Support My Blog

Sunday, January 27, 2019

PENYAKIT BPB PADI - ADA RISIKONYA

PENYAKIT HAWAR BULIR BAKTERIA atau Bacterial Panicle Blight (BPB) kini telah mengancam industri penanaman padi di Malaysia. Penyakit ini adalah jenis Penyakit Bakteria bawaan benih pada tanaman padi yang agak serius di dunia dimana ia menyerang kebanyakan varieti padi serta agak sukar untuk dikawal dengan kaedah biasa. Ianya adalah dikelaskan sebgai penyakit minor yang boleh menjadi penyakit major (utama) akibat perubahan persekitaran dan juga perubahan kepada cuaca dunia. Serangan serius boleh menyebabkan kehilangan hasil padi sehingga 80% pada keadaan sesuai iaitu apabila suhu dipersekitaran 32-37 darjah Celsius dan kelembapan melebihi 80%. Pemanasan global mungkin sedang berlaku menyebabkan wabak ini akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Penyakit ini mula telah dilaporkan di Jepun pada tahun 1956. Kemudian ia mula tersebar ke Negara Asia seperti di Kemboja, China, Jepun, Korea, Nepal, Filipina, Sri Lanka, Taiwan, Vietnam serta telah dilaporkan juga menyerang benua Afrika. Di Afrika antara negara yang telah melaporkan ujud serangan BPB ini  seperti di Burkina Faso, Afrika Selatan dan di Tanzania. Dalam pada itu ia juga dilaporkan telah berlaku serangan di Amerika Selatan iaitu di Colombia, Ecuador dan juga di Venezuela sementara di Amerika Tengah dan Caribbean ia dilaporkan menyerang di Costa Rica, Republic Dominican, Nicaragua dan juga di Panama). Pendek kata serangan BPB ini merentasi sempadan seluruh dunia dimana ianya telah megancam pengeluaran padi yang menjadi makanan ruji kepada sebahagian besar penduduk dunia termasuk di Malaysia. Di Malaysia penyakit ini telah banyak dilaporkan oleh pihak media. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai penyakit Hawar Bulir Bakteria (BPB) seperti yang dilaporkan oleh media tematan sebagai bahan bacaan dn rujukan.

Laporan akhbar bertajuk "Pesawah Parit 6 rugi akibat serangan penyakit BPB" yang berlaku di Sabak Bernam, Selangor telah dilaporkan. Lihat foto disebelah menunjukkan ketua blok Parit 5 Encik Johari menunjukkan kawasan tanaman padi yang diserang penyakit Hawar Bulir Bakteria (BPB) pada musim tuaian kali ini. Tanaman padi yang mana merupakan punca tunggal kepada pendapatan ramai pesawah di kampong ini akan tetapi kini tanaman padi yang diusahakan itu pula diserang penyakit Hawar Bulir Bakteria (BPB) menyebabkan hasil tanaman pai disini rosak teruk. Kini apa yang dihadapi adalah usahkan bermimpi untuk mendapat hasil daripada tanaman padi akan tetapi mereka ter­paksa menanggung kerugian se­ku­rang-kurangnya RM2,000 se­orang akibat padi yang ditanam semuanya tidak menjadi. Salah seorang pesawah bernama Johari Unit berumur 60 tahun memberitahu akibat serangan BPB ini maka tanaman padi seluas 6.3 hektar yang sudah usahakannya kali ini mengalami kemerosotan hasil dengan mendadak menyebabkan dia kerugian lebih RM2,000. Kini meskipun jumlah RM2,000 itu mungkin tidak besar tetapi bagi golongan pesawah sepertinya yang bergantung penuh kepada hasil padi ianya merupakan satu kerugian dimana ia memberikan tamparan hebat untuk mereka. Dakwa beliau serangan penyakit itu merupakan pertama kali ianya baru melanda tanaman padi kawasan ini. Ia menyebabkan daun dan tangkai pokok padi rosak seperti terdapat kesan warna bintik perang dan buah padi menjadi terencat. Akibatnya daripada 6.3 hektar padi yang diusahakan dia hanya mendapat hasil kurang 6 tan metrik sahaja berbanding purata 8 tan metrik pada sebelum ini. Dia mungkin agak sedikit bernasib baik kerana ada petani lain yang cuma mendapat hasil kurang satu tan metrik dimana ini juga telah menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian lebih besar. Dalam pada itu seorang lagi pesawah iaitu Napiah Idris yang berumur 59 tahun masih berharap petani yang mengalami kerugian akibat serangan BPB akan mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak kerajaan. Jelasnya, pembelaan itu perlu kerana kos tanaman sahaja sudah RM3,000 dan jika hasil padi merosot maka para petani terpaksa ikat perut. Menurutnya semasa pentadbiran kerajaan terdahulu, nasib pesawah sentiasa dibela, kita mohon agar perkara tersebut diteruskan oleh kerajaan sekarang ke-rana kami ini golongan miskin yang hanya bergantung hidup kepada hasil padi sahaja.

Dalam laporan media akhbar lain yang bertajuk "Wabak BPB serang tanaman padi" dengan foto menunjukkan dimana pesawah iaitu Encik Muslimin bersama penduduk dan wakil agensi kerajaan berkaitan meninjau lot ladang yang diserang BPB di kawasan pengairan Sungai Leman, Selangor. Dilaporkan kini kira-kira 360 hektar ladang benih padi di kawasan pengairan Sungai Leman di sini, dikhuatiri terjejas berikutan serangan hawar bulir bakteria (BPB) pada musim tuaian kali ini. Rata-rata peserta ladang benih padi mendakwa dimana hasil siasatan Bahagian Biosekuriti Tumbuhan ole Jabatan Pertanian telah pun mengesahkan wabak BPB menyerang ladang benih berkenaan. Seorang peserta ladang benih padi dikenali dengan nama Zainuddin Osmanmenyatakan dimana pokok padinya yang berusia 95 hari itu diserang BPB sejak minggu lalu dana menyebabkan pengeluaran berkurangan sekali gus menjejaskan pendapatan. Ini kali pertama BPB menyerang ladang benih dan jika keadaan ini berterusan saya bimbang hasil pendapatan merosot. Beliau terpaksa menampung kos tanaman tinggi dan tidak tahu bagaimana hendak meraih keuntungan jika tanaman ini tidak mengeluarkan hasil seperti diharapkan. Keadaan itu mungkin disebabkan baka padi varieti MR 297 yang kurang daya tahan penyakit terutama ketika cuaca tidak menentu sejak beberapa bulan lalu.  Pihak kerajaan negeri dijadualkan mengadakan pertemuan bersama agensi kerajaan terlibat bagi membantu peserta menyelesaikan kemelut dihadapi. Isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ladang di kawasan itu adalah pembekal benih padi di seluruh negara. Sekiranya perkara ini tidak ditangani mereka kini bimbang dimana bawaan bakteria ini menjejaskan pesawah di kawasan tanaman lain.

Dalam laporan akbar ketiga iaitu di Sabak Bernam dinyatakan dimana kira-kira 360 hektar ladang benih padi di kawasan pengairan dikhuatiri terjejas berikutan serangan hawar bulir bakteria (BPB) pada musim tuaian kali ini. Jika ladang benih padi diserang dengan BLB ini bagaimana natinya ianya tidak akan boleh dituai untuk dijadikan benih padi sah bagi kegunaan pesawah lain. Terkini hasil siasatan dapada pahar dari Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian mengesahkan wabak BPB menyerang ladang benih berkenaan. Seorang peserta ladang benih padi terlibat iaitu En Zainuddin mendakwa dimana tanaman padinya yang berusia 95 hari itu diserang BPB sejak minggu lalu. Serangan ini juga didalam sawhah berhampiran berdasakan kepada simptom yang dilihat sendiri dimana ianya diberitahu dan diajar oleh pegawai daripada Jabatan Pertanian. Beliau dimaklumkan juga dimana jika hasil padi kelak diserang BLB maka ia sudah tidak boleh dijadikan benih padi sah seperti sebelumnya. Dakwanya inilah kali pertama BPB menyerang ladang benih dan jika keadaan ini berterusan dia bimbang hasil dari ladang benih ini menyebabkan pendapatan merosot (Sila lihat foto disebelah). Beliau hanya bergantung kepada tanaman padi dimana setiap musim perlu dan terpaksa menampung kos tanaman tinggi dan bagaimana hendak untung jika tanaman ini tidak mengeluarkan hasil seperti diharapkan. Dakwanya, keadaan itu mungkin disebabkan baka padi varieti MR 297 yang kurang daya tahan penyakit terutama ketika cuaca tidak menentu iaitu hujan dan panas yang menyebabkan kelembapan sebagai salah satu punca serangan. Beliau berharap masaalah ini dapat diselesaikan oleh pihak berwajib dengan segera memandangkan sawah beliau dari kawasan ini adalah pembekal benih padi di seluruh negara. Beliau juga bimbang kerana penyakit bawaan bakteria ini menjejaskan pesawah di kawasan tanaman lain. Anda boleh merujuk kepada Pegawai Pertanian berhampiran and untuk mendapatkan khidmat nasihat atau mengenalpsti simptom serangan BLB dan membuat pemantauan dengan kerap. Semuga artikel ini dalam anim agro technology dapat berikan info berguna kepada semua pembaca. Wasallam!!!..

PENYAKIT BPB... PENYEBAB BAKTERIA...
HAWAR BULIR PADI.. NAMA BIASANYA...
JIKA TERUK...HASIL PADI DIKURANGINYA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...

By,
 Anem,
Senior Agronomist,
Jalan P11D/14, Precint 11, 
Putrajaya, WP,
MAlaysia.
(21 JamadilAwal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...