Support My Blog

Sunday, January 13, 2019

REZEKI IKAN SEPAT - BERMUSIM

IKAN SEPAT (Trichogaster spp) merupakan sejenis ikan air tawar dari keluarga Osphronomidae yang terdapat di negara kita dan beberapa negara tropika lain diseluruh dunia. Ikan Sepat mempunyai beberapa spesis yang popular iaitu Sepat Siam (Trichogaster pectoralis), Sepat Rawa (Trichogaster trichopterus), Sepat Mutiara (Trogaster leerii) dan Sepat Kecil (Trichogaster microlepis). Nama-nama tempatan lain sepat adalah seperti Sepat Sawah, Sepat Ronggeng, Sepat Biru, Sepat Sapek dan macam-macam lagi. Ikan sepat ini telah digunakan sebagai sumber makanan yang dimakan dan juga merupakan spesis ikan yang sesuai untuk dijadikan ikan hiasan atau 'ornamental fish'. Penulis blog mengenali ikan sepat semenjak kecil lagi ketika tinggal di kampong di Gersik, Muar, Johor dimana sering mendapat ikan sepat dari anak sungai, kolam dan lubuk dikampong yang ditangkap untuk dimakan atau dijadikan ikan hiasan dalam botol. Ikan Sepat merupakan sejenis ikan air tawar yang mudah didapati dikawasan sungai, anak sungai, tasel, kolam, lubok dan sebagainya sama ada dikawasan air mengalir atau air statik. Ikan yang berbentuk pipih ini mempunyai mulut yang kecil dihadapannya. Ikan ini mempunyai sepasang sesungut panjang dan beberapa sirip di bahagian sisi, diatas serta bawahnya. Ikan ini mempunyai sisik nipis yang bersusun senget dengan warna gelap dan agak keras. Terdapat dua 'titik hitam' atau 'black dot' sama ada dibahagian tengah badan atau bahagian belakang badan di kedua-dua belah. Titik ini merupakan tanda paling mudah untuk mengenali ikan sepat dalam air. Struktur dalaman organ ikan sepat seperti juga jenis-jenis ikan Gourami dan Ikan Haruan dan Ikan Puyu mempunyai 'labyrinth' diruang insangnya yang membolehkan ikan ini hidup walau pun dikawasan air yang kurang oksijan. Ikan ini banyak terdapat di kawasan sawah padi seperti di Sawah Ring, Muar dan juga dalam tali air sawah walau pun kerja pembajakan tanah, penggunaan racun dan air sawah dikeringkan pada setiap musim. Bagaimanakah ikan ini dapat meneruskan kehidupan setiap musim menjadi tanda tanya kerana ia mampu membiak dengan cekap. Aktiviti untuk menangkap ikan 'sepat sawah' selepas habis musim menuai padi pada waktu dahulu adalah satu aktiviti yang sangat menyeronokan kerana kita akan dapat menangkap ikan sepat sawah atau sepat ronggeng dengan banyak. Selalunya ikan ini akan di goreng dengan tepong atau di jemur untuk dijadikan ikan kering yang sangat sedap dimakan dengan nasi panas dan dimakan diatau pondok ditengah sawah padi dialas dengan daun pisang. Artikel yang ke 5,014 kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saaya menulis artikel menarik subjek ikan sepat untuk semua pembaca  dimana ia merupakan rezei bermusim di Malaysia seperti dilaporkan oleh media tempatan.

Media tempatan dengan tajuk ''Rezeki dari parit sawah'' melaporkan dimana wartawan utusan menyatakan dimana apabila berlaku ban pecah di Tanjung Piandang, Perak telah dijadikan pesta oleh Kamaruddin Ismail menjaring ikan, ketam dan udang (Sila anda lihat foto disebelah). Ikan sawah atau ikan darat sering menjadi permintaan daripada peminatnya kerana segar dan manis isinya. Dalam kesempatan itu dimanfaat­kan seorang pesawah bernama Kama­rud­din Ismail 54 tahun iaitu dari Kampung Parit, Tanjung Piandang di sini apabila menjadikan parit sawah sebagai lubuk rezeki tambahan. Kini hampir setiap hari terutama ketika air sawah dialirkan keluar dari petak sawah maka dia akan memasang pukat di dalam parit sawah yang sudah hampir ke­ring. Secara purata sehari dia mendapat hasil lebih 20 kilogram ikan sawah seperti keli, sepat, haruan, puyu dan lampam. Sebaik sahaja hasil dari tangkapan dibawa ke pekan Batu Lima memang sudah ramai pelanggan setia yang menunggu untuk membeli ikan yang masih hidup. Pelanggan sudah tahu dia akan membawa hasil tangkapan dan sementara menanti dia datang dimana mereka juga minum di kedai kopi dahulu. Beliau menjual ikan darat pada harga RM5 sekilogram iaitu harga yang amat berpatutan. Beliau dakwa boleh dikatakan berebut jugalah pelanggan sampai tidak menang tangan melayannya. Mereka mahukan ikan yang masih segar, mereka seronok membeli ikan-ikan yang masih hidup dan enak jika dimasak masakan tradisional. Ikan sawah atau ikan darat juga boleh di­buat pekasam dan ikan ke­ring yang turut mendapat permintaan yang menggalakkan. Biasanya hasil tangkapan ikan di darat ketika ini berkurangan malahan jauh berbeza berban­ding 20 tahun lalu dakwanya sehingga menyebabkan ikan ini sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Aktiviti menjaring ikan merupakan kerja sampingannya kerana mahu mencari pendapatan lebih disebabkan tidak boleh hanya bergantung pada hasil sawah padi seluas hampir tiga hektar yang diusahakannya. Sementara menanti hasil sawah biasanya dia perlu mencari pendapatan sampingan terma­suk menjaring dan memancing di laut, khususnya di kawasan Ban Pecah dekat sini untuk mencari ikan, ketam dan udang. Kini dengan rezeki daripada kerja-kerja kampung ini saya dapat menampung keperluan enam orang anak yang masih bersekolah dan seorang daripadanya sedang me­lanjutkan pelajar di sebuah kolej di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu di Kuala Muda, Kedah dengan tajuk artikel ''Rezeki pemancing selepas menuai'' menarik untuk dikupas. Apabila musim menuai di utara tanah air merupakan saat dinantikan petani. Masa itulah mereka berehat seketika selepas memperoleh hasil sepanjang musim menanam padi. Apa yang penulis bog tahu selain petani masa ini kaki pancing turut menantikan musim tersebut kerana inilah masanya mereka mempamerkan kemahiran menangkap ikan. Kini dikawasan sawah akan dipenuhi ramai pemancing yang menjadikan ikan sepat, puyu dan haruan sebagai sasaran.  Biasanya hasil tangkapan dimasak untuk hidangan keluarga, selain dijadikan pekasam atau ikan kering. Banjir di Kedah baru-baru ini menyebabkan limpahan air sungai mengalir ke bendang. Berikutan itu memang biasanya ramai pemancing berkumpul untuk memburu spesies ikan yang menjadi kegilaan iaitu ikan haruan. Kebanyakan pemancing semi-pro ini akan menggunakan umpan tiruan diperbuat daripada getah. Umpan itu berbentuk seakan-akan seekor katak bagi menarik perhatian ikan. Namun begitu terdapat segelintir pemancing gemar menggunakan katak hidup sebagai umpan. Difahamkan umpan katak hidup lebih mudah menarik perhatian ikan haruan kerana bau katak tersebut. Di samping itu biasanya ikan haruan juga dikenali sebagai spesies yang agresif. Ia akan mengejar sebarang bentuk pergerakan seumpama makanannya dan bagi pemancing, ia memberikan daya lawan serta lenturan rod yang pasti menjadi igauan. Biarpun begitu daya tarikan juga dibantu dengan kilauan sudu yang digunakan untuk memegang umpan tersebut bersama mata kail. Sudu itu mudah didapati di pasaran atau boleh direka sendiri menggunakan pelbagai bahan mudah lentur. Menurut seorang pemancing semi-pro yang dikenali dengan nama Mohd. Isa Abu Bakar berumut 32 tahun atau yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Cha’ dalam kalangan rakan-rakannya, dia lebih gemar menggunakan umpan hidup berbanding umpan tiruan. 

Dakwanya umpan tersebut mempunyai potensi tinggi mencuri perhatian ikan haruan dan lebih menarik, umpan tersebut dibuat sendiri. Penggunaan  umpan katak hidup akan diselitkan pada sudu yang diperbuat daripada duit syiling 50 sen. Duit berkenaan diketuk sehingga nipis dan dibentuk semula untuk tujuan memudahkan umpan diselit bersama mata kail. Biasanya berat duit syiling tersebut memudahkannya dibaling untuk mendapatkan jarak yang jauh, tahan karat dan tidak mudah patah dakwa beliau yang berasal dari Alor Janggus. Kini memanh ada pemancing menjadikan tangkapan sebagai juadah, selain menjual ikan tersebut kepada peraih tempatan yang kemudian dijual pula di pekan sehari dengan harga RM15 hingga RM20 sekilogram mengikut kualiti ikan. Dalam pada itu seorang pemancing lain iaitu Encik Zakaria Shaari berkata dimana aktiviti memancing memberi peluang kepadanya menambah pendapatan. Biasanya ikan yang dikail akan diproses menjadi ikan kering. Dinyatakan juga jika haruan mempunyai khasiat penyembuh luka serta pelbagai elemen baik untuk kesihatan. Maka permintaan akan terus meninggi untuk jenis ikan jenis ini. Ikan yang telah diproses boleh dijual pada harga RM40 sekilogram dan harga akan meningkat jika bekalan berkurangan.

Akhbar Sinar Harian yang penulis rujuk dengan tajuk ''Pesta sauk ikan sepat siam'' juga menarik untuk dibaca. Berita dari Kuantan, Pahang ini menyatakan dimana orang ramai membawa penyauk berkerumun di sebatang sungai kecil untuk menangkap ikan sepat siam yang hanyut akibat arus deras di Jalan Kuantan - Pekan berdekatan dengan Taman Inderapura dekat sini. Penulis blog pernah bertugas di Pahang dan tahu akan lokasi tersebut yang bersambung dengan Pusat Latihan Pertanian Jabatan Pertanian Inderapura. Suasana tersebut juga menarik kehadiran pengguna jalan raya yang mana mereka akan turut berhenti untuk melihat situasi berkenaan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas. Seorang penduduk Taman Inderapura iaitu Salleh Muhammad yang berumur  50 tahun menyatakan beliau datang ke kawasan berkenaan sejak pagi lagi untuk menangkap ikan berkenaan bagi sajian keluarga. Beliau dapat tahu daripada rakan yang kata ramai orang menangkap ikan sepat siam dekat sini sejak hari pertama banjir lagi, jadi saya datang bawa sauk sekali dan jala sekali (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya memang banyak ikan dikawasan itu kerana tidak sampai satu jam di sini dia mendapat lebih 10 ekor ikan gunakan sauk dimana ia mencukupi untuk sajian keluarga. Salleh juga berkata memang sudah menjadi kebiasaan baginya pada musim banjir mencari ikan air tawar. Sebenarnya apabila musim banjir air sungai menjadi lebih dalam dimana kadang-kadang melimpah sampai ke jalan raya. Ikan air tawar yang dibawa dengan limpahan air sungai ini dapat diperoleh dengan lebih mudah apabila menuju ke darat. Rakannya pula dikenali dengan nama Mohd Daud pula menyatakan dimana paras air bah lebih tinggi akan menyebabkan ikan menjadi 'mabuk air' sehingga mudah ditangkap dengan hanya menggunakan penyauk. Selalunya macam-macam ikan boleh ditemui akan tetapi dekat sini banyak ikan sepat siam pula dan selalunya ikan puyu pun boleh dapat. Mohd Daud yang tinggal di Taman Indera Sempurna di sini berkata, mungkin orang ramai suka makan ikan air tawar pada musim banjir sebab menjadi makanan alternatif apabila ayam dan daging lebih sukar untuk didapati. Dalam pada itu Harian Metro elaporkan dengan tajuk berita ''Sauk sepat siam tepi jalan'' juga menarik dan berkaitan. Apa yang menarik ibarat pesta apabila orang ramai memenuhi bahu jalan untuk menyauk sepat siam yang ‘mabuk’ dibawa arus bah di Jalan Kuantan-Pekan dekat Taman Pertanian Inderapura, Kuantan, Pahang. Malahan pesta itu turut menarik kehadiran lebih ramai pengguna jalan raya yang berhenti untuk melihat sehinggakan menyebabkan kesesakan lalu-lintas. 

Dalam pada itu akhbar Harian Metro dengan tajuk ''Rezeki si pembur'' oleh wartawan Khairul Hamizi menarik berkait dengan banjir dan rezeki ikan air tawar. Foto sebelah menunjukkan Firdaus sedang menebar jala bagi menangkap ikan sepat. Musim banjir yang melanda negeri ini memberi hasil lumayan kepada pemburu sepat apabila ikan itu mendapat permintaan tinggi ketika musim tengkujuh. Harga antara RM4 dan RM8 sekilogram menjadikan ikan sepat dan ikat darat lain menjadi menu utama penduduk di sini. Tinjauan Harian Metro ke kawasan banjir di beberapa lokasi daerah ini mendapati ramai penduduk setempat sanggup masuk ke dalam parit menahan pukat dan menjala sepat bagi memenuhi permintaan pelanggan. Fidarus Alias, 20, berkata, musim banjir yang melanda kawasan daerah ini membuatkan penduduk kampung duduk di rumah dan malas ke pasar untuk membeli ikan laut. Menurutnya dimana sejak hujan melanda beberapa hari lalu, kawasan parit kampung dipenuhi air hujan sekali gus menjadi tempat ikan sepat ‘bermain’. Dia mengambil peluang itu untuk menjala ikan sepat dan haruan bagi meraih pendapatan sampingan keluarganya. Kebiasaannya keluarga menghabiskan lebih RM10 untuk membeli barang mentah di pasar, namun kini tidak lagi kerana ramai adik beradik gemarkan ikan darat yang segar. Artikel ini menjelaskan aakan rezki ikan air tawar terutama ikan sepat, puyu dan haruan yang menjadi rezeki penduduk kampong terutama pada musim hujan. Semuga artikel ini menjadi bahn rujukkan berhuna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
MUSIM HUJAN... AIR MELIMPAHI JALAN...
IKAN MABUK... BERENANG BERKELIARAN...
GUNA SAUK.. JALA PUN BOLEH DIGUNAKAN...
REZEKI IKAN SEPAT...IA SEDAP DIMAKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(6 RabiulAkhir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...