KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, February 14, 2018

KUMQUAT - LIIMAU JENIS APA?

KAMQUAT (Citrus fortunella) merupakan sejenis buah dari jenis limau (Citrus) yang popular ditanam di negara China. Buah dari keluarga Rutaceae ini juga diberikan nama seperti Buah 'KinKan' atau 'Cute Baby of Oranges'. Buah ini juga digelar sebagai 'Golden Orange' dan juga sebagai 'Golden Tangerine' dalam bahasa Cantonese. Buah ini adalah jenis limau menyamai Limau Manis (Citrus sinensis) cuma saiznya adalah kecil menyamai buah zaiton. Ia merupakan jenis limau yang tahan dalam ilkim agak sejuk. Dipercayai dimana Kumquat adalah jenis tanaman berasal atau natif dari Asia Selatan dan Asia Pasifik tetapi popular di China dan kini buah limau Kumquat ini telah dikomersilkan. Ia juga ada ditanam di India, Jepun, Taiwan, Asia Tenggara dan sebagainya. Buah Kumquat ada dijual di negara kita yang diimport daripada China. Selain daripada buah segar, banyak produk-produk berasaskan buah ini yang dipasarkan diseluruh dunia seperti produk wangian kumquat, jem, jus minuman, jeruk, produk kosmetik, makanan kesihatan dan sebagainya. Melihat foto diatas tentunya ramai dikalangan orang Malaysia yang pernah melihat buah Kumquat ini yang berbentuk lonjong sedikit dengan warna isinya yang berwana kuning sama dengan warna kulitnya. Selain daripada limau ini sesuai ditanam untuk dapatkan buahnya ada dikalangan orang yang menanam limau ini untuk dijadikan tanaman hiasan dirumah. Buah limau adalah buah yang dikaitkan dengan kepercayaan Cina boleh membawa tuah (onglai) memang ia juga disukai oleh masyarakat tempatan dinegara kita. Apa pun subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis artikel ke 4,625 mengenai buah Kumquat sebagai satu bahan rujukan dan bacaan anda semua.


Pokok Limau Kumquat ini selalunya lambat membesar (slow growing evergreen shrub) yang renek sahaja. Lazimnya ia mampu membesar sekitar 2.5 - 4 meter jika tidak dicantas. Ia mempunyai duri pada bahagian batang dan rantingnya dengan sistem percabangan yang padat (dense branching). Bagaimana pun lazimnya mempunyai banyak daun yang berwarna hijau gelap berkilat (Sila anda lihat foto disebelah). Daun yang kecil bersaiz antara 3-5 cm panjang dan 2-3 cm lebat ini berbentuk sama seperti jenis pokok limau lain. Bunga kumquat bersaiz kecil dengan mempunyai warna putih dimana ianya sama juga dengan pokok limau lain keluar dibahagian hujung ranting. Bunganya keluar secara individu atau dalam satu jambak (clustered). Buah kumquat yang muda biasanya berwarna hijau akan bertukar kewarna kuning atau oren terang apabila matang. Buah yang masak dipokok mudah dilihat apabila masak kelihatan warna oren dicelah-celah warna hijau daun. Bergantung kepada umur pokok, penjagaan dan kesuburan tanah lazimnya sepokok kumquat mampu menghasilan ratusan malahan sehingga ribuan buah sepokok setahun. Orang kata kalau kena denga cuaca yang baik dan tiada masaalah serangan penyakit dan perosak memang 'jenuh' memetik buah kumquat jika dilakukan secara manual. Bagaimana pun hasil ini berbaloi jika mendapat harga baik dipasaran. 


Dari segi jenis atau varieti terdapat 3-4 jenis yang ada. Jenis pertama adalah Kumquat Bulat (Round Varieties) yang berbentuk bullat dengan nama botani sebagai Citrus japonica. Ia mempunyai bahagian isi tepi yang manis tetapi pahit ditengahnya dimana selalu diproses untuk dijaikan produk Marmalades atau Jelly. Pokok jenis ini juga sering dijadikan pokok bonsai dikalangan peminatnya. Varieti ke 2 adalah Oval Kumquat (Citrus margarita) yang juga dikenali dengan nama Nagami Kumquat. Varieti ini adalah masam isinya tetapi kulitnya manis pula rasanya. Keseluruhan buah boleh dimakan.  Ia berbuah semasa pertengahan atau hujung musim sejuk dengan saiz pokok yang kecil dan sering dijadikan sebagai tanaman dalam pasu atau dijadikan pokok bonsai juga untuk hiasan. Varieti ke 3 adalah Jiangsu Kumquat (Citrus obovata) yang mana ia menghasilkan buah yang boleh dimakan segar (raw). Bentuk buahnya adalah bulat atau lonjong dengan berwarna oren terang apabila masak ranum dipokok. Mempunyai bentuk daun berlainan kerana bentuknya bulat tetapi varieti ini tidak tahan dengan cuaca sejukbeku. Ditanam untuk menghasilkan buah-buahan dan juga untuk dijadikan tanaman hiasan. Jenis ini juga dikenali dengan nama lain sebagai Fukushu Kumquat. Varieti ke 4 adalah jenis Centennial Verrigated Kumquat iaitu satu mutasi daripada Nagami Kumquat. Ia mempunyai bentuk buah yang bulat tetapi ada bentuk 'leher' pada buah masak. Buah yang unik ini mempunai jalur kuning dan jalur hijau menjadikan ia varieti yang unik.


Penanaman kumquat dalam pasu merupakan satu kaedah yang disukai ramai untuk kita mendapatkan hasil dan sebagai pokok hiasan yang menarik (Sila anda lihat foto disebelah). Kaedah pembiakan boleh dilakukan dengan menyemai biji yang matang tetapi lebih cepat dan mudah dengan kaedah pembiakan vegetatif. Kaedah cantuman dengan gunakan pokok penanti dari jenis limau lain dicantum dengan matatunas dari kumquat paling selalu dijalankan. Benih tanaman yang disahkan tilin sesuai ditanam dalam pasu sederhana besar dengan menggunakan tanah campuran atau pun media moden seperti cocopeat dengan peatmoss. Kaedah penjagaan kumquat sama dengan cara penjagaan pokok limau yang lain. Kumquat adalah pokok yang menghasilkan buah yang banyak dimana apabila diproses ia mengandungi mintak pati (essential oil) berharga dengan bahan iaitu Limonene (sebanyak 93%) dan juga bahan Alpha-pinene (0.34%), Monoterpenes (0.38%), Sesquiterpenes (0.021%), Caryophyllene (0.18%), Hamulene (0.07%), Muulene (0.02%) dan beberapa komposisi lagi. Buah kumquat merupakan sejenis buah yang mempunyai nilai ekonomi dari negara yang lama mengkomersilkan tanaman ini. Semuga tulisan malam ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..

BUAH KUMQUAT... BANYAK DI CHINA...
WARNA OREN... IA BANYAK HASILNYA...
DIMAKAN SEGAR... ADA 4 VARIETINYA...
MAMBACA ARTIKEL..INI YANG PERTAMA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1124, Executive Floor,
Hotel Mariott, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(29 JamadilAwal 1439H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...