Support My Blog

Thursday, January 10, 2019

BUAH JETIK-JENTIK - KENALI DIA

BUAH JENTIK-JENTIK (Baccaurea polyneura) adalah sejenis buah nadir yang natif di Malaysia daripada famili Euphobiaceae (ada yang kata ia famili Phyllanthaceae). Kali pertama saya jumpa buah ini ialah semasa lawatan ke Kampong Jeram Ulu, Mukim Bakri, Muar bersama-sama dengan rombongan Pegawai Daerah Muar masa itu iaitu Tn Hj Mislan. Ketika dihulur buah kecil yang isinya merah menyala (lihat foto diatas),saya memang teruja hendak makan kerana buah yang telah masak pada tangkai ini akan pecah apabila 'dijentik' iaitu pada tahun 2009. Ada dua spesis jentik-jentik yang saya rujuk iaitu jenis Baccaurea Polyneura yang sering juga dipanggil jentik-jentik merah dan Baccaurea hookeri dipanggil jentik-jentik hutan. Seingat saya setangkai buah jentik ini mengandungi beratus biji dimakan oleh 3 orang ketua jabatan sehingga habis semua tapi tidak rasa kenyang. Didalam saya merujuk kepada laporan rasmi Jabatan Pertanian, tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan, lokasi dan pengeluaran hasil buah jentik ini memang tidak direkodkan. Kalau mengikut anggaran saya, mungkin keluasan pokok ini sekitar bawah 20 hektar CHE sahaja kerana kebanyakannya ditanam oleh 'orang lama' dan sebahagian lagi didalam hutan. Tanaman ini yang saya jumpa di Kampong Jeram, ada 2 pokok yang berumur lebih dari 15 tahun dan berbuah lebat. Pokok buah jentik-jentik adalah natif dari Malaysia, Sumatera hingga ke Borneo dan tumbuh dikawasan tanah yang bercampur dengan tanaman lain. Pada saya, mengenali keunikannya buah ini adalah apabila sudah masak dan apabila dijentik terus terbuka (asal usul namanya) dan bijinya yang berjus biasanya saya akan dimakan terus. Daripada tinjauan saya di Pameran MAHA International 2012, Jabatan Pertanian ada mempamerkan buah ini dimana sebilangan besar pengunjung terutama gulungan muda sekarang ini mungkin tidak pernah melihat buah jentik-jentik dan bertanya kepada kami. Ramai mereka memang tidak pernah jumpa apa lagi memakannya. Apabila tiba musim pengeluaran hasil (ia buah bermusim), lazimnya kanak-kanak gemar memakan buahnya dan terus menelan bijinya. Pokok ini mungkin tidak mempunyai nilai ekonomi dimana banyak pokok ini telah banyak ditebang tanpa memikirkan akan kepunahan habitat pokok ini untuk genarasi akan datang. Saya ada menulis artikel mengenai buah jentik sebelum ini (Sila klik disini)Artikel petang Ahad ini selepas letih mengecat pagar rumah, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" sejenis buah nadir dinamakan buah jentik atau buah jentik-jentik untuk bacaan dan rujukkan anda.

Biasanya pokok jentik-jentik merah tumbuh menegak dengan batang berkayu ukuran sederhana (Sila lihat foto sebelah). Pokok ini mempunyai banyak dahan dan ianya merimbun serta mampu tumbuh sehingga mencapai ketinggian antara 20 - 25 meter. Pokok ini hampir sama dengan pokok rambai dari segi taksonominya. Daunnya berbentuk oblong berwarna hijau yang berukuran sekitar 12 - 15 cm panjang, 4 - 6 cm lebar dengan susunan daun yang bertentangan. Bunganya adalah sangat kecil dengan rumpun kecil yang banyak,padat pada tangkai jambak yang berjuntai sepanjang 20 - 30 cm dari dahan tua. Buah jentik-jentik yang muda berwarna hijau seakan-akan buah rambai yang mana ia bergantung-gantung pada tangkai. Ia akan bertukar kepada warna kekuningan dan akhir sekali akan bertukar kemerahan apabila masak. Terdapat tiga biji dalam satu buah dimana isinya adalah saya dapati berjus. Warna isi adalah merah dengan rasanya masam-masam manis. Spesis Baccaurea Hookeri yang juga dikenali sebagai jentik-jentik mempunyai buahnya yang seakan-akan buah rambai tetapi lebih besar sedikit daripada buah jentik-jentik merah walau pun saya belum jumpa lagi spesis ini. Penulis blog  juga perhatikan, bila buah ini cukup masak ia berwarna kuning keperangan. Buah yang cukup masak apabila dijentik terus terbuka. Lazimnya didapati ada sebanyak 3 ulas biji didalamnya dengan warna kemerahan. Isinya memang amat berjus dan rasanya masam-masam manis walau pun saiznya sekita 1.0 - 1.4 cm garispusat sahaja. Walau pun makan sebanyak 4 - 5 tangkai, saya tidak rasa kenyang pun. Cara pembiakannya adalah dengan cara menyemai biji benih dalam nurseri atau dalam polibeg. Tanah yang subur dengan saliran baik sesuai untuk menanam buah jentik ini walau pun ramai petani tidak berminat. Mungkin disebabkan saiz buah sangat kecil, lamat berhasil, penghasilan buah bermusim, ramai tidak kenal, pasaran yang tidak pasti dan tidak ada varieti disyorkan menyebabkan pokok jentik-jentik ini kurang mendapat minat petani menanamnya.


Dalam akhbar tempatan tidak banyak yang melaporkan akan buah e=jentik-jentik ini kecuali satu  laporan dari Sinar Harian pada 18 Jun 2018 bertajuk ''Rezeki penjual buah jentik'' yang baik untuk saya kupas. Wartawan Sinar Harian Muhammad Ammar dsn penduduk ksmpong En Gayakamar (kiri) bersama pelanggan menunjukkan buah jentik dijual (Sila lihat foto disebelah). Berita dari Sik, Kedah ini melaporkan dimana buah jentik yang berbuah di luar pada musimnya memberikan rezeki berganda kepada penjualnya. Gayakamar Wahab yang berumur 64 tahun berkata, gerainya yang beroperasi di tepi jalan raya Kampung Batu Besar sejak tiga hari lalu tidak putus-putus menerima kunjungan pelanggan. Dakwanya ada pelanggan sanggup beratur panjang semata-mata mahu merasai keenakan buah berkenaan. Musim buah ni sepatutnya pada tiap kali Aidiladha, tapi kali ni ada yang berbuah salah musim. Ramai yang nak balik Kuala Lumpur, Selangor dan Kelantan singgah untuk beli buah ini. Namun katanya, rasa buah berkenaan yang masam-masam manis akan bertukar masam seandainya kulit buah merekah. Kini walaupun dah masak, tapi kulit pecah (merekah) buah memang jadi masam. Tapi jika tak pecah dan kulit sampai jadi hitam, warna buah tetap sama dan manis. Bekalan akan cepat habis sekiranya dibeli pelanggan dari Kelantan. Tambahnya lagi orang Kelantan cukup suka buah ni, selalunya buah ni habislah dibeli dimana jalan raya di tepi lokasi jualan turut sesak. Kelmarin dakwanya jalan di sini sampai sesak sebab pemandu masing-masing cari parkir.  Ada yang terpaksa berjalan 500 meter untuk datang beli dan sempatlah beli setangkai dimana dia tengok pun kesian. Dia menjual buah jentik berkenaan pada harga RM10 sekilogram manakala RM6 pada musim ia berbuah. Lazimnya di luar daerah Sik, buah itu mampu mencecah pada harga RM15 -  RM20 sekilogram. Dikawasan luar Daerah Sik ada yang jual dengan harga RM15 sekilo di Kuala Lumpur harga RM20 sekilogram pun ada orang jual. Seorang pelanggan, Wan Wan Zulkifkli, 34, berkata, selama ini dia belum pernah merasai buah jentik. Waktu pandu kereta saya nampak gerai buah ni, ingatkan buah apa sebab tu singgah. Rasanya ok, masam-masam manis, lagipun bukan selalu dapat,” katanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...

POKOK JENTIK2... JENIS NADIA DIA...
BUAH BERMUSIM... PELIK CIRINYA...
BILA MATANG PECAH DIJENTIKNYA...
RASA MANIS... KELAT JUGA ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 324, Citradines Hotel Cyberjaya,
Cyberjaya, Selangor,
Malaysia.
(1 JamadilAwal 1440).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...