mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, December 1, 2018

PINACOLAMA DAN SKINNY PINACOLAMA

APAKAH DIA PINACOLAMA dan juga produk SKINNY PINACOLAMA?... Mungkin ramai dikalangan pembaca tidak pernah mendengar perkataan ini sebaliknya mungkin pernah mendengar Pina Colada. Kalau ada yang rajun keluar negara terutama ke Amerika Latin mungkin anda akan dihidangkan dengan minuman Pina Colada yang juga merupakan satu jenis minuman kebanggaan negara Puerto Rico. Negara tersebut dengan ibu negara sebagai San Juan yang juga sebuah pulau di timur Cuba mempunyai iklim yang memang menyamai Malaysia dimana ada banyak tanaman nanas dan kelapa bagi negara berkeluasan 13,790 kimometer persegi dengan jumlah penduduknya seramai 3.475 juta orang. Negara ini telah dijajah oleh Sepanyol dalam jangkamasa lama sebelum ianya ditawan oleh Amerika dan berbagai penjajah lain. Penduduk di Puerto Rica bertutur dalam bahasa Sepanyol dan Inggeris dimana mereka beragama Roman Katolik. Negara ini dikelaskan sebagai negara "High Income Economy" oleh World Bank dengan nilai Gross National Income (GNI) sebanyak USD 13,830. Walau pun bangsa asal dikenali dengan nama Tainos tetapi ini negara ini telah didominasi oleh orang kulit putih (lebih 76%). Apa pun minuman utama rakyat disini adalah seperti PINA COLADA (Beverages include maví and piña colada. Desserts include flan, arroz con dulce (sweet rice pudding), piraguas, brazo gitanos, tembleque, polvorones, and dulce de leche.) Minuman PinaColada ini adalah berasaskan Jus Nanas, Air atau Santan Kelapa dan Alkohol (White Rum) yang memang sedia ada dihasilkan dinegara tersebut. Penulis blog yang ambil idea daripada Pina Colada telah berusaha mengubah suai minuman berkhasiat ini untuk rakyat Malaysia iaitu sejenis produk di namakan PINACOLAMA. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai minuman PinacolaMa sekadar dijadikan bahan bacaan anda semua.


Negara Puerto Rico merupakan negara yang sama iklim dengan kita di Malaysia dimana beriklim tropika. Minuman yang diformulasi diantara campuran jus nanas dari buah nanas (Ananas comosus) dan buah kelapa (Cocos nucifera) ini telah dijadikan minuman tradidional dinegara tersebut sejak berpuloh tahun dahulu tetapi mereka mencampurkan alkohol untuk menstabilkannya dan memberikan rasa citarasa mereka. Selain itu minuman seperti ini juga ada di sediakan seperti di Brazil dan negara jirannya yang lain. Kini di Malaysia kita mempunyai tanaman nanas seluas 13,445 hektar dengan pengeluaran sehingga 483,500 metrik tan untuk pasaran domestik dan eksport. Kini nanas varieti MD2 atau dikalangan orang kampong digelar "nanas madu" telah mengubah senario industri nanas negara daripada nanas kaleng kepada industri nanas segar. Nanas MD2 ini memang amat manis dan tidak lidas selain daripada ia menerima permintaan semakin tinggi terutama dikalangan pengguna. Selain dijadikan nanas makan segar, nanas MD2 ini juga sesuai dijadikan jus nanas, nanas panggang, aiskrim nanas, inti karipap, inti kuih tart nanas, chip nanas, benang serat nanas, produk kosmetik, produk kesihatan dan banyak lagi kegunaan lain. Usaha pihak LPNM dengan beberapa pusat pengajian tingga IPTA dan pihak swasta didalam membangunkan produk berasaskan nanas berterusan dilaksanakan. Antara beberapa IPTA yang terlibat dengan LPNM didalam membangunkan produk makanan dan bukanan berasaskan nanas seperti Universiti Teknologi Malaysia (Johor), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universisti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Politeknik Sultan Ibrahin (Johor Bahru) dan banyak lagi pihak swasta. Bagaimana pun minuman Pinacolama adalah hasil modifikasi daripada minuman Pinacolada yang dibuat oleh LPNM melalui makmal Bioteknologi LPNM yang terletak di Johor Bahru.


Minuman PINACOLADA adalah dihasilkan melalui campuran diantara jus nanas MD2 dengan Santan Kelapa dan bahan penstabil iaitu air soda. Bahan asas digunakan daripada nanas varieti MD2 yang segar dari ladang dan diproses untuk mendapatkan jus nanas yang asli. Ia perlu dikumpulkan dan disimpan dalam suhu sejk untuk penyimpanan. Bahan santan kelapa sebaiknya di ambil daripada buah kelapa matag yang diproses dan santan segar ini juga dikumpul dan disimpan ditempay sejuk. Proses mencampur keduanya dan bahan penstabil air soda dan memasak perlu berhati-hati dengan suhu rndah terkawal dan proses mengacau yang sistematik. Ini kerana jika suhu agak tinggi maka percampuran antara keduanya akan tidak menjadi dan berlaku ketulan terpisah antara jus nanas dan santan kelapa. Setelah diproses dan menjadi sebati maka proses untuk kerja pembotolan Pinacolama dilakukan menggunakan mesin yang sesuai. Sebotol kecil Pinacolama sebanyak 200 ml dan boleh dijadikan botol lebih besar mengikut kehendak pasaran (Sila lihat foto disebelah). Apabila siat maka ia sesuai ditutup dan disimpan ditempat sejuk. Ramai dikalangan mereka yang membuat ujirasa Pinacolama ini semasa festival MAHA 2018 mendakwa ianya agak manis semasa dimunim terus. Penulis blog jelaskan sebaiknya minuman ini dituang didalam gelas yang ada ketulan ais didalamnya untuk mendapatkan citarasa pinacolama sebenar dengan tahap kemanisan terbaik. Mereka yang diberi ujirasa termasuk golongan VVIP, TYT, Menteri, Ahli Politik, CEO Koporat, keluarga Diraja, Pegawai Kerajaan, Esekutif swasta, orang kampong, murid sekolah dan ramai lagi yang diberikan borang penilaian. 


Minuman SKINNY PINACOLAMA pula merupakan gabungan minuman berkhasiat dibuat daripada jus nanas dengan air kelapa (Kelapa Matag). Minuman ini lebih disukai oleh mereka yang tidak suka rasa santan dan bau dari lemak santa kelapa. Bila dilihat denga mata kasar botol Skinny Pinacolama ia menarik dimana akan kelihatan ada potongan atau cebisan isi kelapa berwarna putih didalamnya (Sila lihat foto disebelah). Dilalangan pengunjung MAHA mereka kata minuman ini amat menyegarkan dengan rasa jus nanas yang manis dan air kelapa yang segar serta soda. Warna kuning keemasan jus nanas dapat meningkatkan selera untuk meminumnya apa lagi jika ia diminum semasa sejuk ataupun dimasukkan didalam cawan yang ada ais didalamnya. Harga seboltol minuman ini semasa MAHA adalah RM6.00 sebotol atau RM10.00 bagi pek dua botol. Pada penulis blog pula memang menyukai minuman ini keduanya kerana ia dapat memberikan khasiat terbaik daripada buah nanas dan kelapa. Minuman Pinacolama ini sepatutnya di promosikan di Malaysia sebagai minuman sihat dimana secara tidak langsung akan memertabatkan industri nanas dan kelapa negara yang kini dikelaskan sebagai komoditi untuk Sumber Kekayaan Baru Negara dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato Salahuddin Ayub dan Timbalan Menteri Pertanian YB Sim serta Ketua Pengarah LPNM Dato' Mohd Anim yang turut hadir didalam majlis pelancaran minuman berkhasiat PINACOLAMA ini semasa MAHA 2018 berharap rakyat Malaysia akan mendapatkan minuman berkhasiat ini dimasa akan datang sebagai minuman yang dibanggakan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pineapple Information Centre (PIC),
MAEPS, Serdang,
Selangor,
Malaysia.
(22 RabiulAwal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...