mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, January 16, 2019

CABARAN TERNAK LEMBU TENUSU


INDUSTRI TERNAKAN LEMBU di Malaysia dilaporkan memang mempunyai potensi yang besar terutama untuk lembu tenusu (Dairy Production). Ternakan lembu terbahagia kepada ternakan lembu tenusu dan juga ternakan lembu pedaging. Di Malaysia 90% (peratus) daripada pengeluaran susu segar di negara dihasilkan oleh penternak kecil atau pun jenis tradisional manakala selebihnya merpakan jenis penternak komersial. Justeru itu peluang masih terbuka luas bagi usahawan untuk menceburi industri lembu tenusu ini. Kerajaan memberikan beberapa insentif kepada usahawan meningkatkan tahap pengeluaran susu cair bagi objektik untuk mengurangkan import. Secara puratanya seekor lembu tenusu akan mengeluarkan susu dari masa melahirkan anak sehingga ianya bunting 8 bulan. Jangka masa pengeluaran susu adalah dianggarkan lebih kurang 280 hari. Baka-baka yang diternak untuk pengeluaran susu segar di Malaysia termasuklah Mafriwal, Girlando dan Kacukan Friesian. Tetapi Lembu tenusu kacukan Friesian Sahiwal atau dikenali sebagai lembu baka MAFRIWAL sering menjadi pilihan pengusaha lembu tenusu. Baka ini sesuai untuk ternakan di negara ini kerana mempunyai tahap kesuburan baka yang baik, senang diurus dan tahan kepada cuaca panas dan kelembapan tinggi serta serangan penyakit disamping dapat menggunakan bahan makanan tempatan dengan baik. Kini beberapa syarikat GLC telah cuba mendatangi pemain dan industri tenusu untuk menjadikan industri tenusu sebagai satu potensi baru di Malaysia. Dalam pada itu kerajaan sedang berusaha untuk menubuhkan Lembaga Ruminan Negara dimana industri tenusu merupakan salah satu komponen yang akan diberikan tumpuan. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology'' beberapa cabaran didalam pembangunan industri tenusu untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Dalam industri tenusu, keperluan infrastruktur ladang Lembu Tenusu memerlukan perancangan dan kos yang tinggi diperingkat awal. Ladang Tenusu hendaklah mempunyai jalan ladang yang baik, pemparitan dan saliran air yang baik, bekalan air bersih yang mencukupi dan kemudahan bekalan elektrik yang baik. Pembinaan kandang lembu dan pusat operasi memerah susu juga perlu dibuat dengan baik. Tetapi sebagai langkah berhati-hati, pengusaha perlu mempunyai generator sebagai bekalan tenaga elektrik tambahan atau simpanan. Kandang lembu tenusu hendaklah mempunyai lantai simen kukuh dan mudah dibersihkan, sistem longkang dan mesti buangan yang teratur(Sila lihat foto disebelah). Kandang lembu juga perlu mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Ruang kandang yang mengcukupi megikut jumlah lembu. Kebiasanya ada keperluan ruang untuk sekor lembu adalah 30 kaki persegi. Tempat makan dan minuman yang mengcukupi dengan kapasiti minima 2.5~3 kaki/ekor dan keperluan air 10 gelen air/ekor/hari serta tempat makan dan minum perlukan senang dibersihkan. Infrastruktur asas lain yang penting adalah tempat pemerahan dan kolam najis. Dalam penulis bloh membuat pemantauan projek tenusu mendapati cara pengurusan najis dengan menjadikannya sebagai sumber baja untuk ladang napier memang signifikan. Projek Tenusu Eco-Yap di Keningau, Sabah menjadi contoh terbaik dimana pengurusan najis lembu tenusu di jadikan baja penting untuk menanaman rumput anapier yang subur dan mampu untuk bekalkan makanan untuk lembunya (Sila klik disini). Kagum dengan pengurusan lebih 5,000 lembu tenusu didapati ladang ini menjadi satu contoh usahawan tenusu berjaya.

Sistem Pengurusan Tenusu memerlukan kepakaran melalui latihan formal dan hands-on yang disediakan pihak kerajaan atau swasta. Ternakan lembu tenusu dilakukan secara sistem semi-intensif di mana lembu dibiarkan meragut di padang ragut pada waktu siang dan di kandang pada waktu malam. Sistem semi-intensif sering dijalankan kawasan berhampiran seperti ladang-ladang getah dan kelapa sawit yang membenarkan lembu meragut di dalamnya. Makanan tambahan seperti rumput, dedak, air dan garam galian tersedia di kandang bagi keperluan petang, malam dan awal pagi. Manakala sistem intensif pula meletakkan Lembu-lembu di kandang sepenuh masa. Rumput potongan atau silaj dan lain-lain makanan tambahan diberikan di kandang pada selang masa tertentu. Kerja-kerja pengurusan ternakan lembu tenusu melibatkan kerja harian yang merangkumi aktiviti seperti (1) Pengurusan ibu iaitu perkara asas bagi mendapatkan induk yang lebih produktif (2)­ Pengurusan anak lembu perlu dilakukan mengikut sistem terbaik, (3) Pengurusan pemakanan lembu tenusu dengan berjadual dan berkhasiat, (4) Program kesihatan Ternakan Lembu Tenusu, (5) Pengurusan Lembu kering susu (6) Program Pembiakan dan menyediakan baka tenusu terbaik (7) Pengurusan kebersihan Permis Ternakan agar kondusif untuk penternakan lembu tenusu ysng cekap (8) Pengurusan Anak baru lahir, (9) Pemerahan Susu menggunakan teknologi terbaik dan bersih, (10) Kawalan Mutu Susu, (11) Pemasaran Susu dah akhirnya aktiviti (12) Mendokumentasi dan rekod. Perananan penternak dan pekerja diladang lembu tenusu memerlukan disiplin yang kuat kerana tiada waktu rehat khusus untuk lembu tenusu ini terus mampu menghasilkan susu berkualiti.

Aktiviti Pemerahan Susu Lembu perlukan kelengkapan dan kepakaran pekerja. Pada masa ini terdapat 2 kaedah pemerahan susu yang diamalkan iaitu Cara Perahan Manual­ dan Cara Perahan Mesin. Cara manual adalah kaedah memerah susu lembu dengan menggunakan tangan dengan teknik yang betul (Sila lihat foto disebelah). Kaedah ini adalah biasanya agak perlahan jika pekerja tidak mahir dimana ianya juga memerlukan tenaga serta tangan perlulah bersih. Apa yang paling penting susunan jari dan kaedah pemerahan perlu betul bagi menggelakkan puting susu daripada luka. Apa pun bagi penternak komersil mereka lebih sesuai dengan menggunakan Mesin­ sama ada Automatik Sepenohnya atau Separa Automatik. Mesin ini dioperasikan dengan kuasa eletrik­. Penggunaan peralatan ini memudahkan kerja tetapi mesin perlu dicuci bersih terlebih dahulu sebelum penternak memulakan perahan. Sebelum itu anak lembu digunakan kepada induk lembu sebagai kaedah rangsangan untuk mengeluarkan susu. Penggunaan alatan ini lebih cepat dan puting susu perlu dicelup dengan iodine selepas proses selesai. Proses pengeluaran susu bukanlah sesuatu yang berterusan. Susu akan keluar hasil dari rangsangan yang mencukupi. Penyusuan anak lembu merupakan rangsangan semula jadi bagi keluaran susu lembu. Rangsangan juga boleh dilakukan dengan mengurut ambing atau tetek lembu dengan air secukupnya. Kebiasaanya susu akan mulai keluar 60 saat selepas ransangan dilakukan dan perahan boleh dilakukan selepas ambing dibersihkan sebelum otot-otot tertentu mengecut dan menyukarkan kerja perahan.

Terdapat beberapa langkah­-langkah dalam aktiviti pemerahan susu lembu. Pertama sekali mestilan mengikat lembu di tempat pemerahan dan kawasan memerah hendaklah bersih dari najis, debu dan segala kekotoran lain. Pada kebiasaanya lembu akan dimandikan terlebih dahulu serta mabing susu dibersihkan dengan dengan sanitizer (air suam atau bahan Divisol). Lembu diberikan minuman dan diikuti dengan makanan dedak. Segala peralatan memerah seperti 2 helai tuala, sebaldi air paip bersih, sebaldi air suam panas bercampur divisol dan sebuah tong yang telah dibersihkan dengan air panas disediakan sebelum kerja-kerja perahan bermula. Peralatan ini hendaklah diletakkan jauh dari lembu dan anak dan hanya digunakan semasa pemerahan sahaja. Anak lembu yang digunakan sebagai rangsangan sebagai pengeluaran susu dengan membiarkan anak mengisap susu sementara. Jangan sekali­-kali memukul atau menakut-­nakutkan lembu kerana ia akan mengurangkan pengeluarannya. Gunakan tuala untuk mencuci ambing susu dan putingnya dengan air bersih setelah itu gunakan pula air mengandungi campuran divisol. Keringkan ambing dan lakukan CMT/ RMT kepada keempat-empat puting susu (Strip cup mengesan mastitis). Kebiasaanya memerah susu dengan mesin pemerahan lebih kurang lapan minit. Puting susu dicelup dengan iodine selepas proses pemerahan berakhir. Susu kemudiaanya ditapis sebelum dihantar ke pusat jualan atau ke pusat pengumpulan susu. Selesai memerah susu hendaklah ianya dikumpulkan ke dalam tong susu (churn) dengan kaedah menggunakan tapisan berupa sehelai kain putih bersih nipis. Selesai proses perahan lembu dilepaskan ke padang ragut. Tempat perahan dibersihkan. Pastikan susu yang diperah bersih dan tidak ada sebarang kekotoran terjamin mutunya. Sejukkan susu segera dan boleh dihantar untuk dijual atau diproses dengan seberapa segera.

Dalam akhbar tempatan bertajuk "Cabaran industri lembu tenusu" oleh wartawan Ashroq Fahmy dalam utisan memang menarik untuk di kongsi. Jika diperhatikan, industri lembu tenusu luar negara ianya akan berkembang dengan begitu baik dan pesat. Apa jua kaedah yang digunakan membuahkan hasil. Sama ada kaedah tradisional mahu pun moden. Melihat kepada kejayaan negara-negara luar itu, usahawan-usahawan lembu tenusu tempatan wajar menjadikan senario tersebut sebagai pencetus semangat dan iltizam meningkatkan industri terbabit. Habis segala modal dilaburkan, baka lembu terbaik luar negara dibeli bagi menjamin pulangan yang lumayan. Namun hasil yang diperoleh tidak seperti yang dijangka. Oleh itu secara teorinya, perladangan lembu tenusu kelihatan mudah. Namun pahit getir mengusahakannya hanya mereka terlihat sahaja yang mengetahui. Menurut Pengerusi Koperasi Lembu Tenusu Negeri Johor Berhad (KPTJB), Dr. A. Sashikannan, biarpun permintaan susu segar amat tinggi di negara ini, namun pelbagai cabaran perlu dihadapi pengusaha ternakan tersebut. "Antaranya adalah kadar harga susu segar yang tidak stabil kerana bergantung kepada kualiti susu yang diperah. "Kualiti susu pula amat bergantung kepada tadbir urus dalam proses pengumpulan susu," katanya ketika ditemui pada Program Transformasi Kualiti Susu Penternak Malaysia di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini. Jelas Dr. Sashikannan, susu segar mudah rosak jika tidak disejukkan dengan segera. Keadaan tersebut juga menyebabkan kualiti susu akan menurun. Ini kerana apabila kualiti menurun, harga susu akan menurun kerana dijual berdasarkan kualiti. Sistem pengurusan pengumpulan susu yang bersepadu perlu dikaji semula bagi membolehkan susu yang diperah dapat dihantar secepat mungkin ke pusat pengumpulan bagi mengekalkan kualitinya. Namun, apa yang terjadi, akibat kekangan masa serta pusat pengumpulan yang terhad serta terletak jauh daripada ladang, menjadikan proses pengumpulan susu memakan masa. Akibat terdedah pada suhu yang tinggi terlalu lama, akhirnya kualiti susu segar menurun. Antara cabaran lain yang dihadapi pengusaha lembu tenusu adalah kos pengeluaran susu segar telah meningkat. Kos untuk pengeluaran tersebut meningkat seiring dengan peningkatan kos makanan haiwan. Untuk mendapatkan baka lembu tenusu yang berkualiti tinggi juga amat sukar menjadikan industri ini berjalan agak perlahan di negara ini. Ini belum ditambah dengan faktor pemilikan hartanah yang berharga tinggi menjadikan sektor tersebut semakin dihimpit kepayahan. Keadaan keluasan tanah pertanian yang semakin terhad menghalang pengusaha lembu tenusu untuk membina ladang ternakan yang lebih selesa sekali gus tidak mampu menggalakkan pengeluaran susu segar.

Pengusaha-pengusaha lembu tenusu terpaksa berpuas hati dengan sebidang tanah yang terletak jauh ke pedalaman berikutan kawasan tanah yang ideal untuk projek ternakan lembu tenusu pasti berharga tinggi. Kawasan ladang yang terlalu jauh pastinya memberi kesan secara terus apabila susu segar yang diperolehi akan memakan masa untuk dihantar ke pusat pengumpulan sekali gus kualitinya akan menurun. Bagaimanapun menurut Dr. Sashikannan, Jabatan Pertanian telah banyak membantu mereka biarpun kadang kala bantuan yang diterima lambat sampai ke tangan penternak. Tambah Dr. Sashikannan, bagi mendapatkan harga yang baik, tahap piawaian mesti berada pada tahap skala satu 500 ribu hingga satu juta TPC (Total Plate Count). "Jika TPC lagi kurang, susu lebih baik dan harga juga lebih mahal. "Kini susu dijual pada kadar harga RM2.00 - RM2.70 seliter," katanya. Antara cadangan yang diberikan oleh pengerusi KPTJB itu adalah, kerajaan boleh mewujudkan koloni penternak lembu tenusu bagi memudahkan pengumpulan susu segar dilakukan. Sebagai contoh bagi 50 orang penternak perlu ditempatkan di dalam kawasan seluas 10 ekar yang mana mereka akan dibahagi-bahagikan mengikut jumlah ternakan. Kemudian, pengumpulan boleh dilakukan secara serentak dan penghantaran susu ke pusat pengumpulan juga lebih pantas. "Buat masa ini tiada kawasan khas diperuntukkan untuk penternak menyebabkan mereka mencari kawasan sendiri dan berada jauh di antara satu sama lain menyebabkan proses pengumpulan berjalan dengan perlahan. "Kami di pihak penternak juga faham dengan situasi masa kini yang mana harga tanah pertanian juga telah meningkat dan amat mahal, namun kami memohon jasa baik kerajaan untuk membantu penternak," katanya. Semuga artikel mengenai cabaran menternak lembu tenusu kali ini dalam anim agro technology member info berguna. Wasallam!!!...
MENTERNAK TENUSU... BANYAK CARA...
SEDIA KANDANG....IA BAIK FUNGSINYA...
SUSU DIPERAH... MANUAL ADA MESINYA...
KUALITI DIJAGA... IKUTI PROSEDURNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 506, TaniYaa Hotel and Apartment,
Block 3520, Jalan Teknokrat 6,
Cyberjaya, Selangor,
Malaysia,
(7 JamadilAwal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...