Support My Blog

Saturday, January 12, 2019

AFRICAN SWINE FEVER - APA DIA?

APAKAH AFRICAN SWINE FEVER?... Penulis blog pada pertama kali mendengar perkara ini selepas membaca akhbar tempatan Bernama iaitu kenyataan oleh Timbalan Menteri Pertanian di Putrajaya baru-baru ini. Menurut beliau Malaysia diisytiharkan bebas daripada African Swine Fever (ASF) sejak virus itu dikesan berleluasa di Benua Asia sejak 3 Ogos lalu. Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Sim Tze Tzin nyatakan pihaknya juga telah mengambil langkah-langkah proaktif iaitu antaranya menghentikan semua produk berkaitan babi hidup dan beku yang diimport dari enam negara buat sementara waktu dan ia berkuat kuasa serta-merta. Terdapat sehingga kini enam negara yang akan disiasat iaitu negara China, Poland, Rusia, Hungary, Moldova (sebuah negara di Timur Eropah) dan Ukraine yang telah melaporkan serangan ASF ini sehingga ianya menjejaskan industri babi diseluruh dunia. Haiwan Babi kini diseluruh dunia merupakan haiwan ternakan yang telah banyak ancaman seperti serangan Virus Nipah (JE) di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan yang juga mengancam manusia sehingga menyebabkan kematian petugas masa itu. Terkini dilaporkan kerajaan memandang serius dengan cara sangat mengambil berat risiko yang ada serta telah bertindak proaktif untuk memastikan tiada kemasukan virus ini ke Malaysia melalui pengimportan daging dan produk babi. Dakwanya MoA tidak boleh membenarkan industri babi diancam seperti dahulu ketika penularan virus Nipah. Kita mahu industri ini tahu kepentingan menjaga alam sekitar, kurangkan pencemaran dan mampu meningkatkan tahap sara diri secara kompetitif. Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan pihak berkepentingan dan penternak babi, mengenai risiko penyakit ASF. Artikel malam ini sambil menonton rancangan TV3 saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai ancaman virus African Swine Fever atau Melayunya Virun Demam Babi yang merbahaya kepada industri ini.

Menurut Tze Tzin lagi sejak kes wabak ASF dikesan kini sebanyak tujuh foci telah dikenal pasti yang melibatkan lima provinsi di China iaitu Liaoning, Henan, Anhui, Jiangsu dan Zhejiang. Dalam pada itu daripada laporan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) juga telah melahirkan kebimbangan penyakit itu boleh juga mengancam Semenanjung Korea dan negara lain di Asia Tenggara jika China tidak dapat membendung wabak itu dengan cepat. Sehingga tahun ini dilaporkan ada terdapat sebanyak 648 buah ladang babi yang telah didaftarkan dengan JPV seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak dengan populasi sebanyak 1.67 juta ekor. Dalam pada itu negeri Perak dilaporkan memang pengeluar utama ternakan babi diikuti Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Melaka. Memang hairan kerana negari Melaka yang kecil itu pun disahkan terdapat banyak babi diternak disekitar Paya Mengkuang, Masjid Tanah yang pernah diserang JE dulu. Pada masa ini Malaysia menghasilkan sebanyak 209,264 tan metrik daging babi setahun dimana kadar penggunaan daging babi adalah sebanyak 223,200 tan metrik setahun dengan purata pengambilan daging itu sebanyak 17.6 kg seorang setahun bagi setiap pengguna. Pengeluaran daging babi adalah tidak mencukupi dimana ia telah juga ditampung melalui daging babi import terutama dari Jerman, China, Sepanyol, Vietnam dan beberapa lagi negara lain sejumlah 25,321 tan metrik daging babi setahun. Dilaporkan lagi dimaa pada masa ini tahap sara diri (SSL) bagi daging babi telah mencapai 93.7 peratus. Setiap kali terdapat permohonan import maka pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia akan menjalankan analisis risiko terhadap pengimportan daging babi tersebut.

Terkini bagi mencegah kemasukan virus itu ke Malaysia maka pihak berkuasa Malaysia telah mengambil beberapa langkah antaranya adalah melalui cara kawalan import dengan menghalang pengimportan produk dan ternakan dari negara yang terjangkit (Sila lihat produk babi disebelah)Ini termasuk juga sisa makanan dari kapal terbang dan kapal laut dari negara terjangkit hendaklah dimusnahkan dengan sempurna dan tidak dibawa keluar dari kawasan pelabuhan.  Dalam pada itu walau pun didakwa yang penyakit ASF ini tidak boleh menjangkiti manusia tetapi ia akan mengancam teruk industri ternakan babai dalam negara dan perlu dielakkan daripada kemasukan semua yang berkaitan dengan babi dan produk berasaskan babi daripada negara yang disahkan terjejas degan ASF dan negara yang berjiran dengannya. Penyakit  African swine fever (ASF) adalah penyakit yang teruk menyerang babi liar dan babi peliharaan disebabkan oleh virus. Penyekit ini dilaporkan boleh menyebabkan ternakan babi mati dan mengakibatkan kerugian yang teruk kepada penternak. Patogen yang mudah menyebarluas ini atau ''Transboundary animal disease (TAD)'' boleh disebarkan oleh babi yang masih hidup, babi yang telah mati malahan pada produk-pproduk daripada babi yang telah dijangkiti sama ada babi hutan atau pun babi terna. Penyebaran juga boleh berlaku daripada kaki dan fomites (kutu) yang melekat virus didalamnya. Paling dahsyat lagi dimana virus ini boleh dibawa melalui benda-benda alatan seperti pisau, kasut, pakaian, kereta, kenderaan, mesin dan sebagainya dari kawasan wabak. Agaknya itulah Allah Taala mengharamkan haiwan babi ini untuk umat Islam kerana ada virus seperti ASF dan JE. Virus ini mempunyai daya tahan yang hebat terhadap suhu panas, sejuk bahan kimia dan sebagainya. Ia mula menjadi wabak di Afrika dan beberapa negara Eropah, Asia dan banyak risiko bagi negara yang belum kena serangan virus ini. Banyak usaha perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan virus ini dengan halangan masuk semua yang berkaitan dengan masaalah ASF ini. Semuga anda mendapat info berguna dalam anim agro technology untuk dijadikan bahan rujukkan. Wasallam!!!...
PENYAKIT ASF... BABI DISERANGNYA...
SERANGAN DAHSYAT.. KINI DICHINA...
PERLULAH DIPANTAU... SETIAP MASA...
WALAU PUN BABI... HARAM BAGI KITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 724, Citadines Hotel and Apt.,
7th Floor, Cyberjaya,
Selangor, Malaysia.
(2 JamadilAwal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...