Support My Blog

Saturday, December 22, 2018

SISTEM PAWAH - APA DIA?

SISTEM PAWAH biasa kita dengar disebut semenjak dahulu terutama didalam sektor pertanian. Pawah adalah tradisi Melayu lama yang mana tuanpunya ternakan akan memilih seorang gembala untuk menternak dan kemudian ianya membiakkan ternakan mereka. Ianya merangkumi pelbagai syarat yang berbeza bergantung kepada tempat, keadaan dan faktor setempat. Secara amnya didalam sistem pawahan kambing, anak kambing tuanpunya akan dibahagi sama rata diantara tuanpunya dan gembala. Penternakan kambing mampu memberi pulangan yang lumayan kerana kambing membiak dengan cepat, iaitu pada kadar dua ekor setiap sembilan bulan. Pawah merupakan satu kaedah yang unik dan sah dari segi undang-undang. Terkini sistem pawah dalam bidang pertanian paling popular untuk komoditi seperti Ternakan (Lembu, Kambing, Berbiri dan lain-lain) serta dalam bidang Akuakultur (Ikan Arowana) dan bantuan benih tanaman Nanas MD2 (oleh LPNM). Terdapat beberapa sistem pawah lain yang tidak ditulis tetapi dilaksanakan diperingkat masyarakat tempatan. Bagaimana pun secara tradisi sistem pawah sangat berkait dengan ternakan kambing. Dalam proses tersebut biasanya pembahagian kambing tuanpunya adalah dibuat seminggu selepas anak dilahirkan. Ini adalah kerana dalam tempoh itu, kesihatan anak kambing masih belum stabil lagi. Pembahagian adalah bergantung kepada tuanpunya. Ini bermakna dalam kumpulan kambing yang tuanpunya miliki, gembala akan mendapat anak pertama dan tuanpunya akan mendapat anak kedua. Bagaimana pun memang tidak digalakkan penjualan kambing betina tapi penternak akan tetap menjual kambing jantan sebagai pedaging selepas umur 6 bulan. Seterusnya akan digantikan dengan kambing betina untuk pembiakan. Kaedah pawah ini juga boleh membantu dalam segala aspek pengurusan kambing dimiliki oleh tuannya. Dalam sistem ini anda boleh memilih tatacara pemeliharaan ia itu secara terus menerus atau jualan anak. Jilka pilih cara terus maka penternak akan membiakkan kambing secara terus menerus dan pemilik asal akan menjual anak kambing jantan dan membeli anak kambing betina sebagai ganti.  Dalam pilihan jualan anak iasanya pemilik akan menjual anak kambing anda pada umur 6 bulan, tanpa mengira jantina.  Sistem pawah selalu didengar dalam sektor pertanian tetapi ianya jarang dibincangkan secara ilmiah. Artikel dalam blog ''Anim Agro Technology'' kali ini saya menulis mengenai sistem pawah untuk dikongsi info bersama semua pembaca.

Apabila ada bertanya penulis blog soalan 'Apa itu sistem pawah?' maka kini saya sudah mahir menjawabnya. Ini kerana dikalangan masyarakat Melayu telah wujud sistem pawah yang telah mempunyai sistem memberi upah lazim kepada penjaga kambing, lembu dan kerbau yang disebut 'pawah' diperingkat lapangan. Seandainyasesiapa mempunyai duit untuk membeli baka lembu, maka anda boleh gunakan sistem pawah dengan tukang jaga lembu itu dimana kita tidak perlu membayar gaji bulanan kepada tukang jaga. Cara terbaik adalah dengan mengagih-agihkan anak lembu selepas beranak untuk dipawahkan. Sistem pawah yang diamalkan sampai hari itu sudah digunakan sejak Islam belum datang ke Nusantara. Ia sangat tradisional. Sistem itu belum pernah disesuaikan semula supaya selaras dengan konsep dan prinsip-prinsip perkongsian keuntungan dan kerugian dalam Islam. Sistem pawah diteruskan dengan projek agihan ternakan lembu dan kambing oleh kerajaan didalam mereka melaksanakan projek ternakan. Disesuaikan dengan sistem pawah tradisional, pihak JPV telah pun berpuloh tahun mengadakan sistem pawah ternakan.


Dalam akhbat tempatan bertajuk "Sistem baru ganti skim pawah" yang dipetik daari Kuala Nerang, Kedah dimana pihak Kementerian Pertanian akan menggantikan skim pawah ternakan lembu dengan sistem baru yang boleh memberi lebih pendapatan kepada penternak secara kecil-kecilan. Menteri Pertanian menyatakan melalui sistem itu yang merupakan antara strategi baru kerajaan dalam meningkatkan produk pertanian negara, para penternak kecil dijangka boleh memperoleh pendapatan sehingga RM2,000 sebulan. Jika dulu penternak hanya memelihara dua tiga ekor lembu tetapi dalam sistem yang ini maka mereka akan menternak lebih banyak lembu. Para penternak yang berminat menyertai projek ini akan membela lembu mengikut jumlah yang ekonomik dan komersial. Pojek itu akan bermula pertengahan tahun dengan Kedah menjadi perintis sebelum diperluaskan ke negeri lain. Mereka yang berminat menyertai projek itu boleh berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan keutamaan diberikan kepada mereka yang telah mempunyai ternakan. Kerajaan akan menggandakan jumlah lembu yang diternak misalnya jika seseorang penternak itu mempunyai 10 ekor lembu, dia akan diberi 10 ekor lagi. Bagi mereka yang berpotensi dan benar-benar mahu menjadi penternak komersial, jumlah lembu akan ditambah sehingga 500 ekor. Agensi kerajaan akan memberi sokongan seperti menyediakan baka, pemasaran dan juga aspek teknikal lain termasuk memberikan pinjaman dengan kadar faedah rendah. Kerajaan berharap dalam tempoh 12 bulan ini akan muncul ramai penternak lembu di negeri ini dan boleh menjadi contoh kepada pengusaha di negeri lain. Para perlu penternak mencontohi kejayaan syarikat Konsep Rimba yang melaksanakan ladang ternakan dengan cara pengurusan yang moden.


Akhbar lain dengan tajuk "Jumlah ternakan sistem pawah akan ditambah" berita dari Serdang ini menyatakan jumlah ternakan yang akan diberi menerusi sistem pawah akan ditambah sehingga 40 ekor bagi setiap penternak untuk meningkatkan pendapatan mereka sehingga mencecah RM4,000 sebulan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, nyatakan dimana jumlah ternakan seperti lembu yang diberi kepada penternak menerusi sistem pawah sekarang sangat sedikit sehingga ada yang menjual haiwan berkenaan daripada terus penternak membela dan juga menternaknya. Sistem pawah ini nampak kurang berjaya kerana lembu yang diberi kurang, misalnya tiga atau empat ekor dan tak mungkin mereka yang baru menceburi bidang penternakan dapat mengusahakannya sepenuh masa kerana jumlah kecil. Apa pun akan berlaku dimana orang menjual lembu (yang diberi) dan bukannya membela. Sistem ini tak berjaya bukan disebabkan orang tak suka bela lembu tapi kalau pelihara ia tak akan membantu. Sistem pawah yang kini dikenali sebagai skim Transformasi Usahawan Sektor Ternakan (TRUST) merupakan di mana kementerian memberi ternakan secara percuma kepada usahawan yang berminat menjadi penternak.  Apabila ternakan itu selesai melahirkan anak, kementerian akan mengambil semula haiwan berkenaan, manakala anak haiwan berkenaan akan diberi kepada penternak untuk terus dibiakkan. Perancangan untuk menambah pemberian jumlah ternakan kepada penternak memerlukan belanja yang besar dan pihaknya berharap kerajaan akan terus memberi bajet yang besar kepada kementerian dalam Rancangan Malaysia. Sta sistem penyampaian terutama kepada nelayan, petani dan penternak akan gagal jika pegawai di peringkat akar umbi tidak melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan. Artikel ini bersambung dalam tajuk Sistem Pawah Ikan Arowana dan Sistem Pawah Benih Nanas MD2 dengan pautan (Sila klik disini). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
SISTEM PAWAH... DIGUNA SUDAH LAMA...
MASYARAKAT KAMPONG...MEMANG BIASA...
TERNAKAN LEMBU...DAN KAMBING JUGA...
MAMBACA ARTIKEL...DAH DAPAT IDEANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria 11, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(5 RabiulAwal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...