog pasti dimana rumput ini pernah dijadikan bahan cariab dikalangan masyarakat tempatan untuk dijadikan ubat. Rumput Jarum Mas adalah sejenis rumput yang selalunya akan tumbuh diantara celah-celah rumput biasa dipadang-padang rumput dan ditepi-tepi lebuh raya. Dari tinjauan penulis blog lazimnya ada beberapa jenisnya dibezakan oleh warna bunganya yang selalunya berwarna kuning, merah dan warna ungu. Jenis berbunga kuning ialah jenis yang paling mudah dijumpai di Malaysia. dimana jenis ini sering dicabur untuk kegunaan perubatan. Apa yang selalu dibaca dalam artikel (Sila klik disini) ia mempunyai banyak khasiat. Walau pun kajian saintifik mengenai rumput jarum mas ini dibuat oleh pihak penyelidikkan tetapi hasilnya masih kurang dipromosi atau diketahui umum. Bagaimana pun artikel dikeheningan subuh ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis lagi mengenai rumput jarum mas serta bagaimana herba jika hendak dibandingkan dengan penggunaan Viagra terhadap kesihatan.

Apa yang didakwa dalam banyak penulisan dilaporkan khasiat rumput jarum Mas adalah untuk perubatan dimana ia telah diketahui lama sejak turun temurun. Umumnya masyarakat Melayu berkaitan rumput jarum mas mula digunakan untuk mengembalikan kecergasan seleoas bersalin. Ia dikaotkan dengan cerita lama dimana selepas melihat kucing yang baru melahirkan anak selalunya akan mencari dan mengunyah rumput ini. Melihat keadaan ini maka cara sama telah digunakan dengan mengambil satu atau dua batang rumput jarum mas yang dikeringkan direbus hingga mendidih dan diminum airnya dua kali sehari. Apa pun sebaiknya pastikan tidak terlalu banyak tumbuhan ini dimasukkan kedalam rebusan kerana pengmbilan berlebihan boleh menimbulkan kesan sampingan seperti mual dan loya. Hanya rumput jarum mas yang organik, bersih dan tiada racun rumpai sesuai digunakan untuk tujuan ini. Ada dakwaan umum dimana selain dari mengembalikan akan kesihatan rahim dan sistem reproduktif manusia dilaporkan kehebatan rumput ini juga dapat mengubati penyakit seperti keputihan dan menghilangkan sakit urat dan sengal pada badan dengan kaedah penyedianya yang sama.

Dalam satu artikel di Utusan Malaysa dengan tajuk "Antara herba dan Viagra" sangat baik dikaitkan dan dikupas juga dengan rumput ini. Merujuk kepada beberapa jenis herba tempatan, beberapa tahun yang lalu heboh tentang pokok tongkat ali, kononnya mujarab untuk memulihkan tenaga batin lelaki dan juga rumput jarum mas serta beberapa jenis herba lain di Malaysia. Peristiwa seperti ini timbul setelah sebuah penerbitan penyelidikan universiti tempatan telah berjaya menerbitkan secara gurauan tentang khasiat pokok tongkat ali dan dipetik pula oleh Utusan Malaysia sebagai satu penemuan perangsang syahwat. Ada juga dikalangan pembaca blog yang merujuk kepada Anim Agro Technology untuk capaian jenis herba yang lain. Kesan daripada gurauan itu, ramailah yang mencari pokok tongkat ali sehingga pokok ini hampir ranap di sekitar hutan simpanan dan di hutan-hutan lain. Penyelidikan juga dijalankan dan analisis dibuat terhadap pokok ini oleh sebuah pusat pengajian tinggi. Tetapi apa yang ditemui, pokok ini tidak mengandungi apa-apa khasiat afrodisiak, melainkan terdapat khasiat antiviral yang boleh mengubati demam. Pokok ini yang mana nama saintifiknya Eurycoma longifolia sebenarnya bukanlah pokok yang mengandungi khasiat afrodisiak tetapi pokok lain yang salah proses untuk kenalpasti juga dan didakwa sebagai sebagai tongkat ali mungkin tiada apa-apa kesan perubatan. Kemudian diviralkan dimana terdapat pula tumbuhan yang dipanggil jarum mas. Ramai yang memungut tumbuhan ini di tepi-tepi jalan atau di halaman berumput di mana terdapat jarum mas ini tumbuh meliar. Tumbuhan rumput jarum mas  ini dikatakan juga dapat merangsang kebatinan lelaki dan ada pula yang mengatakan dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Daripada penulisan dan penelitian saya didapati sebenarnya tumbuhan ini ialah Rumput Jarum Mas atau juga dipanggil Rumput siku-siku (Striga asiatica) sejenis tumbuhan semiparasit yang hidup pada akar-akar rumput (Sila lihat foto disebelah)Apa yang dicari oleh orang tertentu ialah teh macao (Scoparia dulcis) yang rupanya seakan-akan sama dengan rumput siku-siku dan tergolong dalam famili yang sama, iaitu Scrophulariaceae. Teh Macao pula memang tidak terdapat di Malaysia tetapi terdapat di selatan China dan merupakan herba stimulan. Kemudian timbul pula kisah minyak dhab, iaitu minyak daripada sejenis biawak padang pasir yang kononnya dikatakan boleh merangsang tenaga batin lelaki. Daripada catatan di atas jelas menunjukkan sebilangan besar rakyat negara ini mungkin ada mengalami masalah mati pucuk. Ini disahkan oleh Pengarah Pusat Kepakaran dan Reproduksi Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Mohd. Ismail Thambi yang menganggarkan 1.5 juta lelaki berusia 40 tahun ke atas mengalami masalah mati pucuk (lihat Massa Bil. 135. 16-22 Mei, 1998). Kebanyakan mereka malu untuk mendapatkan rawatan doktor dan juga ingin mencari sesuatu daripada tumbuhan seperti peristiwa mencari tongkat ali atau jarum mas dan minyak dhab. Akhirnya mereka ini termakankan pokok yang mengandungi racun dan memakan biawak padang pasir yang dibawa dari negeri Arab.

Viagra merupakan sejenis ubat moden iaitu jenis ubat yang dikeluarkan oleh Pfizer Pharmaceuticals New York ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Ubat ini adalah ubat ditunggu terutama mereka yang menghidap masalah mati pucuk dan ada pula yang tersenyum-senyum ingin mencuba kebatinannya dengan Viagra. Kaum wanita pula ada yang tersenyum lebar dan ada pula yang kecut perut. Viagra merupakan penemuan saintis perubatan Barat yang tidak jemu menjalankan penyelidikan untuk kepentingan manusia dan sudah tentu mengaut keuntungan yang lumayan hasil daripada penemuan ini. Kita rasa akan terbanglah berjuta-juta ringgit Malaysia ke luar negara untuk membeli ubat ini. Malaysia yang terkenal dengan kepelbagaian spesies tumbuh-tumbuhan, sebenarnya mempunyai banyak spesies tumbuhan yang dapat mengubati penyakit mati pucuk atau merangsang syahwat lelaki dan masalah 'dedingin' kaum perempuan. Nenek moyang kita zaman dahulu amat arif tentang tumbuhan ini dan memberi berbagai-bagai nama mengikut dialek daerah atau negeri. Tumbuhan ini juga dikaitkan dengan nama Saidina Ali dan isterinya Siti Fatimah, seperti tongkat ali, payung ali, akar ali bagi tumbuhan yang boleh mengubati penyakit kaum laki-laki dan kacip fatimah, selusuh fatimah, kunci fatimah, pokok fatimah pula bagi tumbuhan yang boleh mengubat penyakit kaum perempuan.  Nama-nama ini agak kegasangan (salacious) yang juga bermaksud ereksi seperti tongkat dan kemutan seperti kacip. Begitulah khasiatnya pokok dan herba tempatan ini sebagai afrodisiak yang belum diterokai lagi. Malangnya tumbuhan ini sukar ditemui lagi dan generasi yang ada sekarang ini tidak lagi dapat mengecam tumbuhan atau mungkin tahu namanya sahaja. Ini ditambah pula nama-nama pokok dan herba ini diberi dengan berbagai-bagai nama dimana ia juga sangat mengelirukan. Kemungkinan pula tumbuhan ini sudah pupus dan tidak ada institusi yang berminat untuk mencari atau menjalankan penyelidikan terhadap pokok atau herba ini.

Pokok Eurycoma longifolia yang disebut sebagai tongkat ali sebenarnya bukanlah pokok tongkat ali dan tidak langsung termasuk dalam golongan tumbuhan afrodisiak. Pokok ini diberi beberapa nama yang mengelirukan seperti tongkat baginda, penawar pahit, bidara pahit, bidara merah, Bidara Putih. Kulit dan akar pokok ini digunakan untuk mengubati demam. Spesies yang lain yang seakan-akan sama, iaitu Eurycoma apiculata. Amat sukar untuk membezakan antara dua spesies ini dan yang terkemudiannya pula dikatakan pokok beracun. Pokok tongkat ali yang sebenarnya yang dikatakan mengandungi khasiat afrodisiak ialah Smilax calophylla dan Smilax myosotiflora. Ubi pokok ini dimakan bersama-sama sirih (Piper betle) dan pinang makan (Areca catechu) yang juga tergulung dalam tumbuhan yang mengandungi khasiat afrodisiak dan stimulan (Sila lihat foto disebelah)Seperti pokok Eurycoma, pokok Smilax juga diberi berbagai-bagai nama yang mengelirukan. Smilax calophylla diberi beberapa nama seperti dawai-dawai, rancang besi, tampang besi, tembaga suasa, daun tembaga suasa dan lain-lain. Pokok Smilax myosotiflora juga diberi berbagai-bagai nama seperti akar tanding, akar dedingin, itah besi, ubi besi, kerating dan lain-lain. Nama-nama pokok dalam bahasa Melayu yang diberi oleh nenek moyang kita.

Kemungkinan juga ramai kaum wanita yang menghadapi masalah rumah tangga seperti yang dialami oleh kaum lelaki. Dalam mengubati penyakit 'dedingin' perempuan terdapat pokok atau herba yang diberi nama yang agak garang juga seperti kacip fatimah (Labisia pumila, Phyllagathis rotundifolia, dan Sonerila pidularia). Kadang-kadang pokok ini juga dipanggil seluruh fatimah, kunci fatimah, pokok fatimah yang juga mungkin mengelirukan kepada umum (Sila lihat foto disebelah).  Penggunaan pokok atau herba ini banyak dirahsiakan oleh bidan-bidan kampung zaman dahulu dan sering disebut sahaja sebagai ubat selepas bersalin, tetapi sebenarnya bertujuan mengekalkan status wanita sehingga seperti 'kacip' dan boleh menambat kaum lelaki. Bagaimanapun, pokok atau herba ini semakin dilupakan dan tidak lagi diamalkan oleh wanita selepas bersalin. Di Malaysia terdapat lebih kurang 55 spesies tumbuhan yang dikenal pasti mungkin ada mengandungi khasiat afrodisiak atau yang pernah diamalkan oleh nenek moyang kita sebagai ubat untuk lelaki atau perempuan dalam menjalani hidup berumah tangga. Usaha perlu dijalan untuk mencari dan seterus menanam pokok atau herba ini sebagai warisan negara. Kajian perlu dibuat tentang khasiat tumbuhan ini dan besar kemungkinan kita boleh mendapat alternatif kepada Viagra tanpa mempunyai masalah kesan sampingan. Untuk memajukan tumbuhan afrodisiak tradisional Melayu ini, satu caranya adalah dengan menyediakan sebuah ladang atau taman penyelidikan yang dipanggil Taman Berahi. Pokok atau herba ini boleh dikaji dan dianalisis di makmal tentang tahap kemujarabannya.  Herbarium juga perlu diadakan bagi memudahkan proses pengenalpastian tumbuhan ini dan seterusnya diberi nama-nama yang baku dalam bahasa Melayu dan juga nama saintifiknya. Selain menjalankan penyelidikan, taman yang dipenuhi oleh tumbuhan afrodisiak yang berunsur seksual ini boleh menarik ramai pelancong dalam dan luar negara.  Sekiranya kita dapat mencipta ubat untuk kaum lelaki, apatah lagi untuk kaum perempuan, Malaysia akan lebih terkenal dengan ''bio-Viagranya'' pula. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA DIBERI... JARUM MAS DIA...
MUDAH DICARI... DIPROSES SEGERA..
HENDAK DILAWAN... DENGAN VIAGRA...
BACA ARTIKEL... IA SERONOK JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria, Bandar BAru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(5 Muharram 1440H).

Friday, September 21, 2018

BAHAYA DAUN BETIK

DAUN BETIK (Carica papaya) merupakan bahagian penting dalam komponen pokok betik selain daripada bahagian buah, bunga, batang, akar dan sebagainya (Sila lihat foto diatas). Pucuk betik juga sering dijadikan ulam yang enak dimakan setelah dicelur dengan air panas dan dicicah dengan sambal belacan. Pokok betik ditanam di Malaysia sebagai salah satu jenis tanaman buah-buahan yang penting selain daripada buah nanas, tembikai dan sebagainya untuk pasaran domestik dan eksport. Ia juga diantara jenis buah tidak bermusim yang sering dijadikan sebagai 'pencuci mulit; di hitel-hotel. Kandungan bahan 'papain' didalam betik amat penting dalam industri. Dalam media tempatan beberapa hari yang lalu telah timbul kenyataan oleh pihak tertentu bahawa daun pokok betik mengandungi bahan kimia yang didakwa  merbahaya iaitu naham 'Cyanogenic glycoside' yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati, buah pinggang dan jantung, dan seterusnya menyebabkan kematian.  Bahan ini dikenali dengan Cyanogenic glycosides atau ''bad sugar'' adalah merupakan bahan kimia yang terdapat di dalam sekurang-kurangnya 2,000 spesis tumbuhan dan ada antaranya yang digunakan sebagai makanan seperti ubi kayu, badam, biji-bijian, bunga cengkih, rebung buluh, buah-buahan berkernel seperti aprikot, pic, plum, ceri dan lain-lain. Bahan kimia ini juga dilaporkan terkandung di bahagian yang berlainan seperti di akar, ubi, daun, selaput biji, biji, buah dan lain-lain. Bagi pokok betik pula, ianya terdapat di dalam buah, biji, daun dan akar. Cyanogenic glycosides adalah bahan kimia yang digunakan oleh tumbuhan-tumbuhan tersebut sebagai pertahanan dalam menghadapi serangan serangga perosak atau haiwan pemakan daun. Oleh itu penulis blog sadar dimana secara semulajadi, kandungan cyanogenic glycosides ini lebih tinggi pada pokok betik muda berbanding pokok betik matang. Ini adalah bagi memastikan pokok muda mampu terus hidup. Artikel subuh Ahad ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai bahaya daun betik seperti banyak dibincangkan dalam media tempatan tidak lama dulu untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan.

Dalam daun betik bahan Cyanogenic glycosides perlu bertindakbalas dengan enzim beta-glucosidase untuk tujuan menghasilkan hydrogen cyanide. Proses ini selalunya berlaku apabila terdapat serangan perosak pada tanaman betik. Rujukan dari jurnal saintifik menunjukkan bahawa pokok betik tergolong dalam kumpulan ''weak cyanogenesis'' iaitu tumbuhan yang akan menghasilkan hydrogen cyanide dalam kuantiti yang sedikit (terdapat 0.02 mg cyanide di dalam empat (4) helai pucuk daun betik dan jumlah ini berkurangan apabila daun itu bertambah matang). Dos cyanide yang paling rendah untuk memudaratkan manusia adalah sebanyak 1 mg bagi setiap kg berat badan. Oleh itu bagi seseorang yang mempunyai berat badan sebanyak 60 kg, 12,000 helai daun betik perlu diambil pada satu masa untuk mengakibatkan keracunan akut. Kajian keselamatan yang telah dijalankan oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (Malaysia Institute for Medical Research, IMR), di mana dos tertinggi sebanyak 2000 mg bagi setiap kg berat badan juga telah diuji di dalam haiwan makmal. Dalam kajian ini didapati tiga jenis cara pengambilan telah digunakan iaitu satu dos sahaja, satu dos setiap hari selama 28 hari dan satu dos setiap hari selama 90 hari. Hasil kajian didapati tiada kesan sampingan didapati pada buah pinggang, hati dan jantung. Keputusan ujian pada darah adalah normal. Kajian khusus ke atas hati (kajian hepatotoksiti) juga adalah normal. Kajian klinikal oleh pihak IMR terhadap jus daun betik di dalam pesakit denggi (denggi tidak berdarah dan denggi berdarah kelas satu) dimana ia menunjukkan bahawa pengambilan sebanyak 30ml (dua sudu besar) jus daripada dua (2) daun betik matang setiap hari iaitu selama tiga hari menaikkan jumlah platelet. Kenaikan platelet ini hanyalah salah satu dari pelbagai proses yang berlaku di dalam pesakit yang menghidapi demam denggi. Kajian masih lagi berjalan berkaitan kegunaan jus daun betik bagi demam denggi. Pihak KKM tidak menyediakan jus daun betik di hospital-hospital kerajaan.

Dalam penelitian lanjut dimana Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM juga ada mendaftarkan produk-produk yang mengandungi daun betik (folium carica papaya) dengan indikasi seperti kesihatan umum. Produk-produk ini didaftarkan di bawah kategori produk tradisional. Produk-produk di bawah kategori ini dinilai daripada segi kualiti, keselamatan dan tuntutan untuk kegunaan tradisional mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh PBKD sebelum produk tersebut didaftarkan. Terdapat juga kenyataan oleh pihak tertentu yang mendakwa makanan tambahan berasaskan herba boleh dijadikan penawar demam denggi. Pada masa ini, indikasi atau tuntutan yang dibenarkan untuk produk tradisional adalah mengikut kegunaan ramuan/formulasi produk tersebut secara tradisional yang dirujuk dari rujukan farmakopeia ubat tradisional. Tuntutan terapeutik tidak dibenarkan untuk produk-produk di bawah kategori ini kerana produk-produk tersebut tidak menjalankan kajian klinikal untuk menyokong tuntutan terapeutik. Walau bagaimanapun, jika sesuatu produk tradisional atau herba ingin membuat tuntutan terapeutik, kajian klinikal yang lengkap serta menepati piawaian antarabangsa perlu dijalankan terhadap produk tersebut supaya bukti-bukti tuntutan tersebut dapat dinilai dari segi keberkesanan dan keselamatan oleh PBKD. Sehingga kini, belum ada sebarang produk tradisional atau suplemen kesihatan yang didaftarkan dengan PBKD untuk merawat demam denggi.

Dalam satu kenyataan media dilaporkan dimana  Kementerian Kesihatan masih menjalankan kajian berhubung kegunaan jus daun betik sebagai penawar demam denggi, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata kajian klinikal oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap jus daun betik bagi pesakit denggi (denggi tidak berdarah dan denggi berdarah kelas satu) menunjukkan pengambilan 30 mililiter (ml) atau dua sudu besar jus daripada dua daun betik matang setiap hari, selama tiga hari menaikkan jumlah platelet. Katanya, peningkatan platelet ini hanya satu daripada pelbagai proses yang berlaku dalam pesakit yang menghidap demam denggi. Kajian masih lagi diadakan berkaitan kegunaan jus daun betik bagi demam denggi. Pihak kementerian juga tidak menyediakan jus daun betik di hospital kerajaan. Dr Noor Hisham berkata demikian mengulas kenyataan oleh pihak tertentu bahawa daun pokok betik mengandungi bahan kimia yang berbahaya iaitu 'cyanogenic glycoside' yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati, buah pinggang dan jantung dan seterusnya menyebabkan kematian. Menurutnya lagi pokok betik tergolong dalam kumpulan 'cyanogenesis' lemah iaitu yang menghasilkan hidrogen sianida dalam kuantiti sedikit (terdapat 0.02 miligram (mg) sianida dalam empat helai pucuk daun betik dan jumlah ini berkurangan apabila daun itu bertambah matang). Biasanya dos sianida paling rendah untuk memudaratkan manusia adalah sebanyak satu mg bagi setiap kilogram (kg) berat badan. Jika seseorang yang mempunyai berat badan 60 kg memerlukan 12,000 helai daun betik pada satu masa untuk mengakibatkan keracunan. Terkini  IMR sudah menjalankan beberapa kajian keselamatan dengan mengenakan dos tertinggi 2,000 mg bagi setiap kg berat badan diuji dalam haiwan makmal.  Dalam kajian ini dijalankan kepada tiga jenis cara dalam pengambilan digunakan iaitu satu dos sahaja, satu dos setiap hari selama 28 hari dan satu dos setiap hari selama 90 hari, hasilnya didapati tiada kesan sampingan ke atas buah pinggang, hati dan jantung. Keputusan ujian darah pula adalah normal sementara kajian khusus ke atas hati (kajian hepatotoksiti) juga adalah normal. Beliau memaklumkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kementerian juga telah mendaftarkan produk-produk yang mengandungi daun betik (folium carica papaya) di bawah kategori produk tradisional. Sehingga kini Dr Noor Hisham berkata belum ada sebarang produk tradisional atau suplemen kesihatan yang didaftarkan dengan PBKD untuk merawat demam denggi.

Dalam kes lain media melaporan "Daun betik lebih bawa mudarat" oleh MyMetro dimana daun betik bukan penawar demam denggi, malah boleh juga menyebabkan kegagalan hati, jantung dan buah pinggang sekali gus membawa maut kepada yang mengamalkan pemakanan daun itu. Ahli Farmasi dan Homeopati Prof Dr A Krishnan berkata dimana kebanyakan pesakit demam denggi di negara ini diberikan daun betik kononnya boleh mengubati penyakit terbabit dengan lebih cepat dan berkesan (Sila lihat foto disebelah). Hakikatnya selalunya mereka tidak juga mengetahui bahawa daun betik tiada khasiat, malah boleh menyebabkan pesakit menghidap pelbagai penyakit lain seterusnya berisiko maut. Mereka sudah membuat kajian mengenai penggunaan daun betik sebagai penawar demam denggi dan hasilnya tumbuhan itu tidak membantu, malah berbahaya kepada kesihatan kerana kandungannya mempunyai ‘cyanide’ yang berperanan seperti racun. Oleh itu, penggunaan daun betik perlu dihentikan serta-merta kerana menjadikan pesakit demam denggi bertambah teruk, malah sistem imunisasi turut terganggu. Sementara itu orang ramai perlu menitik berat mengenai pengambilan makanan yang berkhasiat dan memenuhi nutrisi badan. Orang ramai dinasihatkan tidak mengambil sebarang makanan yang boleh memudaratkan kesihatan walaupun ia adalah daripada turun temurun kerana kesannya boleh dilihat dalam jangkamasa panjang apabila seseorang sentiasa sakit dan menghidap penyakit kronik. Semuga artikel ini memberi info terbaik kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

DAUN BETIK ...DIDAKWA MERBAHAYA...
CYGONIC GLYCOCIDE...DIDALAMNYA...
PERLU DIPERIKSA... KESAN OLEHNYA...
MEMBACA ARTIKEL DAPAT ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(7 Muharram 1440H).

Thursday, September 20, 2018

RUMPAI DI KEBUN GETAH - KAWALAN

RUMPAI DI KEBUN GETAH merupakan satu cabaran kepada pekebun kecil getah diperingkat awal penanaman. Biasanya penanaman getah mempunyai dua objektif utama iaitu untuk mencapai kematangan awal dan memperolehi hasil yang maksimum. Semua tumbuhan termasuk getah memerlukan sumber nutrien yang betul dan mencukupi bagi membolehkan mereka membesar ke tahap maksimum. Keperluan nutrien ini dapat ditambah dengan pembajaan diberi pada kadar, jenis dan masa yang betul. Sebelum dibaja, kawasan perlulah dibersihkan daripada rumpai supaya baja yang ditabur tidak sia-sia. Satu lagi perkara yang menganggu pertumbuhan pokok getah adalah penyakit pokok getah. Mengenal pasti jenis penyakit yang betul perlu bagi membolehkan penggunaan jenis racun dan kadar yang sesuai. Rumpai adalah tumbuhan yang tidak dikehendaki atau tumbuhan yang tumbuh di tempat yang tidak sepatutnya ia tumbuh didalam kebun getah terutama dikawasan yang baru dibuka untuk tanaman baru atau tanaman semula. Bagi penulis blog antara kebaikan bagi kewujudan rumpai dalam ladang getah masih diperlukan dan mempunyai beberapa faedah antaranya dimana rumpai membantu mengurangkan hakisan tanah dengan mengurangkan impak langsung air hujan pada permukaan tanah. Rumpai juga menyejukkan permukaan tanah dengan mengurangkan impak langsung sinaran matahari pada permukaan tanah. Ia juga membantu mengekalkan kelembapan tanah dan menambah jirim organik tanah daripada pereputan daun-daun. Rumpai juga membekalkan makanan untuk haiwan. Ada beberapa spesis rumpai digunakan dalam perubatan tradisional. Oleh itu bagi kawasan tanaman getah antara kesan rumpai kepada tanaman getah kerana ia bersaing dengan tanaman getah untuk mendapatkan cahaya, zat, air dan kawasan untuk pertumbuhan. Ia akan membantutkan tumbesaran pokok getah dan akan melambatkan pokok getah mencapai kematangan. Artikel pagi cuti awal muharam 1440 hijrah ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' kepentingan rumpai dan kawalannya dalam kebun getah.

Keujudan rumpai dalam kebun getah juga akan menyukarkan kerja membaja dan kawalan penyakit. Jika rumpai tumbuh meninggi maka ia akan memberi perlindungan kepada makhluk perosak tanaman getah dan keadaan ini akan menyebabkan kebakaran pada musim kering. Kawalan rumpai di kawasan getah dewasa naungan dalam getah matang adalah lebih tinggi berbanding getah muda. Oleh itu pertumbuhan semula rumpai selepas dikawal adalah lebih lambat berbanding dalam kawasan getah muda. Rumpai yang selalu didapati di kawasan getah matang dan tua adalah dari jenis pokok berkayu dan paku-pakis (Sila lihat foto disebelah)Kaedah mengawal rumpai di ladang perlu kerap dilakukan supaya tidak mudah baginya untuk tumbuh semula. Usaha seperti ini dapat mengurangkan kesan saingan rumpai ke atas pokok getah. Terdapat dua bidang di mana kawalan rumpai yang diperlukan iaitu rumpai yang tumbuh di kawasan antara barisan dan rumpai yang hidup sepanjang baris tanaman atau teres. Mengikut amalan kawasan antara barisan ditanam dengan kekacang penutup bumi dan mengawal rumpai yang didapati tumbuh dicelah-celah kekacang penutup bumi adalah terhad. Untuk mengurangkannya daripada berlaku, tindakan merawat benih kekacang sebelum ditanam adalah disyorkan. Kawasan yang tidak ditanam dengan kekacang penutup bumi sudah pasti akan dipenuhi oleh rumpai yang memerlukan pengawalan minimum. Rumpai seperti ini perlu dikawal dengan menebas supaya ianya tidak mencapai ketinggian 60 cm. Kerja membersihkan rumpai di antara barisan secara menyeluruh tidak digalakkan, terutamanya di lerenglereng bukit, kecuali bagi rumpai keras seperti Imperata cylindrica. Rumpai yang tumbuh di baris tanaman selebar dua meter atau teres memerlukan kawalan maksimum. Ini boleh dilakukan secara manual dengan cangkul atau semburan racun rumpai kimia. Pada masa kini, kerja manual dengan mencangkul didapati agak mahal dan lambat diusahakan. Tambahan pula jika pertumbuhan semula rumpai adalah sungguh cepat oleh kerana tunggul-tunggul rumpai yang tinggal di dalam tanah boleh mengeluarkan pucuk-pucuk baru dalam beberapa hari sahaja. Kaedah ini boleh juga merosakkan akar pokok getah dan dengan itu, ianya tidak disyorkan. Tempoh kesan kawalan dengan menggunakan semburan racun rumpai adalah panjang, dan terdapat beberapa kes di mana ianya mencapai sehingga tiga bulan atau lebih. Akar pokok tidak terjejas dan kosnya adalah lebih murah.


Bagi tujuan kawalan rumpai di peringkat awal pertumbuhan pokok getah, kawalan rumpai boleh dikatakan kerap, tetapi ketika pokok bertambah tua, kekerapannya akan juga berkurangan. Ini disebabkan oleh kesan naungan pokok getah ke atas pertumbuhan rumpai (Jadual 1 diatas). Bagi tujuan tersebut kekerapan libatkan beberapa faktor boleh mempengaruhi kekerapan merumpai iaitu melihat kepada (a) Umur pokok getah dewasa (b) Kekerapan dan hujan lebat. (c) Kaedah kawalan rumpai yang diamalkan. (d) Jenis dan ketebalan rumpai. (e) Jenis dan kadar racun rumpai yang digunakan. Kaedah penyemburan racun rumpai hendaklah dilakukan mengikut sistem supaya kesan semburan dapat menghapus rumpai sepenuhnya dan pada masa yang sama mengelakkan pembaziran campuran racun rumpai.  Bagi semburan menyeluruh, kawasannya perlu dibahagikan mengikut blok. Lebarnya adalah sekali ganda lebar saiz semburan nozel, dan biasanya adalah empat meter. Apabila menyembur rumpai di alur tanaman atau di teres, penyembur hendaklah berjalan sepanjang alur dan melepaskan semburan pada masa yang sama. Sebuah pam galas dengan muatan 18 liter yang dilengkapi dengan nozel jet kipas untuk semburan menyeluruh dan jet pembias untuk semburan alur tanaman boleh digunakan. Campuran racun boleh dibancuh dengan banyak dalam drum 200 liter atau kuantiti kecil sebanyak 18 liter dengan menggunakan tin minyak tanah yang mempunyai muatan 20-liter. Ketika membuat campuran racun rumpai, air yang telah disukat hendaklah disediakan terlebih dahulu.  Mengawal rumpai dengan kimia bukan sahaja mahal tetapi turut berbahaya kepada kesihatan dan mengakibatkan pencemaran alam. 

Penggunaan racun rumpai (weedicide) perlu diminimumkan seperti. Jika sekiranya lebih daripada satu bahan kimia digunakan sebaiknya ianya perlu dilarutkan satu persatu untuk mengelak terjadinya pemendakkan. Campuran hendaklah selalu dikacau dan kemudiannya ditapis ketika dipindahkan ke dalam pam sandang. Untuk mendapatkan keputusan yang baik dimana penyemburan sepatutnya dilakukan pada awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan peruapan campuran kimia semburan. Kesan semburan ke atas rumpai adalah selama dua hingga tiga bulan mengikut keadaan naungan. Walau bagaimana pun aktiviti penyemburan semula hanya dilakukan apabila kadar pertumbuhan rumpai mencapai 60 peratus. Apabila terdapat hanya sejenis rumpai yang tumbuh di ladang, gunakan jenis racun rumpai yang berkesan untuknya dan elak menggunakan campuran racun rumpai biasa. Jika gunakan alatan semburan seperti alat penyembur galas perlu diperiksa dahulu (Sila lihat foto disebelah). Alat penyembur jenis galas selalunya diperbuat daripada tembaga, keluli atau plastik. Jenis nozel juga ada berbagai jenis nozel iaitu jenis kipas, kon dan pembias dengan berbagai saiz. Nozel jenis kipas atau pembias sesuai untuk meracun di lorong pokok getah dan nozel jenis kon untuk tujuan semburan rumpai berkelompok atau setempat. Alat Penyembur Racun dan Jenis Nozel perlu diketahui kerana kadang kala, kekerapan menggunakan sesuatu jenis racun rumpai untuk jenis rumpai tertentu mungkin menyebabkan pengumpulan sesuatu spesis yang rentan kepada racun tersebut. Pemerhatian ke atas perkara ini perlu diteliti untuk mengelakkan pembaziran. Lazimnya antara faktor-Faktor yang mempengaruhi akan keberkesanan penyemburan bergantung kepada alat penyembur dan nozel yang bersesuaian dan dalam keadaan baik serta kadar tekanan pam yang sesuai. Kepantasan seseorang berjalan dan kadar kerataan penyemburan racun rumpai serta kadar isipadu air yang diperlukan adalah kira-kira 450 liter sehektar keseluruhannya jika menggunakan nozel 5/64 inci. Beberapa langkah keselamatan bagi mereka gunakan racun rumpai dengan menyimpan racun di tempat berkunci dan jauh daripada bahan makanan dan kanak -kanak. Sebaiknya membaca label dengan teliti sebelum mengguna- kan racun dan juga menggunakan pakaian dan peralatan pelindung apabila menyedia dan menyembur racun. Pastikan alat penyembur berkeadaan baik. Jangan menyembur racun bertentangan dengan angin dan juga jika nozel tersumbat, basuh dengan air dan gunakan anak mancis atau ranting kecil 14 yang ditajamkan dan jangan ditiup atau menggunakan dawai. Pastikan jangan merokok, makan atau minum semasa meracun dan apabila racun terkena kulit, basuh segera dengan air bersih. Jika racun terkena pakaian, tanggalkan pakaian berkenaan dan cuci bahagian badan yang terkena racun serta cuci pakaian tersebut dengan segera hingga bersih.  Jika racun terkena mata, cuci segera dengan air bersih sekurang-kurangnya lima belas minit. Pastikan bekas racun yang tidak dipakai lagi hendaklah dibasuh tiga kali dan dirosakkan sebelum ditanam di tempat yang sesuai. Sila berjumpa doktor jika berasa tidak sihat. Semuga artikel diatas memberi info berguna kepa pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KEBUN GETAH... TUMBUH RUMPUTNYA...
PERLU DIKAWAL... MERACUN CARANYA...
IKUTI PERATURAN... KESELMTAN JUGA...
MENULIS ARTIKEL... MENDAPAT PAHALA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
( 1 Muharram 1440H).

Wednesday, September 19, 2018

TANAH GAMBUT DAN TANAMAN KELAPA SAWIT

TANAH GAMBUT (Peat Soil) merupakan sejenis tanah berasaskan bahan organik yang termendap dan selalunya berwarna coklat tua (Sila lihat foto diatas). Tanah gambut juga dikategorikan sebagai tanah marginal atau tanah yang bermasalah sama dengan tanah bermasaalah lain seperti Tanah Asid Sulfat, Tanah Bris dan sebagainya. Dianggarkan terdapat 2.43 juta hektar kawasan gambut dinegara kita dimana sebanyak 8% daripada jumlah keseluruhan keluasan tanah di Malaysia. Negeri Sarawak merupakan negeri yang mempunyai tanah gambut terluas iaitu 1.59 juta hektar. Tanah gambut biasanya terdapat di kawasan lembah atau paya yang terendam dan terletak di antara dataran tanah pantai dengan kawasan tanah bukit dan juga di antara bukit. Kebanyakan tanah gambut memang mempunyai permukaan yang rata dan landai. Pemetaan dan pengelasan tanah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak berbeza daripada segi metodologi, definisi dan klasifikasi. Nama siri tanah  gambut di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah yang dibuat oleh Jabatan Pertanian berbeza-beza mengikut kaedah klasifikasi tanah yang diterima diperingkat antarabangsa. Tanah gambut yang lembut, berair, mudah terbakar dan tinggi kandungan bahan organik sering menjadikan tanah ini sukar untuk diuruskan. Keadaan ini menyukarkan proses perpindahan agro-teknologi berkaitan tanah gambut di antara ketiga-tiga kawasan tersebut. Menyedari masalah ini maka ada beberapa pihak termasuk Jabatan Pertanian, MPOB, LPNM, FELDA, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri-negeri dan juga pihak swasta perlu membuat analisa tanah gambut sebelum sebarang aktiviti pertanian ini dilakukan dengan lebih sistematik. Sebagai contoh juga pihak MPOB  dengan kerjasama pakar siasatan tanah daripada agensi kerajaan  oleh terutama Jabatan Pertanian dan syarikat swasta telah membangunkan sistem pengelasan seragam untuk tanah gambut yang boleh diguna pakai dalam kerja pengelasan tanah gambut di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Mereka akan menggunakan sistem ini bagi mengkelaskan tanah gambut seterusnya memberikan syor untuk tanah tersebut sesuai dijadikan tanah pertanian untuk penghasilan bahan makanan. Artikel malam ini dari Hotel Marriot Putrajaya saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pengkelasan tanah gambut untuk bahan bacaan dan rujukkan.

Tanah gambut terbentuk daripada pereputan bahan organik seperti daun, ranting dan kayu yang berlaku secara perlahan. Kandungan bahan organik dalam tanah gambut biasanya melebihi 65% daripada jumlah berat tanah dengan ketebalan lapisan organik melebihi 50 cm. Kedalaman tanah gambut berbeza mengikut kawasan dan kebiasaannya, tanah gambut berhampiran dengan pinggir bukit lebih cetek berbanding di bahagian tengah kawasan. Tanah gambut biasanya terbentuk di bahagian atas permukaan dasar lempung atau tanah pasir. Terdapat lima jenis bahan organik tanah yang biasanya membentuk tanah gambut bergantung kepada asal-usul dan kadar pereputan bahan organik, selain daripada bahan kayu (diameter lebih 2 cm) iaitu: i) Lumut - biasanya ditemui di kawasan tanah tinggi di kawasan tropika. ii) Fiber atau gentian - kepingan tisu tumbuhan dalam bahan organik tanah (tidak termasuk akar hidup). iii) Bahan fibrik. iv) Bahan hemik. v) Bahan saprik. Berdasarkan kepada tahap kedalaman tanah gambut maka ia telah dikelaskan daripada tiga kepada empat kumpulan baru iaitu jenis  (i) Gambut cetek 50 - 100 cm, (ii) Gambut sederhana dalam 100 - 150 cm (iii) Gambut dalam 150 - 300 cm dan juga (iv) Gambut sangat dalam > 300 cm. Gambar diatas sekali juga menunjukkan kawasan tanah gambut yang sedang disediakan untuk ditanam dengan sawit. Pengkelasan tanah gambut untuk siri Penor. Secara kimianya, tanah gambut bersifat masam (pH>3.5). Terdapat juga tanah gambut yang mengandungi lapisan sulfurik di bawah permukaan tanah. Secara semula jadi, tanah gambut mempunyai status kandungan nutrien makro (N, P, K dan Mg) dan mikro (Cu, Zn, dan B) yang rendah. Dari segi fizikal pula, kebiasaannya paras air di kawasan tanah gambut adalah tinggi. Ini boleh mengehadkan proses pereputan bahan organik kerana kurang pengudaraan dan boleh memberi kesan buruk terhadap pertumbuhan pokok.

Kepadatan tanah gambut rendah kerana sifat keronggaannya yang tinggi. Keadaan ini boleh menyebabkan pokok condong dan seterusnya tumbang kerana akar tidak dapat memegang tanah dengan kuat. Batang kayu yang biasanya terdapat di kawasan tanah gambut sama ada di permukaan atau terbenam akan menimbulkan masalah dalam kerja pembangunan dan pengurusan tanah gambut. Dengan adanya sistem pengelasan tanah gambut yang seragam di Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan dapat memudahkan dan meningkatkan keberkesanan kerja dalam siasatan tanah gambut, proses pemindahan agro-teknologi, pengurusan dan pemuliharaan tanah gambut di ketiga-tiga wilayah tersebut. Tanah gambut dikategorikan sebagai tanah yang bermasalah (marginal soil) yang selalunya ditemui di sepanjang kawasan pedalaman yang rendah dekat dengan kawasan pantai dan mengandungi saliran yang tidak baik. Antara limitasi yang menjejaskan kejayaan penanaman sawit adalah kepadatan pukal tanah rendah, keronggaan tanah berlebihan dan juga kepada susutan atau kecutan tanah yang selalunya tinggi pada peringkat awal pembangunan atau pembersihan kawasan penanaman menyebabkan pokok sawit tumbang mengakibatkan banyak bahagian akar terbongkas dan terdedah ke udara serta menjadi rosak. Tanah gambut biasanya mempunyai paras air yang tinggi (selalu dalam keadaan tenggelam), pH rendah (Lebih dari 3.5), kadar C/N tinggi serta rendah tahap kesuburan terutama nutrien K dan P dan nutrien mikro dan pengikatan unsur atau zat pemakanan dalam baja oleh asid organan dalam gambut seperti asid karboksilik, phenolik dan asid amino lain dan juga keupayaan penampanan tanah tinggi.

Bagi kawasan tanah gambut yang hendak dijalankan penanaman semula maka boleh dilaksanakan menggunakan berbagai teknik. Teknik-teknik tersebut adalah seperti berikut dengan cara (a) Teknik pembakaran Yang Sempurna dimana pokok sawit tua perlu ditumbangkan beserta akar dan pangkal batang dikorek, dikumpul dan dibakar (b) Teknik pembakaran separa dimana pokok sawit tua yang mati diracun, ditebang dan disusun di lorong tanaman untuk pembakaran, bahagian yang tidak terbakar dijadikan bahan sungkupan benih sawit yang ditanam. (c) Teknik pembakaran sifar iaitu cara mesra alam dan telah berjaya dilaksanakan dari segi teknikal dan ekonomi. (d)  Teknik tanam bawahan - anak sawit ditanam antara barisan pokok lama diikuti dengan penjarangan pokok lama dalam jangka masa 12- 24 bulan selepas anak benih ditanam. Walaupun banyak teknik boleh digunakan dalam penanaman semula sawit di tanah gambut, faktor-faktor berikut perlu diambil kira dalam pemilihan tersebut iaitu dengan cara tumbesaran pokok sawit di kawasan dimana pembakaran sifar adalah sama atau lebih baik daripada di kawasan pembersihan sempurna. Dilaporkan bahawa di kawasan pembakaran sifar, pengeluaran BTS adalah lebih tinggi walaupun tidak signifikan berbanding di kawasan pembersihan sempurna. Status nutrien daun dalam kawasan pembakaran sifar lebih baik (terutamanya P dan K) daripada kawasan pembersihan sempurna. Kedua dengan cara  pembakaran boleh mengakibatkan berlakunya kebakaran tanah gambut yang tidak terkawal. Pembakaran biojisim pokok sawit juga mengakibatkan kehilangan yang tinggi terhadap bahan organik, nitrogen dan sulfur yang sepatutnya boleh ditambahkan ke tanah selain kehilangan bahan sungkupan dan humus kepada tanah. Ketiga dengan cara pengurusan biojisim pokok sawit secara pembakaran adalah tidak dibenarkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan Akta Alam Sekitar iaitu kawalan Udara Bersih Tahun 1978. Keempat iaitu teknik tanam bawahan meningkatkan serangan kumbang badak dan penyakit Ganoderma (penyakit RPB) serta prestasi hasil rendah terutama apabila penjarangan dan kaedah pemusnahan pokok tua tidak dijalankan dengan sempurna seperti disyorkan. Kelima dimana dikawasan populasi kumbang badak amat tinggi, pembersihan sempurna dan pembakaran separa adalah lebih diutamakan dan yang Ke Enam bagi mengawal dan mencegah penyakit RPB dari menyerang pokok sawit, kaedah sanitasi inovatif adalah disyorkan kerana ia berkesan dalam mengurangkan serangan penyakit Reput Perdu Batang (RPB). 

Penulis blog juga merujuk kepada laporan kajian MPOB pada tahun 2001 lagi dimana mereka telah memperkenalkan teknik pengurusan biojisim inovatif semasa penanaman semula sawit. Dalam teknik ini langkah-langkah berikut perlu dipraktikkan iaitu pokok tua ditumbang dan dicincang dengan menggunakan jentolak 120 HP yang dipasang dengan chipping bucket. Kemudian batang dan pelepah diracik 5-10 sm tebal dan pada sudut 45- 60 darjah supaya ianya reput dengan cepat manakala pangkal batang sawit tua perlu dikorek dan lubangnya dikambus semula. Semua biojisim pokok sawit dilonggokkan di sepanjang lorong antara barisan pokok tidak melebihi 2 meter tinggi dan tepi longgokan sekurang-kurangnya 1 meter dari lubang tanaman dengan had longgokan sepanjang 30 meter. Adalah disyorkan semua biojisim yang telah diracik diselerakkan rata 3 - 4 m lebar di barisan tanaman. Teknik ini didapati dapat mempertingkatkan pertumbuhan pokok, mengurangkan keperluan pembajaan sehingga 50% bagi tempoh lima tahun pertama, sebagai bahan sungkupan yang dapat memulihara kelembapan tanah serta mengurangkan masalah rumpai di samping mengurangkan kos penanaman semula. Dalam ladang gambut sistem parit ladang yang cekap dan berkesan membolehkan paras air ladang dikawal pada paras 70 - 90 sm dari permukaan tanah bagi berikan pertumbuhan dan penghasilan pokok yang maksima di samping mengurangkan masalah susutan Sistem saliran juga berfungsi mengawal paras air supaya tidak terlalu tinggi bagi mengelakkan keadaan air bertakung di ladang. Air bertakung tidak sesuai untuk perkembangan pokok sawit, menjejaskan penghasilannya serta menyulitkan urusan ladang. Pembinaan pintu air adalah penting dan bilangannya adalah satu unit bagi setiap 40-50 hektar dan dibina secara kekal menggunakan konkrit atau bahan lain yang dapat berfungsi mengawal air di ladang mengikut paras yang ditentukan. Semasa penanaman semula, parit ladang lama yang diperlukan hendaklah digali semula manakala yang tidak diperlukan dikambus.

Ladang sawit ditanah gambut perlukan sistem jalanladang yang baik untuk pengurusan tanaman. Sistem jalan ladang perlu dirancang dan dibina mengikut justifikasi dan spesifikasi yang betul bagi mengelakkan kesulitan operasi ladang dan peningkatan kos penyelenggaraan ladang. Rangkaian jalan ladang dibina selari dengan rangkaian sistem parit dengan jarak kedudukan antara jalan dan parit ialah 2 hingga 4 meter. Rekabentuk bagi JALAN UTAMA mestilah selari dengan parit utama dengan ukuran lebarnya 4.5 - 5.5 meter dan intensiti ialah 10-15 meter/ hektar. Sementara itu JALAN LADANG adalah selari dengan parit pengumpul dan ukuran lebarnya 3.5 - 4.0 meter dan intensiti ialah 45-50 meter/ hektar. Kepadatan Tanaman atau jarak tanaman sawit bergantung kepada tahap kedalaman lapisan gambut. Kepadatan tanaman yang tinggi iaitu sehinggga 200 pokok/hektar adalah disyorkan bagi kawasan yang berisiko tanggi serangan penyakit Reput Pangkal Batang (RPB). Teknik Penanaman berbeza dimana bagi gambut cetek dan sederhana yang dipadatkan - teknik penanaman lubang dalam lubang dengan saiz 1.0 x 1.0 x 0.3 meter bagi lubang besar dan 03 x 0.3 x 0.3 meter bagi lubang kecil. Bagi tanah gambut dalam dan sederhana yang tidak dimampatkan iaitu teknik penanaman lubang biasa. Satu lagi adalah teknik penanaman lubang condong sehala adalah disyorkan di tanah gambut dalam. Kaedah ini dapat mengurangkan kehilangan hasil BTS kesan kejadian pokok condong atau tumbang selain tidak menjejas lorong laluan dalam ladang. Penyediaan Lorong Tuai perlu disediakan dimana jika paras air tanah dan kepadatan pukal tanah rendah menyukarkan pelaksanaan sistem mekanisasi operasi ladang. Penyediaan lorong tuai dengan menambak bahagian tengah lorong tuai menggunakan tanah gambut membolehkan sistem mekanisasi ladang dijalankan termasuk semasa kerja menanam. 

Kemudian kawasan tanaman ini memerlukan tanaman Kacang Penutup Bumi. Hasil dari kajian MPOB mendapati tanaman kacang penutup bumi Mucuna bracteata adalah sangat sesuai ditanam di tanah gambut berbanding tanaman penutup bumi yang lain. Keistimewaan kekacang jenis ini ialah ianya ada tahan lindungan, kemarau, penyakit dan perosak di samping kadar pertumbuhan cepat. Sebagai penutup penulis blog dapati penanaman sawit di kawasan tanah gambut memang akan terus berkembang melibatkan pihak swasta dan juga pekebun-pekebun kecil kerana telah mendapat pulangan yang memuaskan. Program penyelidikan (R n D) untuk membaiki sifat-sifat tanah gambut terus dijalankan agar hasil BTS dapat ditingkatkan setanding dengan penghasilan di tanah mineral. Pengurusan air ladang yang cekap dan effisen, amalan menanam dan agronomi yang betul dan penyediaan pemakanan kepada sawit dengan kadar yang mencukupi dan seimbang adalah merupakan kriteria utama menentukan kesesuaian sesuatu kawasan tanah gambut untuk dimajukan dengan penanaman sawit dan harus diberi perhatian. Semoga garis panduan ini dapat membantu pegawai pelaksana di lapangan dalam mengurus didalam penanaman sawit di tanah gambut oleh pekebun kecil agar mendapat pulangan yang optimum walaupun memang wujud kekangan-kekangan seperti keperluan mekanisasi operasi ladang, pokok condong dan tumbang, perosak dan penyakit tanaman terus merupakan cabaran yang perlu ditangani dengan bijak. semuga artikel dalam anim agro technology ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
TANAH GAMBUT... LUAS DI MALAYSIA...
PERLU DIBANGUNKAN...TINGGI KOSNYA...
NANAS DAN SAWIT... PALING SESUAI DIA...
BACA ARTIKEL... ILMU DIKONGSI SAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 547, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(9 Muharram 1440H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...