ADAKAH PIAWAIAN KELAPA KUPAS DI MALAYSIA?. Ini kerana kualiti kelapa kupas atau kelapa tanpa sabut selalu dijual dipasaran untuk penentuan gred dan harga. Harga kelapa telah menghadapi isu turun dan naik lagi akibat banyak faktur termasuk isu lambakkan kelapa import. Itulah apa yang media masa laporkan pada bulan mengikut musim dan masa saban tahun. Dimanakah situasi sebenar industri kelapa sehingga akhbar laporkan akan keluhan penanam kelapa yang menerima harga rendah akibat kesan kelapa import?. Pada penulis blog komoditi Kelapa (Cocos nucifera) merupakan tanaman ke empat terpenting di Malaysia setelah kelapa Sawit, Getah dan Padi. Terdapat seluas 98,500 hektar tanaman kelapa dilaporkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia dengan menghasilkan sebanyak 650,000 biji kelapa setahun pada tahun 2017. Malaysia kini masih mengimpot sebanyak 100 juta biji kelapa tua setahun daripada Indonesia terutama untuk kegunaan kilang-kilang memproses kelapa. Penulis membuat rujukkan mendapati penggunaan perkapita kelapa di Malaysia adalah 17 biji seorangsetahun dimana dengan pertambahan penduduk dijangka pada tahun 2020 keperluan buah kelapa di Malaysia adalah sebanyak 1.2 billion biji setahun termasuk untuk kegunaan kilang. Kelapa varieti Malayan Tall (CN1) telah mendominasi tanaman kelapa sedia ada dalam negara (40,000 hektar masih produktif) dan seluas 10,000 hektar merupakan kelapa dari varieti Matag (CN 13, CN14, CN15) dan Kelapa Pandan (CN6). Bakinya adalah beberapa varieti lain seperti MAWA, WAT, MRD, MGD, MYD dan sebagainya. Teknologi tanaman kelapa Matag yang telah disyorkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia semenjak 2000 menunjukkan produktiviti kelapa negara meningkat. Permintaan terhadap benih kelapa hibrid Matag semakin tinggi setiap tahun dan daripada penanam kelapa kerana ia boleh memberikan potensi hasil yang tinggi. Kelapa pandan pula lebih dilihat ditanam untuk menghasilkan kelapa bagi air kelapa yang berbau pandan. Penanaman kedua-dua jenis kelapa ini kini menarik minat ramai usahawan muda dalam sektor untuk pembangunan industri kelapa negara. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai piawaian kualiti kupas di Malaysia dengan merujuk kepada risalah FAMA Standard rujukkan FS046:2011 bagi ianya dijadikan bahan rujukan dan sumber bacaan anda.
Risalah tersebut menyatakan dimana kelapa dalah tumbuhan saka daripada famili Arecaceae yang berasal daripada kepulauan Pasifik dan tumbuh subur dikawasan tanah berpasir terutama dikawasan persisir pantai. Beberapa negara tropika menjadi pengeluar utama tanaman kelapa direkodkan adalah seperti Indonesia, Filipina, Thailand, Malaysia dan juga beberapa negara Asia Pasifik lain. Bagaimana pun apa yang penulis blog pernah membuat rujukkan produktiviti kelapa ertinggi didunia adalah dari negara Brazil dan juga India. Kawasan tanaman kelapa yang utama di Malaysia adalah di Johor, Selangor, Perak, Sabah, Sarawak, Kelantan dan juga Terengganu. Bagaimana pun apa yang saya faham kelapa varieti Malayan Tall (CN1) masih mendominasi pengeluaran buah kelapa tua untuk pasaran domestik sehingga artikel ini ditulis. Saya ada menulis lebih dari 100 artikel mengenai kelapa semenjak 10 tahun lalu dan anda boleh buat pautan dengan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan berpuluh-puluh lagi. Kelapa mengandungi banyak bahan antioksidan dan mineral yang menghasilkan santan, air minuman kelapa dan juga beberapa produk lain seperti minyak kelapa dara (VCO), minyak kelapa, kopra dan banyak lagi. Pada penulis blog yang banyak menulis mengenai kelapa, industri ini amat wajar dijadikan sebagai satu program Sumber Kekayaan Baru (SKB) apabila pihak kerajaan telah meluluskan peruntukkan besar RM50 juta setahun untuk pembagunan semula industri penanaman kelapa. Bagaimana pun cabaran utama yang dihadapi dalam industri kelapa adalah kurangnya sambutan dikalangan petani disebabkan persaingan tanaman kelapa dengan komoditi lain seperti kelapa sawit, buah-buahan, sayuran dan juga pembangunan tanah untuk momersil lain seperti perbandaran.
Kepentingan kualiti buah kelapa perlu dikendalikan dengan baik bermula daripada amalan teknologi penanaman di ladang sehingga amalan lepas tuai dan akhirnya diperingkat pemasaran. Buah kelapa biasanya akan matang dalam masa 12 - 14 bulan bergantung kepada varieti dan juga umur pokok serta pengurusan tanaman. Kaedah memetik kelapa sama ada ia di kait dengan galah, menggunakan khidmat beruk petik kelapa atau buah kelapa gugur sendiri dan dikutip juga membezakan kualiti buah kelapa. Bagi tujuan pemasaran penulis blog dapati ada dua cara iaitu dengan mengupas sabut kelapa (menjadi kelapa kupas) dan ada yang menjual dengan sabut kepada pemborong kelapa. Kelapa yang tidak dibuang sabut memang tahan lama tetapi kelapa kupas biasanya bertahan selama 3 bulan. Bagaimana pun sebaiknya ia disimpan dalam susu ambien (28 - 31 C) dan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari dan juga kelembapan yang tinggi. Dari segi kawalan kualiti FAMA dibawah bidangkuasa Penguatkuasaan Peraturan (Penggredan, Pembungkusan dan Perlabelan) hasil keluaran pertanian 2008 atau GPL oleh FAMA bertujuan untuk mempastikan keluaran produk pertanian perlu digred, dibungkus dan dilabel sebelum dipasarkan. Objektif ini tidak lain adalah untuk mempastikan hasil makanan adalah berkualiti dan keselamatan makanan terjamin.
Tahap kematangan buah kelapa penting untuk mempastikan kualiti kelapa. Risalah tersebut paparken terdapat 4 indeks tahap kematangan disenaraikan daripada Indeks 1 sehingga Indeks 4 (Sila lihat foto diatas). Indeks 1 adalah kategori BELUM MATANG dimana warna permukaan kulit agak cerah dan tidak berkocak apabila digoncang. Indeks 2 pula adalah KELAPA MATANG dimana permukaan kelapa berwarna perang dan berkocak apabila digoncang. Indeks 3 pula adalah KELAPA MATANG dimana buah kelapa ini bwewarna perang dan sudah ada tunas tumbuh dari permukaan buah dan berkocak apabila digoncang. Indeks 4 adalah TERLALU MATANG dimana kulit berwarna perang gelap dan ada tunas keluar dengan jelas tumbuh pada buah dan tidak berkocak apabila digoncang.
Kualiti kelapa terbaik adalah buah yang bersih, tidak ada kecacatan dan keroakan fizikal. Kualiti yang diterima dipasaran adalah kualiti dimana buah kelapa tersebut cukup matang, bersih, terdapat kecacatan minimum serta agak bebas daripada kecacatan fizikal. Kualiti yanag tidak dikehendakki dipasaran adalah kelapa yang tidak cukup matang, kotor, terdapatan kecacatan bentuk dan rupa yang teruk. Kerosakan oleh haiwan perosak, penyakit dan kecederaan fizikal atau mekalikal yang menjejaskan jangka hayat dan kualiti buah kelapa kupas (Sila lihat rajah diatas). Penulis blog bagaimana pun melihat post harvest handiling dan penyimpanan merupakan perkara penting perlu dilihat oleh ereka yang terlibat dalam industri ini.
Secara mudahnya kelapa kupas ini dibahagikan kepada 3 gred dengan Gred-gred tersebut adalah PREMIUM, GRED 1 dan GRED 2. Gred Premium adalah buah kelapa daripada verieti yang sama dan bersih serta mempunyai saiz dan juga tahap kematangan yang seragam. Ia juga hendaklah bebas daripada kecacatan dan juga kerosakan. Mengenai peratus kelonggaran maka anda boleh rujuk rajah Spesifikasi gred kelapa kupas yang saya perjelaskan diatas. Gred 1 pula merupakan kelapa daripada varieti yang sama dan bersih serta mempunyai saiz buah dan ketangan yang seragam serta hampir bebas daripada kecacatan dan kerosakan cuma peratusnya berbeza dengan gred premium. Gred 2 pula adalah kelapa kupas yang dari varieti sama dan bersih juga dia mempunyai saiz sama dan seragam tetapi agak bebas dari kerosakan dan kecacatan (lihat peratusannya). Apa pun pada peulis blog hanya pakar yang biasa sahaja tahu akan spesifikasi ini . Orang ramai masih perlu merujuk kepada risalah atau bertanya pakar mengenai perkara ini. Apa pun kalau kelapa sudah menjadi santan perkara seperti ini sudah sukar untuk dinilai.
Bagaimana pun kita perlu tahu akan pengkelasan kelapa kupas untuk dijadikan panduan. Kelapa kupas dikelaskan kepada empat (4) saiz iaitu Lebih Besar, Besar, Sedang dan Kecil (Sila lihat rajah diatas). Bagaiana pun penulin blog dapati umum mungkin terbiasa dengan varieti kelapa besar dari varieti Malayan Tall yang besar sedangkan pernah ada duli kelapa hibrid MAWA (Kacukan Dwarf dengan West African Tall) tetapi saiznya yang kecil menyebabkan ramai tidak tahu kandungan santan dari kelapa kecil ini adalah antara yang terbaik kualitinyanya dan kuantitinya (Sila lihat foto diatas). Terkini ramai yang ingin menanam kelapa hibrid varieti MATAG (Kacukan diantara Malayan Dwarf dengan Tagnanan Tall) yang berpotensi tinggi hasilnya. Bagaimana pun benih untuk varieti MATAG memang agak sukar dibeli atau diperolehi kerana proses menyediakan benih MATAG amat rumit dan lama. Semuga artikel subuh ini selama 3 jam menulis blog dalam anim agro technology memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
KUALITI KELAPA KUPAS... BAGAIMANA...
MESTI SERAGAM... DARI VARIETI SAMA...
ADA 3 GRED... PREMIUM, SATU DAN DUA...
KENALI KUALITI... AKAN SELAMAT DIGUNA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(27 RabiulAkhir 1440H)
Bersamaan 30 Disember 2018.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.