Support My Blog

Sunday, February 18, 2018

KECUBUNG - TUMBUHAN BERACUN?

POKOK KECUBUNG (Datura metel Linn) merupakan sejenis tumbuhan yang renek jenis herba semusim dalam famili Solanaceae yang selalau dikaitkan dengan kejadian seperti peribahasa 'mabuk kecubung' ada racun. Tumbuhan ini dipercayai berasal atau natif dari negra China. Penulis dapat melihat banyak pokok kecubung ini ditanam dikawasan taman dan pusat perlancongan di Pulau Jawa, Indonesia semasa beberapa kali penulis melawat negara tersebut. Dalam keadaan biasa ketinggian pokok Kecubung selalunya kurang daripada 2 meter. Batangnya agak keras berkayu dan cabangnya membentuk rumpun. Biasanya bunga kecubung membentuk serombong yang besar (seperti Bentuk Trompet) dimana ia boleh dijumpai dalam saiz dan warna-warna yang berbeza. Warnanya yang biasa dijumpai ialah seperti warna ungu dan putih. Bagaimana pun ada juga yang berwarna kuning dan oren bergantung kepada spesisnya. Buah Kecubung pula selalunya berwarna coklat dimana ia sering mempunyai duri-duri halus di luarnya. Pokok kecubung mudah dibiakkan dengan gunakan biji benih dan juga kaedah pembiakan vegetatif melalui keratan batang. Walau pun ada dikalangan kita yang teah kenal dengan pokok kecubung dan kesan dari tindakbalas memabukkan jika mengambil pokok kecubung tetpi masih lebih ramai yang tidak mengenalinya. Lazimnya pokok kecubung lebih banyak yang ditanam sebagai tumbuhan hiasan (ornamental tree) atau pokok pagar kerana bunganya yang cantik dan unik. Secara umumnya pokok kecubung mempunyai 3 jenis atau spesis seperti Jenis Pokok Kecubung Biasa, Pokok Kecubung Kecil dan ada juga Pokok Kecubung Putih (Datura stramonium). Artikel tengahari Sabtu ini sempena cuti Tahun Baru Cina 2018 saya teruskan usaha untuk menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai pokok dan buah kecubung untuk berkongsi maklumat.


Pokok kecubung juga dipanggil sebagai 'Angel's trumpet' yang dewsa mampu mengeluarkan bunga sepanjang tahun tetapi lebih banyak pada musim panas dan kering. Bunga Kecubung adalah bersaiz besar dengan ukuran dari 3 - 12 cm panjang dengan keluar secara individu atau berkumpulan (Sila lihat foto disebelah). Saya ad menulis mengenai tanaman kecubung pada tahun 2016 untuk dibaca dan dibuat rujukkan (Sila klik disini).  Kecubung ialah sejenis pokok renek yang bercabang dengan banyak. Batangnya jenis keras berkayu dan cabangnya seolah-olah membentuk rumpun. Tinggi pokok kecubung selalunya kurang dari 2 meter dan rendah jika dicantas. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang. Benih yang matang dan bernas mudah tumbuh jika disemai. Pada masa ini pokok kecubung banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana warna dan bentuk bunganya yng cantik dan unik. Diantara jenis yang biasa dijumpai ialah kecubung biasa dan juga kecubung kecil. Warnanya bunganya yang biasa dijumpai ialah ungu dan putih tetapi ada juga yang berwarna kuning dan oren. Buahnya pula berwarna hijau semasa muda dan akan bertukar kepada warna coklat apabila matang yang lazimnya mempunyai duri-duri halus diluarnya. Kajian makmal menunjukkan kandungan kimia dalam pokok kecubung adalah seperti Hiosin, Oksalik, Lemak dan Hyosiamin. Kajian menunjukkan kecubung putih ialah kecubung yang paling beracun sekali kerana ia mengandungi sebatian alkaloid. Penggunaan segala ubat dari pokok kecubung terhad untuk kegunaan luar sahaja.

Kegunaan perubatan yang didakwa bagi pokok Kecubung dimana ia salah satu daripada 50 herba asas yang digunakan dalam herbologi Cina dan dipanggil mereka sebagai yáng ''Jin hua''. Buah kecubung adalah beracun jika dimakan pada jumlah yang besar. Gejala-gelajanya termasuk kulit yang merah, sakit kepala, halusinasi, dan mungkin konvulsi (iaitu menggigil-gigil dan terkejang-kejang) serta juga keadaan koma. Unsur-unsur toksiknya yang utama ialah alkaloid-alkaloid tropana. ada laporan dimana kandungan kimia dalam kecubung ialah terdiri daripada komponen seperti hiosin, oksalik, lemak, dan hyosiamin. Kecubung putih ialah kecubung yang paling beracun sekali kerana ia mengandungi sebatian alkaloid beladona. Penggunaan segala ubat dari kecubung terhad untuk kegunaan luar sahaja. Kegunaan lain dari tumbuhan ini adalah untuk rawatan masaalah asma dan resdung. Caranya adalah dengan mengambil sebanyak 10 helai daun dari kecubung dan kemudian dihiris halus dan dijemur hingga kering. Apabila kering ia kemudiannya perlu dijadikan rokok dengan dibungkus dalam kulit jagung atau kertas putih. Satu lagi cara untuk merawat resdung dengan menggunakan biji buah kecubung. Jemur biji kecubung lebih kurang 3 hari hingga nampak kering. Ambil tempurung buah yang telah di belah dua maka ia dikeringkan dan dibersihkan. Tebuk lubang kecil di atasnya untuk di masukkan hujung batang anak buluh seperti straw pada permukaan lubang tersebut.


LAPORAN AKHBAR 1:
ARKIB UTUSAN MALAYSIA: 16/07/2015

TAJUK - Biji kecubung sebagai pelali



KUALA LUMPUR - Masyarakat masa itu menggunakan biji kecubung (atau dalam saintifiknya Datura metel) yang telah pun dikeringkan dan ditumbuk sehingga hancur. Ia dicampurkan dalam minuman atau diasapkan dengan kayu gaharu. Sesiapa yang terkena asapnya dikatakan akan terasa khayal atau pengsan dalam tempoh beberapa ketika. Menurut Ketua Institut Sains Biologi Universiti Malaya, Prof. Mohamed Abdul Majid, penjenayah zaman dahulu sering menggunakan biji tumbuhan ini untuk tujuan jahat. Beliau menambah, golongan ini turut menggunakan tumbuhan tersebut untuk tujuan memukau mangsa mereka. "Mereka akan tumbuk biji pokok kecubung yang telah dikeringkan sehingga hancur dan mereka bakar biji itu. "Ada ketikanya untuk elakkan bau pokok kecubung, mereka campur sedikit dengan kayu gaharu untuk tujuan menimbulkan bau wangi,'' katanya. Bagaimanapun, menurut beliau, tumbuhan beracun yang senang ditemui di padang ini turut mempunyai khasiat yang baik dari segi perubatan herba. Antaranya adalah untuk merawat penyakit kulit, bisul dan sendi serta terseliuh sama ada kaki ataupun tangan.


Prof. Mohamed berkata, berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional yang ditemui, tumpuan rawatan tersebut adalah pada daunnya. "Dalam masyarakat Melayu daun kecubung digunakan untuk merawat penyakit kulit, bisul, sakit-sakit sendi dan terseliuh,'' ujarnya. Caranya, jelas beliau, adalah mudah iaitu dengan mengambil beberapa helai daun pokok kecubung yang segar dan layurkan atas api beberapa ketika. "Layurkannya sehingga terbit bintik-bintik air pada daun itu. Bila sudah agak sejuk, tampallah daun itu pada tempat yang terkena penyakit tersebut. "Ada juga yang menumbuk beberapa helai daun pokok kecubung sehingga hancur. Campurkan dengan sedikit minyak kelapa dan sapulah di tempat yang terkena penyakit itu,'' katanya.




LAPORAN AKHBAR 2:
Akbar Dochi, Indonesia: 11/07/2016

TAJUK - Biji kecubung sebagai pelali.



JAKARTA - Laporan berjudul ''Cara Mengobati Mabuk Kecubung'' menarik minat penulis blog ntuk berkongsi informsi. Ini kerana kecubung adalah sejenis tumbuhan perdu yang memiliki nama latin Datura metil Linn. Ia juga memiliki bunga putih dan lembayung, buahnya seperti trompet memiliki duri-duri kecil dan buahnya berwarna hijau (Sila lihat foto disebelah). Buah kecubung memiliki biji yang banyak putih kecil seperti biji cili dan biasa tumbuh di hutan tropika, tumbuhan ini memiliki khasiat sebagai ubat penenang Methyl cristaline  iaitu unsur yang mempunyai efek pada otak lurik. Di negara Eropah dan negara Amerika tumbuhan ini memiliki sebutan pelik iaitu ''Devil troumpet'' sebab nama ini berasal dari kebiasaan orang India yang menggunakan tumbuhan ini sebagai obat bius untuk membuat orang tidak sedar membuat tarian atau persembahan kepada para dewa. Tumbuhan ini juga sering di sebut tanaman yang berbahaya kerana khasiatnya yang sangat membahayakan bagi yang mengambilnya dan lebih berbahaya dari pada daun ganja sekalipun kerana pada pokok ini memiliki zat iaitu Alkoloid 0,4%-0,9% tapi pemerintah Indonesia belum ada larangan pada pokok ini. Di daerah jawa nama pohon ini sering di sebut ''Kecubung wulung'' dan sering menggunakan daun dari pokok kecubung ini untuk menenangkan bayi yang susah tidur tapi dengan sedikit menggunakan daun saja karena kalau kebanyakan akan dikhuatirkan adalah akan menimbulkan kesan tidur yang berkepanjangan dan boleh mengakibatkan kematian bayi. Kecubung ini memiliki biji yang mirip dengan biji cili tetapi memiliki rasa yang sedikit hambar sehingga terkadang di salah gunakan untuk usil dan jahil pada hal sebenarnya akan berbahaya jika tidak bisa mengkontrol nya karena akan menghilangkan nyawa orang lain. 


Kesan dari mabuk buah kecubung adalah setara dengan sakit jiwa kerana orang yang mabuk buah kecubung tidak akan ingat apa-apa dan yang terjadi ialah apa yang dia inginkan pada hatinya pasti akan di tuangkan pada tingkah lakunya atau apa yang di fikirkan sebelum dia mabuk pasti akan di lakukan atau di kerjakan kembali tetapi bukan pada tempatnya melainkan kaya orang berhalusinasi atau berhayal. Sebagai contohn dimana ketika orang itu ingin mempunyai motorsikal pasti ketika mabuk bergaya lagi menaiki ''motorsikalnya''. Mabuk buah kecubung ini boleh sampai satu hari tergantung banyak atau sedikitnya yang di makannya dan ketika mulai menguap biasanya efek mabuk kecubung ini akan terasa iaitu sedikit demi sedikit otak mulai terasa tidak sadar dan kemudian akan tertidur, ketika bangun tidur inilah mulai orang akan seperti orang gila dan daun dari pohon kecubung ini biasanya di gunakan untuk mengubati mereka yang tidak boleh tidur. Caranya iaitu dengan menggosok-gosokkan daun kecubung di tangan terus cium baunya pasti anda terus tertidur atau dengan taruh di bawah bantal anda ketika mahu tidur tapi sebelum tidur perlu ada orang yang menjaganya agar ketika anda tidur daun kecubung itu di sisihkan dari bawah bantal kerana di khawatirkan tidur anda jadi tidur macam orang pengsan. 


Bagaimanakah untuk menghilangkan kesan Mabuk Kecubung??. Pada artikel kali ini penulis blog akan beri tips untuk menghilangkan mabuk kecubung biar tidak berpanjangan. Caranya dengan mana ketika kepala mulai pusing (pening) maka sebaiknya anda segera makan gula merah sebanyak mungkin sebab gula merah akan meredakan mabuk kecubung ini. Cara kedua sebaiknya diusahakan agar jangan tertidur karena akan mempercepat reaksi dari buah kecubung tersebut. Seterusnya ke 3 ketika teman anda ada yang sedang mabuk kecubung, maka usahakan untuk  anda terus menjaganya sebab di khuatiri akan jatuh masuk kolam atau sungai dan boleh membawa maut. Ini disebebkan orang yang mabuk kecubung ini pasti badannya terasa panas sehingga akan mencari air untuk menyejukannya. Ke 4 kepada mereka yang mabuk kecubung elakkan daripada dia pergi kemana-mana kerana itu akan membahayakan mereka yang sedang mabuk ini. Usaha terakhir yang difikirkan amat mudah dilakukan adalah dengan memberikan air minum kelapa hijau seberapa segera untuk menawarkan racun mabuk kecubung. Air kelapa adalah baik dalam menghilangkan kesan mabuk ini.
Semuga tulian dan gubahan dalam artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
POKOK KECUBUNG... BUAH ADA DURINYA...
SIAPA MAKAN... MABUK SUDAH PASTINYA...
BERAEDAH... ADA JUGA PELBAGAI GUNA...
RAWATAN SEGERA... DIBERIKAN PETUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
jalan Padi Ria,
Bandar Baru UDA, Johor Bahru,
Johor, Malaysia,
(1 JamadilAkhir 1439H).
SELAMAT TAHUN BARU CINA 2018.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...