Support My Blog

Monday, January 7, 2019

BIDARA TEMPATAN DI RAUB - HEBAT!


BUAH BIDARA DI RAUB HEBAT!... itulah yang penulis blo dapat katakan apabila melawat kebun buah bidara di Raub, Pahang ini. Kebun milik Lim Chim Kee yang penulis kenal sebagai promoter agro pelancongan di Pahang ini memang boleh dijadikan contoh. Penulis blog yang melawat kebun beliau di temani oleh Pegawai Pertanian Daerah Raub dan Pembantu Pertanian Kawasan. Buah Bidara atau pun nama saintifiknya Zizyphus mauritiana Lamk merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga RHAMNACEAE yang boleh ditanam di negara kita sebagai satu jenis pokok buah-buahan yang berpotensi untuk dimajukan. Buah bidara En Lim memang enak, rangup dan manis (Sila lihat foto diatas). Nama-nama lain bagi buah bidara adalah JUJUBI, EPAL SIAM dan beberapa nama tempatan lain. Buah bidara yang masak boleh dimakan mentah atau diproses untuk dibuat jus minuman, sirap dan juga manisan (halwa). Buah bidara yang belum masak atau buah muda dimakan dengan garam atau dibuat jeruk atau dibuat acar. Daun muda ada yang dimakan sebagai sayuran dan ulam. Sehingga kini tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman buah bidara di Malaysia tetapi penulis mengganggarkan sekitar 150-160 hektar CHE pada tahun 2017. Negeri Perak dan Pahang serta Johor merupakan kawasan utama penanaman buah bidara di Malaysia. Pokok Bidara merupakan jenis tumbuhan kecil atau pokok yang sederhana besar yang mampu tumbuh sehingga ketinggian 15 meter. Pemerhatian saya mendapati pokoknya tumbuh menegak, agak rendang dan mempunyai dahan yang berjuntai. Terdapat ranting yang berduri dan agak berbulu pada spesis tertentu. Bahagian akar pula mempunyai akar tunjang dan akar serabut. Bunganya keluar dari ketiak daun dalam jambak yang berwarna kekuningan dan berbau wangi. Lazimnya saiz bunga sekitar 2-3 mm lebar dengan antara 8-20 kuntum bung satu jambak. Daun bidara berwarna hijau berkilat dengan ukuran 3-10 cm panjang dan 2-5 cm lebar serta panjang tangkai dalam 9 -15 cm. Bahagian atas daun didapati licin tetapi dibahagian bawah agak berbulu dan kasar. Penanaman pokok bidara mudah dilakukan dengan menggunakan bijibenih tetapi ramai juga petani yang saya temui menggunakan bahan tanaman darikeratan batang, tut atau cantuman. Lazimnya biji yang matang yang diambil dari buah masak. Biji buah bidara bercambah selapas 4 minggu disemai. Pokok yang ditanam daripada biji benih akan berbuah selepas 3 tahun ditanam sedangkan pokok yang ditanam dari tut atau keratan berbuah selepas 1-2 tahun. Jenis tanah subur dengan mempunyai saliran baik diperlukan untuk tanaman bidara. Pemerhatian mendapati pokok bidara tahan pada cuaca kemarau dan suhu agak tinggi yang mana keadaan ini mampu merangsang pokok mengeluarkan bunga dan buah. Jarak penanaman disyorkan 3m x 4m atau lebih rapat bergantung kepada sistem penanaman. Berikan baja organik dalam lubang penanaman dan baja tumbesaran NPK 15:15:15 dari umur 1-3 tahun. Baja NPK 12:12:17:2 diberikan apabila pokok bersedia untuk berbunga pada tahun ke 3 dan seterusnya. Sebaiknya sediakan sistem pengairan titis untuk mendapatkan buah yang berkualiti. Artikel ini saya berkongsi maklumat dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai teknologi tanaman dan kejayaan En Lim dalam memajukan tanaman buah bidara dikebunnya dan memajukan projek agro-tourism dikebunnya. 


Penulis blog yang berada dikebun En Lim selama 3 jam sempat mengutip info dan teknologi penanaman buah bidara beliau. Beliau yang bermula daripada pengalaman merasai buah bidara di Taiwan kini telah menanam pokok bidara di ladangnya di Raub, Pahang untuk memberi peluang lebih ramai orang merasai keenakannya (Sila lihat foto disebelah). Saya yang bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang masa itu mendapati seawal jam 7 pagi dimana beberapa orang pekerja di ladang buah-buahan Saliran Mampan Sdn. Bhd. sudah berada di kebun. Kebun dusun yang terletak di Sungai Klau, Raub, Pahang sudah bersedia untuk memulakan rutin harian mereka. Pada hari lawatan itu seorang pekerja yang ditemui iaitu Suk Bahadur yang merupakan warga Nepal ditugaskan untuk memetik buah bidara yang berbuah dan tanam di sebidang tanah seluas kira-kira 0.2 hektar di ladang berkenaan. Beliau kata tugas memetik buah bidara ini agak senang kerana pokoknya yang tidak terlalu tinggi dan agak rendang. Kebanyakan buah boleh dipetik terus dengan tangan kerana dahannya yang rendah. Memang En Lim membuat cantasan pembentukkan dimana ketinggian pokok bidara ini sekitar 5 kaki sahaja da ia memudahkan pekerja dalam pengurusan agronomi seperti membaja, mengawal rumpai, mengal penyakit dan peling penting untuk memetik buahnya. Jika buah berada di dahan yang tinggi pekerja akan gunakan tangga untuk mengambilnya. Pada masa dia memetik hasil kebiasaannya dia akan bertugas memetik buah itu bersama seorang lagi rakannya manakala pekerja lain ditugaskan untuk memetik buah-buahan yang lain untuk dikumpul sebelum dijual.

Penulis blog seterusnya memeriksa 10 pokok buah bidara di ladang berkenaan yang akan dipetik antara dua hingga tiga kali seminggu pada musim biasa. Pada musim berbuah lebat biasanya cara kekerapan menuai buah berkenaan boleh mencecah sehingga empat kali semingguPokok bidara dipercayai berasal dari Asia Tengah terutamanya negara yang memiliki musim kering (Sila lihat foto disebelah). Pada masa ini daka Lim hanya beberapa negara yang menanamnya untuk ia dikomersialkan iaitu China, India dan Thailand. Di ladang Saliran Mampan di Raub ini terdapat 24 batang pokok bidara yang hidup subur dan masih berbuah walaupun usia pokok tersebut sudah menjangkau 12 tahun. Pada asalnya dia menanam 42 pokok bidara pada tahun 2006 dengan kesemua benih diperoleh dari Thailand teta[i sebahagiannya mati akibat banjir yang berlau beberapa kali. Kini bagi tujuan penjarangan pokok bagi mendapatkan hasil yang lebih berkualiti dia hanya selenggara sebahagian sahaja dibiarkan terus tumbuh manakala yang lainnya ditebang. Pertama kali dia menikmati buah bidara ialah ketika melawat Taiwan pada tahun 2005. Dalam pada itu disebabkan rasanya yang enak, manis dan lebih rangup daripada epal hijau kini dia telah pun mengambil keputusan untuk menanam pokok tersebut di ladang miliknya. Apabila ada pelancong datang terutama daripada China untuk melawat dusun beliau, mereka akan dihidangkan dengan buah bidara, jambu air, jambu batu, durian (mengikut musim), jambu air, manggis, betik dan sebagainya.

Paling unik adalah semua tanaman buah bidara beliau kini ditanam didalam kawasan yang ada netting dan juga jaring besi  untuk menjaga keselamatan daripada pencuri dan perosak (Sila lihat foto paling bawah). Kini di negara ini dia mendakwa tidak pernah mendengar mana-mana pengusaha ladang buah-buahan yang menanam pokok bidara untuk tujuan komersial kecuali beliau dengan cara begini. Kini dimaklumkan hanya tinggal tidak sampai 30 pokok yang ada dan masih mengeluarkan buah. Beliau yag juga ada kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian daripada Universiti Putra Malaysia mahir dalam ilmu pertanian. Lim juga nyatakan kepada penulis blog anim agro technology dimana berbanding pokok buah-buahan lain yang terdapat di ladangnya yang berkeluasan kira-kira 6.4 hektar, hanya pokok buah bidara ditanam dengan sistem net iaitu beliau menggunakan jaring besi halus supaya tidak dimasuki serangga manakala yang lainnya ditanam secara terbuka. Dakwanya langkah itu bagi memastikan buah yang terhasil tidak menjadi mangsa serangan serangga buah selain membolehkan pengeluaran buah yang lebih berkualiti serta optimum. Beliau jelaskan untuk mengamalkan sistem pangkasan pada semua pokok bidara yang ditanam bagi memudahkan kerja-kerja menuai buah dilakukan. Buah bidara di Raub memang berbuah sepanjang masa dan tiada musim dengan penguruan baik. Sistem pangkasan sangat perlu bagi mengawal tahap ketinggian pokok agar tidak melebihi 3.5 meter. Jika pokok terlalu tinggi maka ia akan menyukarkan kerja-kerja menuai buah selain memakan masa yang lebih lama untuk mengutip buah yang sudah masak. Beliau juga melakukan sistem penjarangan buah bagi membolehkan buah yang terhasil lebih besar dan juga manis.

Aspek penjagaan tanaman seperti cara pembajaan dan pengairan adalah amat dititikberatkan. Dalam penulis blog lihat pokok bidara beliau dilihat jika zat pada pokok mencukupi maka ia akan mampu mengeluarkan buah sebesar epal hijau selain rasa yang manis dan rangup. Apa yang dilihat juga apabila buah bidara yang sudah masak boleh dikenali dengan memeriksa iaitu bahagian atasnya yang agak licin berbanding buah muda yang berkedut selain buahnya berwarna hijau kekuningan.  Seterusnya dia menjelaskan mengenai musim berbuah bagi pokok tersebut,  Sebenarnya pokok bidara bukanlah pokok buah yang bermusim dan ia akan mengeluarkan buah sepanjang masa. Bagaiamana pun ada ketikanya pokok tersebut akan mengeluarkan buah dalam kuantiti yang lebih banyak berbanding biasa dan boleh mencecah sehingga lima atau enam kali dalam tempoh setahunJika pada waktu biasa pokok bidara yang ada di ladang tersebut boleh menghasilkan kira-kira 50 kilogram (kg) setiap kali tuaian namun pada musim berbuah lebat didakwa ianya boleh menjangkau antara 100kg - 200kg. Pasaran buah bidara keluaran ladangnya dengan jumlah buah yang dihasilkan tidak banyak maka dia hanya mampu memasarkannya kepada peniaga buah-buahan di sekitar Bentong dan Karak, Pahang sahaja. Dia sudah mempunyai beberapa peniaga buah-buahan yang sememangnya mengambil pelbagai jenis buah-buahan daripada ladang ini. Oleh itu dia hanya akan memasarkan buah bidara kepada mereka kerana jumlah pengeluaran yang masih rendah serta tidak mencukupi untuk dipasarkan ke pasaran yang lebih luas. Sesekali dia juga akan memetik pucuk bidara yang enak dibuat ulam (Sila lihat foto disebelah). Terdapat beberapa peraih pasar malam setiap minggu yang datang mengambil pucuk bidara dari Raub yang menjulnya.

Buah Bidara di Malaysia masih dianggap buah yang masih kurang ditanam atau dikomersilkan. Menurut salah seorang pembantu dan penyelia ladang iaitu En Lim Ching Hooi yng juga partner syarikat apa yang perlu selepas aktiviti memetik buah bidar adalah membuat penggredan. Aktiviti ini akan dilakukan kepada buah bidara yang dikutip sebelum dihantar kepada pelanggan (Sila lihat foto disebelah)Sama seperti juga buah-buahan lain iaitu jambu air, jambu batu dan nangka madu lazimnya bagi buah bidara juga perlu melalui proses tersebut bagi memastikan hanya yang berkualiti dipasarkan. Biasanya apayang diberitahu proses mengutip buah bidara akan dilakukan pada waktu pagi dan penggredan akan dibuat sebaik buah diletakkan di tempat pengumpulan sebelum dihantar kepada pelanggan yang kebanyakannya merupakan peniaga buah-buahan. Apa yang dinyatakan bagi seorang peniaga di Perkampungan Bukit Tinggi, Bentong dikenali sebagai Lucia Anak Irut yang berada ketika lawatan penulis bog dinyatakan En Lim dimana beliau merupakan satu-satunya peniaga buah-buahan di situ yang memasarkan buah bidara. Da sebenarnya juga telah menjual buah bidara yang diambil dari ladang milik Chin Khee sejak lebih sedekad lalu. Buah tersebut dijual pada harga RM25 sekilogram. Dalam pada itu kedatangan ramai pelancong luar negara mendapati lokasi dudun di Raub ini adalah berdekatan dengan Kuala Lumpur sebagai destinasi yang perlu dipromosikan. Kebanyakan pelancong akan membeli buah bidara yang dijual di gerai saya kerana ia sukar diperoleh di tempat lain. Kunjungan penulis blog anim agro technology ke dusun En Lim ini memberikan beberapa idea seperti dimana pokok buah bidara boleh dikomersilkan di negara kita asalkan ada kemahuan, ilmu dan modal yang sesuai. Wasallam!!..


POKOK DITANAM... BUAH BIDARA...
LIM CHIM KEE... NAMA PENGUSAHA...
SG KLAU RAUB... LOKASI KEBUNNYNA...
HASIL LUMAYAN..MINAT  BOLEH CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 310, Hotel Jelai, 
Raub, Pahang, 
Malaysia.
(19 RabiulAkhir 1440H).
Posted from:
Room 307, Hotel 88 Embong Malang,
No84, Surabaya, Indonesia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...