Support My Blog

Thursday, January 31, 2019

GEGELUNG BUAH MANGGA

GEGELUNG BUAH MANGGA  (Mango Fruit Leather) merupakan satu produk baru kajian MARDI yang berasaskan kepada buah mangga sebagai makanan ringan (Snack). Ia merpakan hasil kajian yang dilakukan untuk menghasilkan makanan yang mengandungi bahan antioksidan yang tinggi dan baik untuk kesihatan. Buah Mangga (Mangifera indica) merupakan seejenis buah tropika yang bermusim ditanam bertujuan utuk mendapatkan buah segar atau pun diproses. Terdapat seluas 6,060 hektar tanaman mangga di Malaysia dengan penghasilan sebanyak 17,758 metrik tan pada tahun 2018 (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Memakan mangga segar merupakan suatu yang memberikan khasiat kandungan nutrisi seperti vitamin C, mineral dan fiber baik untuk kesihatan. Sementara itu jeruk mangga merupakan antara produk paling popular seperti 'Jeruk Mangga Pak Ali' yang sangat terkemuka dari Pulau Pinang. Paling komersil produk mangga adalah JUS MANGGA yang terdapat dipasaran dan selalu dihidangkan di hotel-hotel dan restoren. Jus mangga menjadi minuman yang penting selain daripada jus oren, jus epal dan jus lainnya. Beberapa varieti mangga tempatan yang agak popular adalah seperti Mangga Chok Anan (MA224), Mangga Sala, Mangga Harum Manis (MA128 ) dan juga mangga pauh (mempelam). Jus mangga juga antara produk hasilan daripada buah mangga selain daripada halwa mangga dan sebagainya. Bagaimana pun artikel malam ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' berkaitan produk gegelung buah mangga (GBM) atau glamournya 'manggo fruit leather' sekadar berkongsi info dengan semua. 


Apakah dia Snek gegelung Buah mangga ini?. Nama 'Gegelung' merujuk kepada produk yang boleh 'digulung-gulung' atau dalam bahasa Inggersi sebagai 'Roll' seperti foto dibawah sekali. Penulis blog pun agak keliru pada mulanya semasa membuat rujukkan pada artikel terbitan MARDI ini yang tajuknya ''Manggo Fruit Leather'' atau istilah mudah sebagai ''Kulit buah Mangga''. Kaedah membuatnya melibatkan 4 proses utama iaitu daripada Proses Penyediaan Puri Mangga, Proses Memasak, Proses Pengeringan dan juga Proses Pembungkusan dilakukan dengan sistematik untuk hasilkan produk yang berkualiti. Pertama adalah melakukan proses penyaringan atau penapisan bagi mendapatkan formulasi tinggi bahan anti oksidan dengan peratusan puri yang optimum dilakukan terlebih dahulu sebelum proses-proses lain menghasilkan gegelung GBM ini. Sebaiknya Mixture Design telah digunakan pada peringkat awal lagi sebagai rekabentuk kajian bagi mendapatkan formulasi terbaik menghasilkan GBM ini. tawatan formulasi puri mangga ini akan memberikan hasil produk GBM yang berbeza-beza kualitinya. Apabila anda telah mendapatkan satu formulasi yang optimum disyorkana agar proses penyediaan puri dimulakan. Sebaiknya bahan perisa lain seperti gula, sirap glukos, maltodextrin dan pektin perlu dimasukkan dalam campuran ini untuk memberikan rasa lebih enak dan memekatkan cairan sehingga likat. Memang tidak ada pewarna, perisa atau pengawet yang dimasukkan untuk mempertahankan kualitinya. Oleh itu produk ini boleh dikelaskan sebagai makanan sihat dan sesuai untuk dikomersilkan serta dinikmati oleh semua orang.


Apabila semua bahan-bahan asasnya tersedia disyorkan agar campuran bahan lain mula dimasak dan puri mangga dimasukkan pada peringkat akhir untuk memastikan kandungan bahan penting iaitu antioksidan yang tinggi. Campuran yang siap dimasak tadi dituang kedalam dulang dari jenis yang tidak melekat. (Non-Stick) atau pun dulang yang dari jenis plastik bagi memudahkan proses memisahkan kepingan GBM yang dimasak tadi. Kuih GBM ini kemudian dikeringkan dengan menggunakan oven pengering (oven dryer) pada suatu jangkamasa yang telah ditetapkan.  Sebenarnya kaedah pengeringan ini boleh dilakukan dengan cara pengeringan konveksi, pengeringan gelombag Micro (Microwaves), Pengeringan udara panas dan juga dibawah sinaran matahari. Suhu pengeringan diantara 30 - 80 celcius selama 6 - 24 jam sesuai diberikan untuk menghasilkan GBM yang kadar kelembapan dalam GBM menjadi kepada 12 - 20%. Biasanya produk ini adalah dipotong-potong dan ia lebih tahan lebih lama dalam keadan suhu bilik. Setelah GBM ini telah betul-betul kering maka boleh disalutkan dengan gula sehingga GBM ini menjadi makanan snek yang popular dan menarik. Apabila siap GBM ini maka ia dikumpulkan sebelum proses pembungkusan menggunakan plastik. Plastik jenis Al/PE ini digunakan sebagai bahan pembungkus digunakan bagi mengelakkan pengoksidaan produk berlaku yang mana akhirnya ia boleh menjejaskan warna dan rupa GBM.


Keistimewaan produk GBM ini adalah kerana ia boleh dijadikan produk makanan yang bernilai tinggi berasaskan buah-buahan semulajadi yang berpotensi membekalkan sumber permakanan yang baik untuk gulongan kanak-kanak dan dewasa. Selain mengandungi serat makanan, GBM ini kaya dengan zat karbohiderat, mineral, vitamin apa lagi kehebatannya kerana ia tinggi dengan antioksidan. Dari buah mangga yang ada ditanam dan dijual makan produk GBM mampu bersaing dipasaran kerana kualitinya. Walau pun ia baru dikaji dan belum di komersilkan akan tetapi dipercayai ia mempunyai [otensi besar untuk pasaran domestik dan eksport dimasa akan datang. Ramai mungkin sudah mendengar akan perkara kepentingan bahan anti-oksidan sebagai satu sumber penting untuk melawan radikal bebas dan mampu mencegah kanser dan juga serangan jantung. Ia juga agen penuaan yang signifikan. Di luarnegara seperti di Eropah dan USA telah ada produk seperti ini yang dibuat daripada buah aprikot, anggur, kiwi dan nangka. Namun kajian telah juga  menunjukkan belum ada produk seperti ini dinegara kita. Kebanyakan buah-buahan segar mempunyai jangkahayat singkat dan kemudian kualitinya merosot. Teknologi ini dipercayai mampu menjadikan buah mangga menjadi snek dari buah mangga yang enak dan berkhasiat. Semuga artikel ini memberi info berguna dari anim agro technology untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan. Wasallam!!!...
BUAH MANGGA... BANYAK JENISNYA...
BOLEH DIPROSES... JUS DAN HALWA...
GEGELUNG MANGGA... ENAK SNEKNYA...
PURI MANGGA... BERSAMA SERATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(22 JamadilAwal 1440H).

Wednesday, January 30, 2019

SUP BURUNG UNTA - ENAKNYA!

SUP BURUNG UNTA atau pun SUP DAGING BURUNG KASAWARI atau Oistrich Soup memang enak dimakan dengan nasi putih dan sambal kicap. Penulis blog beberapa kali makan sup burung unta di Sungkai Perak, Desaru di Johor dan juga di Sekayu, Terengganu. Paling selera apabila melalui jalan lama dari Putrajaya ke Ipoh dan singgah di kedai Mus Tomyam waktu makan tengahari. Restoren ini menyediakan pelbagai masakan panas di waktu tengahari seperti nasi ayam dan juga masakan berasaskan daging burung unta. Pada saya menu sup daging burung unta dan aging unta masak kicap mmemang amat menyelerakan dimakan dengan nasi putih. Harga semangkuk sup daging burung unta di kedai makan ini adalah RM8.00 sahaja. Sup ini disediakan dengan cepat dan mudah kepada mereka yang pandai memasak Antara bahan-bahan diperlukan untuk memuat sup ini seperti 500 gm daging burung unta yang dipotong, rempah tumis 4 sekawan 1 inci kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih, 2 biji pelaga, 4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 sudu kecil lada hitam dimana ramuan ini perlu ditumbuk halus dahulu. Sebaiknya disediakan juga 1 sudu makan rempah sup, 2 biji kentang yamg di belah empat, sedikit garam, sedikit daun bwang dan sup serta bawang goreng, sedikit minyak masak dan air secukupnya. Cara penyediaan dengan memanaskan minyak, masukkan rempah tumis dan kacau hingga harum. ianya kemudian masukkan pula bahan tumbuk dan rempah sup dan tumis hingga wangi. Kemudian dimasukkan daging burung unta tadi dan gaul rata. Tuang air secukupnya dan masak daging unta tersebut sehingga empuk (biasanya daging burung untaa lembut dan tidak perlu masak lama). Akhir sekali dimasukkan ubi kentang dan masak hingga kentang lembut dan di tambah garam secukup rasa. Kemudian ditabur hirisan daun sup serta daun bawang dan bawang goreng. Ia sedia untuk dihidangkan. Artikel pada tengahmalam ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technoloy" mengenai sup daging burung unta sebagai makanan yang enak dan berkhasiat.


Sebenarnya industri ternakan burung termasuk ayam (poultry) merupakan industri paling cekap didalam usaha penghasilan protin. Ia meliputi banyak segmen iaitu penghasilan ayam pedaging, telur, ayam turki, itek termasuk juga angsa, puyuh, burung merak dan juga terkini burung unta. Daging burung untua yang berwarna merah berlainan dengan kebanyakan burung lain yang berwarna putih dan amat kaya dengan asid lemak tidak tepu. Ia mengandungi rendah rendah kolesterol berbaaning dengan daging lembu yang memunyai rasa yang sama. Dagin buung unta juga mengandungi sodium lebih rendah tetapi kandungan zat besi tinggi membolehkan ianya amat baaik kepada mereka yang ada masaalah darah tinggi dan masaalah anemia. Ini bermakna daging burung unta amat berkualiti dan disyorkan kepada individu yang inginkan gaya hidup yang ada kelas. Industri ternakan burung unta juga dapat menghasilkan produk lain seperti bulu, telur dan sebagainya yang mendatangkan pendapata. Sila baca tulisan saya mengenai burung unta dalam blog sama dengan membuat pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi artikel. Harga daging unta dipasaran Malaysia berbeza-beza mengkut kualiti, jumlah dibeli dan finishing daripada RM42.00 sehingga RM100.00 sekilogram. Memang ada daging burung unta sejuk beku yang dijual dipasaran untuk kita menikmatinya.


Kita terus mengenali akan burung unta dimana ia asalnya atau natif dari negara Afrika iaitu spesis burung yang tidak boleh terbang sama seperti penguin, emus, kiwi dan juga Orville. Mempunyai berat badan diantara 63 - 145 kg seekor atau dua kali lebih berat daripada manusia atau hampir 3 kali daripada berat badan penulis blog. Burung unta jantan pula mampu mencapai berat badan sehingga 1157 kg dengan ketinggian mencecah 3 meter.Bila berlari ia mampu mencapi kelajuan sehingga 44 batu sejam (70 km sejam) yang merupakan haiwan berkaki dua paling pantas dimukabumi. Ia juga haiwan yang agressif terutama apabila diancam dan mampu membunuh manusia. Burung unta tiada gigi tetapi biasanya menggunakan batuan didalam mulut untuk mengunyah makanan. Makananya terdiri daripada tumbuhan renek, bijian, rumput, buah-buahan dan bunga-bungaany dikawasan habitat liar termasuk juga memakan serangga. Semenjak zaman Roman lagi dilaporkan manusia membunuh burung unta untuk diambil dagingnya selain daripada untuk kulit dan bulunya. Kulit burung unta dijadikan produk kraft yang berharga seperti beg tangan, kasut dan sebagainya. Ia pernah menjadi pupus pada kurun ke 18 lagi akubat pemburuan tetapi kini telah ada dijadikan industri ternakan burung unta yang komersil. Daging burung unta mempunyai rasa yang sama dengan dging lembu dengan berwarna merah (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun ia rendah kolesterol, tinggi kandungan kalsium, protin dan zat besi. Ia mempunyai sekitar 145 kalori bagi setiao 100 gram daging burung unta. Kandungan lemak lebih rendah dari ayam turki yang sesuai dijadikan stew dan sebagainya. Kenapa daging burung unta berwarna merah?. Ini disebabkan ia mempunyai otot-otot dipanggil 'slow-twitch' yang mengandungi bahan  Myoglobin tinggi membolehkan ia menyimpan oksijan banyak ketika ia bergerak apa lagi untuk berlari pantas. Myoglobin adalah berwarna merah menyimpan banyak oksijan berbeza dengan otot burung lain termasuk ayam dan turki yang kurang bergerak. Ototnya juga mengandungi Glycogen yang berwarna merah gelap menjadikan ia adalah jenis daging berkualiti, Jika hendak buat perbandingan diantara ayam daging (kurang bergerak) berbanding dengan ayam kampong (kuar berlari dan berjalan) dimana daging ayam kampong adalah berwarna kemerahan.


Kepada mereka yang ke Sungkai, Perak jangan lupa untuk singgah di kedai Mus Tomyam untuk menikmati sup burung unta dan dging unta masak kicap. Kedai ini yng terletak di jalan besar Sungkai mudah diakses dan mudah untuk parkir. Waktu operasinya diantara jam 10.00 pagi sehingga jam 3.00 petang setiap hari kecuali ditutup pada hari Ahad. Pada penulis blog sup burung unta yag dhidangkan disini memang menyelerakan dengan harga semangkuk adalah RM8.00 (Sila lihat foto disebelah). Daging burung unta yang digunakan diperolehi daripada pembekal tempatan dan ada yang diimport dari luar negara berstatus halal. Walau pun kepada mereka yang kali pertama makan sup daging burung unta ini disini akan tetapi mungkin tidak dapat membezakan antara sup burung unta dengan sup daging lembu biasa. Inii kerana dari segi tekster, warna, kekenyalan dan sebagainya memang ia adalah hampir sama sahaja. Bagaimana pun hanya mereka yang memang ada 'taste preferance' yang tinggi sahaja boleh merasa dan juga membezakannya. Selain daripada sup burung unta disini disediakan juga menu daging unta masak kicap juga satu menu hidangan yang mesti dicuba. Nasi Ayam Mus Tomyam juga menjadi satu menu yang popular direstoren ini selain daripada beberapa masakan panas lain seperti sayur campur.


Berlainan pula laporan akhbar bertajuk "Sajian sup burung unta goda pengunjung Sekayu Cafe" dimana dipaparkan chef Abdul Razak Hamid menunjukkan masakan burung unta masak lada hitam di Sekayu Kafe, Hotel Seri Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Berita dari bandar Kuala Terengganu ini paparkan dimana adakalanya selera seseorang itu terasa ingin mencuba masakan yang berbeza dengan apa yang dinikmati sebelum ini. Keinginan merasakan kelainan bagaikan menggoda selera untuk mencuba sajian di luar, setelah puas memakan masakan sendiri. Mungkin apa yang dicari itu sukar diperoleh di tempat biasa seperti hidangan berasaskan daging burung unta dan rusa. Jika masakan itu yang dicari maka mereka perlu ke Sekayu Cafe di Hotel Seri Malaysia di sini yang menyediakan pelbagai hidangan yang berasaskan daging tersebut. Hidangan yang paling digemari ialah sup daging burung unta yang sememangnya pasti akan menjanjikan kelainan berbanding sup biasa. Warnanya yang gelap kepekatan dengan campuran rempah ratus membuat pengunjung tidak akan melupakan semasa saat menghirup sup yang sememangnya lazat. Bagi penggemar daging burung unta mereka bolehlah mengunjungi Sekayu Cafe untuk mencuba hidangan tersebut. Menurut dakwaan Chef Eksekutifnya Abdul Razak, di Sekayu Cafe menawarkan pilihan menu yang pelbagai kepada pelanggan. Pelanggan juga boleh memesan apa sahaja hidangan yang ingin dicuba semesti tidak akan dihampakan. Beliau yang dibantu oleh enam lagi pembantu tukang masak lain mengakui, hidangan kedua-dua masakan tersebut hanya boleh didapati di kafenya setiap hari. Hanya kafe ini sahaja yang menyediakan hidangan yang berasaskan daging burung unta dan daging rusa di sini.


Stiap minggu dia akan memesan lima kilogram untuk daging rusa dan daging burung unta untuk keperluan hotel dari pembekal tempatan. Bagi memastikan masakan daging tersebut berkualiti dia hanya memesan daging tersebut dalam kuantiti yang sedikit. Bekalan tersebut senang diperoleh cuma masakan sahaja yang jarang diperoleh. Pada masa ini pelbagai hidangan lazat lagi unik terdapat di sini melalui masakan tersebut antara yang menjadi tumpuan ialah sup kurma daging burung unta, dalca daging burung unta, gulai ros burung unta, kari daging burung unta dan juga daging burung unta masak lada hitam. Biasanya pelanggan juga boleh memesan apa sahaja masakan berasaskan daging tersebut, pastinya ia akan menyelerakan. Memang ada antara masakan yang terdapat di Sekayu Cafe sukar ditemui antaranya masakan sup daging rusa berempah. Sup itu hanya terdapat di Sekayu cafe dakwanya selain itu memang di sediakan menu daging rusa masak lada hitam, rusa masak halia, rusa masak merah dan banyak lagi masakan berasaskan rusa juga jarang ditemui di restoran-restoran di negeri ini. Ini adalah kelebihan cafe ini yang menyajikan masakan lain daripada yang lain. Bagi penggemar rusa masak lemak cili padi, cubalah kelainan masakan ini di Sekayu Cafe yang menjanji tahap kepuasan dalam setiap hidangan (Sila lihat foto disebelah)Hirisan dagingnya yang nipis lembut membuatkan ramai pengunjung pasti mengingati dan mengunjunginya kembali.  Selain menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang dibuat sendiri termasuklah rempah sup membuat pengunjung tidak melupai kelazatan hidangan daging tersebut. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SUP BURUNG UNTA... ADUH ENAKNYA...
PANAS LAGI... NASI PUTIH LAWANNYA...
IA BERKHASIAT... BERPATUTAN HARGA...
KEGEMARAN PENULIS... TAMBAH IDEA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(18 JamadilAwal 1440H).

Tuesday, January 29, 2019

KELOR - KHASIATNYA

KELOR (Moringa oleifera Lamb) atau juga dipanggil sebagai 'MERUNGGAI' adalah sejenis tumbuhan pelbagai guna dari keluarga MORINGACEAE yang dipercayai berasal dari kawasan Pakistan dan Utara India dan kini tersebar di seluroh Asia, Amerika dan beberapa benua lain. Mungkin tidak ramai rakyat Malaysia mengenali tanaman ini kerana kurang di komersialkan tidak seperti di India yang dijadikan sebagai sayuran dan bahan penting untuk makanan serta produk kesihatan sebagai 'suplementary food' hingga ke peringkat antarabangsa. Meringgai dikenali juga sebagai Horseradish Tree, Drumstick Tree, West Indian band (English), Ben Aile (Peranchis),Kelor ; Marunga (Indonesia), Meringgai ; Gemuggai(Malaysia), malunggay (Filipina), dandanlobin (Myanmar), marum ; phakihum ; makhonkom (Thailand),lat mok (Chinese) and Mungephali(India urdu). Tidak ada laporan rasmi keluasan tanaman ini di tanam di Malaysia kerana belum ada ladang komersial dilaporkan ada  menanam Meringgai. Artikel ini saya mempaparkan dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi tanaman meringgai iaitu berdasarkan pembacaan beberapa buku teknikal dan layaran dalam sesawang berkaitan.

 Khasiat Daun Kelor sebagai ubat merupakan perkara yang diamalkan secara tradisional sejak zaman dahulu secara semulajadi (Lihat foto daun kelor disebelah). Walau pun daun kelor agak kecil dan kurang diketahui umum akan khasiatnya, kini banyak usahawan tempatan di negara jiran telah berjaya untuk mengkomersilkan daun kelor sebagai produk makanan kesihatan. Daun kelor ternyata memiliki fungsi sebai penawar serta menyembuhkan demam yang berkesan terutama untuk kanak-kanak. Cara amat mudah iaitu dengan memetik beberapa tangkai pucuk daun kelor segar dan direbus dengan air dan diberikan minum air rebusan sebanyak 2 kali sehari dimana demam panas akan berkurangan dan sembuh. Khasiat daun kelor seterusnya adalah dimana ada kemampuannya didalam mengawal cacing dalam tubuh. Kajian dimakmal juga mendapati daun kelor mengandungi bahan seperti Arginine, Leusine, Metionine dan beberapa bahan lain. Bahan ini akan berfungsi sebagai anti-diabetic, antioksidan dan antitumor. Beberapa kajian lain menunjukkan bahwa daun kelor memiliki kandungan vitamin C tujuh kali lebih banyak daripada limau dan kandungan potasium tiga kali lebih banyak daripada buah pisang. Bagi kandungan seperti Vitamin A ianya adalah sebanyak empat kali lebih banyak daripada lobak merah (Carrot) dan mengandung unsur Kalsium empat kali lebih banyak daripada kalsium susu dikeluarkan haiwan ternakan.


Pokok Kelor biasanya yang ditanam disekeliling rumah sebagai tanaman pagar dimana ia juga sengaja ditanam sebagai tanaman untuk dijadikan ubat. Kajian mendapati penggunaan Daun Kelor Sebagai ubat Herba Semulajadi untuk beberapa masaalah seperti Sakit Tulang (reumatic), Sakit Sendi dan sebagainya telah lama diamalkan. Caranya adalah dengan mengambil daun kelor dan ia di tumbuk halus  dicampur dengan setengah sudu makan kapur sirih lalu disapu kebahagian sendi yang sakit sebagai 'param'. Bagi rawatan sakit mata pula, tumbuk halus tiga gagang daun kelor dengan air satu gelas dan kacau sehingga sebati kemudian dibiarkan unuk hampasnya mendap. Gunakan air jernih dibahagian atas tersebut sebbagai ubat titis pada mata seperti kita gunakan jenama 'Eye -Mo' komersil. Kalau hendak lebih mudah, beli sahaja serbuk daun kelor dalam kotak yang boleh didapati dikedai-kedai ubat tradisional (Sila lihat foto sebelah). Harga produk inii memang tidak berapa mahal jika ia dibuat didalam negara dan memadai dengan harga teh biasa dipasaran.


Bagi merawat masaalah cacing maka ambil beberapa helai daun kelor dan rebus bersama satu cabang daun cili dan daun dokong anak bersama 2 gelas air sehingga air tinggal separuh. Apabila sejuk minum air tersebut dan amalkan setiap hari dimana cacing dalam perut akan terhapus.  Bagi mereka yang sering ada alahan (Allergi) sebaiknya dinasehatkan mengambil 3 gangang daun kelor dan rebus bersama beberapa biji  bawang merah dihiris, jintan putih bersama 3 gelas air sehingga tinggal separuh. Setelah sejuk dan ditapis, minum air tersebut setiap hari sehingga masalalah alahan hilang. Mereka yang ada masaalah penyakit kelamin seperti Herpes atau Kurap serta Luka Bernanah boleh diatasi dengan mengambil sebanyak 7 gagang daun kelor ditumbuk sampai lumat dan tampal dikawasan berkaitan sebagai ubat luaran. Apa yang ajaib adalah kemampuan daun kelor menghancurkan batu karang dalam ginjal. Ambil daun kelor segar dan masak sebagai sayur air dimakan setiap hari selama sebulan dimana kesannya batu ginjal akan luruh dan keluar bersama air kencing. Perawatan seperti ini pastinya memerlukan bimbingan dari mereka yag telah biasa untuk mengamalkannya.


Daun Kelor memang terbukti dapat mengubati demam dan menyegarkan tubuh badan. Ia juga didakwa mampu untuk menyihatkan masaalah tulang yang lemah dan juga mengatasi masaalah kekurangan darah. Ia didapati membantu menurunkan kadar gula dalam darah dan membantu memenuhi zat yang kurang. Bagaimana pun ada laporan lain yang menyatakan menggunakan ekstrak daun kelor dapat menyebabkan kerosakan hati, buah ginjal dan masaalah pembentukan sperma jika dos pengambilan melebihi 1000 Mg/kg. Maka berhati-hatilah jika anda hendak mengambil ekstrak daun kelor berlebihan. Bagaimana pun adalah dinasehatkan agar buat pemeriksaan doktor untuk mendiognos sebagrang penyakit anda. Semakin banyak produk berasaskan kelor dan daun kelor dipasarkan sekarang. Antara yang paling popular tentunya daun teh dari daun kelor yang berkhasiat dan baik diminum. Semuga artikel kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!..

POKOK KELOR ... MUDAH DIDAPATI...
BANYAK KHASIAT... MENJADI PATI...
DAUNYA BANYAK... KHASIAT PASTI...
LEBIH MUJARAB... TANAM SENDIRI...

By,
M Anem
Danga Bay Complexs,
Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(3 Rejab 1434H).
Kemaskini pada 20 JamadilAwal 1440H).

Monday, January 28, 2019

MINUMAN ARAK - IA MERBAHAYA

MINUMAN ARAK adalah perlakuan yang memberi kesan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pengharaman arak dan kesan buruk akibat mengambilnya telah dijelaskan dalam ayat-ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. lebih 1400 tahun dahulu. Antara kesan-kesannya yang disebut ialah berpaling daripada ketaatan kepada Allah seperti meninggalkan solat dan berani melakukan maksiat, boleh menghilangkan akal, serta menyebabkan kebencian dan permusuhan. Ayat-ayat Al Quran tentang pengharaman arak diturunkan dalam 4 peringkat dengan mengambilkira orang-orang yang masuk Islam ketika itu masih lagi kurang imannya dan agak sukar melepaskan tabiat kegemaran mereka ketika Jahiliyah. Tahap pertama mengatakan tentang adanya kandungan alkohol dalam anggur (An Nahl: 67), tahap kedua menyatakan tentang mudharat minum arak lebih besar daripada manfaatnya (Al Baqarah: 219), tahap ketiga pula tentang larangan melakukan solat ketika mabuk (An Nisaa’: 43) dan tahap keempat ialah penetapan terus pengharaman arak (Al Maidah: 90). Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meletakkan Malaysia sebagai negara ke 10 tertinggi di dunia dalam jumlah pengambilan atau minum arak oleh rakyatnya. Rakyat negara ini dilaporkan membelanjakan RM1.5 bilion untuk arak setahun. Ini adalah perkara yang amat serius tetapi tidak diambil berat oleh banyak pihak untuk membendungnya, demikian laporan akhbar The Star 23 Mei 2011). Mengimbas kembali sejarah negara kita, 36 tahun yang lepas iaitu pada 25 Januari 1981, negara diselubungi dengan berita yang amat memilukan apabila sekurang-kurangnya 32 orang disahkan meninggal dunia dalam tempoh dua hari di Lunas, Kulim akibat minum samsu murah. Seramai 49 orang lagi dimasukkan ke hospital dengan lima daripadanya menjadi buta buat selama-lamanya. Walaupun pada awalnya terdapat pelbagai aspek pandangan dan tindakan yang akan dilakukan daripada pihak Kerajaan Persekutuan hinggalah peringkat pejabat daerah akan keperluan untuk mengharamkan samsu atau arak dari bumi Malaysia namun setelah 36 tahun arak masih lagi dijual di merata tempat. Atrikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis berkaitan arak dan kesn bahayanya kepada manusia dan kesejahteraan hidup.

Pernah dikatakan bahawa di Malaysia Kerajaan Persekutuan menerima pendapatan sebanyak RM 1.75 billion bagi tahun 2010 daripada penjualan arak iaitu satu sumber pendapatan yang amat tinggi bagi negara tetapi ianya tidak bermakna kerana pendapatan tersebut dijana dengan kos kepada kesihatan dan nyawa manusia. Peruntukan undang-undang di negara kita mengklasifikasikan arak sebagai minuman dengan kadar kandungan alkoholnya melebihi dua peratus (2.0%) sahaja sementara yang di bawah peratusan itu bukan arak. Masalah sosial akibat penjualan arak amat ketara seperti pergaduhan, gangguan seksual, penderaan anak dan isteri, gangsterisme, kemalangan, dan pelbagai masalah sentiasa menular di kalangan masyarakat di Malaysia. Statistik kerajaan membuktikan bahawa hampir 45% manusia yang minum arak murah di Malaysia adalah golongan belia yang dibawah umur 18 tahun. Kini di pasaran terdapat lebih dari 300 jenis arak buatan tempatan dengan lesen dijual di paras bawah RM30 dengan kandungan 40% alkohol dengan isipadu 750ml, manakala yang paling murah dijual ialah RM1.70 sebotol isipadu 125ml dengan kandungan 38% alkohol, ia sangat murah berbanding air bergas seperti 100 Plus atau sebungkus Milo ais. Pelbagai jenama yang menarik perhatian remaja bawah umur 18 tahun untuk mencuba arak-arak murah ini. Adalah tidak nampak di mana manafaatnya mengadakan Beer Festival di Malaysia sedangkan banyak negara Barat sedang mengambil langkah-langkah untuk membendung gejala sosial ini. Pengambilan alkohol jelas mendatangkan kesengsaraan dan penderitaan kepada peminumnya, keluarganya, masyarakat sekeliling dan mampu menjejaskan pembangunan dan ekonomi negara jika yang terlibat adalah belia-belia yang merupakan tonggak dan pewaris bangsa dan ummah.

Kajian menunjukkan dimana kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa. Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang. Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu. Dalam masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol. Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama 8 - 12 jam kemudian. Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun. Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri.  Selain ‘arak beracun’ terdapat minuman samsu yang juga dilaporkan membawa maut. Samsu diminum golongan miskin, terutamanya buruh India yang tinggal di kampung dan bekerja di ladang getah serta kelapa sawit.

Dalam berita oleh Bernama bertajuk "Arak Beracun Samsu Membawa Maut" menarik untuk dikupas. Berita dari Kuala Lumpur ini paparkan isu dimana amat menyedihkan membaca berita dimana seramai 36 orang yang maut disyaki akibat keracunan alkohol sementara 14 orang lagi masih berada dalam keadaan kritikal. Menurut laporan media, daripada jumlah yang maut itu, 24 kes di Selangor, 9 di Kuala Lumpur dan 3 di Perak. Semua mereka ini adalah antara 51 orang yang meminum 3 jenama minuman alkohol iaitu Mandalay Whiskey, Kingfisher Beer dan Grand Royal Whiskey yang dibeli daripada pelbagai kedai di Lembah Klang pada 17 Sept 2018. Menurut laporan, semua mangsa mempunyai sejarah pengambilan cecair beralkohol yang mengandungi bahan beracun berkenaan. Industri minuman keras Malaysia menghasilkan samsu (minuman keras yang murah) bernilai RM180 juta (AS$43.4 juta). Minuman ini mengandungi purata 38% alkohol dan boleh dibeli di pelbagai kedai runcit dan hampir di setiap kedai ubah Cina. Sebotol samsu bersaiz paling kecil boleh dibeli pada harga RM1.50 sahaja. Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), meskipun Malaysia sebuah negara kecil, ia adalah pengguna alkohol ke-10 terbesar di dunia. Setiap tahun rakyat Malaysia membelanjakan lebih RM2 bilion (AS$500 juta) untuk alkohol. Pengambilan per kapita adalah 7 liter dan mereka yang meminum alkohol adalah pengguna tegar. Di kalangan penduduk yang mengambil minuman keras, kaum India Malaysia yang terdiri daripada 8% penduduk negara ini, dilaporkan peminum tegar dengan pengambilan alkohol tahunan melebihi 14 liter.

Pengambilan bir (Beer Drinks) di Malaysia adalah 11 liter per kapita dan setanding dengan negara Eropah yang diketahui tinggi pengambilan alkohol. Kini semakin ramai juga rakyat Malaysia dilaporkan mengambil minuman keras kerana ia mudah dibeli di kedai kopi, pasar raya, kedai runcit dan di ladang-ladang. Tambahan pula terdapat kempen promosi serta iklan. Purata umur rakyat Malaysia yang mengambil minuman keras ialah 22 tahun atau mungkin lebih muda, bergantung di mana mereka tinggal. Di Malaysia kalangan mangsa terbesar minuman keras ialah golongan miskin, terutamanya buruh India yang tinggal di kampung dan bekerja di ladang getah serta kelapa sawit. Minuman keras adalah punca utama kemiskinan di kawasan berkenaan. Buruh-buruh berkenaan mengambil samsu dan todi (satu lagi bentuk minuman keras yang murah dan diperkenalkan sewaktu pemerintahan Inggeris). Daripada anggaran 200,000 peminum minuman keras itu, 75% mengambil samsu.  Masyarakat kampung India di Malaysia menganggap samsu sebagai pemusnah kehidupan mereka dan masalah ini semakin menjadi teruk. Kini di sebalik keadaan itu dilaporkan dimana secara purata RM20 juta (kira-kira AS$5.5 juta) dibelanjakan setahun untuk membeli samsu. Minuman ini diisi dalam botol kecil antara 140 - 175ml dan dijual dengan harga semurah RM1.50-RM3.00 (AS$0.40–$0.80). Dijual pada harga yang paling rendah menjadikan ia sudah tentunya minuman ini adalah disasarkan untuk jualan kepada golongan miskin. Mereka yang kerap minum boleh menghabiskan 6 botol sehari iaitu yang jika dikira harganya sehingga RM9.00 (AS$2.50) atau kira-kira 3 suku daripada upah harian mereka.

Di Malaysia laporan statistik oleh CAP menunjukkan 38% daripada mereka yang maut dalam kemalangan jalan raya adalah peminum alkohol (Sila lhat foto disebelah). sementara 30% yang dimasukkan ke hospital terdiri daripada pesakit dengan kecederaan di kepala akibat pengaruh alkohol dan 10% dilapor menderita pelbagai masalah kesihatan. Kira-kira 25% daripada mereka yang pencapaian kerja di bawah paras sederhana dilaporkan pengguna tegar alkohol dan 16% pula mungkin ponteng kerja. Minuman samsu ini dikatakan mengandungi bahan iaitu kandungan alkohol antara 37 hingga 70%. Jelas ketagihan alkohol adalah masalah yang menekan kehidupan penduduk kawasan kampung di Malaysia. Ia perlu diberi perhatian serius sebagai antara punca kemiskinan dan bukan dilihat sebagai isu berasingan. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu mempunyai dasar yang jelas tentang alkohol dan pengambilannya. Minuman alkohol ini perlu dijadikan barangan terkawal. Haramkan semua bentuk pengiklanan, tajaan dan kegiatan promosi oleh syarikat minuman keras termasuk pertandingan, tajaan sukan dan tawaran khas terutamanya pada musim perayaan. Haramkan jualan arak dalam botol bersaiz kecil seperti 145 ml. Mesti ada had saiz botol dan hadkan juga waktu minum alkohol di pub. Naikkan cukai ke atas alkohol. Perlu ada jadual cukai berasingan khusus untuk alkohol yang boleh mengawal kegiatan alkohol. Tingkatkan penguatkuasaan undang-undang bagi menyekat penjualan haram arak terutama di kedai runcit dan rumah. Kuatkuasakan Lesen Kedai Bir ke atas kedai kopi bagi menyekat penjualan bir tanpa lesen. Kegiatan mengawal alkohol perlu dilihat sebagai tanggung jawab kerajaan, sektor kesihatan dan masyarakat setempat. Bangunkan program pemulihan, terutama di kawasan kampung dan penjagaan di hospital serta penjagaan di rumah. Samsu adalah masalah serius di kalangan pekerja India dan sesetengah pekerja asing di negara ini seperti dari Vietnam, Nepal, Bangladesh, Indonesia dan Myanmar. Kira-kira 86% daripada penduduk India di negara ini tinggal di kawasan bandar. Mereka bukan lagi setakat penoreh getah tetapi kebanyakannya bekerja sebagai pekerja kilang atau pemandu lori. Akibatnya bencana samsu ini juga wujud di kawasan bandar. Anda boleh masuk ke mana-mana kedai atau pasar raya berhampiran rumah dan nampak semua jenis arak ini dijual secara bebas. Baru-baru ini terdapat peningkatan kedai yang diberi lesen untuk menjual arak secara terbuka di hampir semua taman perumahan dan bandar. Ini sudah tentunya bukan sesuatu yang positif untuk kesejahteraan rakyat negara yang sedang membangun. Semuga artikel subuh ini memberi ino beguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MINUMAN ARAK... MEMBAWA CELAKA...
RANKING KE 10... MALAYSIA DI DUNIA...
BANYAKNYA..TINGGI 11 LITER PERKAPITA...
PENGUATKUASAAN... ADAKAH BERJAYA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(22 JamadilAwal 1440H).

Sunday, January 27, 2019

PENYAKIT BPB PADI - ADA RISIKONYA

PENYAKIT HAWAR BULIR BAKTERIA atau Bacterial Panicle Blight (BPB) kini telah mengancam industri penanaman padi di Malaysia. Penyakit ini adalah jenis Penyakit Bakteria bawaan benih pada tanaman padi yang agak serius di dunia dimana ia menyerang kebanyakan varieti padi serta agak sukar untuk dikawal dengan kaedah biasa. Ianya adalah dikelaskan sebgai penyakit minor yang boleh menjadi penyakit major (utama) akibat perubahan persekitaran dan juga perubahan kepada cuaca dunia. Serangan serius boleh menyebabkan kehilangan hasil padi sehingga 80% pada keadaan sesuai iaitu apabila suhu dipersekitaran 32-37 darjah Celsius dan kelembapan melebihi 80%. Pemanasan global mungkin sedang berlaku menyebabkan wabak ini akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Penyakit ini mula telah dilaporkan di Jepun pada tahun 1956. Kemudian ia mula tersebar ke Negara Asia seperti di Kemboja, China, Jepun, Korea, Nepal, Filipina, Sri Lanka, Taiwan, Vietnam serta telah dilaporkan juga menyerang benua Afrika. Di Afrika antara negara yang telah melaporkan ujud serangan BPB ini  seperti di Burkina Faso, Afrika Selatan dan di Tanzania. Dalam pada itu ia juga dilaporkan telah berlaku serangan di Amerika Selatan iaitu di Colombia, Ecuador dan juga di Venezuela sementara di Amerika Tengah dan Caribbean ia dilaporkan menyerang di Costa Rica, Republic Dominican, Nicaragua dan juga di Panama). Pendek kata serangan BPB ini merentasi sempadan seluruh dunia dimana ianya telah megancam pengeluaran padi yang menjadi makanan ruji kepada sebahagian besar penduduk dunia termasuk di Malaysia. Di Malaysia penyakit ini telah banyak dilaporkan oleh pihak media. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai penyakit Hawar Bulir Bakteria (BPB) seperti yang dilaporkan oleh media tematan sebagai bahan bacaan dn rujukan.

Laporan akhbar bertajuk "Pesawah Parit 6 rugi akibat serangan penyakit BPB" yang berlaku di Sabak Bernam, Selangor telah dilaporkan. Lihat foto disebelah menunjukkan ketua blok Parit 5 Encik Johari menunjukkan kawasan tanaman padi yang diserang penyakit Hawar Bulir Bakteria (BPB) pada musim tuaian kali ini. Tanaman padi yang mana merupakan punca tunggal kepada pendapatan ramai pesawah di kampong ini akan tetapi kini tanaman padi yang diusahakan itu pula diserang penyakit Hawar Bulir Bakteria (BPB) menyebabkan hasil tanaman pai disini rosak teruk. Kini apa yang dihadapi adalah usahkan bermimpi untuk mendapat hasil daripada tanaman padi akan tetapi mereka ter­paksa menanggung kerugian se­ku­rang-kurangnya RM2,000 se­orang akibat padi yang ditanam semuanya tidak menjadi. Salah seorang pesawah bernama Johari Unit berumur 60 tahun memberitahu akibat serangan BPB ini maka tanaman padi seluas 6.3 hektar yang sudah usahakannya kali ini mengalami kemerosotan hasil dengan mendadak menyebabkan dia kerugian lebih RM2,000. Kini meskipun jumlah RM2,000 itu mungkin tidak besar tetapi bagi golongan pesawah sepertinya yang bergantung penuh kepada hasil padi ianya merupakan satu kerugian dimana ia memberikan tamparan hebat untuk mereka. Dakwa beliau serangan penyakit itu merupakan pertama kali ianya baru melanda tanaman padi kawasan ini. Ia menyebabkan daun dan tangkai pokok padi rosak seperti terdapat kesan warna bintik perang dan buah padi menjadi terencat. Akibatnya daripada 6.3 hektar padi yang diusahakan dia hanya mendapat hasil kurang 6 tan metrik sahaja berbanding purata 8 tan metrik pada sebelum ini. Dia mungkin agak sedikit bernasib baik kerana ada petani lain yang cuma mendapat hasil kurang satu tan metrik dimana ini juga telah menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian lebih besar. Dalam pada itu seorang lagi pesawah iaitu Napiah Idris yang berumur 59 tahun masih berharap petani yang mengalami kerugian akibat serangan BPB akan mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak kerajaan. Jelasnya, pembelaan itu perlu kerana kos tanaman sahaja sudah RM3,000 dan jika hasil padi merosot maka para petani terpaksa ikat perut. Menurutnya semasa pentadbiran kerajaan terdahulu, nasib pesawah sentiasa dibela, kita mohon agar perkara tersebut diteruskan oleh kerajaan sekarang ke-rana kami ini golongan miskin yang hanya bergantung hidup kepada hasil padi sahaja.

Dalam laporan media akhbar lain yang bertajuk "Wabak BPB serang tanaman padi" dengan foto menunjukkan dimana pesawah iaitu Encik Muslimin bersama penduduk dan wakil agensi kerajaan berkaitan meninjau lot ladang yang diserang BPB di kawasan pengairan Sungai Leman, Selangor. Dilaporkan kini kira-kira 360 hektar ladang benih padi di kawasan pengairan Sungai Leman di sini, dikhuatiri terjejas berikutan serangan hawar bulir bakteria (BPB) pada musim tuaian kali ini. Rata-rata peserta ladang benih padi mendakwa dimana hasil siasatan Bahagian Biosekuriti Tumbuhan ole Jabatan Pertanian telah pun mengesahkan wabak BPB menyerang ladang benih berkenaan. Seorang peserta ladang benih padi dikenali dengan nama Zainuddin Osmanmenyatakan dimana pokok padinya yang berusia 95 hari itu diserang BPB sejak minggu lalu dana menyebabkan pengeluaran berkurangan sekali gus menjejaskan pendapatan. Ini kali pertama BPB menyerang ladang benih dan jika keadaan ini berterusan saya bimbang hasil pendapatan merosot. Beliau terpaksa menampung kos tanaman tinggi dan tidak tahu bagaimana hendak meraih keuntungan jika tanaman ini tidak mengeluarkan hasil seperti diharapkan. Keadaan itu mungkin disebabkan baka padi varieti MR 297 yang kurang daya tahan penyakit terutama ketika cuaca tidak menentu sejak beberapa bulan lalu.  Pihak kerajaan negeri dijadualkan mengadakan pertemuan bersama agensi kerajaan terlibat bagi membantu peserta menyelesaikan kemelut dihadapi. Isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ladang di kawasan itu adalah pembekal benih padi di seluruh negara. Sekiranya perkara ini tidak ditangani mereka kini bimbang dimana bawaan bakteria ini menjejaskan pesawah di kawasan tanaman lain.

Dalam laporan akbar ketiga iaitu di Sabak Bernam dinyatakan dimana kira-kira 360 hektar ladang benih padi di kawasan pengairan dikhuatiri terjejas berikutan serangan hawar bulir bakteria (BPB) pada musim tuaian kali ini. Jika ladang benih padi diserang dengan BLB ini bagaimana natinya ianya tidak akan boleh dituai untuk dijadikan benih padi sah bagi kegunaan pesawah lain. Terkini hasil siasatan dapada pahar dari Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian mengesahkan wabak BPB menyerang ladang benih berkenaan. Seorang peserta ladang benih padi terlibat iaitu En Zainuddin mendakwa dimana tanaman padinya yang berusia 95 hari itu diserang BPB sejak minggu lalu. Serangan ini juga didalam sawhah berhampiran berdasakan kepada simptom yang dilihat sendiri dimana ianya diberitahu dan diajar oleh pegawai daripada Jabatan Pertanian. Beliau dimaklumkan juga dimana jika hasil padi kelak diserang BLB maka ia sudah tidak boleh dijadikan benih padi sah seperti sebelumnya. Dakwanya inilah kali pertama BPB menyerang ladang benih dan jika keadaan ini berterusan dia bimbang hasil dari ladang benih ini menyebabkan pendapatan merosot (Sila lihat foto disebelah). Beliau hanya bergantung kepada tanaman padi dimana setiap musim perlu dan terpaksa menampung kos tanaman tinggi dan bagaimana hendak untung jika tanaman ini tidak mengeluarkan hasil seperti diharapkan. Dakwanya, keadaan itu mungkin disebabkan baka padi varieti MR 297 yang kurang daya tahan penyakit terutama ketika cuaca tidak menentu iaitu hujan dan panas yang menyebabkan kelembapan sebagai salah satu punca serangan. Beliau berharap masaalah ini dapat diselesaikan oleh pihak berwajib dengan segera memandangkan sawah beliau dari kawasan ini adalah pembekal benih padi di seluruh negara. Beliau juga bimbang kerana penyakit bawaan bakteria ini menjejaskan pesawah di kawasan tanaman lain. Anda boleh merujuk kepada Pegawai Pertanian berhampiran and untuk mendapatkan khidmat nasihat atau mengenalpsti simptom serangan BLB dan membuat pemantauan dengan kerap. Semuga artikel ini dalam anim agro technology dapat berikan info berguna kepada semua pembaca. Wasallam!!!..

PENYAKIT BPB... PENYEBAB BAKTERIA...
HAWAR BULIR PADI.. NAMA BIASANYA...
JIKA TERUK...HASIL PADI DIKURANGINYA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...

By,
 Anem,
Senior Agronomist,
Jalan P11D/14, Precint 11, 
Putrajaya, WP,
MAlaysia.
(21 JamadilAwal 1440H).

Saturday, January 26, 2019

LANCAR VARIETI PADI BARU 303 DAN 307

PADI BAHARU MARDI iaitu MR303 dan MR307 telah dilancarkan oleh Ahmad Shabery Cheek dengan nama yang dikeali sebagai MARDI Sempadan 303 dan MARDI Sebernas 307 bagi kegunaan pesawah di negara ini. Majlis untuk pengistihyaran tersebut yang dilakukan di sawah  Tanjung Karang, Selangor menjadikan ia varieti padi baru yang berpotensi menghasilkan pendapatan lebih baik. Pada masa ini nasi adalah makanan ruji bagi rakyat di negara Asia termasuk Malaysia. Ini kerana nasi adalah menu harian penduduk di region ini yang dimanan biasanya 3 kali sehari atau minima sekali sehari. Tanaman padi merupakan sejenis tanaman dianggp strategik dari segi keselamatan makanan, pembasmian kemiskinan dan lain-lain isu sosial dan politik di negara ini kerana sekiranya bekalan tidak mencukupi maka negara akan diancam krisis makanan. Dalam pada itu cara pengeluaran padi perlu terus diberi perhatian bagi tujuan penghasilan makanan ruji untuk rakyat negara ini. Pada masa ini terdapat 8 kawasan jelapang padi utama di negara kita yang menumpukan kepada penanaman padi dengan  keluasan penanaman padi sekitar 689,91 hektar pada 2018. Daripada 300,446 hektar pasel padi (tanah sawah yang digazet untuk tanam padi) seluas 219,708 hektar (73.1%) adalah eterletak didalam kawasa jelapang padi. Kebanyakan penanaman padi di Malaysia adalah du kali setahun menjadikan keluasan tanaman padi pada 2018 seluas 689,910 hektar dimana seluas 417,691 hektar adalah berada di kawasan Jelapang Padi (60.54%) sementara bakinya diluar kawasan jelapang. Pengeluaran padi Malaysia 2018 sebanyak 3,064,822 tan metrik dan menghasilkan sebanyak 1,975,770 tan metrik. (Sumber: Booklet Laporan Statstik Perangkaan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Nilai sebenar pengeluaran padi pada tahun 2018 adalah sebanyak RM3.445 billion. Memandangkan permintaan terhadap padi terus meningkat maka Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sentiasa peka dengan kehendak penduduk di negara ini untuk sentiasa memastikan keperluan tersebut dipenuhi. Terbaharu dua varieti baharu padi iaitu padi MARDI Sempadan 303 dan MARDI Sebernas 307 dan Sebernas 307 merupakan varieti terbaharu yang diperkenalkan untuk meningkatkan hasil dan sebagai alternatif kepada varieti sedia ada. Artikel dikedinginan subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" berkaitan pelancaran dua varieti padi baru iaitu MR303 (Sempadan) dan MR307 (Sebernas) di Malaysia untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Menurut Saintis Kanan MARDI yang ada terlibat dengan proses penemuan varieti Sebernas 307 iaitu Amirrudin Mokhtar dimana pihak MARDI menyatakan varieti padi Sebernas 307 merupakan hasil kacukan antara induk varieti padi MR 256 dan P493 (Sila anda lihat foto disebelah)Proses pembangunan varieti bermula dari awal kacukan sehingga penanaman peningkatan skala selama 22 musim. Permohonan varieti bermula pada musim utama 2006/2007 dan menerusi beberapa musim penilaian seterusnya diikuti dengan peningkatan skala pada musim utama 2017/2018 Beliau memberitahu ketika ditemui sempena majlis Pengisytiharan Varieti Padi Baharu MARDI di Sawah Sempadan, Tanjung Karang, Selangor. Varieti padi itu dikategorikan sebagai pokok sederhana tinggi, tegak serta tegap dengan daun pengasuh sederhana panjang. Padi jenis itu mempunyai perolehan beras dan beras kepala yang kurang sedikit berbanding MR 263.  Ia mempunyai beras yang panjang dengan nisbah panjang dan lebar melebihi MR 263 selain mempunyai kandungan amilosa sederhana sebanyak 24 peratus berbanding MR 263 dengan 22 peratus. Konsistensi gel dan pecahan alkali setanding MR 263 sekali gus menghasilkan nasi sederhana lembut dan tidak melekit.


Dalam satu kenyataan bersama menurut Elixson Sulian yang juga merupakan Saintis Kanan MARDI yang terlibat dengan kajian dan penyelidikan padi MARDI Sempadan 303 berkata, padi tersebut dihasilkan melalui kaedah kacuk ulang antara varieti pada MR 256 dan varieti ulangan MR 253. Proses pembangunan varieti bermula dari kacukan sehingga penanaman peningkatan skala ialah 25 musim atau lebih 12 tahun. Kacukan awal dilaksanakan pada musim utama 2005/2006 seterusnya melalui proses pemilihan pukal dan pedigri serta penilaian awal hasil di MARDI Seberang Perai,  Pulau Pinang sebelum dimajukan ke percubaan penyesuaian pelbagai lokasi dan ujian penentusahan setempat sekitar musim 2014/2015 hingga musim utama 2017/2018. Padi jenis ini mempunyai daun pengasuh yang pendek dan tegak dengan jangka masa matang antara 104 hingga 106 hari serta dikategorikan sebagai matang awal. Namun demikian dakwanya pokok padi ini mempunyai batang yang panjang yang memberikan purata ketinggian pokok setinggi 120.3 sentimeter sementara panjang tangkai sekitar 28.3 cm. Juga dimaklumkan peratus pengisian biji bernas per tangkai adalah melebihi 70 peratus. Kelebihannya dapat dilihat pada biji padi yang berat 1,000 bijinya ialah 28.2 gram. 


MARDI Sempadan 302 pula mempunyai panjang beras melebihi 6.21 milimeter (mm) dan dikategorikan sebagai beras panjang dan tirus dengan nisbah panjang dan lebar beras melebihi tiga mm yang sesuai dengan cita rasa dan kehendak pasaran tempatan. Kandungan amilosa dan konsisten gel yang sederhana memberikan cita rasa nasi yang sederhana lembut. Nilai pecahan alkali yang rendah memberikan tekstur sederhana peroi. Dalam masa sama dakwa Elixson, dia berharap varieti padi baharu tersebut mampu meningkatkan pendapatan kepada petani dengan anggaran peningkatan sehingga 10 tan sehektar menerusi teknik serta teknologi yang disyorkan. Dilaporkan dimana MARDI telah hasilkan sebanyak 47 varieti padi sejak tahun 1969. Dalam pada itu lebih daripada 90 peratus daripada kawasan tanaman padi di Malaysia atau 350,000 hektar menggunakan varieti pada yang dihasilkan oleh MARDI. Pada tahun 2016 negara menghasilkan padi sebanyak 2.74 juta metrik tan iaitu 75 peratus daripada keperluan sara diri (SSL) sementara selebihnya diimport bagi memenuhi keperluan yang semakin bertambah ekoran pertambahan jumlah penduduk dan permintaan beras istimewa yang juga meningkat. Nama baru padi MARDI Sempadan 303 adalah sempena nama kawasan padi tersebut di bangunkan sementara MARDI Sebernas 307 kerana sifat padi itu yang ‘penuh berisi’. MARDI akan terus melaksanakan penyelidikan bagi menghasilkan teknologi termasuk varieti padi baharu dari masa ke semasa dan juga mengambil pendekatan proaktif dalam menyelesaikan masalah yang timbul di lapangan untuk faedah para pesawah. MARDI akan terus menjalankan kerjasama dengan semua pihak dari jabatan dan agensi pembangunan pertanian di peringkat persekutuan dan negeri selain meminta petani agar terus menyumbang kepada kesejahteraan komuniti pesawah.


Dalam akhbar tempatan bertajuk "Kelebihan dua varieti baru" iaitu varieti padi baru Sempadan 303 dan Sebernas 307 yang dijangka dapat meningkatkan hasil yang tinggi. Secara umumnya industri padi dan beras negara kian berkembang pesat. Pengeluaran padi negara meningkat daripada 1.9 juta tan pada 1990 kepada 3.5 juta tan pada 2016. Walaupun kawasan pengeluaran padi secara umumnya tidak bertambah, namun pengeluarannya terus meningkat. Antara faktor peningkatan disebabkan kemajuan inovasi dan teknologi. MARDI memperkenalkan dua varieti baru padi iaitu padi MARDI sempadan 303 dan padi MARDI Sebernas 307. Kepelbagaian genetik dalam ekosistem penanaman padi ini penting untuk memberi lebih pilihan varieti kepada pesawah selain memastikan bekalan makanan ruji negara sentiasa terjamin. Kini lebih 90 peratus daripada kawasan tanaman padi di Malaysia atau 350,000 hektar menggunakan varieti padi yang dihasilkan MARDI. Dalam pada itu Timbalan Pengarah Program Padi Inbred Pusat Penyelidikan Padi dan Beras MARDI, Dr Mazidah Mat dakwa hasil penyelidikan dan pembangunan (RnD) lebih 10 tahun berjaya menghasilkan dua varieti padi baru ini. Varieti padi Sempadan 303 hasil kajian oleh Pegawai Penyelidik Kanan MARDI Seberang Perai iaitu oleh Elixon Sunyan sementara varieti padi Sebernas 307 hasil kajian oleh Timbalan Pengarah MARDI Pulau Pinang iaitu Amirrudin Mokhtar. MARDI Sempadan 303 berpotensi memberikan hasil yang tinggi, rintang kepada penyakit karah daun dan sederhana rintang kepada penyakit karah tangkai serta sederhana rintang kepada bena perang.


Padi varieti ini juga kurang dipengaruhi faktor persekitaran menyebabkan ia sesuai ditanam di kebanyakan kawasan dan boleh disyorkan untuk kawasan kurang subur. MARDI Sempadan 303 ini memberi cita rasa nasi yang sesuai kepada pengguna tempatan,” katanya yang ditemui di plot tanaman varieti padi berkenaan di Kawasan Pembangunan Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor, Tanjung Karang, Selangor.ta, MARDI Sempadan 303 adalah sempena nama kawasan ini dan ia dibangunkan melalui kacukan varieti MR 256 dengan varieti ulangan MR 253 bermula sejak 2005. Ia diikuti dengan beberapa siri penilaian di beberapa kawasan jelapang utama negara yang memakan masa 25 musim penanaman atau lebih 12 tahun. Kacukan awal dilakukan pada musim utama seterusnya melalui proses pemilihan pukal dan pedigri serta penilaian awal hasil di MARDI Seberang Perai sebelum ia dimajukan ke percubaan penyesuaian di pelbagai lokasi dan ujian penentusahan setempat. Varieti padi ini mempunyai ciri-ciri penting seperti tempoh matang yang agak singkat iaitu antara 104 hingga 106 hari dan mampu memberi hasil tuaian tertinggi sebanyak 10 tan/hektar. Varieti berkenaan mempunyai daun pengasuh yang pendek dan tegak selain batang panjang, sekali gus memberikan purata ketinggian pokok 120.3 cm berbanding MR 263 sekitar 107.8 cm. Panjang tangkai sekitar 28.3cm sementara peratus pengisian biji bernas per tangkai melebihi 70 peratus.  Kelebihannya dapat dilihat pada biji padi yang berat iaitu 1,000 bijinya seberat 28.2 gram (g) berbanding MR 263 (25.3 g). Bagi varieti padi MARDI Sebernas 307 pula diperkenalkan untuk meningkatkan hasil dan sebagai alternatif kepada varieti padi sedia ada. Ia mempunyai potensi hasil yang tinggi, sederhana rintang kepada penyakit karah tangkai dan serangga perosak bena perang serta mempunyai mutu beras dan cita rasa nasi yang baik. Varieti ini sesuai ditanam di kebanyakan kawasan jelapang padi utama. Ia hasil kacukan antara induk varieti padi MR 256 dan P 493. Hasil boleh dituai dalam tempoh antara 107 hingga 110 hari sementara potensi hasil tertinggi dicapai adalah 10 tan/hektar. Proses pembangunan varieti bermula daripada kacukan hingga penanaman dengan peningkatan skala adalah 22 musim. Kacukan awal bermula pada musim utama 2006/2007 dan sudah melalui beberapa musim penilaian, seterusnya diikuti dengan peningkatan skala pada musim utama 2017/2018. Varieti ini dikategorikan sebagai pokok sederhana tinggi, tegak dan tegap dengan daun pengasuh sederhana panjang. Morfologi pokok mempunyai ketinggian 114.2sm dan panjang tangkainya lebih panjang daripada MR 263 iaitu 28.5sm. Begitu juga dengan peratus bernas dan bilangan biji setangkai di mana berat bagi 1,000 biji sebanyak 32.1g turut menyumbang kepada potensi hasil yang tinggi. Semuga arikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini mmberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!..
TANAM PADI.. LEBIH BERAS HASILNYA...
PADI SEMPADAN... ITULAH 303 NAMANYA...
PADI 307... SEBERNAS 307 VARIETINYA...
MEMBBACA ARTIKEL .... INFO DIERIMA

By,

M Anem,
Senior Agronomist,
Purtajaya,
WP, Malaysia.
(JamadilAwal 1440H) 

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...