Support My Blog

Sunday, January 6, 2019

KEHEBATAN KUNYIT (Part 2)

KUNYIT (Cucuma domestica) merupakan satu jenis Umbisi tumbuhan yang dikategorikan sebagai jenis herba berkhasiat daripada keluarga Zingiberaceae. Kehebatan kunyit dalam dunia kesihatan memang tidak disangkal lagi kerana ia memang sering digunakan dalam perawatan. Tumbuhan ini dari segi sejarah dipercayai telah lama di tanam di negara India sejak zaman silam lagi dengan nama kunyit ini wujud dalam bahasa sanskrit. Apa yang saya baca, di India dan Indo-Malesia kunyit dianggap dari Cochin-China dengan terdapat rekod dari expedisi oleh Marco Polo yang telah direkodkan. Pada tahun 1280 ia menyebut bahawa Koncha (kawasan yang berjiran dengan Fokien, China) terdapat sejenis sayuran bercirikan betul-betul saffron (bahan pewarna dari stigma kuning Crocus sativus) tetapi bukan saffron yang sebenar. Laporan tersebut juga saya dapati bermaksud mungkin serbuk kunyit seperti saffron. Pada masa ini kunyit umumnya dijumpai diserata rantau tropika dan beberapa kawasan subtropika. Nama kunyit boleh didapati dalam berbagai bahasa di Asia. Dalam bahasa Sankrit ia dipanggil Harida, Arab (Kukum), Tamil (Manja), Inggeris (Tumeric), Cina (Kiang-hoang) dan Jawa (Kunyir). Penanaman kunyit di Malaysia tidak begiru luas dimana laporan daripada Jabatan Pertanian hanya melaporkan sekitar 120 - 150 hektar CHE sahaja pada tahun 2017. Kebanyakan tanaman kunyit dilakukan dipinggir kawasan kebun sayur atau ditanam dikawasan keliling rumah. Kunyit ditanam dengan bermulanya musim hujan diatas batas berukuran 1-1.5 meter lebar dan tinggi 20 cm serta panjang yang bersesuaian. Ianya ditanam sedalam lebih kurang 6-8cm. Jarak tanaman yang disyorkan 45-60cm antara baris dan 25cm antara pokok. Setelah ditanam cebisan pra-cambah, ianya diberikan lindungan sementara, sehingga tanaman berumur kira-kira 3 bulan. Pembajaan kunyit dengan menggunakan baja organik (tahi ayam) pada kadar 4-5 tan/ha/musim digaulkan ke dalam tanah 3-5 hari sebelum menanam. Baja sebatian dengan kadar 60kg N, 30kg P, 90kg K per hektar di bubuh 3 kali sepanjang masa penanaman. Hasil kunyit sebanyak 15 - 25 t/ha. Selepas lebih kurang 9 - 10 bulan ditanam, rizom boleh dituai apabila pokok menjadi kuning, dengan menggalinya menggunakan cangkul. Pembungkusan secara pukal tidak melebihi 40kg dengan menggunakan bekas yang kukuh. Beg dari jenis polietilena, beg kertas dan beg dari jenis filem polivinil klorida boleh digunakan untuk tujuan pembungkusan runcit. Produk kunyit segar lazimnya dijual secara timbangan berat berbanding dengan kunyit yang digunakan untuk pemprosesan bagi dijadikan serbuk dalam buntil guni. Saya menulis lebih dari 15 artikel mengenai kunyit yang boleh diakses dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Artikel subuh Sabtu ini saya terus menulis artikel ke 5,032 didalam "Anim Agro Technology" mengenai laporan media akan kehebatan kunyit dalam dunia perubatan dan kesihatan untuk rujukkan anda.

Terhebat ada laporn media bertajuk ''Kurkumin kunyit rencat kanser darah'' dengan foto dipaparkan iaitu Dieneke ferguson dilaporkan berjaya merencat kanser darah atau mieloma dengan mengamalkan pengambilan tablet kurkumin kunyit sejak lima tahun dahulu (Sila lihat foto disebelah). Laporan berita dari London itu menyatakan dimana seorang pesara mengejutkan doktor apabila berjaya merencat atau menghentikan kanser darah atau mieloma yang tidak dapat diubati, hanya dengan mengamalkan makan sebatian kunyit iaitu bahan kurkumin (Cucurmin). Laporan dari akhbar Mirror Online,  telah dakwa bahawa Dieneke Ferguson berumur 67tahun telah menjalani kehidupan normal lebih daripada satu dekad selepas beliau disahkan menghidap pe­nyakit yang membawa maut itu. Wanita tersebut mula mengamalkan makan sebatian kunyit tersebut selepas rawatan kemoterapi dan sel stem gagal. Kemudian Ferguson mula dengan memakan lapan gram kurkumin, pigmen yang mewujudkan warna kuning pada kunyit, setiap hari dalam bentuk pil. Pesakit mieloma itu mempunyai purata hayat lebih lima tahun sahaja, menjadikan ia sebagai salah satu penyakit membawa maut. Dalam pada itu mereka menerangkan mengenai pesakit mieloma yang memulakan suplemen diet harian dengan mengamalkan pengambilan kurkumin ketika penyakitnya memasuki pada peringkat ketiga. Dengan ketiadaan rawatan antimieloma maka pesakit itu mencari alternatif dan berjaya kekal stabil dalam tempoh lima tahun de­ngan mengamalkan kualiti hidup yang baik dakwa pakar hematologi di Barts NHS Health Trust, Dr. Abbas Zaidi. Kes seumpama ini membuktikan kurkumin kunyit mampu melindungi manusia da­ripada penyakit paru-paru, mieloma, kanser pankreas, kolon, payu­dara, Alzheimer, pe­nyakit jantung dan kemurungan.  Kurkumin juga telah dibuktikan dapat membantu didalam usaha mencepatkan pemulihan selepas menjalani proses pembedahan dan berkesan merawat artritis.

Benarkah bahawa kunyit boleh merawat diabetes?. Mungkin juga ramai yang tidak menyedari begitu banyak herba di dapur dan halaman rumah yang boleh kita gunakan untuk mencegah dan merawat penyakit. Herba yang telah digunakan secara turun-temurun ini kini semakin dilupakan kerana ilmunya tidak diwarisi. Ini juga dsebabkan kebanyakan generasi muda menganggap bahan herba hanya sebagai tumbuhan hiasan atau bahan masakan semata-mata. Sebagai contoh bahan kunyit ialah sejenis herba yang sangat bagus untuk membantu fungsi dan pemulihan badan dalam menghadapi masalah diabetes, kolesterol, masalah kulit, radang sendi dan kesihatan hati. Apa yang penulis blog dapat tahu dimana bahan aktif di dalam kunyit dikenali sebagai curcuminoids juga telah dikenal pasti dapat membantu untuk penyakit alzheimer, multiple myeloma, kanser kolon dan kanser pankreas. Apa yang lebih menarik lagi dimana penggunaan kunyit dalam kebanyakan masakan masyarakat India dipercayai berkait rapat dengan keupayaannya memulihara fungsi kecergasan otak seseorang. Kini walaupun kebanyakan kajian yang dijalankan ke atas tumbuhan herba dan rempah-ratus hanyalah pada peringkat awal dan tiada buruknya jika ianya menambahkan rempah-ratus dalam diet harian anda. Hasil kajian oleh pengkaji herba dari Universiti Oxford, Prof. Gerard Bodeker telah mendapati perkara yang diatas adalah benar.

Sebenarnya penggunaan herba-herba dan rempah-ratus bukan sahaja dapat memperkayakan perisa makanan tetapi juga meningkatkan khasiat kesihatan. Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa campuran kunyit dan kayu manis ternyata berpeluang mengubati penyakit diabetes. Ramuan tersebut dapat melipat gandakan kebolehan kerja insulin untuk menguraikan glukosa. Kunyit juga dapat membantu mengawal masalah obesiti. Ini secara langsung dapat mencegah penyakit yang berpunca daripada kegemukan seperti diabetes. Dalam pada itu bagi masyarakat Melayu memang kunyit diminum sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di Thailand kunyit digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung. Ia tidak terhad untuk mereka yang ingin mengatasi masalah kesihatan dimana bahan curcumin dalam kunyit harus dijadikan amalan harian untuk menguatkan sistem imunisasi badan dan didakwa mampu mengurangkan kerosakan sel badan. Jika ramai yang mengamalkan pemakanan kunyit ini seumpama memakan ubat sebelum sakit. Artikel dalam 3 siri ini perlu dibaca bersama dalam Part 1, Part 2 dan Part 3 yang diharap memebri info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

NAMANYA KUNYIT... KUNING WARNA...
ZINGIBERACEAE ... NAMA KELUARGA...
BANYAK KHASIAT... AMAT BERGUNA...
MEMBACA ARTIKEL... AMAT GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(24 RabiulAkhir 1440H).
Posted from:
Room 126, Yoschis Hotel,
Mountain Bromo,  Probolingo, Jawa timur,
Indonesia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...