Support My Blog

Wednesday, January 23, 2019

PENYAKIT 'CADANG-CADANG' - MERBAHAYA!

PENYAKIT CADANG-CADANG pada tanaman kelapa (Cocos nucifera) adalah sejenis penyakit kelapa yang agak merbahaya. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis virus iaitu 'Coconut Cadang Cadang Viroid' yang menyebabkan pokok menjadi kuniing daunnya dan akhirnya menyebabkan kematian pokok kelapa. Dalam bahasa lain ia digelar juga sebagai 'Cadang cadang disease', 'palm cadang-cadang iroid', 'Yellow motting disease' (English) dan mempunyai kod EPPO sebagai CCCVd (Ringkasan bagi Coconut Cadang-cadang Cocadviroid). Penyakit ini dilaprorkan ada merebak dikawasan tengah Filipina dan didapati terus merebak kebeberapa provinsi lain di negara tersebut walau pun kadar perebakan dikawasan lain agak kurang serius. Serangan CCCVd ini lazimnya akan menyerang tanaman kelapa yang berumur kurang dari 10 tahun umur pokok dan perebakan ventor ini belum dipastikan pembawanya dengan nyata. Viroid ini juga dilaporkan mampu untuk menyerang tumbuhan dalam keluarga Arecaceae lain termasuk pokok kelapa sawit dan Buri Palm (Gebang Palm). Ia dilaporkan ujud dibeberapa negara Asia Tenggara dan Oceania yang lain walau pun ia masih terkawal di Malaysia. Bagaimana pun didapati tahap kemudahan untuk mendiagnostik viroid dan penyakit ini masih belum lengkap dikaji kerana ia merupakan ancaman penyakit epidemik yang bahaya. Sehingga kini penyebab dikenalpasti adalah VIRUS dengan Viroids yang tidak dikenali (unknown viroids) daripada famili Pospivirodae dari genus Cocadviroid dengan spesis dikenalpasi adalah Coconut cadang-cadang viroid. Viroids termasuk juga agen subviral didalam sistem taksonomi diperingkat antarabangsa dibawah Taxonomy of viruses (Fauquet et al., 2005). Berbeza dengan virus, viroids adalah genom yang lebih kecil kelasnya dan hanya di temui didalam tumbuhan tertentu sahaja. Dalam kumpulan viroids bagi tanaman kelapa iaitu CCCVd ianya juga termasuk viroids Coconut Tinangaja Viroid (CCTiVd) yang juga menyerang kelapa. Negara kita Malaysia memang sejak lama dahulu tidak membenarkan sebarang kemasukan benih kelapa, produk kelapa dan buah kelapa segar dari Filipina dibawah Akta Kuaratin disebabkan kemungkinan kemasukkan viroids ini ke negara kita. Artikel petang Isnin ini sempena cuti rehat Thaipusam (Ramai cuti balik kampong) saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai isu penyakit Cadang-cadang yang merbahaya kepada industri kelapa negara kita dan perlu sentiasa dikawal.

Penulis blog membaca banyak rencana daripada buku rujukkan dan juga website untuk memahami Penyakit cadang-cadang bersama dengan Penyakit Coconut Yellow Motting (Sila lihat foto disebelah). Viroids ini akan menyerang pokok kelapa (Cocos nucifera) dengan jenis pokok kelapa yang ada 'brooming phenotypye' iaitu mutasi single (Rodriguez and Randles, 1993). CCCVd meupakan satu-satunya viroids yang menunjukkan perubahan molecular semasa serangan dalam progress.  Biasanya dapat dilihat dimana nukleitids 247dan 247 yang terbentuk diperingkat awal serangan diikuti dengan nukleitids 296 dan 297 dengan tanda lebih jelas. Dari segi sejarah penyakit cadang-cadang ini telah dijumpai semenjak tahun 1914 sehingga tahun 1932 terutama menyeang dibahagian Tengah Filipina dengan kes pertama di kawasan Provinsi Albay (Hanolds and Randles, 1991). Gabungan beberapa viroids (hybridization) pada CCCVd juga telah dilaporkan wuju di Kepulauan Solomon dan juga di Indonesia. Terkini dimana varian CCCVd ini telah juga dilaporkan menyerang kelapa Sawit (Elaeis guineensis) di Malaysia (Vadmalai, 2005; Vadamalai et al., 2006). Apa pun dilaporkan jenis CCCVd ini yang menyerang kelapa sawit telah bergabung dengan keadaan khusus yang mana ia dipanggil sebagai "Genetic Orange Spotting" atau ringkasnya 'GOS' pada kelapa sawit. Serangan GOS ini masih dianggap minor kepada industri kelapa sawit komersil tetapi kesan epidemiiknya masih kurang difahami dan lebih banyak penyelidikan perlu dijalankan. Ini kerana GOS amat berkait rapat dengan masaalah kekurangan nutrien (nutrient deficiencies). Serangan GOS pun disebabkan viroids yang mempunyai strain hampir serupa tetapi serangannya masih dapat dikawal dengan amalan teknologi seperti pembajaan yang mencukupi mengikuti syor pembajaan standard.

Daripada aktiviti pemantauan yang dijalankan, perebakan penyakit cadang-cadang ini masih terkawal dikebanyakan negara kecuali di Filipina. Terdapat banyak konflik perlaporan diperingkat kutipan data mengenai perkara ini. Bagi kawasan Asia Tenggara, MASIH TIADA dilapor ada penyakit cadang-cadang di Malaysia (Rujukkan EPPO 2014), tetapi ujud di Filipina (Tersebar diseluruh negara tersebut - widespread) dan Invasive, Sri Lanka masih TIADA serangan dan tiada direkodkan (EPPO 2014). Di kawasan region Oceania pula iaitu di Guam dan juga di Kepulauan Solomon terkini juga TIADA penyakit ini yang dilaporkan. Di Filipina serangan penyakit cadang-cadang bermula pada tahun 1924 dimana wabak ini bermula di Provinsi Albay. Bagaimana pun penyebab penyakit Cadang-cadang ini hanya dikenalpasti pada tahun 1973 sebagai Coconut Cadang-cadang Viroids (CCCVd) kemudiannya ia menyebabkan kerosakkan teruk (Randles and Rodrigues, 2003). Bagaimana pun kemudiannya saintis mendapati penyakit ini berkait dengan kejadian 'Genetic Range Spotting Disorder' yang mana berlaku pada tanaman kelapa sawit juga. Kesan serangan GOC ini bagaimana pun kurang serius dan dapat diselesaikan dengan sistem amalan agronomi pembajaan yang lebih baik (Vadamalai, 2005). Tanda-tanda serangan CCCVd pada kelapa adalah tidak mudah untuk dikenapasti pada peringkat awal serangan oleh itu kaedah terbaik adalah melalui pendekatan Kuarantin (Hanold and Randles, 1991). Ada kemungkinan besar perebakan virus ini melalui peralatan pemotongan pertanian yang digunakan walau pun sehingga kini ia masih dikaji kemungkinannya. Alasan kukuh ini adalah berdasarkan kepada 5 kemungkinan iaitu (1) Kurangnya info bagaimana proses perebakan dan kontaminasi berlaku (2) Tiada info dari mana serangannya bermula dan merebak (3) Tidak ada baka kelapa yang tahan serta amalan agronomi yang betul untuk kawalan (4)  Kesan mutasi biologi dan ekologi pada pethogenicity (5) CCVd Molikul yang mutasi adalah sukar dikenalpasti.


Serangan CCCVd meruakan serangan semulajadi di Filipina menyerang banyak kultivar kelapa. Kajian di lakukan kepada beberapa jenis tumbuhan dari keluarga Arecaceae seperti Kelapa Sawit, Pokok Kurma, Gebang Palm (Buri Palm), Royal Palm, Pokok Pinang, Golden Cane Palm tetapi tidak ada simptom seranga didapati dengan jelas (Randles et al., 1980). Bagaimana pun Viroids line-DNA seperti ini juga ada dijumpai didalam tumbuhan lain sebagai perumah dari keluarga Arecaceae, Pandanaceae, Zingiberaceae, Maranthaceae dan juga Commelliaceae.  Pada pokok kelapa serangan berperingkat-perigkat berlaku iaitu Tahap E1 pada pokok berumur 1-2 tahun selepas infeksi tiada tanda pada daun tetapi buah kelapa baru keluar menjadi bentuk bulat. Pada peringkat Tahap E2 dimana ia menunjukkan Klotorik dan Nn-Klorotik serta ada bintik2 'water soaked' diklihat diikuti dengan bunga jantan gugur, buahnya menjadi bulat. Pada pernigkat Tahap E3 dimana kelihatan bintik2 daun membesar dan buah berkurangan dimana bunga telah mandul dan tisu fibernya meperti ''wingging''. Pada peringkat serangan Tahap M dimana bunga, buah dan jambak berkurangan seterusya banyak bintik2 pada daun. Pada serangan peringkat Tahap L pula pelepah daun berkurangan, dan daunnya menjadi klorotik kuning dan saiz pucuk mengecil, batang menjadi tirus dan akhirnya pokok kelapa mati.


Jangkamasa untuk peringkat serangan untuk E selama 2 - 4 tahun, peringkat M selama 2 tahun lebih, peringkat l selama 5 tahun dan anggaran serangan sehingga pokok kelapa tersebut mati selama 8 tahun setelah diinfeksi untuk pokok kelapa beumur 22 tahun dan selama 16 tahun untuk pokok kelapa berumur 44 tahun )Zelazny et al., 1982; Hanold an Randles, 1991). Simptom serangan menyerupai perubahan fisiologi akibat nutrisi yang tidak mencukupi, kekurangan air dilapangan, kerosakan akibat taufan dan sterility. Bintik-bintik pada daun pula seakan-akan tanda kerosakan akibat serangan oleh serangga atau ingekdi mokrobial. Sebenarnya serangan CCCVd ini agak sukar didiagnos pada peringkat awal serangan walau pun oleh pakar kelapa dan petani yang sudaah berpengalaman mengenai kelapa. Simptom dan tanda serangan diperingkat akut atau akhir juga agak sukar untuk didiagnos dan tidak spesifik. Pemantauan mendiagnos perlu dilakukan pada pokok kelapa yang sama dimana isolasi viroids perl dilakukan untuk kepastian serangan. Simptom serangan pada buah kelapa menjadi 'lebih membulat' dan bentuk seginya menghilang (Sila lihat foto disebelah). Buah kelapa biasanya sudah kurang atau tiada pada serangan peringkat M. Bunga dan jambak berkurangan dan ada serangan nekrotik. Daun pada pelepah ke 4-6 enjdi klorotik dan menuking atau berbintik-bintik. Pertumbuhan pada keseluruhan pokok kelapa menjadi bantut dan batangnya mengecil, berbentuk tius dan kurang pertumbuhan pada meristem. Pokok terencat pertumbuhan dan akhirnya akan mati. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca. Belum ada artikel penyakit Cadang-cadang disebabkan oleh CCCvd yang ditulis dalam Bahasa Malaysia yang penulis blog anim agro technology dapat rujuk sebelum ini. Wasallam!!!!...

CADANG-CADANG...PENYAKIT KELAPA...
PENYEBAB VIROIDS... CCCVd NAMANYA...
MENYERANG TERUK... DI FLIPINA SAJA...
KAWALAN KUARANTIN..PILIHAN YANG ADA...`

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(17 JamadilAwal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...