mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, February 28, 2018

MADU YAMAN - TESTIMONI AKHBAR


MADU YAMAN (Yameni Honey) merupakan sejenis madu yang sangat popular didunia terutama dikalangan umat Islam. Madu Yaman juga dikenali sebagai 'Madu Sidr' yang berasal daripada sejenis tumbuhan yang tumbuh banyak di negara tersebut. Pokok Sidr atau dipanggil sebagai Pokok Lote, Pokok Chris Thorn, pokok Jujube atau Pokok Nabakh dikenali dengan nama botani sebagai Ziziphus spina-christi adalah pokok jenis purba (an ancient tree). Pokok ini disebut telah ujud semasa nabi Adam turun kedunia dan merupakan pokok yang banyak gunanya. Kayu daripada pokok ini juga dikatakan digunakan untuk membuat istana dan rumah ibadat di zaman Nabi Sulaiman dan zaman Firaun. Ia juga disebut dalam Quran sebanyak 3 kali iaitu dalam surah Saba 15-16, Surah Waqia 27-33 dan juga Surah Najm 7-18. Pokok ini merupakan pokok saka yang mempunyai akar dalam yang tahan daripada kemarau panjang dan  juga bencana banjir. Kesemua bahagian daripada tumbuhan ini diketahui mempunyai nilai perubatan. Pada bahagian DAUN ia ada digunakan sebagai Shampoo Berubat (herbal shampoo) yang boleh mengawal kelumumur, merawat sakit kepala, mata membengkak dan juga didakwa boleh kuruskan badan. Daunnya jika direndam dalam air suam boleh digunakan sebagai bahan membersih badan atau sebagai mandian kerana mengandungi minyak dan deoderant resin. Abu daripada kayu pokok ini boleh juga digunakan sebagai bahan rawatan untuk kurangkan bisa akibat gigitan ular. Buahnya juga mengandungi banyak mengandungi sumber tenaga untuk manusia dan bijinya memang dilaporkan kaya dengan bahan protin, daunnya kaya dengan zat Kalsium, zat Besi dan Magnesium. Bahagian Akar juga dilaporkan berguna bahan asas bahan perubatan seperti bahan untuk sakit perut, ubat batuk, apetizer dan sebagainya. Apa pun pokok ini menghasilkan bunga yang mana nektar dan pollen dikutip oleh lebah madu dan menjadi salah satu daripada madu jenis premium yang harganya antara paling tinggi didunia. Rencana subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kebaikan dan kehebatan produk madu Yaman seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan dimana ia ditulis asalnya oleh wartawan Siti Salmiah A Hamid dimana ia ditulis semula oleh penulis blog ini.


Laporan akhbar bertajuk 'Kebaikan Madu Yaman' memulakan laporan dengan menyatakan iaitu budaya mengamalkan pemakanan sihat menjadi faktor utama. Penulis merujuk juga kepada kempen yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia di MAEPS Serdang mengenai pengambilan madu kelulut iaitu 'Mulakan hidup anda dengan Madu'. Kempen ini dilancarkan sempena kempen 'Kelulut Walk' yang dipelopori oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan duta Kelulut Pak Sabri yang berjaya berjalan kaki sejauh 2,000 km diseluruh negeri di Malaysia selama 50 hari. Kelulut Walk ini juga berakhir pada 4 Disember 2016 di MAEPS Serdang sempena hari penting pelancaran MAHA 2016. Madu kelulut kini semakin dikenali dikalangan rakyat Malaysia senagai makanan yang memang berkhasiat dan memberi kesan baik dari segi promosi hasil daripada aktiviti ini. Bagaimana pun semasa penulis blog mengendalikan program jalan kaki 'kelulut walk' bersama Pak Sabri selama 9 hari di Pahang ramai orang bertanya yang mana lebih baik antara Madu Kelulut dengan Madu Yaman. Penulis nyatakan kalau kedua-duanya madu tulin memang baik diambil untuk tujuan kesihatan cuma apa yang nyata wujud perbezaannya adalah harga dan kandungan nutrisinya. Kini madu Yaman diimport oleh banyak syarikat tempatan untuk dipasarkan di Malaysia. Salah satu syarikat mengikut laporan akhbar dimana pengeluar madu sidr dan sumur jenama Rayhanah oleh syarikat pengimport terbesar madu lebah dari Lembah Hadhramaut ke Malaysia adalah Rayyan Salsabila Enterprise. Produk madu Sidr ini telah dibungkus dengan menarik untuk pasaran tempatan (Sila lihat foto disebelah). Wartawan utusan melaporkan produk ini diimport dari negara asal. Penulis pun ada beberapa kali membeli dan mencuba rasa madu Yaman ini untuk dapat 'feel' berbanding dengan madu kelulut yang memang stok sentiasa ada dirumah.


Dalam pembacaan penulis ada mendapati masyarakat Yaman telah menjadikan madu lebah sebagai diet harian mereka. Bahkan juga mereka tidak berkira-kira untuk terus membelanjakan wang membeli madu walaupun harganya mahal mengikut gred tertentu. Negara Yaman sememangnya terkenal dengan pengeluaran madu yang sangat berkualiti kerana negara berkenaan adalah kawasan subur yang mampu menghasilkan madu berkualiti dan dijual dibanyak kedai jualan madu (Sila lihat foto disebelah). Madu Yaman diambil daripada tumbuhan liar dikawasan panas padang pasir iaitu dari bunga Pokok Sidr (Aziziphus sapina christi) dan juga sejenis madu sumur daripada pokok Akasia (Acacia tortilis) yang tumbuh dinegara tersebut. Dalam pada itu tidak hairanlah pengarah syarikat tempatan kita yang lebih berminat untuk mengimport madu dari Yaman kerana yakin dengan kualiti dan keaslian yang terdapat dalam madu itu. Pengurus syarikat iaitu En Johari yang ditemubual wartawan menyatakan walaupun manusia terbabit secara langsung bagi penghasilan madu sidr dan sumur sebenarnya ia sudah ­diamalkan berabad lamanya oleh penduduk tempatan. Lebah di kawasan lembah tidak membina sarangnya di atas pokok tetapi menghasilkan madu di dalam bong­kah atau bekas kayu (Bee Hive) yang disediakan penduduk tempatan. Mereka akan mengutip madu apabila semua frame madu dipenohi dan madu telah cukup matang. Madu ini akan diproses secara tradisional bagi mengekalkan kualiti madu yang dihasilkan. 


Dalam penelitian penulis berdasarkan pengalaman, dinegara Yaman ini mengharapkan kedua-dua pokok iaitu Pokok Sidr dan akasia untuk menjadi sumber nektar lebah. Dilaporkan dimana ketika penghasilan debunga berlaku selalunya pada musim hujan iaitu pada September hingga November setiap tahun. Pokok Akasia ini merupakan pokok meliar yang tumbuh dikawasan berpasir dengan bunga yang banyak menghasilkan nektar (Sila lihat foto disebelah). Pokok ini memberikan sumber nektar penting untuk menjadi madu berkualiti. Orang Yaman memang ada budaya pemakanan sihat mengambil madu semenjak dahulu yang diamalkan masyarakat Yaman. Merujuk cara bagaimana pengurus syarikat mula mengenali madu Yaman dimana sewaktu menunaikan haji di Makkah, beliau turut membeli madu sebanyak 200 kilogram sebagai buah tangan kepada keluarga dan rakan di Malaysia. Beliau mendapati ada tindak balas yang baik dan selepas yakin dengan sambutan baik terhadap kualiti madu Yaman dalam kalangan masyarakat tempatan pada 2012 dimana beliau memulakan perniagaan berkenaan. Daripada bermula dengan beberapa gelen madu ini telah membawa kepada bertan madu dirancang. Seterusnya beliau terus ke Hadramaut, Yaman dan bertemu dengan penghasil madu di sana serta membeli madu itu sebanyak satu tan (1,000 kilogram). Pada 2013 syarikat telah mengimport sebanyak 30 tan madu. Ini telah membuktikan dimana pasaran madu lebah dari Lembah Hadhramaut mendapat tahap permintaan tinggi dalam pasaran tempatan.


Menurut pengurus syarikat En Johari, madu sidr dan sumur ini didakwa ada mempunyai perbezaan warna dan juga kepekatan, malah pelanggan yang sudah biasa membeli madu sidr mampu untuk membuat perbezaan dari segi warna, rasa dan kelikatannya (Sila lihat fotoo disebelah)Madu sidr yang dipasarkan lazimnya mempunyai warna keemasan dan dijual pada harga yang lebih mahal berbanding madu sumur. Kini Syarikat Rayyan Salsabila Enterprise turut memperoleh sijil untuk mereka mengimport madu gred A daripada kerajaan Yaman. Dengan sijil tersebut membolehkan dimana pembeli tidak perlu bimbang dengan keaslian madu yang diimport kerana kualiti gred madu dikawal selia kerajaan Yaman. Kini syarikat yang beroperasi di Bandar Baru Bangi, Selangor, Ray­yan Salsabila Enterprise menjual madu sidr dan sumur dalam bungkusan botol kaca berukuran satu kilogram dan 500 mililiter selain stik madu yang turut mempunyai madu mara'i. Syarikat Bumiputra itu juga megeluarkan kapsul minyak zaitun dan habbatus sauda yang boleh ditempah melalui laman web, rayhanahmadu.com atau hubungi 03-87412319 untuk maklumat lanjut. Diharap rencana ini memberi info berguna untuk anda mengenali sedikit sebanyak maklumat mengenai madu yaman dan usahawan pasaran madu yaman tempatan. Wasallam!!..
MADU YAMAN... MAHAL HARGANYA....
NEKTAR POKOK SIDR... DAN AKASIA...
SYARIKAT TEMPATAN... BUMIPUTRA...
AKHBAR TEMPATAN.. MELAPORNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1404, Hotel Holliday Inn Melaka,
Bandar Hilir,
Melaka, Malaysia.
(1 RabiulAwal 1438H)
Kemaskini pada 25 Febuari 2018

Tuesday, February 27, 2018

INDUSTRI KULINARI - SUMBER KEKAYAAN BARU (Part 5)

KULINARI (Culinary) merupakan satu aspek penting yang disebut oleh Perdana Menteri Malaysia pada 28 September 2017 semasa merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) tahun 2017 di MAEPS, Serdang, Selangor. Perdana Menteri menyatakan dimana sehingga kini tidak ada mana-mana kementerian yang memberi tumpuan secara spesifik dan khusus dalam merancang secara rapi industri yang mengintergrasikan pengeluaran diperingkat ladang sehingga keperingkat outlet makanan sedia ada seperti Cafe, Restoren, Kenderaan saji (food truck), pandu lalu serta pesanan makanan melalui talian (internet food service). Oleh itu Perdana Menteri telah mencadangkan agar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MoA) dipertanggungjawabkan untuk menerajui dan membangunkan industri kulinari negara. Perkara ini dibangitkan kembali dalam pembentangan Bajet 2018 di parlimen pada Oktober 2017 menyatakan bahawa peruntukkan diluluskan untuk pembangunan industri kulinari dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Penulis blog merujuk dalam Kamus Bahasa Inggeris ia didefinasikan sebagai ''Culinary (adj) related to cooking. Culinary skill is the skill a person has for cooking. When you say that her culinary skills are excellent, you mean that she is very good at cooking. Attempts to cook are culinary attempts. Culinary delight is the wonderful and enjoyable taste a food has. Trained in the foremost institute of hotel management and culinary art, example words, Anita has culinary expertise that can match that of the best in the country. Her cooking is appreciated by all those who have tasted it. Jamison's culinary skills are limited to making a few simple dishes like an omelet and plain chicken.'' Apa pun penulis blog lebih gemar dengan definasi bahasa Malaysia yang bermaksud 'Kulinari adalah satu cabang seni dalam persembahan makanan". Aktiviti seperti ini akan mencipta permintaan keluaran pertanian tempatan yang memberikan menafaat dalam sistem rantaian nilai makanan. Industri ini merupkan satu industri yang mempunyai potensi baik dimajukan di Malaysia. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' iaitu Part 5 mengenai halatuju strategik industri kulinari di negara kita yang mempunyai masa hadapan baik untuk rujukkan. 

Dalam perancangan untuk tujuan usaha membangunkan industri kulinari negara, beberapa perancangan strategik boleh dilakukan. Dalam meneliti potensi ini mungkin ada sebanyak 7 strategi boleh dilakukan oleh pihak berwajib seperti MoA untuk industri kulinari. Strategi ini terdiri dari Pembangunan Menu Citarasa Malaysia dan Warisan Asli, Penetapan Standard dan persembahan menu, Pembangunan modiul latihan Kulinari Malaysia, Pemerkasaan usahawan industri kulinari, Pengiktirafan atau akreditasi usahawan industri kulinari, Pengiktirafan atau Akreditasi kepada Chef dan Promosi menu citarasa Malaysia didalam dan diluar negara. Dalam merangka strategi ini memang penting dibincangkan bersama banyak pihak yang berkepentingan dalam industri ini. Pihak penyedia makanan perlu dengan rela hati memberikan resepi makanan yang dikategorikan sebagai makanan Malaysia yang boleh di ketengahkan. Bagaimana negara seperti Thailand mampu membawa makanan seperti Makanan Tomyam diperingkat antarabangsa. Kita juga memang tahu bagaimana Korea mampu memperkenalkan makanan seperti Kimchi dan Rayon (mee seperti mee maggi) keperingkat dunia. Bagaimana Ayam Goreng KFC, Pizza, McDonald Burger, Sphageti dan sebagainya dijadikan makanan antarabangsa. Dimana juga didunia ini jika anda makan ayam goreng Kentucky dan McDonald Burger mempunyai rasa dan kualiti yang sama. Ia berkait dengan kulinari yang mana ada piawaian yang mesti dipatuhi dalam penyediaan makanan tersebut, infrastruktur yang sama dan bahan masakan serta SOP masakkan yang juga sama. Murid sekolah mendapatkan makanan mereka dikantin perlu ada piwaian dlm industri kulinari (Sila lihat foto disebelah). Ini bermakna industri kulinari memang luas daripada semua peringkat.

Strategi membangunkan industri kulinari ke 6 adalah dengan melakukan Pengiktirafan atau Akreditasi kepada Chef. Industri kulinari mempunyai tukang masak atau chef yang profesional dan mereka inilah yang menentukan industri tersebut. Siapa tidak kenal dengan Chef Wan iaitu seorang profesional dalam penyediaan makanan yang berasaskan kepada ''The Taste of Malaysia'' keseluruh dunia (Sila lihat foto disebelah). Ikon seperti ini perlu dinaikan tarafnya dengan pelbagai pengiktirafan dan sistem akreditasi diperingkat nasional dan peringkt dunia. Perlu ada kaedah yang membolehkan lebih ramai menjadi ikonik seperti Chef Wan dri negara kita untuk industri kulinari. Ikon seperti Chef Wan mendapat pengiktirafan peringkat dunia diatas ushnya sendiri dan kegigihannya dalm segmen industri ini. Banyak nama-nama lin diiktiraf sebagai Chef di Malaysia mengikut ranking mereka dan perlu diketengahkan. Acara-acara pengiktirafan tahunan juga perlu diwujudkan melalui satu sistem yang boleh membangunkan industri kulinari ini. Beberapa insentof kepada mereka juga perlu diadakan dalm mengembangkan kepakaran dan kehebatan mereka dalam penyediaan makanan.

Strategi halatuju yang ke 7 dalam membangunkan industri kulinari adalah dengan membuat Promosi Menu Citarasa Malaysia didalam dan diluar negara. Pertama sekali adalah dengan sering mengadakan program promosi makanan citarasa Malaysia dalam negara melalui pelbagai platform termasuk dalam massmedia tempatan dan kaedah lain yang sesuai. Pengguna domestik kini mampu mendapat hidangan makanan terbaik jika sering dilakukan promosi makanan citarasa Malaysia seperti dijadualkan mengikut kalendar yang tersusun. Walau pun kini program promosi domestik ini ada dilakukan tetapi ianya tidak disepadukan melibatkan pihak yang lebih luas. MAHA 2016 yang mana ia merupakan salah satu platform promosi makanan kulinari tempatan perlu diperkukuhkan. Diperingkat antarabangsa pula perlu ada program khusus dalam mempromosikan makanan citaras Malaysia. Program ''East Bite West'' oleh Chef Wan merupakan satu program yang pada penulis blog amat signifikan dalam memperkenalkan makanan kita keluar negara (Sila lihat foto Chef Wan disebelah). Ini juga kerana program ini dengan jelas menunjukkan bagaimana ramuan herba yang digunakan oleh Chef Wan amat memberi kesan baik kepada penonton rancangan tersebut dan mendapat ranking yang baik. Di pejabat kedutaan Malaysia luar negara memang program kulinari ini selalu dijalankan dan perlu terus untuk diperkukuhkan dengan lebih terancang dan berkesan. Semuga anda membaca sama artikel Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 berkaitan industri kulinari sebagai sumber kekayaan baru. Semuga anda mendapat info berguna dari blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
INDUSTRI KULINARI... PM UMUMKAN...
SUMBER KEKAYAAN BARU.. PASTIKAN...
BANYAK MANAFAAT... DILAKSANAKAN...
MOA TERAJUI...PASTI MEMBERI KESAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1530, Hotel Zenith,
Kuantan, Pahang, 
Malaysia.
(3 JamadilAkhir 1439H).
Kemaskini di BBU, Johor Bahru.

Monday, February 26, 2018

INDUSTRI KULINARI - SUMBER KEKAYAAN BARU (Part 4)

KULINARI (Culinary) merupakan satu aspek penting yang disebut oleh Perdana Menteri Malaysia pada 28 September 2017 semasa merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) tahun 2017 di MAEPS, Serdang, Selangor. Perdana Menteri menyatakan dimana sehingga kini tidak ada mana-mana kementerian yang memberi tumpuan secara spesifik dan khusus dalam merancang secara rapi industri yang mengintergrasikan pengeluaran diperingkat ladang sehingga keperingkat outlet makanan sedia ada seperti Cafe, Restoren, Kenderaan saji (food truck), pandu lalu serta pesanan makanan melalui talian (internet food service). Oleh itu Perdana Menteri telah mencadangkan agar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MoA) dipertanggungjawabkan untuk menerajui dan membangunkan industri kulinari negara. Perkara ini dibangitkan kembali dalam pembentangan Bajet 2018 di parlimen pada Oktober 2017 menyatakan bahawa peruntukkan diluluskan untuk pembangunan industri kulinari dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Penulis blog merujuk dalam Kamus Bahasa Inggeris ia didefinasikan sebagai 'Culinary (adj) related to cooking. Culinary skill is the skill a person has for cooking. When you say that her culinary skills are excellent, you mean that she is very good at cooking. Attempts to cook are culinary attempts. Culinary delight is the wonderful and enjoyable taste a food has. Trained in the foremost institute of hotel management and culinary art, example words, Anita has culinary expertise that can match that of the best in the country. Her cooking is appreciated by all those who have tasted it. Jamison's culinary skills are limited to making a few simple dishes like an omelet and plain chicken.' Apa pun penulis blog lebih gemar dengan definasi bahasa Malaysia yang bermaksud 'Kulinari adalah satu cabang seni dalam persembahan makanan". Aktiviti seperti ini akan mencipta permintaan keluaran pertanian tempatan yang memberikan menafaat dalam sistem rantaian nilai makanan. Industri ini merupkan satu industri yang mempunyai potensi baik dimajukan di Malaysia. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' iaitu Part 4 mengenai halatuju strategik industri kulinari di negara kita yang mempunyai masa hadapan baik untuk rujukkan.

Dalam perancangan untuk tujuan usaha membangunkan industri kulinari negara beberapa perancangan strategik boleh dilakukan. Dalam meneliti potensi ini mungkin sebanyak 7 strategi boleh dilakukan pihak berwajib seperti MoA untuk kulinari. Strategi ini terdiri dari Pembangunan Menu Citarasa Malaysia dan Warisan Asli, Penetapan Standard dan persembahan menu, Pembangunan modiul latihan Kulinari Malaysia, Pemerkasaan usahawan industri kulinari, Pengiktirafan atau akreditasi usahawan industri kulinari, Pengiktirafan atau Akreditasi kepada Chef dan Promosi menu citarasa Malaysia didalam dan diluar negara. Dalam merangka strategi ini memang penting dibincangkan bersama banyak pihak yang berkepentingan dalam industri ini. Pihak penyedia makanan perlu dengan rela hati memberikan resepi makanan yang dikategorikan sebagai makanan Malaysia yang boleh di ketengahkan. Bagaimana negara seperti Thailand mampu membawa makanan seperti Tomyam diperingkat antarabangsa. Kita juga tahu bagaimana Korea mampu memperkenalkan makanan seperti Kimchi dan Rayon (mee seperti mee maggi) keperingkat dunia. Bagaimana Ayam Goreng KFC, Pizza, McDonald Burger, Sphageti dan sebagainya dijadikan makanan antarabangsa. Dimana juga didunia ini jika anda makan ayam goreng Kentucky dan McDonald Burger mempunyai rasa dan kualiti yang sama. Ia berkait dengan kulinari yang mana ada piawaian yang mesti dipatuhi dalam penyediaan makanan tersebut, infra yang sama dan bahan masakan serta SOP masakkan yang juga sama.


Halatuju strategi ke 4 adalah dengan melakukant Pemerkasaan usahawan industri kulinari dimana ia perlu untuk dirancang dengan betul. Pada masa kini usahawan berkaitan segmen penyediaan makanan belum ada organisasi khusus yang menguruskannya. Mereka hanya terlibat dengan Kementerian Kesihatan untuk pemeriksaan kesihatan dan premis perniagaan yang mengikut peraturan serta pihak berkuasa tempatan yang memberi permit perniagaan. Adalah lebih baik jika mereka didaftarkan dengan pihak pendaftar industri kulinri untuk tujuan kawalan, pengiktirafan, kemajuan industri dan sebagainya. Pendaftaran ini akan lebih memudahkan sebarang pemantauan untuk dijalankan. Aspek latihan usahawan dan kaedah pemantauan berkaitan aktiviti industri kulinari memang perlu ditambahbaik dan diselaraskan. Beberapa insentif boleh diujudkan kepada usahawan baru yang telah mendapat latihan dan pengiktirafan ertentu dalam industri ini. Amat penting untuk usahawan ini diperkasakan dengan skim bantuan daripada pihak kerajaan atau institusi kewangan bagi mereka mengembangkan industri kulinari ini.Golongan muda boleh diperkaskan melalui program khusus seperti Agropreneur Muda Industri Kulinari dan menjadikan mereka usahawan muda berwibawa.


Halatuju seterusnya ke 5 adalah dengan melakukan dengan apa yang dinamakan sebagai Pengiktirafan atau akreditasi usahawan industri kulinari. Walau pun kini ada juga beraku proses pengiktirafan atau akreditasi usahawan kulinari tetapi ia belum tersusun. Usahawan kulinari ini perlu diberikan pengiktirafan oleh pihak berkuasa agar mereka dapat mempromosikan dengan lebih baik segmen mereka. Langkah TV3 dalam program-program hebat seperti  ''Jalan-jalan Cari Makan'' atau JJCM pada penulis blog merupakan salah satu pengiktirafan kepada usahawan dalam industri kulinari ini. Selain daripada itu rancangan ini memperkenalkan seseorang usahawan dalam industri makanan ini ianya juga memberikan kelebihan untuk pengunjung datang ke premis mereka setelah tahu. Kini dalam lamanweb boleh digunakan secara sistematik yang diuruskan oleh pihak kerajaan atau swasta didalam usaha memberikan pengiktirafan usahawan kulinari. Beberapa pertandingan dalam TV Astro dalam siri rancangan ''Jaguh Kampong'' juga perlu terus diperhebatkan. Rancangan ini selain daripada mencari resepi terbaik masakan daripada kampung juga memberikan pengiktirafan kepada usahawan kulinari cuma ia perlu di naiktaraf dengan lebih meluas. Konsep seperti ini perlu dilakukan dari peringkat akarumbi sehingga kepada peringkat atasan. Sila baca sama artikel berkaitan industri kulinari dalam Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 5. Semuga semua pembaca blog anim agro technology menapat info berguna dari tulisan saya. Wasallam!!!.
INDUSTRI KULINARI... PM UMUMKAN...
SUMBER KEKAYAAN BARU.. PASTIKAN...
BANYAK MANAFAAT... DILAKSANAKAN...
MOA TERAJUI...PASTI MEMBERI KESAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1530, Hotel Zenith,
Kuantan, Pahang, 
Malaysia.
(3 JamadilAkhir 1439H).

Sunday, February 25, 2018

INDUSTRI KULINARI - SUMBER KEKAYAAN BARU (Part 3)

KULINARI (Culinary) merupakan satu aspek penting yang disebut oleh Perdana Menteri Malaysia pada 28 September 2017 semasa merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) tahun 2017 di MAEPS, Serdang, Selangor. Perdana Menteri menyatakan dimana sehingga kini tidak ada mana-mana kementerian yang memberi tumpuan secara spesifik dan khusus dalam merancang secara rapi industri yang mengintergrasikan pengeluaran diperingkat ladang sehingga keperingkat outlet makanan sedia ada seperti Cafe, Restoren, Kenderaan saji (food truck), pandu lalu serta pesanan makanan melalui talian (internet food service). Oleh itu Perdana Menteri telah mencadangkan agar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MoA) dipertanggungjawabkan untuk menerajui dan membangunkan industri kulinari negara. Perkara ini dibangitkan kembali dalam pembentangan Bajet 2018 di parlimen pada Oktober 2017 menyatakan bahawa peruntukkan diluluskan untuk pembangunan industri kulinari dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Penulis blog merujuk dalam Kamus Bahasa Inggeris ia didefinasikan sebagai 'Culinary (adj) related to cooking. Culinary skill is the skill a person has for cooking. When you say that her culinary skills are excellent, you mean that she is very good at cooking. Attempts to cook are culinary attempts. Culinary delight is the wonderful and enjoyable taste a food has. Trained in the foremost institute of hotel management and culinary art, example words, Anita has culinary expertise that can match that of the best in the country. Her cooking is appreciated by all those who have tasted it. Jamison's culinary skills are limited to making a few simple dishes like an omelet and plain chicken.' Apa pun penulis blog lebih gemar dengan definasi bahasa Malaysia yang bermaksud 'Kulinari adalah satu cabang seni dalam persembahan makanan". Aktiviti seperti ini akan mencipta permintaan keluaran pertanian tempatan yang memberikan menafaat dalam sistem rantaian nilai makanan. Industri ini merupkan satu industri yang mempunyai potensi baik dimajukan di Malaysia. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' iaitu Part 3 mengenai halatuju strategik industri kulinari di negara kita yang mempunyai masa hadapan baik untuk rujukkan.

Dalam perancangan untuk tujuan usaha membangunkan industri kulinari negara beberapa perancangan strategik boleh dilakukan. Dalam meneliti potensi ini mungkin sebanyak 7 strategi boleh dilakukan pihak berwajib seperti MoA untuk industri kulinari. Strategi ini terdiri dari Pembangunan Menu Citarasa Malaysia dan Warisan Asli, Penetapan Standard dan persembahan menu, Pembangunan modiul latihan Kulinari Malaysia, Pemerkasaan usahawan industri kulinari, Pengiktirafan atau akreditasi usahawan industri kulinari, Pengiktirafan atau Akreditasi kepada Chef dan Promosi menu citarasa Malaysia didalam dan diluar negara. Dalam merangka strategi ini memang penting dibincangkan bersama banyak pihak yang berkepentingan dalam industri ini. Pihak penyedia makanan perlu dengan rela hati memberikan resepi makanan yang dikategorikan sebagai makanan Malaysia yang boleh di ketengahkan. Bagaimana negara seperti Thailand mampu membawa makanan seperti Tomyam diperingkat antarabangsa. Kita juga tahu bagaimana Korea mampu memperkenalkan makanan seperti Kimchi dan Rayon (mee seperti mee maggi) keperingkat dunia. Bagaimana Ayam Goreng KFC, Pizza, McDonald Burger, Sphageti dan sebagainya dijadikan makanan antarabangsa. Dimana juga didunia ini jika anda makan ayam goreng Kentucky dan McDonald Burger mempunyai rasa dan kualiti yang sama. Ia berkait dengan kulinari yang mana ada piawaian yang mesti dipatuhi dalam penyediaan makanan tersebut, infra yang sama dan bahan masakan serta SOP masakan yang juga sama. Tidak sama dengan mee laksa di negara kita yang tidak mempunyai lagi piawaian sama diseluruh segara seperti laksa ikan sekoq yang penulis makan di Pulau Langkawi (Sila lihat foto disebelah) dari beberapa buah gerai yang menjual Laksa Ikan Sekoq yang popular ini.

Strategi pertama adalah dengan Pembangunan Menu Citarasa Malaysia dan Warisan Asli negara. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa dengan cara kebudayaan yang sangat luas. Bagi masyarakat Melayu khususnya memang banyak makanan citarasa Malaysia yang boleh diketengahkan menjadi industri kulinari. Beberapa jenis makanan seperti Pes Asam Pedas, Pes Mee Bandung, Pes Rojak dan pelbagai jenis pes lagi masih tidak menjanjikan citarasa makanan yang disediakan mempunyai piawaian kualiti yang sama. Pihak berkuasa perlu membuat senarai jenis makanan atau industri kulinari yang memang ia boleh diketengahkan dengan resepi yang standard dengan kaedah masakan yang sama. Terdapat banyak makanan warisan asli yang perlu dikaji dan dikumpulkan untuk dijadikan makanan yang akan menjadi industri kulinari dimasa akan datang. Ada makanan seperti Nasi Lemak (dikalangan pelancong asing ia merupakan makanan yang sinonim dengan Malaysia), Roti Canai (Kini sudah dihidangkan dihotel-hotel), Soto dan sebagainya. Institusi khusus untuk pembangunan menu citarasa ini boleh dilakukan oleh agensi penyelidikan seperti MARDI dan Institusi Pengajian Tinggi dengan penyelarasan yang dilakukan oleh MoA atau agensi lain dibawah MoA. Menu ini sebaiknya di tulis dan dijadikan piawaian dimana ia akan memberikan produk kualiti yang seragam dan hidangan yang menarik. Sebenarnya pembangunan citarasa Malaysia dan warisan asli ini boleh dijadikan industri kulinari yang berpotensi dimasa akan datang.

Halatuju ke 2 adalah penetapan standard dan persembahan menu dalam industri kulinari. Ini amat penting bagi pihak kerajaan menetapkan piawaian yang sama terhadap menu makanan citarasa Malaysia perlu duwujudkan. Sehingga kini lain chef, tukang masak, lokaliti dan lokasi akan mempersembahkan menu yang berbeza. Sebagai contoh seperti menu Ikan Patin Masak Tempoyak, menu yang ada adalah berbagai bergantung kepada kemahiran tukang masak. Kalau anda ke Temerloh dan makan menu ini pada beberapa gerai maka anda dapati ia tidak mempunyai hidangan seragam malahan berbeza dengan ketara. Belum ada standard berapa banyak tempoyak diguna, jenis ikan patin diguna dan bahan ramuan lain serta kaedah untuk memasaknya. Kuali dan kepanasan api memasak juga akan mempengaruhi kualiti resepi ini. Oleh itu amatlah wajar diwujudkan standard menu memasak Ikan Patin Tempoyak agar walau pun kita makan resepi ini di Alor Setar, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching atau Kota Kinabalu akan mempunyai kualiti maskan sama dan hidangan yang seragam.

Halatuju ke 3 adalah Pembangunan Modiul Latihan Kulinari Malaysia. Pada masa ini terdapat banyak pihak yang menjalankan latihan modiul kulinari daripada Pusat Pengajian Tinggi Awam dan swasta sehingga pihak swasta dan juga pusat-pusat komuniti. Mereka kini menggunakan modiul latihan yang tidak sama dengan durasi latihan dan infrastruktur yang juga tidak sama. Dalam pada itu didapati hanya kulinari Bakery dan Pastry yang sering diberikan kepada pelatih sedangkan menu makanan citarasa Malaysia dan warisan asli amat kurang diketengahkan. Graduan daripada pusat latihan ini ada pelbagai kategori daripada yang profesional sehingga setakat sijil untuk kemahiran persendirian sahaja. Mereka juga hanya menerima palajar lepasan SPM dan amat kurang dikalangan mereka menjadi profesional. Modiul ini perlu dirangka melibatkan pelbagai disiplin, kategori graduan dan jangkamasa yang disesuaikan. Pusat Latihan Kulinari perlu ditubuhkan atau diselaraskan piawaiannya. Anda boleh baca artikel mengenai industri kulinari dalam siri Part 1, Part 2, Part 4 dan Part 5 dalam blog anim agro technology terkini. Wasallam!!!..
INDUSTRI KULINARI... PM UMUMKAN...
SUMBER KEKAYAAN BARU.. PASTIKAN...
BANYAK MANAFAAT... DILAKSANAKAN...
MOA TERAJUI...PASTI MEMBERI KESAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1530, Hotel Zenith,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(3 JamadilAkhir 1439H).

Saturday, February 24, 2018

INDUSTRI KULINARI - SUMBER KEKAYAAN BARU (Part 2)

KULINARI (Culinary) merupakan satu aspek penting yang disebut oleh Perdana Menteri Malaysia pada 28 September 2017 semasa merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) tahun 2017 di MAEPS, Serdang, Selangor. Perdana Menteri menyatakan dimana sehingga kini tidak ada mana-mana kementerian yang memberi tumpuan secara spesifik dan khusus dalam merancang secara rapi industri yang mengintergrasikan pengeluaran diperingkat ladang sehingga keperingkat outlet makanan sedia ada seperti Cafe, Restoren, Kenderaan saji (food truck), pandu lalu serta pesanan makanan melalui talian (internet food service). Oleh itu Perdana Menteri telah mencadangkan agar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MoA) dipertanggungjawabkan untuk menerajui dan membangunkan industri kulinari negara. Perkara ini dibangitkan kembali dalam pembentangan Bajet 2018 di parlimen pada Oktober 2017 menyatakan bahawa peruntukkan diluluskan untuk pembangunan industri kulinari dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Penulis blog merujuk dalam Kamus Bahasa Inggeris ia didefinasikan sebagai 'Culinary (adj) related to cooking. Culinary skill is the skill a person has for cooking. When you say that her culinary skills are excellent, you mean that she is very good at cooking. Attempts to cook are culinary attempts. Culinary delight is the wonderful and enjoyable taste a food has. Trained in the foremost institute of hotel management and culinary art, example words, Anita has culinary expertise that can match that of the best in the country. Her cooking is appreciated by all those who have tasted it. Jamison's culinary skills are limited to making a few simple dishes like an omelet and plain chicken.' Apa pun penulis blog lebih gemar dengan definasi bahasa Malaysia yang bermaksud 'Kulinari adalah satu cabang seni dalam persembahan makanan". Aktiviti seperti ini akan mencipta permintaan keluaran pertanian tempatan yang memberikan menafaat dalam sistem rantaian nilai makanan. Industri ini merupkan satu industri yang mempunyai potensi baik dimajukan di Malaysia. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' iaitu Part 2 mengenai potensi industri kulinari di negara kita yang mempunyai masa hadapan baik untuk dijadikan bahan rujukkan.

Industri Kulinari di Malaysia mampu untuk terus diperhebatkan bagi tujuan menjana pendapatan negara di masa akan datang. Dalam kulinari terdapat 4 (empat) fokus segmen pasaran khusus yang boleh diperkenalkan iaitu Segmen FINE DINING, Segmen CASUAL DINING, Segmen PACKED FOOD dan Segmen STREET FOOD. Segmen pertama iaitu Fine Dining merupakan satu segmen yang melibatkan khidmat secara formal serta prosional dan Ekslusif. Ia selalu memberikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti dengan jenis makanan dihidangkan sering juga agak tinggi harganya. Segmen ini memang memerlukan modal yang tinggi dengan prasarana dan kelengkapan bertaraf dunia untuk dimulakan. Premis untuk Fine Dining ini lazimnya akan memberikan suasana ekslusif bertemakan suasana tertentu untuk pelanggan yang khusus sahaja. Sebagai contoh adalah Restoren di Hotel-hotel atau premis berbintang dilokasi yang strategik. Segmen ini memerlukan kepakaran sngat tinggi dengan tukang masak (Chef) juga mempunyai sijil kelayakan akademik dan pengalaman menyediakan kulinari bertaraf dunia. Makanan yang disediakan juga mungkin sedikit sahaja dalam pinggan tetapi mempunyai kualiti hidangan yang mengikuti kehendak pelanggan (Sila lihat foto disebelah). Segmen ini lazimnya hanya menyediakan pasaran yang berfokus untuk pelanggan kelas atasan, expatriate, tetamu negara, tycoon, jutawan serta mereka yang mempunyai gaya hidup kelas atasan. Apa kelebihan dalam segmen ini adalah ia kurang persaingan dengan pengusaha sedia ada dan adakalanya perlukan masa agak lama untuk establishment


Segmen ke 2 iaitu Casual Dining merupakan segmen dimana ia adalah khidmat separa profesional tetapi dikendalikan secara komersial. Segmen ini adalah segmen yang paling popular dimana perkhidmatan diberikan adalah pantas dan praktikal. Dalam segmen ini ia hanya memerlukan modal yang sederhana tinggi untuk penyediaan premis, peralatan dan juga kelengkapan. Lazimnya mempunyai premis tetap yang bersih, mempunyai kelengkapan serta menu khusus yang menarik pelanggan dikalangan orang dikelas pertengahan atau pun kelas atasan yang menyukai makanan kulinari yang disediakan. Kita biasa mendengar kulinari seperti Sate Kajang, Lauk Ikan Patin Temerloh, Kari Kepala Ikan Melaka, Nasi Beriyani Gam Batu Pahat, Mee Bandung Muar, Nasi Lemak Ayam Kmpong Ipoh, Roti Canai Awang, Tomyam Special dan banyak lagi. Premis ini menawarkan pelbagai makanan dengan harga sederhana mahal sehingga kepada harga patut yang mampu dikunjungi ramai pelanggan.  Segmen ini melibatan pekerja mahir dan separa mahir untuk penyediaan makanan. Mempunyai pasaran yang tinggi dimeraata lokasi dan tempat serta daya terikan tersendiri. Restoren Tomyam Ala Thai diantara segmen yang paling popular diseluruh negara tetapi menghidangkan makanan yang berasal dari negara jiran Thailand. Kalau anda periksa pun kebanyakan tukang masak, pekerja dan towkey juga daripada negara jiran. Bagaimana pun rantaian restoren tomyam adalah paling banyak didapati yang mempunyai kelasnya tersendiri. Persaingan segmen casual dining ini adalah paling tinggi kerana banyaknya penyedia kulinari jenis ini. Bagaimana pun akan datang makanan tradisional tempatan boleh di jadikan satu cabang kulineri segmen ini yang lebih tersohor.


Segmen ke 3 adalah Segmen Packed Food (Makanan dalam Pek Bungkusan). Segmen ini menyediakan makanan siap yang dibungkus dengan pelbagai kaedah dan pengguna yang membeli hanya perlu buka dan makan sahaja. Ia dipelopori oleh beberapa jenis makanan segera dari luar negara seperti Domino Pizza, Pizza Hut dan banyak lagi jenis makanan. Bagaimana pun makanan tradisional siap bungkus seperti nasi lemak, nasi goreng, mee goreng serta makanan tempatan pelbagai lauk juga kini telah ada dibungkus dan dihantar kepada pelanggan (Sila lihat foto disebelah). Segmen ini menerlukan modal yang rendah dimana tidak memerlukan kos untuk pembinaan premis seperti dua segmen diatas. Lazimnya ia beroperasi daripada premis khas atau dari rumah sahaja. Pengedaran dilakukan melalui tempahan awal daripada talipon atau pun melalui internet dan bayaran dilakuan secara tunai atau secara on-line. Segmen ini tidk memerlukan pekerja yang berkemahiran tinggi tetapi memadai makanan disedikan berkualiti dan terus diminati pelanggan. Penulis blog pernah menempah makanan seafood melalui on-line internet yang dihantar oleh pembekal kerumah penulis untuk hidangan satu keluarga dan memang ianya amat memuaskan hati. Segmen ini menyediakan pasaran yang luas dan tidak terhad. Anda boleh google sahaja dalam internet dimana kini telah ramai yang terlibat dengan segmen ini. Walau pun segmen ini mempunyai saingan amat tinggi tetapi masih memberikan ruang kepada pengusaha baru. 


Ke 4 adalah Segmen Steet Food dimana ia merupakan khidmat layanan makanan cepat ditempat yang terbuka. Segmen ini memerlukan modal asas yang rendah serta makanan yang juga dikategorikan sebagai murah dan paling popular dimasa kini. Ia berkonsepkan makanan yang disediakan dilokasi khas seperti Pasar MAlam, Pasar Tani, Pasar Minggu, Pasar TAmu dan juga sebarang fiesta. Makanan panas disediakan dilokasi terbuka seperi mee goreng, nasi goreng, sate, ayam goreng, roti canai, roti khurasan, daging kambing golek, ayam percik, ikan bakar, murtabak, char kuey teow, sate ikan, cendol, yong tau fu, rojak dan banyak lagi makanan dan minuman. Gerai Mee Goreng Tonggek di Pasar Tani Putrajaya adalah antara konsep segmen ini yang banyak pelanggan berbaris untuk mendapatkannya. Selain daripada murah dilaporkan Mee Tonggek ini memberikan rasa enak yang memuaskan pelanggan di Putrajaya termasuk penulis yang tinggal selama lebih 5 tahun disana (Sila anda lihat foto dibawah). Segmen ini tidak memerlukan kemahiran yang tinggi dan mempunyai pasaran yang luas. Ramai pelanggan yang hadir terutama semasa hari gaji dan juga sepanjang masa. Segmen ini memberikan saingan paling sengit dalam berbanding dengan 3 segmen yang lain. Makanan yang dihidang kan dalam segmen street food juga ujud dikalangan peniaga gerai tepi jalan dibandar-bandar besar. Di Melaka sebagai contoh ada penjual mee tiow berbangsa Cina yang memasak diatas motorsikal dan dikunjungi ramai pelanggan. Ini adalah betul-betul street food yang mana ada pelanggan makan sambil mencangkung sahaja. Penulis blog perhatikan cara memasak cepat, ringkas tetapi sebab ianya panas maka ramai yang suka makan disini. Sila baca sama artikel bersiri ini dalam Part 1, Part 3, Part 4 dan Part 5 dalam blog ini. Semuga anda mendapat info terbaik dari blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

INDUSTRI KULINARI... PM UMUMKAN...
SUMBER KEKAYAAN BARU.. PASTIKAN...
BANYAK MANAFAAT... DILAKSANAKAN...
MOA TERAJUI...PASTI MEMBERI KESAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1530, Hotel Zenith,
Kuantan, Pahang, 
Malaysia.
(3 JamadilAkhir 1439H).

Friday, February 23, 2018

INDUSTRI KULINARI - SUMBER KEKAYAAN BARU (Part 1)

KULINARI (Culinary) merupakan satu aspek penting yang disebut oleh Perdana Menteri Malaysia pada 28 September 2017 semasa merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) tahun 2017 di MAEPS, Serdang, Selangor. Perdana Menteri menyatakan dimana sehingga kini tidak ada mana-mana kementerian yang memberi tumpuan secara spesifik dan khusus dalam merancang secara rapi industri yang mengintergrasikan pengeluaran diperingkat ladang sehingga keperingkat outlet makanan sedia ada seperti Cafe, Restoren, Kenderaan saji (food truck), pandu lalu serta pesanan makanan melalui talian (internet food service). Oleh itu Perdana Menteri telah mencadangkan agar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MoA) dipertanggungjawabkan untuk menerajui dan membangunkan industri kulinari negara. Penulis blog merujuk dalam Kamus Bahasa Inggeris Kulinari ini didefinasikan sebagai 'Culinary (adj) related to cooking. Culinary skill is the skill a person has for cooking. When you say that her culinary skills are excellent, you mean that she is very good at cooking. Attempts to cook are culinary attempts. Culinary delight is the wonderful and enjoyable taste a food has. Trained in the foremost institute of hotel management and culinary art, example words, Anita has culinary expertise that can match that of the best in the country. Her cooking is appreciated by all those who have tasted it. Jamison's culinary skills are limited to making a few simple dishes like an omelet and plain chicken.' Apa pun penulis blog lebih gemar dengan definasi bahasa Malaysia yang bermaksud 'Kulinari adalah satu cabang seni dalam persembahan makanan". Aktiviti seperti ini akan mencipta permintaan keluaran pertanian tempatan yang memberikan menafaat dalam sistem rantaian nilai makanan. Artikel Prt 1 malam ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai industri Kulinari sebagai satu Sumber Kekayaan Baru (SKBP yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam Bajet 2018 untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Dalam penulis mencari fakta mengenai industri berkaitan dengan kulinari atau industri perkhidmatan makanan dan juga minuman di Malaysia, didapati bilangan pertumbuhan yang terlibat dalam sektor kulinari adalah sebanyak 130,570 (2010) dimana ia telah meningkat kepada 167,490 pertubuhan pada tahun 2015. Kadar pertumbuhan tahunan industri ini berkembang sebanyak 5.1% setahun dalam masa tersebut. Dari segi nilai pula dilaporkan pendapatan kasar dilaporkan dimana industri ini menyumbang sebanyak RM37.3 billion pada tahun 2010 kepada sebanyak RM66.4 billion pada tahun 2015 iaitu kadar pertumbuhan sekitar 12.2% setahun (Sumber: Jabatan perangkaan Malaysia, 2016). Sementara itu didapati fakta Nilai Input Perantaraan telah meningkat daripada RM20.9 billion (2010) kepada RM38.4 billion (2015) dengan kadar peningkatan sekitar 12.9% setahun. Dari fakta nilai ditambah, sektor kulinari menyumbangkan dari sebanyak RM16.4 billion (2010) kepada RM28.0 billion (2015) dengan kadar peningkatan 11.2%. Data ini menunjukan industri ini terus berkembang dengan pantas dengan sumbangan terus meningkat setiap tahun dan amat perlu diselaraskan. Dari segi peluang dan bidang pekerjaan pula ia melibatkan seramai 645,743 orang (2010) kepada seramai 891,616 orang (2015) dengan kadar peningkatan sebanyak 8.7% setahun. Dari segi nilai gaji dan upah didapati sektor kulinari melibatkan jumlah upahan sebanyak RM4.9 billion (2010)  kepada sebanyak RM 9.7 billion (2015) iaitu kadar meningkat sebanyak 14.4% setahun.  Dari segi penglibatan kaum pula dilaporkan kaum wanita dalam industri kulinari dinyatakan ada seramai 53,927 (2010) dan pertubuhan dikaji seramai 56,436 (2015) yang menunjukkan ia agak rendah.


Penulis blog membuat beberapa kali semakan daripada Laporan oleh pihak Kementeria Pertanian dan Industri Asas Tani juga berkaitan kenyataan Perdana Menteri ini mengenai kulinari. Dalam Penyataan pada buku DASAR AGROMAKANAN Negara (Dinyatakan pada Bab8) ada di nyatakan dibawah tajuk  utama ''Dasar Meningkatkan Agromakanan Negara'' yang jelas dimana ia memanafaatkan keunikan citarasa dan budaya masyarakat serta mempergiatkan promosi makanan negara yang bertemakan 'Malaysia - Cita Rasa Asia'. Objektifnya pula berkaitan dengan mengujudkan sistem peningkatan serta permintaan dalam industri huluan. Mampu membangunkan industri Food and Bevereages (F and B) yang bernilai tinggi berasaskan citarasa dan menu tempatan. Kunilari juga mempromosikan 'food tourism' atau menerusi keunikan serta budaya Malaysia. Ia juga menggalakkan proses mengeksport buah nanas dalam menu authentetik Malaysia dan budaya Malaysia dipasaran keluar negara. menyentuh Ekosistem industri kulinari ia bermua dengan mengeluarkan bahan mentah (raw material)  diikuti dengan Proses Penyediaan dan akhirnya hidangan dilokasi atau sajian. Proses untuk penyediaan ini melibatkan pihak tertentu seperti Chef, Menu, Citarasa, Kreativiti dan juga Silibus Akademik. Diantara sasaran lokasi adalah seperti Hotel, Restoren, Cafe, Gerai, Warung, Bakeri, Fine Dining, Casual Dining, Street Food dan Packed Food.  Penulis amat setuju agar industri kulinari di negara ini dimajukan dibawah satu pengurusan seperti oleh MoA. Pada masa ini hanya promosi makanan tempatan  yang dilakukan oleh Kementerian Pelancongan dan beberapa pihak lain. Begitu juga dengan bidang latihan atau pembangunan penyediaan makanan kulinari oleh banyak pihak Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta institusi peringkat negeri lain. Artikel ini bersambung pada Part 2 , Part 3, Part 4 dan Part 5 untuk membincangkan industri kulinari yang kini dijadikan satu daripada cabang Sumber Kekayaan Baru Negara. Semuga pembaca blog anim agro technology mendapat info berguna dari tulisan artikel ini. Wasallam!!!..
INDUSTRI KULINARI... PM UMUMKAN...
SUMBER KEKAYAAN BARU.. PASTIKAN...
BANYAK MANAFAAT... DILAKSANAKAN...
MOA TERAJUI...PASTI MEMBERI KESAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1530, Hotel Zenith,
Kuantan, Pahang, 
Malaysia.
(3 JamadilAkhir 1439H)

Thursday, February 22, 2018

BUAH ACKEE - ITU BUAH APA?

BUAH ACKEE (Blighia sapida) adalah sejenis buah yang amat jarang kita rakyat Malaysia pernah dengar atau pun ada mengenalinya. Mendengar namanya sahaja sudah agak lain kepada kita orang Malaysia kerana ''Ackee'' semacam nama kepada bahasa orang Afrika. Benar kerana buah Ackee sebenarnya berasal daripada Afrika Barat iaitu buah seperti buah Laici (Litchi chinensis) atau buah longan (Dimocarpus longan). Nama lain bagi buah ini adalah seperti Achee, Achee Apple atau Ayee iaitu tumbuhan daripada keluarga Sapindaceae. Kajian mendapati nama botani buah ini adalah diambil sempena dengan nama Kepten William Bligh iaitu orang yang mengambil buah tersebut daripada Jamaica dan kemudian dibawa ke Royal Botanic Garden, England zaman dahulu sekitar tahun 1973 iaitu kira-kira 45 tahun dahulu. Dari segi sejarah pula sebenarnya buah Ackee telah diambl dari Afrika Barat oleh Penjajah Kolonial dan dan di tanam di Negara Caribean sekitar tahun 1778 (240 tahun dulu). Pokok ini masih banyak ditanam di Cameroon, Gabon, Benin, Bukina Faso, Ivory Coast, Gambia, Ghana, Guinea, Gambia, Mali, Nigeria, Senegal, Sierra Leone dan juga Togo. Buah Ackee telah ditanam dimerata lokasi dikawasan tropika dan subtropika dan ianya kini popular dijadikan makanan penting sekitar Carribean selepas itu terutama di Jamaica. Kini buah ini juga terkenal di Jamaica dimana ia dinamakan semula sebagai Melicoccus bijugatus (synonim). Mungkin ramai dikalangan kita masih tidak pernah melihat buah atau kenal akan buah dan pokok tanaman ini. Artikel malam ini sambil menonton Movie Special ''King Kong'' di TV3 iaitu sempena tahun Baru China 2018 saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai sejenis buah pelik yang berasal dari Afrika Barat iaitu Buah Ackee sebagai bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Pokok Buah Ackee merupakan jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan banyak cabang dan sangat rimbun atau padat. Ia mampu tumbuh tinggi  sehingga 10 meter dengan batang yang sederhana panjang. Mempunyai banyak cabang dan dahan ia adalah pokok yang natif dihutan hujan tropika asalnya. Daun pokok ini adalah jenis kompoun dengan ukuran panjang sekitar 8 - 12 cm dan lebar daun 5 - 8 cm lebar yang berwarna hijau sederhana gelap (Sila lihat foto disebelah). Bentuk daunnya adalah obovate-oblong dengan tangkai daun yang panjang sekitar 15 - 30 cm dimana daunnnya seakan sedikit berbulu. Apa yang lebih menarik mengenai pokok Ackee adaah dimana ia akan mengeluarkan bunga yang berbau sangat wangi semasa ia kembang. Bunga ini berukuran 20 cm panjang dan bersifat uniseksual dimana biasanya kembang pada musim panas sahaja. Setiap bunganya mempunyai 5 kelopak bunga berwarna putih kehijauan. Tumbuhan ini mudah dibiakkan dengan gunakan bijii benih yang matang dan disemai dalam polibeg sebelum ditanam. Bagaimana pun ada pengusaha yang menggunakan pembiakan secara vegetatif iaitu kaedah tut dan keratan cabang atau cantuman sebagai kaedah pembiakan tanaman ini. Di Jamaica anakbenih pokok ackee memang ada dijual di nurseri sebagai tanaman penting bagi negara tersebut. Pokok ini boleh dijumpai dimerata lokais dinegara tersebut sebagai stu ikon negara.


Buah Ackee adalah unik bentuknya dan warnanya serta khasiatnya. Buah Ackee berbentuk seperti buah pear dimana apabila ia masak buah ackee dari berwarna hijau muda akan bertukar kepada warna merah terang atau oren kuning yang kuat. Buah yang masak akan jelas kelihatan bergantungan pada dahan pokok matang (Sila lihat foto disebelah). Buah ini dengan kulit tebal akan terbuka kulitnya sendiri dan akan melihatkan bijinya bersaiz kecil berwarna hitam ekat berkilat (Sila lihat foto paling atas). Biji buah ackee ini akan diselaputi dengan isi yang ''spongy'' berkrim dengan warna keputihan atau kekuningan. Isi buah ini bergumpal seakan ''telur scrable'' yang kita selalu makan dihotel-hotel. Bentuk buah ackee yang comel ini lazimnya seberat 100 - 200 gram sebiji dan ia bergantung kepada umur pokok, amalan agronomi dan juga keadaan persekitaran seperti cuaca dan kesuburan tanah. Kajian yang dijalankan di Jamaica menunjukkan buah Ackee muda adalah beracun dan toksik. Kandungan bahan racun iaitu HYPOGLYCIN yang memudharatkan manusia yang mengambilnya seasa buah belum matang. Apa pun uniknya buah yang masak akan pecah tau terbuka bahagian kulitnya mengeluarkan biji hitam dan ianya sudah boleh dimakan. Bahagian yan boleh dimakan adalah isinya dimana bijinya masih toksik kepada manusia. Perlu sentiasa diingat bahawa Buah Akckee memang beracun dan merbahaya dimakan mentah sewaktu buah muda tetapi selamat dimakan apabila kulitnya terbuka apabila buah cukup matang.


Sebenarnya apakah kehebatan buah ackee ini?. Kajian menunjukkan buah ackee ini ada mengandungi bahan fiber yang banyak bila dimakan. Oleh itu buah ini membantu didalam sistem penghadaman dalam perut dimana ia memudahkan sistem perkumuhan (buang air besar). Khasiat lainnya dimana buah ini dapat membantu mengurangkan kolesterol dalam darah seterusnya meningkatkan kesihatan. Buah ackee yang masak mempunyai rasa seperti ''Butter'' dengan lembut dan tekstur yang berkerim (creamy texture). Kini buh ackee telah dijadikan ''national fruit'' bagi negara Jamaica yang selalunya dimakan dengan ikan masin (saltfish) sebagai hidangan kebangsaan di negara tersebut. Apa yang paling penting adalah tidak memakan buah ackee muda kerana ia beracun sebaliknya hanya petik dan buah ackee yang masak sahaja. Khasiat permakanan bagi buah ackee adalah Niacin (sekitar 1.1 g - 3.9 mg) serta banyak Vitamin C (30 mg), Folacin, Riboflavin dan juga bahan Thiamine. Ia juga mengandungi sebanyak 270mg zat Potassium, 98 mg Posforus, 35 - 83 mg Kalsium dan juga sebanyak 5 mg Ofiron, 1 mg of Zink dan 240 mg Sodium. Ini bermakna buah ackee memang sesui diproses dan boleh didapati dalam bentuk proses dalam tin (Sila lihat fotoo disebelah). Banyak jenis hasilan produk proses buah ackee dipasaran untuk didapatkan oleh pengguna. Semuga tulisan kali ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUH ACKEE... POPULAR DIJAMAICA...
BUAH BERACUN... SEMASA IA MUDA...
SUDAH MASAK... BIJI KKELUAR JUGA...
BUAH YANG UNIK.. TIADA DIMALAYSIA...

By,
M Anem,
AgngryBird Theme Park,
Kompleks Tun Razak,
Jalan Wong Ah Fook,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(30 JamadilAwal 1439H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...