Support My Blog

Sunday, January 20, 2019

CAKOROI - APA DIA? (Part 2)

CAKOROI adalah nama sejenis minuman hasil campuran air ketum dan ubat batuk tonik serta minuman bergas yang popular dikalangan mereka yang mengambil air ketum untuk 'tangkap lentuk' atau pun memabukan atau menghayalkan. Perkataan 'cakoroi' atau 'koroi' hanya popular dikalangan beberapa negeri di utara Semenanjung Malaysia seperti di Perlis dan Kedah. Orang di Selatan Semenanjung seperti orang di Melaka dan Johor mungkin keliru dengan perkataan 'kuih cakoi' yang enak dimakan jika kurang meneliti akan perkataan ini. Kedua-duanya adalah berbeza dari segi maksud dan kegunaanya. Daun ketum (Mitragya speciosa) merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan bahan Mitragynine iaitu sejenis bahan sedatif yang menghayalkan. Pokok ketum merupakan sejenis pokok saka yang biasanya umbuh liar dibeberapa lokasi dalam hutan atau belukar di utara Semenanjung Malaysia walau pun ada dakwaan terdapat beberapa orang yang ada menanamnya untuk pelbagai tujuan. Pengambilan air ketum yang mana dahulu digunakan untuk menambah tenaga bagaimana pun kini berubah kepada penyalahgunaan bahan memabuk dan menghayalkan yang dilarang dibawah Section 30 Akta Racun 1952. Dahulu mereka yang bekerja berat akan minum air ketum ini untuk enjadikan mereka kuat untuk melakukan tugasan berat. Kini semakin ramai anak muda mengalami ketagihan air ketum dimana sebahagian kecil daripada mereka mungkin telah rosak akibat kesan dari pengambilan ketum ini kerana air ketum atau cakoroi. Ada laporan dimana setiap hari dihabiskan sekurang kurangnya RM5 untuk 3 bungkus air ketum. Bagaimana pun atas dari aspek kreativiti dikalangan mereka daripada asalnya hanya minum air ketum sahaja (di gelar minum ketum 'O') tetapi terkini mereka mencipta cakoroi. Cakoroi secara asasnya adalah hasil campuran Air Ketum (RM5.00), Ubat Batuk (dyanedryll) (RM7.00) dan Coca-Cola (RM3.50) serta sekotak rokok jenama Surya (RM6). Bahan-bahan ini akan di di bancuh dan diminum memberikan kesan rasa seronok seketika tetapi sebenarnya ada racun yang ditinggalkan didalam badan yang membahayakan. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis sambil menonton rancangan Astro ''Final Raja Lawak Mega'' untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.


Dalam media bertajuk ''Penangan minum ketum'' sesuai untuk dikongsi infonya dalam blog anim agro technology. Akhbar paparkan dimana alasan bagi seorang penganggur menggunakan air ketum bagi mengubati penyakit kencing manis tidak melepaskan dia daripada didenda RM2,300 di Mahkamah Majistret Seremban. Majistret V. Vanita membuat keputusan itu terhadap Zulkefli apabila dia mengaku bersalah selepas kes pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah. Dinyatakan dimana mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak yang masih bersekolah itu didakwa memiliki sejumlah 1.22 liter cecair mitraginin di rumahnya di Taman Desa Cempaka, Nilai dekat sini. Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 30(5) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih empat tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya. Pendakwaan tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Soo Kok Weng manakala tertuduh diwakili peguam Noor Azizi Abdull Aziz.  Tertuduh ketika membuat rayuan bagi mengurangkan hukuman, memberitahu mahkamah dia menggunakan air ketum berkenaan sebagai ubat bagi penyakit kencing manis yang dihidapinya. Pada penulis blog mendapati kini bukan sahaja mereka yang tinggal di utara Semenanjung Malaysia yang boleh terdedah denga ancaman air ketum dan cakoroi tetapi orang di Negeri Sembilan juga telah didakwa di Mahkamah. Ini menunjukkan kesan negatif berkaitn bahan yang menghayalkan ini boleh belaku dimana-mana.


Seterusnya berita bertajuk ''‘Cakoroi’ tonik baru kaki lentok'' berkaitan dengan bahan yang mengancam pada generasi muda masa kini. Berita dari Kngar, Perlis ini menyatakan kesan cakoroi menyebabkan saraf otak pecah, muka menjadi gelap, mata cengkung, tubuh semakin kurus, hilang keupayaan diri dan mengalami ketagihan melampau. Demikian akibat dari penangan penagihan ‘cakoroi’ iaitu sejenis tonik baru yang dihasilkan daripada campuran air ketum, jenis minuman berkarbonat dan ubat batuk yang kini menjadi fenomena dalam kalangan anak muda di sini.Bukti perubatan juga ada menunjukkan peminumnya sengaja menempah maut iaitu berikutan pengambilan cakoroi berterusan juga boleh menyebabkan komplikasi buah pinggang serta hati selain mengganggu saraf otak. Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Ghazali Othman yang mengesahkan perkara itu memang memberitahu, pengambilan air ketum yang dicampur dengan pelbagai bahan lain itu boleh memberi kesan hampir sama seperti pengambilan morfin atau kokain. “Pengambilan air daun ketum yang kerap boleh mendatangkan masalah buah pinggang, hati selain mengganggu saraf otak, sekali gus dengan sengaja menempah maut.


Seterusnya artikel bertajuk ''Cakoroi Tonik Maut Hasil Campuran Bahan Bahaya'' dimana cakoroi boleh menyebabkan saraf otak pecah, muka menjadi gelap, mata cengkung, tubuh semakin kurus, hilang keupayaan diri dan mengalami ketagihan melampau. Demikian penangan penagih ‘cakoroi’ iaitu sejenis tonik baru yang mana ia dihasilkan daripada campuran air ketum, minuman berkarbonat dan ubat batuk yang kini menjadi fenomena dalam kalangan anak muda di sini. Bukti perubatan juga ada menunjukkan peminumnya sengaja menempah maut berikutan pengambilan cakoroi berterusan juga boleh menyebabkan komplikasi buah pinggang serta hati selain mengganggu saraf otak. Pengambilan air ketum yang dicampur dengan pelbagai bahan lain itu boleh memberi kesan hampir sama seperti pengambilan morfin atau kokain. Dalam pada itu pengambilan air daun ketum yang kerap boleh mendatangkan masalah buah pinggang, hati selain mengganggu saraf otak dimana ia sekali gus dengan cara sengaja menempah maut.


Laporan lain bertajuk ''Ambil peluang kaut keuntungan'' juga mengenai penangan cakoroi. Dilaporkan seorang warga emas dan pelajar berusia antara 14 - 60 tahun turut dikesan menjadi antara golongan sering mengambil minuman ‘cakoroi’. Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN) Arau Ahmad Razin Yob turut mendedahkan, kegiatan mencampurkan air ketum dengan ubat batuk serta minuman berkarbonat ini sudah berlarutan sejak hampir tiga tahun lalu seiring dengan gejala ketagihan terhadap air ketum. Kini walaupun pihak berkuasa sudah mengambil pelbagai usaha bagi membanteras kegiatan mengusahakan serta memasarkan air daun ketum, namun perkara itu dipandang remeh oleh segelintir masyaraka. Fenomena itu dilihat begitu membimbangkan kerana sering berlaku di kawasan luar bandar malah mereka tidak peduli mengenai undang-undang selain ubat batuk juga dijual secara terbuka di farmasi seluruh negara. Kebanyakan masyarakat tidak ambil kisah mengenai kesan buruk yang dialami akibat penagihan air daun ketum berkenaan, malah dijadikan sebagai salah satu mata pencarian bagi mengaut keuntungan mudah. Sementara itu, Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) Datuk Yunus Pathi berkata, tidak kira apa saja gelarannya, pengambilan air ketum secara harian mampu mengakibatkan ketagihan, sekali gus dibimbangi akan mewujudkan satu kaedah penagihan baru selain dadah sedia ada. Kewujudan resipi seperti cakoroi akan mengakibatkan kesan penagihan itu lebih hebat berbanding pengambilan air ketum, sekali gus keadaan itu menunjukkan bahawa perkara terbabit perlu diberi perhatian khusus. Air ketum ini dilihat begitu popular terutama dalam kalangan masyarakat di utara Semenanjung dan kita tahu golongan pembuat resipi ini sengaja memasukkan campuran kimia seperti ubat batuk bagi meningkatkan rasa ketagihan itu. Mungkin di sesetengah tempat gelaran resipinya berlainan, namun kaedahnya tetap sama iaitu campuran pelbagai jenis ubat termasuk bahan-bahan lain yang akan membawa kepada ketagihan. Sila baca sambungan artikel ini dalam Part 1 dan Part 2 bagi mendapakan lebih info mengenai cakoroi ini. Semuga anda mendapa info berguna dari rencana dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MENULIS AERTIKEL... CAKOROI TAJUKNYA...
CAMPURAN AIR KETUM.. UBAT BATUK JUGA...
DITAMBAH MINUMAN BERGAS... COCACOLA...
MERBAHAYA... AKIBATKAN MAUT AKHIRNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(13 JamadilAwal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...