Support My Blog

Friday, December 21, 2018

BURUNG BANGAU DI MALAYSIA

BURUNG BANGAU (Bulbucus spp) merupakan sejenis burung daripada keluarga Ardeidae yang sering dijumpai dikawasan sawah dan kawasan hutan simpan tepi laut. Biasanya kita kenal burung bangau dikenali dengan bulunya yang berwarna putih. Panjangnya dari hujung paruh ke hujung ekor lebih kurang 51 cm (20 inci) dimana ia juga mempunyai struktur paruhnya yang panjang itu berwarna kuning manakala kakiknya berwarna kehitam-hitaman. Apa yang penulis blog nampak mengenai burung bangau adalah ia akan dilihat hisup berkumpulan atau berkelompok dikawasan sawah atau dimana ada sumber makanan banyak untuk burung ini. Dala kes lain ada jenis burung bangau yang suka berghijrah dengan terbang mengikut musim. Bangau adalah burung penghijrah yang berasal dari hemisfera utara ketika negara-negara Asia di sana mengalami musim sejuk. Burung ini lazimnya akan berhijrah ke Semenanjung Malaysia daripada September hingga April setiap tahun. Ketika inilah burung ini kelihatan berbulu putih melepak akan dilihat terbang berkumpulan dan berkumpul diatas pokok atau tanah. Bagaimanapun dikaji dimana ada sekali-sekala burung ini tinggal terus di negara ini hingga musim panas untuk membiak. Ketika ini akan berlaku keadaan dimana warna bulunya berubah menjadi jingga di kepala dan dada. Kini hanya terdapat satu rekod pembiakannya di negara ini iaitu di utara Kelantan. Burung bangau gemar bertenggek di atas lembu atau kerbau atau berada tidak jauh dari mamalia ini untuk mencari makanan seperti kutu atau tempiras yang berada pada badan kerbau dan lembu serta belalang dan serangga lain yang bertempiaran lari apabila kerbau dan lembu meredah rumput-rumpai di sawah. Dari tabiat inilah lahirnya burung bangau juga yang gemar mencari ikan di kawasan berair cetek seperti lopak dan kubang di sawah padi didapati. Burung bangau mendapat tempat yang baik dalam masyarakat Melayu daripada ia dinyanyikan semenjak kanak-kanak lagi dengan lagu tradidional "bangau oh bangau " sehingga kepada peribahasa "Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau" jua. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis burung bangau yang terdapat di Malaysia untuk bahan rujukkan anda.


Malaysia adalah sebuah negara tropika yang mempunyai pelbagai biodiversiti dan fauna sehinga beribu-ribu spesis burung untuk menghuninya. Terdapat juga kategori burung bangau yang terdapat di Malaysia untuk dibincangkan. Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya “mega diversity” daripada segi bilangan dan kepelbagaian alam faunanya. Di antaranya spesis burung-burung penghijrah seperti ‘Burung Bangau’. Kini burung bangau ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, vertebrata atau kelas Aves. Ia tergolong dalam keluarga Ardeidae dimana burung bangau ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang dilitupi bulu pelepah dan mempunyai paruh tanpa gigi. Jantung burung bangau terdiri daripada 4 kamar (ruang) seperti manusia dimana ruang atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikle. Sebagai burung biasanya bangau membiak dengan cara bertelur dan telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras. Burung bangau di antara burung-burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia atau dikenali dengan nama Protection of Wild Life Act 1972, Wildlife Conservation Enactment 1997. Burung ini juga jarang diburu untuk dibunuh atau dimakan manusia. Penulis blog akan paparkan beberapa jenis burung bangau yang terdapat di Malaysia dengan merujuk beberapa artikel lain.

(1) BANGAU KERBAU
Bangau kerbau atau dikelaskan sebagai Itermediate egret mempunyai nama saintifik sebagai Engretta intermedia. Ia adalah spesis burung bangau yang mudah dijumpai disawah dan bertenggek diatas kerbau. Dimana ada kerbau banyak maka disitu ia ditemui di kawasan sawah padi atau kawasan rumput berpaya yang mana terdapat lembu atau kerbau di situ. Seperti spesis bangau kendi bangau kerbau ini akan memakan dan membuang kutu dan lalat daripada lembu atau kerbau tersebut. Bangau ini akan terbang apabila ada gangguan tetapi bertenggek dengan aman diatas belakang kerbanu. Barangkjali kerbau pun suka burung diatas badannya kerana ia makan kutu dan mungkin hilangkan masaalah gatal.

(2) BANGAU KENDI
Bangau kendi (Bubulcus ibis) adalah salah satu daripada burung bangau yang boleh didapati di Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Ia memiliki taburan di bandar dalam keluarga burung Ardeidae dimana ia biasanya terdapat di kawasan tropika dan subtropika dan zon serdahana panas. Ia satu-satunya ahli monotaip dalam genus Bubulcus walau pun ada sesetengah pihak yang menganggapnya sebagai spesies penuh. Ada dua spesis iaitu Burung Bangau Kendi Barat dan Burung Bangau Kendi Timur. Bangau kendi tidak banyak pemangsa tetapi burung lain atau mamalia lain akan mungkin menyerang sarangnya dimana akhirnya anak burung mungkin akan mati akibat kebuluran, kekurangan kalsium atau gangguan dari burung besar yang lain. Spesies ini membuang kutu dan lalat dari lembu akan tetapi ia merupakan burung ancaman serius jika berada di lapangan terbang dimana juga telah dikaitkan dengan penyebaran penyakit haiwan bawaan kutu.

(3) BANGAU BESAR
Bangau besar (Egretta alba) juga dikenali dengan gelaran "Great egret" biasanya hidup bersendirian atau dalam kumpulan kecil di sawah atau di paya dan hutan bakau kerana makanan mudah dicari di sana di samping mudah membuat sarang untuk bertelur. Burung bangau besar lebih lumrah dijumpai di Semenanjung Malaysia daripada di Sabah dan Sarawak. Di Semenanjung Malaysia apa yang penulis blog dapat tahu dimana burung bangau besar terdapat dengan banyaknya di pantai negeri Perak dan Selangor terutamanya Pulau Ketam kerana terdapat hutan dan paya bakau yang luas di sana. Justeru itu burung ini sering juga kelihatan bertenggek di celah semak bakau sambil berehat atau membersihkan bulunya. Burung bangau besar selalu memburu ikan kecil, ketam dan haiwan air yang kecil yang dijumpaïnya di dalam lumpur paya bakau atau sawah. Meskipun burung bangau besar tidak selumrah burung bangau biasa akan tetapi ia tetap membiak di negara ini iaitu pada bulan Ogos atau September setiap tahun. Tempat pembiakan burung bangau besar yang telah pun terkenal di Semenanjung Malaysia ialah di pantai paya bakau di Selangor dan Perak. Sarangnya dibina secara longgar daripada ranting mati di atas pokok bakau setinggi 1.5 m hingga 6 m dari permukaan air. Sarangnya lebih kecil daripada sarang burung pucung dan tidak dilapisi daun seperti sarang burung pucung yang dilapisi daun bakau segar. Telurnya tiga biji, berwarna biru tua seperti telur burung pucung seriap (Ardea cinerea) tetapi lebih kecil iaitu 5.3 cm x 4 cm (Madoc, 1976). Burung bangau besar sering menjadi buruan lensa kamera peminat burung di Malaysia.

(4) BANGAU BATU
Bangau batu (Egretta sacra) juga merupakan sejenis bangau yang ada di negara kita dimana walaupun burung bangau batu ini terdapat banyak di Semenanjung Malaysia namun tiada maklumat terperinci mengenai spesis tersebut buat masa kini. Apa pun ia mempunyai warna bulu putih dengan kaki panjang dimana ia biasa bertenggek dikawasan batu ditepi laut atau pantai dan tabiatnya adalah memakan anak ikan, krustacea dan juga hidupan kecil lain dikawasan berbatu tersebut.

(5) BANGAU BAKAU
Bangau bakau (Ardea sumatrana) atau juga dipanggil sebagai "Great-billed Heron" agak berlainan warnanya kerana ia kurus dengan bulu dimana ia berwarna coklat kehitaman. Burung bangau bakau atau dikenali juga ‘Burung lembu’ adalah salah satu daripada spesis burung air yang terdapat di Malaysia. Setakat apa yang penulis pernah lihat di kuala Sungai Muar ketika menaiki kenderaan 'hoovercraft' dengan DS KSN mendapati burung ini merayau diatas lumpur paya bakau. Apabila kenderaan ini lalu maka ia berterbangan burung ini terkejut dengan bunyi yang kuat dari keenderaan tersebut. Burung ini memakan anak ikan, krustaccea, cacing (umpun-umpun) dan sebagainya dikawasan lumpur paya bakau. 

(6)  BANGAU CINA
Bangau cina (Egretta eulophotes) juga antara spesis bangau yang terdapat di Malaysia. Bangau Cina ini dipercayai jenis bangau yang berhijrah daripada negara Cina ke Malaysia ketika musim sejuk disana. Ia mempunyai warna bulu putih dengan saiz badan yang lebih sederhana. mempunyai rangka badan ringan dan mampu terbang jauh ketika berhijrah secara berkumpulan. Di Malaysia bangau cina ini biasa dijumpai dikawasan pantai ditepi laut untuk mencari makan dengan cara berkumpulan pada musim tertentu.

(7) BANGAU KERIA
Bangau keria (Grus antigone) juga adalah merupakan sejenis bangau yang juga ada terdapat di Malaysia. Walau pun belum ada banyak maklumat mengenai bangau jenis ini tetapi ia agak unik kerana ada warna merah dan coklat dibahagian kepala yang menjadikannya menarik. Kenapa ia dipanggil keria adalah bentuk warna dikepala burung ini seakan kueh keria. Ia sama dengan bangau jenis lain yang mempunyai bullu berwarna putih dan lazimnya memakan anak ikan dan krustacea serta serangga dihabitatnya.

(8) BANGAU PAYA
Bangau Paya (Ardea purpurea) atau juga dikenali dengan nama "Purple Heron" ada dilihat penulis dibeberapa lokasi di Melaka dan Pahang. Burung bangau paya ini juga selalu dikenali juga sebagai ‘Burung Pucung Serandau’ yang banyak ditemui di kawasan paya atau tasik. Makanan utama adalah ikan dan serangga. Ia bersaiz agak kecil dengan warna bulu putih coklat dan perak yang memakan anak ikan dan serangga yang terdapat disekitar tasek atau paya.


Demikianlah 8 jenis burung bangau yang saya dapat kongsi bersama pembaca blog anim agro technology kali ini. Burung bangau merupakan pelengkap kepada ekosistem biodiversity yang ada dipersekitaran kita. Dalam sektor pertanian kehadiran burung ini kurang dilihat dari aspek ekonomi kerana ia adalah haiwan yang dilindungi
. Semuga anda semua mendapat info terbaik membaca artikel ini. Wasallam!!!...
BURUNG BANGAU.... BANYAK JENISNYA...
PELBAGAI HABITAT... ADA DI MALAYSIA...
BANGAU JINAK... KERBAU DITENGGEKNYA...
ARTIKEL DITULIS... INFO DITERIMA ANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria 11, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(13 RabiulAkhir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...